11 July 2010

Khairy; Ibarat apam tebal : Masak di luar, mentah di dalam

Pertikaman lidah antara Khairy Jamaludin dengan Presiden Perkasa nampaknya belum lagi selesai. Terbaru Ibrahim melenting kerana tindakan Khairy membidas Wee Choo Keong, AP Wangsa Maju dan menyifatkan Wee Choo Keong sebagai Ibrahim Ali versi Cina.

Dengan kata-kata itu jelas menunjukkan Khairy memandang rendah terhadap Ibrahim dengan menjadikan Ibrahim bahan bidalan olehnya semasa berkelahi dengan sesiapa yang dia (Khairy) tidak suka.

Elok kita ramai-ramai menasihati Khairy supaya jangan berkata-kata tanpa adat, budaya dan adab sebagai Ahli Parlimen dan memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Pusat, apatah lagi seorang yang katanya datang dari NS, negeri dalam mana Melayunya masih berpegang teguh kepada penghidupan beradat.

Di NS, masalah pemimpin yang kekurangan adatlah yang merupakan sebab rapuhnya segala sistem kehidupan termasuk sistem politiknya.

Khairy merupakan Ahli Parlimen Rembau, daerah yang dilingkungi adat yang menjadi pakaian hidup bagi semua anak buah di dalam luak itu sejak turun-temurun.

Khairy hendak menjadi ketua yang garang dan digeruni, tetapi tidak kena dengan caranya. Pemuda UMNO tidak ada perubahan daripada pemuda yang dipimpin oleh Hishamuddin, malahan pemuda begitu tersasar daripada perjuangan yang sepatutnya diterajui oleh Khairy.

Kehadiran pemuda tidak ada membawa apa-apa kesan kepada perjuangan UMNO khususnya untuk orang Melayu. Khairy tidak mampu memberitahu Najib bahawa UMNO kepimpinannya lebih memberi faedah kepada orang bukan Melayu.

Khairy tidak nampak perbezaan antara Muhyiddin yang sekarang bercakap di atas galeri Melayu. Khairy patut menyedarkan kedua-dua pimpinan Najib dan Muhyiddin yang berbeza itu patut dicarikan ‘point of reconciliation’nya.

Katakan kepada mereka berdua (Najib dan Muhyidin) bahawa tarian di antara mereka berdua supaya tarian mereka jangan sumbang, mesti seirama dan selagu; bukannya seorang dengan liberilisasinya dan yang seorang lagi dengan perjuangan kebangsaannya.

Rakyat sedang memerhatikan dengan teliti apa yang dilakukan oleh Najib dan apa pula yang dilakukan oleh Muhyiddin.

Jadi Khairy banyak lagi tugas yang beliau tidak lakukan dan sempurnakan; tidak usah menghentam Ibrahim Ali sahaja.

Khairy mesti menerima kenyataan yang hakiki; seburuk-buruk Ibrahim Ali kepada Khairy, Ibrahim lebih praktikal kegiatannya dan bukan macam Khairy yang hanya pandai beretorik semata-mata.

Melalui PERKASA yang diwujudkannya (Ibrahim Ali) sudah lahir banyak resolusi-resolusi sebagai input kepada pengisian NEM misalnya, melalui Kongress Ekonomi Bumiputra anjuran pertubuhan yang diketuainya.

Khairy setakat ini buat apa selain daripada berdemonstrasi di hadapan kedutaan AS? Kepimpinan Khairy tidak ada bezanya dengan kepimpinan Hishamuddin dalam pemuda.

PERKASA walaupun masih baru, tetapi ada sesuatu yang organic dilakukannya. Dalam isu ini Ibrahim pun ada kesilapannya. Ibrahim sepatutnya tidak menjawab cabaran Ketua Pemuda ini kerana Khairy ini bercakap macam kanak-kanak yang masih 'kencing bercabang'.

Memberikan reaksi kepada Khairy adalah tindakan yang kurang bijak. Khairy bukannya pemimpin. Khairy bukannya pelapis kepada kepimpinan; Khairy hanya pelapik kepada mereka.

