19 December 2014

Nasihat buat Khairy: kurangkan mendongak keatas, nanti terlanggar bendul

Isu Khairy membidas seorang ahli UMNO yang tidak mempunyai jawatan penting didalam parti itu kerana mengkritik Najib Razak sedang hangat diperkatakan ramai. Saya yang mempunyai perasaan ‘soft spot’ terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu terpaksa juga memberikan sedikit komen.

Blog ini pernah menulis dan memberikan pandangan terhadap UMNO dan sebab-sebab UMNO sudah begitu ‘detached’ dengan rakyat yang ramai. Itulah sebabnya kerajaan sekarang sudah tidak diambil endah oleh rakyat sekarang ini dan keadaan ini berterusan, dan tidak nampak ianya akan diperbaiki malahan bertambah buruk dari hari ke hari dan dari masa ke semasa.

Dulu UMNO itu kuat kerana UMNO itu adalah parti kampung, seperti yang pernah disebut oleh Tun Musa Hitam dalam Perhimpunan Agung UMNO 1987 dahulu. Urat dan tunjang UMNO itu adalah dikampung dan di situlah letaknya tewas kekuatan parti itu. ‘Kampung’ yang disebut oleh Musa itu ialah orang Melayu kerana semasa itu ramai orang-orang Melayu masih tinggal dikampung dan pedalaman.

Adalah menjadi amalan kerajaan yang dipayungi oleh ‘orang kampung’ ini sentiasa bertindak rapit dengan orang dibawah-bawahan dan dirasakan begitu hampir oleh rakyat biasa (ordinary people).  

Itu sebabnya saya sentiasa mengingatkan kerajaan yang semua perkara dan pelan yang hendak dilaksanakan sentiasa dibawah kehadapan rakyat ramai dan diberitahu rakyat apa-apa yang hendak dilakukan oleh kerajaan. Rakyat biasa merasakan yang mereka dibawah-bawah ini dihormati dan dibawa bersama membuat keputusan terhadap isu-isu besar terutamanya yang melibatkan rakyat.

Apa-apa sahaja yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya yang melibatkan orang ramai akan di beritahu melalui majlis-majlis penerangan dalam kursus-kursus sivik yang dikelolakan oleh Jabatan-Jabatan Penerangan Daerah di seluruh negara. Kerana kursus-kursus sivik itulah kerajaan mendapatkan 'feedback' yang berkesan dari orang ramai dan apabila melaksanakan projek yang melibatkan rakyat ramai itu tidak mempunyai masalah untuk melaksanakannya.

Rakyat telah memberikan sokongan yang kental kerana mereka merasakan yang mereka telah dibawa bersama untuk melaksanakan projek-projek penting negara itu. Itu sebabnya rakyat semasa itu sentiasa bergiat bersama-sama memberikan pandangan dan 'feedback' melalui struktur pentadbiran terendah rakyat iaitu JKKK atau JKKR  JKKK dan JKKR merupaka struktur pentadbiran yang terendah kerajaan yang dibawahnya tinggal bahagian rakyat yang terbesar.

Kegiatan penerangan ini sudah tidak lagi dilakukan oleh kerajaan sekarang kerana kerajaan sekarang terlalu ‘detached’ dengan rakyat ramai. Apa-apa yang dilakukan kerajaan tidak dirasakan lagi oleh rakyat kerana mereka tidak dibawa bersama untuk menyokong tindakan kerajaan seperti yang pernah dilakukan kerajaan suatu ketika dahulu.

Sekarang kerajaan membuat keputusan dari atas dan hanya mengarahkan dilakukan oleh kerajaan kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dan lain-lain. Pegawai penerangan daerah sekarang tidak mempunyai tugas dan mereka nampaknya semua kekurangan tugas dan JKKK tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Sikap menjauhkan peranan orang bawah inilah yang menyebabkan rakyat tidak lagi merasakan ‘sense of belonging’ dengan kerajaan yang berimejkan rasuah pada hari ini. Kerajaan sekarang tidak rapat dan hampir dengan rakyat dari mana mereka dituntut untuk sentiasa taat terhadap mereka yang memimpin kerajaan itu. Rakyat bukan kuda atau kaldai tunggangan. Rakyat biasa inilah yang menjadikan kerajaan sekarang masih berada ditampuk kuasa.

Dalam kita sedang mengharapkan tindakan kerajaan untuk sebenar-benarnya merakyatkan kerajaan ini, tiba-tiba Khairy sebagai pemimpin kanan parti itu membidas ahli biasa yang memberikan pandangan terhadap kepimpinan parti sekarang ini.

Khairy sepatutnya merenungi apa yang dikritik oleh orang bawahan ini adalah untuk kepentingan parti itu sendiri. Khairy mesti tahu yang beliau tidak berada diatas itu dengan sendirinya seperti sifat Tuhan yang terdiri dengan sendirinya. Khairy bermula dan berakhir, hanya Tuhan sahaja yang tiada bermula dan berakhir.

