31 December 2013

Kalau kerajaan berundur 'en block', apa yang hendak digulingkan lagi?

Apa yang ditakutkan oleh UMNO dengan himpunan menentang kenaikan harga barang oleh rakyat ini? kenapa ada Menteri yang menuduh ada pihak yang melakukan subversif terhadap negara? Apa ‘subversif’ nya? Kenapa melatah sehinggakan membawa polis sendiri membuat ‘statement’ politik menghadapi isu ini? Perlu diingat rakyatlah yang paling berhak untuk menzahirkan keresahan mereka kerana mereka tahu negara mereka tidak diurus dengan baik malahan mereka tahu negara mereka sedang diambang kehancuran.

Mereka juga tahu yang kerajaan pimpinan hari ini sedang cuba menutupi segala-gala kesalahan dan kelemahan dari pengetahuan rakyat. Sampai bila mereka boleh bertahan, sama-sama kita lihat dan tengok. Himpunan yang dibuat secara aman ini sudah menampakkan yang pihak kerajaan sedang cuba untuk menunjukkan keadaan tidak aman.

Bagi saya secara peribadi saya tidak menyokong dan menolak himpunan ini tetapi satu perkara yang harus diingat, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun kerana negara ini negara mereka. Ini bukan negara kepunyaan pemimpin dan isterinya sahaja. Ini adalah negara yang akan kita wariskan kepada anak-anak dan cucu-cucu kita dan setiap rakyat berhak berusaha untuk mempastikan generasi kita tidak akan lebur dengan kerakusan pimpinan hari ini.

Kepada pak Menteri dan pak Wazir sekalian, marilah kita menjadi lebih matang sedikit. Tidak usah menuduh rakyat hendak menggulingkan kerajaan melalui himpunan jalanan. Himpunan ini bukan himpunan jalanan. Hanya mereka hendak berjalan menuju ke Dataran Merdeka, tempat mereka hendak berhimpun itu sahaja.

Di sana mereka hendak berhimpun dan menuntut apa yang perlu mereka tuntut dari kerajaan. Pasukan Polis yang dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk mereka yang berhimpun itu perlu bekerjasama dan memberikan pertolongan dalam perjalanan mereka ke Dataran Merdeka itu.

Biarkan mereka membuat tuntutan. Jika kerajaan tidak mampu memenuhi tuntutan itu pun tidak mengapa, tetapi perlu bertindak mengundurkan diri mereka secara terhormat dan jangan berbuat kecoh terhadap mereka (rakyat). Saya tidak gemar mendengar seorang Menteri berkata yang himpunan jalanan itu membuang masa sahaja. Pertamanya adakah ini perhimpunan jalanan?

Apa yang membuang masanya. Mungkin mereka membuang masa, tetapi mereka membuang masa untuk kepentingan ramai. Sebaliknya Menteri itu yang membuang masa di Kementerian beliau kerana tidak memberikan sumbangan terhadap masalah kenaikan harga barangan sekarang ini.

Mereka bukannya menyokong pembangkang tetapi pembangkang menyokong mereka kerana mereka sedang melakukan sumbangan dan peranan untuk menurunkan harga barangan. Mereka ini hendak menzahirkan tuntutan mereka kerana tidak ada tempat hendak mengadu. Hendak mengadu kepada Menteri Pengguna, takut pula Menteri itu akan menjawab, ‘kalau harga barangan mahal, jangan beli barang-barang’.

Justeru benarkan tanpa halangan untuk mereka berhimpun. Alasan perhimpunan ini akan menjejaskan peniaga-peniaga kecil itu tidak munasabah kerana dengan perhimpunan inilah peniaga-peniaga kecil mendapat perniagaan yang laris kerana kehadiran ratusan ribu pelanggan dari seluruh negara. Jualan minuman mereka akan laris dan karipap mereka akan laku kerana yang berhimpun itu akan merasakan kelaparan apabila beramai-ramai  diperhimpunan itu.

Kalau Menteri-Menteri merasakan penat mengendalikan rakyat, bukankah jalan keluar nya ada? Bukankah berundur dari memikul tanggungjawab ini adalah jalan yang terbaik? Bukankah mereka ini sudah mengumpulkan kekayaan yang menimbun banyaknya dan tidak lagi susah-susah memikirkan harga barang yang naik? Yang merasakan keperitan dengan harga barangan naik ini adalah rakyat biasa sahaja dan itu pun sebabnya mereka ingin berhimpun secara aman.

