15 April 2011

SUPP 'desperate' - Mungkin kah BN Sarawak akan mengalami apa yang dialami oleh Parti Berjaya?

Di dalam pilihanraya Sarawak, pengundi Cina menjadi pengundi penting untuk kedua-dua belah pihak. Sejak 3 tahun yang lepas orang Cina telah menunjukan kecenderungan untuk menyokong parti alternatif dan telah dibuktikan mereka di dalam kesemua pilihanraya-pilihanraya kecil sejak 2 tahun yang lalu. Di dalam piliharaya Sarawak kali ini SUPP yang menjadi badan politik mewakili kaum Cina di Sarawak merasakan kepanasannya kerana kecenderungan orang Cina Sarawak untuk mengundi parti Alternatif mereka, DAP.

DAP yang telah pun menunjukan kemampuan untuk memerintah di Pulau Pinang dan juga memerintah bersama parti komponennya di empat negeri yang lain telah menunjukan kemampuan untuk menarik sokongan orang Cina di dalam pilihanraya Sarawak kali ini.

“Panas! Panas!” kata seorang sahabat saya dari Miri yang sudah kembali ke Sarawk untuk mengundi esok hari. “Sekarang SUPP terpaksa melakukan gertak menggertak terhadap pengundi Cina dan ini menunjukan yang mereka sudah desperate” kata Low yang sudah membayangkan kepada saya beliau akan berubah kali ini dan mengundi DAP atau mana-mana parti alternatif.

Apa yang dikatakan oleh Low ternyata benar dengan apa yang berlaku di satu kawasan DUN, Dudong dimana Tiong Thai King, Naib Presiden SUPP telah menggertak pengundi Cina dengan mengatakan yang UMNO akan masuk ke Sarawak jika BN Sarawak hilang kuasa 2/3 dalam pilihanraya ini. Selama ini UMNO gagal untuk bertapak di Sarawak kerana BN Sarawak kuat. “Kalau kita tidak mahu UMNO, BN Sarawak mesti menang 2/3” kata Tiong dalam kempennya.

Tindakan ini nyata tindakan ‘derperate’ seperti yang dikatakan oleh sahabat saya Low dari Miri itu. Kenapa pemimpin sebuah parti komponen bertindak membenihkan perasaan benci terhadap UMNO di kalangan orang Cina sedangkan UMNO adalah tunjang belakang kepada BN?

Yang lebih ‘gila’ lagi Tiong mengingatkan pengundi Cina, jika SUPP tidak diwakili di dalam kerajaan negeri lagi, maka MCA dan Gerakkan akan masuk dan mengambil tempat di Sarawak. Tiong menggunakan apa sahaja cara walaupun terpaksa bercakap melakukan ‘sabotage’ terhadap parti komponennya sendiri. Menaikan isu dan sentimen perkauman merupakan cara SUPP untuk menyelamatkan parti itu dari ditolak oleh pengundi khususnya parti SUPP.

Kenapa perkara seperti ini berlaku? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah disebabkan tiada cara lain bagi SUPP untuk mendapat sokongan kaumnya. Parti itu terpaksa main kotor terhadap komponennya sendiri semata-mata untuk nampak relevan kepada kepada kaum Cina di Sarawak.

Mengikut berita terakhir ini, PR telah berjaya membawa aura perubahan lebih-lebih lagi di hari yang terakhir ini. BN sedang menghadapi dugaan yang terbesar yang belum pernah di alami oleh Sarawak sejak mencapai kemerdekaan dalam Malaysia sejak 1963 dahulu.

Sekarang ramai pemerhati politik sedang tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu; adakah BN Sarawak akan menerima nasib parti Berjaya di Sabah pada tahun 1985 dahulu? Di Sabah semasa itu ramai di antara pemimpin-pemimpinnya telah menubuhkan PBS secara tergesa-gesa parti PBS untuk menumbangkan Berjaya pimpinan Harris Salleh dalam pilihanraya negeri itu.

