18 September 2013

Cadangan TSMY: Kalau ada kejujuran, PAS dan UMNO patut berunding

Muhyiddin sekali lagi bercakap dan menyatakan kesediaan UMNO untuk menghulur tangan persahabatan dengan PAS demi kepentingan umat Islam, khususnya orang melayu. Jika di kaji dari segi tata bahasanya ia bermakna UMNO sanggup menerima apa sahaja perbezaan dan bekerjasama demi kepentingan agama dan bangsa Melayu.

Orang Melayu yang beragama Islam terlalu berkecamuk samada oleh kerana permainan politik keterlaluan atau pun sememangnya bangsa Melayu ini bangsa yang sememangnya bangsa yang lemah dan tidak mempunyai tulang belakang.

Kalau di baca dari permukaan kata-kata Muhyiddin ini, ia merupakan tindakan yang jujur, tetapi UMNO pula mempunyai stigma dalam mana mereka hanya sanggup bekerjasama dengan pihak PAS hanya semasa mereka dalam keadaan yang lemah dan hilang hala tujuannya.

Selalunya UMNO akan begitu sombong dan angkuh jika mereka sedang kuat. Jadi jika itulah keadaannya maka tindakan Muhyiddin itu adalah semata-mata kerana UMNO itu parti yang lemah. UMNO mesti faham dalam perundingan, kita mesti bersedia untuk menerima dan memberi dan jika sikap ini ada di dalam UMNO tidak nampak perkara ini tidak boleh dilakukan. Jika PAS boleh menerima kerjasama DAP masakan parti itu merasa susah sangat untuk bekerjasama dengan manusia seagama dan sebudaya itu.

Tetapi tidak mengapa itu semua. Jika benar mahukan kerjasama maka UMNO perlu jujur dan mahu menerima perbezaan dan sanggup melakukan sedikit pengorbanan dalam beberapa isu pokok yang berkait dengan agama dan bangsa kita. Jika kesemua isu yang akan dibincangkan dengan PAS hanya untuk membuat PAS menerima apa sahaja kehendak UMNO, itu bukannya kerjasama namanya.

Jika dipandang dari satu sudut, yang agak penting sememangnya wajar UMNO dan PAS itu bekerjasama kerana isu yang dihadapi oleh kerajaan UMNO dan BN hari ini bukan satu perkara yang kecil. Ini masalah kenegaraan dan PAS pula perlu sedikit terbuka kerana dalam kerajaan dan kehidupan seharian manusia ini, ia bukan berkisar untuk melaksanakan Fardhu Ain sahaja tetapi yang lebih besar lagi ialah Fardhu Kifayah jika benar-benar  Islam itu hendak di addinkan serta dijadikan cara hidup kita di negara ini.

Kedua-dua belah pihak perlu terlebih dahulu mengakui yang bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat lemah. Lemah bangsa Melayu itu bermakna Islam dan Muslimnya masih kemah. Kelemahan ini tentulah kerana kegagalan perlaksana kepimpinan UMNO dan BN selama ini dan UMNO perlu mengakui hakikat ini.

Kerajaan baru sahaja mengumumkan Dasar Baru untuk memperkasa ekonomi Bumiputra. Dasar yang lama dahulu yang dinamakan Dasar Ekonomi Baru telah tidak dilaksanakan dengan jujur oleh pimpinan bermula dari pimpinan Dr Mahathir dahulu. Hasilnya matlamat 30 peratus penyertaan Bumiputra dalam Industri dan Perdagangan jauh dari mencapai matlamatnya.

Semasa DEB dilancarkan dan dilaksanakan semua kaum bersetuju dan menyokong tindakan kerajaan semasa itu agar orang Melayu mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dan rakan-rakan dari bangsa lain yang lebih maju. Sekarang ini telah terdengar bangsa lain yang terlalu marah dengan apa yang diumumkan oleh Najib baru-baru ini.

Mereka yang bukan Bumiputra mungkin marah kerana mereka sudah tidak lagi ‘appreciate’ kenyataan yang jika pembahagian ekonomi negara tidak seimbang, maka negara akan menghadapi gegaran politik yang amat merbahaya. Mereka (bukan Bumiputra) telah menuduh yang kerajaan hanya menumpukan masa dan tenaga hanya untuk orang Melayu. tetapi mereka tahu jika satu-satu kaum itu tidak mempunyai kedudukkan dan tahap ekonmi yang seimbang, maka ia akan membawa negara ke ambang perpecahan yang amat serius.

Tepi jika dipandang dari sudut yang lain pula, kemarahan bangsa lain itu ada juga faktanya. Mereka telah bertanya, bukankah dahulu sudah ada perancangan dan dasar yang telah dipersetujui dahulu (DEB). Kenapa gagal dilaksanakan?

