31 July 2010

Selepas Tun LLS, Tun yang mana pula akan kemahkamah?

Tun Ling Liong Sik (TLLS) merupakan VVIP yang bergelar Tun yang pertama dan merupakan Presiden MCA yg kedua menghadapi proses undang-undang dan merupakan kes dan pertuduhan berprofil tinggi.

Sebelum LLS, Tan Koon Swan pernah ditimpa nasib malang yang sama dan beliau gugur sebagai pemimpin MCA dan LLSlah yang mengambil alih tugasan Presiden MCA selepas itu.

Tidak payahlah saya perturunkan pertuduhan dan satu lagi pertuduhan ‘alternative’ yang dihadapi oleh TLLS kerana semua orang tahu pertuduhan itu dibibir mulut masing-masing.

Yang penting kita perlu insafi dan fahami yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa yang keterlaluan itu akhirnya akan diketahui umum, samada kesalahan itu dilakukan oleh pemimpin atau olih isterinya yang berpengaruh serta kroni dan tali barut yang ada disekeliling pemimpin itu.

Bangkai gajah masakan boleh ditutupi dengan nyiru? Lama kelamaan bau bangkai itu akan terhidu juga akhirnya.

Pertuduhan keatas TLLS ini diharapkan satu pertuduhan yang dikendalikan dengan penuh keadilan dan ketulusan. TLLS merupakan orang yang kelima dituduh dalam kes PKFZ ini dan ianya melibatkan jumlah wang yang begitu banyak.

Kesemua wang yang dilibatkan adalah wang rakyat dan negara, khususnya bagi negeri Selangor. Ramai lagi sepatutnya dibawa ke pengadilan dan dalam kes ini telah melibatkan pemimpin-pemimpin MCA dan UMNO yang kedua-duanya adalah bersama didalam komponen BN.

Saya menganggap pertuduhan keatas seorang ketua parti dalam BN ini amat memaluka, bukan sahaja kepada yang dituduh tetapi juga pihak yang membantu kes ini terjadi.

Saya boleh merasakan bagaimana perasaan seorang bekas pemimpin yang telah lama merasakan nikmat berkuasa dihadapkan kemahkamah semasa beliau hidup dizaman persaraannya.

Dengan kes ini TLLS benar-benar menghadapi perasaan malu dan tertekan didalam sisa-sisa hidup setelah berkhidmat begitu lama kepada negara dan rakyat. Beliau bergelar Tun dan merupakan pemimpin besar MCA yang mewakili kaum Cina dan dengan kes yang dihadapi oleh beliau ianya merupakan satu isu yang tidak akan dapat dilupakan oleh beliau sepanjang hidup.

Pertuduhan keatas TLLS ini melibatkan isu tanah yang berhubung kait dengan kelulusan pihak Kabinet Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor; maka dalam kes ini tentulah TLLS bukan kesaorangan dan ianya pasti melibatkan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO Selangor.

Pemimpin-pemimpin politik yang terlibat seharusnya bersedia untuk menghadapi proses undang-undang dan undang-undang janganlah bertindak secara 'selective'. Jangan lah diantara yang terlibat itu kemahkamah dan ada yang tidak pun disiasat.

Setakat ini hanya TLLS sahaja dikalangan pemimpin politik yang dihadapkan kemahkamah. Sebelum ini hanya 4 orang pegawai Kuala Dimensi yang menhadapi pertuduhan itu.

Apabila TLLS dibicarakan nanti tentulah saksi-saksinya terdiri dari pembesar pembesar negara termasuk kesemua PM yang berkuasa selama projek ini bermula sehingga hari ini.

Tentulah kita ingin melihat apakah jawapan yang akan diberikan oleh Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan PM yang sekarang ini apabila mereka-mereka ini dipanggil sebagai saksi nanti.

Kes ini adalah kes yang sangat besar dalam siri skandal rasuah negara yang dilihat oleh rakyat. Skandal ini melambangkan betapa tidak bertanggunjawabnya pihak-pihak yang berkuasa sehinggakan projek yang hanya melibatkan kurang dari 2 billion telah menjadi 4 billion dan seterusnya terlajak ‘cost overrun’nya sehingga 12 billion.

Difahamkan sekarang jika projek ini diteruskan ‘cost’nya akan melebehi 15 billion ringgit. Individu-individu yang terlibat wajar menerima segala hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang jika disabitkan kesalahan terhadap mereka.

Kalau kes seperti ini berlaku dinegara maju seperti negara Scandinavia misalnya seluruh kabinet itu adalah ‘accountable’ keatas isu ini dan selalunya seluruh ahli jemaah kabinet yang terlibat akan meletakkan jawatan

Yang bertanggungjawab diatas penipuan dan ‘deception’ kepada kabinet itu tentulah TLLS tetapi yang ‘accountable’ terhadap kelulusan itu mesti diambil oleh keseluruhan ahli-ahli jemaah kabinet negara kita ini.

Mengambil ‘accountability’ terhadap isu besar seperti ini mungkin anih bagi kita disini tetapi ianya adalah praktis yang biasa dinegara-negara lain. Malahan sikap tidak mahu mengambil ‘accountability’ terhadap kesilapan dan kesalahan pemimpin-pemimpin yang memimpin kita ini lah menjadi penyebab kepada banyak keburukkan pentadbiran kita terus-menerus berlaku.

Tindakkan undang-undang seperti yang dilakukan terhadap TLLS ini wajar diteruskan dengan mengambil tindakkan undang-undang terhadap kes-kes yang lain.

Kerajaan pimpinan BN harus membersihkan nama dan imejnya dengan mengambil tindakkan tanpa memilih bulu keatas banyak lagi kes-kes lain yang berlaku didepan mata kita.

Mengambil tindakkan terhadap pesalah-pesalah dalam skandal PKFZ sahaja tidak mencukupi utuk membersihkan nama yang sudah tercemar dengan begitu teruk sekali ini.

Kepada media massa kita berharap akan menumpukan tenaga mereka untuk membongkar kembali semua kes-kes yang dilakukan oleh pemim[pin dan kerajaan kita yang telah menyebabkan ketirisan kepada wang rakyat yang jumlahnya ratusan billion ringgit selama ini.

Tidak payahlah hendak membesarkan isu kecurian pasir yang diperbesarkan oleh UMNO Selangor sekarang ini yang belum tentu salah benarnya.

Pihak kita telah mencuri wang rakyat dalam ratusan billion ringgit dan kesemua wang ini hilang dari kantung negara dan masuk kedalam saku individu perasuah negara.

Noh Omar atau pun Khir Toyo patut memberikan fokus untuk membersihkan nama UMNO dan BN yang telah sampai ketahap yang tidak boleh ditanggung lagi oleh rakyat.

Ada juga yang bertanya, selepas Tun LLS ini, Tun yang mana pula yang patut menghadapi mahkamah kerana salah laku rasuah dalam sejarah hidup mereka?

Banyak juga cerita yang didengar dari mereka yang bergelar Tun ini dan rakyat ingin juga tahu sikit-sikit.

Rakyat tetap memerhati.

29 July 2010

Melayu serba salah: nak sokong UMNO takut terus dibohongi........sambungan.

Kalaulah UMNO berjaya untuk menghilangkan perasaan was-was orang Melayu terhadapnya ini merupakan satu ‘miracle’. UMNO tidak boleh lagi bertindak semata-mata untuk menghilangkan sakit tetapi mesti bertindak untuk menghilangkan penyakit.

Sakit dan penyakit merupakan dua perkara yang berbeza. UMNO mesti faham apakah penyakit yang sebenar yang dihadapinya.

Selama ini UMNO hanya bertindak untuk menghilangkan sakit-sakit yang ada kepada tubuh UMNO itu sahaja sama seperti kita hanya makan ‘pain killer’ apabila terasa sakit kepala atau terasa sakit ditengkok dan telinga.

Memakan ‘pain killer’ apabila terasa sakit itu hanyalah tindakkan yang menghilangkan sakit buat sementara dan sakit itu akan berulang-ulang sehinggalah tubuh kita hilang daya tahan dan ‘pain killer’ itu tidak mampu lagi berfungsi sebagai penyelesaian terhadap rasa sakit kita tadi.

Yang tidak diubati ialah penyakit yang menghinggapi parti kita iaitu salahguna kuasa dan rasuah, kerana rasuah ini memberikan kesakitan yang amat sangat.

Banyak penyakit kanser misalnya hanya mengetahui yang kansernya telah sampai ketahap 3 atau 4 kerana selama ini mereka hanya memakan ubat sakit kepala, telinga dan sebagainya kerana tidak prihatin dengan penyakit yang sebenarnya yang dihadapinya.

Hanya setelah ubat yang menghilangkan sakit itu sudah tidak efektif lagi baru lah bergegas-gegas nak membuat ‘medical check up’ dan menyedari kansernya sudah sampai ketahap yang ‘terminal’.

Penyakit rasuah dikalangan pemimpin dan kerajaan sudah sampai ketahap ‘terminal’ dan sudah tidak terkawal lagi. Rakyat sudah tidak percaya lagi segala pengumuman tentang tindakkan kerajaan membeteras rasuah ini.

Apabila penyakit dalam UMNO ini sudah ‘terminal’ maka tidak ada siapa pun percaya penyakit UMNO ini tidak akan boleh sembuh lagi. Apabila masyarakat sudah tidak yakin yang penyakit yang kita hadapi akan sembuh, mereka akan hanya memikirkan waktu dan saat untuk menziarah jenazah dan mentalkinkan kita.

Tidak akan ada lagi orang untuk berususan dengan kita yang pada adatnya dan zahirnya akan mati.

Sesungguhnya itulah penyakit yang kita hadapi dalam UMNO…pemimpin disetiap peringkat sudah tidak lagi diyakini untuk mereka berurusan, kerana penyakit mereka sudah sampai ketahap ‘terminal’.

Itulah sebabnya UMNO tidak mampu lagi untuk melakukan penyelasaian dengan hanya mengurus sentimen perkauman semata-mata.

Pandangan yang orang Melayu akan hilang kuasa politik jika UMNO tidak memerintah tidak menjadi isu yang boleh menyatukan orang Melayu lagi.

Melayu memang hendak bersatu, tetapi mereka hendak bersatu diluar UMNO. Mereka merasakan bersatu didalam UMNO hanya memungkinkan harta benda mereka dikaut dan di faraidkan oleh pemimpimpin dan anak isteri pemimpin mereka sahaja.

Mereka sudah tidak yakin yang UMNO mampu memberikan perlindungan kepada orang Melayu. UMNO hanya hendak menjadikan orang Melayu untuk memberikan kemudahan untuk pemimpinnya menyuburkan kegiatan rasuah.

Orang Melayu dan semua rakyat Malaysia sudah faham rasuah itu adalah penyakit yang membawa kepada banyak masalah didunia ini.

Orang Melayu dan semua bangsa sudah tidak menghormati individu-individu pemimpin dalam UMNO dan BN kerana mereka ada persepsi yang pemimpin UMNO dan BN mempunyai ‘attribute’ yang dibenci rakyat; iaitu mereka adalah gerombolan perasuah yang tidak ada hadnya.

Mereka tahu yang UMNO tidak boleh diperbaikki lagi; ianya hanya boleh diperbaikki jika kesemua pemimpin yang ada diatas ditukar 100 peratus, dan keadaan itu tidak mungkin berlaku.

Pemimpin-pemimpin ini rela UMNO berkubur dari menyerahkan kuasa kepada orang yang lebih bertanggung jawab untuk menyelamatkan UMNO.

Jadi, isu yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk ‘survival’nya dengan isu perkauman sambil menakut-nakutkan orang Melayu semata-mata merupakan tindakkan 'desperate'. Sebenarnya isu itu sudah tidak laku lagi kerana isu itu telah dibangkitkan pada setiap kempen pilihanraya Umum sejaka 1974 dahulu.

Orang Melayu tidak ingin bergaduh lagi, dan orang Cina pun memang tidak mahu keadaan yang mengerikan itu berulang lagi. Masing-masing berkehendakkan kehidupan yang aman damai dan makmur.

Kepada mereka, selagi UMNO menggunakan isu perkauman itu, UMNO akan hilang asanya untuk kekal dengan kewujudannya kerana tidak berhenti-henti menggunakan sentiment perkauman untuk mengekalkan sokongan rakyat yang berbilang kaum ini.

Dalam keadaan ‘desperate’ UMNO menggunakan isu pasir untuk menjatuhkan lawan diSelangor dan di P Pinang, sedangkan pasir ini menjadi bahan untuk dicuri sejak UMNO memerintah negeri itu.

UMNO dan penyokong-penyokongnya tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah ditolak rakyat dan jika pasir hendak dijadikan isu untuk menjatuhkan PR diSelangor itu merupakan isu yang tidak betul untuk dipakai.

Sekarang kerajaan negeri Selangor telah membuktikan yang mereka telah mendapat sejumlah RM15.4 juta dalam tahun 2010 sedangkan selama BN memerintah Selangor, negeri itu tidak pernah berjaya mengutip lebih dari RM5 juta royalti pasir setiap tahun.

Rakyat sudah tidak ada lagi toleransi terhadap kepimpinan UMNO Selangor kerana semasa mereka memerintah mereka merasakan mereka memrintah dari kayangan dan selalunya terjebak dengan penyakit kufur nikmat.

Kita terlalu marah dengan orang bangsa Cina, kerana tidak memberikan sokongan kepada BN dan UMNO.

Apabila Dr Mahathir memindahkan kuasa kepada Abdullah, orang Cina memberikan sokongan yang hebat dan kuat sekali kepada kepimpinan Abdullah sehinggakan Abdullah mendapat 90 peratus sokong dari rakyat termasuk orang-orang Cina pada PRU11 pada tahun 2004 dahulu.

Mereka memberikan sokongan kepada Abdullah semata-mata kerana imej Mr Clean dan latarbelakang Agama yang ada kepada beliau. Orang-orang Cina sendiri berkeyakinan bagi seorang yang berlatar belakangkan Agama memang boleh dipercayai.

Tetapi bangsa Cina kecewa dengan Abdullah tidak ada bezanya dengan pimpinan yang sebelumnya dan mereka tidak lagi percaya kepada mana-mana kepimpinan Melayu kerana kepada mereka semuanya sama tidak kira mereka berlatar belakngkan Agama atau pun tidak.

Bagi mereka tidak ada sesiapa pun yang boleh dipercayai didalam kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini. Berilah mereka jutaan ringgit untuk membangunkan sekolah jenis kebangsaan Cina mereka tetap tidak berkeyakinan.

