09 July 2010

Kenapa tidak boleh berkawan dengan RPK?

Diantara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya.

Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR.

Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra.

Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR?

Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka; kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja?

Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya.

Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak memjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita?

PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali.

DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan?

Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana?RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar.

Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya.

Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong.

Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat.

Saya ahli UMNO belaiau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita.

Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya.

Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakn pemimpin yang mempunayi pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata.

Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh.

Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusi sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini.

Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhungan dengan pihak yang kita tidak gemar.

Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri.

RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan.

Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini.

31 comments:

Anonymous said...

UMNO SANGAT BODOH PIKIR RPK TAK ADA DUIT UNTUK TINGGAL DI LONDON. JANGAN LUPA SULTAN SELANGOR TALIAN DARAH DENGAN RPK. MULUT SULTAN CAKAP "RAJA PETRA EXILE DARI SELANGOR" TAPI SULTAN PENYAYANG MASIH BOLEH KASI WANG UNTUK EXILE.

SIMPLE MACAM NI PUN TAK TAU. BODOH PUNYA UMNO. SEMPIT PIKIRAN UMNO. BODOH ZAHRAIN. INI YANG KHAIRY MAU POLIS SIASAT. SEBAB MACAM MANA POLIS LAPOR KEPADA PM? MAU PM SERANG SULTAN SELANGOR KE?

BODOH PUNYA UMNO. SANGAT BODOH.

Anonymous said...

Yang pasti UMNO tidak ada modal walaupun kaya dengan wang yang dirompak dari Rakyat melalui projek mega yang ditambah harga.

Pak Tua

Anonymous said...

Qoute "Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya."

Unqoute : tidakkah sebagai shareholder...kita patut tahu dimanakah wang itu dibelanjakan...???

Anonymous said...

Qoute "Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya."

Unqoute : Tidakkah sebagai shareholder kita patut tahu dimanakah wang itu dibelanjakan..??

ilham said...

Aspan, you are indeed a man who has strong allegiance towards friends.

In the quiet I admire your stand with friendship is concerned.

That is why you can rise within UMNO which is led my narrow minded leaders and supporters.

ilham

Anonymous said...

Tuan,

Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan tuan jika tiada waran tangkap terhadap RPK. Isunya adalah tuduhan membiayai orang yang mempunyai waran tangkap untuk mengelakkan proses mahkamah.

Pun begitu, menuduh PKR membiayai RPK tanpa sebarang bukti adalah satu tindakan yang tidak tepat.

Pada masa kita memperjuangkan keadilan kepada semua, tanpa pengecualian, bersekongkol dengan apa-apa tindakan yang mencemar perjuangan menegakkan keadilan kepada semua juga tidak boleh disokong.

Ikhlaslah dalam apa-apa yang kita lakukan, insyaAllah kita sentiasa akan dilindungi.

Anonymous said...

Aku baca Akhbar Utusan semalam heran aku tengok orang UMNO yang ada Dr seperti Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkasi pun jadi sempit akal jugak dalam isu RPK.... Aku baca syoklah bro u punya tulisan tapi bila u tulis dalam bahasa Inggeris tu aku pening sikit... kena rujuk kamus... tapi ok...

Anonymous said...

True what you said mate, expenses of RPK isn't the issue at all as compared to how much UMNO has wasted our tax payers money. RPK is a respected whistleblower revealing what our the crooks in Malaysia are doing with our money and what all the government care is his EXPENSE???!!!!! aiyoo...

So to PKR politicians n members, start strategizing your game in good manners of course. If the UMNO's have any means to accuse PKR of something; then immediately reveal out their filthiness!!! By the way; Khairy's wealth is worth to look too rather than yakking n blabbing of PKR n RPK...

Anonymous said...

Trend yang ingin diketengahkan oleh PKR dan disokong oleh Aspan Alias ialah... Penjenayah dipertahankan...

Raja Petra ialah seorang pesalah undang2 di Malaysia, adakah ini tidak disama kategorikan dengan penjenayah?

Samada benar atau tidak PKR biaya hidup RPK... apa perlu PKR lakukan ialah menafikan dan membuat liputan akhbar secara besar2an...

