14 July 2010

UMNO - Perlukan 'replanting?'

Sekarang ini giliran Nazri Aziz pula yang menghentam Ibrahim Ali dan PERKASA. Ini bermakna PERKASA ada pengaruh, kalau tidak masakan seorang lepas seorang pemimpun UMNO menghentam PERKASA.

Saya adalah ahli PERKASA yang awal, hanya saya tidak bergiat seperti ramai yang lain. Kali ini jika Ibrahim kekalkan rentak beliau ini beliau akan menjadi orang penting dalam politik negara.

Hanya satu formula sahaja kalau seseorang Melayu untuk meniti kejayaan politik; siapa yang berani untuk membela bangsanya dengan jujur dan ikhlas, orang itulah yang akan menempa kejayaan pada hari muka.

Siapa yang berjuang secara terbuka dan konsisten diatas premise Melayu, dialah yang akan mendapat rasa kemanisan dan nikmat diatas kejayaannya nanti. Tetapi ianya mesti berterusan dan sanggup menghadapi zaman kepayahan dulu.

Saya pernah memetik ungkapan seorang yang zuhud dan ulamak muktabar; Jalan kesyurga itu dipenuhi duri dan onak, sedangkan jalan keneraka itu dipenuhi dengan roti dan keju yang lazat-lazat.

Sudah menjadi adat dan hukum yang hakiki, yang terhimpit pada hari ini akan bangun dengan kejayaan, tetapi yang berkuasa akan jatuh bergelimpangan. Anda boleh baca mana-mana sejarah dan temaddun mana sekali pun tidak ada kepimpinan yang curang akan kekal selama-lamanya.

Jika PERKASA terus dengan perjuangannya sekarang ini ianya pasti akan menemui kejayaan jika pimpinan badan NGO ini ikhlas dan tidak menyeleweng dengan ‘carrot-carrot’ yang mungkin akan dihulurkan kepada orang kuat PERKASA ini.

Saya ingin memberikan pandangan peribadi saya kepada Ibrahim yang saya sudah saya kenali secara intim sejak 40 tahun dahulu. Ibrahim Ali saya sangat kenal. Bak kata orang tua-tua, ‘saya boleh menyelam kedalam air dalam tunggak’ dengan Ibrahim ini.

Jika Ibrahim terus terusan dengan perjuangan ini Ibrahim akan dapat dua perkara yang baik;

Pertamanya beliau akan dapat menghilangkan imej sebagai seorang yang mudah meninggalkan kawan-kawan seperjuangan apabila beliau mendapat faedah untuk dirinya sendiri.

Kali ini jika beliau bersma dengan jemaah beliau dalam keadaan baik apa sekali pun, Ibrahim akan menghilangkan imej yang sedia ada didiri beliau. Jika Ibrahim bersedia untuk mengharungi kesusahan dan rintangan ini, kritikkan dari orang seperti Nazri Aziz itu ibarat angin yang lalu sahaja.

Kita tidak boleh menyalahkan pemimpin-pemimpin seperti Nazari dan lain-lain itu. Itu memang sifat pemimpin yang sedang hanyut…menjerit kesana dan kesini minta bantuan dan pertolongan dengan sesiapa yang mendengar jeritan mereka.

Keduanya jika Ibrahim terus-terusan berjuang seperti yang dilakukannya sekarang ini, maka orang-orang yang menjadi ahli UMNO yang merasakan perjuangan parti itu sudah menyeleweng, maka PERKASAlah tempat mereka hendak berlindung.

Justru itu Ibrahim ada dua pilihan; samada bertindak untuk mendapatkan kelebihan untuk dirinya sendiri atau untuk memperjuangkan Melayu yang seperti anak ayam kehilangan ibu ini.

Ibrahim mesti faham, jika PERKASA menjadi sasaran pemimpin UMNO untuk melemparkan kutukan untuk berselindung disebalik kelemahan mereka, dan ianya memberi makna yang PERKASA mempunyai ‘consequence’ dalam siasah negara.

Ramai orang Melayu seperti saya ini, ingin melihat PERKASA menjadi alternatif kepada UMNO. Tetapi jika Ibrahim dan rakan-rakan beliau bertindak untuk menyertai UMNO untuk kepentingan beliau sendiri maka beliau akan hanya menambah persepsi ramai yang Ibrahim hanya berjuang untuk dirinya sendiri.

Tindakkan itu hanya akan merupakan satu tindakkan membunuh diri politik yang tidak akan dapat hidup kembali bagi Ibrahim Ali.

