02 December 2013

Dilantik atau tidak kedalam Majlis Tertinggi, tidak akan membawa apa-apa perubahan

Perlantikan ahli tambahan kepada Majlis Tertinggi UMNO seramai sembilan orang itu sekarang menjadi berbualan hangat. Tindakan Najib tidak melantik Menteri-Menteri Besar yang tidak bertanding atau kalah dalam pemilihan parti baru-baru ini sekarang menjadi isu besar dan ini juga menambah beban yang sudah sedia berat di bahu Najib. Kebanyakan Menteri-Menteri Besar sekarang berada di luar Majlis Tertinggi dan ini amat susah untuk menyelenggarakan hal dan isu parti dari bawah kepada peringkat tertinggi parti.

Ramai yang merungut kerana Mukhriz Mahathir tidak di lantik menganggotai MT. Mereka mempersoalkan Mukhriz hanya kalah tipis kepada Hishamudin dalam pemilihan jawatan Naib Presiden maka adalah layak dari sudut moralnya Mukhriz dilantik menduduki jawatankuasa tertinggi parti itu. Mukhriz juga merupakan ketua kepada gerakan BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat.Maka bagi setengah pihak, Mukhriz wajar di lantik menganggotai Majklis Tertinggi sebagai tanda menghargai kejayaan UMNO Kedah dalam pilihanraya yang lalu.

Itu pandangan pihak yang berkehendakan Mukhriz. Tetapi bagaimana pula Sabah? Bukankah Sabah merupakan penyelamat kepada kuasa kerajaan Persekutuan dalam pilihanraya yang lalu. Kenapa Ketua Menteri nya tidak dilantik kedalam badan penguasa tertinggi parti? Musa Aman memainkan peranan penting dalam memberikan kuasa pimpinan persekutuan dalam pengekalan kuasa UMNO dan BN.

Kenapa dilantik pemimpin yang selalu membebankan UMNO seperti Nazri Aziz dan beberapa orang yang lain? Kenapa menggalas mereka yang membebankan parti sedangkan yang memberikan tali hayat kepada parti tidak dipedulikan dan tidak dipertimbangkan langsung? Apakah pertimbangan yang dibuat oleh Najib ini satu pertimbangan yang betul dan adil?

Apakah yang membuatkan Najib terpikat dengan seorang ahli PAS dilantik menduduki Majlis Tertinggi UMNO, seperti Uztaz Kazim Elias? Apakah Kazim lebih memberikan sumbangan yang lebih besar dari Musa Aman dan Khaled Nordin kepada parti? Pertimbangan seorang Presiden parti melantik ahli tambahan kepada Majlis Tertinggi adalah berdasarkan kepada banyak faktor.

Di antara faktornya ialah untuk mengimbangkan keperluan Presiden dalam menentukan yang beliau mempunyai cukup sokongan dari pimpinan Majlis Tertinggi kerana dalam keadaan sekarang Najib sedang menghadapi untuk mengenal pasti siapa yang menyokong dan siapa yang menentang beliau di dalam parti. Mungkin dengan senarai baru perlantikan ahli tambahan ini bermaksud untuk dijadikan signal kepada yang tidak dilantik yang mereka sepatutnya memulakan persediaan untuk bersara dari politik secara giat. Di samping untuk menunjukkan kepada ramai yang lantikan baru ini merupakan indikasi yang mereka baru terlantik itu adalah pemimpin di masa hadapan.

Ini kah transformasi politik ciptaan dan anjuran Najib? Kita hendak juga mendengar apa pandangan pimpinan tertinggi parti yang lain seperti Muhyiddin dan Naib-Naib Presiden yang lain. Apa yang sedang difikirkan oleh pimpinan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan yang bertungkus lumus untuk parti apabila mendengar seorang penceramah yang melawak setiap masa di peti TV dilantik kedalam Majlis Tertinggi parti itu?

Sememangnya sah yang UMNO perlu di ubah segera. Najib sudah hilang hidayah dan tidak lagi mampu untuk membuat sesuatu keputusan yang mudah dengan betul. Barisan kepimpinan yang ada kini sudah tidak tahu mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana satu tangan kiri untuk beristinja’.

Hampir kesemua lantikan Najib di persoal oleh ahli dan orang ramai kecuali perlantikan yang di usulkan oleh Pemuda UMNO. Ini lah hasilnya jika pengaruh rakan kroni dan keluarga memainkan peranan dalam mentadbir parti dan negara. Tetapi apakan daya yang berada di dalam barisan itu pun semuanya takut dan tidak berani melakukan sesuatu yang drastik.  Oleh itu jangan kita ragu-ragu lagi memberikan pandangan konklusif yang keseluruhan kepimpinan yang melebihi dua dozen manusia itu juga bertanggungjawab dan bersama-sama dianggap sebagai petualang kepada negara.

