22 January 2007

33. Anwar-Mahathir berdamai?

Tulisan Datuk Ruhanie Ahmad di dalam bloggernya http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ pada 22hb Januari 07 agak menarik.

Tajuk tulisannya yang berkisar tentang perdamaian Anwar-Mahathir itu adalah satu kemungkinan yang memang biasa didalam politik.

Saya tidak mahu membuat ulasan mengapa dan kenapa kemungkinan perdamaian itu terjadi tetapi lebih memikirkan tentang kebaikan yang akan dirasai jika pemimpin-pemimpin ini berdamai.

Jika kedua orang pemimpin ini berdamai ianya akan mengurangkan perbalahan diantara kita dan kita boleh menghadapi masalah yang sangat getir yang dihadapi rakyat ketika ini dengan lebih mudah.

Anwar dan Mahathir masing-masing sudah merasakan pengalaman pahit dalam politik masing-masing.

Diatas kesilapan Dr Mahathir, beliau telah pun mengakui kesilapannya dengan membuat pilihan yang salah selama ini, dan tentunya beliau merupakan orang yang paling kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.

Bagi Anwar pula, beliau telah pun melalui pembersihan diri setelah dipenjara selama lebih enam tahun dan sudah cukup pembalasan yang diterimanya.

Tidak payahlah kita menambah-nambah pembalasan kepadanya, kerana Anwar telah pun menerima pembalasan jika benar dia telah melakukan kesalahan.

Bagi saya penjara Sungai Buluh itu merupakan neraka di dunia ini dan Anwar telah pun berada di dalam ‘neraka’ ini selama enam tahun.

Orang islam tentunya percaya bahawa sesiapa yang telah keluar dari neraka, orang itu adalah dianggap bersih dan tiada tempat lain baginya selain dari syurga.

Yang belum dibersihkan ialah pemimpin-pemimpin yang rasuah dan rakus pada hari ini yang masih belum dipenjarakan.

Apabila Anwar yang telah bersih atau dibersihkan itu memohon menyertai UMNO adalah tidak baik jika dia disekat untuk menyertai parti kita ini.

Yang tidak mahu melihat Anwar menyertai UMNO itu hanya mereka yang takut pada bayang-bayang dan yang merasa rendah diri yang keterlaluan.

UMNO itu Melayu, dan Melayu itu adalah UMNO! Itulah kata-kata ramai pemimpin, dan jika ada orang melayu disekat menjadi ahli UMNO, ianya merupakan satu tindakan ‘ultra vias’.

UMNO itu hak orang melayu. Sesiapa yang menyekat kemasukannya itulah sebenarnya petualang bangsa.

Jika benar perdamaian ini berlaku ianya adalah dialu-alukan, dan ini adalah satu tindakan yang sangat mulia.

Khalid Alwalid merupakan seorang yang sangat memusuhi Muhammad saw, tetapi akhirnya Khalid Alwalid telah berdamai dengan Nabi Muhammad dan seterusnya menjadi pejuang islam yang tersohor hinggakan dia diberi gelaran ‘Pedang Allah’.

Peperangan Sifin merupakan peperangan islam dengan islam yang pertama dalam mana satu pihak diketuai oleh Saidina Aishah yang dibantu oleh Muawiyah telah berperang dengan kumpulan Saidina Ali karamallah huwajhah.

Tetapi kedua-duanya berperang kerana menegakkan agama Allah.

Jika Anwar dan Mahathir bersatu untuk menegakkan kembali perjuangan orang melayu yang telah luntur ini, mengapa pula kita tidak menyokongnya?…Aspan Alias

3 comments:

Anonymous said...

yeah!

Anonymous said...

salam hormat semua blogger,
pada pendapat saya yang daif lagi naif ni... biarla perdamaian tersebut cuma khabar angin sahaja tidak menjadi realiti kerana DSAI dan AAB pun lebih kurang sama aje politik nyer cuma DSAI ada "KERJA " yang belum selesai iaitu menghantar TDM berehat ke sungai buluh apabila confirm menjadi PM melalui UMNO.
sekian wassallam....
hanya pandangan dari saya...

Anonymous said...

Jika dihalusi jatuh bangunnya
pemimimpn dan pejuang UMNO selama
ini, mungkinkah ia perbuatan
terancang berterusan saudagar dan orang asing, yang tidak boleh dirasai oleh pemimpin, pejuang dan orang melayu sendiri. Merekalah Dalang yang berusaha melekakan dan melemahkan bangsa melayu dinegaranya. Harapan Sdr Aspan 'janganlah pemimpin melayu berpecah' harus disambut baik dan diterima oleh seluruh ahli UMNO. Melayu dilihat sentiasa bersatu, sebenarnya merupakan senjata yang paling digeruni oleh Dalang. Ahli yang menyeru perpecahan tidak sepatutnya memikul tanggung jawab sebagai pemimpin yang hanya akan terus memecahkan UMNO itu sendiri. UMNO akan terus berepecah, menjadi sebuah parti yang tidak relevan kepada rakyaat dan akhirnya menjadi pupus. Tujuilah kejalan kemenangan yang acapkali diazankan, jalannya ialah bersatu teguh bercerai roboh.