13 February 2010

UMNO - Berkuasa dahulu sebelum ditubuhkan

Seorang daripada pembaca saya yang mencatatkan komen beliau memberikan pandangan bahawa PKR atau mana-mana parti baru yang ditubuhkan tidak akan diterima rakyat dan tidak akan berkuasa dalam jangka masa yang singkat.

Kata beliau, sedangkan PAS yang telah berumur 57 tahun pun hanya dapat berkuasa di 2 buah negeri manakala DAP yang telah berusia hampir 50 tahun hanya berkuasa di Pulau Pinang sahaja.

Saya ingin memberikan pandangan yang boleh menidakkan pandangan pembaca saya tadi dan membuktikan ada sebuah parti yang berkuasa serta-merta.

Parti itu ialah parti UMNO (baru) yang sekarang dipanggil dengan hanya UMNO yang ditubuhkan pada Februari 1988.

Parti UMNO (baru) ini ditubuhkan oleh Dr Mahathir Mohammad apabila beliau berjaya menghalang UMNO (asal) dipulihkan dengan membuang 4 daripada 9 hakim Mahkamah Agung dan juga Ketua Hakim Negara pada tahun 1988.

Dengan pemecatan hakim-hakim ini melalui penubuhan Tribunal yang dibentuk oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir maka bermulalah pencerobohan ke atas Badan Kehakiman dan Perundangan dan sekarang badan-badan ini belum lagi pulih daripada krisis keyakinan manusia dan kerajaan yang berdaulat seluruh dunia.

Pemecatan Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara semasa itu, bersama 4 yang lain memudahkan beliau (Mahathir) menghalang hidupnya UMNO (asal) yang memberikan beliau kuasa dan menubuhkan UMNO (baru) serta menjadikan beliau sebagai Presiden pertama kepada parti itu dalam mana saya sendiri menjadi ahlinya sekarang.

Kumpulan yang telah memfailkan rayuan di Mahkamah Agung untuk menghidupkan UMNO (asal) gagal berbuat demikian kerana Hakim-Hakim yang menggantikan Hakim-Hakim yang dipecat tadi mengambil tempat untuk melaksanakan prosiding itu dan terus menolak rayuan kumpulan ini atas kehendak pihak eksekutif.

Maka wujudlah UMNO yang baru yang didaftarkan oleh Dr Mahathir, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan lain-lain yang sedang berkuasa dalam kerajaan.

Jadi tidaklah benar pandangan pembaca saya yang mengatakan bahawa sesebuah parti baru itu susah untuk mendapatkan kuasa.

Malah UMNO (baru) yang kita menjadi ahlinya sekarang ini mendapat kuasa dahulu sebelum ditubuhkan.


Sekian………………………………..Aspan Alias

13 comments:

Anonymous said...

selepas Dr Mahathir tidak akan ada mana mana pemimpin yang mampu melakukan seperti apa yang beliau lakukan.
Untuk melakukannya ia nya memerlukan seseorang itu untuk menghumbankan moral kedalam lembah yang dalam.
Hanya Mahathir sahaja boleh melakukannya....Malaysia boleh!!!

idaham

daniel said...

Aspan,

Interesting..interesting!!!


daniel

Wenger J. Khairy said...

Tn Idaham,
bacalah pendedahan berkenaan MV Augsuta sebelum menjadi pencacai yang mencacai tanpa ada sebarang fakta.

http://wengeratwar.blogspot.com/2010/02/menjawab-tomahan-tun-berkenaan-mv.html

Anonymous said...

Sdra aspan

Terima kasih kerana menulis mengenai sejarah UMNO(Baru). Saya baru berumur 18 tahun dalam tahun 1987 dan telah mendaftar menjadi ahli pemuda UMNO lama sebaik berusia 18 tahun.

Saya lalui saat-saat paling malang bagi orang melayu sebagaimana sdra sebutkan. Saya juga segelintir bekas ahli UMNO lama yang sehingga hari ini mengatakan TDM sengaja membiarkan UMNO lama mati semata-mata kepentingan politik peribadinya dengan mengorbankan kepentingan melayu.

Sehingga hari ini saya tetap mengatakan UMNO(Baru) adalah sebuah parti baru yang sama yang diasaskan oleh TDM. Dari segi undang-undang [pertubuhan pun UMNO(Baru) dan UMNO adalah dua entiti yang berbeza.

Untuk makluman sdra daniel dan angkatan muda yang lain - untuk membezakan antara keduanya, Pendaftar Perrtubuhan semasa itu mensyaratkan bahawa perkataan "BARU" mesti digunakan oleh parti baru yang didaftarkan oleh TDM.

Meaning, dari segi undang-undang, parti baru tersebut mesti dikenali sebagai UMNO(BARU). Tujuan disyaratkan adalah untuk membezakan dengan sebuah pertubuhan lain yang didaftar dengan nama UMNO. Ini kerana kedua-dua pertubuhan tersebut adalah dua entiti yang berbeza dan tidak mempunyai apa-apa pertalian atau kaitan.

Tetapi atas muslihat politik, lama-lama, perkataan "BARU" tersebut sengaja tidak disebut. Tujuannya - senditri fikirlah.

Fakta-fakta ini boleh dirujuk melalui akbar-akhbar perdana masa itu.


Mantan Ahli Pemuda UMNO Lama

Anonymous said...

