26 November 2010

Persepsi negatif rakyat: Mampukah UMNO memperbaikkinya?

Membersihkan persepsi yang tercemar merupakan satu usaha yang jarang mendapat kejayaan didalam masa yang singkat. Seseorang yang tercemar imejnya memakan masa yang panjang untuk dilupakan oleh masyarakat walaupun seseorang itu sudah memperbaikki dirinya dari segala kesalahan dan noda.

Lama kelamaan masyarakat dalam kariah atau daerah dan negeri itu akan melupakan zaman sejarah silam yang buruk dan ditambah pula dengan kerja kebaikkan yang dilakukannya terhadap diri dan masyarakat sekelilingnya itu akan memadamkan segala prasangka buruk terhadap dirinya.

Begitu jugalah halnya dengan pertubuhan dan kepimpinannya. Jika pertubuhan dan kepimpinannya sudah dirobekkan imejnya maka ianya akan memakan masa yang sangat lama untuk memulihkan kembali keyakinan orang ramai terhadapnya. Pertubuhan politik tidak terhindar dari mengalami keadaan ini dan banyak pertubuhan politik dalam dunia ini jatuh kerana persepsi buruk rakyat yang mengundi didalam pilihanraya.

Persepsi buruk sesebuah parti atau pertubuhan politik itu tidak timbul dengan sendirinya. Buruk atau baiknya pandangan sesebuah parti itu adalah bergantung kepada pemimpin-pemimpin serta sikap ahli-ahli yang menganggotainya. Maksudnya disisni ialah sikap dan nilai perjuangan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya yang memberikan persepsi yang baik atau sebaliknya dari rakyat jelata.

Sesungguhnya inilah masalah yang dihadapi oleh UMNO dan komponen yang berada didalamnya. Persepsi buruk seperti rasuah dan salah guna kuasa merupakan elemen yang telah menjejaskan UMNO dan BN sehinggakan parti pemerintah itu telah mendapat amaran yang begitu kuat dari dari rakyat dan telah hampir tersungkur didalam pilihanraya dahulu. Mujurlah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) telah menyelamatkan keadaan dan BN mampu lagi memerintah kerajaan pusat walaupun dengan majoriti yang tipis.

Apabila kepimpinan negeri-negeri yang BN telah ditewaskan, usaha untuk kembali mendapat kepercayaan merupakan perkara yang amat getir dan sehingga sekarang belum lagi kita melihat kemajuan yang dicapai oleh pimpinan UMNO dinegeri-negeri tersebut. Ini adalah disebabkan oleh rakyat yang bertindak menolak mereka kerana sudah hilang kesabaran mereka melihat segala tindakkan pimpinan negeri-negeri tersebut yang semuanya diambil ‘for granted’ oleh pemimpin-pemimpinnya.

Apabila pimpinan yang membawa kejatuhan parti pemerintah itu juga untuk dijadikan ketua untuk merampas kembali negeri-negeri yang telah jatuh ketangan pembangkang itu, maka keberangkalian UMNO akan diterima kembali amatlah tipis. Kita mesti ingat rakyat menolak UMNO dinegeri-negeri tersebut kerana kepimpinannya, maka jika dipergunakan juga pemimpin yang sama untuk dipertanggungjawabkan untuk merampas kembali pemerintahan tindakkan itu merupakan tindakkan yang boleh dianggap silap dan penolakkannya akan terus menerus dilakukan oleh rakyat.

Sekarang ini pun masih ada kepimpinan negeri yang tidak dihormati ramai tetapi UMNO masih tidak mahu membesarakan mereka kerana permainan politik ampu mengampu yang tidak terbatas. Semua orang mempunyai persepsi yang Negeri Sembilan dan Pahang perlukan bayangan yang Pengerusi Perhubungan mereka wajar dibesarakan tetapi UMNO masih berdegil dan rela mengambil risiko menghadapi kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang.

Itu diperingkat negeri. Bagaimana pula diperingkat pusat pula? Formulanya sama. Kejatuhan banyak kerusi Parlimen merupakan indikasi jelas yang pimpinan kerajaan pusat itu lemah. Rakyat akan tetap melihat UMNO itu berkepimpinan yang lemah walaupun pemimpin utamanya telah meletakkan jawatan dan bersara.

