25 December 2013

Balak ditebang, duitnya dibawa membeli belah dan ketempat judi di London, rakyat mandi lumpur

Saya mengucapkan kepada semua khususnya kepada yang rakan-rakan yang beragama Christian Merry Christmas dan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Bulan Disember ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi hampir semua orang untuk persediaan menyambut tahun baru itu. Ibu bapa sibuk dengan persediaan persekolahan anak-anak.

Kali ini ibu bapa terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan harga yang paling murah dalam membeli kelengkapan persekolahan anak-anak kerana setidak-tidaknya pendapatan mereka berkurangan sebanyak RM100 kerana hujung tahun ini tidak ada bantuan untuk anak-anak sekolah dari kerajaan. Sememangnya memang dijangka tidak akan ada bantuan RM100 itu kerana pilihanraya sudah selesai dan yang menyandang masih mendapat mandat. Tidak perlu lagi membeli jiwa dari rakyat.

Jika pilihanraya masih belum diadakan mungkin lebih banyak bantuan akan diterima oleh ibu bapa seperti tahun-tahun yang lepas. Malahan selepas pilihanraya ini, seperti selepas pilihanraya-pilihanraya yang lalu, cukai akan dinaikkan dan segala subsidi yang sudah tersedia diterima selama ini akan dikurangkan. Pendeknya subsidi dikurangkan, cukai ditambah.

Bagi yang sudah menjadi kaya raya seperti ahli-ahli politik yang memberikan bantuan RM100 kepada ibu bapa yang miskin itu, sekarang berada di merata-rata bandar tersohor di seluruh dunia. Didapati beberapa orang Menteri yang pernah menaiki hanya motorsikal dahulu sekarang sudah berkemampuan untuk membeli belah hujung tahun di Harrods dan Bond Street di Kota Raya London dan ada yang sudah mampu untuk berehat di Austrian Alps di Austria.

Kalau kita berjalan-jalan di kawasan Mayfair di London kita akan terserempak dengan pemimpin-pemimpin besar negara kita berkeliaran di sekitar kediaman mereka dikawasan termahal di dunia itu, dalam bulan ini dan awal bulan depan.

Ini lah kebaikan rakyat Malaysia yang telah memberikan mereka (pemimpin) menjual harta benda mereka (rakyat) untuk membolehkan pemimpin mereka membeli belah di gedung-gedung termahal di dunia. Rakyat Malaysia menghantar pemimpin mereka sebagai sebagai duta-duta mereka di gedung-gedung termahal ini.

Mereka adalah rakyat yang taat setia dan sanggup menghadapi dan mengharungi banjir besar seperti banjir di zaman Nabi Noh dahulu baru-baru ini. Banjir yang melanggar kawasan-kawasan bandar kerana hasil dari penebangan balak-balak besar untuk pemimpin dan ketua-ketua mereka untuk berjoli di gedung-gedung besar dan tempat perjudian diseluruh dunia.

Dalam masa keadaan rakyat mengharungi bah dan banjir ini, mereka yang menyebabkan limpahan air yang besar itu akan datang melawat dan memberi bantuan lima kilo beras dan beberapa tin sardin dan biskut untuk menunjukkan terima kasih mereka kerana membenarkan mereka membotakkan hutan untuk mereka berjoli dengan keluarga di hujung setiap tahun seperti sekarang ini.

Di Pahang, negeri yang paling aktif pembalakan, menghadapi banjir yang tidak boleh dikawal kerana limpahan air dari tempat-tempat tadahan air yang sudah dibotakkan oleh pemimpin-pemimpin dan mereka yang berkuasa di negeri itu. Mereka yang membotakkan hutan-hutan yang menyebabkan kebanjiran ini selalunya akan berada di London di gedung-gedung membeli belah dan di kasino-kasino terbesar di Kota Raya London itu.

Yang empunya negeri dan balak-balak tersebut sekarang dalam keadaan paling susah kerana banjir yang terhasil dari penebangan balak-balak mereka oleh orang atasan yang mempunyai ‘immunity’ dari segala tindakan undng-undang, dan menggunakan wang itu untuk ke London, Switzerland dan negeri-negeri maju yang lain di dunia ini.

