16 April 2014

Jangan setakat hendak menggunakan nama Allah sahaja, gunakan undang-undangNya sekali

Saya mengambil keputusan untuk menulis isu yang lain dan tidak akan menyambung artikel yang lepas seperti yang saya janjikan. Saya tidak dapat menyentuh blog saya sendiri sejak beberapa hari yang lepas kerana kesibukan dan kesuntukan masa. Isu yang menarik bagi saya untuk memberikan komen ialah isu undang-undang hudud yang menjadi isu hangat sekarang ini setelah kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk membentang ‘private bill’ di parlimen dan bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri Kelantan.

Isu ini telah mendapat reaksi yang bersalahan dari beberapa pihak termasuk dari MCA, komponen BN sendiri. Ketua Wanita MCA sendiri telah meminta Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang dengan PKR untuk bertegas menentang usul yang akan dibentangkan oleh PAS kerana PAS adalah rakan kongsi Pakatan Rakyat. Heng Seai Kie telah meminta Anwar untuk memberhentikan usaha PAS untuk membentangkan bill itu jika Anwar benar-benar Anwar dan Pakatan mengotakan apa yang mereka janjikan.

MCA telah turut membidas DAP kerana tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk menggagalkan usaha PAS itu kerana ia dianggap oleh MCA sebagai permainan politik yang mengelirukan rakyat Malaysia keseluruhannya. Permainan DAP, mengikut kata Ketua Wanita MCA itu adalah tindakan untuk mendapatkan undi semata-mata dan tidak membuat apa yang mereka perkatakan.

Tetapi pandangan MCA itu tidak sepenuhnya benar kerana DAP sememangnya telah berjanji yang kesemua 38 orang ahli legislatif nya di parlimen tidak akan menyokong usul itu dan menentang pembentangan bill tersebut. 

Sebagai rakyat biasa saya tidak ada masalah tentang kehadiran hukum hudud dinegara ini. Hanya saya hendak memberikan pandangan yang usaha itu perlukan usaha yang sangat berhemah dan teliti agar ia tidak memberikan kesan negatif kepada negara. Sebagai seorang Islam adalah tidak patut saya menolak hukum hudud itu kerana itu adalah hukum yang diturunkan Allah s.w.t. dan bukannya yang dicipta oleh PAS. PAS hanya hendak memberikan hukum Tuhan  itu keutamaan kerana kita semua bertuhan.

Mana mungkin oleh kerana Karpal Singh tidak setuju kita terpaksa membatalkan niat untuk melaksanakan hukum hudud itu. Takkanlah kita takut kepada Karpal dari hukum Tuhan.

Hudud ini wajar dilaksanakan kerana jika ia terlaksana dengan sempurna ia akan terbukti satu undang-undang yang berguna untuk semua manusia berbilang kaum, bukan setakat untuk orang Islam semata-mata.

Tetapi sebelum ia dilakukan ia perlu melalui penerangan yang teliti dan menyeluruh untuk kefahaman semua. Beri kefahaman kepada semua yang masih ramai mempunyai syak wasangka kepada hukum Islam ini. Ia perlu difahamkan dari hukum hududnya sehingga kepada hukum Qisasnya supaya ia akan di fahamkan yang hudud itu bukannya hukum yang tidak bertimbang rasa malahan undang-undang yang berupa undang-undang ‘preventive’ ini akhirnya menjadi undang-undang yang sesuai untuk diguna pakai oleh semua umat diakhir zaman ini.

Saya tidak memahami sepenuhnya undang-undang ini tetapi saya tahu dan yakin yang ianya adalah satu undang-undang yang boleh mengadili semua manusia dalam semua hal tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya sekarang ini ia belum ada usaha meyakinkan semua pihak dalam isu ini.

Kepada pihak yang berkata undang-undang Tuhan ini tidak dapat disesuaikan dengan perlembagaan negara, elok kita perkuatkan iktiqad yang perlembagaan negara itu adalah ciptaan manusia sedangkan hudud itu adalah ciptaan Allah s.w.t..

Kita pernah mendengar ada usaha untuk membawa isu hudud ini ke mahkamah suatu ketika dahulu. Tindakan itu nyata adalah tindakan untuk undang-undang buatan manusia membicarakan undang-undang ciptaan Tuhan yang Maha Esa.

Bagi yang menentang hudud ini mereka akan memberikan berbagai-bagai alasan untuk menentang hukum Allah ini, tetapi mereka beriya-iya untuk menggunakan nama Allah dalam agama mereka.

Jangan kita setakat berperang menggunakan namaNya dan berperang untuk mempertahankan namaNya oleh setengah pihak sahaja. Kita gunakan undang-undangNya sekali. Allah tidak berbohong malahan berbohong itu adalah sifat mustahil bagiNya. Apa jua yang diturunkanNya adalah untuk kebaikan umat sejagat bukan setakat untuk kebaikan rakyat Kelantan sahaja.

