Petang nanti, jika kita tidak ada
apa rancangan untuk melakukan apa-apa program keluarga, kita boleh mendengar
ucapan pembentangan bajet bagi tahun 2015 oleh Dato Seri Perdana Menteri Najib
di Parlimen. Pembentangan bajet ini adalah satu yang dilakukan setiap tahun
untuk memberitahu rakyat jumlah akan dibelanjakan untuk pengurusan negara dan
jumlah wang yang akan diperuntukan untuk pembangunan negara bagi tahun hadapan,
dan ianya perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara kita.
Kita tidak tahu apa yang akan
dibentangkan oleh Najib, apakah insentif-insentif untuk rakyat dan bagaimana
kerajaan akan mendapatkan sumber kewangan bagi menguruskan kerajaan dan
pembangunan negara keseluruhannya. Setiap tahun, kecuali semasa kita ditadbir
oleh Mageran dahulu, kita dibentangkan dengan belanjawan negara dan setiap
pembentangan bajet itu adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.
Selalu dan biasanya Menteri
Kewangan akan membentangkan cadangan untuk diluluskan oleh Parlimen bagaimana
kerajaan mendapatkan sumber kewangan, dan apa-apa yang perlu seperti yang mana
satu cukai yang akan diturunkan dan yang mana yang dinaikkan atau yang akan dimansuhkan mengikut perincian
dan pertimbangan kerajaan untuk menghadapi rakyat dalam isu perbelanjaan
negara pada tahun berikutnya dan dalam kes ini ialah bagi tahun 2015 nanti.
Tetapi yang pastinya sebahagian
dari tindakan kerajaan dalam bajet tahun hadapan sudah pun dilaksanakan dengan
menghapuskan subsidi bahan bakar sejak dua minggu yang lepas. Kenaikan harga
petrol dan diesel dua minggu yang lepas sudah menunjukan yang kerajaan yang
berslogankan ‘rakyat didahulukan’ sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan
subsidi bahan api itu sehinggakan telah dihapuskan subsidi bahan api ini
sebanyak 0.20 sen bagi satu litre.
Slogan ‘rakyat didahulukan’ itu sesungguhnya
dilaksanakan dengan mendahulukan rakyat untuk menanggung masalah di atas
kekurangan sumber kewangan negara kita sekarang ini. Apabila masalah kewangan
negara meruncing rakyatlah yang mendahului membayar kekurangan dan mengorbankan
apa yang sedia dinikmati mereka. Dalam mereka sedang dihimpit dengan kos
kehidupan yang sangat tinggi, rakyatlah yang didahulukan untuk menanggung beban
kerajaan sekarang ini. Seorang Menteri yang paling lucu, Hasan Malek telah meminta rakyat bersyukur dengan kenaikan harga petrol dan diesel itu. Pandangan Menteri ini sungguh melucukan dan jangan diambil hati dengan kata-katanya itu.
Kita tidak tahu apakah kandungan
ucapan Najib petang ini tetapi yang pastinya pihak media, terutamanya pihak
media perdana sudah siap dan lengkap persediaan mereka untuk membariskan
orang-orang yang bergelar dan bernama seperti professor-professor dan ahli
perbankan yang terkenal di dalam negara ini. Mereka akan ditampilkan di khalayak
ramai melalui kaca-kaca TV dari berbagai-bagai saluran untuk memuji dan
menganggap apa yang akan dibentangkan petang ini merupakan satu bajet yang
terbaik sejak negara merdeka.
Itulah yang selalu berlaku setiap
tahun, bajet setiap tahun itu adalah bajet yang terbaik dari tahun-tahun atau
pemimpin-pemimpin sebelumnya sejak merdeka dahulu. Professor-professor yang
akan tampil dikaca TV pun sudah boleh diagak kerana itu sahajalah muka-muka
yang akan ditonjolkan oleh media perdana kita dan mereka yang memuji itu pun
sedang merangka strategi bajet pembangunan diri mereka masing-masing untuk
tahun-tahun yang akan datang. Kesempatan itu akan mereka gunakan untuk menggeli
pundi-pundi pemimpin yang membentangkan bajet itu walaupun belum pun
berkesempatan untuk membaca teks ucapan yang panjang berjela-jela itu.
