13 April 2011

Demokrasi perlu diperkayakan dengan semangatnya sekali

PM Najib mengakui yang pilihanraya di Sarawak kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit di dalam sejarah negeri Sarawak. Walaupun keseluruhan jentera persekutuan datang ke Sarawak, sambutan terhadap BN nampaknya jelas berkurangan. Rakyat jelas menampakan penolakan terhadap BN dengan mengeksploitasi isu Taib Mahmud dan isu ini merupakan isu yang sangat mujarab bagi parti-parti pembangkang, iaitu PR dan SNAP.

PM Najib berkata apa yang diperlukan BN hanyalah ‘simple majority’ dan kemenangan 2/3 itu merupakan bonus bagi BN. Kenyataan PM Najib ini memberikan bayangan bahawa BN memang sedang menghadapi jalan sukar untuk mengekalkan sokongan rakyat. Sekali gus PM Najib sudah mengakui yang Sarawak tidak akan lagi menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN lagi dan tidak ada satu negeri pun dalam negara ini menjadi kubu mutlak bagi BN.

Pengakuan pemimpin nombor satu negara merupakan satu pengakuan yang jujur. Untuk mengakui nya bukanlah satu perkara yang mudah, melainkan sudak tidak ada lagi sebab untuk menafikannya. PM Najib tentunya mempunyai asas yang kukuh untuk berkata seperti ini kerana beliau telah berkampong di Sarawak sejak beberapa hari yang lepas.

Yang menarik untuk diolah ialah apa kah natijahnya dari keputusan kemangan mudah bagi BN di dalam pilihanraya di negeri Sarawak ini? Kemenangan 'simple majority' bagi BN bermakna pembangkang mampu untuk memenangi setidak-tidaknya 30 kerusi dari 71 kesemuanya. Jumlah 30 itu merupakan lonjakkan 400 peratus kemaraan pembangkang di Sarawak. Jika ini benar-benar berlaku, ia akan memberi kesan yang besar terhadap landskap politik negara terutamanya dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Kemenangan pembangkang di dalam banyak kawasan di Sarawak akan pasti membantutkan semangat UMNO dan BN di semenanjung yang mereka rasakan telah kembali kearah pemulihan keyakinan rakyat terhadapnya. Selain dari memberikan impak negative terhadap kepimpinan Taib di Sarawak ianya juga memberikan impak yang sama kepada Najib dan barisan kepimpinan BN di peringkat persekutuan. Elok kita berikan ‘emphasis’ yang kehilangan keyakinan kepada pimpinan persekutuan bukan sahaja terhadap Najib tetapi juga terhadap keseluruhan kepimpinan BN khusunya UMNO.

‘Accountability’ ini tidak seharusnya di tanggung oleh Najib semata-mata tetapi dibebankan juga kepada keseluruhan barisan kepimpinan kerana ‘accountability’ itu wajar ditanggung secara ‘collective’ oleh semua di antara mereka dalam kepimpinan negara.

Bagi parti-parti pembangkang mereka akan lebih bersemangat dan berkeyakinan dan selalunya jika seseorang atau sesuatu pertubuhan itu mendapat semangat yang tinggi ianya akan memberikan impak yang baik kepada usaha mereka. Semangat pembangkang di Sabah juga akan meningkat dan di Sabah juga masalah kepimpinan Musa Aman bukan kecil. Tidak menghairankan jika Sabah juga akan menghadapi masalah penolakan besar jika tidak di ambil kira perasaan rakyat terhadap pucuk pimpinan di negeri itu.

Jika keyakinan terhadap kepimpinan Najib berkurangan maka BN terpaksa melakukan apa yang sepatutnya. Dalam situasi ini kesetiaan Najib kepada parti dan negaranya akan diduga dengan hebat.. Banyak pihak akan memerhatikan beliau samada beliau berkesanggupan untuk melakukan pengorbanan terhadap parti dan negaranya dengan mengundurkan diri dari tugas mentadbir parti dan negara.

