05 December 2013

Siapa yang nak betulkan UMNO itu, takkan pimpinan sekarang?

UMNO sudah tidak tentu arah dan tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang meyakinkan. Sesebuah pertubuhan itu hanya berubah samada untuk kebaikan atau sebaliknya kerana sikap dan nilai mereka yang memimpinnya. Saya tidak bersetuju sesiapa yang mengatakan UMNO itu tidak baik. UMNO itulah yang telah membina negara selama ini bersama rakan-rakan kongsi dalam Perikatan dan BN.

Tetapi UMNO itu kian jatuh dan lemah kerana manusia yang memimpinnya. Manusia yang menjadi pemimpinnya sekarang sudah hilang segala pedoman bagaimana hendak melangsungkan perjuangan parti itu, maka kian hari parti itu di ketepikan dari pemikiran dan sokongan ramai.

Baju dan pakaian walaupun berharga murah tetapi jika si pemakainya mempunyai kedudukan dan dihormati, pakaian yang murah tadi akan nampak mahal dan berharga. Tetapi jika sipemakainya itu tidak baik dan tidak senonoh, pakaian yang mahal sekali pun akan nampak murah. Wanita yang langsing tubuhnya dan jinjang lehernya akan nampak anggun jika memakai pakaian yang tidak berapa mahal. Sebaliknya kepada wanita yang rendah, pakailah pakaian secantik dan mahal mana pun pakaian itu akan tetap nampak murah.

Begitu juga pertubuhan-pertubuhan termasuk parti politik akan dihormati jika pertubuhan itu dipimpin oleh manusia yang dihormati dan disanjung. Dulu-dulunya pemimpin setiap peringkat UMNO dihormati tetapi tidak lagi sekarang ini, kerana pemimpin-pemimpinnya tidak menjaga diri mereka dengan baik yang bersesuaian dengan kehendak niat dan matlamat pertubuhan itu.

Dulu pimpinan  UMNO sangat dihormati kerana manusia dan rakyat memahami nilai seseorang atau kumpulan pemimpin itu. Dulunya UMNO berjuang dan nampak hasilnya secara ‘organic’ dan menjadi contoh kepada banyak negara membangun yang lain tetapi sekarang ini pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai ‘stigma’ buruk seperti rasuah yang tidak boleh tanggal lagi selagi parti itu dipimpin oleh pemimpin yang berimejkan elemen negatif.

Keruntuhan nilai pemimpin kita diketahui masyarakat antarabangsa dan banyak individu yang menulis tentang pimpinan kita secara terbuka dikhalayak antarabangsa. Ini bukan isu dan masalah kecil buat negara. Tetapi kita masih lagi membiarkan isu negatif terhadap pimpinan kita seolah-olah itu adalah isu biasa yang tidak perlu diambil hal dan dipedulikan.

Sekarang UMNO sedang bertungkus lumus untuk memperbaiki persepsi ramai terhadapnya dan menganggap PRU ke 14 sebagai pilihanraya yang lebih sengit dari pilihanraya umum yang baru lepas ini. Tetapi kita sendiri telah melihat bagaimana penampilan TS Muhyidin dan Najib dalam ucapan kedua-duanya setakat ini dalam perhimpunan sayap parti itu dengan ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO pagi tadi.

Tiada apa yang lainnya dalam ucapan Najib dengan ucapan harian beliau di mana-mana. Ibarat pakaian apa yang Najib pakai hari ini hanya baju basahan yang dipakainya setiap hari di rumah. Tiada yang baru dan tiada yang menakjubkan selain dari tepukan dari perwakilan yang sememangnya dijemput ke Dewan Persidangan untuk bertepuk tangan dan mendengar jenaka mega tahunan selama empat hari itu.

Sememangnya tidak ada yang lain dari apa yang beliau sebutkan selalu. Ucapan itu hanya merupakan ucapan-ucapan yang dikumpul dan disusun semula untuk dijadikan satu ucapan perasmian Perhimpunan Agung itu.

Saya tidak dapat mendengar ucapan beliau sampai kepenghujung ucapan beliau kerana saya telah tertidur agak agak ucapan beliau sudah sampai ke70 peratus. Saya terkilan kerana tidak sempat hendak menyaksikan bagaimana perwakilan bangun dan memberikan tepukan gemuruh seperti yang berlaku sejak beberapa dekad dahulu.

Apa hasilnya dari ucapan Presiden UMNO itu pagi tadi? Saya pun tidak dapat untuk mengagaknya. Tetapi satu yang pasti, persepsi rakyat tentang sinonim rasuah dan pemimpin yang tidak boleh dipercayai tetap wujud. Seperti yang saya katakan selalu dahulu, pemimpin UMNO dan rasuah itu adalah seperti 'aur dengan tebing', saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.

