05 March 2010

Perlukah kursus civic rakyat?

Dalam pada duduk dirumah berfikir dan bercampur gaul dengan rakan-rakan yang berbilang kaum dan berbilang kecenderungan politik, saya merasakan ada sesuatu perkara yang sangat perlu kita usahakan pembetulannya agar jurang perselisihan dapat dirapatkan.

Perkara penting yang saya maksudkan ialah kefahaman tentang kenegaraan agar kita tidak lari dari tanggungjawab terhadap negara kita yang kita unik ini.

Didalam kita menerima untuk berbeza pendapat, asas untuk berbeza itu biarlah diatas landasan kefahaman yang sama serta ada ‘uniformity’nya.

Kalau kita berbeza diatas asas dan sudut yang tidak selari dan selaras maka kita tidak akan berjumpa dengan titek penyelesaian dalam semua isu yang berbangkit.

Saya memikirkan perkara ini secara serius apabila timbul isu pembayaran Royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak baru-baru ini.

Isu ini masih menjadi perbahasan yang tidak kunyung padam disebabkan premis pemikiran banyak pihak adalah diatas landasan yang terlalu jauh perbezaannya.

Jika kita faham atau pun masih sedar bahawa negara ini adalah negera Persekutuan, wujudnya Persekutuan ini diasaskan diatas persetujuan negeri-negeri yang berdaulat untuk bersatu dibawah satu pentabiran Persekutuan, kecelaruan tentang banyak isu tidak akan timbul dengan begitu rumit.

Kerajaan Persekutuan yang pusat pentadbiran diPutrajaya itu adalah pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan Pusat.

‘Federal Government’ dan ‘Central Government’ adalah dua perkara yang berlainan.

Seperti negara Thailand pentadbiran diBangkok itu ialah pentadbiran kerajaan pusat oleh kerana negara tersebut bukan negara Persekutuan kerana tidak ada negeri-negeri yang berdaulat untuk mewujudkan sebuah negara Thailand.

Dinegara kita sebaliknya adalah sebuah negara Persekutuan dalam mana ada banyak negeri-negeri yang berdaulat yang diantaranya 9 adalah negeri beraja dan kesemua negeri-negeri yang terkandung didalam Persekutuan itu.

Masing-masing negeri mempunyai Dewan Legislatif serta Eksekutif mereka sendiri.

Dewan Legilatif negeri-neri ini dipanggil Dewan Undangan Negeri yang diwakili olih ahli-ahli legislative yang dipilih oleh rakyat negeri itu didalam pilihanraya negeri yand selalunya dilakukan serentak dengan pemilihan wakil-wakil keDewan Parlimen dan semasa Pilihanraya umum.

Hanya bagi Sabah dan Sarawak sahaja tarikh bagi memilih ahli-ahli Legislatifnya keDewan Undangan Negeri berbeza dengan tarikh pemilihan ahli-ahli Legislatif keDewan Parlimen.

Dengan kata lain, kerajaan Persekutuan mutlak untuk mengakui bahawa perhubungan dengan kerajaan-kerajaan negeri itu mestilah berlunaskan kepada perhubungan dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka.

Tiada kedaulatan kerajaan Persekutuan tanpa kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang bernaung dibawahnya sejak perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1hb February 1948 dahulu.

Sebelum perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, masing-masing negeri merupakan negeri yang lain yang di kuasai oleh Raja-Raja Melayu setelah British mengembalikan hak dan kedaulatan Raja-Raja Melayu diatas desakkan Melayu dalam UMNO yang begabung dibawah satu perjuangan walaupun belum lagi wujud Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan negeri-neri bersekutu dengan negeri-negeri tidak bersekutu ditadbir oleh kerajaan masing-masing dibawah naungan Kebawah Duli Raja-Raja masing-masing.

Apabila wujud Persekutuan Tanah Melayu Persekutuan ini disertai oleh negeri-negeri Selat, Melaka dan Pulau Pinang menjadikan keseluruhan Persekutuan ini mengandungi 11buah negeri.

Kesemua negeri-negeri ini memberikan kuasa kepada kerajaan Persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur untuk mentadbir keseluruhan Persekutuan ini dan wujudlah sebuah kerajaan Persekutuan yang berdaulat kerana kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan tadi.