Ini disebabkan orang yang mengambil alih itu adalah dari kumpulan pemimpin yang telah bersara itu dan pemimpin yang mewarisi kepimpinan lemah itu memang sepatutnya mengambil ‘accountability’ bersama. DS Najib merupakan pemimpin yang menjadi Timbalan kepada pemimpin yang bersara itu dan beliau wajar mengambil ‘accountability’ bersama. Begitu juga Muhyiddin Yassin, Muhyiddin adalah salah seorang jemaah kepimpinan yang ditolak walaupun beliau diterima dikawasan beliau diPagoh.

Saya memilih untuk menulis isu ini kerana dengarnya kita akan menghadapi pilihanraya umum tidak berapa lama lagi, maka isu persepsi rakyat yang mengundi itu amat penting untuk diperbaikki. Tetapi seperti yang diperkatakan tadi persepsi ini amat rumit untuk melalui pembaikkannya.

Selain dari rakyat menghadapi muka dan pemimpin-pemimpin yang sama, cakap-cakap tentang kegiatan rasuah dan salahguna kuasa masih lagi menjadi isu dimana-mana. Imej itu masih tidak mampu dibersihkan. Walaupun pimpinan sedang mencuba berbagai cara seperti mengumumkan berbagai bagai pelan pembangunan banyak diantara yang diumumkan dan dirancang untuk dilaksanakan telah mendapat tentangan rakyat yang ramai.

Contohnya rakyat menolak cadangan PM untuk membina Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat ianya telah menjadi bahan kritikkan ramai. Jika membina bangunan tinggi-tinggi itu boleh menjamin kemenangan maka elok setiap kerajaan negeri membina bangunan seratus atau dua ratus tingkat dan seterusnya memenangi pilihanraya. Tetapi itu bukanlah keadaannya.

Ketinggian bangunan bukanlah modal yang baik untuk menjadikan UMNO dan BN terus menerus mendapat mandat rakyat. Yang penting ialah apa faedahnya yang didapati oleh orang ramai dan ketelusan pembinaan itu dari segi kos dan siapa yang mendapat faedah darinya. Tidak ada dalam dasar perjuangan UMNO untuk membina bangunan tpencakar langit. Yang ada ialah menyatukan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain seperti yang termaktub dalam Bab 3 perlembagaan parti.

Perlu diingat apa-apa juga cadangan pembangunan yang ingin dilakukan mesti pastikan yang rakyat tidak terhidu potensi berlakunya rasuah yang menggunakan wang rakyat yang keterlaluan. Sekarang rakyat sentiasa memerhatikan tidakkan pemimpin kerajaan kerana pengalaman yang sudah-sudah. Rekod penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan dahulu menjadi igauan rakyat dan mereka tidak ingin lagi perkara-perkara seperti iu berulang kembali.

Terlalu banyak ‘express project’ yang besar-besar yang dilakukan oleh pimpinan lapan puluhan dahulu telah membuahkan budaya rasuah yang terancang dan sejarah kepimpinan Dr Mahathir pasti akan dihakimkan oleh ‘magnitude’ kegiatan rasuah dizamannya. Ramai orang mungkin tidak bersetuju tetapi jika sama-sama kita berusia panjang sama-samalah kita saksikan apa yang saya nyatakan ini berlaku.

Budaya buruk ini diwariskan kepada pemimpin-pemimpin seterusnya sehingga kehari ini. Semakain hari semakin berani saya menyatakannya kerana bukti-bukti kehancuran yang diwarisi oleh kerajaan yang rasuah sudah mula dilihat dan dirasakan oleh rakyat jelata amnya. Segala rancangan yang cantik dan molek yang diumumkan tidak mungkin dapat memperbaikki imej kerajaan kerana rata-rata rakyat tahu perlaksanaannya tidak akan serupa perancangan yang diumumkan kepada rakyat.

Banyak pihak ragu-ragu terhadap perlaksanaan segala rancangan-rancangan pembangunan itu. Amalan rasuah merupakan penyakit yang sukar dihapuskan kerana penyakit itu sudah terbiar sejak lebih dari dua dekad yang lalu dan telah merebak tanpa mampu dibatasi. Perancangan yang baik tanpa sistem ‘delivery’ yang baik tidak akan membawa apa-apa makna kepada rakyat dan negara. Justru rakyat tetap akan menghakimkan kepimpinan kita tidak berapa lama lagi.