Disebaliknya jika Ibrahim terus dengan PERKASA dan perjuangannya maka Ibrahim akan menjadi seorang yang berhak untuk mendapat pengiktirafan umum.

Mungkin kenikmatan perjuangan beliau datang lambat sedikit tetapi kenikmatan itu pastinya lebih manis dari kenikmatan dibeli oleh pihak desperado yang sedang berjuang untuk kepentingan kuasa yang ada pada diri mereka.

Kalau pun pihak UMNO atau BN akan berusaha untuk ‘membeli’ Ibrahim dengan jawatan yang besar-besar dan membubarkan PERKASA ianya tidak juga akan memberikan atau menambah keyakinan kepada UMNO jika UMNO itu sendiri tidak mampu untuk menghilangkan pesepsi rakyat UMNO itu parti yang rasuah dan telah hilang arah dan hidayah dalam perjuangnanya.

Jika BN dan UMNO dahulu berjaya menyatukan rakyat dengan kaum yang berbilang ini BN yang sekarang ini hanya mampu melahirkan parti-parti seperti PKR dari UMNO, IPF, Makhal Sakti dan Hindraf dari MIC.

UMNO dan BN seolah-olah mengambil tempat seperti parti serpihan kerana dimana-mana UMNO diperingkat cawangan dan Bahagian tidak lagi bergiat seperti dahulu.

UMNO bergiat secara berkala dan ‘disconnectionnya’ dengan rakyat sudah terlalu jauh untuk disambung dan koyaknya teralu lebar untuk ditampal.

Jika keadaan seperti ini terus dengan keadaanya sekarang UMNO tidak ada jalan lain selain menjadi parti yang ditolak dan tidak akan mampu kembali lagi.

Semasa itu kita akan lihat ramai diantara pemimpin hari ini yang sudah meraih kekayaan akan menghilangkan diri mereka dan tinggal dinegara-negara lain bersama kekayaan yang dicuri dari rakyat itu.

Kepada Ibrahim, kejayaannya sebagai pejuang sudah sampai keambang kejayaan, tetapi kadangkala segala-galanya akan lebur jika tidak pandai menguruskan kejayaan yang dicapai itu.

Itu pun kesilapan UMNO selama ini; tidak pandai menguruskan kejayaannya, tetapi hanya tinggal dengan pemimpinnya membaca sejarah kejayaannya yang dulu dulu sahaja, berulang ulang kali.

UMNO nampaknya ibarat sebidang kebun getah yang sudah tidak bersusu lagi. Susunya hanya mampu untuk mengeluarkan getah sekerap sahaja kerana setiap pokoknya sudah tidak bersusu lagi.

Selagi kebun itu tidak dilakukan ‘replanting’ dan digantikan dengan pokok-pokok yang bersusu akan tiba masa orang ramai akan jadikan pokok-pokok itu sebagai kayu api sahaja.

Saya masih bersama UMNO tetapi tidak putus berdoa agar berlaku ‘replanting’ seperti yang saya katakan tadi akan berlaku agar pokok yang baru yang diharapkan itu akan mengeluarkan susu yang banyak untuk kehidupan generasi kita yang akan datang.

25 comments:

dinturtle said...

Salam Tuan,

Komen 'personal' yang menarik tentang Ibrahim.

saya ada juga tumpang sekaki hal Nazri - Perkasa ni.

http://dinturtle.blogspot.com/2010/07/apakah-nazri-mewakili-umno-najib.html

kluangman said...

Tubuh badan Ibrahim Ali mungkin kebal untuk terjerumus kepada tawar menawar memperlahankan rentak Perkasa, tetapi bagaimana yang lain?

Perkasa jika kekal sebagai NGO ia tidak akan banyak membawa apa apa perubahan kepada Melayu sekadar 'bertahan' dalam jeritan.

Untuk dijadikan parti politik, ia akan mengecilkan lagi kuasa mengundi Melayu.

Anonymous said...

Salam,

Saya ahli Perkasa. Tapi bukan yang terawal sebab nombor keahlian pun dah 3000 lebih.

Kini menetap di luar negara sebab sedang belajar.

Apa yang diperjuangkan Perkasa adalah melengkapkan perkara-perkara yang UMNO patut perjuangkan tapi ditinggalkan atas sebab politik. Umpamanya isu biasiswa kepada anak Melayu. Sepatutnya sebagai parti yang mendukung perjuangan bangsa Melayu, UMNO kena berada di depan bagi memperjuangkan kuota anak Melayu yang mendapat biasiswa. Lebih elok jika ditambah lagi biasiswa kepada anak-anak Melayu melalui agensi kerajaan yang lain, GLC dan sebagainya.