Seandainya benar, apakah PKR tidak bersalah melindungi penjenayah?

Siapa yang sempit dan dangkal sebenarnya?

sakmongkol AK47 said...

bro,

saya setuju dengan pandangan sdra. saya pun pelik bin ajaib melihat orang UMNO mempertikaikan dari mana RPK dapat wang. adakah sesiapa yang memberikan wang belanja kepada RPK melakukan suatu yang haram.
bagus lah kalau RPK mahu di siasat. rakyat Malaysia berhak mendapat kebenaran.
wassalam

Anonymous said...

Lagi satu anon bahlul! Peduli apa aku nak belanja sape2. puk-m-k-umno jgn nak jadi bos nak cucuk hidung orang lain macam lembu! RPK tu dah disabitkan bersalah ke olih mahkamah yang bias. Jgn pandang oang lain sebelah mata. Betulkan politik rasis sempit ana dulu. Sebahagian para pemimpin umno dah jelas perompak kenapa tak disumbatkan kedalam jail saja...bangang

schenker78 said...

Kesian Bala dan RPK, tak boleh balik.

Bodoh betul Kerajaan UMNO, seluruh anggota kerajaan UMNO BN komen har2 pasal RPK. Terima kasih kerana terus menjulang nama RPK dan Bala. Dapat jugak kami tengok gambar 2 RPK disebalik kota London pada setiap sisipan komen UMNO di Malaysia Today.

Gambar hari ini, RPK dengan Bala senyum sinis pada Musa Hassan dan Najib sambil menjamu Ais Kacang di London.....

Susah lah Rosmah nak shopping kat London.Banyak mata2. Dah ramai orang anti Rosmah berada di kota London sekarang...

Anonymous said...

Salam,

Jangan lah hentam UMNO tak tentu. Yang bersuara bodoh tentang RPK adalah Khairy, Muhiyudin, Najib dan Zul Nordin. Tujukan hentaman kepada mereka ini. UMNO tidak akan mati kalau mereka seperti ni mati. UMNO sebagai satu pengerakan lebih besar daripada mereka ini semua.

schenker78 said...

Simbol Umno ialah Najib, Mudin, Khairy....kalau orang UMNO yang lain diam sahaja, maksudnya bersubahat sekali. tak ada orang yang aktif dalam UMNO yang ada jawatan dalam kerajaan bersuara untuk RPK.... Jadi kami hentam UMNO.

Hmm...sejak bila Zul Nordin masuk UMNO. Mungkin anon lebih tahu.

Kalau dalam kes rogol, bukan sahaja yang merogol didakwa, tapi orang yang tengok tapi tak ambil tindakan, tak repot polis....pun mereka kena heret sekali kena dakwa...faham....

Saudara Aspan dan Sak AK47 sahaja yang berani .....lain semua dayus dan pentingkan diri dan jawatan .

Quiet Despair said...

I am not anti-RPK. Neither am I his friend.
But I really want to know him and gauge whether he is really the hero you guys made him to be. Or is he just an urban legend?
I am not interested in who is funding him.
And I dont care if he dies and rot there.
But I want to know why is he acting so cowardly after making so many wild allegations against Najib and the government.
Face the questioning by the police if you are not guilty.
That that chance to expose whatever allegations against Najib in court.
But he's got no proof to show anything.
The same goes to Bala, the turn-coat.
Takkanlah orang macam dia mampu tinggal di london.
My question to both of them: Why the need to escape?
They are following the style of Anwar Ibrahim who runs to a foreign embassy to escape being tried in court.
And also always going to America to garner the support of his friends in DC.
To me there is nothing worse than a citizen bad-mouthing the nation to foreigners.
Is that not treason?