Tetapi mereka juga faham yang negara perlu dipimpin oleh seorang pemimpin Melayu yang mereka percayai yang boleh membina masyarakat yang bersatu dan bersama-sama membangunkan negara yang kita sama-sama cintai ini.

Jika ini keadaannya maka kita orang Melayu masih ada harapan untuk berkuasa jika kita sanggup berusaha mencari sesiapa yang boleh melakukan tugas yang sangat berat ini.

Jika kita letakkan harapan kepada barisan pemimpim-yang ada pada hari ini untuk mencapai matlamat itu, kita tidak akan sampai kematlamat itu sampai bila-bila.

28 July 2010

Melayu serba salah: nak sokong UMNO takut terus dibohongi

Orang Melayu sedang keliru dan sedang tercari-cari penyelesaiannya. Orang Melayu terutamanya yang sayangkan UMNO sendiri semuanya keliru dan kekeliruan ini ialah kerana keadaan semasa yang mana mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa bagi penyelesaiannya.

Benar kah jika UMNO diketepikan oleh rakyat Melayu akan hilang kekuasaan? Jika ianya benar rakyat terpaksa mempertahankan parti kita ini ‘at all cost’ dan pastikan rakyat memberikan mandat lagi kepada UMNO dan sekutunya dalam BN.

Apabila UMNO kembali berkuasa persoalannya bagaimana kita hendak mengelakkan harta benda rakyat dari dikikis oleh pemimpin dan kroni mereka melalu ‘projek privatisation’ yang menjadi modus operandinya?

Yang terakhir kita dengar dan tahu bagaimana tanah lapangan terbang Sungei Besi akan di berikan kepada orang-orang yang rapat dengan pucuk pimpinan negara.

Blog ini pernah mencadangkan agar tanah yang sangat bernilai ini diberikan munafaatnya kepada rakyat dengan membina Park yang luas untuk mengimbangi pembangunan Kuala Lumpur dengan pembangunan hijauan sepertikotaraya besar dinegara-negara maju.

Ramai rakyat bertanya jika UMNO ini masih diberikan kuasa mampu kah ia menjauhkan diri dari melakukan kemaksiatan mentadbir negara ini.

Kalau UMNO masih lagi memerintah bolihkah pimpinan memastikan perbelanjaam membeli peralatan tentara misalnya tidak ditambah kepada harga sebenarnya sebagai cara mendapatkan kamsen bukan.

Kamsen yang diterima bukannya diatas keuntungan syarikat yang menjual barangan kepada kita tetapi melalui ‘inflated prices’ yang kita cadangkan kepada mereka yang menjual peralatan-peralatan itu. Harga tambahan itu akan kembali kepada mereka yang berkuasa dan jumlahnya sangat besar; dalam ratusan juta ringgit.

Semuanya ini dapat dikesan oleh rakyat dan tidak boleh menyorokkan fakta yang melibatkan transaksi-transaksi tersebut. Rakyat sudah jemu dengan sikap kepimpinan kita merompak wang rakyat dan mengeringkan kantung negara.

Apabola kantung negara kekeringan pemimpin yang sama juga akan menarik balek subsidi yang masih diperlukan rakyat dan pendeknya rakyat terpaksa menang kos yang terlalu mahal untuk mengekalkan pemimpin-pemimpin yang rasuah ini.

Kalau UMNO masih berkuasa apakah kepastian yang pemimpin-pemimpin yang dikedepankan itu tidak ada imej yang baik seperti Nor Mohammad Yakcop, Nazari dan banyak lagi perasuah-perasuah disetiap peringkat.

Sebelum rakyat memberikan mandat sekali lagi mampukah MACC membawa kemuka pengadilan perasuah-perasuah berprofil tinggi yang begitu ramai?

Dari Perlis sampailah keSabah rakyat bercerita tentang pertimbangan samada untuk memberikan tugas terus kepada parti UMNO dan sekutunya memerintah negara kita ini.

Rakyat sudah sampai kepersimpangan dalam membuat keputusan samada untuk teruskan memberi mandat kepada UMNO dan sekutunya.

Rakyat sudah merasa ngeri untuk menyokong kepimpinan UMNO pada hari ini melihatkan UMNO tidak juga tidak berubah malahan bertambah parah sikapnya. UMNO terus menghadapi krisis keyakinan rakyat keseluruhannya.

UMNO seolaj-olah menjadi entity bisnes bagi anak isteri pemimpin kita untuk mengaut kekayaan yang terlalu berlebihan dan tidak ada perasaan segan dan silu berbelanja harta rakyat untuk memenuhi nafsu nafsi dan syahwat kehidupan terus menerus.

Pemimpin-pemimpin kita seolah-olah sudah hilang terus hidayah dan sudah tidak tahu dan mengenali lagi yang mana salah dan yang benar. Dalam pada itu rakyat dari hari kehari merasakan himpitan kos kehidupan yang tinggi dan melambung.

Kita bukannya mahu mempertahankan subsidi-subsidi ini berterusan tetapi rakyat berfikir; jika setakat hendak mendapatkan pertambahan pendapatan sebanyak RM750 juta pemimpin dan kerajaan boleh mendapatkannya dengan mengurangkan rasuah yang melibatkan ribuan jutaan ringgit itu.

Kenapa syarikat ‘concessionaire’ lebuh raya misalnya tidak mahu membantu kerajaan dengan mengurangkan pampasan yang dibebankan kepada kerajaan selama ini? Kenapa? Kenapa ditarik subidi rakyat menjadi keutamaan?

Walhal syarikat-syarikat konsessi ini telah mengaut keuntungan yang sangat besar dengan bertambahnya bilangan trafik yang melalui toll-toll mereka? Kenapa pemimpin-pemimpin kita tidak mampu berbincag dengan syarikat-syarikat konsessi ini untuk bersama-sama berkorban untuk mengelakkan kantung negara kita dari kemuflisan?

Rakat juga hendak tahu kenapa negara kita sangat ketinggalan dibelakang kesemua negara rantau ini dari segi ‘FDI’ misalnya? Kita jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Indonesia, Thailand, Singapura, Thailand, Vietnam dan Laos.

Rakyat sudah naik bingung memerhatikan pemimpin kerajaan yang sudah hilang hidayah ini. Dalam negara menghadapi kesempitan kewangan ini masih kita terdengar seorang pemimpin negara mengumumkan untuk membina bangunan baru Parlimen yang baru seolah-olah bangunan parlimen yang ada pada hari ini sudah hendah runtuh.

Kos membangunkan bangunan itu dikatakan akan mencecah RM800 juta ringgit.

Pendeknya rakyat bertanya, berbaloi kah kita mempertahankan kerajaan pada hari ini?

Modal politik pihak UMNO hanya satu sahaja dalam usahanya untuk mempertahankan kekuasaan yang rasuah ini; iaitu dengan menakut-nakutkan orang Melayu yang jika UMNO gugur maka nasib orang Melayu akan menjadi malang.

Isu ini sahajalah modal kempen ahli dan penyokong UMNO: menakut-nakutkan orang Melayu tetapi orang Melayu sendiri merasakan bahang sikap ‘tidak boleh diharap’ pemimpin-pemimpin kita.

Bersambung……………

25 July 2010

UMNO tak 'eksyen' lagi - Muhyiddin

Muhyiddin berkata UMNO tidak ‘eksyen’ (berlagak) lagi sekarang ini. Dengan kata-kata Timbalan Presiden itu beliau mengakui salah satu sebabnya UMNO gagal dalam pilihanraya dulu ialah kerana UMNO itu ‘eksyen’ atau berlagak. Tetapi sekarang dah tak 'eksyen' lagi…dah baik dah, kata beliau.

UMNO memang sepatutnya tidak boleh ‘eksyen’ kerana tidak ada apa yang nak di’eksyen’kan lagi. Kerusi dikedua-dua Dewan Legilatif dinegeri-negeri dan Parlimen pun sudah banyak yang kalah. Apa yang nak di’eksyen’kan?

Dalam pilihanraya yang akan datang pun nampaknya lebih merbahaya lagi jika dibandingkan dengan PRU12 yang lalu. Justru itu memang lah UMNO tidak mampu nak ‘eksyen’ seperti dulu.

Semasa berucap dalam majlis Juara Rakyat diGombak semalam Muhyiddin mengakui yang kita terlalu ‘eksyen’ dulu tetapi sekarang tidak lagi begitu. UMNO dah tidak ‘eksyen’ lagi dah. Cakap beliau itu bunyinya seperti cakap P Ramlee dalam salah sebuah filemnya, bila beliau berkata beliau dah baik….sembahyang!!

Setakat itu Muhyiddin merupakan pemimpin yang berani mengakui kesilapan sendiri dan ini adalah sifat terpuji. Cara beliau bercakap itu pun sudah tidak ‘eksyen’ lagi.

Tetapi selepas ayat itu Muhyiddin kembali kepada kesilapan biasa kerana menuduh rakyat menolak UMNO kerana percaya kepada tipu helah pembangkang kononnya, bukannya kerana rakyat benci dengan UMNO yang ‘eksyen’ tadi. Beliau mula bercakap ‘eksyen’ semula.

Pada hal pada hakikatnya rakyat menolak UMNO itu kerana parti itu ‘eksyen’ sangat seperti mana yang diakuinya semenit dua sebelum itu.

Itulah sebabnya saya menulis dalam posting saya semalam bahawa kita kena bersihkan pekung kita dahulu sebelum kita nak bersihkan kudis-kudis orang lain.

Selalu saya sebutkan agar kita melakukan introspeksi diri dan parti kita kenapa tidak berjaya yang meyakinkan dalam pilihanraya umum dan pilihanray-pilihanraya kecil yang lalu?

Kalau kita introspeksi dan tahu apa-apa kelemahan kita maka kita tidak payahlah menuduh pembangkang dan menunjukkan kelemahan kita kepada orang ramai. Sendiri punya salah jangan lemparkan kesalahan kita kepada orang lain pula.

Ada diantara pembaca blog saya meminta saya menyalahkan parti pembangkang kerana pekung pembangkang pun ada, katanya.

Kenapa saya nak suruh parti pembangkang itu menjadi bersih, sedangkan saya bukan ahli parti-parti itu? Saya meminta parti saya menjadi bersih untuk membezakan diantara parti kita dengan parti mereka. Kalau saya yang meminta parti pembangkang itu bersih bermakna saya adalah ahli parti-parti tersebut.

Lagi pula betul ke parti pembangkang itu lebih kotor dari UMNO? Kalau mereka lebih kotor dari UMNO kenapa yang kita dan pemimpin kita bersikap seperti orang yang ‘meghoyan’ ini?

Selalunya sesiapa yang gagal untuk menjadi bersih mereka akan membandingkan serta menuduh parti pembangkang pun kotor. Kalau dah sama-sama kotor kenapa sibuk mengata DAP dan PAS itu parti tidak baok kepada rakyat?

Pemimpin parti PAS atau DAP belum lagi ada rekod menggunakan duit PETRONAS untuk ‘bail out’ seorang anak PM dari UMNO.

PAS belum lagi membuktikan yang mempunyai seorang orang kuatnya pernah merugikan Bank Negara Malaysia melebihi 30 billion ringgit semasa perniagaan membeli dan menjual mata-wang asing.

Orang yang bertanggungjawab itu kemudian dilantik oleh Dr Mahathir menjadi Penasihat ekonomi negara. Apa nasihat ekonomi yang diberkannya pun kita tidak tahu dan sekarang masih menjadi Menteri kita.

Batu-baru ini Setiausaha Politiknya ditangkap dengan jumlah wang jutaan ringgit dikediamannya dan sehingga hari ini belum kedengaran beliau dibawa kemuka pengadilan.

PAS atau DAP belum lagi kedengaran merugikan wang rakyat sebanyak 600 juta ringgit dalam kes MAMINCO dahulu kerana Dr Mahathir memandai-mandai nak melakukan manipulasi diLME (London Metal Exchange).

Belum lagi kita dengar bekas pemimpin PAS atau DAP yang terbang kesana dan kemari dengan Jet Eksekutif Global Express keseluruh dunia setelah bersara tetapi itu berlaku dikalangan bekas pemimpin kita.

Belum lagi kita dengar pemimpin PAS atau DAP mempunyai isteri yang boros membelanjakan wang negara seperti membelanjakan wang datuk nenek dia sendiri.

Belum juga saya melihat isteri pemimpin PAS berucap dalam mana-mana ‘function’ dan disiarkan melalui semua stesyen TV kita, dan berlagak lebih dari PM sendiri.

Belum kita dengar lagi isteri-isteri pemimpin PAS dan DAP berbelanja jutaan ringgit untuk ‘shopping’ dikotaraya-kotaraya terkenal didunia ini dengan menggunakan wang yang bukan wang sendiri. Dalam sejarah dunia hanya isteri Presiden Marcos, yang bernama Imelda yang mempunyai imej itu.

Pemimpin-pemimpin PAS dan DAP itu beristeri juga seperti pemimpin kita, tetapi belum kita dengan isteri-isteri pemimpin parti-parti itu menyibuk seperti isteri-isteri pemimpin kita. Isteri-isteri pemimpin PAS hanya melakukan apa yang seorang isteri wajib lakukan.

Justru itu, apa yang dikatakan oleh Muhyiddin itu ada benarnya yang UMNO dulu ‘eksyen’ dan saya nak bertanya kepada Muhyiddin supaya memberitahu apa yang di’eksyen’kan oleh pemimpin UMNO itu? Bagaimana pula cara nak hilangkan sifat ‘eksyen’ itu?

Itu yang secebis yang kita sempat sebut, bagaiman yang lain-lainnya? Oleh itu kenapa kita sibuk hendak tercari-cari kesalahan pembangkan sahaja. Kenapa gajah didepan mata kita tidak nampak? Kenapa kita hanya nampak kuman diseberang laut?

Kepada Muhyiddin, saya ingin memberitahu yang rakyat nak bertanya; macam mana nak tutup ini semua, kerana bangkai gajah tidak tertutup oleh nyiru yang kecil.

Mungkin cara yang terbaik untuk penyelesaiannya ialah dengan mengambil contoh negara Perancis yang bertindak membuang semua pemain bola sepaknya kerana gagal untuk bermain dengan baik diPiala Dunia diAfrika Selatan baru-baru ini.

Lagi pun Najib pernah berucap 2 kali untuk kita mencontohi seperti pemainan bole sepak kalau kita ingat. Kalau begitu kenapa tidak kita ikut sahaja cara Perancis membuang semua pemain negaranya semalam?

Perancis telah membuang kesemua pemain bola sepak negaranya termasuk Terry Henry sendiri. Bagaimana kalau kita ikut sahaja contoh tindakkan negara Perancis itu?

