Insiden ‘May 13’ dijadikan isu oleh Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu dan ini adalah petanda pilihanraya umum sudah hampir tiba. Insiden ’13 May’ ini telah menjadi isu tetap bagi BN setiap kali pilihanraya tiba. Utusan menganggap’May 13’ sebagai hikmah kerana jika tidak berlaku kejadian hitam itu ekonomi negara hanya diborong oleh satu pihak tertentu sahaja. Maksud satu pihak itu ialah kaum Cina.
Dalam kolum mingguan Datuk Zaini Hassan, beliau telah mencadangkan supaya insiden 13 May ini perlu dibaca oleh generasi yang akan datang dan memahami hakikat yang insiden itu adalah ‘blessing in disguise’ kerana dengan insiden itu maka kerajaan kita telah dapat mengenengahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan telah memberi peluang kepada Bumiputra untuk bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’.
Insiden berdarah itu jika dipandang dari sudut yang tertentu ianya relevan untuk diperingati sebagai pelajaran yang berguna untuk kita semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini dan ianya harus diketahui oleh generasi yang baru kita. Tetapi isu ini jika dijadikan sebagai alat kempen pilihanraya untuk mengugut rakyat supaya tidak memberikan perhatian kepada sesuatu pihak untuk kuasa, maka ianya adalah satu niat yang tidak baik.
Kejadian berdarah itu boleh dijadikan pelajaran oleh pihak yang menang yang merayakan kejayaan dengan mencemuh yang kalah seperti apa yang berlaku dalam tahun 1969 dahulu. Semasa itu parti yang didominasi oleh kaum bukan Melayu telah berarak dengan mencemuh Melayu dan ianya amat menyakitkan hati dan jiwa bangsa Melayu yang akhirnya membawa padah yang tidak baik kepada perhubungan diantara kaum dinegara ini.
Majlis Gerakkan Negara (MAGERAN) diwujudkan dan negara ditadbir oleh Majlis ini dibawah ordinan dharurat beberapa ketika. Dalam pentadbiran MAGERAN inilah pemimpin-pemimpin kita telah berunding dengan semua kaum untuk mencari punca dan sebabnya peristiwa itu berlaku. Hasilnya wujudlah satu dasar yang diterima pakai dan dihormati oleh semua pihak dan kaum, iaitu Dasar Ekonomi Baru yang telah banyak melaksanakan dasar ‘social and Economic Engineering’ yang telah memantapkan kembali keamanan dan perhububungan diantara kaum.
Memang dasar ini telah membawa banyak kebaikkan, bukan sahaja kepada kaum Bumiputra tetapi juga kepada pembangunan status ekonomi Bukan Bumiputra. Malahan dasar inilah yang telah melonjakkan ekonomi negara tetapi banyak pihak yang ‘memandai-mandai’ cuba untuk menafikan hakikat ini.
Sejak awal lapan puluhan dasar ini walaupun belum cukup tempoh perlaksanaannya, telah diabaikan oleh pucuk pimpinan negara kita sehinggakan kelalaian itu telah membawa kepada keadaan yang sedang kita alami pada hari ini; iaitu merosotnya perhubungan muhibbah diantara kaum yang telah terbina sejak DEB diwujudkan. Pengabaian ini melampaui kepada generasi yang sekarang ini dan mereka menganggap bahawa inilah keadaan yang sememangnya wujud kerana mereka tidak pernah merasakan hidup muhibbah diantara kaum sejak mereka lahir pada lapan puluhan dahulu sehinggalah sekarang.
Tetapi jika Utusan Malaysia menggunakan isu ini sebagai ugutan yang keadaan itu akan berulang jika pemerintah sekarang ini digagalkan dalam pilihanraya yang akan datang akan membawa kepada berulangnya insiden itu ianya merupakan satu pandangan yang tidak benar. UMNO tidak akan kekal kuat jika ianya bersandarkan kepada ugutan yang negara akan huru-hara jika parti ini digulingkan oleh pihak lawan dalam politik.
Rakyat sebenarnya sedang memberikan tekanan kepada pemerintahan yang mereka sudah kurang keyakinan seperti yang dialami mereka masa kini. Kalau dahulu UMNO dan Perikatan ditolak oleh rakyat kerana sentiment perkauman yang sempit dan merbahaya, tetapi isu yang ada dihadapan kita ialah isu ‘keyakinan’ terhadap pimpinan.