Pada masa yang sama, saya juga seorang ahli UMNO. Jadi saya berharap benar agar pemimpin UMNO tidak memperlekehkan Perkasa, sebaliknya berkerjasama dan berhubung erat supaya dapat membina sebuah negara yang stabil, maju dan tidak melupakan akar bangsa.

shamshul anuar said...

Saudara Aspan,

PERKASA ujud dan terima sambutan hangat dari orang Melayu kerana orang Melayu rasa terpinggir dan tidak dibela oleh 2 parti politik melayu: PAS dan UMNO.

UMNO dan PAS patut ambil iktibar akan keujudan PERKASA. KIni PERKASA begitu berpengaruh. Tiada ahli politik Melayu boleh ketepikan PERKASA atau kelihatan "berperang" dengan PERKASA.

Saya bersyukur pada PERKASA. PERKASA seolah olah beri amaran pada UMNO supaya jangan ambil mudah orang Melayu. Banyak kenyataan menteri Melayu kelihatan mempersendakan apa yang dianggap penting oleh Melayu.

Copntohnya Nazri. Beliau berkata PERKASA "perkauman". saya tidak setuju. PERKASA tidak menghasut Melayu untuk tindas bukan Melayu. PERKASA hanya ingatkan UMNO supaya tidak "cincai" dengan orang Melayu.

Satu contoh betapa Nazri ambil Mudah orang melayu ialah biasiswa. Bahagian orang Melayu dikurangkan untuk diberi pada bukan Melayu.

Sepatutnya jumlah biasiswa dibesarkan jika mahu agihan lebih pada bukan Melayu. ini tidak, orang Melayu"terkorban" kerana sikap beliau.

Dan Amirsham. Dia kata DEB menyebabkan Malaysia kehilangan daya saing. Buat apalah Najib menyimpan Menteri yang buat orang menyampah pada UMNO.

PERKASA berkembang subur kerana orang Melayu kini sangsi juga dengan UMNO. Kalau UMNO teguh pertahankan orang Melayu seperti zaman Tun Dr mahathir, PERKASA tak akan ujud.

Orang Melayu terasa hati tengok iklan Petronas yang seolah olah letak Bahasa Rasmi setaraf dengan bahasa bukan Melayu. Ini tak terjadi di negara lain. jika anda ke USA, bahasa yang dilihat diTV ialah Bahasa Inggeris. Tak tahu, sila belajar.

Pada PAS, tolonglah berhenti bermimpi yang sokongan Melayu pada anda tidak berubah. Ramai Melayu kecewa dengan sikap PAS yang berterusan perang dengan UMNO tetapi sanggup jadi hamba pada DAP.

Bukan niat saya menghina tapi saya dapati ramai pemimpin PAS dijangkiti virus "Riak" iaitu perasan mereka lebih mulia hanya kerana mereka dari PAS.

Anonymous said...

Sebagai saorang Melayu Islam yg didik menjadi pengikut atau ahli UMNO yg setia, saya juga terpanggil untuk menyertai PERKASA, penyatuan orang Melayu itu penting waima dia dtg dari parti politik mana sekali pon, ketuanan melayu upama org tua yg tiada kuasa untuk mengunyah makanan, tidak termampu untuk di jadikan perlindungan, kini keikhlasan Ibrahim Ali kita tuntut bersama biar dunia tau yg TIDAKAN MELAYU HILANG DIDUNIA...

kluangman said...

Ibrahim Ali harus waspada dengan pancingan perkauman yang sudah mula dilabelkan kepadanya oleh Nazri kerana bimbang ia akan dijadikan alasan untuk dicekup di bawah ISA dalam usaha memperlahankan Perkasa yang kini sudah mula terasa bersaing dengan UMNO.

Ibrahim Ali mungkin sudah tidak makan umpan atau liat dalam tawar menawar menyebabkan Kj dan Nazri dilihat begitu resah dan cemas mewakili UMNO untuk mula main kasar.

Secara diam saya pasti Perkasa sudah mendapat perhatian dan sokongan sebahagian pemimpin dan ahli UMNO lain seluruh Malaysia.

Langkah seterusnya ialah memperbanyakkan ahli dan penubuhan cawangan.

nick said...

