05 November 2010

Tahniah kepada YB Aziz, syabas TR.

Seperti yang dijangkakan dari awal, Aziz Yusuf memenagi PRK DUN Galas dengan majoriti sebanyak 1190, mengalahkan Dr Zulkifli dari PAS. Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya telah membuat telahan berdasarkan kepada sedikit sebanyak tentang ‘mood’ pengundi Gua Musang yang akan memberikan kelebihan kepada calun BN itu. Justru kemenangan yang diperolehi oleh Aziz itu adalah kemenangan yang sudah dijangkakan dari awal lagi.

Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang itu adalah pilihan dan dukongan Tengku Razaleigh dan faktor itulah yang menyebabkan kemenangan yang agak besar bagi calun BN ini Banyak pihak tidak mahu mengakui yang siapa sahaja yang didukong oleh TR akan mendapat kemenangan dengan agak mudah. TR merupakan induk kepada sokongan rakyat disana dan kalaulah kita melaksanakan kempen mengikut cara yang lazim kita lakukan ditempat-tempat yang lain kemenangan BN disini mungkin menjadi perkara yang sangat payah untuk dicapai.

PRK diGua Musang ini adalah PRK yang agak lain dari yang lain. TR telah meminta supaya kita tidak sibuk dengan ceramah-ceramah besar dengan poster-poster yang lebat digantung ditepi-tepi jalan. TR mempunyai cara beliau yang tersendiri kerana beliau adalah ‘warlord’ yang besar dikawasan itu kerana beliau telah bergelumang dengan politik Gua Musang sejak lebih dari 40 tahun lalu.

Dengan kekuatan jentera PAS Kelantan menonjolkan UMNO atau BN tidak mampu untuk meraih kemenangan bagi BN. Kemenangan ini merupakan kemenangan TR secara peribadi. Dimana-mana kita menyaksikan anak-anak muda memakai kemeja-T yang tertulis “Ambo nok parti Ku Li’ dan ini merupakan bukti dan dalil sahih yang kemenangan calun BN ini merupakan kemenangan TR secara peribadi, disamping peribadi Aziz yang agak lebih bersih dari calun-calun lain dan dengan calun PAS itu sendiri.

Kita boleh rumuskan kemenangan calun BN ini berdasarkan kepada sebab dan penyebab yang realistik.

Pertamanya pengaruh TR yang telah sebati dikawasan itu tidak boleh dipersoalanoleh sesiapa, keuali ada pihak dalam politik dalaman UMNO itu sendiri tidak merasa senang dengan pengaruh peribadi TR disana. Samada seteru politk dalaman atau seteru politik ‘inter-party’ tidak akan mudah untuk melenyapkan pengaruh peribadi TR diGua Musang.

Kali ini UMNO telah menumpang pengaruh TR walaupun pada masa yang lalu permainan politik ‘intra-parti didalam UMNO telah berusaha untuk menjatuhkan TR dengan gigihnya. Itulah sebabnya TR tidak berapa gemar dengan cara kempen yang dilakukan oleh ahli-ahli parti yang memusuhi pihak lawan dengan keterlaluan sehingga menghilangan semangat demokrasi yang sebenarnya.

TR yang memahami kecenderungan ahli-ahli UMNO untuk berkempen secara kasar dan kata-kata ganas akan belaku maka beliau mengambil keputuan untuk berkempen mengikut cara beliau tanpa meluahkan kata-kata yang boleh menjatuhkan imej parti. Beliau mengambil sikap mendekati rakyat dengan berhemah yang sesuai dengan kedudukkan parti yang memerintah kerajaan pusat.

Walaupun pihak PAS bertindak agak ‘emotional’ diakhir siri kempen tersebut, TR dan jentera beliau tetap mempertahankan sikap untuk bersabar dan terus mengambil jalan yang telah beliau tentukan dalam siri kempen ini. Menunjukkan sifat garang dan bengis tidak memberikan penambahan kepada sokongan orang ramai.

Sikap sederhana tetap menjadi ‘model’ terbaik bagi memenangi hati rakyat jelata dan saya telah pun mencadangkan supaya ‘model’ kempen diGua Musang ini dijadikan contoh bagi BN jika menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kaedah kempen yang dipergunakan diGua Musang tentunya akan memberikan impak yang sama jika dilakukan ditempat-tempat yang lain. Tetapi hanya orang yang boleh melakukannya sahaja yang akan berjaya mempraktikkan kaedah kempen ini.

Justru tidak salah jika ramai yang berpendapat yang TR boleh diberikan tanggungjawab itu untuk mengepalai mama-mana pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihan raya umum dimasa-masa yang akan datang. Perasaan dan ‘sesitiviti’ orang Gua Musang tidak banyak perbezaan dengan perasaan rakyat ditempat lain maka adalah realistik jika TR diberikan tugas mengepalai kempen-kempen itu ditempat-tempat yang lain.