Khairy menjadi Ketua Pemuda hanya kerana dia menantu PM yang dulu. Saya tidak ada peluang menjadi menantu PM; mungkin kalau saya menantu Pak Lah saya atau sesiapa pun boleh jadi Ketua Pemuda.

Lagi pun saya memang tidak layak jadi menantu Pak Lah kalau pun ada peluang; takkanlah bapa mertua dan menantu hanya 13 tahun perbezaan umurnya (melawak sahaja).

Kalau Ibrahim Ali yang menjadi menantu Pak Lah dulu saya yakin Ibrahim Ali tidak akan dipecat daripada UMNO malah Pak Lah akan memanggil ramai ketua pemuda bahagian untuk menjadikan Ibrahim sebagai Ketua Pemuda Malaysia atau jawatan yang tinggi-tinggi dalam parti. PERKASA pun tidak mungkin wujud.

Ibrahim jangan memberikan reaksi terhadap sindiran Khairy itu. Berikanlah reaksi kepada isu-isu yang lebih bermakna. Tinggalkan sahaja isu Khairy kerana dia hanyalah seorang political parasite yang banyak merosakkan partinya.

Percayalah, apa-apa yang cepat naik akan cepat turun. Ingat tu Khairy. Kalau nak buat kuih apam yang tebal apinya biarlah kecil supaya apam itu sempurna; masak sampai ke dalam.

Jika kita hendak apam itu masak dengan cepat, apinya kenalah besar. Tetapi jika apinya terlalu besar apam itu nanti akan hanya masak di luar, tetapi dalamnya masih mentah dan cair dan apam itu pun cepat basi.

Kalau nak melakukan sesuatu biarlah 'slow-slow' tetapi tahan lama.

Begitulah kaedahnya, jika kita hendak memperbandingkan Khairy sebagai seorang pemimpin politik; dalam dirinya terlalu dangkal semangat perjuangannya.

Itulah sebabnya saya suka apam yang kecil, macam apam mangkuk yang selalu dijual di gerai-gerai kuih itu. Apam mangkuk ini masak di luar dan di dalam dan kita senang tahu bila dia sudah masak dengan secukupnya. Kalau dah nampak belahan ke atas apam itu maka apam itu pastinya sudah masak dan baru boleh dimakan.

Tetapi Khairy ini ibarat apam tebal, masak di luar, mentah di dalam. Tidak boleh nak dimakan sendiri, apatah lagi untuk menjadi hidangan bagi tamu yang ramai.

18 comments:

Anonymous said...

Abg Aspan,
Khairy memang suka apam bang! Dia suka apam yang ada kelapa bang.

tukang urut

joyce said...

My bro Aspan,

good analogy for Khairy. BUT is it just for him alone? i think it is for everyone in UMNO!

joyce

dinturtle said...

Bang, saya kadang2 pun kencing bercabang !

Aspan Alias said...

dinturtle,

kalau kencing you masih bercabang jangan bertanding keyua pemuda.

Anonymous said...

alaaa ... berahim ali tu pun kena diajar gak. sama jer berahim dgn kj ni. dua2 tak boleh pakai sgt.

ibrahimdin said...

Aspan,

You pun suka apam kan? Saya suka apam yang ada color.

ibrahimdin

Quiet Despair said...

Saudara Aspan

Hahaha. Ketawa terbahak saya. Thanks bro. You made my day after Uruguay lost.
Wah, abang kita ni expert dalam bab apam. Dengar tu adk Khairy. Abangpun tahu you kencing bercabang.
Bro, I rasa KJ ni apam balik zaman sekrang.Nipis dan crispy macam waffle and crepe. Bukan apam traisional yang dulu tebal-tebal. I really missed it. Kalau balik kampung baru jumpa.
Cut some slack on KJlah bro. Diapun nak jadi fashionable. Kan ke sekarang Najib is the Chinese pleaser.
Jadi kenalah juga taruk Tok Him.
Kosian dak KJ ni. He tries hard to fit in and win Najib's heart. Kan ke Melayu moderen marah Yim. So Ketua Pemuda pun mesti akur. Nanti tak dapat pula jadi menteri dan satu hari PM.
Yang benarnya kdua-duanya main sandiwara. Wee dan MCApun main wayang juga.
Nothing new there.
Eh, bropun dah memihak kepada Tok Him? Kenapa bertukar ya? Dulu puji KJ dan marahkan Yim.
Ingatkan you and Bro Sak selalu mempersendakan Tok Him.
On Najib and Muhyiddin, I don't see any differences in opinion.
Najib as PM kenalah moderate. Dia sedang perjuang 1Malaysia.
Abang Muhi pula kenalah ambik hati orang Melayu. Memangpun tugas Timbalan macam tu. Kadang-kadang perlu jadi nasi tambah. Tambah sambal belacan sekali.
Jadi kalau berlaku kesilapan apa- apa, Timbalan kena belasah dan kena jawab.Itukan UMNO namanya, parti kebangaan kita.
Tetapi jangan jadi macam Musa dan Al-Jay Anwar sudahlah.
Lawan tauke dan tikam belakang tauke.
Have a nice day guys. Kita jumpa malam karang ok. Nak titun sat.

