15 October 2015

Ucapan Najib sempena Ma'al Hijrah itu adalah nasihat untuk beliau sendiri, bukan orang lain

Najib telah menasihati kita semua supaya mengenal apa itu Islam yang sebenar agar kita tidak terpedaya dengan segala gejala yang menentang Islam itu sendiri. Saya amat tertarik dengan ucapan beliau semasa menyambut kedatangan tahun baru hijriah 1437 semalam. Saya sangat merasa bingung dengan apa yang diucapkan beliau kerana apa yang diucapkan beliau itu adalah benar belaka tetapi persoalannya adakah beliau sendiri telah melaksanakan tuntutan Islam itu sendiri.

Beliau menyeru supaya kita orang Islam tidak membenarkan tersebarnya pengaruh tempatan dan antarabangsa untuk memecahkan Islam dan beliau berjanji untuk memajukan negara berlandaskan islam sebagai nadi pentadbiran beliau. Ucapan itu adalah ucapan yang telah disediakan tetapi beliau patut menyedarkan diri beliau sendiri yang beliau lah yang sangat perlu membuat 'soul searching' dan menilai diri sendiri samada segala elemen dalam pentadbiran beliau itu semuanya berlandaskan Islam. Adalah tidak mencukupi jika beliau hanya membaca teks yang telah tersedia tetapi segala isi kandungan teks ucapan beliau itu sesungguhnya diarah dan ditujukan kepada beliau sendiri.

Setahu saya yang tidak begitu mahir tentang agama ini ingin juga bertanya kepada Najib, adakah membazirkan wang rakyat dan tidak berusaha untuk memperbaiki keadaan pentadbiran negara itu adalah unsur agama kita yang suci? Adakah menyalahgunakan kedudukan dan mempermainkan rakyat dengan berbagai tipu helah sebagaimana yang dipersepsikan oleh rakyat terhadap beliau itu merupakan satu unsur Islam?

Adakah menggunakan pengaruh sebagai Perdana Menteri dengan menjadi orang yang penting dalam syarikat kerajaan dengan mengambil keputusan dalam semua hal perniagaan dan kewangan 1MDB itu berunsurkan agama Islam suci kita?

Adakah dengan mengubah dan melakukan 'displacement' terhadap jawatankuasa penyiasat terhadap 1MDB itu satu dari tuntutan agama kita? Menggagalkan usaha penyiasatan kerana untuk menutupi kesalahan diri sendiri itu adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri.

Melakukan tindakan untuk mencari kebenaran dengan menukar serta menganjak dan mengalih pegawai penyiasat itu tidak perlu mendengar nasihat pakar agama kerana orang yang begitu tidak begitu mengerti dan memahami agama dengan mendalam ini pun tahu tindakan itu salah dan bertentangan dengan agama kita. Orang yang tidak mendalami ilmu agama pun tahu yang makan rasuah itu adalah kerja yang lebih hina dari memakan daging saudaranya sendiri.

Kita hendak menyebut ini kerana beliau adalah pemimpin. Jika orang percaya dengan kata-kata beliau ini maka orang ramai akan beranggapan yang Islam membenarkan dan bebas menyalahgunakan wang rakyat tanpa had. Kita khuatir orang ramai akan terpedaya dengan kata-kata beliau yang membuang pegawai kerajaan kerana takut rakyat mengetahui segala dosa dan noda kepimpinan itu dibenarkan oleh Islam.

Kita tidak mahu Islam itu dianggap sebagai agama yang mempertahankan kesalahan dan menjunjung kegagalan. Kita juga tidak mahu Islam itu dianggap sebagai agama yang menekan sesiapa yang ingin mencari kebenaran dan menangkap dan membawa mereka di depan penghakiman dan berniat untuk menutupi kesalahan sendiri.

Perpecahan yang disentuh oleh Najib itu juga merupakan perkara yang benar, tetapi Najib perlu tahu yang salah satu dari penyebab perpecahan itu berpunca dari ketidak yakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau. Rakyat jelas mahu beliau berhenti sahaja dari memikul tanggungjawab negara tetapi beliau bertindak membelakangkan tekanan rakyat ini. Di sebaliknya beliau menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah tertutup hijab mereka untuk menyokong beliau walaupun itu bukannya sokongan rakyat.

Sempena kedatangan tahun baru hijriah ini elok kita ingatkan Najib dan penyokong beliau seperti Shahrir Samad dan lain-lain yang mereka perlu melakukan sesuatu untuk kebaikan diri mereka sendiri yang salah satu tuntutan ketuhanan ialah untuk kita berjaya membuka hijab kita agar kita akan mampu menentukan dan menilai yang mana yang hak dan mana yang batil. Jika kita berjaya membuka hijab kita maka kita tidak akan mendengar Shahrir Samad mengalihkan isu dari berusaha menyelesaikan masalah kepada membuat tuduhan terhadap pengkritik Najib itu sebagai kumpulan yang mempunyai agenda peribadi.

Jika hijab mereka terbuka mereka akan memberikan tumpuan yang lebih bagi mencari penyelesaian dengan meneliti tentang isu 1MDB dan isu 'derma' yang berbillion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Pengerusi Kelab Backbencher parlimen Malaysia itu sepatutnya membuat penyelidikan kenapa wang 'derma' yang dipindahkan ke Singapura itu di sitar oleh pihak penguasa negara itu. Selidiklah isu ini dengan teliti sebagai seorang ahli legislatif yang bertanggungjawab, bukannya menurunkan darjat beliau setahap dengan Ahmad Maslan, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan dan Adnan Mansor serta Ismail Sabri.