TR dihormati oleh kawan dan lawan samada didalam BN sendiri atau dikalangan pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang. ‘Stature’ beliau sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh semua pihak itu boleh memberikan kemungkinan yang TR mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh dijadikan pelengkap kepada usaha mencari titik pertemuan bagi mencapai perpaduan dikalangan pemimpin-pemimpin yang bertelagah dan berpecah kini.

TR perlu memainkan peranan untuk menyatukan kepimpinan semua pihak bagi mengelakkan dari perpecahan besar yang sedang berlaku bukan sahaja didalam UMNO tetapi didalam perhubungan diantara komponen-komponen BN dan masalah dalaman yang melanda setiap parti-parti dalam komponen itu.

Kemenangan TR diGua Musang ini juga mampu mengadun kerjasama baik diantara parti-parti dalam BN dan juga parti-parti didalam PKR kerana TR merupakan seorang pemimpin yang tidak mempunyai perseselisihan dengan mereka. Jika kita serius dalam usaha untuk menyatukan rakyat maka TR boleh memainkan peranan besar dalam pencapaian matlamat murni ini.

Hanya pemimpin yang lemah sahaja yang tidak mahu mengakui hakikat ini kerana hendak melindungan kelemahan-kelemahan yang nyata yang ada pada mereka. Walau bagaimana pun kita berikanlah ucapan tahniah kepada Aziz Yusuf kerana memenangi kerusi DUN Galas dalam pilihanraya kecil ini.

Semoga Aziz tidak menghampakan hasrat rakyat yang telah memberikan mandat kepadanya. Aziz perlu faham yang beliau adalah pilihan rakyat dan pilihan sesiapa. Maka jagalah diri. Jagalah adab dan adat sebagai pemimpin Melayu.

Tetapi saya yakin, beliau mampu menjadi pemimpin rakyat dan bukannya pemimpin dari kayangan. Aziz faham yang Galas khasnya memerlukan pimpinan yang selalu berada bersama rakyat.

Tidak lengkap kalau saya tidak mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang mengepalai jentera PRK ini kerana membuat pilihan calun yang tepat untuk melangsungkan PRK DUN Galas ini dengan sempurna dan membawa kejayaan yang memberangsangkan.

11 comments:

Anonymous said...

Ku Li still has his special touch..... Ku Li masih ada sentuhan istimewanya......

-sg missisippi-

joyce said...

We are happy that Ku Li wins in the race with PAS.

But UMNO will again ignores him. Bet you.

joyce.

Anonymous said...

Sdr Aspan,
Yang paling besar membuat silap ialah perwakilan UMNO sendiri yang tak mahu mencalonkan Ku Li sebagai calon Presiden kerana keengganan Ku Li membayar habuan. Mentaliti inilah yang membawa ketandusan pemimpin jujur dan ikhlas di peringkat pucuk. Justeru untuk menjadi pemimpin UMNO mesti ada banyak wang untuk membayar setiap Bahagian dan kemudiannya setiap perwakilan. Dimana nak cari wang sedemikian? Merompak harta rakyat la jawabnya. Fikir sendirilah macam mana UMNO boleh berubah.
Pak Tua

Anonymous said...

Seperti mana Pak Tua, saya juga berdoa agar UMNO membersihkan parti daripada lintah-lintah kenyang yang menyebabkan persepsi negatif terhadapnya dan mengembalikan kepercayaan dengan pemilihan calon-calon yang berwibawa spt TR, insyaAllah.

Quiet Despair said...

Alhmdulillah. Masa gemilang untuk BN.
Najib boleh memikirkan untuk mengadakan GE dalam masa terdekat.
Sabah and Sarawak memang fixed deposits BN.
Anwar Ibrahim boleh gigit jari.
Kalau PAS bersatu dengan UMNO,boleh bunuh diri.
Ku Li ada harapan menyatukan UMNO and PAS di Kelantan.
Hidup Najib.Hidup UMNO.

Anonymous said...

Quiet despair,

Saya pengundi Sg Terah yang mengundi PAS dalam pilihanraya yang lalu. ASaya masih ahli PAS. Tetapi saya mengundi UMNO kali ini kerana Ku Li. Kalau sdr melaungkan 'hidup Najib' dan sebagainya saya akan kembali mengundi PAS dalam piliharaya nanti.

Jangan disebut nama Najib ditempat saya. Saya suka orang yang tidak glamor macam Najib.

Sdr tidak faham keadaan disini. Sdr pemikir politik 'arm chair'. Sdr tak tahu apa-apa.

Sedih, 'lembu punyai susu sapi dapat nama' Kalau sdr nak tengok UMNO menang, jangan sebut nama Najib disini. Faham??

pengundi luar Galas.

Yuswani said...

