30 January 2015

'Sayangnya bertompok-tompok, bencinya merata-rata', bagaimana hendak mencari kedamaian

Saya sudah lama hendak memberikan komen tentang keyakinan pihak pembangkang yang merasakan kemenangan undi popular sebanyak 52 peratus dalam pilihanraya yang lalu akan kekal dan masih membanggakan dan berharap mereka akan dapat mendiami Putrajaya sebaga pihak yang bakal memerintah negara. ‘Optimism’ itu baik sebenarnya tetapi adakah ia kekal jika kita dengar dan lihat apa yang sedang berlaku di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat misalnya.

Keadaan sebelum pilihanraya yang lepas kita merasakan seolah-olah UMNO dan BN itu tidak akan mencapai kemenangan lagi kecuali di beberapa tempat dan kawasan yang menjadi kubu kuat UMNO itu. Tetapi akhirnya Pakatan Rakyat tidak juga mendapat kepercayaan untuk mentadbir walaupun ada pemimpin dalam Pakatan Rakyat berkeyakinan untuk memenangi sebanyak 125 kerusi dari 222 keruasi kesemuanya dalam Dewan Parlimen Malaysia. 

Mereka berkeyakinan penuh untuk mara ke Putrajaya dan mentadbir negara ini dengan baik seperti yang mereka mengakui berkemampuan untuk menunjukan perbezaan berbanding dengan BN. Ada pemimpin yang telah memberikan amaran yang mereka akan memerangi salah laku yang dilakukan oleh pemimpin BN yang dikatakan akan tewas dan duduk dipetak pembangkang saki baki yang masih memenangi kerusi masing-masing.

Yang mereka berjaya hanyalah memenangi undi popular sebanyak 52 peratus dan itulah yang mereka jajakan untuk memberikan keyakinan setidak-tidaknya kepada diri mereka sendiri yang mereka kali ini kan terus berjaya memenangi lebih banyak kerusi. Mempunyai keyakinan dan bersikap positif itu baik sebenarnya tetapi biarlah keyakinan itu dilandaskan kepada hakikat yang realistik yang kita sedang berada di dalamnya sekarang. Saya sendiri cuba untuk memberikan keyakinan kepada diri saya sendiri yang kali ini pembangkang akan mengambil giliran untuk memerintah negara.

Tetapi usaha saya untuk memberikan keyakinan itu tidak pernah berjaya kerana saya sentiasa bertanya kembali dimanakah letaknya harapan untuk menambah kerusi atau mengekalkan peratusan undi popular itu jika tidak dapat menambahnya?

Dalam keadaan PAS, PKR dan DAP dalam keadaan begitu rapat sebelum pilihanraya yang lalu Pakatan Rakyat tidak dapat menguasai kerajaan, bagaimana kita hendak meyakinkan diri kita yang keadaan itu akan kekal dengan pergeseran yang begitu ketara yang berlaku di antara parti-parti Pakatan Rakyat. Semasa tidak ada pergaduhan di antara PAS dengan DAP dahulu kita masih tertinggal walaupuin dapat mengurangkan majoriti kemenangan BN itu.

Hubungan di antara PAS dan DAP begitu akrab khususnya di antara pemimpin-pemimpin parti-parti itu semasa itu. Ada yang beranggapan rapatnya DAP dan PAS ibarat dua orang yang ‘bertambat bulu’, bak kata orang-orang tua dahulu. Tetapi semuanya sudah menjadi sejarah dan sehingga hari ini keadaan semakin buruk yang berlaku di antara kedua-dua parti itu.

Pergeseran di antara parti-parti ini tidak boleh dianggap sebagai pergolakan yang mudah diselesaikan kerana ia membabitkan isu dan perjuangan pokok bagi kedua-dua parti itu. Pergeseran ‘intra-parti’ dalam Pakatan Rakyat begitu ketara dalam isu undang-undang hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan.

Apakah keajaiban yang akan berlaku untuk meyakinkan diri kita yang Pakatan akan mendapat undi popular yang lebih tinggi dan seterusnya menguasai kerajaan Persekutuan itu?

Bagi saya dengan kenyataan PAS dan DAP sehari dua ini membayangkan yang cita-cita untuk memenangi Putrajaya melalui persepakatan yang terlalu longgar di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak akan membawa mereka kemana-mana dan impian untuk ke Putrajaya itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.