Najib perlu memberikan penjelasan kenapa beberapa orang individu yang terlibat dalam pemindahan wang secara haram seperti Nik Faizal dan Datuk Subuh sekarang sudah menjadi 'fugitive' negara. Sharir sepatutnya bantu rakyat untuk mencari mereka ini dan memberikan penjelasan kenapa mereka perlu melarikan diri jika tidak terlibat melakukan kesalahan seperti yang dituduh rakyat itu? Kenapa perlu lari keluar negara jika tidak bersalah?

Pendeknya apa yang disebut oleh Najib dalam ucapan beliau itu semuanya benar, tetapi seluruh ucapan dan nasihat yang terkandung dalam ucapan beliau itu sesungguhnya adalah nasihat untuk beliau sendiri.

Sementara itu ramai yang memberikan pandangan yang ucapan beliau itu meloyakan. Setengah yang lain berpendapat ia seperti ketam menyuruh anak berjalan dengan betul. Terpulanglah, timbang-timbanglah sendiri.

20 comments:

Anonymous said...

Siapakah BAPA YAHUDI MALAYSIA?

abrarmujahideen said...

Inilah munafik agama tahal tertinggi..berjuta org percaya kan shj yg dicakapkan, imej agama walhal dia sendiri tahu ttg hitam dan putih diri sendiri...sesungguh ALLAH lebih tahu ttg rahsia hati manusia

Labu8455 said...

Sebenarnya saya sendiri merasa jengkel dan mahu termuntah bila mendengan ucapan Maal Hijrah yang disampaikan Najib kerana saya melihat seorang yang nyata munafik sedang memberitahu pada dirinya sendiri apa yang sepatut dan tidak patut dibuat. Najib benar benar semakin memualkan !

Anonymous said...

Najib doesn't care. What he says are mainly for the ears of the rural and felda stupid umno malays. Not for the urban malays and definitely not for the non malays. He is an actor and will act it out given a script..

Anonymous said...

Sebagai pemimpin tertinggi,beliau sepatutnya lebih bermuhasabah diri dari menyuruh rakyat bermuhasabah atas situasi ekonomi sekarang.

Shukordesa said...

Ingat..najib seolah bersumpah..dlm ucapan maal hijrah....diia tk kan benarkan sesiapapun merosakkan negara tercinta ini...biaq dia sorang je yg menghancurkan segalanya yg telah terbina sejak zaman bapak dia lg.pahlawan..ego tinggi berkokok berderai derai ekor penuh tttttahik..

Ahmad Johari said...

En. Najib tahu tak permainan Sudoku? Sudoku anda banyak yang tak betul
Rasa nya En. Najib suka main Poker. Banyak bluff.

Adjie123 said...

Kita wajib berterima kasih kepada penulis ucapan itu.....

Nur Haikal Levine said...

Kesian najib..

Anonymous said...

Najib terpaksa baca text yang telah disediakan kerana dia dah tak mampu lagi nak pinda atau ubah kerana fikirannya dah bercelaru. rm2.6 billion, Altantuya,Razak baginda,C4 , TDM,DSAI,Mathias Chang, dato Saifuddin Abdullah...ybm tungku razali..Mahyuddin yassin Shafei Afdal........Sungai Buloh....Jadi what we expect with person in a confused state of mind tapi hopeless Umno ketua bahagian masih yakin kepada kapal yang bocor sana sini untuk karam ...Sekarang ni dah tak kedengaran lagi belaci umno mengampu kerana mereka dah tak terdaya cemuhan rakyat yang mahukan Najib bukan sahaja letak jawatan tetapi disumbat diSungai Buluh....atas kesalahan yang memalukan negara....Besar kemungkinan dia pun tak tahu apa yang diucapkannya.....

Abdul Said said...

Saja nak cakap ke : Brandi dan wiski tu haram!!! Jangan minum.

aku said...

bye bye Selangor..BN keep dreaming..event PR suck, BN even worst..!!

CHIA Yew Heng said...

Totally agree with you.😀

Anonymous said...

Mana penasihat ugama beliau, makan gaji buta itu haram hukumnya

Anonymous said...

Untuk Malaysia dan umat islam, Najib mesti di gulingkan. Ini akan memberi satu message yang amat kuat dan bermakna untuk negara yang tersayang ini. Rakyat Malaysia ingini Ketua Negara yang bersih, sematamata untuk negara dan bukan pandai berderama sahaja belakon untuk diri dan keluarga. Orang2 UMNO mesti sedar orang Melayu bukan makan rasuah dan hidup kekayaan atas handouts dan berpolitik sahaja. Najib di singkirkan Melayu Umno dan bakal ketua negara akan befikiran waras dan bukan hidup dalam awang keawanganan.

Quantum Metal Consultant said...

"do what i say, dont do what i do"

Jangan ambil rasuah, saya hanya ambil derma.

Anonymous said...

Najib tau denyut nadi rakyat Malaysia rata2 penakut dgn kebenaran takut hilang mata pencarian.

Anonymous said...

Cash is king bro. Melayu semua boleh beli.
Kah kah kah. Semua bodoh. Suap duit semua sanggup cuci bontot gua. Learn from Jho Low's philosophy of life

NordinabilaH said...

Kalau najib nak cakap pasal islam cermin diri sendiri tengok keluarga dah ikut cara islam ke belum jangan jadi macam ketam ajar anak supaya berjalan betul hehehe

liza said...

Najib mesti nasihat own family first...then nasihat org lain.