UMNO wajar berhenti dari menyalahkan pihak-pihak lain kerana masalah-masalah yang mereka hadapi itu semuanya hasil dari kesalahan sendiri. Kekurangan sokongan terhadap UMNO bukannya berlaku dengan sendirinya. Semua yang berlaku itu bersebab. Hanya pemimpin tertinggi parti tidak pernah tahu atau berusaha untuk mengambil tahu apa yang menyebabkan kelemahan dan kekurangan sokongan di kalangan rakyat termasuk dari ahli-ahlinya sendiri.

Ibarat layang-layang putus tali, UMNO terumbang ambing tanpa hala tuju yang meyakinkan. Kelemahan UMNO ini menyebabkan pemimpin dari luar UMNO yang tidak setaraf mana pun perjuangan mereka yang sama-sama mengelirukan rakyat dianggap sebagai alternatif yang baik buat masa sekarang ini. Kalau siapa pun di lantik kedalam Majlis Tertinggi itu tidak membawa apa-apa perubahan yang baik kepada negara. Justeru tidak perlu kecewa jika yang mengharapkan dilantik itu, tidak terlantik kali ini.

Peluang UMNO untuk memperbaiki diri selalu terbuka tetapi parti itu tidak pernah mengambil kesempatan itu kerana kepentingan kuasa bagi setengah atau ramai dari pimpinan mereka. Peluang ini hanya boleh di ambil kesempatan jika pucuk pimpinan yang menjadi isu negara kini sanggup berkorban dan mengakui kelemahan yang sangat nyata yang boleh membawa maut kepada semua sistem dalam sebuah negara yang berkerajaan.

Itu sebabnya saya secara peribadi selalu membayangkan jikalau PAS itu sebuah parti yang benar-benar menjadikan politik dan pentadbiran mereka dengan secara addin yang di tuntut itu, parti itu mungkin akan berjaya menjadi alternatif yang tepat untuk memimpin negara. Jika parti itu tidak hanya menumpukan kepada mentarbiah syariat sahaja dan benar-benar mengaddinkan agama itu dalam semua hal, parti itu pasti menjadi parti yang amat mudah mengambil alih kepimpinan negara khususnya orang-orang Melayu.

Apa pun masalah yang timbul penyelesaiannya tetap wajib di sandarkan kepada Tuhan yang Maha Esa. Tetapi jika ada pihak yang hendak menafikannya itu terpulang kepada masing-masing.

9 comments:

Anonymous said...

pelik tapi benar.akan tiada siapa akan tegur dan beri pandangan.mereka jaga perut dan periuk masing2,.kes dsai dulu mereka pegang kejap sebagai tauladan....

fakulti perniagaan UiTM said...

Bertambah hebat lah budaya mengampu dengan perlantikan TS Ibrahim Abu Shah dalam Majlis tertinggi Umno tuan AA.

Tuan pun kenal dgn dia ni kan? Dia kawan tuan.

Junuih saya tengok Umno nih!

xxk said...

Inilah Tranformasi & Endless Possibilities yang paling besar belaku dalam Malaysia. Syabas Dato' Seri. Bagi yang tidak terpilih tu faham faham saja lah.

Anonymous said...

Kalau no 1 selalu membuat tindakan yang tidak relevan kepada parti kerana kuasanya, mustahil 3 juta orang anggota dibawahnya tidak punyai kuasa dan keinginan untuk menukar kepimpinan yang pincang seribu serba satu kepimpinan.Zaman sekarang bukan zaman ahli boleh digembalakan seperti lembu, zaman sekarang zaman kemanusiaan,setiap tindakan ketua seharusnya relevan yang hanya akan membawa kebaikan kepada ahli yang menyokong perjuangan parti tersebut.Adalah amat mustahil tindakan menjemput orang luar parti masuk untuk merubah keadaan, sedangkan yang setia berada didalam sedang berusaha gigih pun masih juga sukar menongkat rumah yang hampir roboh.Janganlah dibiarkan suatu tindalan yang salah menjadi suatu tindakan yang betul kerana kuasanya telah membelakangkan kepentingan semua.Seperti kata orang zaman sekarang yang selalu kita dengar....'anda mampu mengubahnya'

tweng-tweng said...

Yang di lantik tak berguna yang tak di lantik pun tak berguna. Itu maksud Pak AA kan?

Anonymous said...

Ustad Kazeem akan jadfi sama seperti Jamil Khir Baharom,dan lain-lain orang penceramah agama yang di jadikan pemimpin Umno.

Umno ni dah tak senter lagi!!

Anonymous said...

Sdr AA,
Sekiranya prestasi UMNO semakin merosot, beberapa kambing hitam telah disediakan. Tidak perlu nak bersusah payah lagi nak mencarinya kelak.

tebing tinggi said...


kiri tak kena ,kanan tak kena ,mampuih Den.

Kobou Den pon thau hala nak dituju.

Anonymous said...

Tuan AA.

mungkin copy cara Obama lantik Republikan untuk pegang portfolio pertahanan....