10 February 2010

Kemiskinan membawa kekufuran

Kepayahan dan kesusahan rakyat bukan dongengan. Keinginan rakyat untuk hidup tanpa kesusahan adalah aspirasi yang di idamkan oleh semua.

Namun kita masih melihat kemiskinan dimerata-rata terutamanya dibandar-bandar dan dipinggiran pantai yang dihuni oleh nelayan-nelayan kecil.

Perasaan rendah diri dikalangan gulungan ini jelas kelihatan kerana kemiskinan.

Kata-kata orang tua dahulu, ‘hinanya besi kerana karat, hinanya manusia kerana kemiskinan’. Agama kita pula berkata, ‘kemiskinan itu membawa kekufuran’.

Tanggungjawab siapakah untuk mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat yang miskin ini?

Jawabnya, selain dari tanggungjawab diri sendiri, yang lebih bertanggungjawab ialah ulil amri atau pun pemimpin yang menjaga amanah untuk mentadbir negara dan rakyatnya.

Apabila ramai diantara rakyat sesebuah negara itu terdiri dari gulungan miskin atau pun sudah jadi miskin satu ‘attribute’ yang dilihat sebagai cirri yang universal ialah kegelisahan rakyat yang akhirnya membawa porak peranda dalam sistem politik, ekonomi, budaya dan Agama.

Dalam kata-kata lain negara tersebut tidak akan aman dan kucar kacir dan usaha untuk menjaga keamanan akan bertambah sukar, kerana kekufuran dikalangan mereka yang miskin akan menjadi nyata.

Selalunya jika pemimpin-pemimpin yang menjadi teraju kepada kerajaan didalam negera seperti ini, mereka akan bertindak diluar amalan yang diperintah Tuhan dan akan hilang kememapuan untuk mentadbir dengan beretika kepimpinan yang sebenarnya dan akan melanggar segala undang-undang yang mereka luluskan untuk dilaksanakan.

Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin seperti ini akan menjadi berat sebelah dan undang-undang itu akan hanya menjadi pakaian kepada musuh politik mereka.

Timbul pula gejala ‘selective persecution) dimana yang hampir dengan kuasa mampu untuk melakukan apa-apa tindakkan yang diluar batas undang-undang tetapi dipilihara oleh undang-undang yang mempunyai unsur-unsur buruk itu tadi.

Dinegara kita unsur ini amat jelas kerana rakyat masih menunggu siapa kah yang terlibat didalam ‘18 high profile cases’ yang dinyatakan oleh salah seorang dari Ahli Jemaah Kabinet beberapa tahun dahulu.

Setakat ini kes ini nampaknya masih dalam perlindungan pihak yang berkuasa kerana melibatkan nama-nama beasr dan bergelar.

Oleh kerana kekufuran rakyat tadi maka mereka tidak lagi mampu untuk berfikir mengikut cara yang sepatutnya mengikut demokrsasi yang kononnya menjadi pilihan kita.

Olih kerana kemiskinan yang membawa kekufuran itu tadi maka hasilnya akan timbul pemimpin-pemimpin yang buta hati yang datangnya dari jumlah rakyat yang kufur itu.

Maka pimpinan mereka tidak akan dapat memberikan ketenangan dalam pemikiran orang ramai kerana pemimpin-pemimpin itu sendiri tidak dapat memberi jawapan kenapa rakyat dan orang ramai membenci dan memusuhi mereka.

Jika ada seorang dua yang ada nama dan ada sisek kepimpinan walaupun sedikit akan akhirnya menjadi pemimpin yang diikuti ramai dengan membuta tuli.

Akhirnya timbul puak-puak yang yang bertentangan yang mengkritik sesame sendiri yang masing-masing mempunyai kelemahan yang menakutkan untuk dijadikan pemimpin.

Unsur ini juga namapk jelas berada dikalangan kita diMalaysia dalam mana yang berlaku tidak adil akan mengatakan musuhnya yang tidak adil.

Pemimpin yang tidak berkemampuan pula akan menudah lawannya tidak berkemampuan dan yang rasuah akan menudah musuhnya rasuah.

Sebenarnya mereka semuanya sama sahaja, yang yang nampak sedikit betulnya ialah kerana lonjakkan media yang berat sebelah dalam lapurannya dan tindakkan yang tidak beretika.

Saya boleh mengandaikan jika sesuatu malapetaka melanda seprti tsunami dan sebagainya maka ada dikalangan orang ramai yang akan mengambil kesempatan mencuri dan merompak didalam kesibukkan menangani malapetaka tadi.

Begitu jugalah jika pemimpin-pemimpin kedua-dua belah pihak bertelagah maka ramailah dikalangan yang hampir dengan kuasa mengambil kesempatan memeras kekayaan negara kerana keadaan itu memudahkan mereka untuk mendapat sesuatu yang besar dari pemimpin yang sangat memerlukan sokongan itu.