Takkanlah mereka akan mengundi parti yang mempunyai kepimpinan yang dianggap rasuah dan salahguna kuasa semata-mata hanya dengan mendengar ugutan yang berupa racist itu. Utusan seolah-olah ingin meminta rakyat menerima UMNO dan BN walau serasuah mana sekali pun kerajaan yang ada pada hari ini semata-mata kerana takutkan peristiwa berdarah 13 Mei itu berulang. Sampai bilakah kita hendak menyandarkan kemenangan kita kepada ugutan?
Utusan seolah-olah mengugut dengan mengatakan kepada rakyat ‘pilihlah BN, kalau tidak 13 Mei akan berulang! Ini merupakan satu taktik yang sangat rendah nilainya. BN sepatutnya meraih sokongan rakyat dengan menghilangkan persepsi kotor rakyat terhadap ‘coalition’ ini.
Itulah sebabnya banyak pihak termasuk diri saya selalu mengatakan jika UMNO dan BN hendak memastikan ‘survival’nya dengan berterusan pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini patut bersara dan berikan kepimpinan kepada sesiapa yang berpengalaman dan tidak terlibat dengan kabinet yang dianggap rasuah dan selalu menyalah gunakan kuasa. Jika UMNO mempunyai ‘facet’ kepimpinan yang bersih maka UMNO tidak payah lagi menggunakan isu 13 Mei yang bersifat ugutan itu menjadi bahan kempen pilihanraya yang bakal tiba.
Jika kepimpinan UMNO itu kuat, mereka tidak payah mengambil hati bangsa lain dengan mengcilkan hati bangsa sendiri.Jika kepimpinan kita kuat tidak akan timbul kata-kata seperti yang diluahkan oleh Soi Lek yang sistem pelajaran Cina yang ada dinegara inilah yang membawa kemajuan kepada negara seolah-olah menafikan system pelajaran yang lain tidak boleh membawa kemajuan kepada negara.
Kalau pemimpin UMNO kita kuat MCA akan mengakui yang mereka sepatutnya berterima kasih kerana dinegara ini sekolah jenis kebangsaan Cina kita bercambah. Keadaan ini tidak berlaku diIndonesia, Thailand malahan diSingapura sendiri sekolah jenis kebangsaan Cina tidak begitu banyak wujud. Soi Lek masih tidak berterima kasih kepada Melayu yang telah banyak berkorban untuk bangsa Cina dinegara ini. Mereka berani bercakap secara terbuka semata-mata mereka nampak desperado pimpinan kita dalam UMNO. Mereka tahu UMNO lemah dan mereka secara ‘expedient’ menggunakan isu sekolah Cina untuk memaksa pimpinan Melayu UMNO tunduk semata-mata untuk mendapatkan undi yang belum tentu diperolehi dari kaum itu.
Untuk mendapat sokongan berterusan pemimpin UMNO terpaksa melayani kehendak mereka yang bukan-bukan dengan menggadaikan apa yang ada kepada kita secara beransur-ansur. Selalunya orang yang bergadai ini adalah orang yang lemah ekonomi rumah tangganya. Pemimpin yang lemah pula akan menggadaikan bangsa dan negara yang dipimpinnya. semata-mata untuk terus menjadi pemimpin Oleh kerana lemahnya pimpinan kita maka terpaksa menggadaikan sedikit demi sedikit kepunyaan kita kepada bangsa yang sangat pandai berpolitik itu.
Kelemahan pimpinan Melayu itu diambil kesempatan untuk meminta perkara yang bukan-bukan sehinggakan kita orang Melayu merasakan pahit dan pedihnya diatas tuntutan mereka itu. Tetapi orang Melayu tidak mahu merobah dengan menggantikan kepimpinan yang sedang leka dan berenak dalam glamour kuasa yang mereka salah gunakan itu.
Rakyat sedang memerhatikan keadaan; jadi tidak payahlah mengugut-ngugut untuk mengekalkan kuasa yang mereka sedang salah gunakan sekarang ini. Kita mesti mengakui dan beriktikat yang menyalah gunakan kuasa dan rasuah itulah yang akan membawa bala dan kekusutan perhubungan diantara kaum dinegara ini; bukannya kerana penolakkan UMNO dari tampuk kuasa.
Ingat, kesabaran rakyat ada hadnya. Belajarlah dari apa yang berlaku didalam pilihanraya yang lalu. Zaman berkuasa dengan menggunakan ‘buku lima’ sudah berakhir. Sekarang sudah sampai waktu rakyat mencari pemimpin yang diyakini untuk memimpin negara dengan penuh ‘magnanimity’ dan tidak terlibat dengan rasuah, apa lagi untuk melindungi rasuah melalui akta-akta seperti OSA dan sebagainya.