Walaupun jawapannya kepada persoalan itu ada, tetapi tidak enak lagi utuk menyebutnya kerana ia digagalkan oleh pimpinan UMNO sendiri semasa DEB itu sedang berjalan setengah jalan. Pemimpin besar Melayu sendiri menyatakan yang orang melayu mesti buang tongkat itu. Tetapi apa yang sangat menyayat hati semasa itu jika pun kita tidak mahu menggunakan tongkat itu, kita perlu simpan tongkat itu kerana ada waktu dan ketikanya tongkat itu boleh dipergunakan.

Tetapi apabila Najib mengumumkan untuk mengadakan kembali tongkat itu maka reaksi yang kita dengar sangat menyakitkan kerana ada pihak yang mempersoalkan keistimewaan orang melayu yang telah sedia terkandung dalam Perlembagaan Negara kita. Mereka mahukan segala keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan itu dibuang samasekali.

Itulah sebabnya ada pihak termasuk diri saya, lama dahulu sudah bercakap melalui tulisan saya dan dalam banyak program umum menyatakan supaya UMNO memperbetulkan keadaan ini secepat yang mungkin. Tetapi pandangan seperti di bisukan, malahan orang yang meluahkan perasaan ini diketepikan kerana tidak digemari oleh pimpinan yang terlalu seronok dan enak dengann kuasa dan pangkat pinjaman Tuhan ini.

Tetapi jika benar Muhyiddin mempunyai kemampuan dan keyakinan untuk melakukan pengorbanan dengan membuang ego dan kebodohan UMNO selama ini, maka perundingan dengan PAS ini tidaklah perlu di persoalkan lagi, termasuk dari PAS sendiri.

Bagi melakukan usaha ini ia perlu melalui pengorbanan. Jika pimpinan UMNO sudah terbukti gagal untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, maka jangan gusar jika terpaksa mengundurkan diri jika benar-benar jujur untuk kemenangan umat Islam itu tadi. Jika Najib terpaksa berundur maka jangan gusar dan gundah, beliau perlu berundur.

Bagi pihak PAS pula ini merupakan kesempatan untuk merasakan pengalaman untuk berada di dalam kerajaan dan ini amat perlu bagi parti ini kerana PAS tidak begitu mampu untuk mentadbir dan menguruskan kejayaan apabila diberikan mandat oleh rakyat.  Kejayaan di Kedah tidak diurus dengan betul maka negeri itu jatuh kembali kepada UMNO baru-baru ini.

Itu sebabnya ratusan kali blog ini menyarankan yang negara perlukan politik yang baru. Kita prlu bermula dari awal dan kita bentuk kerajaan baru dengan tidak meninggalkan bangsa-bangsa lain yang berada dan tinggal dalam negara ini.

Ini amat penting kerana setiap negara yang berkepimpinan bermoral dan baik akan hanya mempunyai satu matlamat iaitu Perpaduan Nasional. Pembangunan ekonomi dan penyusunan semula masyarakat dalam semua bidang itu hanya merupakan proses-proses penting untuk mencapai matlamat Perpaduan Nasional itu.

Berpakatlah dan berundinglah. Cari seorang yang berpengalaman yang dirasakan mendapat sokongan semua kaum untuk mengetuai perundingan ini. Bagi saya dan ramai juga yang lain Najib dan sesiapa pun dalam barisan kepimpinan kerajaan hari ini tidak mampu mengadakan dialog itu kerana mereka adalah pencetus kepada keadaan ini. Bawa bersama rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak sekali.

Jika Muhyiddin serius, elok dimulakan dan PAS pula tidak perlu bersikap keras hati yang tidak membawa apa-apa faedahnya waimma untuk melaksanakan addin Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sendiri.

Pentingkan negara kerana itu juga adalah tuntutan Islam kita. Tidak ada seorang atau kumpulan yang mendapat segala kehendak mereka seratus peratus. Itulah sebabnya perjuangan itu adalah ubudiyah yang mesti dilakukan sepanjang hayat kita.

11 comments:

Amuraria said...

ingat dulu parti islam kena tendang selepas umno@apco berjaya dapat kekuatan baru ? ABU jangan lupa

Anonymous said...

Sir,
Do you really, really think umno can be trusted. Please answer that question sincerely

Aspan Alias said...

Anonymous 13:39,

i think you are sincere in asking this very good question. Actually i have been wanting to answer good questions like the one you ask me here. But I have apprehension to answer questions all the while because too many commentators are behind anonymity.

To answer your question, first as I have said often, the premise of discussions must be on the premise on efforts to start a new politics like The Tunku and the rest of communal and religious leaders those days. In other words UMNO and PAS must start a new nation.

Get to agree every thing before any final agreements on everything is done.

If UMNO wants to go to this extend i think we are compelled to trust UMNO. Then outcome of the discussions will be more meaningful if UMNO is represented by some one other than the ones within the current Majlis Tertinggi UMNO. Umno has to find somebody more magnanimous acceptable out all parties.