Gerakan perubahan telah berlaku begitu kuat sehinggakan Harris Salleh sendiri telah kecundang kepada Kadoh Agundong di Tenom dengan majoriti yang agak besar. Walaupun Dr Mahathir secara terbuka dan ‘decisive’ telah memberikan sokongan kepada Berjaya, parti itu tetap kecundang di tangan parti baru, PBS pimpinan Pairin Kitingan.

Rakyat Sabah tetap tidak berganjak pendirian menentang Berjaya walaupun Dr Mahathir telah berikrar untuk berenang dan tenggelam bersama Berjaya. Seperti biasa Dr Mahathir membiarkan sahaja Berjaya yang telah tewas dengan teruknya hanyut dan tenggelam dan beliau berenang bersama PBS sehinggalah PBS keluar dari BN pada tahun 1990 dahulu.

Jika dibuat penelitian yang halus di dalam pilihanraya negeri Sarawak ini keadaannya tidak memustahilkan apa yang terjadi kepada Berjaya akan juga terjadi kepada BN pimpinan Taib Mahmud.

Kita tunggu sahaja berita itu besok malam. SPR telah berjanji yang semua keputusan pengundian akan diketahui sebelum tengah malam.

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Apa sangatlah nak dirunsingkan sangat BN atau Pembangkang yang menang kerana pilihanraya akan berlaku lagi setiap 5 tahun. Tidak ada pemerintah yang tidak akan dihukum bila 'sudah terlampau'.

Pilihaanraya adalah cara yang sihat menukar atau mengekal kerajaan yang sedia ada, kita kena terima secara positif.

Setakat ini adakah kerajaan BN yang diterajui Taib 'sudah terlampau' yang perlu dihukum. Jawapannya sebelum tengah malam besok.

Sarawakians kena sanggup bayar 'harga' atas pilihan mereka.

Anonymous said...

Majoriti cina ada 15. Jika buang 15 masih berbaki 56. Jika snap diterima oleh suku kaum iban, mungkin BN akan kecundang atau menag simple majority, itu pun kita kena tengok kawasan melayu/melanau jika dpt dirampas oleh Pas. PKR harap pada Baru Bian. Yg lain2 tu payah sikit pasal PKR tak laku. Kekuatan baru bian bukan kekuatan PKR. Iyu kekuatan dia sendiri.
Jika iban tak lari dan kawasan melayu/melanau pun gagal ditembusi Pas, BN akan menang 2/3.

Teropong haris salleh

mo said...

salam saudara aspan,,,.\, angin perubahan tidak dapt di bendung lagi oleh kekuasaan najb dan taib,,,perubahan nyata di setiap pelusuk swak....melayu,cina,iban dan semua kaum telah banyak yg berubah,,,tidak mustahil kali ini taib bersama kroni akan terbenam dalam pijakan suara rakyat kali ini...sambutan yg sangat luar biasa terhadap PR di swak ....

Sedarlah Semua said...

Cukuplah, buat rakyat Sarawak dan warga dunia yang telah membayar harga yang cukup mahal hingga menyebabkan alam ini tidak sempurna.

Purata besar, Pribumi Serawak seperti Dayak, Iban, Penan dan lain-lainnya, hidup merempat hampir 3 kurun di tanah tumpah darah sendiri. 3 kurun....! Air sungai yang jernih di zaman penjajah, kini telah menjadi air selut teh susu. Inilah air yang digunakan peribumi untuk mandi dan mencuci pakaian. Tidak cukup dengan itu, tanah pribumi dirampas sehingga seorang seorang manusia kerdil seperti Taib Mahmud boleh memiliki tanah 10 kali lebih luas dari Singapura. Mungkin jasad dia terlalu besar yang memerlukan tanah sebanyak ini untuk dikuburkan nanti.

Borneo adalah paru-paru dunia yang mengeluarkan oksigen untuk keharmonian manusia sejagat. Penjajah tidak merosak hutan ini dan mengambil balaknya sebab mereka ada harga diri menyelamatkan generasi mendatang. Inipun dilapon Taib Mahmud dengan gerombolan. Satu untuk kau...! satu untuk aku....!

Mamposlah Rakyat biar jadi bodoh dulu, kini dan selamanya. Inilah falsafah amalan laknat Iblis dari golongan manusia dan jin.

Sedarlah semua.