Walaupun masa sudah tinggal sedikit kita masih mempunyai waktu untuk merobah imej dan persepsi parti dan kerajaan yang memerintah dengan melakukan perubahan yang ‘structural’. Mahu tidak mahu UMNO dan BN wajib berwajah baru untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Tunjukkan kepada rakyat yang UMNO mempunyai kudrat untuk berubah dengan menampilkan ‘facet’ yang baru dengan kepimpinan yang diketuai oleh orang yang tidak berada didalam jemaah kepimpinan yang sedang diragui oleh rakyat. Pemimpin yang melakukan kesalahan dan kesilapan besar adalah mustahil untuk dipaparkan sebagai pimpinan yang baik.

Wajah baru wajib ada kepada UMNO. Kita terpaksa lakukan seolah-olah kita memulakan sebuah negara baru yang berbentuk politik yang baru yang diasaskan kepada perlembagaan negara yang kita ada. Jika pemilihan Perdana Menteri selama ini dilakukan mengikut ‘convention’ yang ada, iaitu Presiden UMNO menjadi PM, kali ini kita lakukan dengan memilih seorang ahli Legislative Melayu yang lain yang mendapat keyakinan majoriti Dewan Parlimen.

Insya Allah UMNO dan BN akan kembali sembuh seperti sediakala. Yang lebih baik lagi kita adakan ‘unity government’ yang mewakili setiap kaum dan parti seluruh negara.

Rakyat sebenarnya mahukan harapan baru untuk kemajuan pembangunan segala bidang dalam negara kita. Untuk menghilangkan persepsi yang buruk ini UMNO perlukan imej dan rupa bentuk kepimpinan yang baru yang agak asing dari apa yang kita lihat hari ini.

Jika ini dapat kita lakukan maka wajah yang baru ini akan mudah untuk diterima rakyat keseluruhannya. Tentunya ramai dan banyak pihak perlu melakukan pengorbanan. Jika ramai pemimpin terpaksa berundur dan bersara mereka mesti lakukannya dengan penuh kejujuran semata-mata untuk menyelamatkan UMNO dan BN pada masa yang akan datang. ‘Anything less’ akan membawa kehampaan untuk melihat UMNO it terus dihormati dan didukung rakyat.

8 comments:

Anonymous said...

Nice post Mr Aspan...

Anonymous said...

Aspan,
Adakah imej buruku ini satu persepsi saja dan bukannya satu kenyataan?

Pak Tua

Anonymous said...

Imej buruk ni bukan persepsi lah bro. It is a fact. Ini bukan cubaan, ini benar2....

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Soalan yg menjadi tajuk pos sdr ini sebenarnya telah terjawab pada perenggan pertama dalam artikal sdr ini.Secara teorinya pembersihan imej dari persepsi negatif orang ramai terhadap UMNO memang boleh dilakukan tetapi ianya memerlukan usaha yg agak luar biasa yg memerlukan segala kekuatan tenaga,moral dan semangat yg dusertai dengan keazaman yg jitu dan kejujuran serta keikhlasan yg luhor.Usaha kearah pembersihan itu perlu dilakukan dalam satu tempoh yg panjang dan dilakukan secara berterusan dan mengikut tatarcara dan pendekatan yg bersesuaian.Dalam masa yg sama UMNO perlu sentiasa mempamirkan sikap yg positif dan istiqumah didalam usaha yg murni sehinggakan tiada ruang bagi pihak lawan atau musuh untuk melimpar fitnah dan menabur pelbagai berita negatif yg dibesar-besarkan untuk meracuni dan merusakan fikiran rakyat.

