19 September 2013

Pemilihan UMNO: yang menang dan yang kalah sama saja

Dr Mahathir menulis dalam blognya beberapa hari lepas dan memberikan anggapan yang UMNO sedang menghadapi penyakit tua dan akan mati tidak lama lagi. UMNO tidak lagi menggalakkan penyertaaan orang muda-muda dan yang tua-tua tidak mahu berundur bagi memberi tempat kepada yang muda-muda untuk mendapat tempat.

Tetapi keadaan ini bermula dari beliau mengambil alih kuasa negara dan beliau telah membunuh kerjaya pemimpin-pemimpin yang muda lagi berwibawa semasa beliau mula mengambil tempat kepimpinan parti dan negara ini. Malahan itulah tindakan yang mula-mula dilakukan oleh Dr Mahathir semasa beliau mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Hussein Onn. Mana-mana pemimpin yang beliau anggap akan mencabar kewibawaan beliau telah beransur-ansur diketepikan secara sistematik.

Beliau tidak mahu sesiapa yang cerdas di sekeliling beliau semasa menjadi Perdana Menteri. Kesalahan dan kelemahan mana-mana pemimpin yang bersama beliau adalah asset politik kepada beliau dan mudah bagi beliau menentukan politik mereka itu. Beliau tidak seperti pemimpin sebelum beliau yang menggalakkan dan mendidik pemimpin-pemimpin pelapis yang berwibawa.

Hasil kerja tangan beliau yang nyata pada hari ini ialah apa yang kita lihat sekarang. Kalau beliau mendidik dengan jujur kepimpinan partinya masakan pemimpin seperti Abdullah Badawi dan Najib menjadi pewaris kepada kepimpinan beliau. Dr Mahathir sendiri menganggap pemimpin partinya sebagai ‘Red Indians’ sahaja dan beliau tidak mahu pemimpin-pemimpin yang benar-benar berwibawa berada di dalam kabinetnya. Beliau hendak berkuasa seorang diri tanpa sesiapa yang berani menasihati beliau.

Pemimpin didikan pucuk pimpinan Tun Razak dan Tunku Abdul Rahman yang berusia sepuluh atau dua belas tahun lebih muda dari beliau pun beliau bunuh secara halus dan ini sudah menjadi budaya kepada UMNO dan pucuk pimpinan sendiri. Beliau sendiri duduk di kerusi kuasa selama 22 tahun dan dalam menduduki kerusi kuasa lebih dua dekad itu beliau telah melakukan segala-galanya untuk mempertahankan keenakkan kuasa itu.

Untuk mengelakkan yang lebih muda dari beliau mengambil alih kepimpinan, beliau telah membunuh partinya sendiri dan telah menghancurkan semua sistem dan institusi demokrasi dan sakitnya dirasakan oleh ramai sehingga ke hari ini. Seburuk-buruk pimpinan UMNO selepas ini tidak akan ada yang akan sanggup melakukan apa yang Dr Mahathir telah lakukan untuk mengekalkan kuasa. Kos untuk mengekalkan kuasa untuk Mahathir begitu mahal harganya.

Kata-kata Dr Mahathir itu sebenarnya adalah untuk dirinya sendiri, bukannya untuk diri mereka yang mewarisi kepimpinan beliau. Malahan kelemahan kepimpinan selepas beliau bersara itu adalah hasil kerja tangan beliau sendiri. Semasa pimpinan beliau hanya beliau sahaja yang dibenarkan berfikir untuk yang ramai. Tugas dan tanggungjawab yang lain hanyalah untuk mengangguk dan mengiyakan sahaja apa yang beliau katakan dan lakukan.

Berkata-kata benar adalah salah dan memberikan pandangan yang berlainan dari pandangan beliau dianggap sebagai tidak menyokong beliau. Pandangan dari Perdana Menteri yang bersara tidak di indahkan tetapi beliau tidak berpuas hati jika Perdana Menteri-Perdana Menteri selepas beliau tidak mendengar kata-kata beliau.

