Pemimpin-pemimpin kita bersorak riuh rendah dengan kemenangan PRK di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Kemenangan kedua-dua kerusi ini menjadikan ianya sebagai bahan pemimpin-pemimpin parti kita untuk berpesta dan ada yang mengatakan BN akan kembali seperti sediakala selepas PRK 13 nanti. Apa yang dimaksudkan sediakala itu belum lagi saya fahami sampai kesaat saya menulis artikel ini.
Tetapi jika kita fikirkan sekali imbas sediakala yang dimaksudkan itu ; maksud mereka ialah UMNO akan kembali pulih seperti sebelum tahun 1999 dahulu iaitu sebelum gerakkan reformasi tajaan Anwar Ibrahim bermula. Setengah berpendapat ‘sediakala’ yang dimaksudkan ialah keadaan pencapaian UMNO yang paling baik semasa pilihanraya 2004. Pada pilihanraya 2004 UMNO/BN telah mencapai pencapaian yang tertinggi iaitu sekuat 90 peratus perwakilan BN diDewan Parlimen.
Tetapi kalau dibaca dari kata-kata pemimpin-pemimpin kita ada sedikit kefahaman yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah UMNO akan menjadi kuat selepas ini dan akan mampu mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, seperti sebelum tahun 1990 dahulu dalam mana BN menguasai hampir sepenuhnya kerusi-kerusi didalam DUN Kelantan.
Memenangi kerusi Galas memanglah kejayaan UMNO tetapi kejayaan itu bukannya melambangkan kekuatan UMNO dinegeri itu. Kemenangan disitu ialah kerana Gua Musang adalah kubu kuat Tengku Razaleigh dan pengaruh beliau itulah penyumbang utama yang wajar diterima oleh semua pihak. Sentuhan TR yang berpengalaman luas itu sebenarnya yang membolehkan kaedah kempen pilihanraya itu dilakukan dengan cara yang berlainan dari cara yang biasa dilakukan PRK-PRK ditempat-tempat lain sebelum ini.
PRK Galas tidak berkempen dengan cara serangan seperti serangan dalam peperangan diantara dua puak yang bemusuhan seperti perperangan Gee Hin dan Hai San untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Larut satu setengah abad yang lalu. TR tidak gemar berkempen dengan serang menyerang sesama kita yang sebangsa. TR lebih cenderung untuk memilih kaedah berkempen dengan cara berhemah dan menunjukkan kemampuan pihak kita untuk penonjolan kepimpinan yang sesuai dan bukannya dengan melakukan serangan dalam peperangan.
Kaedah pendekatan ini merupakan kaedah yang sepatutnya kita lakukan ditempat lain kerana TR telah membuktikan yang cara berhemah akan memberikan kebaikkan kepada kita. Kita tetap berbangga dengan kejayaan TR disana, walaupun setelah kemenangan diumumkan, seperti yang saya telah jangkakan dan tulis didalam blog ini, TR secara tangkas dilupakan dan kita melihat pemimpin yang tidak laku seperti Awang Adek dan beberapa orang pemimpin lain tidak pun memberikan ucapan terima kasih kepada TR.
Mereka membuat ‘claim’ yang itu adalah kemenangan Najib dan UMNO pusat dan seolah olah tidak kena mengena dengan sentuhan TR dalam kemenangan ini.Sikap tidak berterima kasih inilah yang sangat ketara dalam UMNO dan inilah sikap pimpinan pada hari ini. Mereka tahu jika ditonjolkan nama-nama mereka rakyat akan menolaknya.
Saya telah menulis beberapa minggu yang lalu TR akan hanya disanjung mereka semasa mereka terdesak. Sikap melepaskan ‘anjing tersepit’ ini memang dirasakan oleh rakyat dan itulah yang akan menyungkurkan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.
TR amat menekankan imej peribadi seseorang pemimpin yang mengetuai jemaah yang besar. Bagi TR pemimpin yang tercemar dengan isu-isu yang berbentuk ‘criminal’ misalnya memang tidak boleh diberi tanggungjawab untuk memimpin. Jika seseorang yang berimejkan rasuah akan menysahkan penyokong yang bekerja untuk parti dan kerajaan. Pekerja parti akan terpaksa menumpukan kepada membersihkan nama pemimpin dari menumpukan kepada usaha untuk mendapatkan sokongan kepada parti.
Jika kepimpinan disaluti dengan imej yang tidak baik maka secara bersansur-ansur barisan kepimpinan akan menghadapi krisis keyakinan, dan itulah sebenarnya yang UMNO dan BN hadapi sekarang. UMNO mempunyai masalah tidak memahami keadaan dan permasalahan yang sebenarnya.
Apabila kita tidak faham permasalahan yang tepat maka kaedah penyelsaian yang akan diambil akan juga akan salah. Dalam pembelajaran subjek pengurusan jelas mengatakan, ‘we must understand problems up to specific before we even think of solving it’.