Segala-galanya yang datang dari Allah s.w.t. itu ada hikmahnya bukan sahaja kepada yang beragama Islam malahan kepada keseluruhan umat manusia sejagat. Hanya setengah diantara kita tidak sesuai dengan undang-undang itu kerana ia tidak mahu melaluinya dahulu untuk menikmati hikmah dari Tuhan itu.

Hanya yang sangat perlu dilakukan ialah untuk berfikir habis-habisan dalam melaksanakan hukum hudud ini, kerana yang terpenting sekali seperti yang di sebutkan tadi ialah pemahaman yang terperinci wajar difahami sebelum ianya dilaksanakan dan tumpukan kepada kaedah perlaksanaan yang terbaik yang tidak menjejaskan imej agama itu sendiri.

Kita tidak mahu agama itu menjadi bahan ejekan dan dipandang rendah oleh umat manusia kerana ini adalah satu usaha yang amat drastik bagi negara kita dan juga bagi banyak negara yang lain. Ini merupakan satu usaha dan perubahan yang sangat besar yang mempunyai risiko ketidak tepatan perlaksanaan dengan hukum sebenarnya.

Setakat ini  PAS belum lagi melakukan semuanya ini termasuk mengadakan jawatankuasa perlaksanaan yang mungkin memerlukan penglibatan ulamak-ulamak yang muktabar dan sadiqiah Islam dari seluruh dunia untuk mempastikan ia terlaksana dengan betul dan tepat dengan hukum dan semangat undang-undang itu sendiri.

22 comments:

Anonymous said...

Dear Aspan,
I love your take that if we choose to use His name, then we should use His laws.
However credibility is damaged when in the same sentence you wrote you don't understand but confident about the law.
How can you be confident about something you don't understand?
Hope to read more of your writing.
Argonite

Aspan Alias said...

Anon,

Please understand, a person who believes in the almighty always believe that he does not lie.

When i say i don't understand it means that i don't understand in detail. I know hudud will end in law of qisas but I don't have the testimonial to say it out. That was what I meant.

I do understand that a muslim must be ruled by hudud law and I do also understand that hudud law will be able to be above the man made civil law.

Thanks

Anonymous said...

Sangat baik tulisan Aqidah kali ini tuan AA.. Jazakaullah hu khoiro moga Allah swt sentiasa memberikan kesihatan dan dipermudahkan segala niat dan urusan..... Amin....

Unknown said...

Heads on. You are fighting to use the name of ALLAH in your religion and yet you refuse to use His Laws as it is use in Islam.
It seems you have other motives that you refuse to disclose. Could you tell us WHY VATICAN REFUSES TO USE WORD ALLAH?
I don't understand why some Muslims reject the Hudud. Let the kelantan hudud be a pilot hudud so that the laws can be refined for a better implementation in other states and show to the world that THIS IS THE WAY TO IMPLEMENT THE ISLAMIC LAWS TO THE BETTERMENT OF HUMAN BEING IRRESPECTIVE OF RELIGIONS.
ALLAHUAKBAR!

Unknown said...

Kini manusia yang berkata, "Over my death body" kalau nak melaksanakan Hudud telah pun mati di satu kemalangan yang ngeri. Nakmap nya halangan telah terabgkat. Apa tunggu lagi, laksanakan lah hukum itu. Itu pun kalau yang memperjuangkan dan yang menyokong benar benar ta'at dengan perintah ALLAH.

Anonymous said...

Pak Aspan, tolong nyatakan surah dan ayat Quran yang ada menyebut hudud adalah 'hukum' dariNya. Terima kasih.

Anonymous said...

Salam,

Persoalannya, mengapa harus di bentangkan diparlimen yang dikatakan tidak islam untuk meluluskan hudud islam? Kelakar. Proses nak melaksanakan hukum islam mana boleh diluluskan oleh hukum bukan islam? Adakah begini sunnahnya melaksanakan islam?

Anonymous said...

Sovereignty of man versus sovereignty of god.

Important to point out Ottoman Empire adopted secular laws as part of their modernization reform during the reign of Sultan Salim III.

During Mustafa Kamal era, they abolished the whole Islamic law altogether.

Around the world, hudud varies from one country to another.

If PAS-UMNO were to push for hudud, which version of the law should be adopted? The wahhabis Saudi? Nigeria? Somalia? Pakistan? Afghanistan? Can you really have to sets of law, one for muslims, one for the nons?

tebing tinggi said...


If Hudud were to be the law of the land ,it's should be for everybody ,not only for the Muslim alone .Should we implement Hudud only for the Muslim alone then we will be facing a lot's repercussion and setback latter on .
Don't implement just for the sake of implement ,for any ultra reason ,it's should be for the better of the Ummah not turned to be otherwise .