Jadi asas negara kita menjadi sebuah negara berdaulat seperti yang disebutkan tadi adalah diatas kedaulatan negeri-negeri yang berdaulat tadi.

Maka yang sangat penting untuk kerjaan Persekutuan lakukan ialah untuk menjaga perhubungan dengan kerajaan-kerajaan negeri sebagai negeri-negeri yang berdaulat dan bukannya membuli negeri-negeri tersebut seperti tanah jajahan kita.

Perjanjian kerajaan atau agensi kerajaan pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri mestilah dilaksanakan tanpa ada penyelewengan perjanjian tadi kerana perjanjian itu adalah perjanjian dengan negeri yang berdaulat tadi.

Jika kerajaan Persekutuan tidak menghormati perjanjian dengan kerajaan negeri yang berdaulat tadi maka ianya adalah penghinaan kepada kedaulatan rakyat dan negara yang dipimpin mereka.

Yang menjadi kekhuatiran banyak pihak ialah kecenderunga pemimpin kerajaan Persekutuan yang mengambil ringan serta acuh tak acuh tentang isu kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri negeri yang menjadi asas kepada kedaulatan kerajaan Persekutuan tadi.

Jika kecenderungan ini tidak dikawal maka kita akan kehilangan identiti sebagai warga negara sebuah Persekutuan yang telah diasaskan oleh pejuang kemerdekaan kita dahulu.

Hilangnya sesuatu bangsa dan negara itu selalunya bermula dengan kehilangan identiti bangsa dan negara itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan banyak empayer besar dan temaddunnya telah hilang dan tidak lagi wujud kerana kelalaian bangsa-bangsa itu untuk memilihara identiti bangsa dan negara mereka.

Ramai berpendapat dengan keruntuhan banyak institusi negara yang kita hadapi hari ini ditakuti sebagai petanda yang kita sedang menuju kearah yang kita amat takuti ini.

Jika kita tidak perbaikinya maka generasi kitalah yang akan menanggung beban itu dan semasa itu kita semua sudah tiada lagi hidup dalam dunia ini.

Pembetulan ini hanya boleh berlaku jika kita sanggup mengharungi panas dan bahang dalam proses mengembalikan keutuhan institusi-institusi penting rakyat, sistem politik yang baik dan sempurna dan yang lebih penting sikap kita sendiri terhadap negara kita.

Lafaz cintakan negara jelas hanya manisan dibibir sedangkan apa yang dilakukan oleh banyak pihak hanyalah untuk kepuasan peribadi semata-mata yang akibatnya akan ditanggung oleh pihak yang lain khususnya generasi yang akan datang.



Sekian………………………………………………….Aspan Alias.

5 comments:

Anonymous said...

siapa yg faham dengan apa yg sdr katakan ini?

pemimpin pun sudah lupa asas penubuhan negara ini.

sdr ku aspan, hanya tuhan sahaja yg akan membetulkan nya.

harapkan pemimpin? jauh panggang dari api.

jyb

syedhs said...

Bagi saya mmg tepatlah apa yang saudara Aspan perjelaskan di dalam tulisan itu...

Cuma pada pendapat saya, kita tidak boleh terlalu memikirkan/menulis kepincangan yang sedia ada. *Sekali sekala*, kita perlu menulis cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang praktikal - idealism mungkin boleh letak ketepi dulu. Kalu tidak kita selama-lamanya akan 'feel defeated', jadi nak bergerak kehadapan mungkin akan terlalu banyak skeptism.

Anonymous said...

patut2 tulisan saudara kali ini dibacakan kepada pemimpin2 politik. yang tak faham bahasa sebenarnya ada mereka sendiri. Tapi nak buat mcm mana ye. Mereka ini dipilih oleh rakyat, ikut sahajalah kata Mahathir "apa takut- melayu selalu lupa".

Aspan Alias said...

Syed SP, pandangan sdr sangat saya hormati dan akan saya ingat selalu.

Saya menhormati kerana kelembutan saudara menegur tetapi memberi saya pelajaran

Terima kasih lagi sdr Syed SP

Anonymous said...

Betul tu Pan.kena hormati perjanjian.saya selalu tertanya boleh kah raja raja melayu membatalkan perjanjian menubuhkan persekutuan bila terdapat banyak perlanggaran perjanjian itu macam Sdr sebutkan..