Sebagai contoh yang ada pada hari dan saat ini, rata-rata rakyat tidak menyokong tindakkan Najib untuk membangunkan menara Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat itu. Rakyat menolak bukannya semata-mata untuk menolak tetapi rakyat sudah begitu mual dengan cara projek sebesar ini dibangunkan. Rakyat terlalu ‘suspicious’ dengan projek seperti ini kerana penglaan yang dialami semasa yang lampau.
Rakyat tidak mahu ketirisan wang yang besar seperti apa yang berlaku dalam pembangunan menara berkembar KLCC dahulu. Ananda Krishnan mendapat keuntungan tanpa mengeluarkan modal semata-mata beliau merupakan orang yang boleh berurusan terus dengan PM semasa itu. Rakyat mempersoalkan kenapa Ananda membual ‘flipping’ yang begitu terbuka dihadapan rakyat yang empunya kekayaan PETRONAS itu.
Kenapa PETRONAS tidak membangunkannya sendiri? Takkanlah PETRONAS tidak boleh berurusan secara terus dengan Selaungor Turf Club untuk membangunkan menara berkembar yang pernah menjadi menara tertinggi didunia itu? Kenapa mesti melalui Ananda? Semua orang yang berfikir akan mengetahui jawapannya. Ada pemimpin besar mendapat faedah peribadi dengan memaksa PETRONAS membeli bangunan itu dengan harga yang ‘gila-gila’ dan Ananda tidak perlu bermodal untuk meraih keuntungan yang besar dari wang rakyat dan pembayar cukai negara.Ini merupakan ‘modus operandi’ yang sudah begitu biasa dilakukan untuk menutupi tindakkan yang tidak bertanggunjawab itu dilakukan.
Kemenangan diGalas dan Batu Sapi ini diisytiharkan sebagai petanda yang UMNO akan kembali pulih dan akan menadapat sokongan ramai rakyat dan ada pihak yang percaya dengan pandangan ini. Boleh percaya kepada pandangan seperti ini, tetapi tengoklah nanti apa yang akan berlaku.
Selagi UMNO tidk melakukan transformasi dalam erti kata yang sebenarnya selagi itulah kita akan kekal berangan-angan dan bermimpi disiang hari. Apabila kita memburu burung jangan bersorak dulu; nanti burung akan lari. Tembak dulu. Apabila burung itu jatuh menggelepar barulah boleh bersorak.
Terlampau bersorak ditakuti kampong kita tergadai. Tolong, jangan bersorak dulu.
7 comments:
Asalam saudara aspan,,,Kemenangan bn di galas,kebenaran adalah fakta TR yg membawa perubahan yg cukup baik.... Sudah tentu TR akan di pandang hero dan jaguh oleh president umno ??? Bak kata tuan , pemimpin umno tak pun ucap terima kasih pada tr , apa lagi nak beri penghargai kepada tr ??? Sudah tentu bila mendapat kemenangan yg besar, sudah pasti pemimpin dan penyokong umno akan bergembira dan bersorak,, dan tpm dan km sabah,, melalui tv,, umno dan bn akan kembali kuat dan meyakinkan, dah di terima rakyat dan ada juga ramalan bahawa pm najib akan bubar dewan secara mengjut dan pilihan g13 bermula??? Umno akan menjadi parti yg ungul kembali selepas g13 ???? Syabas.... tiada yg mustahil..
Bro Aspan,
1. Kemenangan Kuli di Galas adalah personal to him, unrepeatable and one off. Sebenarnya ""kebanyakan rakyat kelantan menyedari betapa Kuli mesti menang dan tidak boleh kalah.
2. The moment UMNO(baru) depart from norm dalam melantik pengarah PRK dan mencadangkan Kuli sebagai Pengarah PRK Galas, they knew maksud yang tersirat dan implikasinya jika Kuli kalah kepada "rakyat Kelantan".
Kita perhatikan bagaimana lawan Kuli mengahdapi PRK ini, tidak seperti biasa sedangkan di manek urai jauh berbeza.
3. Kemenangan ini sebenarnya kemenangan semua stakeholders di kelantan: Kuli, PAS Kelantan, pengundi Galas dan rakyat Kelantan.
UMNO(Baru) Kelantan juga menang - menang dapat kerusi DUN dan hanya kerusi tersebut semata-mata, tidak lebih dan tidak kurang. Yang mana kerusi tersebut tidak mengubah apa-apa.
4. Pengundi Galas adalah pemenang yang terbesar kerana tiba-tiba dalam 20 tahun ini mereka mendapat curahan projek-projek mee segera. Selama ini kita tahu walaupun Parlimen Gua MUsang di wakili oleh Kuli dari UMNO(Baru) - kerajaan pusat melayan parlimen Gua Musang dari segi pembangunan sama seperti kawasan parlimen yang diwakili pembangkang.
