30 November 2006

4. Burung Balam

Budaya ‘Burung Balam’ di dalam UMNO semakin hari semakin menebal. Apa yang dikata pemimpin mereka terus mengangguk walaupun apa yang dikatakan itu tidak munasabah. Ke hulu kata ketua ke hulu mereka pergi. Yang penting apa ketua kata itu benar…jangan disanggah. Ahli-ahli dianggap seperti kerbau, guna mereka untuk bekerja siang dan malam. Apabila UMNO kuat mereka bermaharajalela dan menggunakan kuasa bagi mengumpul harta macam ‘Qarun’ di zaman jahiliah dahulu. Mereka tahu ahli-ahli akan ikut apa kata ketua. Kami di bawah dilakukan seperti kerbau, membajak sawah yang luas. Apabila waktu menuai tiba, tikus di kepuk padi yang kenyang.

Saya teringat waktu saya kecil dahulu, saya ditugaskan oleh ibu saya untuk menjaga seekor kerbau. Setiap petang saya menarik kerbau tersebut dari sawah padi ke kawasan pondok yang saya sekeluarga tinggal. Dalam saya mengendalikan kerbau itu saya dapat satu pelajaran tentang sifat haiwan ini. Saya ingin berkongsi pengalaman dan pelajaran yang saya dapat dari sifat kerbau ini.

Setiap kali saya menarik kerbau ini, saya tidak ada apa-apa masalah. Haiwan ini akan ikut sahaja malahan tali yang di ikat dihidungnya itu kendur sahaja. Begitulah pengalaman saya bertahun-tahun menjaga kerbau itu. Jalan yang kerapkali saya lalui adalah jalan yang sama. Adakalanya saya cuba untuk mengikuti jalan yang lain, tetapi waktu itu saya dapati kerbau itu tidak mahu mengikut jalan yang berlainan ini. Tali yang mengikat hidung kerbau itu didapati terik. Saya tidak berdaya hendak menarik kerbau itu, maka saya terpaksa mengikut jalan yang lazim saya lalui.

Rupa-rupanya haiwan pun tidak mahu mengikut tuannya secara membabi buta. Adakalanya dia mengikut kata dan adakalanya dia membantah. Berdasarkan pengalaman ini saya sangat hairan bagaimana kita ahli UMNO yang merupakan manusia yang lengkap sifatnya dan mempunyai akal fikiran, boleh mengikut apa sahaja yang dikata pemimpin walaupun arahan pemimpin itu tidak munasabah. Kita hanya mengikut membabi-buta walaupun tiada tali yang mengikat hidung kita.

Seluruh jentera parti dan kerajaan berkumpul di Kubang Pasu untuk memastikan Tun Mahathir tidak dipilih sebagai perwakilan ke perhimpunan agung UMNO yang baru selesai pada 17hb November yang lalu. Hilang segala pertimbangan pucuk pimpinan dengan mengajar dan mengajak ahli-ahli UMNO untuk melupakan jasa-jasa pemimpin yang telah banyak berjasa kapada UMNO dan rakyat, termasuklah kapada beliau sendiri. Inilah didikan Presiden UMNO kita yang baru ini.

Pada hari pertama dia menjadi Perdana Menteri, beliau berucap di Pulau Pinang di hadapan ribuan rakyat jelata sambil berkata, “MARILAH BEKERJA DENGAN SAYA, JANGAN BEKERJA UNTUK SAYA” Rupa-rupanya beliau menyeru kita bekerja denganya untuk ‘Mengerjakan’ Tun Mahathir. Akhirnya Mahathir menerima tikaman keris yang diberikan kapada penggantinya itu. Kalau Tun Mahathir yang berjasa kapada beliau diperlakukan sedemikian rupa, bagaimana beliau hendak mengingati jasa kita semua yang kerdil ini. KITA INI BUKAN ANAK ATAU MENANTUNYA !!

SEKIAN BUAT HARI INI ...





3 comments:

tok_uban_kota said...

Tolong lah, sewaktu TDM pun ahli umno macam burung balam gak...TDM adalah pencipta trasisi mungkar. Melayu betul-betul mudah lupa. Ko asyik bantai Pak Lah dan ko lupa sistem ini TDM yang mula korupkan

A Voice said...

Apa yg TDM boleh buat sekarang? Dai dah tak boleh meranapkan apa2, kalau dia nak ranapkan.

Yang perlu kita risau adalah si Dol ni yang tak tahu ke apa benda yg dia buat. Dia masih boleh membawa pelbagai kebinasaan dan kehuru haraan.

Yang bahayanya dia ingat dia membawa kebaikkan. :-(

Anonymous said...

Sebenarnya , baik TDM ataupun dollah semua nya haprak. Kita kena perbetulkan sistem yang memberi kuasa kepada rakyat, selagi rakyat masih tidur bersama - sama UMNO selagi itulah semuanya hancur. Bangun rakyat - bangun