11 April 2014

Kita perlukan pimpinan yang berakal, bukannya yang berotot besar

1) Saya hendak bercakap tentang masa depan politik dan lanskapnya mengikut pandangan saya yang cetek bagi setengah pengkritik saya, walaupun saya bukan seorang yang telah berjaya dalam politik seperti setengah pengkritik saya tuduh. Mereka yang sudah beranggapan negatif terhadap orang seperti saya yang lantang bercakap dan berkata dengan komitmen yang tinggi tentang ketulusan dalam apa yang saya hendak perkatakan ini.

2) Bagi saya kejayaan seorang ahli politik itu ialah kejayaan mereka untuk tidak terlibat dengan kerja mungkar terhadap negara, tetapi ramai yang lain beranggapan kepada siapa yang tidak berjaya mendapat kerja dengan kerajaan melalui politik itu adalah seorang politikus yang gagal. Siapa yang berjaya menjadi menteri pada mereka itu adalah ahli politik yang berjaya. Pada siapa yang tidak mendapat apa-apa dalam kerja politiknya, itu dianggap sebagai ahli politik yang gagal (failed politician).

3) Walau bagaimana pun bagi saya seorang yang berjaya dalam politik ialah mereka yang bijak memimpin dan tidak terlibat dengan kerja-kerja rasuah dan salah guna kuasa seperti yang kita lazim lihat pada masa kini. Dalam kontek politik negara kita ini, mendapat kerja sebagai menteri dan sebagainya itu adalah kerja yang boleh memuaskan kehendak hati untuk menjadi kaya raya dan memperkuatkan ego yang digunakan untuk menunjukkannya sebagai satu kejayaan dalam hidup.

4) Memegang kuasa itu merupakan ‘ultimate’ bagi mereka dan apabila mendapat kuasa idaman itu mereka tidak akan mampu menggunakan kuasa untuk kepentingan ummah, sebaliknya kuasa itu dipergunakan untuk kepentingan peribadi mereka yang lebih menjurus untuk kepentingan harta benda dan kekayaan diri dan keluarga mereka.

5) Itulah sebabnya belum tentu seseorang itu menjadi menteri misalnya, dia telah mendapat kejayaan, kerana ramai diantara mereka telah terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu sendiri adalah mereka yang secara otomatiknya seorang pemimpin yang gagal.

6) Selalunya mereka yang tidak mempunyai kepimpinan akan melakukan kerja hina itu semata-mata untuk menutup kelemahan pimpinan mereka, maka itu jugalah penyebabnya kenapa politik wang itu sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sedang memegang kuasa dalam kerajaan. Mereka yang seperti ini adalah pemimpin yang gagal kerana tidak berjaya memunafaatkan kepimpinan mereka untuk kebaikan ummah dan rakyat yang mereka tadbir.

7) Bagi mereka ini, mereka hanya berjaya menjadi ketua tetapi ketua-ketua yang tidak berkepimpinan dan itulah yang sedang berlaku dinegara ini. Ketua-ketua yang tidak berkepimpinan ini lah yang menjadi penyebab kepada salah laku pimpinan yang membawa kepada rasuah tidak terhalang, penyalahgunaan kuasa yang tidak terbatas, retorik yang besar-besar dan lebih-lebih lagi mereka tidak akan membuat keputusan yang betul dalam semua keputusan yang dibuat mereka.

8) Apabila negara dan kerajaan di tadbir oleh mereka yang seperti ini maka politik negara akan menjadi kucar kacir kerana kebanyakan keputusan yang dibuat mereka mempunyai kecenderungan untuk keputusan yang tidak betul dan tepat. Mereka yang seperti ini jika kekal lama ia akan membina budaya pentadbiran yang tidak sihat dan politik yang kotor kerana mereka tidak mampu untuk mengekalkan sokongan yang di dasarkan kepada perolehan yang baik dari kepimpinan yang baik dan jujur. Mereka tidak akan mampu untuk mempamirkan kemahiran dalam mentadbir negara sebagai ‘testimonial’ yang baik untuk memimpin, sebaliknya pengekalan kuasa semata-mata berdasarkan kepada ‘otot’ yang kuat sebagai pihak yang mempunyai kuasa semata-mata.