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Apa lah nak jadi dengan Umno- orang no 1 dan no 2 menari berlainan tempo dan rentak;ketu pemuda pula macam kueh apam,masak di luar tetapi di dalamnya mentah;ketua wanita pun semacam penjual kueh,sibuk keluar menjaja,kueh tak laku tetapi barangan di rumah tidak terjaga dan terurus,terbiar menjadi luntur dan lusuh;ketua putrinya pula semacam si rabun meraba-raba mencari laluan ketempat yg hendak dituju.Entahlah!

Askar Tua

shamshul anuar said...

Saudara,

Ada perkara yang merisaukan saya. Saya nampak macam PM Najib agak keterlaluan mencari sokongan Orang cina sehingga Melayu terasa hati, seolaholah dipinggirkan.

Masalah Najib ialah beliau mempunyai beberapa menteri Melayu yang rajin buat kenyataan perlecehkan DEB . Seperti amirsham .

Saya faham BN perlukan sokongan masyarakat Cina. Tetapi janganlah nampak terhegeh hegeh. Saya sedar ramai orang Cina tak akan sokong BN lagi kerana PR sanggup beri apa saja pada mereka.

Dalam BN, UMNO adalah "rakan senior". Dalam PR, DAP ialah "ketua" PR. Jadi kalau BN tumbang( minta jauh), orang Melayu paling rugi.

Ketegasan mesti ada. Jangam beri RM1 billion diminta orang Cina untuk Sekolah mereka. Jika hendak diberi, Kerajaan mesti kuasai pentadbiran sekolah tersebut seperti mana mana kerajaan didunia ini. Bodoh beri duit tapi biar orang lain kuasai pentadbiran .

Sanma seperti pelabur. adakah anda mahu melabur Rm1 billion tapi tak mahu memegang jawatan CEO. Tentu anda berhak tentukan Lembaga pengarah.

Di khuatiri orang Melayu akan bertindak balas. Nampak gaya sekarang orang Melayu sudah terasa hati. Syukur Muhyidin nampak lebih tegas dalam hal ini.

Dan syukur ada PERKASA. Mana mana Pemimpin Melayu tak boleh kelihatan "berperang" dengan PERKASA kerana ia amat berpengaruh. Dan nampaknya PERKASA agak berjaya. Tanpa PERKASA saya tak fikir Najib akan masukkan Agenda melsayu dalam MEB.

Dan usaya setuju. Jangan dilayan Khairi. Dia dari species Melayu yang tak sedar diri. apa dia biuat dalam Pemuda UMNO. Kalau tak tau nak buat apa pun, pergilah tarik budak muda jadi ahli UMNO.

Pujian patut diberi pada Ketua Pemuda Cawangan Bandar Puteri Puchong)( nama glamer Boy) yang rajin ajak budak muda daftar sebagai ahli UMNO. Dia berbuih mulut kempen pada budak muda akan jasa UMNO disamping sedarkan mereka akan kedudukan Melayu jika UMNO tumbang.

Saya diberitahu yang ramai budak Melayu( dikawasan Bandar puteri) terdiam bila dia tanya mereka siapakah yang jadi ketua dalam PR jika ditakdirkan BN tumbang.

Dan dia bersusah payah pergi ibupejabat UMNO bawa borang pendaftaran ahli UMNO.