Terutamanya DAP dan PKR, parti-parti ini hanya akan merasakan sebahagian dari kuasa persekutuan itu jika parti-parti ini membuat penyatuan dikalangan pemimpin-pemimpin yang berkebolehan umntuk membawa setiap pemimpin yang berjiwa besar dikalangan semua kaum duduk semeja dan berunding serta memulakan negara dan politik baru. Sememangnya sudah menjadi kenyataan perubahan perlu berlaku tetapi dengan keadaan Pakatan Rakyat pada hari ini perubahan itu tidak akan membawa apa-apa kejayaan. Itu adalah kenyataan dan hakikatnya yang ada pada hari ini.

Negara perlukan ‘overhaul’ yang serius dan semua sistem politik dan parti-parti yang bermain politik negara ini perlu di ‘cannibalized’ dan membina politik itu kembali dari mula. Apa yang ada Dan wujud hari ini tidak lagi ‘sustainable’ dan ia tidak memberikan faedah kepada parti-parti yang ada terutamanya kepada parti-parti DAP dan PKR.

Perubahan poltik perlu berlaku secara 'structural' bagi kita berada dalam situasi dan ‘ambience’ yang baru yang boleh membawa penyatuan semua kaum yang berpanjangan. Pemimpin-pemimpin parti-parti politik lebih-lebih lagi parti yang berkuasa telah mengabaikan negara dan rakyat, mungkin kerana terlalu lama berkuasa dan mengambil segala-gala ‘for granted’ dan tidak menumpukan usaha dan tindakan mereka kepada membawa kepada ‘ultimate’ kita iaitu ‘national unity’.

Pemimpin-pemimpin politik baik dari kerjaan mahu pun dari pembangkang tidak lagi berjiwa besar malahan hampir semua dari mereka berjiwa fakir dan memainkan peranan dalam politik kotor yang tidak ada tolok bandingnya.

Politik yang berpijak keatas bumi yang nyata sudah tidak nampak berlaku lagi. Dari kedua-dua belah pihak politik dimainkan secara kotor dan sarat dengan tiga elemen beracun, iaitu ‘greed, anger and foolishness’ dan ini tentunya adalah elemen-elemen yang ‘devilish’ yang akhirnya akan menghancurkan sistem politik dan perjuangan negara itu sendiri.

Semuanya akan hancur baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang kerana jika ketiga-tiga elemen ini masih tidak dapat dibuangkan dari diri pemimpin-pemimpin kita keadaan akan terus jadi seperti yang kita alami sekarang dan ia akan secara deras akan menghancurkan budaya dan politik negara yang telah di bina oleh ‘founding fathers’ negara kita. Semuanya ‘chauvinistic’ baik dari kaum Cina mahu pun dari kaum Melayu dan kaum-kaum lain yang ada di negara ini.

Pemimpin-pemimpin kaum dan agama semuanya lemah dan mereka terpaksa menjadi pejuang perkauman atau agama untuk mendapatkan sokongan dari puak, bangsa dan mereka dari agama mereka.

Kita dalam kekontangan kepimpinan yang berjiwa besar kerana politik telah di ‘hijacked’ oleh mereka yang lemah yang keliru dan tidak memahami kenapa mereka menjadi pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang sekarang ini.

Semuanya mengaku menyayangi semua bangsa dan rakyat berbilang kaum, tetapi mereka yang sama juga yang mempunyai sifat ‘sayangnya bertompok-tompok, bencinya merata-rata’. Telunjuk mereka lurus tetapi kelengkeng mereka berkait-kait.

2 comments:

Anonymous said...