Di sini saya ingin mengesyurkan kepada seluruh warga UMNO agar mencalunkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai President UMNO bagi pemilihan akan datang. Dengan itu nescaya UMNO akan kembali setabil dan disukai ramai rakyat kerana faktor TRH adalah bersederhana serta tidak gila kuasa, malahan tamak jauh sekali. Bukan hanya UMNO akan begitu, malah BN juga akan bertambah teguh. TRH mempunyai resepi tersendiri yang disukai rakyat banyak untuk memulihkan UMNO/BN supaya gah di mata rakyat....

Anonymous said...

tahniah TR. Rakyat perlukan pendekatan macam TR dan personeliti macam TR .Role Model ini kalau di iktiraf oleh MT UMNO maka perubahan mood rakyat akan berpindah kepada BN dimasa depan.Dahulukan kejujuran dan keikhlasan.

mo said...

Asalam saudara aspan,,, Jangkaan dan ramalan tuan telah terbokti benar,,, dengan ini shyabas galas,,, Tr telah membawa satu pengaruh yg cukup kuat di galas, hingga umno dapat mendapat balik dun berikut... Inilah politik kali ini menang, dan lain kali mungkin kalah,,, Persoalan dalam kemenangan berikut nya, adakah kemenangan di galas dan batu sapi oleh bn itu bermaruah??? Apakah kemenangan tersebut menanda satu keadilan kepada semua rakyat??? Atau hanya dengan mendapat undi terbanyak,,sudah tentu mendapat kemenagan, itu lah sistem yg kita amal selama ini.,,,Dari aspek hakikat rakyat masih mempersoalkan kemenangan tersebut??? Di mana keadilan yg telus kepada rakyat untuk menentu undi??? Apakah media masa kita sudah cukup adil dan seimbang ??? Apakah govt of today betul sudah sudah tidak mengunakan dan menyalah gunakan agensi kerajaan untuk kepentingan kepada mereka??? Apakah rakyat telah betul bebas bersuara ??? Jawapan sudah tentu segala tidak,,, Kalau nazri aziz iawab, sudah tentu dia jawap, pemekang boleh menang dalam sistem pemilihan kita,,, Betul... namun hanya perlu di persoalkan di mana letak keadilan yg rakyat mahu??????

Anonymous said...

Bro,

1. Kemenangan SUB Gua Musang adalah kemenangan peribadi Kuli. Beliau perlu menang. Hanya kemenangan sahaja pilihan yang ada kepada Kuli, else, beliau akan menjadi korban besar puak-puak tertentu dalam UMNO(Baru).

One this note, saya rasa PAS Kelantan amat memahami hakikat ini. To me, kemenangan ini lebih dari sebuah PRK tetapi penting demi maruah, jasa dan statemanship beliau kepada negara. Hakikat ini goes beyond politics itself.

2. Dalam sehari dua ini, marilah kita perhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin utama UMNO(baru) memberi ulasan terhadap kemenangan peribadi Kuli ini. Ini sedikit sebanyak memberi bayangan tentang kedudukan Kuli dalam UMNO(Baru) selepas kemenangan ini.

3. Kepada sesiapa yang mempunyai tanggapan bahawa dengan kemenangan ini, Kuli mampu untuk merampas kelantan dalam PRU13 nanti - rasanya ia adalah satu kesimpulan yang simplistik. Masalah UMNO(Baru) Kelantan begitu parah sekali dan Kuli seorang tidak mampu untuk merubahnya sebagaimana beliau tidak mampu merubah UMNO(baru).

4. Sekiranya Quiet despair begitu confident dengan keputusan ini, by all means, najib bubarkan parlimen dalam masa terdekat ini. Believe me, BN will loose putrajaya.

wak jerman

UMNO Lama said...

Assallamu alaikum tn,

Saya merupakan ahli UMNO Lama yang turut menjadi ahli UMNO baru selepas UMNO Lama diharamkan oleh Mahkamah lebih 20 tahun yang lalu. Ibu bapa saya dan hampir semua adik beradik saya juga ahli UMNO Lama yang turut menjadi ahli UMNO baru. Begitu juga isteri saya dan ipar-ipar saya . Dalam tahun 2008 , kami sepakat mengundi PR kerana melihat Pak Lah sebagai PM yang lemah . Harapan untuk melihat UMNO kembali membela orang-orang melayu nampaknya makin musnah apabila Najib Tun Razak lebih teruk daripada Pak Lah kerana terlalu ikut cakap Rosmah dan kroni-kroninya . Nampaknya kami akan buat undi protes lagi jika Najib tak berubah dan Rosmah masih menggila NKRA .

BTW , TAHNIAH kepada KU LI dan bukan kepada UMNO diatas kemenangan di GALAS ! Saya memang meminati Ku Li dan agak keciwa apabila beliau kalah pada Che Det dalam tahun 1987 . Harap-harap UMNO jangan pinggirkan lagi Ku Li.

P/s - Kalau UMNO nak hilang lebih 100 undi pada PEMILU 13 nanti , sila pinggirkan KU LI and please tell Rosmah just be a house wife to her husband like Tun Hasmah !

gang