5. Bagi Imam-Imam perang UMNO(Baru) yang syok sendiri dengan kemenangan ini, kalau berani bubar Parlimen dalam masa terdekat ini. Kita tengok siapa yang akan menduduki putrajaya nanti.....Ada berani?
bat8
Bro,
Kuli is one of us. Bila some outsider trying to fix him up from within , we kelantanese will unite irrespective of our political leaning to defend him( minus the kelantan UMNOs align to current leaders of course).
anak jantan kelate
Tahniah kepada BN yg telah menang di Batu Sapi. Cuma yg ralatnya, Datin Linda tidak fasih berbahasa melayu. Macamana agaknya dia nak berhubung mesra dengan rakyat yg di wakilinya, yg majoritinya pengundi yg tak pandai berbahasa inggeris? Bagaimana nak berbahas di Parlimen dlm bahasa Malaysia? Juga rasanya tak perlulah amalkan mewariskan kerusi kepada pasangan, jika suami atau isteri meninggal.
"menang kerana kehebatan Najib tapi kalau kalah kerana kelemahan TR" itulah sikap pemimpin UMNO dari dulu sampai sekarang.Tidak mengiktiraf peranan orang kecil walaupun impaknya besar. Rakyat terguris hati dengan kenyataan yang tidak seimbang dari segi pengiktirafan. Pemimpim tidak Peka dengan perasaan ahli dan pendokong pati...falsafah 1malaysia ada menghuraikan perasaan... pegi mampuslan umno.......
anakkelantan...
Saudara Aspan,
Apa yang dapat saya rumuskan setelah seminggu membuat permerhatian berkenaan kemenangan BN di DUN Galas adalah di atas faktor kebijaksanaan serta ketokohan YBM Tengku Razaleigh Hamzah (saya setuju dengan pendapat saudara}. Di awal perlantikan beliau sebagai Pengarah PRK Galas sebenarnya para pembesar UMNO mempunyai sebuah muslihat untuk memalukan beliau kerana jika BN kalah, beliau akan di hina dan diperlekehkan kerana keterlanjuran beliau menyokong tindakan menuntut royalti minyak Kelantan. Kalau tidak kenapa Mustapha Mohammad cuma dilantik sebagai timbalannya sahaja, sedangkan dia lebih berhak memimpin PRK tersebut kerana dia adalah pengerusi Badan Perhubungan Kelantan.
Justeru, jika BN kalah, makanya TRH akan di perlekehkan semahunya kerana TRH tidak punya apa apa jawatan di dalam kabinet Najib. TRH sememangnya bijak menuruskan misi dan kini telah memperolehi kejayaan! Yang herannya kenapa Muhyiddin (manusia yang tidak mesra dalam seluruh alam) pula yang berkokok, seolah olah ini kejayaannya! Lembu punya susu, sapi punya nama....Buruknya perangai orang UMNO ni.
Kalau betul kata Muhyuddin yang UMNO sekarang telah diterima rakyat, buktikan lah dengan mengadakan PRU ke13 dengan segera. Di situ nanti kita akan dapat lihat bukti kata kata para pemimpin UMNO yang sentiasa berkokok serta bersorak syok sendiri. Sifat rakyat akar umbi tidak mahu di buat kajian mendalam. Mereka takut untuk menghadapi kenyataan kerana kenyataan tidak berpihak kepada mereka. Mereka lebih suka kepada stail filem Hindustan yang sentiasa memaparkan situasi yang indah, tetapi jauh dari realistik. Mereka takut jatuh dari tampuk pemerintahan kerana ramai dari mereka akan meringkuk dalam penjara hasil dari penipuan mereka keatas harta rakyat selama ini apabila diadakan perbicaraan mahkamah secara telus setlah PR menang dan menawan Ptra Jaya kelak. Tidak seperti TRH yang melambangkan orang UMNO dulu dulu yang betul betul berjuang untuk rakyat!
Untuk menawan Kelantan, mungkinkah TRH akan dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya negeri dalam PRU ke13 kelak atau dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negara untuk BN menang besar dalam PRU tersebut. Rakyat tidak mahu kepada Najib kerana Najib adalah PM yang lemah kerana sentiasa takutkan bininya yang gilakan pangkat serta kedudukan (kalau boleh hendak menandingi KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA. Hakikatnya UMNO akan kalah di DUN Galas jika dilantik Mustapha Muhammad sebagai pengarah PRK BN dan gambar Najib serta Muhyiddin ditayangkan besar besaran di sana sebab Mustapha Muhammad hanya pandai berkokok berderai derai, ekor berbau tahi! Rakyat Kelantan kenal siapa dia. Cubalah pindahkan dia dari Jeli dan bertanding ditempat lain dalam PRU ke13 kelak, kita tengok apa akan jadi. Adakah dia akan mengikuti jejak langkah Anuar Musa yang terus k.o!
yg hairan kenapa Ku Li tak perasan beliau dipergunakan begitu rupa? dah lama berjuang dalam politik tetapi masih mau jadi balaci. Kalau setakat jadi raja bagi orang asli dan penduduk pendalaman, ini sungguh memalukan kerana beliau sepatutnya dah lama ganti Mahathir. Najib itu kan budah Mahathir.. apa dia ingat Mahathir suka ke kalau Ku Li dijulang begitu?
Post a Comment