Aslm,

Looking at all the huha and bruhaha between UMNO and Perkasa, I feel obliged to record my observation and understanding of the polemic engulfing both entity. But first I must clarify my understanding of the Raison d'etre of PERKASA from a nonUMNO malay point of view. As a Non UMNO malay, I see PERKASA as nothing more than a knee jerk reaction of it's member (UMNO) to the shock or the realization that UMNO might someday be irrelevant or more importantly "lose all of its political power". In other word "DEAD".

PERKASA might say that it is fighting for all MALAY but it cannot escape the truth that ONLY after seeing the possibility of UMNO losing support and power did it get the impetus to exist. The fact is that PERKASA did not exist nor the "Ultra Melayu" saw the need to create it when the Malay needed it the most, i.e to defend and protect the royalty (our royalty) from being humiliated and prosecuted by the ruling elite (who but none other than TDM was responsible for this reprehensible and traitorous act! BUT lo and behold PERKASA made TDM as it's Grand Master. Such warp logic in that!)

PERKASA wasn't created by UMNO Malays when so many of nonUMNO malays were discriminated and marginalized by the ruling UMNO elite (govt). PERKASA wasn't deemed necessary when so many of the malay's privileges, allocation and benefit were stolen and usurped by the ruling elite. There were no PERKASA to defend so many Malays who lost their homes because they were labeled as "setinggan" by the govt. PERKASA wasn't there when PPSMI were imposed on our "non english speaking" children! Where were PERKASA for all Malays during these 3 decades? Sleeping or basking in wealth and power? Only now, when UMNO is weak and risk losing it's political power i.e money and wealth, does these "Ultra Melayu" woke up to fight for the right of Malays??? I don't buy it for one second. No, make that one nano second!

PERKASA was never fighting for all Malay. PERKASA is about keeping UMNO in power (and thus ensuring it's members the privileges, wealth and power that inevitably comes from being the ruling govt) and the best way of doing it is by the drama of Malay unity or "ketuanan Melayu". In fact that is the only way of doing it! A call for all Malay to unite (and save UMNO!). Afterward, when UMNO is all strong and might, it will again revert to it's former self (a vassal where all of the worse trait of humanity reside).

I did say that I wanted to record my observation and understanding regarding the polemic of UMNO and PERKASA. Well, here it is. THERE IS NO POLEMIC BETWEEN UMNO AND PERKASA! There never was! PERKASA is just the reaction cause by the fear of UMNO's ordinary members, of the possibility of UMNO's demise (and the lack of action/ the inability of the ruling elite to do something about it)! Nothing more and nothing less!

Nick.

Quiet Despair said...

Bro Aspan dan kawan-kawan

Saya juga kenal lama dengan Tok Him, tapi taklah rapat.
Dia seorang rakan yang baik hati yang setiasa ada untuk anda di kala susah dan senang.
Jika berlaku kematian dalam keluarga, dia menziarahi dan turut hadir di upacara pengebumian.
Itu salah satu rahsia dia masih bertahan dan boleh menang atas tiket bebas.
Memang dia katak, tetapi itukan tabiat semua tokoh politik yang nakkan pengaruh dan kuasa.
Janganlah kita jadi terlalu liberal, atau kononnya nak bersama kaum lain, lantas menghina Braim.
Braim ada kegunaanya terutama untuk orang kita di kampung yang rasa terpinggir kini.
Kita mungkin orang bandar yang ada idealisma lain.
Kalau Braim tak merupakan ancaman kenapa si Donald Lim tu beriya-iya benar nak menubuhkan Perkasa ala China.
Berlagak macam budak higusan. Anak si anu ada permainan, diapun nak permainan yang lebih baik dan mahal.
Saya amat merindui Tun M dalam kekalutan sekarang. Dia akan mematikan permainan politik ni dan semua akur.
Saya tidak ambil pot sangat tentang perang mulut antara Braim dengan Nazri dan KJ ni.
Pada saya acah je. Main sandiwara.
Janganlah nampak UMNO merestui cara Perkasa.
Masalah kita orang Melayu ni, kita suka memperlekehkan bangsa kita.
Adake Cina yang mengutuk Dong Zhaio atau Suqiu?
Ada ke India yang memaki Hindraf atau Makkal Sakti?

Anonymous said...

Sdra Aspan,

Ibrahim Ali hanya pandai menyalak jer. Dia harap dia dapat bertanding dalam PRU 13 atas tiket BN/UMNO di Pasir Mas. Paling tidak diberi laluan mudah di Pasir Mas dgn BN/UMNO tidak meletakkan calun disana supaya Ibrahim Ali menghadapi PAS.

