02 April 2008

Reaksi pemansuhan kuota 30%

Cadangan Tun Dr Mahathir (TDM) untuk menghapuskan kuota 30% pencalonan untuk jawatan tertinggi parti mendapat sambutan di luar dugaan.

Cadangan itu mendapat sambutan hangat daripada akar umbi serta reaksi yang memberangsangkan daripada pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Muhyiddin Yassin sejak akhir-akhir ini merupakan pemimpin yang sangat responsif terhadap cadangan ini dan beliau sangat liberal dalam isu pemulihan UMNO.

Muhyiddin nampak sensitif terhadap kehendak rakyat apatah lagi kehendak ahli di peringkat akar umbi.

Malahan, Muhyiddin merupakan Naib Presiden yang mula menampakkan dirinya sebagai pemimpin yang terbuka dan sudah mula terbentuk ‘magnamity’ dalam kepimpinan beliau.

Isu pemansuhan kuota 30% pencalonan ini merupakan satu isu yang boleh dijadikan ‘benchmark’ tentang tahap pemikiran para pemimpin sama ada selari atau tidak dengan kehendak rakyat.

Khaled Nordin, Shahrir Samad dan beberapa yang lain telah menampakkan keterbukaan yang sangat ditunggu-tunggu oleh ahli UMNO di seluruh negara.

Najib seperti biasa menunjukkan sikap yang sangat berhati-hati.

Beliau mahu melihat dari setiap sudut dan sikap ini memang biasa baginya sebagai seorang ‘politikus’ yang berimejkan ‘play safe’ dan takut untuk membuat keputusan yang ‘decisive’.

Sampai bila dia hendak menunggu untuk membuat keputusan tidak dapat diketahui.

Yang nyata, ahli-ahli di bawah sudah naik mual dan menyampah dengan sikapnya yang tidak ‘decisive’.

DIA sahajalah yang tahu sebab beliau tidak membuat keputusan dengan pantas.

Mungkin terlalu banyak perkara yang menghindari beliau daripada keluar untuk membuat keputusan tentang isu sebesar ini.

Sikap beliau sekarang merupakan ‘reflection’ kepada sifatnya sebagai pemimpin dan individu yang tidak berani melalui krisis dalam parti kita ini.

Yang beliau mampu hanyalah untuk menggunakan orang lain, terutamanya leftenan-leftenannya untuk menjatuhkan imej Pak Lah dengan berbisik-bisik tentang kelemahan yang ada pada PM.

Secara terbuka lain pula sikapnya. Beliau membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM sekarang ini tanpa berbelah bagi.

Sifat bermuka-muka inilah yang menjahanamkan parti kita selama kini.

Orang yang bersikap bermuka-muka ini melambangkan sifat seorang yang tidak punya tulang belakang dan sifat rendah diri yang keterlaluan.

Orang seperti ini merupakan orang yang tidak ‘magnanimous’ dan matlamatnya hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Najib amat disangsikan kemampuannya untuk menjadi nakhoda sebuah kapal yang besar.

Kapal akan tenggelam apabila melalui gelombang besar kerana nakhodanya tidak mempunyai kemampuan membuat keputusan dalam keadaan laut yang bergelora itu.

Akhirnya, kapal yang dinakhodakannya akan tenggelam dengan anak-anak kapalnya sekali ke dasar laut yang dalam, bersama-sama dengan harta-harta berharga yang ada di dalam kapal tersebut.

Kapal yang ditenggelamkan Najib ini akan dapat dikesan oleh pihak lain 10 atau 30 puluh tahun akan datang sebagai salah satu harta karun berharga yang hanya boleh dilihat di dalam kawasan muzium negara.

Dalam keadaan sekarang, kita tidak berminat untuk memberi sokongan kepada orang yang bermuka-muka kerana orang seperti ini akan membantutkan usaha untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam UMNO pada hari ini.


Sekian………………………………………………………….. Aspan Alias

1 comment:

Anonymous said...

...sifat berbisik2 dan selanjutnya mengata-ngata (gossip) sesama rakan yg paling rapat adalah perangai ulung orang lelaki Pekan....perangai ini menyerupai perangai perempuan, tetapi adalah hakikat semulajadi kepada lelaki peranakan Pekan....wanita selanjutnya ibu-ibu dari Pekan amat protective terhadap anak lelaki mereka, ini menjadikan anak lelaki Pekan membesar dgn kasih sayang yg melampau hinggakan apabila dah besar, lelaki Pekan akan berperangai menyerupai wanita, iaitu lembut sikit...lelaki Pekan mengkagumi wanita-wanita, tetapi apabila dah dinikahi menjadi meek dan submissive kepada isteri...lelaki Pekan memang dikenali tiada hala tuju, banyak berfikir tetapi tidak bertindak, berhalimunansahaja...bagaimana
UMNO menjadikan Najib sebagai ketua mereka adalah
balasan Allah kepada UMNO....ini adalah petanda kapal
UMNO menuju karam...kita lihat......kata-kata saya ini adalah pemerhatian saya, bapa mertua saya adalah orang Pekan sejati....bapa mertua saya seangkatan dgn Tun Abdul Razak....