Tidak ada tanda-tanda yang meyakinkan yang Presiden UMNO dan barisan pimpinan teratas itu telah sedar yang mereka tidak lagi dihormati kerana mereka sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat hebat.

Tidak tahulah jika perwakilan yang melebihi 5 ribu orang itu dapat mengingatkan pimpinan diatas pentas itu tentang betapa tidak berkeyakinan rakyat ramai yang mendengar ucapan Presiden itu.  Berikan cadangan untuk meminta barisan pimpinan itu berundur dan mengganti barisan pimpinan yang baru yang lebih meyakinkan rakyat ramai bukannya setakat meyakinkan ahli-ahli UMNO yang menjadi perwakilan sahaja.

Orang yang hendak melakukan perubahan dan membaik pulih keadaan mestilah dari orang atau barisan yang tidak terlibat memusnahkan perkara yang hendak dipulihkan itu. Bagaimana Najib dan keseluruhan pimpinan itu hendak memulihkan keadaan itu, sedangkan keadaan yang mesti dipulihkan itu ada lah hasil kerja mereka sendiri.

Jika mereka ditugaskan untuk membetulkan kembali kerosakkan itu, nescaya ia akan bertambah buruk lagi hasilnya. Saya teringat kata-kata seorang sahabat saya dari Afrika berkata, “If you want to break anything give it to the African to do the job, and if you want to make it worst, again, give it to the African to fix it back”.

UMNO sudah begitu sinonim dengan kerosakkan negara, walaupun parti itu pernah membina negara dengan begitu baik. Apa yang telah dibangunkan oleh pimpinan UMNO yang baik dahulu sudah dirosakkan oleh pimpinan hari ini. Pimpinan UMNO hari ini merupakan kumpulan yang sentiasa mengamalkan ‘vandalism’ terhadap negara.

Semua sistem bernegara telah ranap dan institusi demokrasi telah terlacur dan semua rakyat termasuk mereka yang memimpin sekarang sudah hilang segala hala tuju perjuangan dan tanggungjawab mereka. Rakyat menjadi mangsa mereka dan rakyat pula yang menanggung segala kemudharatan hasil dari perlakuan orang-orang yang memimpin UMNO itu.

Bagaimana kita harus percaya janji-janji mereka untuk melakukan transformasi terhadap politik dan negara itu? Kalau kita padankan dengan perbilangan untuk orang Afrika tadi, ia akan berbunyi seperti berikut, ‘kalau hendak melihat kerosakkan, berikan kepada UMNO tanggungjawab itu, kalau hendak melihat kerosakkan yang lebih teruk lagi, berikan juga kepada UMNO untuk membetulkannya’.

15 comments:

Anonymous said...

tuan,

Ulama UMNO kata Ustaz Kazim berdosa kerana tidak terima lantikan sebagai Ahli MT Umno betulke.....

Anonymous said...

As Salam Pak Pan,

UMNO ne mcm rumah lama yand berhantu.

Ahli keluarga cabut lari..
Pawang pun surender.
Yang tinggal ahli kluarga yang mcm hantu jugak..

Anonymous said...

Salam hormat...
Apa yang saya nampak dengan mata hati saya, semakin orang UMNO beritahu nak hapuskan rasuah, semakin serius rasuah berlaku di dalam diri orang-orang UMNO sekarang.

Cuma bezanya rasuah itu ditukar nama menjadi jenama lain. Antara nama lain ialah: Jualan murah, Bantuan segera semasa musim pilihan raya terutamanya pilihan raya kecil dan sebagainya

Anonymous said...

Rasuah telah berevolusi dengan baik dalam umno disebabkan pemimpinnya mengamalkan amalan ini.Memang betul perjuangan umno hendak perjuangkan nasib orang melayu tetapi sebenarnya perjuangan umno hanya kepada bangsa melayu yang punya kuasa dan jawatan.Selagi umno sekarang kekal berkuasa & kebal selagi itulah melayu akan kekal ketinggalan arus kemajuan,ekonomi dan tidak kebal kesan-kesan globalisasi.

Anonymous said...

Sdr AA,
Ibarat kapal yang sedang belayar, nakhodanya mabuk kelasi sewel, jurukemudi bodoh kapal itu pula bocor dan reput dengan enjin semput serta peralatan usang. Jika di air yang tenang, bagaimana keadaan pelayaran kapal tersebut? Sedangkan pelayarannya kini di lautan bergelora, alamatnya akan karamlah kapal dan seisi muatannya! Paling bernasib baik pun, akan terdampar di mana-mana lokasi yang tidak dapat ditentukan. Destinasi sebenar hendak dituju tidak akan kesampaian.