Sekarang beliau menyebut tentang penyertaan pimpinan muda dalam UMNO yang beliau pernah lakukan. Sekarang ini beliau menuduh yang pimpinan sekarang tidak mahu membawa pemimpin pelapis yang muda pula. Mungkin kerana beliau mempunyai zuriat yang masih muda dan ingin mencelah untuk menjadi pemimpin negara membuatkan beliau bercakap tentang penyertaan pihak yang muda dalam kepimpinan UMNO. Dalam nafas yang sama beliau tidak bersetuju dengan Khairy Jamaludin, seorang lagi pemimpin muda yang sedang berusaha mengasah kepimpinan beliau dalam negara.

Pendeknya Mahathir mahukan yang tua itu hanya untuk beliau dan yang muda pula adalah anak dan generasi keluarga beliau sahaja. Bagi saya UMNO biarlah dibina oleh ahli-ahlinya sendiri dan bukannya oleh mereka yang mempunyai agenda untuk keluarga dan peribadi mereka sendiri. Tidak ada pihak yang ingin menyekat kenaikan Mukhriz kerana ini demokrasi. Tetapi Mukhriz tidak akan terlepas dari bersalah-salahan dengan ahli-ahli UMNO yang ramai dan beliau wajar menerimanya dengan terbuka.

Mukhriz tidak boleh mengikut cara bapanya yang sentiasa tidak mahu mendengar pandangan lain dari pandangan beliau sendiri. Mendengar pandangan lain itu adalah haram bagi Dr Mahathir kerana beliau mengganggapkan hanya pandangan beliau sahaja yang betul.

Tetapi itu hak beliau untuk memberikan pandangan tetapi setiap ahli mempunyai pandangan sendiri dan boleh menilai semua yang kehadapan memperagakan diri mereka untuk duduk dibarisan kepimpinan negara. Hanya yang penting mereka jangan dengan tidak sengaja terperaga kelemahan-kelemahan yang nyata dalam proses kempen- mengempen itu.

Sesiapa sahaja yang mempunyai kesihatan yang baik dan tidak bercakap seorang diri serta tidak bankrap atau terlibat dengan sodomi sex dan terlibat dengan rasuah sememangnya boleh menawarkan diri untuk menjadi pemimpin.

Biarkan ahli-ahli yang ramai untuk menentukan siapa yang hendak mereka mandatkan. Siapa pun boleh di pilih, lagi pun yang terpilih dan tidak terpilih itu pun dari kumpulan yang sama kemampuannya, pemikirannya serta sikap dan moralnya.

Ramai yang berkata jika Najib boleh terpilih sebagai PM, yang lain pun tidak ada sebab tidak boleh dipilih. Kata orang tua-tua, yang menang panjat bendul dan yang kalah panjat tiang. Sama sahaja.

10 comments:

Anonymous said...

Sya sangat setuju dgn pandangan di atas..corak kepimpinan umno sejak dari mahadir sudah ditetapkan sedemikian...kekuasaan,kekeluargaan dan kroni-kroni..maka wujudlah politik wang,rasuah,penindasan utk kekalkan kuasa...sesiapa yg pandai,tidak yes bos dan berjiwa rakyat akan dicantas secara senyap...corak pemerintahan sedemikian telah dipakai oleh sebahagian negeri terutamanya sarawak....penindasan ke atas rakyat asal telah dibuat atas nama kemajuan..tanah rakyat,sungai-sungai dan hutan telah dipolitikan atas dasar pembangunan...apakah maknanya pembangunan tpi rakyat tertindas dlm kemiskinan...pm najib tak dpt berbuat apa-apa utk bertindak sb dasar politik yg diamalkan berdasarkan kroni,rasuah dan kekuasaan...mana tidaknya swk telah sumbangkan utk umno kekalkan pemerintahan pada pru 13....bilakah akan wujud pm yg betul-betul berjiwa rakyat utk semua rakyat malaysia...yg dpt tegakan undang-undang terhadap semua rakyat dlm semua negri dlm malaysia tercinta...akan wujudkah pm yg sedemikian.harap aa dan pembaca semua dpt mbri pandangan jujur...

