09 December 2014

Alvin dan Ali, perginya tidak dihalau, pulangnya pun tidak perlu dijemput

Isu Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil menjadi isu yang terkini yang tersiar dalam akhbar dan portal alternatif dan kita dengar berbagai-bagai reaksi terhadap pembatalan pasport antarabangsa mereka. Alvin Tan dikatakan telah melarikan diri ke AS manakala Ali Abd Jalil kini mendapat perlindungan suaka politik di Sweden.

Penarikan balik pasport antarabangsa itu adalah isu biasa dan bukan sahaja Alvin dan Ali yang mendapat pembatalan pasport antarabangsa itu, malahan ribuan yang mendapat nasib yang sama kerana berbagai-bagai sebab seperti mengalamai kebankrapan dan sebagainya. Tidak timbul pemansuhan kewarganegaraan kedua-dua mereka dan isu ini tidak perlu dijadikan isu yang perlu dibahaskan dengan hangat.

Kedua-duanya tetap warganegara ini dan mereka adalah sama seperti mereka yang melakukan kesalahan lain yang tidak dibenarkan memiliki pasport antarabangsa untuk perjalanan jauh ke negara lain.

Bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang ‘level headed’ isu ini bukanlah satu isu besar. Negara mempunyai Perlembagaan dan Undang-Undang. Kita boleh berselisih pandangan dan pendapat tetapi asas penting sebagai rakyat sebuah negara yng mempunyai Undang-Undang dan Perlembagaan tindakan kedua-duanya meremehkan agama dan Raja-Raja Melayu itu sememangnya memerlukan reaksi dari pihak yang berwajib.

Tidak usahlah kita percaya dimana-mana dinegara lain kita akan mendapat kebebasan seratus peratus seperti haiwan di hutan. Di Sweden, kita telah faham sekarang, merotan anak pun adalah salah dari segi undang-undang sedangkan agama kita meminta ibu bapa merotan dengan cermat anak-anak yang tidak mahu dan engkar untuk bersolat setelah umurnya sampai tujuh tahun.

Harimau liar di hutan tidak terjumpa di luar hutan kerana harimau itu tahu dia tidak selamat kalau masuk kawasan bandar seperti Kuala Lumpur atau di Bahau. Tempatnya di hutan belantara bukannya di bandar atau di tempat yang sudah terbuka kawasannya kepada manusia.

Apatah lagi manusia, undang-undang itu penting kerana manusia mesti mengikut undang-undang yang ada semata-mata untuk menjadikan kehidupan manusia sejagat tersusun hidup mereka dan beretika dalam kehidupan seharian.

Jika marah kepada UMNO tumpukan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat dan jika gagal jangan membakar negara kerana kita gagal untuk menjatuhkan parti itu. Ramai di kalangan yang muda sekarang mahukan kebebasan seperti kebebasan haiwan di hutan yang sendirinya tidak sebebas yang di jangka manusia.

Tetapi mereka yang berfikiran begini susah untuk di ajar, maka yang paling baik ialah untuk mengabaikan sahaja tindakan mereka, apatah lagi mereka memilih untuk duduk diluar negara. Tidak ada siapa yang menghalau mereka tetapi mereka sendiri yang pergi meninggalkan negara ini. Tetapi mereka juga tidak diminta pulang kerana mereka melanggar undang-undang yang ada. Bak kata perpatah, 'perginya tidak dihalau, pulangnya nanti tidak dijemput. Perginya tidak nampak belakang dan jika mereka pulang pun tidak nampak mukanya'.

Anak-anak muda begitulah. Mereka terpaksa belajar melalui pengalaman sendiri dan tidak mahu belajar dari kesilapan orang lain. Mungkin terlalu terpengaruh dengan tindakan politik yang beremosi setengah pihak yang membuatkan mereka begitu agressif, kita memahami keadaan mereka. 'Anak muda julung berkeris, batang pisang pun disanggah mereka'.

Maka adalah tidak bijak bagi pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi untuk berpolimik dengan kedua-dua mereka ini jika beliau mahu mengekalkan intergriti sebagai seorang pemimpin tinggi dalam kerajaan yang diberikan kuasa yang besar untuk bertindak di atas landasan undang-undang yang ada.

Mereka bukannya mempunyai ‘consequence’ apa-apa maka tidak perlu memberikan reaksi terhadap kenyataan-kenyataan mereka. Jika pemimpin kita memberikan respons dan meneruskan polimik dengan mereka ia akan hanya menjelaskan lagi betapa dhaifnya status kepimpinan sesiapa yang memberikan reaksi itu.

Jika tindakan mereka membatalkan dokumen perjalanan mereka itu dianggap betul lakukan tanpa mengeluarkan suara yang marah kerana jika melatah secara begini ia akan diyakini yang pimpinan yang berkuasa ini tidak mempunyai keyakinan diatas tindakan beliau sendiri.

Maka tidak perlu berpolimik dan biarkan masa menentukan  kehidupan mereka yang mendapat perlindungan suaka politik itu. Jangan dijinakkan oleh permainan politik setengah pihak dan individu dengan melatah dan tidak berhenti-henti memberikan reaksi. Zahid sepatutnya lebih dewasa dalam isu ini.

Asalkan kita tidak menghalau dan menjemput mereka kembali serta tidak melucutkan kewarganegaraan itu sudah memadai bagi kedua-dua mereka. Mereka tentulah mempunyai kehidupan yang lebih baik ditempat lain dan mungkin kebebasan yang mereka cari itu terdapat ditempat lain. We wish them all the best. Asalkan elok untuk mereka kita tidak boleh marah-marah. Itu hak mereka.