UMNO Bahagian Pasir Mas perlu berhati2. Jangan sampai terlopong nanti. Nanti tak pasal-pasal ahli2 UMNO yang setia dgn perjuangan UMNO dipinggirkan. Dalam zaman pemerintahan Najib semua tidak mustahil.

Bagi saya Ibrahim Ali ni langsong tak boleh dianggap sebagai mewakil Melayu. Tidak semua suka cara dia. Pada dia orang lain semua tidak boleh bercap hanya dia sahaja yang boleh bercakap. Semua orang disuruhnya letak jawatan. Apa kata kita pula orang2 Melayu minta dia supaya tidak mewakili kita.

Norizan Aziz

shamshul anuar said...

Dear Nick,

I beg to differ. "PERKASA is about keeping UMNO in power...".

I am not sure about that. I believe Ibrahim Ali does not have that when he initiated PERKASA. The reason why Malays join PERKASA is actually very simple.

They feel the need of pressure gruop to back their interests just the way Hindraf and Suqiu were formed.

Why actually the "uproar" over PERKASA. Hindraf managed to gather thousands of Indians marching in the heart of Kuala LUmpur and condemned UMNO as conducting etnic cleansing and Donald Lim did not utter a word.

Can you believe that? Can you believe that UMNO conducting etnic cleansing? the kind of massacre that we saw in Palestine or Serbia?

Is that not hindraf a racist organisation. Is that not Hindraf violent. I believe so.

Is PERKASA violent. Did Ibrahim ever question the rights of non Malays? No. He never question the rights of non Malays.

He , rather reminded Najib, that in his zeal to unite Malaysia through 1 Malaysia, the latter must not forget the interests of the Malays.

But why so many response positively to PERKASA? Why now. Because now the commitment of UMNO( and to lesser extent PAS) in defending Malay interest is questionned.

Malays are upset when Ministers themselves subtly condemned DEB . Like Amirsham. Or we can see how rude Nazri when he insulted Tun by saying Tun is a racist.

Tun was a head of govt then. Accusing him of racism is tantamount of accusing his govt, and therefore the extension of govt, UMNO as racist.

And none of UMNO ministers are bothered to tackle slanders head on. a clear example is BTN. I attended BTN and I can vouch it is not promoting racism.

And to insult and slander UMNo by saying non Malay UMNO do not receive any benefits from UMNO led govt is malicious, to put it mildly.

Many of my friends who were able to study untiul doctorate now joined PAS. They condemned and condemned UMNO, forgetting that without Govt's help, they would not have able to study abroad.

And it is not a secret that many PAS members are enjoying govt benefits to the maximun. BUt UMNO does not discriminate them.

I appreciate Ibrahim Ali's initiative in establishing PERKASA. Now UMNO and PAS can not take Malay lightly. PERKASA qushes the notion that both partiies are indispensable to the Malays. Important, yes but not indispensable.

Najib must show initiative to woo the Malays back. Nowadays, Malays began to say that Najib gives too much to the Chinese but still does not get their votes.

Meaning give priority to those whoi back you.

nick said...

To Shamshul,

We shall see, won't we? Only time will tell or shall we say history will reveal the truth. Maybe in a year or two, we'll know the outcome. BUT one thing for sure (my own observation) is that what ever it is that history taught us, "the Malays" never learn or refuse to learn. That's the real tragedy! (The past 3 decades didn't teach "the malays" anything, didn't it?)

Nick.

吳婷婷 said...

Subtlety is better than force. ............................................................

Anonymous said...

hmm... UMNO ni pokok ke encik aspan? kena tanam semula ye. Setahu saya pokok tua yang dah 60 tahun kena tebang dulu buang semua. lepas tu akar dia kena korek buang juga. akar dia besar, nanti pokok baru tak boleh tumbuh kuat kalau dok ada akar pokok tua tu. jadi pepaham sendiri la ye. kita ibaratkan benda nama UMNO ni macam pokok tu la ye. Pancung semua sampai akar umbi. Baru tanam pokok baru. hehehe...

...SMDB'ian....

shamshul anuar said...

Dear Nick,

It is law of humsan nature to sometimes to refuse to learn.

But Malays are also learning . And they did show that in the last election. Upset that non Malay Bn politicians were then silent when Hindraf slandered UMNO and Malays, they punished Mic, MCA and Gerakan.

WHy Fu ah Kio lost in Kuantan, Sothinathan in Teluk kemang. And why Mic candidate lost in Lunas. Malays are also began to behave like Chinese. Vote only for Malay candidates.

