Saya terdengar dan terlihat ramai
yang memberikan komen tentang perhimpunan agung UMNO yang baru berlalu itu
hanya berkisar siapa yang berjaya dan siapa yang kalah moralnya dalam
perhimpunan itu. Ada
yang berpendapat Muhyiddin dan Zahid merupakan pemenang dalam perhimpunan itu
jika dibandingkan dengan apa yang dicapai oleh Najib secara peribadi. Kesemua
komen-komen dikalangan ahli-ahli UMNO itu hanya berkisar tentang siapa yang
lebih bertambah pengaruh dikalangan perwakilan UMNO itu.
Hanya beberapa kerat sahaja yang
memikirkan isu ini dalam konteks yang lebih besar, seperti isu samada UMNO
berjaya menghilangkan persepsi buruk rakyat yang ramai. Tidak ramai yang
teringat yang UMNO itu parti politik terbesar, dan dalam isu krisis kepimpinan
yang dihadapi oleh parti itu bukannya hanya melibatkan ahli-ahli UMNO. Mereka
terlupa yang lebih penting ialah imej dan pandangan baik terhadap parti itu
kerana yang akan dihadapi oleh parti itu ialah masyarakat awam dan bukannya
setakat ahli-ahli UMNO sahaja.
Akhirnya, jika menang pun sebelah
pihak dalam UMNO itu, yang menang itu akan menguasai parti yang akan kalah dan
ia tidak memberikan apa-apa faedah kepada parti itu pada masa-masa yang akan
datang. Bagi UMNO kekalahan itu ‘is not an option’ sebabnya jika melalui kekalahan
parti itu akan terus tersungkur dan tidak akan bermaya untuk duduk dan bangun
lagi.
Jika kalah UMNO akan menjadi
‘vegetable party’ dan akan hanya tinggal pada nama dan sejarah buruk yang
mereka lalui sahaja. UMNO akan
tersungkur bersama imej rasuahnya dan semua ‘superlatives’ buruk yang ada
kepada nya itu.
Nyata perhimpunan parti itu
baru-baru ini tidak menunjukkan apa-apa perubahan atau ‘prospective changes’yang
positif yang sangat diperlukan oleh parti itu untuk kekal relevan di hari muka.
Pimpinan setiap peringkat parti itu hanya menyebut kata-kata, ‘berubah kalau
tidak akan diubah’ tetapi mereka tidak mempunyai daya dan kudrat untuk berubah
kerana yang dimaksudkan oleh kata-kata itu adalah mereka sendiri.
Berubah itu ialah mereka
mengundurkan diri dari kepimpinan. Tetapi mereka tidak berdaya melakukannya
kerana mereka tidak boleh hidup tanpa memegang jawatan itu kerana selama ini
jawatan itu adalah segala-galanya. Itulah modal berniaga untuk mereka, dan itu
jugalah modal untuk menaiki tangga sosial masing-masing yang tinggi menggunung
itu.
5 comments:
Pak Aspan
A zebra never loses its stripes! It's still the same old same old, and the people are getting tired of it.
No.its not that easy for the opposition to unseat umno fron its present throne. They have all the power. They have all the bargaining factors.
The have olive in their right hand and guns in their left.
Seeing their influence is withering, umno is now firing their guns toward non-malays to freightend them.
At the same,they are offering olive to anwar,as main malay opposition leader. They were holding the trump card against anwar. They have the bargaining factors that anwar was craving for. Freedom from jail.
Will anwar succumb to the offer? Yet to be seen.
Taken into consideration, the delay of federal courts verdic in his sadomy case ,may be there are possibilities.
May be. I say may be, the delay is due to the difficulties for tje judjes to decide.
And in mean time, Najib and Anwar will have ample time,to negotiate terms and conditions for a merger between umno and PKR. Bargaining is going on.
We should not blame Najib gor the on going nego. Cos UMNo and he himself are at stake of loosing everything. Better to lose some than to lose everything.
We have to respect anwar's right to safe himself. What will he get if he goes to jail? After 6 years there, PKR will be occupied by new faces by than. The door will be closes for him. So..anwar has no choice. Accept the olive and safe from anothet six years in jail.
At the end of the day. Amwar will be a free man and PKR will leave pakatan.
how/? Politicians are good in making a twist to legitimise their act. They can say the sea is yellow. And many people will beliwve it. May be. PKR will be de registered ( pre empted) or
PKR will create war with DAP. And leave PR.?
Do not underestimate anwars political manevour capabilties.
AND UMNO WILL NEVER BE UNSEATED.
“I do not see ethnicity as the defining character of any person. I see people as people. Some are good and some are bad. It’s as simple as that.” said Zaid bin Ibrahim. You're absolutely right Zaid.
Anon 4th Dec 11:00,
Tell Zaid Ibrahim that the chinese don't look at the Malays that way.
They are impregnated with chauvinism in their mind and still maintain the migrant mentality.
Zaid is trying to be an exception and a hero in his own way. Zaid is in the cloud nine and he forgets that he always look down on his own race, rather than to improve them.
Cheers!
Bro. Braham, what can you expect from Zaid. Dulu jadi 'baruah' Al kutty. Kemudian dengan Anwar sekejap. Lepas tu dengan Najib. Kelebihan sedikit boleh menulis dan agak kaya hasil dari jilat jubok Al kutty. Bottomline - not worth to consider has opinions, Flip Flop !!!
Post a Comment