Walaupun OSA itu menghalang untuk mengenengahkan aktibiti rasuah tetapi dalam senyap-senyap rakyat nampak perkara-perkara buruk itu berlaku dengan jelas. Rakyat sekarang ini bukan rakyat dahulu; menerima sahaja apa yang dibuat oleh pemerintah.
Rakyat boleh menerima dan menolak tanpa segan silu lagi sekarang ini. Mereka sekarang sudah faham bahawa negara ini adalah negara mereka dan bukannya kepunyaan UMNO yang dipersoalkan ‘legitimacy’ kewujudannya. Banyak pihak yang menganggap bahawa rakyat itu buta dan tidak nampak apa-apa.
Masakan mereka yang rasuah itu boleh berselindung di tempat yang terang atau pun menyorok di sebalik telunjuk.
12 comments:
Bro Aspan dan kekawan
Sila baca berita bertajuk 13 Mei: ikut cara Singapura di Utusan Online semalam karya Datuk Zam, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan.
Ia adalah follow-up kepada tulisan Zaini Hassan.
Ia kisah sejarah kita yang sangat bermanfaat kepada semua yang lahir selepas riot 13 Mei seperti diri saya.
Aspan kata;
"Kalau dahulu UMNO dan Perikatan ditolak oleh rakyat kerana sentiment perkauman yang sempit dan merbahaya, tetapi isu yang ada dihadapan kita ialah isu ‘keyakinan’ terhadap pimpinan"
Tak pasti pulak Aspan belajar sejarah dari mana; yang saya pasti UMNO dan perikatan telah lama mengamalkan pemerintahan secara bermuafakat dan sentiasa bertolak ansur diantara satu sama lain. Pujian harus diberikan kepada pemimpin Perikatan yang terdahulu kerana telah membina asas sedemikian.
Ketika itu PAS masih lagi bersikap radikal sanggup mengkafirkan orang Islam yang bersekongkol dengan orang kafir. Parti DAP masih lagi dengan sifat kecinaan mereka menghasut bukan pribumi yang mereka adalah rakyat kelas tiga kerana hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam undang-undang persekutuan sedangkan orang Melayu ketika itu hidup dalam keadaan daif lagi. Apabila dihasut sebegitu rupa dan apabila mereka menang beberapa kerusi, tergamak pula mereka mengutuk orang Melayu, kata mereka orang Melayu sakai, balik kampung tanam kacang dan perarakan penyapu seolah-olah nak menyapu orang Melayu dari bandar Kuala Lumpur.
Inilah fakta sejarah Aspan, biarlah semua orang sedar akan hakikat ni agar sejarah lama tak berulang lagi. Saya rasa tak ada niat Utusan Melayu untuk menakut-nakutkan golongan lain. Lazimnya kalau kita lupa, keadaan mungkin akan jadi lebih buruk lagi. Hendakke kita tengok kerajaan hanya perlu bertindak selepas rusuhan kaum ataupun agama berlaku seperti di Poso, Ambon, Tg Periok?
Saudara Aspan! Kalau Malaysia nak maju Utusan Malaysia bukanlah rujukan terbaik untuk rakyat Malaysia. Utusan hanyalah jurucakap bagi pihak UMNO. Lebih baik ia ditukar menjadi buletin untuk ahli UMNO saja. Memainkan sentimen menakut-nakutkan orang melayu sudah tidak laku lagi sebab orang melayu sudah kehadapan dari mereka-mereka yang bekerja sebagai wartawan-wartawan di Utusan. Orang melayu sekarang tidak peduli apa yang UMNO nak isukan sesuatu, sebab mereka dah tak percaya lagi dengan UMNO. Semua pemimpin UMNO mengalami krisis keyakinan dan kelayakan sebab masalah korupsi masih menjadi dadah dalam parti itu. Rakyat hanya nak tengok mereka berubah atau tidak, tapi sehingga sekarang masih berperangai seperti dahulu. Masih ketagih wang ringgit. Jadi tak hairanlah kalau orang melayu masih memekakkan telinga mereka dan melihat gelagat pemimpin-pemimpin mereka, yang masih cuba nak tunjuk dah berubah tapi masih bersandiwara dengan korupsi dan polisi menindas rakyat. Yang lain tu tentang sejarah 13 May hanya adalah satu cerita basi yang yang diulang-ulang yang tiada diambil peduli oleh rakyat khususnya orang melayu sebab tidak mendatang apa-apa faedah bagi mereka, sebab mereka sekarang lebih risau akan kos kehidupan masa kini yang terus meningkat tanpa apa-apa prihatinan dari pemerintah masa kini.