And for PAs to "kowtow' tp DAP is a blunder. The support for PAS among Malay community is decreasing. PAS can deny at its own peril.

Anonymous said...

Saudara Aspan
Saya memang sejak belajar di U dulu BENCI yang teramat sangat dengan Dato Ibrahim Ali ni bila penubuhan PERKASA saya punya rasa SUKA dan SAYANG yang teramat sangat pulak walaupun saya tak join Politik cuma mengikuti perkembangan politik je. Saya doakan dia sihat dan usahanya berjaya serta tahan dengan cabaran susah atau cabaran senang.

Mustafa Taiping.

schenker78 said...

ada org komen ini....

Satu contoh betapa Nazri ambil Mudah orang melayu ialah biasiswa. Bahagian orang Melayu dikurangkan untuk diberi pada bukan Melayu.

Sepatutnya jumlah biasiswa dibesarkan jika mahu agihan lebih pada bukan Melayu. ini tidak, orang Melayu"terkorban" kerana sikap beliau.

.................

Apasal biasiswa tidak dibesarkan?? Jawabnya kerajaan UMNO kamu tiada duit. Duit dah habis dirembat UMNO dan kawan2.

Awak pi tanya buku akaun bank overseas kat swiss , cayman dan lain2 kepunyaan mahathir dan keluarga, daim, rosmah, badawi, taib, musa aman dan musa hassan, khir toyo, dan sahabat2 yang lain ...bole dapat balik berpuluh billion kalau tak pun beratus billion....

Awak semua ini kutuk DAP, PAS buat aper?? Duit mereka tak cukup untuk beli underwear pun....Miskin2 belaka...Pi tgk underwear yang YB dan UMNO ini semua pakai...semua imported....

Sampoai bila kamu semua nak hidup Jahil. Negara ini sudah rosak pasal kejahilan kamu semua....

Ada ork komen Hindraf dan Suqiu racist?? Mungkin..

Tapi Hindraf tak violent pun....orang berarak secara aman nak bagi memo sama seperti Bersih 1.0 pun kena pukul dgn polis UMNO. Kamu semua penyokong UMNO tak ada otak>?????

Kamu semua bayarlah harga 5 barang yang melambung semalam supaya UMNO boleh beli underwear dan screwdriver dan jack kereta mahal2 ...OK....

shamshul anuar said...

Saudara scheker78,

Betulka Dr mahathir rembat duit bilion ringgit. Saudara ada buktikah?

Maksud saya, kalau dengar dikedai kopi saja , sahihkah? Siapa sumber berita saudara?

Hindraf tak 'violent". Ha Ha ha. biar betul. Siap tuduh UMNO laksanakan "pembunuhan etnik" seperti yang berlaku di Sebia, Zambia.

Menontonlah TV saudara. Kita boleh tengok betapi bahayanya bila perasaan perkauman diapi-apikan hanya untuk kepentingan politik anwar Ibrahim serta kawan DAP nya.

Disini UMNO tak lancarkan pembunuhan etnik. Kalau UMNO nak buat, dia akan buat 50 tahun yang lalu.

Ya kah DAP dan PAS tak ada duit. bukankah DAP disokong oleh ramai jutawan Cina. Dan PAS pun ramai boleh duduk rumah jutaan ringgit. Oh ya. kamaruddin Jaafar, rakan baik Anwar pun jutawan juga.

schenker78 said...

shamsul anuar,

ye ker...kalau orang PAS jutawan dia rasuah ker?? dia ahli perniagaan masuk PAS....kalau UMNO, orang merempat kat tepi jalan kalau dah jadi Ketua Cawangan , dah boleh kaut duit juta2 kontrak.....

Memang betul Hindraf tu , dia tulis tak munasabah.... pembunuhan etnik tak berlaku di Malaysia dan saman Queen elizabeth itu gimik sahaja, tapi masalah India di estet dan bandar yang bukan middle class memang wujud dan diabaikan oleh BN,

Pembunuhan budaya India, Iban, Orang Asli, orang2 peribumi di Sabah dan Sarawak berlaku secara halus oleh UMNO dan sesetengah pihak agensi kerajaan UMNO.....

Kalau pakistan sabah boleh jadi orang melayu UMNo, Musa Aman.....Orang Asli dan Orang India yang convert dan tinggalkan budaya dan agama lama, boleh masuk melayu pulak... betul tak??? Orang2 yang duduk pedalaman Sabah, Sarawak dan estet 2 di Semananjung serta Orang Asli ramai tak ada IC...dan susah mohon ....UMNO memang melakukan pembunuhan etnik budaya....