Kita asyik dipermainkan oleh pemimpin kita, dan yg anehnya ada yang masih memberikan sokongan.

Kali ini kita tidak mahu lagi diperlakukan seperti itu lagi.

anok Kelate

Anonymous said...

Wenger J Khairy,

sila baca kembali ulasan saya jika saudara betul-betul faham bahasa saya yg sangat mudah

idaham

Anonymous said...

The only solution to the nation's problem is to get another leader who can remake a good and reasonable nation to live in.

What about having a third front?

Anonymous said...

The only solution to the nation's problem is to get another leader.

---------------------------------

Kalau recommend Tengku Razaleigh amacam? Tapi dia dah jadi kuda tua !!


Kawan-kawan seperjuangan Ku Li semua dah "belayar" dan ada yang hampir nak belayar. Takkan "Uncle" Ku Li nak sama-sama dengan pemimpin-pemimpin muda. Terlarat ke nak pergi "karoake"? kah, kah, kah !!!

Anonymous said...

untuk jadi pemimpin,kita tidak kira tua atau muda..yang penting tidak terlibat dalam isu2 kontroversial seperti rasuah dan lain2.
pemimpin juga perlu lah mempunyai otak yang boleh berfikir bagaimana hendak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju ekonomi nya secara total...biarlah pendapatan per kapita penduduk Malaysia tinggi...
tahu untuk memperuntukkan bajet negara keatas perbelanjaan yang tidak membazir dan bukan berkepentingan pihak tertentu sahaja..
-dihormati pihak kawan dlm parti juga lawan ...juga dihormati oleh dunia..
-sudah hilang nafsu atau putus haid...untuk mencari harta untuk diri dan keluarga..
-bersifat magnanimous...
tq

Anonymous said...

Komen saya ambil dari blog dan saya bersetuju benar
-----------------------------------

salaam tuan,

masuk amazon.com...Kissinger: A Biography...Walter Isaacson...pick index...pg 868....Mahathir Muhammad, 71, 739-740

also Index page 857...Harvard International Seminar....

Ni citer si Pikun itulah!....

1968 lagi dia sudah berbaik2 dengan henry kissinger melalui Harvard International Seminar.....baca buku ni....saya sudah baca lama dah buku ni....si Pikun tu udah bergelumang dengan Yahudi....sejak 1968.....pasal tu dia berani cucuk tunku pada hujung 1968 dan awal 1969....kemudian bersama tun razak, si pikun ni guna datuk harun belasah cina....maka 13 mei tercetus!

apa hasilnya?....pikun berjaya meletakkan dirinya dibelakang husin (biras) razak....ketua pemuda, datuk harun sudah tercicir sebab cina benci dia!.....

saingan seterusnya, Razaleigh di tikam pada 1987....Si pikun ni sudah BUNUH berapa ramai pemimpin orang2 melayu?....Datuk Harun Idris, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim....(musa hitam saya tak iktiraf sebagai pemimpin melayu sebab dia ni takde teluurr!)....

ni pikun nak main lagi....dia guna zahid cucuk najib.....dia nak anaknya naik dan ikut belakang isam!.....

sampai bila kita nak ikut mainan si pikun ni?....kini dia guna berghaim ali cucuk mamak2 kat penang buat RIOT!.....ada isu melayu + isu perkauman...macam rencah 13 mei 1969 ajer!....

si pikun sedang menunggu saat nak cucuk lagi.......nak dibiarkan sahaja?......

juak2 dalam umno tetap junjung si pikun nih.....berghaim ali....kuda pikun sampai mati!

-----------------------------------

Anja

Anonymous said...

Dr M telah membunuh politik ramai pemimpin Melayu. Dia berkehendakkan tiada sesiapa menggaanggu gugat dia.

Dia ni tidak ada nilai Melayu dan hanya pandai memutar belitkan isu kepada orang yg dia tidak suka.

Inilah hasil yang kita tanggung sampai kita tidak ada direction dalam politik negara.

Biarkan...biarkan penyokong membabi buta bersama dia lagi.

Apa yg nak disibukkan lagi, negara kita pun sudah jahanam dibuatnya.

kereta buruk

Anonymous said...

All PMs since Dr M takes this country as personal belonging. It is certainly the culture that perpetuates and would demolishes all institutions of democratic nation.

jimmy S

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Tak tau lah apa nak jadi dengan politik melayu sekarang ni, asyik bergaduh sesama sendiri akhirnya siapa yang menang.

Pada pendapat saya,apa yang kita perlukan adalah pemimpin yang memperjuangkan kepentingan rakyat, yang hidup sederhana tidak gila harta, tidak berlagak, prihatin atas kesusahan rakyat, takut melakukan rasuah kerana ingat akan dosa pahala, dan akhir sekali pemimpin mesti insaf bahawa hidup ini tak lama semua akan pergi kesana dan menjawab segala perbuatan semasa hidup terutama jika menjadi pemimpin lagi berat tanggungjawabnya.

Jika ini semua difikirkan oleh sesiapa yang ingin menjadi pemimpin maka rasa saya tidak ramai yang sanggup untuk memimpin dan tidak berlaku perebutan sehingga timbul politik wang. Bagi mereka yang memilih pemimpin juga ada tanggungjawabnya sebagaimana diyaratkan dalam islam pemimpin yang macam mana yang sepatutnya dipilih. Jika ini diamalkan dan diikuti maka aman lah politik kita dan negara. Wallahuallam