23 September 2013

Presiden, Timbalan tiada pertandingan, negara akan binasa juga

Najib berkata dengan tiada siapa yang mencabar kedudukan beliau dan Timbalannya dalam pemilihan parti kali ini menunjukkan yang UMNO bertambah kuat dan akan terus menjadi parti harapan untuk rakyat dan negara. Katanya lagi dengan memenangi kerusi Presiden tanpa bertanding itu adalah petanda arah yang parti semakin kuat bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Sebenarnya UMNO yang asal dan UMNO yang baru ini telah wujud selama 67 tahun dan dalam usia yang sebegitu lama hanya dua kali sahaja pertandingan diperingkat Presiden itu berlaku. Pertamanya pada tahun 1978 dalam mana Hj Sulaiman Palestin yang telah bertanding jawatan Presiden itu menentang Hussein Onn dan pada 1987 dalam mana Tengku Razaleigh Hamzah telah tampil memberikan saingan kepada Presiden UMNO semasa itu Dr Mahathir Mohammed.

Dalam Perhimpunan Agung yang lainnya tiada pertandingan diperingkat Presiden ini. Selepas pertandingan 1987 dahulu UMNO tidak pernah ada pertandingan diperingkat Presiden tetapi selepas itu pula lah UMNO bertambah lemah seperti yang kita lihat pada hari ini. Tiada pertandingan telah membuktikan yang UMNO itu bertambah lemah dan ini terbukti dengan jelas dan nyata.

Dalam erti kata lain pertandingan tidak semestinya melemahkan parti dan jika tidak ada pertandingan tidak bermakna parti UMNO itu akan kuat. Ia bergantung kepada tahap mana kita boleh menjaga semangat demokrasi itu dengan betul dan baik. Begitu jugalah jika tiada pertandingan ia tidak bermakna yang sedia ada itu adalah yang terbaik dan jika ada pula pertandingan ia tidak bermakna yang ada itu tidak baik.

Dalam kes UMNO ini yang menyebabkan tiada pertandingan itu ialah kerana masing-masing yang ada dalam barisan kepimpinan itu lebih mengira dan menjaga kepentingan serta keseronokan berkuasa dalam kerajaan. Jika kita dengar gossip dan pandangan ahli-ahli UMNO itu Najib itu adalah pemimpin yang sepatutnya tidak berada dipuncak kepimpinan UMNO dan negara.

Tetapi oleh kerana manusia yang didalam kepimpinan parti itu tidak berani bertindak maka mereka terpaksa mengikut lenggang dan lenggok pucuk pimpinan itu sahaja. Mereka memberikan alasan yang biasa iaitu kesatuan dan perpaduan sebagai alasan untuk mengikut kehendak pucuk pimpinan yang berkuasa itu. Itu sebab saya selalu berkata UMNO sememangnya tidak boleh diperbaiki lagi kerana pemimpin yang baik berada diluar barisan kepimpinannya.

Bagi saya UMNO akan hanya boleh berubah apabila parti itu benar-benar tersungkur sahaja baru memulakan perubahan. Tiada apa yang akan berubah, dan ia akan tetap sama seperti UMNO sekarang dan semalam. Jika begitu lama kita menganggap UMNO mempunyai barisan pimpinan yang rasuah, maka itu jugalah keadaan selepas pemilihan ini. Tidak akan ada perbezaannya dalam apa perkara sekali pun.

UMNO akan menjadi parti yang kian hari kian buruk dan tidak ada apa yang hendak kita harapkan di masa hadapan selain dari penerusan budaya rasuah, menyalah gunakan kuasa, serta membina budaya kronism dalam pentadbiran negara.

Telinga kita akan disumbatkankan dengan puluhan malah ratusan slogan baru yang bertentangan nilainya diantara satu dengan lain. Kita akan berhadapan dengan perancangan-perancangan baru yang akan berubah dalam tempoh beberapa bulan sahaja dan Najib akan terus menerus melancarkan satu perancangan setiap beberapa bulan sekali.

UMNO akan tetap merancang banyak perkara sehinggakan tiada masa untuk melaksanakannya. Idris Jala ada di Jabatan Perdana Menteri, mengarang dan mencipta perancangan untuk Najib mengumumkannya melalui media masa dengan majlis-majlis pelancarannya. Semua perancangan-perancangan ciptaan Idris Jala itu ialah untuk Najib mengadakan majlis pelancarannya yang kita tahu dari awal tidak akan membawa negara kemana-mana sekali pun.

Jika ada pun cara untuk merubah keadaan ini hanya parti-parti dalam komponen Barisan Nasional sahaja yang mampu melakukannya. Jika PAS dalam Pakatan Rakyat sudah mula berfikir untuk mengkaji semula gabungan dan perhubungan dengan rakan kongsinya PKR, parti-parti dalam BN juga boleh melakukan perkara yang sama demi untuk mencari jalan penyelesaian masalah-masalah ciptaan UMNO dan kepimpinannya terhadap negara dan kerajaan.