Aden setuju bonar ,tetapi pelaksanaanya hanyo kerana Allah bokan yang lain.

Anonymous said...

A referendum for all Muslims in Kelantan is appropriate. Religious authorities always act as if they are God. Please consult the rakyat

bat8 said...

Sebenar perlaksanaan hukum hudud di negara ini mempunyai 2 cara oleh dua pihak bertentangan di dua negeri berbeza. Tahap kesedian enakmen hudud di kedua negeri telah mencapai tahap sama ia itu sedia untuk dilaksanakan. Juga senario politik dikedua-dua negeri juga sama. Kedua-dua enakmen ters3but juga sama!

Bezanya satu negeri dibawah pemerintahan komponen PR dan s3buah lagi oleh UMNO ia itu komponen utama BN yang merupakan kerajaan di peringkat persekutuan!

Bila melihat kepada isu ini, tak dapat tidak kita kena tanya di negeri manakah diantara kedua-dua negeri yang mempunyai enakmen hudud ini lebih senang untuk dilaksanakan? DI NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PR ATAU BN?

Ini pokok ceritanya........tidak begitu tuan Aspan?

Anonymous said...

On a personal level, harap Tuan AA laksanakan hukum hukum Tuhan juga. Jangan jadi tamak dan diktator macam orang orang UMNO lain. Orang tamak selalu rugi. Sekali Tuhan tarik nikmat, hilang segala galanya. Terutamanya orang orang khianat dan suka cakap belakang belakang. Tanak direct dengan orang tu terus. Kesudahannya, terlampau banyak kutuk kutuk belakang, diri sendiri tertindas terus macam Adam keluar dari syurga. Dan secara perlahan lahan menjilat semula luka lukanya yang berdarah darah.

Anonymous said...

Salam,
Kita di lahir sebagai hamba yang berakal, gunakan akal jangan bercakap ikut sesedap mulut/lidah berkata-kata(untuk anonymous jam 10.55.00 17 april 14). Fikirkan kerana negara ni terlalu islam lah yang membuat terhalangnya akan perlaksanaan hukum hudud itu ( wali dr mahadir puncanya) kerana islamnya berada dipelembagaan!, negara kita islam sebenar-benar islam agamanya kan, kenapa kita rakyat hendak hebuhkan kepada satu golongan yang cuba tegakkan akan hudud itu, duhai hamba allah kenapa tidak ditanya kepada golongan yang besar(kerajaan persekutuan) tidak laksanakannya, ingat kita ni hamba! Daripada allah kepada allah hak allah, jangan kecilkan golong yang berusaha itu fikir-fikirkanlah ,,,,,

Anonymous said...

Salam,
Duhai hamba allah yang di beri akal(anonymous 17 april 14 10.55.00) jangan memperkecilkan golongan kecil yang hendak melaksanakan hukum hudud itu! Kerana golongan besar yang menyatakan bahawa negara ini Islam sebenar-benar Islam tidak memlaksanakannya terlebih awal lagi. Golongan kecil terhalang oleh pelembagaan/dr mahadir(pm 22tahun). Jangan bercakap sesedap mulut/lidah berkata-kata! Fikir-fikirkanlah, hidup ini jangan suka menyalah dan disalahi kita hamba allah, daripada allah kepada allah hak allah ,, jangan sia-siakan akal itu.

Anonymous said...

Salam,
Kita di lahir sebagai hamba yang berakal, gunakan akal jangan bercakap ikut sesedap mulut/lidah berkata-kata(untuk anonymous jam 10.55.00 17 april 14). Fikirkan kerana negara ni terlalu islam lah yang membuat terhalangnya akan perlaksanaan hukum hudud itu ( wali dr mahadir puncanya) kerana islamnya berada dipelembagaan!, negara kita islam sebenar-benar islam agamanya kan, kenapa kita rakyat hendak hebuhkan kepada satu golongan yang cuba tegakkan akan hudud itu, duhai hamba allah kenapa tidak ditanya kepada golongan yang besar(kerajaan persekutuan) tidak laksanakannya, ingat kita ni hamba! Daripada allah kepada allah hak allah, jangan kecilkan golong yang berusaha itu fikir-fikirkanlah ,,,,,

Anonymous said...

Salam Pak aspan,

"Bagi yang menentang hudud ini mereka akan memberikan berbagai-bagai alasan untuk menentang hukum Allah ini, tetapi mereka beriya-iya untuk menggunakan nama Allah dalam agama mereka."

Thanks for highlighting.

Suffian said...