Keadaan ini selalunya berlanjutan dan akan membawa kerosakkan kepada sistem pentadbiran negara.

Kerana kelemahan rakyat dan kepimpinan yang kufur tadi maka berlakulah perkara-perkara yang lain dari apa yang sepatutnya berlaku.

1) Pemimpin yang lemah tadi akan membentuk apa yang disebut sebagai rangkaian kroni yang kuat dan kroni-kroni ini akan mendapat segala apa yang diidamkan dan akan terus menerus menyokong pimpinan yang lemah tadi.

2) Akan wujud fenomena pemimpin yang hanya pandai berretorik untuk mengabuai rakya yang sedidit sebanyak sudah pandai berfikir dan menilai isi kepada rangkapan-rangkapan retorik tadi.

3) Selalunya retorik ini akan memasarkan elemen-elemen yang tidak ada kepada pimpinan yang kuat dengan slogan-slogan yang menghayalkan rakyat dan slogan ini selalunya akan menadapat sokongan dari pemimpin-pemimpin yang ingin memberikan ‘jasa’ kepada pemimpin tersebut.

4) Oleh kerana berkata-kata diatas keperluan semasa dan tidak utuk masa depan yang panjang, selalunya apa yang diperkatakan itu akan bercanggah dengan apa yang dikatakannya sebelum itu.

5) Jika keadaan ekonomi dan peluang untuk penghidupan bertambah mengecil maka kroni-kroni yang terbentuk tadi akan mengambil kesempatan yang sepenuhnya bagi menambah kekayaan tanpa memikirkan nasib mereka yang luar dari rangkaian kroni tersebut. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah parah.

6) Diatas kemiskinan rakyat ini lah pemimpin yang lemah akan meletakkan harapan untuk terus menerus berkuasa dan kemelaratan rakyat tidak aka nada kesudahannya.

7) Negara tidak akan lagi menjadi hak milik rakyat tetapi sudah menjadi hak milik yang berkuasa. Rakyat hanya diberikan bantuan ehsan dan rakyat menerima sahaja apa-apa yang diehkankan kepada mereka. Mungkin itulah sebabnya Kerajaan Pusat berfikir rakyat Kelantan dan Trengganu itu layaknya hanya menerima Wang Ehsan hasil dari kekayaan mereka yang dikuasai oleh Pusat. Perjanjian boleh diketepikan dan mereka akan berkata; ambil sahaja Wang Ehsan, jangan cakap banyak.

Semuanya ini adalah secebis dari perkara buruk yang melanda negara hasil dari kemiskinan yang membawa kekufuran itu.

Apabila negara mempunyai pemimpin yang kufur maka rakyat tidak lagi dapat memberikan pertimbangan yang wajar dalam kita memilih pemimpin.

Maka tidaklah hairan dalam sejarah dunia ini banyak bangsa yang telah terhakis dari dunia ini.

Rakyat sudah letih di hayalkan oleh retorik lapuk seperti ‘Malayu tidak akan hilang didunia’ dan sebagainay sambil menghunus keris dan ucapan yang berapi-api.

Mereka tidak sedar yang ‘Melayu sudah beransur-ansur hilang dunianya’

Maaf kerana berbicara seperti ini. Mungkin ramai yang marah tetapi percayalah saudara akan mengahadpi apa yang saya perkatakan ini....jika perubah secara ‘total’ tidak dilakukan.


Sekian……………………………………………………………..Aspan Alias.

2 comments:

Anonymous said...

Tak usah bicara tentang kemisikinan. Kita kena kerja kuat macam bangsa lain. Sikap kita mesti berubah.Tak boleh duduk kedai kopi main dam sahaja. Jangan harapkan pemimpin sahaja. Kita kena usaha betulkan diri kita. Berikhtiar bersungguh-sungguh cari rezeki yang halal. Jangan malas!!
Kita sama dengan bangsa lain. Tidak ada beza. Lihat mereka macam mana mereka cari rezeki.

Dah sampai masanya kita ubah minda kita. Persaingan untuk hidup semakin sengit.

BERUBAH SECARA TOTAL BOLEH DILAKUKAN DENGAN KITA SENDIRI BERUBAH MENTALITI KITA SECARA TOTAL!! Cukuplah berpaut kepada kerajaan tak habis-habis. Mana maruah kita? Semuanya nak salahkan orang lain wal hal diri sendiri yang tak mahu berubah.

KITA BOLEH! KITA BOLEH! KITA BOLEH !!

KALAU KITA FIKIRKAN BOLEH !!

Che Teh

apri said...

ya saya setuju ..
sebenernya kemiskinan itu ada di tangan individunya masing-masing, apabila orang itu mw bekerja dan berusaha,kemungkinan untuk kemiskinan itu sangat kecil.
apabila mental kita tidak kuat, saat kita terjatuh di kemiskinan,kita akan hancur,karena hal itu bakalan menjadi akar untuk timbulnya masalah-masalah baru.