Kata-kata Khairy kepada ahli biasa parti yang membawa makna, 'you are  of no consequence, you are just ordinary member' terhadap Syed Rosly itu sangat menyedihkan, kerana tidak ramai yang akan menyangka yang Khairy boleh berkata dengan begitu angkuh seperti itu.Mungkin semua diantara kita dibawah ini wajar berteriak dan mengakui yang beliau adalah orang hebat. Mungkin Khairy masih lagi sangsi yang masih ramai orang dibawah ini masih ramai yang tidak mengetahui beliau itu orang hebat.

Orang bawahan pun tahu Khairy itu orang atasan dan jangan Khairy tidak tahu ini. kalau kita mengetahui diri kita sendiri kita tidak akan menolak kenyataan yang sangat penting ini. Sifat bersalah-salahan merupakan sifat azali kejadian Tuhan. Kalau tidak ada yang bawah, masakan ada yang atas. Jika tidak ada yang panjang masakan ada yang pendek dan jika tiada yang lama masakan ada yang baru.

Tidak perlu bercakap begitu untuk mempertahankan Najib itu. Kita merasakan yang Najib yakin yang Khairy adalah penyokong kuat beliau walaupun beliau tidak mengkritik Syed Rosly itu.

Itu sebabnya orang tua-tua dahulu berkata, orang pandai tidak semestinya bijaksana.  Orang tua-tua dahulu berkata, biar ilmu itu satu belit, asalkan akal itu dua belit. Ilmu itu penting, tetapi akal itu lagi penting. Belajar di universiti ternama itu bukan setakat untuk mendapat 'scroll' yang berjela-jela. Yang terpenting belajar di universiti itu ialah untuk belajar dan berlatih untuk berfikir dan membuat keputusan dan bertindak dengan betul dan 'appropriate'.

Diharap Khairy tidak mengecewakan orang ramai yang menaruh harapan terhadap beliau. Pandanglah kebawah selalu, jangan sentiasa mendongak keatas, nanti ‘tolando bondul (bendul) dibawah’

7 comments:

Anonymous said...

Khairy bodoh tu kalo tak menantu bekas PM banyak tidor tu is nothing. he is nothing. bukan terror sgt pun. lagak aje pandai. biasa lah kat dunia nie. Org atas kalo bercakap macam lah pandai tp bodoh sebenarnye.

Anonymous said...

umno original 1946 memang urat dan akar tunjangnya di kampong. ummm-no (baru) 1988 ni di tunjangi oleh mat2 rempit (melayu), kutu2 embun (melayu lagi), gangster2 taik kucing (melayu jugak). kaki pukul kampong dusun... memang dna ummm-no yang ni lain sikit.

Anonymous said...

Kj cuma maen selamat.takan nak jolok ketua diatas.sedang dari ataslah tempat untuk mencari tempat bergayut.lebih baik jolok yang taraf rendah dibawah supaya yang diatas goyang disebabkan taraf rendah dibawah mula goyah.Betapa liciknya kj ni.antara seorang yg licik dan seseorang yang bijak banyak bezanya.fikir2kan lah

sizzly7761 said...

Nampak pandai sebab fasih bahasa inggeris..ramai anak menteri dan pegawai tinggi kerajaan dan korporat melayu & cina yang belajar diluar negara bukan bijak manapun..tapi oleh kerana mahir berbahasa inggeris nampak cerdik! Khairi salah seorang dari jenis ni.... almaklum ... anak bekas diplomat! Kalau dok malaysia belum tentu straight A!.. kalau tidak kerana ayah... belum tentu ke oxford...

Anonymous said...

Asskum tuan,

Saya masih lg ahli Umno tetapi sudah 3x PRU saya mengundi PAS. Sebenarnya saya cukup kecewa dgn tindakan pemimpin2 Umno terhadap KULI dan DS Anwar Îbrahim. Saya dapati Umno semenjak pimpinan DRM sudah hilang fokus untuk membantu rakyat.Fokus beliau hanya kpd projet2 mega dan hañya berjaya mewujudkan jutawan yg tèrdîri drp kroni2 dan pimpinan tertinggi Umno.

Untuk ahli2 Umno hanyalah boleh berbangga dgn projet2 tersebut sahaja.

Anonymous said...

Akhirnya Najib bersuara.. adakah ttg 1MDB? Bukan.. tp ttg... http://m.malaysiakini.com/news/284079.html

siti said...

Assalamualaikum,


Saya sepanjang hayat penyokong kerajaan BN, semenjak era mahathir hingga kehari ini....sebab itu saya mahu memastikan kerajaan yg ada terus memerintah...dan sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa.....era pemerintahan dollah ada lah permulaan keruntuhan UMNO....dollah bukan saja dilihat tidak bijak malah kaki tidur...kerja2 pentadbiran negara diserah bulat2 pada anak hantunya dan kroni.....sape boleh lupa dgn nama2 terkemuka kalimullah,patrik lim dan perniagaan mereka.....kikiki....UMNO perlu dibersihkan.