Tebing Tinggi....Surah Al Baqarah ayat 256 . Saya yakin ia boleh merujuk kepada Paksaan utk memeluk Ugama Islam dan juga Paksaan bagi pemerintah utk memaksa non Islam menerima hukum Hudud . Kerana itu saya yakin pemerintah boleh melaksanakan hukum hudud kepada orang Islam dan kpd non Islam , hudud adalah pilihan. Memaksa non Islam menerima hukum hudud tidak membawa faedah kepada Islam.
Kita semua wajib menyokong usaha ini. Tkasih.

Anonymous said...

Masih salahkan Tun Mahathir yg tidak lagi berkuasa mengenai isu hudud? sekurang-kurangnya beliau berterus-terang dan tidak munafik seperti orang lain yg kata menyokong hudud tapi pd masa yg sama mencari pelbagai alasan dalam melaksanakannya. Tak gitu Pak Aspan? Rasanya Pak Aspan lebih tahu apa yg dimaksudkan. Ramai juga komen yg separuh masak yg Pak Aspan lepaskan. Eloklah tu....

Anonymous said...

Pak Aspan,

Saya amat menghormati tuan sebagai seseorang yang saya rasa berfikiran dalam dan matang dalam berhujah.

Walau bagaimanapun, saya seperti tuan tidak fully understand mengenai hudud memandangkan kebanyakkannya bukan datang dari Al-Quran pun. Hukuman seperti rejam datang dari Bible. Takkan kita hendak menerima hadis yang mengatakan hukum rejam terhadap monyet betina sebagai hukum Tuhan? Malah hukum potong tangan di dalam Al-Quran pun disebutkan sebagai 'exempelary'.

Bagi saya, asalkan hukum itu mendatangkan kebaikkan, itulah hukum yang Islamik. Seperti undang-undang melarang bawa kereta dengan laju, agar semua pemandu lebih selamat, bukankah ini nilai Islamik?

Saya juga tidak percaya kepada pihak-pihak yang kelak diamanahkan untuk menjalankan hudud. Kita semua tahu ahli-ahli yang mengaku agamawan itu bukan semuanya amanah dan adil. Malah seperti yang kita tahu golongan ini memuja perundangan padang pasir yang cenderung menghukum sekerasnya, prejudis terhadap wanita dan paling kita takut sekali prejudis terhadap umat manusia lain yang bukan Islam.

Pak Aspan, Al-Quran itu sendiri tidak pernah disputed lebih 1000 tahun. Al Quran itu bukan sesuatu yang rahsia untuk kita tahu kandungannya dan suruhannya. Allah berjanji dalam Al-Quran bahawa Al-Quran itu senang untuk dipelajari dan diingati. Mengapa kita mesti menjauhkan diri darinya? Mengapa kita hendak menjadi Tuhan pula? Mengapa pula kita menjunjung secondary source untuk menghakimi sesama manusia?

Polemik Hudud di Malaysia ini hanyalah polemik politik yang subur disebabkan kedangkalan kita yang tidak mahu kembali kepada Al-Quran. Hilanglah keindahan Islam dalam Al-Quran disebabkan golongan yang sadis ini. Dan janganlah kita yang dikurniakan akal ini turut terjebak. Adakah kita musykil dengan janji Allah bahawa kita semua ini akan diadili kelak? By Him nonetheless!!

-Lara-

Anonymous said...

Hukum Hudud wajib atas setiap orang Islam. Kalau takut kena hukum jgn buat salah... jgn berzina jgn minum arak jgn mencuri dll msksiat lagi. Buat dulu Hukum Hudud tu... nanti kita boleh tengok banyak kedai ekor tutup... banyak kilang arak rugi... tak do lagi buang bayi... Yg peliknya orang mengaku Islam & sanggup tumpah darah kerana nama ALLAH.. tetiba ja tak mau laksana Hudud... pemikiran ngan tindakan dah sama mcm Kaafiruunn. Kalau itu Hudud politik... kerajaan dgn mufti yg ramai gaji ribu-ribu tu tolong la tunjuk Hudud yg betul spt dlm Al-Quran!!! Tanya penzina penyamun pentonggang arak penjudi memang la diaorang menentang!

Anonymous said...

Hudud hukum Allah. Takkan ketaatan manusia melebihi ketaatan pd Allah. AllahuAkbar. Hindu roboh madjid Babri di India ada dia tanya Orang Islam dulu? Kafir laknat buat undang-undang ada dia tanya orang Islam? Tadak!!! Laksana ja Hudud ni. Hudud untuk Islam. Orang kafir nak melingkup dgn undang-undang sediaada lantakla. Undang-undang terpakai sekarang ni ramai menentang....

Anonymous said...

Buat ja dulu kat orang Islam. Dah jadi Islam ikutlah Hukum Islam, buat apa nak ikut Hukum manusia yg mcm setan! Org bukan Islam biarla diaorang tu. Dah nama pun Kafir... kufur... tak tau bersyukur. Orang yg tentang Hudud ni pun sama dgn kufur!