Anonymous said...

Kalau dahulu Umno lah tempat orang-orang Melayu berjuang untuk menegakkan kedaulatan negara dan selepas itu baru agama dan bangsa, ya bangsa Melayu.

Sebelum tahun 90an parti ini cukup mantap dayajuangnya kerana didokong oleh para guru dan pejuang anak bangsa kampung. Selepas itu ketaralah pula paksi perjuangan parti ini dirosakkan oleh ketua dan pengikut2nya yang ada kepentingan duniawi. Segala2nya bukan lagi untuk rakyat. Corak keuntungan untuk peribadi klrga dan kroni mereka ini di terap melalui pengswataan. Ajensi2 perkhidmatan untuk rakyat habis dilacurkan melalui pengswataan semata2 untuk puak dan juak2nya. Pentadbiran negara spt badan kehakiman, polis, tentera dan yang ada kaitan dengan kabel2 "penipuan" diubahsuai mengikut kehendak proses yang akhirnya masuk kekatung mereka. Para pentadbir yang cerdik dan melawan pula tunggulah kamu untuk penjara atau Isa.

Period peralihan ini melahirkan gulungan pak anguk, pembodek negara. Melayu bodoh pula dalam Umno bertambah dari setahun ke setahun.

Alangkah rugi nya Melayu di bawah Umno....cuba amati...lagu "anak2 main api...."yg berselang waktu berkumandang di udara rangkaian RTM. Siapa yang hilangkan tanah waris orang Melayu, bukan Cina bukan India...pemerintah bangsa....

Anonymous said...

rasuah dlm umno tk akan ada yg berani tampil memerangi dan bercakap masa PAU tu. bukan penyakit ini berevulusi tapi dah menjadi mutasi. nk jadi pemimpin dah habis rm ratus ribu...juta...juta macam mana nk dapat balik modal... jawabnya.........

bumi-non-malay said...

Hanya Bencana, Ekonomi Runtuh, Barang Naik boleh Bangunkan rakyat yang DIJINAKKAN oleh UMNO......

Setiap Orang perlu tahu tempat kediaman & Rumah tokoh UMNO-BN.....TANGKAP..Citizen Arrest Serentak!!....Agenda Ubah! Rakyat Bangkit Bantah !!

nick said...

Pak,

I totally agree that UMNO was responsible for the development of Malaysia BUT the UMNO that we have now is not that UMNO! It is a totally different entity (some say monster)and it is led by totally different kind of Malays, the kind that is not fit to lead, that is!

No one can deny that TAR, Tun Abd Razak and Tun Hussein Onn was exceptional leaders and not just leaders of Malays, they were leaders of Malaysian. But UMNO Baru leaders starting with TDM until now, are not leaders of Malays much less Malaysian. They are more to the point leaders of cronies, taukehs and crooks.

The government used to be for the people and by the people but now, it's more "for the family and by the family with an added clause, the rakyat can go to hell or wherever if they disagree with UMNO (B) and its leaders".

Corruption have become endemic because UMNO Baru made it a culture and an indispensable tool for ruling and subjugating. Corruption is heinous but UMNO Baru has clothed in a new suit named "politik wang", BR1M and "kamsen making it "Halal" for Malays to partake and since it's "halal" according to UMNO B, Malays will go to "heavan", UMNO's heaven that is!

So, yes UMNO was a good party and its leaders was good for the nation but when it comes to UMNO B (created by TDM who killed the ori UMNO), I consider it an evil party responsible for many evil thing done to the Malays and Malaysian and it's worse sin? Corrupting the Malay's faith in Islam and subjugating them into a docile livestock reared only for slaughter! My vote...UMNO B must GO (sooner is better but if we have to wait then so be it) and that means ABU GE14!

Nick.

Hanisya Abdul Hamid said...

Pak Aspan,

Video Penyokong Tegar UMNO menari gembira ketika mangsa banjir derita tersebar!

Maria Begum said...

Salam sejahtera...

Najib criticised for blaming opposition over alleged loss of RM40b investment

Maria Begum said...

Salam sejahtera...

Najib criticised for blaming opposition over alleged loss of RM40b investment

Anonymous said...

Saudara AA and fellow bloggers

Guess what, our corruption perception index according to Transparency International improved by one rung, and our leaders claim that we have made great stride in combating corruption. The rakyat will continue to ask when will be the time the plundering comes to a halt

Jane Duncan said...

Many fail to identify the trees from the jungle! What can you expect when you are such bigots!!!

Anonymous said...

Lawak jenaka paling popular la ni youtube kak mah n bni isyam usin nyanyi lgu puteh2 melati....hihihi....syok sndiri....org kg trus mmbodohkn diri...