MUhyiddin setuju timbang nak ada hari raikan Mei 13.
Baguslah. Bagi semua kita insaf kerana racism sekarang menjadi-jadi.
Saya tengok dokumentari di Astro yang Kit Siang and DAP yang mencetuskan May 13 dengan bersorak di Kampung Baru suruh Malays balik kampung.
Kita perlu ambil iktibar supaya huru-hara sama tidak berulang.
Utusan Malaysia saya baca hanya pada hari Ahad itupun ruangan Kesihatan dan Pancaindera. TV1, TV2 dan TV3 dah lama saya tinggalkan. TV7 kadang kadang saya tonton.
Nasib baik ada Astro dan Internet yang membolihkan saya mendapat bahan sampingan.
Inilah jadinya kalau rancangan mahupun berita terlalu berat sebelah menyebabkan rakyat menyampah ...... dan bagi saya dah terlalu memyampah.....sampai dah tak boleh tengok lagi...
Quiet Despair,
Kaum Cina pun tak berminat nak buat kecoh sebab mereka yang mengecapi hidup yang berkualiti di Malaysia cuma Umno saja yang RISAU sebab sokongan Melayu pada mereka sudah merosot terutama dari kalangan Melayu terpelajar.
Cuma Melayu yang Dunggu dan yang mempunyai kepentingan "business" melalui "political networking" saja yang support Umno.
Harus di ingat Negara Cina sekarang dalam proses menjadi kuasa terbesar yang kedua di Dunia dan akan mengambil alih Jepun. Mungkin dalam beberapa tahun terdekat ia akan mengatasi Amerika. Bangsa Cina tak minat nak berperang, mereka lebih berminat berniaga. Setakat Melayu Umno macam langit dengan bumi.
Terima lah realiti.
Asalam tuan aspan... Umno adalah parti yg menunggu pusara??? Org yg buta dan sewel sahaja mengharapkan umno bn akan bangkit semula??? Tidak ada ap yg tinggal pada umno , melainkan kuasa yg sedikit,, itupun sering di salah gunakan ??? Betul sangatlah kata tuan aspan,, umno masih mengunakan isu2 lapok, dah basi???. Sedangkan rakyat mahu pembaharuan dalam umno??? Rakyat dah hilang yakin dgn pak menteri2 yg di mata kaca rakyat, mereka ini semua rasuah dan sering menyalah guna kuasa,,, apa umno tak faham2 lagi kah. Salam.
bro aspan,
saya bukanlah ahli mana-mana parti politik. namun saya jenis manusia yang mengenang jasa. kerana umno bersama mca dan mic membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan. kita perlu tanya kenapa umno menjadi sedemikian rupa hinggakan kerapkali dikeji dan dikutuk oleh orang-orang bijak pandai seperti mereka yang memberi komen. sejak bila golongan korporat mula menjadi perwakilan ke perhimpunan agung umno. kalau dulu, para perwakilan terdiri dari orang kampung dan kakitangan kumpulan sokongan sektor kerajaan sahaja. namun apabila orang korporat dah jadi perwakilan, bermulalah politik wang yang terus menular ke sektor awam. apa tidaknya, setiapkali berlaku pemilihan, mereka yang berkepentingan ini akan menemui para pemimpin umno peringkat majlis tertinggi dan ke atas serta menyatakan sokongan mereka dengan bersyarat - undi ditukar ganti dengan ganjaran projek kerajaan! mahu tidak mahu, pak menteri pun termakanlah cakap korporat ini.
Abg Aspan, saya setuju bona dgn pdgn Quiet Despair, iaitu: "Kaum Cina pun tak berminat nak buat kecoh sebab mereka yang mengecapi hidup yang berkualiti di Malaysia cuma Umno saja yang RISAU sebab sokongan Melayu pada mereka sudah merosot terutama dari kalangan Melayu terpelajar". Masa dah berubah dan peristiwa 40 tahun lalu sama spt cerita zaman jopon dan perang 14 hari 1948. Apo yang saya nampak pemimpin umno makin kalut selepas praya lepas, maka umno dan MCA cuba memainkan isu panas untuk dapatkan sokongan. Kalau begini, sampai bila rakyat nak dimerdekakan?