9) Otot-otot yang kuat ini akan mempengaruhi dan memaksa semua institusi kerajaan dan demokrasi telah dijahanamkan kerana institusi-institusi ini tidak lagi bebas untuk bertindak mengikut kaedah yang betul. Otot-otot ini akan menggunakan tekanan dan paksaan kepada semua institusi demokrasi yang sepatutnya berfungsi dengan bebas tanpa pengaruh mana-mana pihak. Pemimpin yang lemah akan memusatkan kuasa kepada mereka dan institusi-institusi demokrasi ini hanya digunakan sebagai alat untuk kepentingan pemimpin-pemimpin yang lemah tadi.

10) Inilah yang dialami oleh negara ini dan ia akan tetap dalam keadaan ini selagi tidak ada perubahan yang drastik dengan menggunakan kaedah yang agak ‘unorthodox’ yang belum pernah dilakukan semata-mata untuk merubah acuan buruk yang telah terpakai sekian lama oleh pimpinan kita. Kita memerlukan pimpinan yang mempunyai akal fikiran yang baik dan betul, bukan pemimpin yang hanya membina otot yang pejal untuk menyalah gunakan kuasa.

11)  Kenapa saya mencadangkan agar peralihan dan perubahan itu mesti dilakukan secara ‘unorthodox’? Saya hendak sebut semuanya itu dalam posting yang akan datang, mungkin besok atau lusa.

16 comments:

Anonymous said...


Assalam pak,

Boleh tak pak aspan senaraikan calon yg boleh merubah suasana politik malaysia ke arah lebih baik dari sekarang.

Dari parti mana?

Anonymous said...

Bro,

Your ego was big too. Only recently u started to be a little bit enlightened due to some reason only you know. I ll give you a quote by Robin Sharma. It is up to you how you want to take it.

Robin Sharma - u wont have any story of success until you let go your victim's stories. (something to this effect).

Anonymous said...

Diri sendiri yang dah silap jangan pinpoint orang. Setakat defend diri dan lari dari masalah dapat ape? Face it! It is still going to come to you. Kalau dapat defend diri pun, macam lah Allah tak boleh bolak balikkan hati orang yang mendengar you punya defence story. Allah Maha Kuasa. You sendiri cakap Tuhan tu Maha Esa kan? Body language nak imply orang tu macam ni orang ni macam tu pun at last kot kena batang hidung sendiri buat ape? Kalau diorang meninggal pun, takde de dia nak cakap "Betul la cakap Aspan". Kalau dia mengaku pun, dia mengaku dalam hati sendiri je. Allah lagi kuasa dari Aspan.

Anonymous said...

Biarkan mereka. Mereka tidak tahu agaknya yang kalau ada roh yang menyumpah laknat, hidup mereka tidak akan tenang walaupun roh satu orang. Bak kata orang puteh, i hope karma slaps you in the face before i do.
Let them face the consequences of their foolishness, anger, lies deceits, manipulation, imply and so on. The more they do it, the more they have to cover up. The more they have to spend their energy on thinking, self defence, and excuses and bullshit. I hope you are not one of them and I am glad u left UMNO. Or if you still have a little bit of balance of UMNO jinx you have passed on to other people, I suggest you rectify it while they still have the courage to forgive (if any i am saying). Do not be a typical Malay who always put other people down and with empty unsubstantiated ego. Truth does not care who is gonna look good or bad. It is just it.

Anonymous said...