Anonymous said...

secara peribadi saya tidak menafikan article yang dicanangkan oleh RPK memang cukup sensasi lebih-lebih lagi yang melibatkan orang-orang besar khasnya ahli politik umno. Kita ambil contoh kes bunuh altan misalnya yang dituduh terlibat bukan calang-calang orangnya, tambah parah lagi calang-calang orang ini sebelum ini telahpun dituduh terlibat dalam pelbagai skandal yang cukup memalukan tetapi oleh kerana kedudukannya (diberi oleh segenlintir ahli umno, beliau telah diberi kekebalan yang tidak patut diberikan oleh pihak berkuasa. Beliau memilih bersumpah di depan Buku Al-Quran menafikan diri sendiri terlibat, cukup kelakar!!!! Mengapa tidak mengambil tindakan civil terhadap orang yang menuduhnya secara "liar"(kata depa la). Barangkali beliau berfikir depa la paling berkuasa, boleh apa saja beliau suka tanpa memikirkan kedudukannya sekarang sebenarnya tidak diperkenan oleh Rakyat...

Aspan Alias said...

Quiet Despair,
I did not write about the actual issue against him. I am not talking about why he flees to UK or anything of that sort.

What I was saying is, why do some quarters question anybody who talks and sit with him over coffee or tea or whatever.

Why make so big a fuss who funds him there. i was saying Pet is not a 'singkek' that staying in UK is hell of an offense.

You said that you don't care if he dies or rot there. It's fair statement from you as he is not your family member or his friend.

BUT bear in mind that he has others who can care for him, at least his family members. You don't have responsibility to take care of him.

I don't want to answer why he did not face the court here, but like many others he may not trust the judiciary system here.

On that issue, I am sorry I don't want to say much.

I detest anyone who attack anyone befriending him. Why don't we question many people making friend with big uncharged corruptible leaders within us? Is it because of the strong muscles of power that they have?

For that you can answer yourself. If you don't admit it, never mind. You may admit it to your own self.

schenker78 said...

so naive....those who comment here dont even read what Bala and RPK saying....

Bala admitted he got RM750,000 from Deepak Kishan, and he have shown proof on these cheques from him....Deepak is a close associate of Rosmah Mansur (some says current toyboy).

After the 1st SD, Bala was threatened by Najib's brother Nazim to sign 2nd SD and leave the country. Even his children got passport within 24hrs and shifted out to Singapore the same day, then to Bangkok, Nepal and lastly to New Delhi.....

go and watch his videos. Bala and his lawyers are in Paris on Monday meeting up with Paris Special prosecutor who investigates submarine corruption involving Malaysia and Taiwan....

najib is gone case. understand that people with scandals are easier to be blackmailed by Singapore, CIA or Israel if they have evidence of Altantuya with Najib. CIA and Mossad are not naive.

schenker78 said...

kALAU nak selamatkan diri dari tali gantung, orang akan bersumpah atas nama apa pun .

Saiful bodoh gagal kat Universiti kena tendang keluar pun boleh jumpa Najib minta biasiswa. Bodoh sangat ker orang media ??

Kalau ada sesiapa gagal Universiti, pergi lah jumpa Najib. Tak payah appointment.

Doktor dari Burma pun lari keluar dari Malaysia lepas buat lapuran pemeriksaan Saiful tak kena liwat

Saiful pun bersumpah sehari sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh? Agenda politik apa?

Saifool kena liwat? Tak ada pun simptom malu, resah, jijik..asyik senyum jer kt kamera. Pakai baju coat suit yang mahal macam profesional jer....

Apasal Chua soi lek tak kena dakwa sekali? Dia lagi secara terbuka mengaku melakukan oral.....

IbnAbdHalim said...

Sebenarnya pemimpin tertentu UMNO ingin mengalihkan isu. Kalau tak diputar nanti akan menjadi lebih parah dan mungkin akan hilang kuasa. Kes Altantuya sebenarnya belum selesai walaupun dua orang telah disabitkan.