Walau bagaimana pun kita tunggu
sahaja ucapan pembentangan bajet petang ini jika ada kelapangan. Kepada mereka
yang sibuk dengan usaha untuk mencari rezki keluarga dan tidak ada masa untuk
mendengar ucapan itu, elok teruskan sahaja tindakan mencari penghidupan kita
kerana apa yang akan dibentangkan itu adalah ‘predictable’ bagi setengah pihak
dan tidak ada apa-apa ‘consequence’ yang memberikan keuntungan kepada rakyat
biasa seperti kita ini.
Pembentangan bajet hari ini
merupakan satu ‘ritual’ tahunan sahaja tanpa mempunyai ‘consequence’ yang besar
kebaikannya terhadap rakyat dan negara. Itulah yang terjadi setiap tahun. Jika
kita hendak mendengar yang baik tontonlah pendapat ‘cendiakawan-cendiakawan’
dari universiti-universiti tempatan petang dan malam ini nanti.
Kita akan mendengar bajet hari
ini sebagai bajet mesra rakyat, bajet yang terbaik dalam sejarah negara, bajet
yang akan memberikan keuntungan kepada rakyat biasa, pemberian BRIM itu
menunjukan kerajaan prihatin tentang masalah mereka, dan berbagai-bagai lagi
pujian dari ‘cendiakawan-cendiakawan’ yang selalu dipanggil ke studio-studio TV
untuk memuji dan menyokong bajet yang dibentangkan oleh Najib nanti.
Jika kita mahu, ‘template-template’nya boleh ditulis sekarang ini, tetapi kalau ditulis, takut pula ramai yang
tidak seronok mendengar komen-komen mereka nanti.
8 comments:
Cendiakiawan yang tuan maksudkan tu hanya sebagai agen perang saraf saja.Belanjawan yang yang dibentangkan dan diluluskan itu nanti tiada apa2 rakyat dapat buat selain meneruskan kehidupan dengan kos sara hidup yang telah "didahulukan" supaya najib senang.kalaulah ada pilihan jika nampak harga ayam naik kita beli daging pula seperti hasan malik cakap bolehlah kita pilih belanjawan alternatif dari pakatan rakyat.
Betul tuan Aspan. Bajet petang ini tidak akan menjadi tumpuan rakyat seperti mana siaran langsung final world cup. Pengurangan cukai biasanya tertumpu kepada golongan kaya dan berpendapatan tetap manakala golongan miskin penoreh getah petani nelayan diberikan gula2.
NAK TENGOK BUDGET PRO RAKYAT KER BUDGET PRO ROSMAH
MANA TAU ADA ELAUN KHAS UTK ROSMAH PIE KE LUAR NEGARA..
JADI TAK PAYAH NAK SEBUT LAGI KAT PARLIMEN
Bajet pun dah jadi jet.tapi apakan daya, siapa yang tak sayang bini walaupon tidak berjawatan sebagai menteri hanya bini menteri sahaja.
Tempat saya kueh dah jadi 3 sehinggit sebelum ni 4
Najib bikin silap.kasi declare brim naik bonus k/tgn awam naik harga sawit getah naik.lepas tu kasi naik harga petrol diesel taklah Rakyat marah.ini tidak dinaikan harga petrol diesel Rakyat yg sokong bn pun menyumpah.bajet tak seronok lah untuk Rakyat papa kedana.Rakyat akan terus terbeban tambah lagi gst tahun 2015 bulan 4.
ITU BUKAN CENDIKIAWAN, CERDIK PANDAI..
TAPI..
ITU BODEK KAWAN, LOBI PROJEK.
Seperti yang Sdra nyatakan, pengulas2 budget Najib yang akan keluar di kaca tv dan akhbar2 perdana adalah tukang2 jilat dan pencuci jamban kerajaan. Mereka akan menggadaikan maruah masing2 dan berlagak seperti tukang2 gunting raja yang bogel.
Post a Comment