Mengikut teori usaha itu nampak boleh dilaksanakan tetapi dari segi realitinya UMNO tidak termampu untuk melaksanakan usaha itu dengan jayanya.Ternampak jelas kepimpinan UMNO tidak ada "political will" dan kekuatan tenaga,moral dan semangat untuk melakukan rombakan dan perubahan yg drastik kepada tubuh UMNO dan juga kerajaan.Dalam aspek tugas memerangangi amalam rasuah untuk membersihkan UMNO daripada amalan rasuah politik wang dan juga rasuh dikalangan kakitangan Kerajaan dan orang awam tidak ternampak sebarang usaha yg positif dan berkesan.Lantaran itu rakyat akan mentafsirkan keadaan itu sebagai satu kegagalan atau ketidakmapuan UMNO/kerajaan melaksanakan tugas dan amanah yg terpikul dibahunya.Sekaligus ianya menampakkan imej yg burok selain daripada memperlihat betapa lemah dan tidak seriusnya kepimpinan UMNO didalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Namun satu perkara harus dingat bahawa UMNO tidak semistinya membersihkan imejnya seratus peratus untuk memenangani PRU akan datang kerana ianya bergantung kepada banyak faktor yg lain lagi selain daripada imej atau persepsi umum yg positif sahaja.Diantara lain ianya bergantung kepada perkara-perkara berikut:
a.Ketokohan calun-calun yg dipilih.
b.Kekuatan/kelemahan parti sendiri dan parti lawan ditempat masing-masing.
c.Strategi dan isu setempat yg yg digunapakai ditempat masing-masing.
d.Kemudahan kelangkapan dan lojistik serta tenaga kerja.
e.Kecekapan jentera dan tenaga penyokong/pembantu ditempat masing-masing.
f.Penggunaan perang saraf yg berkesan diperingkat pusat.

Melihat kepada keadaan dipihak pembangkang sekarang yg berada didalam suasana yg tidak begitu mantap dan padu pihak UMNO/BN dilihat mempunyai harapan jika usaha yg padu dan jitu dilaksanakan disemua peringkat untuk memperbaiki keadaan dan memperkuatkan parti.

Askar Tua

Anonymous said...

Tn Aspan
Perangai buruk tu tetap buruk, sikit buruk banyak lagi la haru. Nak buang senang la bro, PRU 13 rakyat akan ramai2 campak kelaut. Rakyat..He3..

Anonymous said...

Betul tu Aspan;

hanya UMNO ajelah dah busuk, bernanah dan bau pun macam bangkai..

PKR dan pemimpinnya sungguh bersih kan seperti bayi dan kain putih.Pijak semut pun tak mati.Percayalah Aspan..

Heran juga kenapa kawan baik kau si Zaid tu pulak dah keluar dari sana.

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Tidak mungkin umno akan mendapat anjakan baru, walaupun dengan menganti yg lama dgn baru,,, umno sendiri sudah menjadi yg daging yg buruk, dan hanya layak di jadi kan pekasam, org yg tua suka makan pekasam...Lagi cepat g13 ini di adakan sudah tentu rakyat ingin melihat yg baru dan harapan??? Rakyat dah tak yakin dan menaruh harapan lagi kepada umno dan bn.... ini lah akibat bila rasuah sudah menjadi budaya dalam kerajaan dan kuasa sudah umpama, malaysia ini mereka punya.... Ok,,, swak dan cm taib masih teka teki dalam menentu tarihk pelihanraya negeri swak???? Sudah tentu taib dan kroni , semakin takut dan melihat perubahan yg cukup hebat di swak??? Kemenangan taib, dan kroni akan mengunakan tali hayat, ia itu penipuan ???? SECARA umum rakyat telah mual dan tidak akan memberi sokongan kepada taib,, di mana2 sahaja di swk,,,rakyat akan membenci taib dan kroni.... tidak keterlaluan, kalau ini lah penggal terakhir taib dan kroni akan menjadi yb dan rakyat biasa....Kali ini rakyat sendiri akan menjadi mata yg sulit, menentukan jangan ada penipuan oleh taib , spr, polis, dan badan lain, sekira penipuan ini berlaku jua , sudah tentu akibat nya akan besar, rakyat akan menjadi perjuang nya.... tq

anak muda said...

smpai bila pemimpin buruk laku harus memimpin? sepatutnya kita sama-sama berusaha nyahkan pemimpin berniat 'ada udang sebalik batu'. Kita juga hairan kenapa pemimpin melayu tergamak menekan kerajaan Pas kelantan yg dipimpin melayu dan menobatkan kepimpinan Islam? jika perangai buruk ini terus diwarisi pemimpin umno, maka lambat laun umno akan dikapankan juga. saya generasi muda amat meluat dgn gaya pemimpin umno dan saya menyeru kaum muda bertindak menolak bangsa tidak berakhlak begini.