Rumusan mudah dapat dinilai dari kerakusan PAS untuk berkuasa tidak dinafikan PKR sememangnya hendakan kuasa tapi mereka telah tampilkan keyakinan mereka untuk berkuasa tapi pada pemimpin PAS mereka hanya ingin menumpang kepopulariti bersama saja selebihnya hanya menambah kuah untuk mendapat tempat atau dengan bahasa mudah untuk memenangi kerusi yang ditandingkan,maka sekarang sudah jelas PR akan gagl lagi dalam PRU14 nanti besar kemungkinan DAP akan bertambah kemenangan kerusi jika merak bertanding disemua kawasan jika PAS gagal untuk balik kepangkal jalan bersama PR, sebabnya dalam kepimpinan PAS ketika ini tidak ada seorang pun yang berfikiran untuk bersama dalam PR mencari jalan berdamai sebaliknya asyik menuding jari mencari kesalahan kawan sendiri yang sentiasa memberi peluang untuk berbincang,apakah PAS sudah merasa mereka telah dibela oleh UMNO tidak salah jika kita rumuskan PAS sekarang telah dijana oleh UMNO dengan gula-gula yang manis diluar tapi racun yang dibalut didalamnya.fikirlah sendiri wahai pemimpin PAS say ini bukan menyokong mana yang tidak jujur tapi berusha untuk melihat PR berjaya ke PUTRAJAYA.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Selagi tidak wujudnya sistem dua parti dalam arena politik di Malaysia, adalah hampir mustahil untuk parti oposisi di negara ini untuk menumbangkan UMNO BN. Dan untuk merealisasikan situasi tersebut, perlulah ada satu parti lawan yang berupaya menjadi pesaing terdekat dan alternatif terbaik untuk memberi saingan kepada UMNO BN. Untuk itu ikatan atau Pakatan Rakyat ditubuhkan bertujuan menggabungkan semua parti parti oposisi utama agar dapat memberi saingan kuat kepada UMNO BN dan menawarkan pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia yang mahu menolak UMNO BN. Dan hasilnya dapat dilihat pada GE yang lepas dimana PR menguasai 52% undi popular walau pun gagal menguasai Putrajaya.

Adalah jelas bahawa politik sistem dua parti begini mampu membuka medan tempur yang lebih seimbang dan ianya amat baik untuk rakyat Malaysia dan masa depan Malaysia sendiri. Namun malangnya setelah hampir untuk menjejak puncak kuasa, parti parti komponen dalam PR mula "perasan" akan kekuatan diri masing masing dan cenderung menjadi tamak untuk mendapatkan habuan masing masing. Ini lebih menyulitkan keadaan bila parti parti ini terutamanya PAS yanbg mudah terjerat dengan dakyah dan mainan saikologi pakar saraf UMNO BN yang akhirnya hampir berjaya mewujudkan permusuhan dalaman dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia tentu sedia maklum perbezaaan ketara antara DAP dan PAS dimana kedua komponen ini memiliki jurang yang agak ketara dalam matlamat perjuangan masing masing. Dan jurang yang sedia ada ini yang sebelumnya telah berjaya ditimbus sebahagiannya atas usaha Anwar Ibrahim, kini kembali meluas dan merebak dan meluas akibat kelicikan mainan pakar strategi lawan. Sikap bodoh dan keangkuhan yang masih ada dikepala generasi tua yang mengemudi dua parti komponen PR ini menyebabkan ikatan dalam PR kian longgar dan terurai. Jika inilah keadaannya, bagaimana mungkin PR mampu menonjol dan membuktikan kepada rakyat bahawa parti oposisi ini adalah alternatif terbaik kepada UMNO BN yang sekian lama kekal berkuasa?.

Amatlah malang sekali rakyat Malaysia kerana pimpinan utama dalam dua komponen PR ini lebih mengutamakan kehendak parti masing masing dan membelakangkan banyak faedah dan kebaikan yang seharusnya rakyat Malaysia boleh dapat dan nikmati bila UMNO BN berjaya ditumbangkan. Bukankah kebajikan rakyat dan masa depan Malaysia harus diutamakan dulu berbanding kehendak parti dan individu tertentu yang menguasai kepimpinan utama dua parti berkenaan?. Kempimpinan utama komponen PR terutamanya DAP dan PAS tidak harus terjerat dengan mainan parti lawan yang tidak putus putus menjolok untuk mengadu domba isu isu sensitif yang menjadi asas perjuangan parti mereka. Jika pimpinan parti ini terus angkuh, ego dan masih kekal dengan kepercayaan masing masing tanpa mahu melihat real politik negara ini, maka selamanya sistem dua parti ini hanya akan kekal dalam mimpi semata mata. Rakyat harus mempersalahkan pimpinan "kepala batu" dalam komponen dua parti ini kerana mereka inilah sebenarnya yang menjadi punca gagalnya sistem dua parti dan kekalnya UMNO dipersada politik tanah air kita.