29 September 2014

Anwar arah MB Selangor cungkil Khalid, dan Khalid pula menjawab, "silakan! suit yourself"

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata di Seberang Jaya dua hari lepas yang beliau telah memberikan arahan kepada MB baru Azmin Ali, untuk membongkar semua perjanjian dan projek yang diluluskan oleh TS Khalid Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dahulu.

PKR akan membongkar semua nama-nama yang mendapat keuntungan dari semua projek kendalian Khalid Ibrahim dahulu kerana beliau mahu mempertahankan yang rakyat Selangor tidak tertipu dengan perbuatan bekas Menteri Besar yang beliau sendiri mencadangkan dahulu.

Di antara yang akan dibongkarkan ialah projek Kidex, Perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan serta pembinaan projek Langat 2. Beliau berkata setelah rakyat tahu keadaan sebenarnya baru lah mereka faham kenapa PKR membuat ‘initiative’ Langkah Kajang dahulu.

Kenyataan Anwar ini merupakan satu kenyataan untuk membina satu alasan yang kukuh untuknya bagi memberitahu rakyat Selangor kenapa beliau bertindak mengadakan 'Langkah Kajang' dahulu untuk menutup keaiban politik yang beliau telah lakukan terhadap Khalid. Khalid pula tidak mahu tunduk terhadap tekanan terhadap beliau untuk berhenti dan memberikan kerusi Menteri Besar itu kepada beliau atau isterinya sendiri.

Anwar sebenarnya telah memberikan gambaran yang sekarang beliau berpuas hati dengan perlantikan Azmin itu, walaupun Azmin tidak pernah dicalonkan oleh beliau atau PKR untuk mengganti dan mengambil alih Khalid Ibrahim.

Dalam reaksinya Khalid Ibrahim mengalu-alukan sesiapa atau mana-mana pihak termasuk SPRM untuk melakukan penyiasatan keatas beliau dalam semua yang beliau luluskan semasa menjadi Menteri Besar dan peguam beliau akan membuat kenyataan apabila sampai waktu dan masanya nanti. Pendeknya Anwar telah memberikan isyarat yang beliau akan mengarahkan Azmin untuk melakukan pembedahan terhadap pentadbiran TS Khalid Ibrahim dahulu.

Kenyataan beliau (Anwar) itu memberikan kefahaman yang beliau sedang berkuasa di Selangor dan Azmin itu hanyalah Menteri Besar yang beliau boleh kuasai dan tentukan hala tuju pentadbiran Selangor itu. Beliau memberitahu kita yang Azmin itu hanyalah ‘conduit’ kepada kehendak beliau sahaja. Ia juga memberitahu Khalid yang jika beliau bersetuju untuk menjadi ‘conduit’ beliau dahulu, Khalid mungkin tidak akan di ambil tindakan ke atas nya.

Isu ini akan menjadi ‘interesting’ dan kita mahu melihat sejauh mana isu ini akan berpanjangan kerana Khalid memberikan ‘welcoming reaction’ terhadap kenyataan Anwar itu. Siapa pun boleh menyiasat beliau termasuk SPRM, kata Khalid.

Bagi saya Anwar boleh lakukan penyiasatan terhadap segala yang dilakukan oleh Khalid jika ia diperlukan dan boleh memberitahu hasil penyiasatan beliau terhadap ‘salah laku’ bekas MB itu. Semuanya terbuka untuk disiasat seperti penyiasatan yang dilakukan terhadap beliau dalam isu sodomi beliau yang berturut kali itu. Kita perlu ingat yang Anwar sendiri telah disiasat dan telah terbukti bersalah di atas tuduhan sodomi itu. Sekarang beliau sedang berhadapan dengan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 haribulan Oktober nanti.

Jika Khalid di dapati bersalah maka beliau akan menerima hukuman dari undang-undang seperti Anwar yang telah dihukum oleh undang-undang apabila tersabit kesalahan beliau dalam isu sodomi itu. Melakukan sodomi itu jika tidak lebih besar ia setara dengan kesalahan rasuah dalam kepimpinan negeri dan negara. Buat masa ini Anwar telah didapati bersalah tetapi Khalid belum lagi bersalah kerana penyiasatan belum pun bermula.

Tidak semua manusia boleh dikelirukan oleh sesiapa sekarang ini. Masa dan zaman sekarang tidak lagi sesuai untuk mengelirukan sesiapa oleh sesiapa. Ramai yang mempunyai ‘apprehension’ untuk memberikan sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak mahu melihat Anwar terus menerus mengelirukan rakyat.

Kita tunggu apa kesudahan kes rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan dan beliau elok menumpukan masa untuk menjaga kesnya yang bakal tiba itu dari memberikan tumpuan untuk menuduh orang lain salah mentadbir negeri Selangor. Isu yang beliau hadapi sekarang ini lebih besar dari isu yang akan dihadapi oleh Khalid jika benar Khalid ada melakukan kesilapan dan kesalahan.