Itulah sebabnya saya tetap mengekalkan pendapat saya yang perubahan mesti dilakukan dari awal seolah-olah kita belum ada kerajaan. Kita mulakan sebuah negara baru dengan perubahan kepada sistem yang baru agar dapat kita membina kembali siasah negara ini ke tahap negara yang benar-benar demokrasi dan bersih dari dosa dan noda rasuah dan budaya kuning dalam pembangunan negara dan rakyatnya. Sesungguhnya kita sedang berada dalam kesulitan yang tiada penghujungnya.

Ramailah yang akan mengkritik pandangan saya ini tetapi yang penting bagi saya pandangan ini akan pasti menjadi kenyataan tidak berapa lagi. Sementara menunggu kebenarannya biarlah saya tanggung dahulu maki hamun dan kritikan yang bakal mendatang itu.

7 comments:

Sang Sa Purba said...

Pak Aspan, skrg rakyat bukan lg menilai etp, nkra, gtp dan mcm2 yg najib buat. Tapi rakyat lebih concern pada rasuah, keselamatan, pengangguran, urustadbir & integriti dll. Dlm keadaan skrg, ramai dah terasa bahang kenaikan harga. Bawak rm50 ke kedai mcm air. Pemandu teksi nak dpat upah gaji rm30 pun susah. Yg tersadai menunggu penumpang di klia aiport berjam2 baru dpat satu trip. Kekadang pemandu terpaksa hutang dgn tauke. Yg untung taukeh limosine pemimpin umno, cekik darah pemandu teksi. Najib & para mentri mcm relak je & tak peka. Rakyat bandar gaji rm1,500 bertarung menyara anak isteri sdg pemimpin masih sibuk dgn santai2 mengabis wang rakyat..

Anonymous said...

Pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden dlm umno..akan di adakan apabila anak pencipta umno baru..iaitu mukhriz menang jawatan naib presiden nnti..maka pada masa itu segala yg haram dlm umno menjadi halal..apa yg halal dlm umno menjadi haram...

mahathir hanya mempunyai 7 tahun sebelum wawasan 2020 iaitu melihat mukhriz menjadi pm..bahkan najib pernah perkata wawasan 2020 mahathir boleh di rencanakan lebih cepat..maka kemungkinan mahayudin yg akan di korbankan jika najib tamak kuasa..untuk menjadi pm lebih lama..

Pada tahun 1987 ku li menentang mahathir..ramai org melayu dgn semangat kemelayuan ingin melihat ku li menang..akhirnya mahathir menang dgn penipuan....kali ini org melayu seramai 1400 perwakilan diuji samada semangat kemelayuan mereka masih tebal atau tidak..oleh itu mukhriz dan khairy harus ditolak..agar kekecewaan datuk dan bapa kita sebagai melayu pada tahun 1987 dapat di tebus...

Perwakilan seramai 1400 org..harus sedar..bahwa berjuta pakistan,bangla yg sedang menunggu menjadi warganera malaysia..jika mereka tersilap pilih...ingat la parti umno adalah keramat org melayu..kerana kegagalan pemimpin umno terdahulu mengenal musuh dlm selimut..melayu skrg ketinggalan...

Buang la mukhriz,khairy.azeez rahim dan sewaktunya dlm kepimpinan umno seterusnya...

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan pandangan Tuan Aspan dan berharap ia akan menjadi kenyataan di masa akan datang.

putra bertam said...

Salam Tuan Aspan,

Sangat setuju dgn pandangan tuan...kepimpinan negara sekarang umpama gunung berapi siapapun tak dapat menolak bila ia meletus dan memakan korban...namun kesan tinggalan letusan gunung berapi iaitu kesuburan tanah akan tetap dinikmati oleh generasi mendatang...

Unknown said...

kalau tiada pertandingan, apa beza komunis dengan demokrasi umno??

kalau tiada parti lain menang pilihanraya selain Perikatan dan UMNO-BN, apa bazanya sistem komunis China dengan yang di sini...??

pemerintahan satu parti = pemerintahan komunis

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan.

Tiada lah mahu saya ulas mengenai UMNO kerana UMNO ini tidak akan berubah. Majoriti rakyat masih memilih UMNO kerana masih belum berkeyakinan dengan penentang UMNO. Tunggulah akan tiba masanya nanti.

Presiden yang tidak ditentang ini seperti sudah menjadi satu tradisi untuk parti politik di Malaysia.

Presiden UMNNO sudah pun menang percuma.. Kita lihat bagaimana pula Presiden PAS.. Jangkaan saya, TG Hadi Awang pun akan menang percuma.. Selepas ini kita lihat bagaimana pula dengan LGE & DAP, menang percuma kah beliau?.. PKR pula akan menyusul selepas itu.. juga pastinya Wan Azizah ataupun Azmin akan menang percuma.. lagi hebat tentang PKR ini, DSAI tiada langsung jawatan nya boleh ditandingi.. MIC juga Presiden akan menang percuma.. MCA khabarnya akan ada pertandingan..

Justeru itu, tuan perlu meluaskan skop menang percuma ini kepada parti politik Malaysia. Adakah atas sebab kematian demokrasi atau sifat kesetiaan atau ketandusan pimpinan pelapis..

Anonymous said...

Pak Aspan, sama kita nyanyi lagu P.Ramly untuk UMNO sempena tulisan tuan diatas.....mula...TU PASAL TAK HASIL!!!