Baik Najib mau pun Zahid, jangan 'gabra' dan jangan tunjukkan jiwa yang lemah dan fakir itu. Berjiwa besarlah saudara semua dan tolong sedikit sebanyak rakyat yang hendak berhimpunan itu.

Kalau pimpinan kita takut akan digulingkan oleh rakyat yang ramai itu, apa salahnya? Mereka bukan hendak memberontak secara ganas. Jika terpaksa terguling oleh kerana himpunan dan doa ramai itu, maka semua pihak menerimanya, kerana kalau tidak ada perhimpunan ini pun sudah sepatutnya kerajaan sekarang terguling secara demokrasi.

Pimpinan kita asyik menyalahkan rakyat berhimpun, tetapi tidak pernah menyalahkan mereka sendiri kerana gagal mengesan sebab-sebab mereka (rakyat) berhimpun itu.

Rakyat marah kerana segala janji-janji BN dalam pilihanraya dahulu tidak terlaksana malah segala-gala terbalik. Kenapa tidak berjanji yang mereka tidak dapat menunaikan kehendak rakyat semasa berkempen siang dan malam diseluruh negara dan melalui media massa perdana itu?

Kalau pimpinan kita benar-benar berfikir dengan jiwa yang tenang, tidak dapat tidak mereka akan dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat ramai ini, tetapi pimpinan kita seolah-olah pekak dan bisu dan tidak mendengar apa yang dirintihkan oleh rakyat itu.

Yang kita nampak pak Menteri kita hanya melayan peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan setiap hari yang ramai-ramai membawa ‘envelope’ mengadap pak-pak Menteri kita.

Pak Menteri kita asyik berniaga dengan bermodalkan UMNO dan BN itu. ‘Akhir bagi rakyat dan negara, hujung hilang pangkal lesap, seperti berniaga buluh kasap’.

Hanya saya secara peribadi, memohon agar yang berhimpun itu jangan memberikan pihak polis peluang untuk melakukan kekerasan terhadap anda. Berhati-hati dengan penyamar-penyamar yang mungkin ramai dihantar oleh pihak yang berkuasa untuk mencari alasan untuk memindahkan tuduhan itu terhadap anda.

Kepada kepimpinan yang ada pada hari ini, rasa-rasa dan agak-agak lah, jika terasa tidak mampu menahan tekanan rakyat ini, elok berunding sesama sendiri dan meletakkan jawatan beramai-ramai. Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukan klausa yang jelas untuk menubuhkan kerajaan baru yang lebih diterima dan menyenangkan hati dan jiwa rakyat.

Jika itu dilakukan, tidak akan timbul masalah tuduh menuduh hendak menggulingkan kerajaan dan sebagainya. Jika mereka berundur apa yang hendak digulingkan oleh rakyat lagi?

15 comments:

Anonymous said...

Sdr. Aspan,
Perhimpunan itu bukan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi kerajaan UMNO/BN yang takut akan terguling. Yang diminta hanyalah keprihatinan pemimpin memikirkan masalah peningkatan kos sara hidup rakyat berbanding dengan pendapatan yang tidak meningkat itu. Pemimpin UMNO/BN sebenarnya buntu untuk menyelesaikan masalah rakyat, padahal masalah itu adalah hasil bikinan UMNO/BN sendiri.

sesejuk mata memandang said...

Persoalan nya jika nak berhimpun kenapa pilih pada hari dan masa untuk SEMUA rakyat berghembira menyambut kehadiran tahun baru , Rakyat yang dimaksudkan adalah semua TANPA mengira fahaman politik.

Jika jujur buat lah pada hari lain , misal nya pilihlah pada hari REaya China atau hari Kebnagkitan PKR bersama ANuar atau namakan sahaja hari apa tetapi bukan hari yang melibat semua rakyat . Dalam Malaysia yang ujud lebih untuk melakukan perpecahan hanay lah dari puak pembangkang sahaja , PKR DAP atau PAS juag NGO2 proPembangkang yang bangangg

Monkey Shooter said...

As Salam Tuan AA.

1. PRU13 memang dieksploit SPR bagi mendapatkan majoriti untuk memenangkan UMNO/BN.

2. Demonstrasi adalah cara yang paling baik dan amat berkesan untuk menjatuhkan kerajaan korupsi.

Terima kasih Tuan AA. Sekurang-kurangnya Tuan telah akui salah satu perkara di atas. Kalau Tuan masih tak akuinya, sila beri alasan yang para penjenguk Tuan boleh menyetujuinya (tidak serendah alasan IQ para menteri-menteri UMNO/BN). Terima kasih Tuan AA.

bat8 said...