Saya mencadangkan untuk bertanya kepada Najib dengan soalan ini kerana beliau meminta kita semua bertindak seperti pemain bola sepak Piala Dunia itu.

Muhyiddin mungkin boleh beritahu semua rakyat apa tindakkan yang diambil oleh UMNO yang dikatakan sudah tidak ‘eksyen’ lagi itu? Rakyat hendak juga tahu.

24 July 2010

Ubatkan pekung sendiri dahulu, sebelum kita bersihkan kudis orang lain.

UMNO Selangor telah memulakan kempen untuk mengambil alih kembali penguasaan keatas kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat dan sekarang sudah mula melakukan serangan kepada kerajaan PR yang diterajui Khalid Ibrahim.

Saya tidak nampak lagi cara UMNO boleh melakukan kempen secara bersih untuk mencapai matlamat dan idaman BN di Selangor. Pendapat saya lebih cenderung untuk melakukan strategi untuk mempertahankan apa yang ada sahaja buat pilihanraya yang akan datang ini.

Elok dijaga keadaan yang merunsingkan diNS dan Pahang serta Trengganu. Takut-takut Selangor tak dapat diambil alih, NS dan Trengganu pula yang hilang sekali.

DiSelangor UMNO hanya mampu untuk memperkuatkan isu kecurian pasir sahaja. Isu ini sebenarnya isu yang tidak kuat kerana semasa BN memerintah dahulu kerajaan hanya mendapat lebih kurang RM4juta sahaja dari kegiatan pasir pada 2007 tetapi dibawah PR Selangor telah mendapat revenue sebanyak 15 juta ringgit dan ianya merupakan lonjakkan sebanyak 300 peratus dalam tempuh 2 tahun.

Kalaulah saya menjadi pemimpin UMNO Selangor isu pasir ini tidak akan menjadi isu hangat kerana dibawah pemerintahan UMNO dahulu isu pasir ini lebih teruk lagi. Hanya bezanya media massa perdana tidak membuatkan ini sebagai isu pokok kerana kerja jahat itu dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Saya selalu juga berbincang-bincang dengan orang bawahan UMNO Selangor ini dan kebanyakkan mereka merasa sakit hati melihat apa yang dilakukan oleh UMNO sekarang ini diSelangor. “Masa kita memerintah Selangor dulu, PR tidak pun menghimpit sekuat ini terhadap BN padahal kita semua tahu bagaimana BN menjahannamkan harta benda Selangor” kata seorang AJK Bahagian diSelangor.

Malahan mereka bertanya pula, siapa yang hendak menerajui Selangor untuk mengambil alih kerajaan PR. Saya menjawab, kita ada Ezam Mohd Nor dan Noh Omar. Mereka terus ketawa dan berkata, “Dari Noh Omar lebih baik lagi kami dibawah ini” sambil ketawa.

Apabila saya tanyakan tentang Ezam, mereka terus menjawab, “belaga angin dengan Azmin lari masuk UMNO. Bila dia kata UMNO itu baik aku naik radang kerana dulu dialah yang mencerca UMNO. Ezam tu macam pemain bola sepak EPL, mana kelab yang bayar mahal dia pun sign kontrak dengan kelab itu.”

Sesungguhnya UMNO Selangor tiada kepimpinan. Tidak ada nama untuk diketengahkan Nama ini penting kerana rakyat hendak tahu siapa yang bakal menjadi MBnya. Takkanlah Noh atau Ezam.

DiSelangor ini terdiri dari mereka-mereka yang berpendidikkan tinggi terutamanya diLembah Kelang maka Noh Omar bukannya calun yang secucuk dengan kehendak rakyat Selangor.

Lagipun apabila kerajaan Selangor jatuh dahulu adalah disebabkan oleh kumpulan pemimpin BN yang sama yang menyebabkan BN jatuh tersembam pada pilihanraya 2008 yang lalu.

Kita ingin mengingatkan pemimpin kita yang isu air dan api letrik bukan lah lagi isu yang diterima oleh rakyat. Isu jalanraya yang dilebarkan dan ditar bukan menjadi bahan kempen yang relevan lagi.

Isunya sekarang baik dari BN mahu pun dari PR rakyat mahu melihat keadaan yang baru tetapi pernah kita alami dahulu wujud dalam pentadbiran dan politik hari ini.

Zaman pemimpin pandai berucap dan beretorik serta pandai membuat lawak diatas pentas sudah tidak boleh mendapat tepukkan rakyat sudah berlalu. Rakyat sudah tidak mahu lagi bertepuk kepada gegaran ucapan mana-mana pemimpin lagi.Rakyat mahu imej pemimpin yang ingin membawa perubahan itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih dan tidak ada imej rasuah.

Rakyat tidak mahu lagi ditipu dan dikelirukan dengan isu perkauman seperti DAP parti buruk atau pun PAS parti tidak elok. Persoalannya kita mesti Tanya diri kita elok atau tidak sebelum kita mengatakan orang lain tidak elok.

Kita tidak boleh lagi kata DAP anak PAP dan sebuah parti ‘chauvinistic’ kerana kita mesti soal diri kita yang MCA itu tidak ‘chauvinistic’ kah?

Rakayat sedar khasnya dikalangan orang Melayu bahawa DAP akan meletakkan calun-calun Melayu dalam pilihanraya yang akan datang.

Kita perlu menghapuskan isu perkauman dan tidak boleh lagi menggunakan isu 13 Mei sebagai cara menakut-nakutkan rakyat.

Kita mesti pastikan MCA mendapat sokongan kaum Cina tetapi dengan apa yang kita lihat sekarang amat payah bagi parti itu untuk mendapatkan sokongan kaumnya kerana penyakit yang dihadapi oleh MCA tidak jauh bezanya dari penyakit yang dihadapi oleh UMNO, iaitu imej rasuah yang tidak dapat dibuang dari persepsi rakyat yang akan mengundi nanti.

Saya selalu sangat mencadangkan supaya pemimpin berbagai kaum duduk kembali dimeja rundingan agar dapat mencari formula yang sesuai dan diterima oleh semua pihak untuk diikuti.

Kita perlu memulakan negara baru dengan iklim politik yang baru. Barulah dapat kita lari dari kemelut yang kita sedang hadapi dan yang tidak kunjung selesai ini.

Berbalik kepada pembuka kata saya tadi, elok kita jaga yang sedia ada supaya tidak tumbang seperti diNS dan Trengganu. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.

DiSelangor, jika BN salah membawa isu-isu panas ini, maka baki kerusi yang dipegang oleh BN itu akan hilang kali ini.

Rakyat tidak mahu lagi berat sebelah. Isu pasir tidak boleh dibandingkan dengan isu BNM kehilangan melebihi 30 billion ringgit apabila BNM kerugian besar dalam permainan pertukaran wang asing 20 tahun yang lalu.

Rakyat masih ingat kerajaan BN bertanggungjawab diatas isu Maminco dulu dalam mana kerajaan kerugian tidak kurang dari 600 juta ringgit.

Rakyat masih ingat bagaimana Petronas digunakan untuk ‘bail out’ anak seorang PM semasa itu apabila anaknya kerugian besar dalam perniagaannnya.Kalaulah jumlah yang melebihi 1billion itu digunakan untuk menghantar anak Melayu belajar keUniversiti-universiti luar negara nescaya Petronas boleh memberikan munafaat kepada tidak kurang 500 orang Melayu atau rakyat Malaysia dalam pelajaran dan pendidikkan.

Tetapi bapa kepada peniaga ini berretorik menghentam kegagalan Melayu dalam perniagaan sedangkan anaknya bergayut kepada dagu bapanya yang berkuasa. Macam mana nak gagal kerana kita rakyat yang membayar kegagalan anak PM ini.

Rakyat masih mempersoalkan banyak perkara yang lain yang dilakukan oleh BN yang melibatkan ratusan billion ringgit.

Rakyat mahu bertanya kenapa semuanya ini tidak dikeluarkan kemuka orang ramai kerana semua kerugian dan salah guna wang ini melibat wang rakyat yang membayar cukai.

Bagimana pula dengan tindakkan PM yang memberikan tanah yang sangat bernilai didalam kawasan KL kepada bekas PM yang tidak memberikan apa-apa jasa selama 5 tahun mentadbir negara.

Kenapa 18 kes yang berprofil tinggi yang disebut oleh ahli kabinet negara, sampai kehari ini tidak dibawa kemahkamah?.

Rakyat mahu melihat BN memberikan tumpuan kepada isu dan masalah yang dilakukannya sendiri mesti dibersihkan dahulu sebelum melihat pekung didada orang lain.

Bersihkan pekung sendiri dahalu baru pergi kehadapan untuk membersihakan pekung orang lain.

Itulah sebabnya kita mesti melihat kedalam atau introspek diri dahulu sebelum kita melihat keluar untuk memandang kedhaifan parti-parti pembangkang.

Di sini Muslim ramai, Islamnya kurang - Di barat Islamnya ramai, Muslimnya kurang

Ada seorang dari pembaca tulisan saya memberikan pandangan yang nilai Islam lebih nyata kewujuddannya dinegara barat dari disini.

Ini merupakan pandangan sama yang saya pernah menulisnya 2 tahun dahulu. DiEropah misalnya kehidupan mereka penuh etika dan etika yang diparaktiskan mereka kesemuanya berunsurkan nilai dan kehendak Islam.

Hanya disana mereka kebanyakkannya beragama Christian dan tidak begitu ramai yang beragama Islam.

Sesungguhnya nilai Islam itu merupaka nilai yang paling terpuji dan ianya merupakan cara kehidupan atau ‘addin’ yang selalu disebut oleh ulamak-ulamak yang bercakap tentang agama dikaca-kaca TV kita.

Etika atau ‘addin’ Islam merupakan kemuncak cara penghidupan bertemaddun manusia. Ini merupakan tuntutan Tuhan dan jika etika ini diikuti dengan baik, maka ianya boleh menjamin keutuhan hidup bermasyarakat dan bernegara tanpa menghadapi masalah yang besar.

Kita disini hanya diberitahu yang itu haram, yang ini halal dan yang sana makroh. Makan daging babi itu haram, minum arak itu haram, berzina itu dosa besar, makan ulam petai itu makroh dan sebagainya.

Jarang-jarang kita mendengar orang Islam diajar yang sesungguhnya dosa yang melibatkan kita sesame manusia itu adalah tersangat besar dosanya. Kita jarang-jarang diberitahu bahawa kalau kita tidak dapat selesaikan masalah ‘hablum minannas’, tidak mungkin kita akan dapat penyelesaian ‘Hablum minaalah’.

Dosa-dosa diantara ‘hablum minanas’ itu tentulah yang berkaitan dengan manusia yang lain dan semua yang mempunyai asas agama, akan mengakui yang sifat-sifat amarah dan mazmumah itu adalah dosa-dosa yang terbesar. Agama kita memberikan emfasis kepada sifat hina yang 13 itu, seperti dengki, khianat, cemburu, fitnah dan yang lain-lainnya.

Dalam kita begitu kuat memberikan ilmu fiqah yang memberi ketentuan tentang hukum halal haram itu kita tidak kesampaian untuk memberikan pengajaran yang lengkap tentang dosa-dosa yang terlingkung didalam kategori dosa-dosa dikalangan ‘hablum minannas’ itu tadi.

‘Hablum minannas’ itu sepatutnya bejalan secara ‘parallel’ dan selari dengan etika yang disebutkan tadi. Etika yang baik itu merupakan ciri keislaman yang sangat tinggi diperingkat syariatnya, kerana syariat itu adalah mercu segala hakikat.

DiEngland, Perancis dan mana-mana negara yang rakyatnya sudah maju, kita akan dapat melihat nilai-nilai keislaman yang tinggi diantara mereka walaupun mereka bukan penganut agama kita.

Disini terbukti bahawa hidup secara dan bernilaikan Islam itu merupaka cirri-ciri yang universal; maka itulah sebabnya Islam merupaka agama yang melengkapkan segala agama yang turun sebelum Islam itu sendiri.

Bagi mereka dinegara-negara maju mereka kebanyakkannya bukan Islam. Tetapi mereka membawa etika kehidupan secara Islam. Mereka hanya tidak berjumpa dengan mim ha mim dal sahaja.

Hormat kepada orang tua merupakan cirri yang sangat nyata menjadi cara hidup mereka. Saya begitu seronok misalnya apabila seorang anak muda lelaki British memberikan saya tempatnya didalam keretapi bawah tanah (tube) dikotaraya London misalnya.

Anak muda itu melihat saya sebagai seorang yang lebih tua darinya dan mereka memberikan tempat duduknya kepada saya tentunya dididik oleh cara dan etika kehidupan masyarakat mereka.

Dari segi kepimpinan politik, mereka akan meletakkan meletakkan jika mereka dipandang serong oleh masyarakat semata-mata untuk menjaga sistem dan semangat demokrasi mereka agar tidak tercemar.

Mereka tidak tunggu pilihanraya untuk berhenti tetapi mereka adalah manusia yang bertanggung jawab terhadap semangat demokrasinya dengan bersara sebelum pilihanraya sampai.

Disebuah negara barat ada seorang ahli jemaah kabinetnya telah meletakkan jawatan kerana kesilapan beliau membelikan cokolat untuk cucunya dengan menggunakan kad kredit kerajaan yang melibatkan hanya 48 euro. Saudara boleh bandingkan nilai ini dengan nilai yang difahami oleh pemimpin kerajaan kita.

Begitulah tingginya nilai kepimpinan yang digunapakai disana dan semuanya ini adalah nilai dan etika baik baik Islam.

Rasuah adalah musuh nombor 1 bagi rakyat dinegara maju dan jika ada pemimpin yang ada persepri masyarakat sebagai perasuah terus sahaja tidak laku kepada masyarakatnya.

Tetapi disebaliknya pemimpin yang terang-terangan melakukan rasuah masih mampu untuk bercakap besar dan memberi nasihat pula kepada rakyat untuk berkelakuan baik dan sebagainya.

Mereka-mereka yang berimej buruk mendapat tempat dan dihargai orang ramai. Yang penting seseorang itu mesti bergaya dan hidup nampak ‘glamorous’, maka mereka akan jadi pemimpin.

Walau bagaimana pun sudah ada sedikit kesedaran rakyat disini betapa pentingnya segala-gala yang dilakukan itu perlulah bersandarkan kepada agama dan tuhannya.

Setiap apa yang kita lakukan ada ibadahnya jika kita melakukan perkara yang baik niatnya. Sudah ada kesedaran orang ramai bahawa yang akan membawa manusia kesyurga ialah mereka yang memberikan tumpuan kepada fardhu kifayah dan mereka telah sedar yang mereka tidak akan sampai mereka kejannah dengan bersandarkan kepada fardhu ain semata-mata. Fardhu ain dan kifayah mesti berjalan secara 'parallel'.