Anonymous said...

meniti jalan yang benar memang banyak duri dan ranjaunya,tetapi janji allah swt.pada mereka yang memilih menegakkan kebenaran lambat laun kemenangan akan terkabul jugak.berani kerana benar,lawan tetap awan.kami yang tidak pernah ada peluang berjumpa berkawan apatah lagi berbicara secara langsung dengan RPK,DSAI,TGNA,LGE dan pejuang yang lain,amat teruja ingin memegang bendera kebenaran bersama mereka.apa yang boleh dinukilkan ialah hidup miskin kita tak minta sedekah,kaya mereka[yang merompak hak rakyat,korup,penipu]kami tak heran.mereka[bn/umno/apco] tidak ada hak bertanya dari mana dan siapa membiayai pejuang kami,serta dengan siapa mereka atau kami berkawan. perjuangan untok hak dan keadilan kami[rakyat]adalah wajib.LAWAN TETAP KAMI LAWAN.

Anonymous said...

Quiet Despair,I think you must be blinded by all the news from the MSM.
All the so call proofs is available all over the internet.

Sure they are "coward"( your words )
You don't want to get C4ed or ISAed won't you?

How can you trust the police who can't tell the difference what is right and what is wrong?

Anonymous said...

Kawan baik kepada RPK rupanya..

Pesan pada RPK, ada telurlah sikit , balik dan hadapilah kes kat Mahkamah..dah banyak dah.. rakyat nak dengar jugak 'defence' beliau ni..

Jangan jadi macam Nuar tu.. ada kes nak tunda aja..Asyik asyik cakap lagu konspirasi kerajaan.

jerry said...

Kita mesti ingat, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Apa kesalahan besar terhadap rakyat akan timbul kebenarannya.

Saya sanjung sifat kesetiakawanan sdr Aspan. Baik buruk nasib seorang kawan Aspan tetap bersama.

Aspan sinks and swims together with his friends.

jerry

gemasindah said...

Lagi banyak komen ttg RPK ..lagi populerlah dia..populer apa pun tak guna juga..

Takda benda nak heboh pasal dia..siapa yg biayai ..pedulilah ..anwar ibrahim ke sape ke..kalau dia buat salah dari segi udg2 ..tangkap jelah..kalau tak dapat tangkap...tak terrorlah...macam mana nak tangkap org seterror osama ..

Aspan nak kawan dgn RPK..apa pulak ada yg bising2 ..dia manusia bebas..

Saya setuju dgn Aspan banyak lagi hal yg UMNO patut tumpu..nak memokak pasal RPK ..buat apa ?

gemasindah said...

brader

019-2067227

0mar gomeh

Anonymous said...

Hi semua,
Kerajaan ni peliknya banyak...cubalah pikirkan yang lebih maju sikit. Saya ni org melayu, islam, umur pertengahan dan profesional, saya tak suka tengok UM-NO ni....

Anonymous said...

UMNO dah nak bungkus..pakat ramai masuk PArti yg memperjuangkan islam yg tulen.Buang pemikiran sekular barat anda.Jadilah hamba Allah yang sebenarnya benarnya dan umat Nabi Muhammad SAW yang tulen.

Anonymous said...

UMNO dah nak bungkus..pakat ramai masuk PArti yg memperjuangkan islam yg tulen.Buang pemikiran sekular barat anda.Jadilah hamba Allah yang sebenarnya benarnya dan umat Nabi Muhammad SAW yang tulen.

Anonymous said...

masih tak paham lagi isu..

skrg ni, RPK didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut..dia sendiri lari ke luar negara kerana takut menghadapi perbicaraan..

bukan isu pasal tajaan jd persoalannya, lantak pi la sapa nak sponsor tak kira la dari PKR ke DAP ke..tp bila isunye melibatkan RPK yg dalam pelarian, persoalan timbul bagaimana RPK hidup mewah di sana, pasti ada yg menajanya.

bukti yg dijelaskan zahrain ingin menunjukkan, ada "dalang" di sebalik aktiviti menghasut oleh RPK tu, iaitu PKR..kenapa tak libatkan PKR dalam kes pelarian RPK ni? tindakan itu la yg perlu diambil KDN..

itu isu nye..

anti-firaun..

Anonymous said...

Quiet Despair said...
I am not anti-RPK. Neither am I his friend.
But I really want to know him and gauge whether he is really the hero you guys made him to be. Or is he just an urban legend?
I am not interested in who is funding him.
And I dont care if he dies and rot there.

Despair...
RPK pun tak kesah kau nak mati kat mana...