Monkey Shooter said...

As Salam Tuan Aspan.

Penulisan Tuan dalam beberapa isu sejak akhir-akhir ini kalau tidak bersangkutan dengan Anwar Ibrahim, memang boleh diberi pujian dan amat bertepatan dengan fakta serta halatuju politik semasa. Sekali lagi saya ulangi, tulisan Tuan AA kalau tidak melibatkan Anwar Ibrahim memang tulisan Tuan "first class". Trm kasih

Anonymous said...

Macam perli saja bila sebut sodomi seks. Sdr seorang penulis yang dihormati. Harap tidak kaitkan Bahan fitnah dalam tulisan. Takut berdosa

zainal abidin awang kechik said...

TULISAN SAYA SETUJU,, NAMPAK ABANG RINDUKAN UMNO 1946..
YANG MENARIK TUN MAHATHIR MENJADI PRESIDENT PADA MASA AHLI SEMUA KURANG CERDIK..1990 TUN ABDULLAH JALAN KAKI 3 TAHUN 10 BULAN.. menang VP pada permilihan UMNNO.. TUN MAHATHIR PUNYA PUKULAN..hari ni yang tua bukan UMNO... YAng tua TUN MAHATHIR..

TANYA TAN SRI SHARIL SAMAD johor baru.. DIA TAHU PERANGAI TUN MAHATHIR

Aspan Alias said...

Kepada anonymous diatas,

Di mana letaknya atau mana-mana dalam artikel ini yang saya menyebut nama Anwar? Adakah perenggan yang saya mengkritik Anwar?

Saya tidak ada menyebut isu Anwar. Kenapa terlalu 'paranoid?'

T. Kasih

Anonymous said...

Asslamualaikum...

rasanya tak perlulah menyebut sodomi sex , mahu tak mahu ia terkena jugak pada Anwar Ibrahim...kesihan saya tengok beliau terpaksa membawa tanggapan negatif tersebut....entah berapa keturunan beliau baru habis tanggapan itu , macamana kalau semua itu fitnah? Maka sapa yg menfitnah seterunya...akan menang akhirnya didunia .

Sang Sa Purba said...

Pak Aspan, dulu lain skrg lain. Dulu tak bole, skrg bole. Tun Madir merujuk kpd kempen anaknya utk bersaing dlm vice presiden. Masa dah suntuk. Kena kempen terang2 supaya sokong Mukhriz. Memang betul la budaya umno siapa dilihat cerdik sikit, akan disingkir. Tengok la Saifudin Temerloh, kalah di lubok umno. Winnable candidate yg dilaungkn hj najib hanya gimik aje la...

Anonymous said...

I wonder if the day will come when we will have rational leaders who can run the country with sensible policies, both UMNO or PR...

aiya...tough times ahead for the rakyat.

Anonymous said...

Lima belas tahun lalu, sahabat turun ke bawah selepas mesyt umno bhgn lalu bersuara, "kami kena hentam kerana TIDAK ikut kehendak NYA , org tertinggi di atas, aku bukan bodoh!!! Jom kita balik, jln perjuangan kebenaran dan keadilan tiada di sini untuk kita" semasa itu kami berdua di menara gading, berjiwa besar untuk survival Melayu. Naik motor balik ke pantai timur untuk mesyuarat je....

Bayangkan apa yang terjadi kepada anak muda, berdarah muda seperti kami, di bunuh secara terhormat atas "survival will power leader of personnel interest"

tebing tinggi said...


kalau dah semuanya sama sahaja baik cerita pasal lainlah ,takgitu !.

Kobou-kobou Den pon ado ketuo dia orang ,Aden tak campo ,lantak dia orang nak pilih siapo.