Jika keputusan Mahkamah Rayuan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan maka Anwar tidak boleh lagi dijadikan pemimpin yang relevan kerana isu moral seperti ini tidak membolehkan sesiapa untuk mendekati kepimpinan mana-mana negara sekali pun.

Bagi Azmin, beliau tidak perlu terburu-buru untuk mendendami Khalid kerana jika salah langkah beliau itu, padahnya akan datang kepada beliau sendiri kerana Khalid mempunyai banyak ‘positive traits’ dalam diri beliau. Jika beliau dikorbankan kerana perbezaan pendapat atau kerana perlumbaan untuk berkuasa suatu hari nanti, kuasa yang ada kepada beliau itu sendiri akan memakan diri beliau kembali. Semasa itu nanti tidak ada siapa yang akan bersimpati terhadap beliau malahan rakan-rakan disekeliling beliau sendiri akan membunuh karier politik beliau itu.

Jangan menjadikan musuh orang lain sebagai musuh beliau kerana beliau mempunyai peluang yang amat baik untuk mendapat sokongan dari semua pihak jika beliau berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk berdendam kerana kuasa politik itu. Azmin mempunyai peluang dan kemudahan untuk menjadi seorang pemimpin yang 'magnanimous' dan jika peluang ini tidak diambil kesempatan oleh beliau maka apabila sampai masanya nanti kita sendiri akan melihat apa yang akan terjadi kepada beliau.

Yang penting Azmin perlu mengambil sikap sebagai bapa kepada semua. 'Tampal segala yang koyak dan sambung segala yang putus'. Akhirnya nanti semua yang berpecah akan bertaut dan itulah sebersih bersih nama bagi Azmin tinggalkan dalam sejarah politik beliau.

Seperti perlumbaan seratus meter, bagaimana kita memulakan larian itu tidak penting. Yang penting kita sampai ke garisan penamat dengan berjaya. Dalam kehidupan kita, apa-apa kebaikan dan ubudiah kita itu adalah untuk saat kita diakhir hayat kita nanti, kita dihormati oleh masyarakat dan jiran tetangga kita.

Akhirnya kita akan mati dalam kalimah. Semua kerja baik itu adalah untuk mati dalam kalimah semasa akhir kalam kita nanti. Untuk itu satukan semua pihak, yang terpenting sekali ialah untuk mentautkan tiga tonggak utama dalam mentadbir sesebuah negeri yang berdaulat, iaitu Institusi Raja, Institusi Legislatif serta Eksekutif itu.

Bermaaf-maafan dengan pemimpin negeri yang lalu adalah sifat terpuji dan mereka yang tidak arif tentang ketuhanan seperti saya ini pun mengakui yang itu adalah tuntutan yang hak. Tidak perlu mendengar dan mengangguk dengan bisikan khatir yang sentiasa mahu melihat kamu dan rakyat serta semua pihak berpecah-belah untuk kepentingan individu yang lahap dan lapar dengan kuasa itu.

Ramai berada di depan kaca TV tempoh hari dan semuanya mendengar semua sumpah yang dilafazkan oleh Azmin di Istana Alam Shah Kelang dipagi Selasa itu.

17 comments:

Anonymous said...

Sekarang aku dah meluat dengan PKR....sokong UMNO lagi baik...!!

nazri khan said...

Salam, very informative article. With due respect. First of all, this Kajang move was a fiasco as it has no solid ground to be created with, unnecessary and uncalled for. The Public still puzzled and wondered . They need a clear answer beforehand not after all the mess have taken place. Now, Mr Anwar has to find a good shape of black sheep to be slaughtered to cover up his own created misadventure.
"Mr Anwar , do you want to show the world that everything can be controlled by you ,according to your own whims and fancies? It does not make sense at all in this so called civilized world. People will not believe in you after all. They are tired."

Now it is time to have good faith in the new MB to deliver the promise that he is representing all folk. I rest my case. Sorry and thanks. Plymouth.

Anonymous said...

Bersangka baik...lebih baik drp bersangka buruk...

Anonymous said...

At least we know now why Allah tidak jadikan anwar pm yet....bumi Msia ni masih lg berbarakoh.

XUMNO said...

Perangai Anwar yang mahu tunjuk kuasa dan mengarahkan semua orang dan parti tunduk kepada perintahnya lah yang menjadi punca kucar kacir di Selangor. Dan apabila kehendaknya dibantah, barua2nya dan samseng2nya dalam PKR dengan kerjasama Blogger2 Suruhan mereka menjalankan kempen besar2an menyalahkan Pas dan Presiden Pas dalam kemelut yang mereka cipta.Nampaknya perangai ujub dan takabur ini masih belum reda dengan lantikan MB baru; dan sikap serta sifat bongkak ini telah menjalar kepada pemimpin2 DAP.Memang padanlah PKR dan DAP boleh tidur dan berpelukan di atas satu tilam dan bantal!! Rakyat Selangor telah lama tahu kenapa PKR begitu bersungguh2 hendak menjatuhkan Khalid kerana beliua tidak mahu menjadi lackey(babu, sinkek) kepada Anwar.Agak seronok juga melihatkan tindaktanduk Azmin setelah dilantik MB.Will he follow Khalid's path atau jadi seorang sinkek.

maae said...