Malangnya seorang lulusan Oxford "tak mampu" buat apa yang seorang budak lulusan SPM boleh buat. Bezanya apa. Kerana "Boy" ini lebih jujur dan bersemangat dalam bela Melayu. Sesuatu yang Khairi tiada dalam dirinya.

Non-partisan said...

Sdr Aspan orang NS dan tentu tahu makanan utama masa Raya ialah lomang berserta rondang.

Nak bakar lemang bukan senang. Kena kerja keras sampai berpeluh-peluh. Api mesti dijaga selalu supaya tidak terlau besar dan buluh lemang pula mesti dipusing-pusing dan dihentak-hentak dari masa ke semasa supaya masaknya sekata.

Kalau tidak dibuat demikian, bahagian luar lemang akan hangus dan berkerak keras tetapi bahagian dalamnya masih mentah.

Akhirnya, lemang langsung tak boleh dimakan dan terpaksa dibuang jadi habuan ayam.

Jadi kalaulah KJ tak berubah perangai, slowly but surely dia juga akan menuju ke arah nasib lemang yang hangus dan berkerak di luar tetapi mentah di dalam.

ismaildin said...

Tulisan abg kali ini merupakan tulisan yang merengankan kepala dan memberikan riadhah kepada benak kami.

Cerita apam ni cerita sedap bang. Bila baca cerita tentang apam ini, tak mengantuk saya sambil menunggu perlawanan akhir bola sepak piala dunia ini.

Memang hebat pukulan apam ya bang?

ismaildin

Anonymous said...

Apam Balik tu kena tukar nama Apam Tangkup...Tak boleh dimasukkan dalam golongan Apam...

Anonymous said...

Apam Balik tu kena tukar nama Apam Tangkup...Tak boleh dimasukkan dalam golongan Apam...

Anonymous said...

Pan
KJ tu boleh kita bidalkan seperti LOMANG HANGUS....Hitam diluar mentah didalam....

kluangman said...

Adat orang muda. Kj menepati cita rasa semasa, suka apam.

Macam dan sama citarasa Najib dolu dolu.

Mat Sabu pun suka apam. MB Selangor pun suka apam, bekas MB Selangor, Mike Tyson pun bertukar apam.

Ooopp..ss..u all ni bincang pasal apam yang mana satu ni?!

Quiet Despair said...

You all, apa kita nak sibuk tentang apam.
Najibpun dah tak suka makam apam.
Dia suka makan apom, dia suka makan kuih bulan la ni.

Anonymous said...

Bro tak nampak isi penulisan ini, nak cakap apa ni sebenarnhya. marah sbb KJ lebih berjaya sekarang bikla lebih vocal.

KC Sambal said...

As per saudara Shamshul Anuar: "Jangan beri RM1 billion diminta orang Cina untuk Sekolah mereka. Jika hendak diberi, Kerajaan mesti kuasai pentadbiran sekolah tersebut seperti mana mana kerajaan didunia ini. Bodoh beri duit tapi biar orang lain kuasai pentadbiran".

Okay lah bro. I understand that the RM1b is a huge amount but you must be out-of-your-freakin' mind to let the government to run the Chinese schools! For the past 30 years, the government has messed up the education system. They have no idea how to run the school system .i.e. setting up the curicullum for primary, secondary and tetriary education. Thus, you have half-past six university graduates. All the good ones have left the country for good. Now, you want to give them the full authority with RM1b? Please lah.. PM should counter with RM500m and let them handle on their own because IT IS A PROVEN FACT THAT CHINESE SCHOOLS ARE BETTER THAN THE NATIONAL SCHOOLS! Period. End of discussion.

We know that PM is a dead-man-walking with no political leverage within his own party. Very soon, the DPM will be asking for the resignation of the PM. DPM has the backing of Tun M, the beruk from Perkasa and the UMNO grass-roots. Simple as that.

I agree with your opinion on KJ. He's an un-educated jack-ass. I doubt the authencity of his Oxford education. Buat malu kaum saja. Why is picking fight with the Perkasa beruk and then with Anwar? By right, he should be locking horns with Mukzhir. Win that battle first, then can talk lah. Otherwise, UMNO need to tell this mangkuk to shut the hell up.

Sekian. Terima Kasih.