Tuan,

Satu ulasan yang cukup padat dan tepat.

Sebenarnya kerajaan hari ini tidak ada legitimasi untuk terus memerintah. Mereka gagal dari semua aspek.Ulasan tuan yang cukup logik telah menunjukkan mereka gagal dalam serba serbi dan perkara yang paling terhormat yang mereka boleh lakukan ialah meletak jawatan secara enbloc dan merintis jalan kepada satu PRU yang baru.

Tetapi mereka ini mana ada maruah dan harga diri. Selepas 56 tahun merdeka baru kali ini kita dengar mereka sebok bertempik "perhimpunan nak mengulingkan kerajaan".

Kita dah merdeka 56 tahun. Kita telah melalui 13 PRU dimana 13 buah kerajaan telah ditubuhkan. Kita dah ada 6 PM. Baru kali ini kita diberitahu ada usaha h3ndak mengulingkan kerajaan.

Mereka terlupa sejarah mengapa kerajaan-kerajaan digulingkan oleh rakyat disepanjang sejarah kemanusian. Hakikatnya KERAJAAN-KERAJAAN INI DIGULING OLEH RAKYAT APABILA KERAJAAN-K3RAJAAN INI BERTINDAK ZALIM KEPADA RAKYATNYA! .....Ini hakikat sejarah.

Penyokong-p3nyokong mereka lagi parah. Walaupun kena zalim pun mereka dok m3nyokong kezaliman yang juga menimpa mereka. P3lik sungguh perangai sesetengah manusia ni....

no2bn said...

Salam tuan,

Monkey shooter adalah contoh produk tulen yang dilahirkan oleh Pakatan Rakyat. Meletakkan emosi di hadapan, akal di belakang; melihat dengan mata dendam bukan dengan naluri halus. IQnya mungkin tinggi tapi EQnya...saya ragu-ragu.

Orang macam ini sebenarnya lebih banyak membawa kerosakan berbanding kebaikan kepada Pakatan Rakyat. Dia seperti Hishamuddin Rais, yang kata tetangga saya, 'Aku tak suka BN, tapi aku tak akan mengundi pada parti yang disokong oleh orang macam ini. Umur dah 60 lebih tetapi perangai (termasuk cara berpakaian) langsung tak boleh dibuat contoh'.

Anonymous said...

yes, pak aspan, pendapat inilah yg kami mau dengar dan baca dari pak aspan. Tak bersetuju berhimpun, tapi tidak menafikan hak berhimpun. Walaupun saya pening dgn pendirian pak aspan, kali ni saya lega.

Anonymous said...

Our country is without a captain. It's running on autopilot. Everywhere, there are signs of failure of governance. Ah Long stickers and buntings plastered on road signs, traffic lights, stuck on tree. Roads and road shoulders half halfheartedly cleaned and police riding on their own motorcycles looking unmotivated. I see this everywhere in Klang. Najib says everything ok, he feels for the rakyat. He then increases prices of everything, goes on holiday overseas. What type of person is he? What type of cabinet he has put in place? Everything is done halfheartedly by the BN government and to a certain extent the PR Selangor government. You feel the rot slowly creeping in.

Anonymous said...

Kenaikan harga barangan, elektrik dan tol mula berkuatkuasa mulai 01.01.2014 diumumkan oleh kerajaan UMNO/BN, amat berbetulan dgn sambutan tahun baru. Perhimpunan bantahan kenaikan kos ini hanya dianjurkan oleh NGO-NGO bukannya parti pembangkang. Penyokong BN pun akan turut serta, kenapa perlu prejudis? Rakyat yg terbeban dgn kenaikan kos diajak berhimpun untuk meraikan bantahan kenaikan kos supaya diturunkan harga itu. Siapakah yg akan menimbulkan huru-hara, jika tidak dilakukan oleh balaci2 UMNO? Takkanlah setelah harga dinaikkan selepas beberapa minggu atau bulan baru nak bantah. Kenapa kerajaan UMNO/BN tidak memulakan kenaikan harga pd hari lain, selain dari 01.01.2014? Pertanyaan inilah yg sepatutnya dipersoalkan oleh mereka yg bijak dan siuman serta matang akal pemikirannya.

bobby said...

Ramai yang masih tidak percaya negara kita akan tersungkur. Biarkan...biarkan... Malaysia Rosmah punya...

Anonymous said...