Awak pi tengok muka2 macam Shahrizat Ketua Wanita, Azeez Ketua Putera, Mahathir Celup Separuh India semua jadi MELAYU...pelik AJAIB betul Malaysia ini.....

Anonymous said...

Salam brader Aspan

Saya telah meminta Dato Mohd Noor Nordin berhubung dengan sdara.

We need you to be active as one of the Perkasa Leader not just member

Harap sdra fikirkan dengan sedalam2nya

shamshul anuar said...

Saudara schenker,

Yakah orang PAS kaya sebab usaha sendiri. atau mewah sebab menumpang kuasa Anwar Ibrahim. Contohnya Kamaruddin Jaafar.

Atau Hassan Ali, jadi kaya raya kerana MB Selangor yang lama, Muhammad Taib banyak support Kem Motivasi. Bila merajuk tak dapat jadi Ketua Bahagian, terus masuk PAS.

Dan orang DAP pun kaya juga. Maklumlah sokongan dari luar negara. Dan ramai jutawan Cina Malaysia sokong mereka. Maklumlah kalau PR , naik yang menerajui negara ialah DAP.

Oh mengakui akhirnya Hindraf ialah kumpulan extreme yang buat fitnah pasal pembunuhan etnik.

Saudara, bangsa tak boleh tukar. Apa nak heran orang Hindu memeluk ugama Islam. Bukankah ramai juga memeluk Kristian. Masuk islam bukannya masuk Melayu.

Dr Mahathir tak pernah nafikan yang dia ada darah India muslim. Apa masalah saudara. Masih terperangkap dengan ajaran penuh kasta kah di abad 21 ini?

SAya juga ada darah India. Apa nak dimalukan. Malah saya rasa orang Melayu begitu bertolak ansur.

Tak macam di India dimana masjid dirobohkan seperti Masjid Babri hanya kerana nafsu ahli politik India mengejar cita cita.

Bohonglah jika saudara atau mak bapa saudara tak dapat nikmat hidup di Malaysia. UMNO walaupun parti Melayu sentiasa fikir pasal bukan Melayu. Kalau tak fikirkan bukan Melayu, anda fikir bolehkah calon MIC menang.

schenker78 said...

shamsul anuar,

tak heran mana2 orang peluk Islam....tapi ia tetap masuk melayu...awak pi tengok melayu tanya mualaf..peluk Islam , melayu akan kata "masuk melayu...."

Awak apasal tarik kes babri? apa kena mengena dgn Malaysia...

orang cakap isu negara, awak tarik isu orang luar....kalau macam tu, orang lain pun akan tarik kes OSAMA bin Laden....

Aku peduli apa MIC menang ker kalah ker...aku tak peduli pun kalau India tak ada wakil Adun dan MP....

patut ke kamu semua contohi sikap wakil rakyat yang menolong bangsa sendri?? UMNO tolong melayu, MCA tolong Cina...MIC tolong India....apasal kena subcontract macam ni lagi>>>>>?????

Pemikiran kau cara lapuk...sedar lah sikit ...zaman 21st century dah....ake dah kerja merantau banyak tempat termasuk Sudan, Dubai, Yemen, Indonesia dan Singapura....Jangan jadi katak di bawah tempurung....Bangunkan otak kau sikit.

Aku ada kawan karib melayu, bapa dia High Court Judge di Klang. mereka pun dah fed up dgn orang2 macam kamu....Time aku singgah rumah, cerita politik tak habis2...memang seronok dgr insider info dari Hakim yang bebas dari UMNO taik ini....

PS. Malayalee dan Kerala adalah negeri dan bahasa, bukan kasta...bodoh betul awak ini....Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty...Mana perginya nama KUTTY tu...apasal boleh terbang....mahathir suruh delete nama tu dalam semua media...sudah kena ban nama bapak dia, FAHAM.....???? Jangan Amok tau....

shamshul anuar said...

Saudara Schenker,

Marah nampaknya? Sabarlah. tak kan tak boleh terima kritikan. Janganlah hina sesama manusia hanya kerana perbezaan pendapat.

Ada pembetulan. Masuk islam bukan msuk Melayu. Seorang cina yang memeluk Islam masih seorang Cina. Bangsa tak boleh diubah.