Bagi melakukan fardhu kifayah itu seseorang mesti melakukannya dengan etika dan addin Islam tadi. Lain-lain perkataan segala-galanya adalah didasarkan kepada pekerjaan yang dituntut dan diredhoi tuhan sahaja.

Sudah ramai yang sedar bahawa fardhu ain yang disyariatkan itu merupakan perkara wajib dan itu hanyalah untuk manusia Islam hidup secara ‘civil’.

Itulah sebabnya saya selalu mengatakan bahawa dibarat kita nampak banyak Islamnya tetapi kurang muslimnya sedangkan disini kita lihat banyak muslimnya tetapi kurang Islamnya.

22 July 2010

Isu Perpaduan PAS - UMNO : Ayam tak patuk, itik pun tak sudu

Ada seorang dua menghantar e-mail kepada saya yang bertanya kenapa tulisan saya tidak menampakkan sokongan kepada usaha pihak yang inginkan perpaduan diantara UMNO-PAS.

Sebenarnya tidak ada siapa yang mempunyai semangat Melayu walau sekecil mana pun akan menolak apa-apa usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO yang kedua-duanya parti orang Melayu yang sama anutan agamanya.

Saya memang tidak berminat untuk memberikan komen kerana penyatuan itu berpremiskan kepada kesatuan politik kepartian yang sudah pasti tidak akan tahan lama, malahan sebagaimana yang difikirkan oleh ramai orang ianya tidak akan menjadi kenyataan.

Usaha yang sedang disebut-sebut itu tidak mempunyai iltizam yang benar-benar kuat dan ianya timbul kerana ada keadaan ‘desperation’ disebelah pihak dan cadangan itu semata-mata untuk ‘survival’ parti dan pihak tertentu sahaja.

Lagi pun ini bukan kali pertama isu ini timbul dan selalunya ia tidak mendatangkan apa-apa kesudahan yang baik untuk kedua-dua belah pihak.

Perasaan tidak ada keyakinan oleh banyak pihak ditambah pula dengan pihak tertentu mengambil ‘political positon’ apabila isu ini dipaparkan oleh pihak yang saya tidak tahu siapa.

Utusan misalnya mengambil ‘position’ dengan menggalakkan penyartuan ini dengan keadaan lebih sudu dari kuah. Apabila Nik Aziz memberikan sedikit pandangan yang tidak disukainya akhbar ini melenting dan membelasah pemimpin PAS ini seolah-oleh pemimpin ini tidak ada langsung gunanya kepada masyarakat dan negara sedangkan Nik Aziz adalah pemimpin yang ramai pengikutnya.

Sesungguhnya PAS boleh bertahan dengan kekuatannya sendiri. Yang perlukan sangat kerjasama ini ialah UMNO kita sendiri. Kalau kita perlukan kerjasama itu elemen yang mesti ada kepada kita ialah elemen sabar. Kita yang mahukannya kita pula yang nak mengarah orang lain berbuat mengikut kehendak kita sahaja.

Apabila TGNA memberikan bayangan ada jalan untuk penyatuan ‘orang tua’ ini dipuji setinggi langit, tetapi jika ada kata-katanya yang agak boleh menyempitkan keadaan mereka yang bersalah TGNA dibelalasah seperti orang memukul ular.

TGNA telah jelaskan yang penyatuan umah yang kekal adalah Islam tetapi Utusan tidak gemar dengan Islam sedangkan itu pun yang digalakkan oleh agama kita.

Jika kita hendak bersatu atau pun bekerjasama pihak kita mestilah ada sedikit sebanyak pengorbanan. Jika agama menjadi penghalang kepada penyatuan ini, ia bermakna ada sebelah pihak yang tidak setuju dengan isu agama ini, dan ianya tidak mungkin datangnya dari PAS.

Kalau hendak bersatu ianya mestilah berdasarkan kepada penyatuan sejagat dan bukannya diatas kepentingan parti masing-masing.

Kita mesti faham PAS bukan parti ‘desperate’. Kalah menang adalah biasa bagi mereka. Menang mereka berterima kasi, kalah pun mereka tidak goyah. Mereka lebih disiplin dari kita.

Sebaliknya UMNO bak kata DS Najib UMNO adalah parti yang besar, tetapi saya khuatir dan takut UMNO ibarat orang yang berbadan besar tetapi terlalu banyak penyakit peringkat ‘terminal’ yang ada didalam tubuhnya yang besar itu.

Tidak guna kita mengadakan ‘formula’ yang akhirnya tidak dapat dipertahankan apabila datang sedikit konflik pandangan. Buat apa berkahwin kalau hanya untuk mendapatkan kesedapan sekejap dan bercerai kemudiannya?

Lagi pula melalui blog saya ini saya mendapat banyak komentar yang membelasah PAS dengan tidak ada ‘mercy’nya. Jadi bagaimana perundingan itu dapat membawa kejayaan.

Bagi saya jika ada keinginan mana-mana pihak untuk mengusahakan rundingan ini, ianya patut dirundingkan secara senyap-senyap dulu dikalangan pemimpin kedua-dua belah pihak.

Ini tidak; sebelum pemimpin-pemimpin bertemu Utusan Malaysia sudah sibuk menyokong dan mengkritik jika ada kenyataan yang tidak digemarinya. Bagi Utusan, akhbar ini mahukan semua pihak mendengar cadangannya.

Saya cadangkan elok kedua belah pihak berunding secara tertutup dahulu dan jika berjaya barulah diminta pandangan ahli masing-masing dan dapatkan reaksinya. Jika ada apa-apa yang perlu dipinda maka kita panda mana-mana yang patut.

Adat perpateh ada menyebut; rundingan dibuat dalam gelap adap terlaksana didalam terang. Makanya runding senyap-senyap dan apabila bertemu persetujuan maka laksanakan secara terang.

Kalau diberitahu Utusan Malaysia dahulu sebelum berunding nescaya semua yang hendak kita lakukan secara baik tidak akan berjaya…percayalah!

Sekarang Utusan sudah memainkan jarumnya, maka elok kita tinggalkan saja ‘idea’ untuk bersatu itu. Ianya tidak akan membawa sesiapa kemana-mana. Buat apa membazirkan masa untuk berfikir tentang isu penyatuan yang sudah pasti gagal itu?

UMNO mesti meningkatkan kekuatan sendiri, bukannya menunpang pengaruh pihak lain.

Isu pertemuan dengan PAS elok ditangguhkan dahulu. Kita tidak mahu mendengar ada pihak yang mengata kita seperti perbidalan, 'ayam tak patuk, itik tak sudu'. Buat malu aje.

Utusan - Memalukan UMNO

Utusan membuatkan UMNO nampak sebagai parti 'desperate'. Dalam usaha Utusan untuk melihat UMNO dan PAS duduk semeja bagi merundingkan kerjasama kedua-dua parti ini melambangkan yang UMNO dalam kedudukkan ‘desperate’ untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Dalam isu ini saya bersama Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang menganggap Utusan membawa isu UMNO-PAS ini sebagai satu tindakkan pihak yang tertekan. Utusan merupakan akhbar yang memainkan peranan penting untuk memudharatkan PAS selama ini tetapi sekarang akhbar itu memainkan peranan yang sebaliknya pula.

Didalam PAS isu perundingan ini tidak langsung menjadi isu kerana sesungguhnya isu kerjasama PAS-UMNO tidak ada dalam kamus mereka. Hanya UMNO sebagaimana yang digambarkan oleh Utusan itu sebagai pihak yang dikatakan perbidalan, hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

“Kalau PAS boleh mendapat sokongan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat kenapa pula hendak bekerjasama dengan UMNO yang sedang terhuyung hayang ini?” tanya seorang jawatankuasa PAS diPetaling Jaya kepada saya.

Jika itu gambaran yang diberikan oleh Utusan maka pengalamannya sejak 5 atau 6 dekad dulu untuk melakukan perang saikoloji terhadap pambangkang dan menaikkan imej parti dimata rakyat,akbar itu sudah tidak lagi mampu untuk menyorokkan perasaan ‘desperate’ sebenar yang dihadapi oleh UMNO itu.

Dalam artikel yang lalu dan juga tulisan tulisan saya yang sebelumnya, saya sentiasa mengatakan yang UMNO hanya akan mampu untuk menjadi parti yang dihormati jika imej pemimpinnya tidak dipersoalkan oleh orang ramai.

Selagi pemimpin UMNO masih menjadi persoalan dan disyakki terlibat dengan rasuah misalnya kerja untuk membersihkan imej itu bukan satu tugas yang senang, apatah lagi pemimpin sekarang tidak mahu berundur walaupun dipandang serong oleh masyarakat berbilang kaum yang mengundi dalam pilihanraya negara.

UMNO mesti faham zaman untuk mendapat sokongan dengan memberikan ucapan yang enak-enak dan menghayalkan sudah berlalu. Zaman untuk mengungkit yang kerajaan BNlah yang menyediakan kemudahan awam seperti api dan air sudah tidak laku lagi.

Untuk menjadikan isu biasiswa yang diberikan kepada anak-anak muda yang belajar diuniversiti sudah tidak dipakai lagi dizaman ini.

Isu untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO bagi kesenambungan pimpinan yang membangunkan negara sudah tidak menyengat lagi.

Isu yang kita harus selesaikan ialah isu samada pimpinan kita mampu untuk mentadbir dengan jujur atau pun tidak. Rakyat mengmbil tahu isu bagaimana kerajaan yang sepatutnya bekerja keras untuk membeli peralatan tentera dengan harga yang munasabah dan bukannya untuk menaikkan harga untuk untuk melakukan rasuah melalui pembayaran kamsen kepada kroni pemimpin yang meluluskannya.

Rakyat ingin tahu kenapa seorang isteri kepada pemimpin yang mempunyai pengaruh yang terlalu besar dalam negara, sehinngkan apa sahaja siisteri ini inginkan akan mendapat kelulusan.

Rakyat ingin tahu kenapa kerajaan memotong subsidi yang telah sekian lama diberikan kepada mereka. Kenapa tidak kurangkan kegiatan rasuah dan salahguna kuasa yang membebebankan perbelanjaan kerajaan tidak dihapuskan dulu.

Rakyat tahu jika rasuah dan salahguna kuasa dapat dikurangkan kerajaan akan dapat menyelamatkan wang rakyat lebih dari RM750 juta dan didapati melalui proses mengurangkan tindakkan rasuah dikalangan kakitangan kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik.

Utusan sudah tidak diyakini lagi oleh rakyat dan jika Utusan ingin menjadikan media cetak itu sebagai ‘spin Doctor’ untuk UMNO ia hanya akan memberikan impak negative kepada parti itu.

Saya sendiri sudah tidak melangan Utusan sejak 20 tahun dahulu kerana jiwa dan persepsi saya terhadap akhbar ini sangat rendah. Saya tidak yakin lagi dengan apa-apa yang ditulisnya.

UMNO tidak mempunyai jalan lain selain dari membawa pembaharuan yang besar kepada parti itu.

Bersemuka dengan PAS tidak mampu membina imej UMNO yang sudah tercalar itu, malahan ia akan memungkinkan PAS berhadapan dengan risiko tentangan dari ahli-ahlinya sendiri.

21 July 2010

Nak bertanya sikit; boleh atau tidak Pemuda menyelamatkan UMNO

Pilihanraya umum ahirnya akan diadakan juga dan ini merupakan kepastian jika kita masih melaksanakan pemerintahan demokrasi.

Lagi pun Najib belum lagi berhadapan dengan rakyat samada beliau adalah seorang PM yang mendapat ‘legitimacy’ kepimpinannya dari rakyat. Setiap PM perlu memanggil pilihanraya seawal yang mungkin apabila menjadi PM.

Apa yang ada dengan Najib sekarang ialah apa yang ditinggalkan oleh Abdulah Badawi dengan hanya sedikit perubahan disana sini dan ianya bukannya melambangkan sokongan rakyat terhadap PM yang ada pada hari ini.

Abdullah Badawi memperolehi mandat yang besar apabila beliau mengadakan pilihanraya 6 bulan selepas beliau mengambil alih kepimpinan dari Dr Mahathir.

Oleh kerana Abdullah mengambil alih kepimpinan dari Dr dalam keadaan popularity Dr M sedang mula hendak menurun maka kehaizrzn Abdullah untuk menggantikan Dr M amat dinanti-nantikan dan sesiapa pun yang menggantikan Dr M secara naturalnya akan mendapat sokongan yang padu.

Disini Abdullah ada kebijaksanaan beliau kerana beliau memanggil rakyat untuk memberikan mandat kepada beliau sewaktu rakyat belum nampak kelemahannya dan dengan mudah Abdullah mendapat apa yang diingini oleh seseorang PM yang baru mentadbir negara…dan beliau berjaya mendapatkannya.

Begitu juga Najib mengambil alih sewaktu Abdullah sedang menghadapi tekanan rakyat untuk berhenti dan memberikan kuasa mentadbir negara kepada pemimpin yang lain…maka Najib mengambil alih. Rakyat termasuk Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Najib kerana mahukan kelainan ‘ambience’ politik tanahair kerana terlalu banyak yang rakyat terjumpa dan ternampak kelemahan Abdullah.

Najib juga sepatutnya mengambil alih kepimpinan negara dengan memanggil dengan segera pilihanraya umum untuk mendapatkan ‘legitimacy’ kepimpinan tadi dan kita tahu Najib faham tentang keperluan memanggil pilihanraya ini.

Tetapi Najib tidak boleh memanggil pilihanraya kerana terlalu banyak masalah sampingan politik yang mempengaruhi keadaan.

Pertamanya Najib mengambil alih kepimpinan negara hanya selepas 5 bulan selepas pilihanraya umum 2008. Takkanlah Najib hendak memanggil pilihanraya umumhanya selepas 5 atau 6 bulan selepas pilihanraya sebelumnya.

Disini bolehlah kita anggap satu kesilapan besar bagi Najib mengambil alih kepimpinan semasa negara baru sahaja menghadapi pilihanraya umum. Maka Najib perlu menunggu waktu yang lama sedikit untuk memanggil pilihanraya umum itu.

Tetapi apabila beliau menunggu dan memakan masa untuk memanggil pilihanraya yang moralnya mesti diadakan maka dalam penantian itu rakyat sudah nampak banyak isu-isu besar yang dihadapi beliau daqn dengan sikap ‘flip flop’ beliau yang tidak kurang dari Abdullah maka Najib terperangkap dalam keadaan yang membimbangkan itu.

