17 October 2014

Pakatan Rakyat tidak mungkin sampai ke Putrajaya (bhg2)

Dalam posting yang lepas saya mengatakan yang PR tidak mungkin beroleh kejayaan memerintah negara ini walaupun selepas pilihanraya yang akan datang. Sebabnya bukan susah untuk difahami jika kita lupakan emosi dan berfikir secara realistik dan praktikal.

Ramai yang beremosi dengan gahnya berkata yang mereka dari pembangkang akan menumpaskan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang, Itu jugalah yang kita dengar sebelum pilihanraya yang lalu dalam mana jika dilihat dari aura yang menolak BN begitu kuat seolah-olah tidak ada lagi peluang untuk UMNO memenangi walaupun sepuluh kerusi.

Tetapi keputusannya tetap memihak kepada BN khususnya UMNO, malahan UMNO telah memenangi sembilan kerusi tambahan dari pada pilihanraya 2008 dahulu walaupun jumlah kemenangan bagi BN keseluruhannya jatuh sebanyak tujuh kerusi.

Belum ada satu parti pun yang boleh menandingi UMNO dari jumlah kemenangan kerusinya. Jika DAP memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi  sebanyak 47 kerusi itu pun UMNO tetap memenangi jumlah kerusi yang terbanyak.

Dalam pilihanraya yang akan datang jika UMNO kehilangan 20 kerusi sekali pun, parti itu tetap parti yang memperolehi kerusi yang terbanyak waimma jika BN keseluruhannya kalah berbanding dengan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara ‘collective’. Kita perlu ingat yang dalam pilihanraya pertandingan itu adalah di antara BN dengan PAS, DAP dan PKR.

Jika BN kalah tetapi UMNO memenangi jumlah kerusi secara individu UMNO akan tetap diberikan hak untuk membentuk kerajaan. Terpulang kepada UMNO semasa itu untuk bekerjasama dengan sesiapa bagi mencukupi jumlah kerusi untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan.

Mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat hanya akan mampu menubuhkan kerajaan jika ada mana-mana parti di antara mereka yang bekerjasama secara longgar itu memenangi lebih kerusi dari UMNO. Itu sebabnya sudah ramai yang sedar yang Pakatan Rakyat tidak akan mampu untuk menghampiri Putrajaya asal lagi tidak ada satu 'coalition' yang terdaftar secara resmi yang mewakili pihak pembangkang. Setakat ini PR bukan satu pertubuhan terdaftar, ia hanya satu kerjasama secara ‘informal’ bagi mendapat dan meraih undi dalam pilihanraya sahaja.

Mereka bukannya bersatu untuk matlamat yang sama kerana masing-masing DAP dan PAS serta PKR mempunyai motif perjuangan yang berlainan. Itu sebabnya apa yang berlaku dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini bukanlah satu insiden yang mengejutkan banyak pihak.

PKR baru sahaja selesai mengadakan pemilihan parti di setiap peringkat dan dalam proses pemilihan itu PKR telah menghadapi perpecahan di setiap peringkat juga. Maka PKR tidak lagi sekuat dahulu dan Pakatan Rakyat pun bukan sehebat semasa sebelum pilihanraya yang lalu. Faktor ini merupakan faktor yang sangat besar yang menyebabkan PKR dan Pakatan Rakyat bertambah lemah dan ramai pemimpin mereka termasuk Anwar Ibrahim sendiri menjadi bahan persoalan dikalangan pimpinan dan ahli-ahli partinya sendiri. Bukan usaha yang mudah untuk memperkasakan lagi PKR seperti yang kita lihat dahulu.

Anggapan setengah pihak yang PAS akan hilang  di dunia ini jika parti itu keluar dari Pakatan Rakyat. Pertamanya Pakatan Rakyat bukan pertubuhan yang formal dan terdaftar dan bagi PAS tidak ada isu keluar  atau masuk Pakatan Rakyat yang tidak wujud secara rasmi itu. Kalau PAS tidak bekerjasma lagi dengan DAP ia bukan satu tindakan keluar dari gabungan itu, kerana gabungan itu tidak pernah wujud secara rasminya.

Jika dikatakan PAS akan jatuh, PKR lagi banyak sebab untuk jatuh dan berpecah dengan sikap pimpinannya yang mahukan semua pihak yang berkawan dengannya hanya memperjuangkan nasib Ketua Umum PKR semata-mata.

Sekarang ini sahaja kita sedang terlihat dengan jelas yang PKR akan bertambah lemah lebih-lebih lagi jika Anwar dihantar ke Sungai Buluh. Pakatan Rakyat bakal tidak mempunyai kepimpinan yang boleh menyatukan semua pihak dalam gabungan yang tidak formal bernama Pakatan Rakyat itu.

Walau pun ada usaha untuk mereka berdemonstrasi pada 29hb ini untuk mempengaruhi keputusan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan untuk membebaskan Anwar dalam isu sodomi 2 Anwar itu.  Tetapi usaha ini tidak akan mendapat sambutan lagi kerana rakyat sudah berbelas tahun dibawa dan diarak kehulu kehilir untuk mempertahankan Anwar yang tidak berkesudahan itu.

Penyokong-penyokongnya mahu menjadi hakim kepada perbicaraan itu dan ini merupakan tindakan yang tidak beretika dan bertamadun. Rakyat telah letih mendengar tuduhan Anwar sebagai konspirasi politik terhadap beliau, tetapi lebih ramai lagi rakyat yang mempersoalkan Anwar yang dipatuk ular sebanyak dua kali dari lubang yang sama.