Kita berharap kedua-dua anak muda ini akan berjaya ditempat idaman mereka kerana mereka tidak berkeyakinan mendapat kehidupan yang baik di sini. Mereka boleh tinggal dinegara yang tidak beraja dan tidak ada UMNO atau dengan apa-apa yang mereka tidak gemar disini. Masing-masing mempunyai kebebasan untuk tinggal dimana-mana.

Bagi Alvin dia boleh mencari kedamaian dengan masyarakat yang berbudayakan seks bebas kerana di sini kita tidak menerima budaya kotor itu. Kita di sini adalah manusia yang masih menjaga budaya bersih dari budaya seks bebas ini. Kita pecaya seks bebas ini hanya dilakukan oleh haiwan seperti kambing dan anjing dan lain-lain sahaja.

7 comments:

Anonymous said...

setuju tuan , banyak perkara penting lain yg perlu difikirkan

Anonymous said...

TAPI IMIGRESIN TIDAK HARUS LUPA BUAT PENANGKAPAN TERHADAP PEGAWAI YANG MELEYAPKAN KEDATANGAN AL TANTUYA KEMALAYSIA

maae said...

Ini muka-muka pengkhianat. Apa yang mereka lawan ? Sistem yang sudah sedia berfungsi baik, Perlembagaan yang di buat khas kesesuaian majmuk di mana Melayu sebagai tulang belakang kesesuaian peradaban serta di sokong Islam yang syumul (Sunnatullah dan Al Quran) untuk semua umat manusia khas nya di sini.

Apa faedah menjadikan Malaysia menjadi republik? Apa faedah alvin melawan pihak berkuasa, mencaci, menghina khas nya di tujukan kepada Melayu dan Islam ? Bukan kah ini sikap pengkhianat dan pengganas ? Ekstremis IS berlaku di luar Malaysia. Iktikad nya salah. Syahid nya sesat. Mereka belum lagi mengkhianati Malaysia tetapi lebih menzalimi diri sendiri atas pengaruh yang tidak di bendung ! Benih-benih nya wujud dari politik Pas yang tiada dan sentiasa berubah platfom, menyanggah amalan Islam.secara fatwa "menghalalkan cara" demi cengkaman kuasa bertahan lama pihak atasan. Politik yang tidak "universal" selaras tuntutan Islam.

Malaysia mesti mendisiplinkan rakyat nya. Hanya dengan disiplin tumbuh nya sahsiah segar berintegriti. Bukan untuk agenda peribadi atau hanya merujuk satu kaum sahaja, di amalkan Dap yang sentiasa membayangi melayu itu konon nya "penting" hakikat nya melayu itu tidak bertempat dan di selaraskan dalam kedudukan parti. Telunjuk masih di amalkan.

Sudah tiba masa kerajaan melaksanakan "stern actions" terhadap petualang- petualang yang melampaui batas perundangan negara. Berpolitik secara ekstrim sehingga mengadakan demonstrasi ganas menjahanamkan negara. Kesukaan musuh Islam.

Anonymous said...

Puak UMNO dan gang extremist sentiasa menghalau orang yang tak suka cara mereka mentadbir negara untuk balik India,Cina atau mana tempat yang mereka idami. Apabila orang pilih ikut kata-kata itu mengapa nak marah ajek dan hentam mereka? Zahid Hamidi dan rakan-rakan petut mengucap terima kasih.Semua yang tidak suka boleh keluar!

Anonymous said...

sewajarnya dilucutkan kewarganegaraan supaya menjadi cth. situasi sejak kebelakangan ini memerlukan tindakan keras sebagai peringatan. org yg sedang naik kepala hendaklah dipijak supaya sedar akan daratan.

mereka bkn berpindah atas alasan kerja mereka menghina negara dan amalan negara ini.

mmg tidak perlu kita panjangkan hanya lucutkan kewarganegaraan dan move on. bertindak longlai dan melayan kasihan hanya akan memastikan drama yg serupa berulang cuma pelakon yg berlainan.

jadi kalau focusnya tidak mahu kes yg sama dipanjangkan buang saja kewarganegaraan.

Anonymous said...

Tuan, saya percaya semua gejala negative ini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan yg dipimpin UMNO mentadbirkan negara ini adil dan bijaksana

Anonymous said...

Maae

Mereka s3benarnya memang petualang....petualang kecil. Saya kata mereka petualang kecil kerana tindakan mereka hanya m3nunjukkan mereka ini bodoh, emosional dalam bertindak. Tetapi tindakan mereka tidak menyebabkan ketirisan s3banyak RM 20 billion setahun seperti yang dilapo4kan ol3h ketua audit negara. Mereka tidak membuat hutang'hutang negara meningkat dengan b3gitu drastik dalam masa yqng singkat sehingga te4paksa men3kan rakyat untuk mendapat wang seperti melaksanakan GST, tarik balik subsidi minyak, menaikan harga minyak semasa harga minyak dipasaran dunia berada diparas yang rendah. Mer3ka tidak m3nganugerahkan Kat Ijat dan k3luarga duit rakyat RM 250 juta untuk proj3k l3mbu yang gagal. Mer3ka tidak m3nggunakan tanah p3ne4oka F3lda untuk mengaut duit mudah. K3mudian membiarkan peneroka felda te4kontang kanting.

Puak ini petualang lagi besar dan merbahaya. Itu b3lum kira lagi mereka yqng s3ngaja membiarkan orang melayu terus bodoh dan mundur supaya mereka bol3h m3nipu orang melayu dengan mensonglap hak ekonomi orang melayu untuk mengkaya diri mereka.

Petualang ini kita nak kira macam mana,maae?