Disamping itu dalam waktu yang sama negara berdepan dengan pilihanraya kecil yang berturut-turut dalam mana BN telah tewas dalam kesemua PRK itu kecuali 2 kemenangan yang tipis iaitu dalam PRK diHulu Selangor dan Batang Aii, di Sarawak kalau tidak silap saya.

Selain dari itu Najib menghadapi masalah penerimaan slogan 1Malaysia yang menjadi sindiran dan bahan lawak jenaka dikedai-kedai kopi dan merata tempat kerana kesamaran slogan itu sendiri. Sesungguhnya slogan akan hanya membawa kepada 2 badai dan keadaan.

Pertamanya ia akan melomjakkan kepimpinannya atau jika kurang diterima rakyat ianya akan menjumakan persepsi baik terhadapnya dan tentulah slogan itu akan hanya membawa padah kepada kepimpinannya.

Banyak lagi isu-isu ekonomi yang tidak mampu diselesaikan oleh Najib sedangkan isu ini merupakan isu pokok kepada rakyat terutamanya kepada mereka yang dibawah ini.

Belum lagi setakat ini ada sesuatu yang ‘organic’ yang telah memberikan kebaikkan kepada rakyat dalam bidang ekonomi ini yang boleh dirasai rakyat sejak Najib mengambila alih kuasa negara.

Yang kita dengar hari-hari hanya kata-kata janji dengan ‘jargon-jargon’ dan istilah-istilah yangbesar-besar dikaca TV dan media cetak perdana. ‘Jargon dan istilah-istilah besar ini menampakkan secara saikolojinya usaha menampal yang koyak dan menyambung yang putus tentang kedaifan kepimpinannya.

Janjinya untuk memberikan tumpuan untuk memerangi rasuah tidak langsung terlaksana. Malahan isu-isu baru tentang pengagihan harta ralyat kepada kroni anak isteri menjadi perbualan dimana-mana dan keadaan ini lebih jauh teruk dari perbualan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah Badawi dahulu.

Dimana-mana rakyat termasuk kakitangan kerajaan berkata Nor Mohammad Yaacob akan terlepas dari tanggungjawabnya terhadap isu Setiausaha Pilitknya yang ditangkap dengan jutaan wang tersimpan didalam rumahnya.

Dari berjanji untuk memerangi rasuah nampaknya Najib menjadi tempat perlindungan rasuah…maka tidak adalah bezanya keadaan semasa pentadbiran Mahathir dan Abdullah dalam mana perasuah-perasuah mempunyai immuniti yang begitu kebal.

Siapa yang bertangghunjawab untuk membantu membetulkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan ini. Apa yang saya katakan ini bukan gurauan walaupun mungkin ramai yang tidak senang dengan tulisan ini.

Mahu tidak mahu beban ini harus dipikul oleh Pemuda UMNO. Secara jujur saya percaya Khairy boleh melakukannya dengan Pemuda yang dipimpinnya.

Tetapi saya belum nampak ianya dilakukan. Saya berharap Khairy akan memberikan tumpuan kepada 2 isu pokok bagi menampakkan yang Pemuda pimpinannya membawa ‘consequence’ yang baik terhadap parti dan kerajaan.

Pertamanya mengadakan agenda penerangan yang seluas-luasnya sampai kebawah. Khairy patut faham bahawa setiap rakyat diluar-luar bandar terutamanya ditadbir oleh JKKK atau JKKR ditanah rancangan Felda.

Dulu-dulunya pemuda kelihatan dimana-mana khususnya diperingkat JKKK dan JKKR ini.

Yang keduanya Khairy dan Pemuda perlukan ‘testimonial’ kejayaan akhirnya. Rakyat mahu melihatnya secara ‘real’ dan berkesan.

Khairy sepatutnya bertanya-tanya kepada sesiapa yang ada pengalaman berinteraksi dengan orang bawahan ini.

Khairy tidak perlu dengan “high charged speeches’ dimana-mana dan kepada sesiapa.

‘High charged speeches’ mungkin relevan semasa hendak menaikkan semangat rakyat untuk bersatu mencapai kemerdekaan dulu, dan Khairy sendiri belumpun lahir kedunia ini.

‘Ism’ Dato Harun sebagai Ketua Pemuda dahulu masih melekat kepada orang yang berpengalaman bersama beliau dahulu. Dato Harun tidak pernah menjerit-jerit dan tidak pernah berusaha untuk menunjukkan yang beliau beliau pandai berucap.

Dato Harun membuatkan biro-biro dibawah Pemuda melakukan tanggung jawab secara praktikal. Tidak terdengar apa-apa kenyataan yang tidak perlu, tetapi hasilnya nampak dengan jelas.

Yang aktif semasa itu adalah biro-bironya. Nama Dato Harun sampai kesaat ini diingati rakyat yang bersama beliau dahulu; bukan kerana hebatnya ucapan beliau tetapi kerana hasil yang memberi munfaat kepada rakyat Melayu yang menghadapi masalah yang berbagai.

Memperbandarkan orang Melayu merupakan jasa Dato Harun Sebelum itu orang Melayu boleh dibilang dengan mudah diKuala Lumpur dan Bandar-bandar lain diLembah Kelang ini.

Banyak lagi jasa-jasa beliau yang telah ditaburkan kepada kekuatan politik orang Melayu setelah mengalami ‘period’ yang mengerikan pada tahun 1969 dahulu.

Walau bagaimana pun itu merupakan nostalgia kejayan yang tidak dialami oleh ahli-ahli UMNO yang muda-muda dan bijak-bijak sekarang ini.

Hanya kita ingin menasihati dan mengingati orang muda-muda sekarang ini. Bodoh jangan pula tidak boleh diajar, kalau bijak jangan pula sampai tidak boleh diikuti.

Nasihat dan pandangan ini bukan untuk kepentingan orang lain; ianya adalah untuk kepentingan Pemuda san kepimpinannya sendiri dan untuk kepentingan Melayu yang sangat dahagakan pemimpin-pemimpin yang berguna untuk mereka.

Kepada Khairy dan kepimpinannya, jika pandangan ini tidak memberikan apa-apa munafaat jangan dihiraukan pandangan ini. Buang sahaja kedalam bakul sampah.

Jika ada munafaatnya hadiahkan Alfatihah kepada semua pejuang-pejuang pemuda yang telah lama meninggalkan kita.

Dulu-dulunya, jika UMNO menghadapi masalah, Pemudalah yang tampil kehadapan dengan gagah dan berani.

Itulah sebabnya tidak ada pihak yang lain mengambil kesempatan untuk menjadi juara dan mengambil alih kekosongan yang dialami oleh UMNO.

Pemuda tidak memberi peluang untuk pihak lain mendapatkan mileage politik dala keadaan apa sekali pun.

UMNO - seperti batu-batu di padang pasir?

Saya ada seorang sahabat yang menjadi tenaga pengajar disebuah institusi pengajian tinggi. Beliau mengajar subjek Ilmu Alam dan beliau begitu mahir tentang bidang pengajaran ‘physical geograhy’.

Sebagai seorang mengikuti perkembangan politik tanahair beliau memberitahu saya jawapan yang sebenarnya kenapa dipadang pasir kita selalu mendengar letupan-letupan kuat tetapi tidak ada apa-apa jenayah tembak menembak yang berlaku dan bagaimana ianya boleh dibidalkan terhadap apa yang berlaku dalam politik tanahair kita.

Ianya hanyalah satu fenomena biasa dipadang pasir dimana kita sering mendengar dentuman letupan batu-batu yang pecah kerana proses sains fizik semula jadi yang berkaitan dengan perubahan suhu setempat.

Pensyarah ini memberi tahu letupan-letupan yang ddidengar itu merupakan letupan kepada batu-batu yang besar-besar kerana batu-batu itu pecah diluar dan didalam hasil dari pertukarang suhu panas kepada suhu sejuk dan pertukaran suhu sejuk kepada suhu yang panas.

Pertukaran suhu dengan ‘extreme’ itu membuatkan batu-batu itu pecah dengan sendirinya dan ianya membawa kepada pecahan batu-batu itu yang membawa bunyi dentuman yang kuat.

Batu-batu itu akan naik suhunya kerana cuaca yang panas tetapi pada malam hari dengan suhu yang sejuk makan suhu batu-batu itu akan kembali sejuk.

Tetapi belum pun sempat suhu batu itu sejuk dengan secukupnya, hari kembali siang dan suhu cuaca disiang hari yang panas itu membauatkan batu itu tidak pernah mendapat suhu yang sesuai untuk batu-batu itu kekal dengan struktornya yang asal kerana proses turun naik suhu yang ‘extreme’ itu membuatkan batu itu pecah dengan sendirinya.

Selain dari itu pengaruh angin yang kuat (wind abrasion) dengan pukulan pasir kepemukaan batu itu membuatkah batu-batu itu akhirnya berubah bentuknya dan tidak lagi mampu untuk bertahan dan terus sahaja pecah dan jatu kebawah.

Faktor cuaca dan suhu serta peranan pasir yang ditiup angin itu mrmpengaruhi batu-batu dipadang pasir itu maka batu-batu sepejal mana pun akhir akan pecah jua dengan pengaruh keadaan sekeliling dipadang pasir itu.

Itulah sebabnya jika kita berada dioersekitaran padang pasir kita selalu mendengar dentuman batu-batu yang pecah dengan sendirinya dan dalam jangka masa yang panjang keadaan perekitaran itu akan berubah rupa kerana proses perubahan yang dihasilkan oleh cuaca yang berubah-ubah itu.

Maka kita tidah payah hendak berkerja keras untuk memecahkan batu-batu itu kerana batu-batu itu akan pecah dengan sendirinya.

Begitu juga UMNO. Jika masih tidak ada proses transformasi yang sangat-sangat diperlukan itu maka UMNO akan berderai dengan sendirinya seperti batu-batu yang pecah dipadang pasir itu.

Jika UMNO jatuh, itu bukan salah pembangkang tetapi kerana kesalahan pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri.

Suhu didalam UMNO itu turun naik dengan mendadak sejak sekian lama, maka tidak hairan ianya akan pecah dengan dentuman yang kuat seperti yang selalu kita dengari jika berada dipadang pasir.

Sekarang ini pun banyak dentuman-dentuman yang kita dengar dibanyak bahagian-bahagian diselutuh negara seperti yang kita lihat diSetiu, Sungai Petani, Shah Alam dan banyak lagi dimana-mana.

Kita tidak payah menyalahkan sesiapa jika UMNO itu pecah berderai kerana itu merupakan proses yang telah dibiarkan berlarutan buat sekian lama.

Pembangkan hanya menjadi ‘natural recipient’ kepada kekalutan yang ada dikalangan kita dalam UMNO. Pembangkang meriah keuntungan secara percuma yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO sendiri.

Itu sebab saya jarang-jarang mengkritik parti pembangkang kerana parti itu bukan parti saya. Ingat, sesaat kita berpecah sesaat pembangkang akan berada diantara kita.

Bayangkan perpecahan sudah berlarutan sekian lama, tentulah pembangkang menjadi pengganti kepada kita dan kita akan menggantikan tempat mereka sebagai pembangkang.

Jangan salahkan ibu yang mengandungkan kita. Kita yang mengundang segala-galanya.

20 July 2010

Kuah ayam pun rasa ayam juga, cukuplah tu - pergi buat kerja!

Beberapa tahun dahulu saya ada menulis cerita Gajah Sarkas dan kali ini saya ingin sekali lagi mengulangi cerita ini kerana cerita ini kian hari kian relevan dengan keadaan semasa dalam politik hari ini lebih-lebih lagi dalam konteks UMNO.

Sekarang susah nak tengok serkas kerana sudah lama ‘London Circus’ tidak datang ke sini untuk membuat pertunjukan di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang ini.

Sebab kenapa ‘London Circus’ tidak datang tidak pula diketahui. Mungkin mereka sudah tidak laku lagi di sini kerana sudah terlalu banyak pertunjukan sarkas di sini yang dilakukan oleh orang politik.

Mungkin mereka melihat sarkas di sini lebih hebat daripada pertunjukan maka mereka tidak mampu untuk berlawan dengan sarkas di sini.

Kali terakhir saya menonton pertunjukan sarkas ialah apabila ‘London Circus’ datang ke Kuala Lumpur dan Shah Alam 15 tahun lebih dahulu. Kalau tidak salah peringatan saya saya telah menontonnya sekali di Bangsar dan sekali lagi di Shah Alam.

Apabila kita menonton sarkas kita akan dapat sedikit sebanyak pelajaran daripadanya kerana sarkas boleh menunjukkan dengan jelas yang apa yang berlaku dalam kehidupan siasah di negara kita ini banyak persamaannya dengan apa yang dipertontonkan oleh pertunjukan sarkas itu.

Sarkas banyak berkait dengan pertunjukan binatang-binatang yang pandai main berbagai-bagai permainan tetapi tidak usahlah kita sentuh tentang permainan yang dipertunjukkan oleh haiwan-haiwan tersebut kerana orang ramai tahu dan pernah melihat permainan yang dilakukan oleh gajah, harimau mahupun serigala.

Elok kita sentuh tentang peranan yang dimainkan oleh haiwan-haiwan tersebut yang telah dilatih dan dididik oleh empunya sarkas itu.

Saya sedih dengan nasib gajah di dalam sarkas itu. Saya tidak berpuas hati dengan nasib gajah di dalam sarkas kerana segala kerja berat dan tanggungjawab besar diberikan kepada gajah sedangkan harimau ataupun serigala mendapat keistimewaan yang lebih.

Semasa hendak memasang kanvas-kanvas besar, gajahlah yang melakukan dan dipertanggungjawabkan. Untuk mengangkat besi dan barang barang yang berat untuk sarkas itu pun gajah yang melakukannya.

Setiap hari apabila waktu makan sampai harimau dan singa dapat makan daging tetapi gajah hanya diberikan batang-batang pisang dan daun-daun tebus sahaja.

Apabila sampai waktu malam kaki gajah ini akan dirantai kerana takut gajah ini akan keluar dan mengamuk di khalayak ramai. Rantai hanya dibuka apabila hari sudah siang untuk melakukan kerja-kerja berat itu.

Apabila sarkas itu berpindah gajah akan berjalan kaki, sedangkan harimau dan singa serta serigala akan dipindahkan menggunakan kereta dan lori.

Pendeknya gajah ini hanya dijadikan sebagai tempat tuannya untuk melakukan kerja berat dan tanggungjawab yang berat-berat sahaja sedangkan harimau dan singa hanya membuat pertunjukan dan menghiburkan seekor dua singa dan harimau yang memakan daging yang lazat-lazat.

