Harga minyak mentah dunia jatuh
begitu ketara. Harga WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh
sehingga USD60 semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan
yang pantas dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka
dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu ini.
Menteri-Menteri Kewangan
masing-masing bersama dengan Governor-Governor Bank Pusat mereka telah mengumumkan
berbagai-bagai initiatif untuk menghadapi ‘consequence’ buruk yang mempengaruhi
ekonomi negara-negara mereka.
Ringgit jatuh begitu mendadak
berbanding dengan dollar Singapura dan ini amat menjejaskan ekonomi negara
lebih-lebih lagi dalam perdagangan. Sebagai sebuah ‘trading nation’ Malaysia
bakal menghadapi atau telah pun menghadapi masalah besar jika keadaan sebegini
berterusan dalam beberapa bulan lagi.
Tetapi apa yang agak
membimbangkan kita belum lagi mendengar atau diberitahu apakah perancangan
kerajaan bagi menghadapi masalah yang begitu ‘imminent’ yang akan kita hadapi
itu. Baik dari Tan Sri Zetti, Governor Bank Negara mahu pun dari Perdana
menteri yang juga Menteri Kewangan, tiada apa-apa yang telah diumumkan kaedah
menghadapi masalah besar negara kini.
Kita mahu mendengar apakah
tindakan secara ‘organic’ dan ‘real’ serta praktikal dalam menghadapi masalah
ekonomi sekarang ini. Ini merupakan cabaran kepada PM Najib yang selama ini
begitu mengambil mudah dalam menguruskan kewangan dan ekonomi negara. “Najib is
going through the mills now” kata seorang ahli ‘academic’ dari universiti
tempatan dan beberapa pandangan dari pemimpin-pemimpin ekonomi dunia yang kita
baca akhir-akhir ini.
Yang kita dengar sekarang ini
adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan yang tidak dihiraukan
oleh orang ramai. Kenyataannya bukan kenyataan yang menyenangkan melainkan kenyataan
yang berunsurkan politik semata-mata. Kita tahu Ahmad Maslan bukan ahlinya
untuk bercakap tentang isu ekonomi kerana beliau hanyalah dianggap ramai
sebagai ‘conduit’ kepada pemimpin politik yang berkuasa sahaja. PM Najib
sepatutnya jangan membiarkan Ahmad Maslan bercakap tentang isu ekonomi kerana
ia akan hanya membuatkan rakyat ramai bertambah berkurang keyakinan mereka terhadap
kerajaan yang sudah tersedia dengan krisis keyakinan yang amat ketara itu.
Kita tunggu dan tunggu apakah
perancangan yang hendak dilakukan oleh pemimpin kita.
7 comments:
Dah bagi jawatan ke orang bodoh takdak otak, maka jawapan nye bodoh lah..
Tak Ada Plan Bro...
Semua nya Baik Belaka..
Malaysia tak ada Problem..
Semua Honky Dory sebab ConSultans Says So..
Oleh itu Russia boleh sahaja bertindak balas memberikan tekanan balik kepada Amerika dan Kesatuan Eropah dengan memotong bekalan minyak dan gas ke Kesatuan Eropah atau menolak pembelian minyak dan gasnya menggunakan USD. Persengketaan dan political game yang dilakukan oleh kedua-dua kuasa besar tersebut iaitu Amerika Syarikat dan Russia adalah untuk menjaga kepentingan masing-masing sahaja, namun negara-negara kecil seperti Malaysia turut tidak terlepas menjadi menjadi mangsa.
CGPA 3.85 bukannya orang bodoh. tapi bila bercampur dgn golongan bodoh, yg cerdik pun lama2 boleh jadi bodoh.
Ahmad Maslan kan ade*** + Hasan Malek
ha ha ha
ha ha ha
Post a Comment