Bagi  setengah pihak Anwar perlu bersara kerana kekuatan sokongan terhadap beliau ada hadnya. Tidak dapat diketepikan pandangan setengah pihak yang mempunyai ‘apprehensions’ untuk menyokong PKR kerana Anwar Ibrahim.

Rakyat sudah ramai tidak lagi bersetuju untuk membuang masa berdemonstrasi kerana mempertahankan Anwar kerana keperluan untuk negara melalui perubahan lebih besar dari keperluan mempertahankan Anwar atau mana-mana pemimpin rasuah yang ada dalam Barisan Nasional terutamanya dalam UMNO itu.

Rakyat tidak mengutamakan parti-parti lagi. Rakyat sedang dalam pencarian untuk mencari pemimpin yang berpengalaman dan mampu membawa semua pihak dari semua kaum dan agama serta cara hidup untuk bersatu dan membina sebuah negara baru.

Kita memerlukan seorang pemimpin yang tidak menggila berdemonstrasi untuk mendapat kuasa. Kita sedang gila mencari pemimpin yang ‘magnanimous’ dan mempunyai perancangan yang baik untuk negara diatas latar belakang beliau sebagai seorang ‘planner’ yang baik bagi kepentingan negara dan generasinya. 

6 comments:

Anonymous said...

Yang jelas angan2 apa yang dipanggil Pakatan Rakyat untuk berkuasa di Putrajaya hanyalah sebuah mimpi senorok di siang hari. Sekarang ramai rakyat sedar ia digunakan oleh Anwar bagi mengumpulkan sokongan untuk kepentingan sendiri dan sebagai perisai menyelamatkan dirinya.

maae said...

Bila tersedar dari kejutan, maka di katakan tertipu. Sebenar nya penipuan sudah bermula dari awal lagi. Geng rapat Anwar, satu demi satu menarik diri dan ada secara lantang memberi kesedaran. Kerana perasaan sudah di kawal, satu pihak (Umno) secara agresif di persalahkan (Umno tiada tindak balas) maka persepsi nya Umno itu memang buruk... lebih teruk racun ini meresap terus pada batang tubuh anak-anak muda.

Kini hakim rakyat konon nya, budak-budak yang sama, sudah meluat. Sebelas tahun, kata sdr AA, tiada tuju hala. Hanya saudagar mimpi !

Kekuatan PR sebenar nya bergantung penuh kepada kekuatan PAS. Istilah tahaluf siasi hanya topeng belaka setelah PAS di jadikan melukut di tepi gantang ! Akan tiba masa DAP pula di mana segala tahi akan di lempar ke muka mereka. Percaya lah setelah hukuman kepada Anwar benar berlaku semula..

Putrajaya... fly robin fly...

Unknown said...

memang elok kalau PAS mempertahankan pendiriannya... tidak mengikut semua telunjuk PKR yang selalu menyokong kehendak DAP ... lihat sekarang Allah tunjuk dengan adanya Pesta Arak October Fest..lihat saja kenyataan Pemimpin DAP, sentiasa menghina PAS dan kepimpinannya

Jika PAS sentiasa menjadi pak turut pada semua tindakan PKR dan DAP .... nanti pada di masa hadapan lagi teruk dari ni akan PAS hadapi..

Sebelum ni PAS jadi bahan belasahan macai-macai UMNO semasa PRK Telok Intan kerana menyokong calon DAP yg tidak tutup aurat... kemudian PAS difitnah menjadi kuda tunggangan DAP dalam bab hudud yang ditangguh perbentangannya ....

Yang kehadapan ni PAS akan berhadapan dengan DAP dalam bab ugama bukan islam pula. kita tunggu dan lihat janti...

Basar said...

Pas wajib hapuskan anwaris di dalam pas yang didokong oleh husam, khalid samad, mat sabu, mujahid, hatta, mahfoz, hanapiah, dzul, suhaizan.
Mereka ini sujud bersembah kepada anwar, mereka merosakan pas, mereka menyebabkan pas kelihatan flip flop.

Apabila mereka dihapuskan, dap dan pkr tidak akan berani membuli pas lagi. Dap dan pkr tidak akan berani menghina menderhaka kepada DYM Sultan lagi
DAP dan PKR tidak akan berani lagi untuk mengkristiankan orang islam melayu.

Selagi mana anwaris wujud di dalam pas, Islam akan dap dan pkr hapuskan, kesultanan melayu akan dap dan pkr hapuskan, malah orang melayu akan dihapuskan seperti mana yang sedang dilakukan oleh dap dan pkr di p.p. Setiap hari ada sahaja kg melayu dihapuskan.
Mereka menghapuskan orang melayu, agama islam di sana secara terang-terang dengan sokongan pada anwar, pkr dan anwaris.

Anonymous said...

Langkah masuk naik ke putrajaya bukan langkah satu hari, ianya perlu masa dan tenaga sama jua langkah keluar turun dari putrajaya ianya telah memakan masa bertahun2 berlaku kerosakkan sehingga tidak mampu diperbaiki lagi.umpama buah yang sudah masak jatuh sendiri.

Anonymous said...

Nuar dah wasted masa selepas keluar penjara (sodomi 1).Sepatutnya beliau tak perlu menangguhkan pembicaraan (kerap tertangguh sehingga bertahun2 - time wasted).Sepatutnya Nuar terima saja keputusan mahkamah setelah kedua2 pihak berhujah dlm mahkamah.Kalah tetap kalah.Terima saja keputusan.Maka tidaklah masa terbuang.Pendek masa keputusan maka Nuar tak buang masa.

Nah apa dah jadi sekarang.Usia Nuar dah expired.Keluar jel nanti Nuar dah berumur lanjut.Beliau tak kuat lagi.

Strategi melambatkan proses pembicaraan memakan diri Nuar.