Apa yang berlaku kepada gajah itu betul-betul menyamai dengan apa yang dilakukan kepada ahli-ahli parti kita.

Jika ada masalah orang bawah yang bersusah-payah bergaduh di antara satu dengan lain dan jika kalah pilihanraya kita di bawah dijadikan landasan untuk menerima accountability kekalahan iti.

Pemimpin yang lain diibaratkan sebagai harimau dan singa, mengadakan pertunjukan dan membaham makanan yang lazat-lazat. Lauk-lauknya dimakan oleh pemimpin-pemimpin di atas sedangkan ahli di bawah hanyalah makan kuah-kuahnya sahaja.

Orang di bawah ini mungkin berpuas hati menghirup kuah dan supnya sahaja. Maklumlah kuah ayam itu kalau kita hirup, akan rasa ayam juga.

Jadi yang di bawah pun merasa cukup dah, kuah ayam pun rasa ayam juga. Apa nak bising-bising. Cukuplah tu.

"Pergi kempen, pastikan kita menang!". Maka bekerjalah siang dan malam untuk memastikan mendapat sokongan ramai. Maka kita ini hanya dijadikan seperti gajah sarkas sahaja.

19 July 2010

Bersara juga merupakan pengorbanan besar kepada rakyat

Sekarang ini setiap pihak samada bangsa, kesatuan dan individu pemimpin wajar berkorban untuk mencari penyelesaian kapada semua kemelut politik yang kita semua hadapi.

Sejak merdeka lagi negara dipimpin oleh PERIKATAN yang kemudiannya menjadi BN, satu gabungan parti-parti didalam PERIKATAN dengan parti-parti pembangkang, seperti GERAKKAN disemenanjung dan parti-parti yang besar di Sabah dan Sarawak selepas insiden berdarah pada 13 May 1969.

Mungkin oleh kerana keperitan yang dirasai dan dialami oleh rakyat berbilang kaum semasa kejadian 13 Mei 69 itu, rakyat bersedia untuk bersatu serta hormat menghormati diantara satu kaum dan kaum yang lain dan masing-masing menerima segala yang dirancang oleh pemimpim yang memerintah khususnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sekarang ini sifat berkorban sudah tiada lagi. Sesiapa yang sudah dapat kuasa tidak sanggup berkorban kerana kuasa itu adalah ‘ultimate’ bagi mereka.

Kalau parti dan kerajaan menjadi lemah dan berpecah, itu tidak menjadi hal kepada mereka kerana mereka bukannya hendak melihat parti dan negara itu kembali kukuh, tetapi yang lebih sekali ialah kepentingan mereka sendiri.

Didalam kemelut yang tidak ada hentinya ini saya yakin pengorbanan pemimpin adalah faktor terpenting untuk penyelesaiannya. Apabila kemelut yang berlaku berkait dengan kelemahan dan kesalahan politik, moral dan jenayah pemimpin maka pemimpin yang terlibat mestilah mengambil giliran untuk bersara.

Jika kita menjadi isu yang menyebabkan kekalutan itu maka kita wajar berhenti dan mengambil tempat diluar kepimpinan parti dan kerajaan.

Jika kita masih kekal bergayut kepada jawatan yang kita anggap baik kepada kita tanpa memikirkan samada ia baik untuk rakyat pimpinannya maka yang akan timbul secara natural ialah kerosakkan kepada negara.

Dengan meletakkan jawatan maka kita akan dapat membuktikan kepada ramai yang kita benar-benar bekerja untuk rakyat dan apabila kita melakukan kesalahan yang sengaja seperti rasuah dan jenayah yang lain maka kita wajar berhenti apabila sudah diketahui oleh rakyat.

Politik itu adalah ‘game of perception’ dan jika rakyat sudah ramai yang menjadikan diri kita sebagai isu besar kepada kekalutan itu maka moralnya kita mestilah berhenti.

Disinilah letaknya moral demokrasi itu, bukannya bertahan kerana mendapat undi yang lebih kerana menggunakan kuasa yang mampu menekan dan memaksa orang memberikan sokongan dan undi kepada kita.

Dinegara kita ada contoh-contoh pengorbananyang boleh kita teladani. Tunku A Rahman meletakkan jawatan kerana beliau dikaitkan dengan isu yang boleh memecahkan perpaduan negara.

Dinegara lain banyak contoh-contoh lain tetapi biarlah kita ambil contoh yang ada disekeliling kita sahaja.

Tun Husein mengumumkan perletakkan jawatan dari awal lagi apabila beliau merasakan bahawa sudah ada tanda-tanda yang perpecahan mungkin berlaku apabila beliau berdepan dengan isu Dato Harun Idris ketua pemuda UMNO semasa itu.

Pihak yang tidak berpuas hati dengan cara pengendalian isu Harun itu maka kumpulan ini telah mencalunkan Hj Sulaiman Palestin untik bertanding jawatan Presiden menentang Tun Husien dan Sulaiman Palestin hanya berjaya mendapat 125 undi sahaja.

Kemenagan Tun Husein merupakan kemenangan mutlak tetapi oleh kerana beliau merasakan yang ahli UMNO tidak ‘solid’ dibelakangnya maka beliau mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden dalam perhimpunan agung 1981.

Tunku dan Husein Onn boleh terus bertahan dengan jawatannya jika beliau mahu, tetapi beliau telah mengambil moral demokrasi itu sebagai ‘ultimate’ maka mereka meletakkan jawatan.

Mengorbankan apa yang ada itulah resepi yang menyebabkan parti dan negara kita aman damai. Tetapi sifat berkorban itu sudah tidak ada kagi didalam naluri pimpinan pada hari ini.

Hasilnya kemelut yang berlaku itu tidak berpanjangan dan merosakkan sistem pentadbiran negara dan parti.Walaupun mereka sudah tidak memegang jawatan itu lagi tetapi mereka berasa lega kerana mereka tahu mereka memberikan sumbangan kepada perpaduan rakyat denga bersara dan duduk dibawah.

Justru itu mereka memberikan sumbangan besar dengan bersara kerana mereka ingin melihat parti dan negara dalam damai dan sentosa. Mereka mengambil pengorbanan mereka sebagai sumbangan bukan ssebagai kerugian kepada mereka.

Jika Najib yang berjanji untuk sentiasa memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara maka sekarang sudah sampai masanya bagi beliau memberikan sumbangan dalam memperbaikki keadaan kemelut hari ini.

Najib patut bersara bersama-sama Muhyiddin dan ramai yang lain dan menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk menentukan siapa yang mereka mahukan untuk memimpin.

Kalau kita tidak mampu untuk menyumbang dengan dengan jawatan dan tugasan yang ada, maka yang paling baik beliau untuk terus menyumbang kepada negara ialah dengan bersara sahaja daripada bertahan dengan jawatannya yang boleh menjauhkan parti dari rakyat dan membawa kerosakkan kepada pentadbiran negara.

Jika dengan kehaziran kita itu membuatkan rakyat menolak parti kita dalam pilihanraya maka parti kita akan kalah dan mampukah kita mengambil ‘accountability’ diatas kekalahan itu?

Kalau parti kita kalah apa gunanya menjadi Presiden, Timbalan Presiden atau Ketua Pemuda?

Jangan jadi pelepah kelapa yang mati terkulai dicelah-celah mayang kelapa tetapi tidak juga turun sehingga angin yang kuat melucutkannya dari pokok kelapa itu dan jatuh melayang kebumi.

Kita ingat ini; Dalam perlumbaan 100 meter misalnya bagaimana kita bermula kurang penting, yang penting kita sampai ketali penamat dengan waktu yang baik.

Hidup dalam dunia ini, segala apa yang kita lakukan ialah untuk kita disukai dan dihormati setidak-tidaknya oleh masyarakat dikeriah semasa usia tua kita. Bagi kehidupan kita ini, sepanjang mana pun usia dan umur kita, yang penting sekali ialah diakhir kalam; kita mati dalam kalimah.

Kita mesti mengotakan janji untuk berkorban. Jangan hanya berretorik yang tidak mampu dilaksanakan. Rakyat tahu untuk menilai mana yang baik untuk mereka.

Kepada pemimpin tertinggi kita, berkorbanlah untuk rakyat. Janganlah rakyat teraba-raba dengan kekeliruan.

18 July 2010

UMNO itu ayam daging, PAS itu ayam kampong.

Kekeliruan politik negara amat jelas dan keadaan ini belum pernah kita alami. Kita beranggapan dizaman Abdullah Badawi mentadbir negara kita ini merupakan zaman yang paling tidak menentu.

Jelas sekarang ini bahawa zaman Abdullah mentadbir negara, keadaan buruk zamannya itu tidaklah seteruk keadaan sekarang ini.

Akhirnya ramai yang saya temui mengakui bahawa keadaan politik negara sekarang ini menjadi igauan bagi sesiapa yang tidak mahu parti yang memerintah hari ini akan menyeberang duduk sebagai pembangkang didewan-dewan lagislatif diperingkat negeri-negeri dan Parlimen.

Pandangan saya ini mungkin mendapat reaksi yang tidak menyenangkan bagi mereka yang masih didalam ‘state of denial’ dan pihak-pihak yang tidak mahu mendengar cerita-cerita buruk.

Saya lebih cenderung untuk menyebut cerita yang buruk kerana sudah terlalu ramai dikalangan pemimpin UMNO kita membuat cerita yang enak-enak dan melekakan UMNO dan pemimpinnya.

Baru-baru ini timbul keinginan setengah pihak untuk melihat PAS dan UMNO duduk dimeja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu Melayu dan perpaduannya.

Muhyiddin nampaknya memberi reaksi yang baik dan bersedia untuk berbuat demikian. Muhyiddin mungkin ada kesedaran yang cadangan itu adalah satu cadangan yang baik untuk mengurangkan tekanan kepada UMNO yang sedang dalam kekeliruan kerana berhadapan dengan banyak isu.

Tetapi disebaleknya Najib pula berkata rundingan itu tidak perlu kerana UMNO sedang bertambah kuat dan beliau seolah-olah tidak nampak yang UMNO pimpinannya sudah hampir terjerumus kedalam keaiban jika pilihanraya umum diadakan sekarang ini.

Pemikiran Muhyiddin dengan Najib memang jelas tidak selari dan tidak sehaluan. Dimana-mana orang ramai menyedari hakikat ini dan mereka menganggap itu adalah satu fenomena yang merbahaya bagi parti apatah lagi dalam keadaan sekarang ini.

Mendengar kata-kata Najib dan Muhyiddin yang menunjukkan perbezaan pandangan dan nilainya membuat kan orang ramai keliru, apatah lagi dikalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Saya bukan bermaksud untuk menyokong perbincangan dengan PAS kerana PAS dan UMNO tidak akan berjaya duduk bersama. Tetapi yang merunsingkan ialah Najib menjawab dengan kata-kata yang tidak benar bila beliau mengatakan UMNO masih kuat.

Dimana letaknya kekuatan UMNO itu? Bagi saya andaian itu, jika banar memanglah baik bagi parti, tetapi didalam naluri orang ramai mereka tidak langsung nampak kebenarannya.

UMNO/BN masih mampu mentadbir kerajaan kita hari ini semata-mata kerana dukungan Sarawak dan Sabah semasa pilihanraya yang lepas. Mereka yang mengundi diSarawak dan Sabah kerana tidak menyangka yang pengundi diSemenanjung akan memberikan sokongan kepada parti alternatif dalam pilihanraya itu.

Sekarang tekanan terhadap BN dikedua-dua buah negeri itu sudah nyata kerana mereka menjadikan arah politik diSemenanjung sebagai penentu arah politik tanah air.

DiSarawak kehaziran parti-parti pembangkan akhir-akhir ini mendapat sokongan dari orang ramai kerana kerana masalah kepimpinan Taib Mahmud yang begitu lama seolah-olah Sarawak itu adalah kepunyaan peribadi beliau sehinggakan tidak ada lagi pemimpin yang berpotensi untuk memimpin bumi kenyalang itu.

Sehingga kehari ini diSarawak masih tidak ada indikasi pertukaran pemimpin kerana semua yang berpotensi telah hanyut kerana sikap kuku besi Taib disana. Najib tidask boleh lagi menganggap Sarawak dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN.

Kalaulah tidak kerana sokongan undi pos, DAP sudah pasti berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan majoriti melebihi 4000 undi didalam pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Hanya pengundi pos yang merapatkan majoriti kekalahan BN kepada 398 undi.

UMNO dicawangan-cawangan tidak bergerak lagi seolah-olah cawangan-cawangan sudah mati kaku. Jika cawangan tidak pastas bekerja untuk parti maka tidak ada asas bagi seorang pemimpin seperti Najib bercakap seperti orang yang takbur dan mendabik dada kerana mempercayai yang UMNO itu masih kuat.

Saya berharap apa yang saya fikirkan ini adalah salah. Jika apa yang saya fikirkan ini benar maka kita akan melihat satu demi satu kubu yang tinggal kepada kita jatuh berderai maka akan bermulalah episod baru politik tanah air.

Jika BN terutamanya UMNO jatuh kali ini saya tidak nampak parti itu akan kembali berkuasa dalam tempuh yang lama kerana UMNO tidak biasa menjadi pembangkang kerana terlalu biasa dengan kemewahan yang telah membawa parti kita ini ketahap kufur nikmat yang amat rendah disisi dan pandangan agama kita.

Ahli-ahli UMNO ini serperti ‘ayam daging’, sentiasa mematuk makanan yang diberikan oleh tuannya. Tetapi ahli-ahli PAS itu diibaratkan sebagai ‘ayam kampong’ yang biasa dengan mencari makan sendiri.

Itulah sebabnya ayam daging selalunya gemuk tetapi dagingnya lembik dan jika dimasak terlalu lama dagingnya akan hancur. Disebaliknya ayam kampong lebih keras dagingnya jika dimasak berjam-jam lamanya untuk dimasak rending rasanya lebih sedap.

Itu sebabnya ayam kampong harganya RM11 bagi satu kilogram tetapi ayam daging harganya tidak boleh lebih dari RM 7 satu kilogram seperti yang diumumkan oleh Ismail Sabri baru-baru ini. Harga ayam daging ini jauh lebih murah dari harga ayam kampong.

Ayam-ayam daging hanya berumur 38 hingga 40 hari sahaja, kerana apabila ianya berumur 40 hari ayam-ayam daging ini akan dihantar kepusat penyembelihan untuk dijual dipasar-pasar kerana tuannya hendak mengambil keuntungan.