For that we leave it to the ingenuity of UMNO party leaders.

We shouldn't have any doubt with PAS as that party has been going through the mills of politics.

They are more serious and honorable party.

Thanks

Anonymous said...

Sir,
Actually I am interested to know what YOU really think, not what they should do. Do you think these umno folks are really sincere about cooperating with other parties. Their track record is pretty bad where cooperation is concerned. They have deceived almost every party or group that align themselves with the mighty umno. So, I humbly ask you, do YOU think they can be trusted?

Unknown said...

Pak Aspan...penyatuan itu bagus kerana dituntut oleh Islam. Tetapi sikap pemimpin dan keegoan kalangan individu menghalang niat baik ini. Mesti kedua pihak yg sanggup memulakn. Doa kpd Nya agar terbuka hati masing2..

wahi said...

tuan

saya cadangkan supaya UMNO terlebih dahulu berlaku adil kepada semua negeri2 yang dimenangi oleh pakatan rakyat. selepas itu boleh dibincangkan nerkenaan dengan gabungan.

Anonymous said...

Salam,

Lebih baik TSMY turunkan harga minyak spt yg dijanji pd PRU 13 dulu. Turun jap pastu naik balik, ini tak betul. Kata dan janji manis tidak bermakna jika tidak dikota.

Royalti minyak kpd Kelantan kena beri, ikut perjanjian yg termaktub. Tak boleh ikut suka hati nak beri, nak tarik, nak tukar status perjanjian sesedap rasa.

Perjanjian hitam putih pun tak boleh dipegang, apa lg sekadar kata-kata?

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Pas boleh bersatu dengan UMNO, tetapi tak boleh kompromi dengan rasuah.

Apa sanggupkah Pas melepaskan dosa pemimpin UMNO yang telah merembat harta rakyat/negara.

Apakah Pas sanggup menghukum pencuri dan menuntut harta negara dipulangkan kepada rakyat.

Kalau inilah syaratnya, saya amat menyokong penuh pengabungan Pas/UMNO!

Kalau tidak, Pas telah berkompromi dengan prinsip Islamnya demi politik.

Hukumnya, munafiq - cakap tak serupa bikin.

~ Cermin Hikmat

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan;

Memang menjadi lumrah manusia apabila tersepit, lembut gigi dari lidah. Yang peliknya orang yang membuat cadangan adalah orang yang menghina PAS dan kepimpinan nya. Bertapa tebalnya kulit muka mereka ini.

Isu roylti, penginiayaan kerajaan pimpinan pembangkang, hak-hak rakyat negeri yg diperintah olin PAS, penggunaan berbagai cara bagi mengibkan pemimpin pembangkang langsung tidak menjejaskan perasaan malu pemimpin umno.

Jika saranan untuk berbaik ini diunjurkan olih satu kumpulan yang "moderate" dalam berpolitik, bolihlah diterima, tetapi ini cadangan dari mereka yg selama ini mengamalkan kekerasan dan kezaliman terhadap PAS.

Selama ini orang Melayu bersatu pun berapa kerat yang senang lenang. Yang senang-lenang pula menunjukkan keangkuhan pula terhadap bangsa Melayu sendiri. Anak pinak di tabur kemewahan , joli, berpoya-poya dan angkuh.
Jika ditegur, siap, disuruh cari negara lain untuk hidup,. Ini datang dari pemimpin Melayu umno sendiri; jika tak suka/setuju sesuatu, nyah dari Tanam Melayu ini, jika tak mampu untuk menikmati satu-satu barabg, jangan beli/guna.

Selagi ada manusia Melayu yg bersifat angkuh ini masih berkuasa, dan minta kita memperkukuhkan Melayu semasa kuasa mereka terancam. Kita pastikan peminpin2 Melayu sebegini di buang dahulu. Biar peringkan anak cucu Melayu yg memikirkannya, tetapi bukan anak- cucu pemimpin Melayu yg ada sekarang kerana perangai buruk sebegini sangat sukar untuk dibuang.

Wahai pemimpin2 Melayu yg kesempitan kuasa sekarang ini, cukuplah, biarlah pemimpin2 Melayu lain yg menerajui perjuangan Melayu, bagi memastikan Melayu tidak terus layu,... merayu,.... meminta2 di tanah air sendiri....... Myi

ahmadyaniDotCom said...

UBN hanya sanggup menerima, tetapi berdolak dalik dalam memberi. Pemberian hanya dilakukan bila ia memberi keuntungan pada UBN. Bila sikap ini tidak diubah, sia-sia sahaja penyatuan.

Anonymous said...

The same can be applied to DAP, PKR and Pas too.Politics are politics.So far UMNO/BN remains dominant and I think they will continue dominating until even to pru 14 and 15 whether you like it or not.

Siput