Nampaknya slogan ‘rakyat di dahulukan’ itu benar-benar berjaya. Yang menderita paling awal adalah rakyat, dan yang paling dahulu menerima bencana dari kerakusan pimpinan itu adalah rakyat dan yang paling dahulu menerima tuntutan dari PTPTN adalah anak-anak kepada rakyat yang kehilangan balak-balaknya ketangan pemimpin-pemimpin mereka di Pahang, Terengganu dan Johor itu.

Pemimpin kita sedang bermaharajalela di kota-kotaraya termasyur didunia sedangkan rakyat bermatian di tanah air untuk menyambung hidup di hujung tahun ini dalam serangan bah dan banjir yang menjahanamkan harta benda mereka semua. Ramai yang berkata yang mereka tidak ada apa yang baru, yang mereka akan lihat dalam tahun baru yang akan mendatang hanya seminggu sahaja lagi itu.

Keadaan akan seperti biasa sahaja. Yang rakus akan terus bermaharajalela, yang berjuang tetap dengan perjuangan mereka yang tiada penghujungnya dan yang miskin tetap miskin dan terus diperguna oleh pemimpin kedua-dua belah pihak untuk kepentingan peribadi mereka.

Orang politik akan terus menggunakan apa sahaja untuk modal politik mereka kerana kemajuan peribadi dalam politik mereka itu adalah ‘ultimate’ bagi perjuangan mereka. Parti-parti mereka pimpin itu adalah modal perniagaan mereka sahaja.

Sesungguhnya negara kita sedang hanyut kerana dipimpin oleh pemimpin yang bermentaliti ‘orang darat dan orang bukit’ dari kedua-dua belah pihak yang berbalah semata-mata untuk kuasa itu. Ada ‘orang bukit’ apabila merasa naik jet-jet peribadi, mereka tidak dapat lagi menahan nafsunya untuk menjelajah dunia dalam jet-jet eksekutif dan semuanya dibayar oleh rakyat.

Itu sebab pemimpin-pemimpin ini apabila ‘terjumpa beras mereka akan bertanak tidak henti-henti’. Belum sampai ke kerak, bertanak lagi sampai habis beras untuk rakyat. Kita sebenar-benarnya ditadbir oleh orang bermentaliti ‘orang bukit’.

Yang hendak menggantinya pula adalah pemimpin yang bermentaliti seperti ‘orang ulu’ yang bakal menyumbang masalah yang sama besar jika tidak lebih besar lagi jika mendapat kuasa.

24 comments:

Anonymous said...

Dalam bidang sains tidak boleh dirumuskan sesuatu andaian tanpa dibuat ujikaji. Adalah tidak mengikut tertibnya jika membuat andaian kepada suatu perkara yang tidak pasti, bak kata orang belum dicuba belum tahu.

Greenman said...

Pak aspan, what a good heading !!! Saya terpanggil kisah pemimpin2 dan kepala2 negeri yang " compulsive gambler". Hobi nya adalah tebang balak dan pergi berjudi di macau dan london. Jika kalah judi muka macam nya masam macam pantat babi. Teringat akan saya juga saorang malaon ini ( sekarang dalam kabinet) tiap2 hari membawa duit ke atas bukit untuk berjudi hasil dari kerja rasuah menjual permit kerja kapada warga asing. Nak muntah saya bila malaon ini bercakap tentang konon2 nya nak jaga hak orang melayu. Berpuluh2 kisah lagi yang kita boleh cerita akan kebrokon rakus pemimpin2 melayu ini. Sanggup bayar jutaan ringgit untuk mendapatkan "tanah tiga segi" yang dah over use!!! Ini lah realiti pemimpin melayu hari ini.

mat bulat said...

Kalau hendak merosakan negara berikan kepada UMNO tugas itu. Kalau hendak negara lebih hancur berikan kepada Anwar Ibrahim.
Kita sudah hancur..hancur..dan hancur...

zin said...

mat bulat...you are just saying the obvious. Anwr dan Umno tidak mempunyai perbezaan. Anwar itu adalah Umno. Dia tidak pernah keluar Umno. Dia dipecat kerana kesalahannya sendiri. Dia terpecat dan membawa nilai Umno itu bersama dimana-mana dia pergi...

brown said...