Lagi pun jika ayam daging dilepaskan dari sangkarnya ayam itu tidak akan mampu mencari makan dengan sendiri dan jika kita kejar pun dia tidak akan dapat lari kerana terlalu gemuk disebabkan makan terlalu banyak.

Tetapi akhir-akhir ini ayam daging pun sudah tidak dapat makanan yang secukupnya kerana tuannya sedang menghadapi kegawatan ekonomi untuk memberi makanan ayam-ayam daging belaan mereka.

17 July 2010

Benarkah negara kita aman dan selamat?

Betulkah apa yang kita anggapkan bahawa kehidupan rakyat di dalam negara kita ini adalah kehidupan yang benar-benar selamat? Setakat ini belum ada sesiapa yang memberikan definasi ‘selamat’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Saya bertanya soalan ini kerana saya belum yakin bahawa kehidupan kita sudah selamat sebagaimana yang dikatakan dan diakui oleh pemimpin-pemimpin kita.

Setiap hari kita mendengar di TV dan membaca akhbar-akhbar di sana sini ada sahaja manusia dibunuh dan mayat pembunuhan itu dicampak ke dalam lubang tahi dan kolam serta ke dalam bekas lombong bijih. Sesetengahnya dibuang di dalam semak dan sebagainya.

Setakat ini hanya satu kejadian mayat mangsa pembunuhan diletupkan dengan bahan peletup C4 di sekitar Shah Alam, Selangor yang menyebabkan 2 anggota polis disabitkan kesalahan membunuh dan diperintahkan gantung sampai mati.

Sampai ke hari ini masih belum kita ketahui kenapa dan motif 2 orang anggota keselamatan negara itu membunuh kerana pihak pendakwaraya tidak pernah bertanya kenapa mereka bertindak membunuh di dalam perbicaraan kes itu. Kenapa pihak pendakwaraya tidak bertanya motif pembunuhan itu telah banyak menimbulkan spekulasi dalam pemikiran rakyat.

Selain daripada itu, di sana sini kita dengar rumah dipecah masuk oleh penyamun dan perompak dan pihak polis masih belum dapat mencari penyelesaian terhadap kes-kes rompakan yang begitu banyak di negara kita ini.

Sekarang ini orang ramai tidak digalakkan untuk membiarkan anak-anak kecil mereka untuk bermain keseorangan di taman-taman kerana ramai pasangan suami isteri telah hilang anak-anak mereka yang masih kecil dan tidak dijumpai lagi, malah ada yang dijumpai sesudah dibunuh dengan zalim oleh entah siapa.

Harta benda yang dicuri oleh pencuri dan penyamun bukannya sedikit nilainya.

Harta benda kita yang ada dalam kawalan kerajaan pun banyak yang dicuri oleh penyamun-penyamun dalaman. Harta rakyat dicuri oleh orang yang berkuasa hilang ribuan jutaan ringgit dan tidak siapa dapat mengawalnya.

Ini adalah disebabkan orang-orang yang diamanahkan untuk mengawal itu sendiri berusaha untuk mencuri dengan memperdayakan rakyat dengan berbagai-bagai cara, seperti menaikkan harga belian untuk keperluan kerajaan ke tahap yang berlipat kali ganda untuk dikembalikan sebahagiannya kepada pemimpin kita sebagai kamsen besar yang tidak bertanggungjawab itu.

Berbillion-billion ringgit wang kita semua telah dicuri dengan cara ini dan wang ini digunakan untuk kekayaan ahli-ahli keluarga mereka dan sebahagiannya diasingkan untuk membeli undi untuk meneruskan kegiatan rasuah mereka.

Pemimpin-pemimpin ini akan menyeru rakyat untuk menyokong mereka di atas nama kesinambungan membangunkan negara. Apabila kembali berkuasa mereka yang sama akan memulakan proses mencuri ini dan akan sentiasa menuduh pihak lain yang cemburu dan memakan wang dan harta rakyat tanpa perasaan bersalah.

Pemimpin-pemimpin kita tidak mampu untuk mendidik rakyat bahawasanya rasuah itu merupakan kerja hina dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa rasuah itu merupakan musuh nombor satu dunia yang telah menghancurkan banyak negara dan tamadunnya.

Rakyat kecewa kerana pihak yang berkuasa tidak ada kudrat untuk membawa ke muka pengadilan bagi mereka yang telah disiasat kerana masing-masing hanya menjaga kudis masing-masing.

Apabila rakyat menunjukkan reaksi yang negatif, maka parti pembangkang pula yang menjadi mangsa kritikan pihak pemimpin-pemimpin ini. Inilah caranya mereka hendak berlindung daripada tompokan kurap-kurap yang ada pada diri mereka.

Pemimpin pertengahan dan bawahan tidak berani melakukan tindakan kerana mereka juga ada tompokan kurap itu.

Penyakit kurap itu apa dia?

Saya lahir di sebuah kampung pedalaman 58 tahun dahulu dan hidup semasa kecil dan membesar di kampung. Semasa itu penyakit yang lazim dihinggapi oleh orang-orang kampung ialah penyakit kurap.

Kurap itu selalunya hinggap di belakang badan dan di punggung dan ianya dikatakan sangat gatal dan pedih.

Yang paling ditakuti oleh orang yang mengidap penyakit kurap ini ialah tiupan angin. Jika angin bertiup ke arah belakang orang yang berkurap ini, mereka akan merasa pedih dan sakit justeru mereka akan cepat-cepat menghadap angin yang bertiup ke arah mereka itu dan melindungi kurap di belakangnya itu kena kepada kurapnya.

Itulah sebabnya mereka yang ada kurap sentiasa menghadap tiupan angin supaya kurapnya tidak kena pada angin yang bertiup itu.

Nampaknya ramai pemimpin kita semuanya takut kepada pihak yang lebih berkuasa dan sentiasa menghadap yang berkuasa itu kerana mereka itu banyak kurapnya.

Itulah sebabnya orang rasuah sentiasa menghadap angin yang beritup. Di mana bertiupnya angin di situlah mereka menghadap; takut kurap mereka itu akan ditiup angin.

Maka sampai bila pun mereka tidak akan mampu untuk berubah kerana kalau mereka cuba untuk membawa perubahan, angin akan bertiup ke arah kurap-kurap mereka dan mereka akan merasakan kesakitan itu.

Itulah sebabnya kali ini ramai berharap supaya pemimpin yang akan dikedepankan nanti terdiri dari mereka yang tidak ada kurap pada dirinya supaya mereka tidak payah menentukan kiblat politiknya mengikut tiupan angin.

Selagi tidak ada kekuatan rakyat untuk melakukan perubahan, selagi itulah negara kita tidak akan selamat.

Doa kita selama ini untuk mendapatkan sebuah negara yang berkerajaan dan berdemokrasi telah dikabulkan Tuhan, tetapi hajat kita untuk kembali duduk di dalam negara yang aman dan selamat serta mempunyai pemimpin yang bersih dan telus belum lagi kesampaian.

16 July 2010

Pasir sudah menjadi emas

Isu kecurian pasir hangat dibincangkan oleh orang ramai setelah media massa perdana memaparkan dengan konsisten akhir-akhir ini. Pasir adalah merupakan satu item yang sangat mahal pada waktu ini dan menjadi bahan rebutan di kalangan ahli-ahli perniagaan dan ahli-ahli politik untuk mengaut keuntungan.

Sebagaimana biasa isu pasir ini hanyalah menjadi perkara yang hangat dipaparkan oleh media massa bagi negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Yang terbaru semalam isu ini hanya disiarkan secara meluas di Selangor dan di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Perniagaan Pasir berkait rapat dengan kuasa politik dan ianya seolah-oleh perniagaan ala cartel. Kalau dahulunya isu panas adalah isu balak yang selalunya berkait rapat dengan Menteri Besar dan banyak pemimpin telah jatuh dan naik kerana balak ini.

Kompartmen balak selalunya diperolehi oleh mereka yang rapat dengan Menteri Besar kerana Menteri Besarlah yang berkuasa untuk memberikan konsessi-konsessi ini kepada sesiapa yang beliau kehendaki. Malah di NS pasir ini dengarnya dikuasai oleh keluarga MBnya sendiri. Elok juga kalau media massa perdana intai-intai apa yang berlaku di sana.

Selalunya hanya pemimpin-pemimpin UMNO di Bahagaian sahaja yang mendapat konsessi ini dan di belakang mereka sudah sedia taukeh-taukeh besar yang akhirnya membeli kayu-kayu yang dikeluarkan dari kompartmen-kompartmen yang diberikan kepada kroni-kroni mereka.

Setelah balak hampir pupus, pasir pula menjadi rebutan. Pasir ibarat jongkong-jongkong emas sekarang ini. Di mana-mana sekarang taukeh-taukeh bertanya, “Lu ada jalan dengan MB ke?” Orang politik pula jawab “Ada”. Setelah itu taukeh-taukeh ini akan berbincang hal bisnes pasir ini di Coffee House hotel 5 bintang.

Di hotel 5 bintang pula, jika kita terjumpa seorang Melayu (UMNO) bersongkok dan berbaju batik, duduk bersama-sama taukeh-taukeh Cina, saya agak pasti mereka sedang berbincang satu di antara 2 perkara; Balak atau pasir.

Kadangkala kita lihat mereka menandatangani surat-surat perjanjian di Coffee House sahaja sambil makan makanan yang enak-enak yang dibelanja oleh Ah Chong atau Lau. Yang bersongkok dan berbaju batik tadi senyum-senyum kerana dia sudah dapat pendahuluan daripada keseluruhan kamsen yang ditandatangani tadi.

Tetapi media massa hanya memberikan tumpuan kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh PR sahaja. Tetapi tidak pula memberikan ulasan tentang isu ini di negeri-negeri lain.

Kenapa tidak diperbesarkan isu ini di NS yang tidak kurang hebatnya? Di NS isu pasir juga hebat diperkatakan di kedai-kedai kopi dan rata-rata pasir di NS dikuasai oleh keluarga pemimpin besar negeri itu.

Di Pahang isu pasir juga menjadi isu hangat dan media memberikan exception kepada negeri-negeri yang kita kuasai.

Yang lebih jenaka lagi ada bekas MB yang tidak lagi berkuasa setelah kalah dalam pilihanraya telah pergi menunjukkan kepada penguasa lokasi-lokasi pencurian pasir sedangkan semasa beliau menjadi MB kegiatan ini berlaku lebih hebat lagi.

Jadi isu pasir ini sudah menjadi ‘item’ politik dan ramai merasakan yang pilihanraya sudah hampit tiba.

Itulah sebabnya isu pasir ini menjadi bahan untuk dipolitikkan. Khalid Ibrahim menjadi sasaran pihak tertentu untuk memberikan persepsi buruk terhadap beliau. Tetapi kenapa tidak sebut tentang pasir di NS, Johor dan lain-lain? Tapi itulah politik di negera kita.

Pihak yang memerintah sehingga hari ini tidak berdaya untuk membawa kes-kes rasuah yang berprofil tinggi ke muka pengadilan kerana ianya melibatkan mereka yang ada kuasa dan dilindungi oleh mereka.

Kes seorang setiausaha politik Menteri Kanan yang diberkas dengan jutaan wang rasuah sehingga ke hari ini tidak dibawa ke muka pengadilan. Menterinya masih duduk dalam Jemaah Menteri, dan masih bercakap tentang pembangunan untuk orang Melayu dan berbagai lagi.

Rakyat masih tertunggu-tunggu tindakan pihak yang berwajib terutamanya PM Najib. Kenapalah perasuah-perasuah besar ini masih bebas dan tidak ada apa-apa yang tindakan yang diambil terhadap mereka.

Di samping itu, pemimpin kita meminta pula sokongan rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Harta rakyat dicurinya tetapi memaksa rakyat untuk terus menyokong mereka.

Pemimpin-pemimpin tertinggi kita masih memberi perlindungan kepada penjenayah-penjenayah ini. Mereka mahukan rakyat memberikan mandat terus-menerus kepada mereka tetapi tugas dan tanggungjawab mereka tidak terlaksana.

Mereka (pemimpin) kita seolah-olah hanya mahu menjadikan rakyat seperti kita ini sebagai hamba abdi, boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka. Harta mereka dicurinya tetapi meminta sokongan dari empunya harta itu.

Kita telah begitu lama bersabar dengan karenah pemimpin kita, tetapi kali ini kita tidak boleh lagi berdiam diri. Rakyat harus bangun dan membanteras kegiatan ini sendiri.

Saya telah membuat telahan bahawa NS akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini. DAN dengan perkembangan terakhir ini nampaknya kekalahan itu tidak dapat dielakkan lagi.

Kelalaian pemimpin-pemimpin yang kita amanahkan untuk menjaga harta benda kita masih tidak diperbaiki. Mereka masih ‘taking everything for granted’ dan masih menganggap rakyat sebagai anjing untuk memburu bagi pihak mereka.

Rakyat berasa tertipu oleh pemimpin mereka. UMNO tidak boleh lagi menjadi parti harapan bagi orang Melayu untuk mendapatkan perlindungan. Masakan rakyat mendapat perlindungan jika harta benda mereka dicuri oleh mereka yang sepatutnya menjadi pelindung kepada mereka.

Di sini kita ingin bertanya; apa bezanya nilai kemanusiaan seorang pemimpin yang menjahanamkan harta rakyat pimpinannya dengan seorang bapa kandung yang merogol anaknya sendiri? Apa bezanya?

Apa bezanya nilai kemanusiaan seorang perompak seperti Botak Chin dengan perasuah-perasuah ini? Apa bezanya?

Apa bezanya di antara penagih dadah dengan penagih rasuah? Apa bezanya? Bukankah kedua-duanya ini meruntuhkan negara dan sistem kerajaan yang memerintah?

Apa bezanya peliwat dengan kumpulan pemerintah yang rasuah? Peliwat mungkin meruntuhkan penghidupan mereka yang menjadi mangsa liwatnya. Tetapi perasuah meruntuhkan penghidupan dan meliwat hampir 30 juta rakyat dan negaranya sekaligus.

Kenapa kita mesti ada ‘double standard’ di antara satu kesalahan dengan kesalahan yang lain?

Pendeknya, perasuah = perogol muhrimnya sendiri + Botak Chin + Peliwat + memakan daging saudaranya sendiri.

Itulah ‘equation’nya rasuah dengan jenayah-jenayah yang lain. Kita tanya diri kita sendiri; diantara yang disebutkan tadi kedudukan kita di mana? Tidak payah beritahu sesiapa. Simpan di dalam diri sendiri.

14 July 2010

UMNO - Perlukan 'replanting?'