Kerajaan telah nyata tidak bermaya tengah lemas dengan keyakinan diri sungguh sensitif apabila program propaganda tahunan seperti menyambut tahun baru didataran merdeka dimasukkan program menyuaran keresahan rakyat "TURUN" yang mendapat sokongan rakyat secara menyeluruh membuatkan kerajaan melatah dengan mengeluarkan berbagai ugutan tetapi rakyat dah muak dengan janji kosong yang tak ditepati.Yang kerajaan tahu nak dapat duit rakyat ialah dengan naikkan harga sedangkan program penjimatan dan kawalan kos dan sekat ketirisan langsung tak diusiknya.UMNO tinggal nama saja kerana perpecahan kini cukup jelas apabila penyokong tegar seperti ahli biasa dan ahli2 ajk cawangan tidak dibantu dan berterusan terhimpit olih tekanan ekonomi yang dibuat olih pemimpin mereka...Hari2 kita dihidangkan dengan kenyataan dan pendapat pemimpin UMNO yang bodoh seperti ketua wanita umno Kuantan ...yang membuatkan ahli umno sendiri terhina dan malu dengan kenyataan bodoh itu..

Monkey Shooter said...

As Salam Tuan Aspan.

Tolong Tuan perbetulkan tentang "Salam" dan "As Salam". Kerana "Salam" juga digunakan oleh Bangsa Yahudi dan Nasrani dan kurang sesuai dengan orang Islam mengamalkannya. Terkecuali kepada individu yang kurang pemahaman dan kurang pembacaan tetapi mengaku dan perasan bijak, ditamsilkan seperti ikan kering/masin - mata sentiasa terbuka tapi tak nampak apa-apa (kebenaran) seperti "no2bn". Terima kasih Tuan Aspan.

Aidil said...

akibat tamak akan kuasa, rakyat yang menjadi mangsa. lebih menyedihkan lagi apabila rakyat yang kurang sumber maklumat masih tetap mati-matian menyokong pihak yang menindas ekonomi mereka sendiri. -blog -

Anonymous said...

no2bn;
Anda telah membuat serangan peribadi, sepatutnya hujah dibalas dgn hujah samada bersetuju ataupun tidak bersetuju dgn hujah orang lain. Anda boleh shj tidak bersetuju dgn menunjukkan kualiti IQ anda dlm menangani hujah.
Adakah pendapat serta akhlak Bung Mukhtar, Zahid dan Hasan Malik itu berkualiti, hanya disebabkan imej yg dipaparkan dgn berpakaian kemas? Don't judge a book by it's cover!

no2bn said...

1) Anon 11.00

Pada pendapat saya Bung Mukhtar, Zahid dan Hasan Malik, dalam sesetengah isu, sememangnya tidak berkualiti. Tetapi penampilan mereka secara umumnya -dan mengikut standard ukuran semasa - lebih berkualiti daripada Si Tukar Tiub itu.

Don't judge a book by it's cover!
Kata-kata itu tidak boleh dijadikan justifikasi terhadap segala yang kita buat. Takkanlah kalau orang berbaju jarang nampak bra dan under**** di depan khalayak kita nak kata akhlaknya mulia? Hati? Siapa kita nak membaca hati orang. Kita hanya berupaya mengukur dengan apa yang kita nampak, dengar dan mampu nilai.

2) Tuan Aspan tolong beritahu 1crony, as salam dan salam membawa maksud yang sama. Kedua-duanya kependekan daripada 'assalamualaikum'. Kalau dia ada hujah menyokong pendapatnya, saya juga ada hujah menyokong pandangan saya. Tak ada salahnya menggunakan 'salam'. Yang salah ialah apabila kita tahu pemimpin itu tak berupaya seperti Najib, kita masih nak menyokongnya; dan yang salah juga ialah apabila kita tahu pemimpin itu terbukti pembohong besar macam Anwar Ibrahim, kita masih nak menjadi pengikutnya...

Anonymous said...

Pak AA, kalau mereka yang kategori cap ayam ini berundur, akan terlucutlah segala kekebalan mereka.Peguam Perancis akan keluar masuk malaysia mengunakan kapal selam, altantuya akan bercakap dimahkamah, sprm tidak pernah nakal dalam menjalankan kerja, 18/20 point perjanjian persekutuan malaysia akan berkumandang, segala duit yang diangkut keluar negara akan masuk balik, penyanggak saham bumiputera dihukum....kenapa perlu tidak kenal penat berhimpun secara aman ? kerana umno bm akan memenatkan jiwa dam tenaga rakyat sebelum dapat.berhimpun.