Seriously speaking, DSAI will never be ever become the Prime Minister. That is why he is now the one who literally surrender himself to Najib as his last resort to reach the Premiership. i am wondering why his supporters are still calling names on Umno leaders without realizing that DSAI is now panting to take over the Premiership through Umno. DSAI will never tell his followers his own selfish agendas. Dap is also trying their luck as this party is desperately attempting to be in the government. To Pkr supporters, please beware of PR secret agenda.

Don't believe me? Just wait...

basri said...

Aspan Alias,

You are frightening me..really

Anonymous said...

Rasuah merupakan nyawa UMNO, tanpa rasuah UMNO telah lama menjadi mendiang. Dengan hasil rasuahlah UMNO mendapat kuasa dan disalahgunakan pula. Apa nak dihairankan mereka berjoli sakan menggunakan wang yang mudah diperolehnya itu. Sekiranya kalah berjudi pun tidaklah terasa sayang akan wang yang lesap kerana jalan untuk memperolehnya lagi terbentang luas.
Hakikatnya UMNO tiada langsung roh perjuangan dulu, kini dan selamanya. Mereka hanya bimbang kehilangan kuasa sahaja tetapi bila memegang kuasa, mereka tidak pula menjaga kebajikan rakyat marhaen kecuali kroni. Sekiranya UMNO memiliki sifat adil dan bijak dalam pemerintahannya,kenapa perlu dikepung dan ditambat pihak lawan semasa PRU atau PRK, apakah yang perlu digentarkan? Jangan cuba menjadi baik dalam UMNO, kelak anda akan diusir dan dizalimi dengan pelbagai cara seperti firaun bandingannya. Dalam UMNO hanya yang membawa imej negatif sahaja akan diangkat dan dinobatkan sebagai pemimpin.

jeane said...

Duit dalam perbendaharaan di kebas. Duit kita dalam hutan pun dia orang sakau.

Habis tu dicukainya kita gila-gila. Mana untuk rakyat pak AA?

5sal said...

Asalam pak aspan! Betul apa yang dkatakan oleh mso,walaupun marah rakyat sampai kekemungcaknya pada ubn dengan kenaikan yang macam2 hinggakan ada yang berkata pru14 nanti ubn akan kalah.Ikut logik akal ubn kalah pada pru13 tapi sebaliknya tak menjadi kenyataan.Sebab apa? Sebabnya masih mendapat sokongan orang melayu kampung termasuk mat bulat dan zin tu.Walupun pru 14 nanti.Tak menjadi kudis atau kurap pada ubn.Kalau nak menghancurkan msia beri pada anwar,kata mamat tu.Cuba beri sekali pada pr pada pru14.Anwar jadi pm hancur x,kalau hancur tukar kan msia ni negara demokrasi.Tak cuba tak tahu.Ni takut kalau pr perintah akan bengrap,rakyat akan balik makan ubi kayu.Mkan ubi kayu x pa lagi,yang takut makan pasir ja.Macam mamat 2 orang tu takut makan ubi kayu hingga syak yang bukan2.Sebab termakan budi ngan ubn,dapat brim tahan kut untuk 5 tahun kut.percaya ubn tak akan kalah selagi mana ada pencacai yang masih SETIA ngan ubn.Jangan gi isi minyak 0.60 sen ja.

kampong lad said...

RAKYAT DIDAHULUKAN merasai kesengsaraan, PENCAPAIAN pemerintah dlm mengumpul harta rampasan perang DIDAHULUKAN. ini depa punya kpi!

Anonymous said...

Melayu bertongkatkan subsidi, berkisahkan seksual, berlagukan hendonisme, bertuhankan wang, hidup dalam acuan sendiri tanpa peduli rebelisme dunia luar... sama saja siapa pemerintah.. Penjajah @ sebangsa @ seagama.. Asal tahu cara pemikiran bangsa melayu, tersungkurlah rakyat mencium tapak kakinya...

Anonymous said...

apa pilihan yang rakyat MALAYSIA ada ??

Anonymous said...