Sekarang ini giliran Nazri Aziz pula yang menghentam Ibrahim Ali dan PERKASA. Ini bermakna PERKASA ada pengaruh, kalau tidak masakan seorang lepas seorang pemimpun UMNO menghentam PERKASA.

Saya adalah ahli PERKASA yang awal, hanya saya tidak bergiat seperti ramai yang lain. Kali ini jika Ibrahim kekalkan rentak beliau ini beliau akan menjadi orang penting dalam politik negara.

Hanya satu formula sahaja kalau seseorang Melayu untuk meniti kejayaan politik; siapa yang berani untuk membela bangsanya dengan jujur dan ikhlas, orang itulah yang akan menempa kejayaan pada hari muka.

Siapa yang berjuang secara terbuka dan konsisten diatas premise Melayu, dialah yang akan mendapat rasa kemanisan dan nikmat diatas kejayaannya nanti. Tetapi ianya mesti berterusan dan sanggup menghadapi zaman kepayahan dulu.

Saya pernah memetik ungkapan seorang yang zuhud dan ulamak muktabar; Jalan kesyurga itu dipenuhi duri dan onak, sedangkan jalan keneraka itu dipenuhi dengan roti dan keju yang lazat-lazat.

Sudah menjadi adat dan hukum yang hakiki, yang terhimpit pada hari ini akan bangun dengan kejayaan, tetapi yang berkuasa akan jatuh bergelimpangan. Anda boleh baca mana-mana sejarah dan temaddun mana sekali pun tidak ada kepimpinan yang curang akan kekal selama-lamanya.

Jika PERKASA terus dengan perjuangannya sekarang ini ianya pasti akan menemui kejayaan jika pimpinan badan NGO ini ikhlas dan tidak menyeleweng dengan ‘carrot-carrot’ yang mungkin akan dihulurkan kepada orang kuat PERKASA ini.

Saya ingin memberikan pandangan peribadi saya kepada Ibrahim yang saya sudah saya kenali secara intim sejak 40 tahun dahulu. Ibrahim Ali saya sangat kenal. Bak kata orang tua-tua, ‘saya boleh menyelam kedalam air dalam tunggak’ dengan Ibrahim ini.

Jika Ibrahim terus terusan dengan perjuangan ini Ibrahim akan dapat dua perkara yang baik;

Pertamanya beliau akan dapat menghilangkan imej sebagai seorang yang mudah meninggalkan kawan-kawan seperjuangan apabila beliau mendapat faedah untuk dirinya sendiri.

Kali ini jika beliau bersma dengan jemaah beliau dalam keadaan baik apa sekali pun, Ibrahim akan menghilangkan imej yang sedia ada didiri beliau. Jika Ibrahim bersedia untuk mengharungi kesusahan dan rintangan ini, kritikkan dari orang seperti Nazri Aziz itu ibarat angin yang lalu sahaja.

Kita tidak boleh menyalahkan pemimpin-pemimpin seperti Nazari dan lain-lain itu. Itu memang sifat pemimpin yang sedang hanyut…menjerit kesana dan kesini minta bantuan dan pertolongan dengan sesiapa yang mendengar jeritan mereka.

Keduanya jika Ibrahim terus-terusan berjuang seperti yang dilakukannya sekarang ini, maka orang-orang yang menjadi ahli UMNO yang merasakan perjuangan parti itu sudah menyeleweng, maka PERKASAlah tempat mereka hendak berlindung.

Justru itu Ibrahim ada dua pilihan; samada bertindak untuk mendapatkan kelebihan untuk dirinya sendiri atau untuk memperjuangkan Melayu yang seperti anak ayam kehilangan ibu ini.

Ibrahim mesti faham, jika PERKASA menjadi sasaran pemimpin UMNO untuk melemparkan kutukan untuk berselindung disebalik kelemahan mereka, dan ianya memberi makna yang PERKASA mempunyai ‘consequence’ dalam siasah negara.

Ramai orang Melayu seperti saya ini, ingin melihat PERKASA menjadi alternatif kepada UMNO. Tetapi jika Ibrahim dan rakan-rakan beliau bertindak untuk menyertai UMNO untuk kepentingan beliau sendiri maka beliau akan hanya menambah persepsi ramai yang Ibrahim hanya berjuang untuk dirinya sendiri.

Tindakkan itu hanya akan merupakan satu tindakkan membunuh diri politik yang tidak akan dapat hidup kembali bagi Ibrahim Ali.

Disebaliknya jika Ibrahim terus dengan PERKASA dan perjuangannya maka Ibrahim akan menjadi seorang yang berhak untuk mendapat pengiktirafan umum.

Mungkin kenikmatan perjuangan beliau datang lambat sedikit tetapi kenikmatan itu pastinya lebih manis dari kenikmatan dibeli oleh pihak desperado yang sedang berjuang untuk kepentingan kuasa yang ada pada diri mereka.

Kalau pun pihak UMNO atau BN akan berusaha untuk ‘membeli’ Ibrahim dengan jawatan yang besar-besar dan membubarkan PERKASA ianya tidak juga akan memberikan atau menambah keyakinan kepada UMNO jika UMNO itu sendiri tidak mampu untuk menghilangkan pesepsi rakyat UMNO itu parti yang rasuah dan telah hilang arah dan hidayah dalam perjuangnanya.

Jika BN dan UMNO dahulu berjaya menyatukan rakyat dengan kaum yang berbilang ini BN yang sekarang ini hanya mampu melahirkan parti-parti seperti PKR dari UMNO, IPF, Makhal Sakti dan Hindraf dari MIC.

UMNO dan BN seolah-olah mengambil tempat seperti parti serpihan kerana dimana-mana UMNO diperingkat cawangan dan Bahagian tidak lagi bergiat seperti dahulu.

UMNO bergiat secara berkala dan ‘disconnectionnya’ dengan rakyat sudah terlalu jauh untuk disambung dan koyaknya teralu lebar untuk ditampal.

Jika keadaan seperti ini terus dengan keadaanya sekarang UMNO tidak ada jalan lain selain menjadi parti yang ditolak dan tidak akan mampu kembali lagi.

Semasa itu kita akan lihat ramai diantara pemimpin hari ini yang sudah meraih kekayaan akan menghilangkan diri mereka dan tinggal dinegara-negara lain bersama kekayaan yang dicuri dari rakyat itu.

Kepada Ibrahim, kejayaannya sebagai pejuang sudah sampai keambang kejayaan, tetapi kadangkala segala-galanya akan lebur jika tidak pandai menguruskan kejayaan yang dicapai itu.

Itu pun kesilapan UMNO selama ini; tidak pandai menguruskan kejayaannya, tetapi hanya tinggal dengan pemimpinnya membaca sejarah kejayaannya yang dulu dulu sahaja, berulang ulang kali.

UMNO nampaknya ibarat sebidang kebun getah yang sudah tidak bersusu lagi. Susunya hanya mampu untuk mengeluarkan getah sekerap sahaja kerana setiap pokoknya sudah tidak bersusu lagi.

Selagi kebun itu tidak dilakukan ‘replanting’ dan digantikan dengan pokok-pokok yang bersusu akan tiba masa orang ramai akan jadikan pokok-pokok itu sebagai kayu api sahaja.

Saya masih bersama UMNO tetapi tidak putus berdoa agar berlaku ‘replanting’ seperti yang saya katakan tadi akan berlaku agar pokok yang baru yang diharapkan itu akan mengeluarkan susu yang banyak untuk kehidupan generasi kita yang akan datang.

13 July 2010

Mahal betul nak jaga MCA - Mahal rantai dari beruk

MCA telah meminta dari kerajaan peruntukan sebanyak RM 1 billion bagi Rancangan Malaysia ke-10 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina bagi mengembalikan sokongan kaum Cina terhadap BN.

Liow Thiong Lai menyatakan jika kerajaan memberikan peruntukan itu maka orang Cina akan kembali memberikan sokongan kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Ini satu tuntutan yang keterlaluan, kerana untuk mengadakan jumlah wang peruntukan yang sebegitu banyak bagi sekolah jenis kebangsaan Cina yang jauh lebih kecil bilangannya jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan kita merupakan tindakan mengugut dan mempersendakan kerajaan dan bangsa lain.

Jika untuk mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA terpaksa mengadakan peruntukan sebegitu banyak maka saya cadangkan berikan peruntukan itu kepada DAP sahaja kerana DAP mendapat sokongan kaum Cina tanpa menjanjikan jumlah peruntukan yang besar.

Kalau beginilah sikap MCA mari kita sokong DAP sahaja kerana untuk mempertahankan MCA kita terpaksa menjual maruah dan air muka kita tidak ada hentinya.

Lagipun kita selalu bertanya, apa bezanya MCA dengan DAP? Bangsanya sama, agamanya sama dan budayanya sama. Malahan DAP itu ada juga peluang untuk orang Melayu mengambil tempat.

Allahyarham Ahmad Nor, Fadzlan Yanhya dan Haji Asri merupakan bekas ahli Legislatif yang mewakili DAP suatu ketika dahulu di Parlimen dan DUN negeri Perak satu ketika dahulu.

MCA menunjukan sangat sikap lemahnya. Untuk mendapatkan sokongan kaumnya kita terpaksa bayar RM 1 billion pula. Siapa yang perlukan tongkat sebenarnya? Orang Melayukah atau MCA?

Mahal sangat harganya untuk memperkuatkan MCA ini. Sudahlah kita terpaksa membayar harga yang terlalu tinggi untuk mempertahankan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya, ditambah pula dengan harga tinggi untuk mempertahankan parti MCA dan pemimpin-pemimpinnya.

Kalau Najib atau Muhyiddin bersetuju, maka elok kita pakat-pakat jangan hantar anak-anak orang lain ke sekolah; kita hantar sahaja anak-anak orang Cina untuk ke sekolah.

Kalau begitu lagaknya MCA elok juga kita pakat-pakat untuk mengundi DAP dalam pilihanraya yang akan datang kerana parti itu tidak mahal sangat kalau membuat tuntutan apa-apa.

Saya tidak membawa orang lain, tetapi MCA sudah mencucuk mata kita. Mereka hendak membutakan kita dan segala-galanya mesti berikan kepada mereka. Tetapi mereka sendiri tidak mendapat sokongan dari bangsanya sendiri.

Elok juga kita cadangkan kepada PM dan DPM yang kebetulan Menteri Pelajaran untuk membawa pemimpin MCA ini melawat sambil belajar ke Thailand, Indonesia, Vietnam dan banyak negeri-negeri lain untuk melihat berapa sekolah Cina di sana.

Ini penting supaya mereka tahu bagaimana beruntungnya mereka kerana di negara ini ada sekolah Cina yang banyak, tetapi masih tidak juga faham yang kerajaan telah membangunkan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan begitu banyak.

Kenapa pemimpin kita terlalu tunduk kepada tuntutan yang tidak ada kesudahannya ini? Jawapannya ialah orang Cina tahu bila untuk menekan dan mendapatkan apa yang mereka mahu.

Mereka akan menuntut segala-galanya apabila pemimpin Melayu sudah lemah. Itu sebabnya saya selalu berkata jika pimpinan sudah lemah elok ditukar pemimpin kita.

Tetapi untuk menukar pemimpin kita merupakan usaha yang hampir impossible kerana sistem pemilihan kita amat ketat dan ditambah pula dengan rasuah politik dan kuasa yang begitu berleluasa dalam parti.

Contohnya, apabila Dr Mahathir sudah hilang keyakinan ahli-ahli UMNO dan rakyat, pada penghujung tahun 80-an, Mahathir telah berkompromi dengan begitu banyak sekali dengan kaum Cina untuk menagih sokongan.

Dr Mahathir telah mengiktiraf segala diploma dan ijazah lulusan TAR College di atas desakan MCA. Dr Mahathir telah membiarkan percambahan institusi swasta yang dikuasai oleh bangsa Cina dan menteri pelajaran semasa itu ialah Najib Tun Razak, PM kita pada hari ini.

Semasa itu ramai orang Melayu merungut kerana tidak ada kawalan terhadap pemberian lesen untuk membuka institusi-institusi swasta ini. Orang Melayu bukan menentang terhadap perkembangan pelajaran, tetapi oleh kerana Mahathir tidak menekankan semangat DEB semasa itu maka orang Cina tidak lagi mahu berkongsi ekuiti saham dan bekerjasama dengan orang Melayu di dalam institusi pelajaran itu.

Saya masih ingat zaman pra-Mahathir, orang Melayu khususnya UMNO telah berarak untuk menyekat penubuhan Universiti Merdeka yang dicadangkan oleh MCA. Tetapi dengan sifat mudah berkompromi kita, orang Cina bukan sahaja mendapat satu Universiti Merdeka tetapi berjaya memperolehi hampir seribu buah Universiti Merdeka melalui kolej-kolej swasta ini.

Kepada sesiapa baru hendak berjinak-jinak dengan UMNO selepas tahun 80-an tidak akan dapat menghargai pandangan ini.

Kepada orang seperti kami yang telah lama bergelumang dengan UMNO ini merasakan sangat runtunan nurani dan merasa terlalu sensitif kalau mendengar tuntutan demi tuntutan diberikan oleh kerajaan UMNO kepada MCA ini.

Untuk memujuk hati, orang-orang Melayu pun berkata, “Tak apalah, demi memperkembangan industri untuk negara, dah orang Melayu tidak pandai biarlah Cina yang melakukannya”.

Tetapi bukannya orang Melayu tidak ada yang ingin membangunkan universiti swasta, tetapi orang Melayu tidak pandai untuk memperuntukkan sedikit bayaran kepada sesiapa yang berkuasa meluluskan untuk mendapatkan lesen tersebut: rasuah bermain dengan hebatnya semasa itu.

Dengan tuntutan RM 1 billion bagi sekolah jenis kebangsaan Cina ini, saya beranggapan MCA sudah begitu mahal untuk terus menjadi wakil kaum Cina di dalam BN. Saya berharap kabinet tidak akan melayan tuntutan yang mengada-ngada ini.

PM dan kabinetnya jangan cuba-cuba berhelah dengan kita bagi mencari jalan untuk bersetuju dengan tuntutan ini kerana orang Melayu akan membesarakan mereka nanti.

Kalau kepimpinan Melayu yang beretorik ini masih lagi melayani mereka yang chauvinistic ini saya sarankan mereka turun sahaja dari kuasa yang ada pada mereka.

Kalau mereka sudah tidak berguna lagi kepada orang Melayu yang masih terkapai-kapai ini silalah berhenti sebelum diberhentikan oleh orang Melayu sendiri.

MCA sudah terlalu naik lemak; kita takut orang Melayu akan naik minyak.