09 April 2008

PM Pelawak Berbakat

Pak Lah nampaknya sudah menjadi pelawak handalan negara.

Sesudah BN kecundang di Semenanjung, barulah kita nampak siapa Pak Lah yang sebenarnya.

Dari awal lagi beliau sepatutnya tidak dibenarkan menjadi PM kerana beliau lebih berjaya menjadi pelawak yang bercakap dengan penuh kelucuan daripada menjadi Perdana Menteri.

Beliau telah menyalahkan semua orang kecuali beliau sendiri atas kekalahan BN di Semenanjung pada 8 Mac yang lalu.

Tun Mahathir(TDM), Tengku Razaleigh(TR) dan Anwar dijadikan sasaran untuk menutupi kesalahan beliau dan tidak mahu menerima ‘accountability’ di atas kehilangan keyakinan pengundi.

Beliau menuduh TDM memainkan peranan atas kekalahan BN di 5 buah negeri kerana kritikan Mantan Perdana Menteri itu.

Tengku Razaleigh dikatakan tidak membantu BN Kelantan dalam pilihanraya baru-baru ini walaupun TR tidak diberi apa-apa tugas malahan beliau telah menyumbangkan 1 kerusi parlimen dan 2 kerusi DUN di Kelantan untuk BN.

Orang yang dijadikan penting di Kelantan tidak mampu menyumbangkan kerusi Parlimen dan DUN Kelantan, malahan menyumbang kepada kekalahan parti tertua negara ini.

Pak Lah bersungut kerana duit pilihanraya tidak sampai ke bawah dan itu menyebabkan BN kecundang.

Muhammad Taib berkata sebanyak RM21 juta wang pilihanraya telah lesap dan isu ini memang menjadi isu hangat di Kelantan kerana di sanalah kejadian ini berlaku.

Dengan kenyataan ini maka menambahkan lagi perasaan was-was rakyat bahawa pemimpin kita telah mengamalkan politik wang yang begitu meluas dalam pilihanraya baru-baru ini.

Kenapa salahkan TR kerana kekalahan di Kelantan sedangkan yang membuat salah adalah pemimpin-pemimpin yang beliau percayai yang telah melenyapkan wang sebanyak RM21 juta dan ini merupakan satu sabotaj yang sangat mengaibkan parti.

Kenapa salahkan Anwar sedangkan memang tugasnya mengalahkan BN kerana beliau adalah pemimpin kepada Barisan Rakyat.

Kenapa Pak Lah tidak boleh menerima hakikat bahawa kekalahan ini adalah disebabkan oleh ketidakmampuan beliau memimpin dan membuat keputusan yang baik.

Pak Lah sepatutnya suluh mukanya sendiri dan bertanya kenapa beliau tidak mampu mempertahankan Pulau Pinang sedangkan beliau adalah Perdana Menteri, Presiden UMNO serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut.

Kenapa Pak Lah mengadakan pilihanraya begitu awal sedangkan penggal parlimen kita masih ada setahun lagi?

Siapa yang menasihatkan beliau mengadakan pilihanraya begitu awal sedangkan orang bodoh pun merasakan keadaan tidak membenarkan pilihanraya diadakan pada bulan Mac.

Sejak tiga tahun yang lepas kita mendengar di merata-rata tempat rakyat tidak akan memberikan undi kepada BN termasuk ahli-ahli UMNO sendiri kerana mereka begitu benci kepada kepimpinan Pak Lah.

Kenapa Pak Lah tidak terdengar rungutan-rungutan ini? Kenapa Pak Lah menghabiskan begitu lama berbulan madu di luar negara?

Tidak dapatkah Pak Lah menerima hakikat bahawa Khairy menjadi isu besar yang menyebabkan BN kalah di banyak tempat?

Tidakkah Pak Lah sedar bahawa rakyat begitu mual dengan Kamaluddin, anak kesayangan beliau yang begitu istemewa untuk mengaut projek-projek raksasa negara?

Kenapa Pak Lah tidak menyedari bahawa golongan muda tidak mengendahkan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan kegagalan Pemuda UMNO mendekati hati mereka.

Kenapa Pak Lah yang membawa imej Islam, menonjolkan perwatakan yang bukan Islam dan terlalu ‘Unmalay’ dalam kehidupan seharian seperti mencium isteri di khalayak ramai sambil bepegang-pegang tangan dan disiarkan di dada akhbar.

Adakah Pak Lah seorang sahaja yang ‘berbini’dan orang lain tidak ada ‘bini’?.

TDM, TR dan Anwar juga ada isteri dan mereka juga sayangkan isteri, tetapi mereka tahu mereka pemimpin melayu dan tidak molek bagi mereka mencium isteri di khalayak ramai kerana itu bukan budaya orang melayu.

Saya yakin TDM, TR, Anwar dan pemimpin-pemimpin lain juga cium isteri mereka, tetapi mereka tentunya melakukannya di rumah tanpa disaksikan oleh orang ramai.

Sesungguhnya apa yang dikatakan oleh Pak Lah itu melambangkan sikap beliau yang tidak mampu berfikir walaupun tentang isu yang kecil.

Kalau perkara kecil pun tidak mampu atasi, bagaimana beliau hendak menyelesaikan isu penolakan rakyat terhadap BN.

Timbalannya pula tidak dapat membantu beliau kerana sifat beliau yang ‘penakut’ dan tidak dapat dimanfaatkan oleh Pak Lah.

Di mana-mana orang ramai menganggap Najib sebagai ‘tidak berkote’ dan beliau secara beransur-ansur sudah tidak dihormati rakyat.

Kepada Pak Lah, saya cadangkan supaya berfikir dahulu sebelum berkata-kata….tidak boleh main hentam koromo sahaja kerana saudara itu pemimpin negara.

Jika tidak mampu memimpin, saya cadangkan berhenti sahaja daripada jawatan PM dan pergilah ke Actors Studio untuk menjadi pelawak di pentas yang disediakan di sana.

Tentu ramai penonton akan terhibur.


Sekian sahaja…………………………………………………….. Aspan Alias

3 comments:

Anonymous said...

betuk ke Pan cerita you dulu bila Paklah di pecat oleh TDM dari jadi Menteri Pertahanan masa team B dulu dia jadi sasau dan dia bercakap dengan kucing akhirnya.

Aden masih tak jemu .nak dengar balik kesah macam mana paklah bawa dua dompek duit satu berisi dan satu kosong tiap kali berjalan.

Unknown said...

Azman tontu suko maco ea ni..

Anonymous said...

ok brader truskan menulis. i ada dgn u td kt rmah kuli support u buek kojo.