Najib boleh disondol keluar dari menerajui UBN sebelum dan selepas PRU 14. Tetapi UBN tetap memerintah Malaysia selepas PRU 14. Sintuk limau lah dengan segala pawang, dukun, Saikong dan apa saja jawapan nya pasti ya. KENAPA ? Karena MELAYU itu sudah habis di kembiri dan sudah pun berada di ICU,

Anonymous said...

Masaalah sabegini senag sahaja di selesaikan di negara jiran.

Anonymous said...

Pak Aspan spt anti kepada Anwar ....dan masa yg sama anti kepada UMNO-BN....maka siapa yg Pak Aspan pilih ?

Anonymous said...

Good question....saya juga mempunyai soalan yang sama- siapa yg pak aspan pilih????

ahmadyaniDotCom said...

Tidak kisahlah siapa yang Pak Aspan pilih, yang pastinya mereka yang kena lontar dengan setiap isi tulisan Pak Aspan, tidak dapat mengelaknya dan tidak dapat melontar balik.

Anonymous said...

As Salam Tuan Aspan.

Tak mengapa kalau menebang balak di hulu dan banjir di hilir asalkan masih dapat mengunjungi kasino di puncak Genting dan membeli belah di London. Kalau rakyat bising apa susah? Cuma hantar menantu untuk masak dan menumis kari ikan sardin kepada mangsa banjir....Sattle masalah kan? Melayu kudah lupa kan? Rasanya lebih afdal atau lebih baik sekiranya menantu beta tu pergi masak dan menumis kari kawah untuk penebang-penebang balak di hulu sungai (K. Lipis atau Raub) daripada berlakon dan marah-marah mangsa banjir di Kuantan kan?

Anonymous said...

rasanya ler... ABU!!! UMNO tu UMNO...Anwar pun dtg dari UMNO... jadi Asal Bukan UMNO dipilih... rasanya kot...

Anonymous said...

rakyat banyak pilihan tapi tak reti nak pilih... terutamanya orang Melayu. asal ada masalah cari bomoh... cari pawang!!! bukannya bermuhasabah diri... solat istikhoroh minta Allah tunjukkan jalan. Bangsa yang paling takut berubah adalah bangsa Melayu UMNO sbb dorang baca kitab karangan Madet Kutty Al-UMNO Mamakki... katanya pilih selain UMNO rakyat mampuih kebulur.depa lupa REZEKI ALLAH TENTUKAN... !!! tu la, otak jadi bangang... selalu sangat mempersendakan hukum Allah... Tunggulah azabNya!!!!

Anonymous said...

.... itulah Melayu. Kalau nak jadi Melayu totok (bukan Melayu Islam ) yg sekadar Melayu... itulah ciri-ciri/ kriteria utama + suka mempersendakan hukum Allah... itulah ciri Melayu bangsat!!!

Anonymous said...

... bior le Zin ngan Mat Bulat macam tu. Tu antara orang yg tak reti-reti Rezeki Allah tentukan!!! masih dok ingat rezeki tu UMNO tentukan. ada Al-Quran kat rumah simpan dalam almari. ada kuliah agama disurau/masjid tak pernah nak gi. orang kata boooddo marah... tapi yg pasti tak cerdik la. dah 56 tahun merdeka ada lagi spesis zin dan mat bulat di Malaysia ni yee... malang betoi!

Anonymous said...

'tanah tiga segi' tu dah 3-4 kali diteroka guna lesen T.O.L. Geran kekal hanya keluar kat 'budak tak lulus belajar' luar negeri tu... pastu canang seantero dunia dia lulusan universiti... ceh... 'tanah tiga segi' tu sebelum diberi T.O.L khabarnya selalu sangat 'diteroka secara haram sampai kering-kontang-gersang-merekah'. Mungkin didalamnya 'tertanam besi bat siam yg dibungkus dengan kain kuning'.... mungkinkah???

zaz said...

Pak Aspan, saya suka baca tulisan tuan, yang mana tuan suka menyerang dua dua pihak samada pemerintah atau pembangkang. Soal saya ingin tahu apakah cadangan Pak Aspan untuk membetulkan kebobrokan Negara kita yang tercinta ini, sebelumnya ianya menjadi hancur sehancurnya....!