Kalau Lim Guan Eng pun minat cara Umar Abdul Aziz maka apa hina sangatkah generasi muda DAP sekarang dan tak malu ke orang umno? saya pun malu bila ada pemimpin umno tak kenal Umar Abd Aziz sebab dia kenal Umar Al Khattab sahaja.. bagi saya kalau Umno kalah teruk pun lepas ini, negara boleh membangun pesat dan penuh keadilan di bawah pemerintahan baru. Di bawah kepimpinan ulama Pas dan tokoh-tokoh DAP atau PKR yang baik-baik ( tak gelap mata pada kuasa/ kebendaan) orang melayu dan lain-lain boleh hidup bahagia. Anggap sahaja mereka boleh bersatu sptmana Umno, MCA dan MIC boleh bersatu dulu-dulu.. Apa takut? orang Pas pun melayu jugak. Kalau abang Aspan boleh bersama masa S46 dulu kenapa sekarang tak boleh? moh masuk PAS..kito bangunkan negara dengan keadilan!!!
Orang Kampong,
Saya amat menghormati cadangan sdr untuk saya menyertai PAS. Saya boleh merasakan keikhlasan sdr itu.
Dalam umur yang agak sudah lama ini, saya tidak ada lagi rancangan konkrit untuk kembali bergiat. Hanya saya amat berminat mengikuti perkembangan politik tanah air.
PAS itu adalah parti yang baik. Hanya setengat pihak cuba memomokkan PAS dengan sedemikian rpa. Tetapi orang ramai sudah mulai sedar tentang hakikat itu.
Saya ahli UMNO dan tidak ada niat hendak kemana. Tetapi jika saya ingin menukar premise perjuangan sebenarnya PAS lah pilihan saya.
Saya hanya seorang yang tidak ada apa pengaruh dan jika saya menyeai PAS pun saya tidak berkeyakinan yang saya mampu membantu parti itu.
Buat masa sekarang saya memilih untuk duduk ditepian sahaja, dan akan menyempurnakan tanggung jawab sebagai pengundi sahaja.
Thnx bro.
1. umno DAH LAPUK .. YA seperti Quran Buruk
2. Cina tak minat bergaduh .. YA sebab China sekarang bukan setakat nak bolot perniagaan tetapi dah intai intai untuk ambil alih kuasa pula
3. UMNO rasuah .. YA untuk segelintir pemimin sebab ada orang suka bagi rasuah dan makan rasuah
4. PAS baik .. YA .. pada luarannya, tapi hakikatnya tidak
5. Orang Melayu cuba ditakut takutkan oleh UMNO ... YA .. sebab kita perlu selalu diingatkan ,, sama macam ISLAM yang selalu mengingatkan umatnya agar berhati hati dengan pelbagai gejala ..
5. Melayu dah berubah .. YA .. kalau dahulu Melayu ramai yang tahu diuntung .. tapi Melayu sekarang fikir dapat tu semua tok nenek dia yang bagi, mereka lupa macam mana mereka dapat
selagi nama MELAYU selagi itu MELAYU tak akan aman kerana sentiasa berlari dan terus berlari.
MELAYU hanya berubah bila jadi MENDEK
JAWA yang bertuah sokong UMNO
abg aspan,
terima kasih kerana pdgn abang terhadap Pas. Masuk Pas masa tuo umpama kelapo tuo yang byk santan,berguno bona. kok tak dapek berlari moh kito botungkek samo-samo. Kono pobotokan niat iaitu berjuang ikhlas kerana Allah. Kok nak dapek mogah dan labo kono kek umnolah. Ado sahabat masa Nabi bersedih tak dapek turut berjihad di medan perang, tapi masih berguno jadi orang pangkal mendidik anak-anak yang tingga. Kok ado tenago lalu sanggup bersenjatakan polopah dahan tamar untuk poie berjihad.
abg byk pengalaman dan mungkin berjihad dalam blog ini pun dah kigho terbaik tu. dah tuo-tuo dekatilah ulama sobab Nabi saw cakap, ulama itu umpama bintang-bintang di langit yang boleh dijadikan panduan orang yg belayar. Kok ado yg menyalak dan buruk sangko kek ulama, tak dapek kito nolong tu do.. golap hatilah tu. Semoga Allah berkati usaha yang baik-baik.
Post a Comment