AA,

Sabar. God is at work. Biarkan cemuhan dan pandang rendah orang. If we entertain, we are just one of them. Just keep your composure and carry on writing. Mereka tidak tahu yang hidup kalau takde pedoman sememangnya stressful. Orang yang stressful ialah orang yang hidup takde pembimbing. Orang yang ada pembimbing dia boleh menjalani hidupnya seperti biasa dan yakin bahawa rezeki terletak di tangan Tuhan, bukan rasuah dan mencuri harta orang ataupun baling batu sorok tangan belakang belakang. Melainkan kalau orang itu menyatakan apa yang benar dan sekadar mendefend diri. Kalau otot besar, hidup tidak tenang tiada guna. Biarlah hidup jadi tukang sapu sampah dan tidak ada kuasa, tidak ada apa apa kosong tetapi hidup tenang dan hati lunak. Tiada dendam tiada musuh tiada bencana tiada apa apa.

- Wallahualam-

Anonymous said...

Maaf cakap tuan, cuma nak luahkan pendapat untuk dipertimbangkan.

Pemimpin yang berakal tidak perlu berjela-jela membuang masa dan berbelit-belit untuk menerangkan sesuatu idea, pendapat mahupun pandangan.

Seperti yang tuan katakan kita tidak perlu pemimpin yang berotot besar termasuk dibahagian jari tangan.

Kita memerlukan pemimpin yang mampu bertindak sepantas kilat dalam setiap tindakan dan dalam membuat keputusan.

Sentiasalah kita berpihak kepada kebenaran kerana - the truth will set us free.

Anonymous said...

Salah. Kita perlukan pemimpin yg beriman.

Anonymous said...

Salam Tuan,
Can't wait for your next posting. Keep on writing. Mmg kita memerlukan suasana politik baru yg berbeza dari apa yg ada sekarang.

Alias Abd Aziz said...

Mari Beri Pendapat

Dijemput saudara/saudari meluangkan masa untuk memberikan pendapat pada link berikut.

https://docs.google.com/forms/d/12BTtyPup0d61QBXQZqDgas9gKOSPMOpTfyQfbWASQHQ/viewform

Terima kasih

Anonymous said...

Biasanya manusia cepat berubah apabila mula berkuasa..........segala falsafah dan prinsip boleh hanyut dibuai nafsu bila sudah mendapat kuasa......Pak lebai pun bole tercabut serban.........saya sudah byk kali melihat perkara ini berulang ......

Jason Mah said...

Selama berdekad-dekad telah berlalu, rasuah berjaya menguasai seluruh agensi dan instituisi backbone negara kita semenjak Tun Mahathir ke Najib,
Mustahil......! Negara dapat diselamatkan.

Anonymous said...

Kita perlukan pemimpin yg pandai menyusun gerakkan dgn strategi yg mantap supaya tercapai matlamat menegakan yg benar dan melenyapkan yg batil. Gerak kerja org batil yg disertai dgn perancangan strategi yg baik boleh menghancurkan dan mengalahkan org yg baik dan org yg benar setidak2nya satu abad(100) tahun.

Mat Manan said...

Menjadi pemimpin yang true adalah pemimpin dapat meminimumkan nafsu diri dan keluarga kepada kehendak meterialis..banyak je pemimpin yg true jadi pemimpin yang membuang kehendak kepada material...biar nampak miskin tapi bijak menguruskan rakyat..biar rakyat papa asalkan anak bini bergaya itu lah masalahnya..

Anonymous said...

Drama King la lu.

Anonymous said...

Semua orang kau nak ajar. Kot boleh jiran jiran kau, orang orang sapu sampah yang ambil sampah rumah kau pun ko nak lecture. Bagaimana orang yang beum habis belajar nak mengajar?

Anonymous said...

Simple: UMNO is insecure. They see enemies only they can see when other
people dont see them. The mind of the malays have been so corrupt that
speaking up the truth has become a sin. People who say the truth must just keep quiet for as long as it takes like a bloody dog who must just obey the leader even if the leader is wrong. I just hope God has mercy on the souls of this kind of people as sins are paid in cash. And it is going to be painful to purge oneself of his/her sins and surely it is not going to take one night. Hope these people have prepared for that to happen. IF there is time.