Now ! The shoooow.... The Renown Puppeteer@work !

The tittle : If youre alive, mr MB selfie !

Anonymous said...

Harap2 bateri remote da abis, rupanya bila ketuk2 sikit boleh lagi diguna......

Frank Lucas said...

Sesuatu yang baik tidak dtg bergolek

tebing tinggi said...



Cungkil ,mencungkil tu baik , moga-moga menjumpaai sesuatu yang berguna.

Kobou Den tak pandai mencungkil ,hanya tahu meragut sahaja , bertambah gomok ,tambahlah nilai boratnyo ,untung Den.

Anonymous said...

Apa lagi yg DSAI nak pelingkop TSKI nìiii. Cukuplah tu. Tak malu ke dgn PAS, DAP dan UMNO. Untung MBnya sekarang bukan DSWA. Kalau tak, jenoh kena pelekoh suruh buat itu dan ini.

Anonymous said...

Yg pasti, TSKI tak akan menghadapi apa apa tindakan oleh SPRM ke, Polis ke, apa apa pun sebab badan2 ini mengikut titah perintah UMNO.
UMNO titah utk ambil tindakan, barulah mereka akan ambil tindakan. Itulah sebabnya TSKi begitu yakin mempersilakan siasatan dibuat terhadapnya. mana bisa diambil tindakan sebab yang mengaut keuntungan dari projek2 yg TSKi luluskan ialah macai macai dan kroni UMNO.

sri hartamas

Anonymous said...

Kan dah kata. Azmin akan jadi puppet anwar.
anwar PM kah arah menteri besar sekangor?
Atau anwar nak ambil alih kuasa sultan selangor?
Sultan sendiri pun tak campor urusan pwntadbiran melainkan jika timbul isu yang boleh memudaratkan rakyat.
Kini anwar secara langsong telah mencamporu urusan urustadbir selangor.
Ini lah tujuan sebenar,anwar nak sangat wan azizah jadi mb.
Azmin juga akan menerima nasib seperti khalid jika enggan menurut napsu anwar.
Nampaknya ,ribut diselangor tidak akan hilang begitu sahaja.

Anonymous said...

Apa kata kita mulai dgn perbelanjaan ofis punahsihat ekonomi selangor dulu? Dgr citer besar gak tu utk bela sorang.

Anonymous said...

Mula2 kita nak tahu berapa tuntutan elaun yg dtuntut oleh tuan punahsihat sepanjang tempoh beliau menyandang jawatan tersebut

ARIF ANUAR said...

dah agak dah, tindakkan pertama yg PKR akan ambil, menyenangkan hati DAP dulu... kindex...itu antara sebab TSKI dipecat.. DAP ni dari dulu nampak tak menyukai institusi raja-raja... dan setiap kali mereka menentang raja, mereka akan menyeret PKR dan PAS supaya bersama. PKR dah tentu bersama dgn mereka kerana nak menjaga penyokong bukan melayu dalam PKR

Maruah PAS mulai nampak tercalar bila DAP meletakkan calon wanita melayu yang tak bertudung menjadi calonnya...jika DAP ada toleransi dan menjaga maruah PAS, mereka sepatutnya meminta pandangan PAS... di PRK Teluk intan dulu PAS menjadi belasahan UMNO kerana isu tudung ini... skrg DAP tak kenang pengorbanan maruah PAS.kita menyokong calonnya walaupun maruah kita tercalar.
Di Selangor TSKI diselar kerana menjual tanah pada ECO world... tetapi di PP/Batu Kawan pula mereka menjual tanah pada ECO world tak sapa yg bising...

Anonymous said...

Sangat setuju MB baru biarlah bersifat "magnanimous". Dah dapat tampuk pemerintahan, jalankan saja tanggungjawab dengan amanah. Tak perlulah jatuhkan air muka sesiapa - kalau kita tutup aib orang, AllahSWT akan tutup aib kita. We who call ourselves Muslims, let's go back to basics - be kind, be humble. it is by Allah's grace that we are where we are. Let's move on.

Anonymous said...

DSAI mengali kubur sendiri. Mengundang kemaluan nanti kalau tidak jumpa salahlaki TSKI. Ini semua gimik politik DSAI je, nak buat gempak konon dia betul cerdik dan tindakan dia betul belaka. Kalau tak jumpa apa-apa, dia akan senyap membisu macam kes jam omega juga. Kalau Azmin ikut , bermakna Azmin masih duduk di bawah dagu orang lain lagi.