Apasal dengan Babri? Senang saja. Untuk tunjukkan yang memerintah negara ini taklah zalim macam setengah pihak di India. Di Malaysia kuil yang dirobohkan hanya kerana dibina tepi longkang, tepi hutan. Bukan kerana orang islam yang memerintah tak benarkan orang Hindu beribadat.

"Aku tak peduli..." Itulah masalah saudara. asyik fikirkan diri sendiri saja. Kerana UMNO fikirkan akal hal minoriti seperti orang India lah maka UMNO bermurah hati beri kawasan Melayu untuk dimenangi oleh calon MIC.

Dan saya tak kata UMNO mesti tolong Melayu saja. ITu awak cakap. Saya tak pernah cakap macam itu. Yang saya tekankan tentulah UMNO mesti fikir hal orang Melayu kerana orang Melayulah yang paling ramai menyokongnya. Itu lumrah alam.

"aku pun ada kawan Melayu...". Dan saya pun Melayu juga. Maksud saya janganlah terlalu menghina orang Melayu.

Dan saya pun banyak merantau juga. Yang saya nampak UMNO terlalu lembut hati. Saudara mungkin terpaksa tukar nama kalau nak jadi rakyat Filipina atau Indonesia.

Dan kalau dah tak suka sangat Malaysia, tiada siapa halang saudara gugurkan kewarganegaraan . Carilah negara yang dapat ikut segala kehendak saudara. Angkut sekali anak isteri termasuk mak bapa sekali. Tiada siapa nak halang.

Oh itu masalahnya. Saudara marah pasal nama "kutty" itu. Maksud saya nama "Kutty" itu banyak memporak perandakan hidup saudara kah?

Jadi kalau dah tak puas hati sangat, kenapa tak pergi tanya tuan punya badan. Janganlah lepas geram pada orang yang tak berkenaan.

Dan pasal High court Judge yang fedup dengan "orang seperti saya", jangan bimbang. Perasaan saya juga sama.

schenker78 said...

Shamsul anuar,

Mana tulisan aku hina melayu??awak copy past dan tunjuk saya...bodoh sombong betul....

yang hina melayu adalah orang UMNO yang mahu tongkat Sakti macam kamu....tak boleh pakai langsung....pi lah berdikari sikit...nasib baik lah orang Kelantan kebanyakan tak macam melayu UMNO ....

awak ingat awak semua hidup selama2 nya...semua orang akan mati....harta kau tu bukan boleh bawak mana pun....

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.....jangan taksub sangat dengan propaganda UMNO dan Utusan lah....awak ada akal, pikir2 lah sikit, jangan jadi bendul sangat tengok RTM dan TV3...bacalah sikit Harakah, betulkan kepala otak kau....

aku x peduli pun kalau aku mati besok. sekurang2 nya aku x jahil macam kamu dan spesis UMNO yang malas kerja dan sukakan alibaba macam Vincent Tan, Samy vellu, Maha Firaun dan Ibrahim Ali....

Awak bayar lah untuk MRT, PKFZ, harga minyak naik, gula...dan kayakan lagi Vincent Tan, Rosmah mansur, mahathir dan 40 pencuri alibaba lagi....boleh???

shamshul anuar said...

Schenker78,

Sabar itu separuh dari iman. Tapi mungkin awak tak percaya perkataan diatas.

Kenapa membebel tak tentu hala. Bila masa saya kata saya akan hidup selama-lamanya. Dan saya tau saya task boleh angkut duit masuk kubur.

Mengenai Samy Vellu, orang Melayu sudah menolong orang India. Kami sendiri sudah menolaknya. Tapi kalau orang India masih juga nak calonkan dia sebagai Presiden MIC, itu pilihan mereka.

Saya pun kerja sendiri. tak perlu Tonkat atau ubat ajaib. Dan satu pembetulan. Orang melayu menerima dan juga memberi. Kerana fikirkan bukan Melayu maka UMNO letak calon MCA, MIC dikawasan Merlayu. Tanpa UMNO, mereka semua jadi dinosour sekarang.

Nasihat saya kalau dah tak tahan, sila cari negara lain. Tapi jangan lupa, di negara lain tak ada Sekolah Tamil. Dan jangan harap DAPAT TONTON BERITA DALAM bAHASA tAMIL

schenker78 said...

mahu berita tamil?? saya tak tengok pun propaganda MIC UMNO kat TV....

saya lagi syok tengok BBC dan Al Jazeera. Botak Syed Hamid macam bodoh jawab dengan wartawan masa Bersih 2007... t

Zaman Internet, kami rajin baca blogs kat Internet. Awak pi tengok la berita Bernama dan TV3 laknat tu...