Demokrasi bukan sahaja di ukur dari sudut siapa menang dan siapa yang kalah semata-mata. Yang lebih penting dari isu siapa menang dan siapa yang kalah itu ialah semangat demokrasi itu sendiri. Jika seseorang itu betul-betul mempunyai semangat demokrasi yang tinggi ianya tidak akan merasa segan dan silu untuk mengundurkan diri semata-mata untuk menyelamatkan telapak perjuangan bangsanya.

Jika seseorang pemimpin yang sudah tidak mendapat sokongan yang bulat maka ianya akan mengundurkan diri kerana dalam demokrasi dia mesti menerima yang jika dia tidak mengundurkan diri partinya akan di tolak pengundi.

Husein Onn merupakan seorang yang tegas mengamalkan demokrasi. Beliau boleh meneruskan kepimpinan negara dengan masa yang lebih lama lagi kalau beliau hanya mengambil demokrasi sebagai pihak yang menang sahaja. Apabila beliau dicabar oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai presiden UMNO pada tahun 1978 beliau menang dengan majoriti yang sangat besar kerana Hj Sulaiman hanya memperolehi 125 undi sahaja dari perwakilan seramai 1300 orang.

Husein sebaliknya mengumunkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan pada tahun 1981. Kerana apa? Sebabnya beliau menghormati semangat demokrasi itu. Beliau sedar walau pun beliau memenangi pertandingan itu dengan jumlah undi yang sangat besar, beliau sedar sokong ahli UMNO terhadap beliau tidak lagi sebulat sebelumnya. Maka beliau bertindak mengundurkan diri untuk mempastikan ahli-ahli partinya bersatu di bawah kepimpinan yang baru.

Berbeza dengan sikap Dr Mahathir yang mengatakan ‘walaupun saya menang satu undi saya masih menjadi PM’ kerana Mahathir tidak mengambil semanagt demokrasi itu sebagai elemen yang penting untuk mempastikan partinya bersatu. Malahan beliau selanjutnya berkata jika beliau kalah sekalipun beliau masih boleh menjadi PM jika mendapat sokongan Dewan Parlimen.

Taib sepatutnya sudah merasakan yang beliau sudah berhadapan dengan banyak pihak dalam BN sendiri untuk beliau mengundurkan diri. Jika beliau telah mendapat ‘signal’ itu dari awal lagi dan bertindak mengundurkan diri maka beliau akan di anggap sebagai orang yang menghormati demokrasi tulin. Tetapi sebaliknya beliau terus mengambil sikap mempertahankan diri dengan mengira undi dalam demokrasi itu.

Sekarang oleh kerana beliau tidak mahu menghormati semangat demokrasi itu maka demokrasi itu sendiri akan menolak parti yang dipimpinnya untuk terus memerintah. Samada rakyat berjaya untuk menolaknya belum kita ketahui lagi. Kita tunggu sahaja dua tiga hari lagi untuk mendapatkan jawapannya setelah semua undi dikira pada 16hb yang akan datang.

Jika kita dengar kenyataan PM Najib yang sekarang BN telah menurunkan ‘target’nya kepada hanya memenangi ‘simple majority’ dalam pilihanraya Sarawak, maka itu sudah menjadi petanda yang BN sudah tidak mempunyai keyakinan untuk menang besar dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini.

Sebab apa? Jawapannya ialah kerana Taib dan ramai di antara pimpinan parti pemerintah tidak mahu menghayati semangat demokrasi itu. Maka demokrasi itu sendiri akan memaksa mereka untuk menghormatinya.

Wassalam.

8 comments:

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Sememangnya kita menghargai Hussein Onn atas semangatnya menghormati kehendak ahli-ahli secara berperasan 'nuance' tetapi tindakannya mengundurkan diri jelas telah merugikan UMNO kerana pengantinya telah tidak langsung beringinan, jauh lagi bersemangat demokrasi.

Sepatutnya Hussein Onn berjiwa lebih pemimpin dari berkebangsawan berfikiran jauh dengan mewaspadakan UMNO jangan jadi mangsa dikuasai penyangak-penyangak bertopeng seperti Mahathir.

Hussein Onn elok dan sepatutnya berusaha ketika itu menggagalkan rancangan Mahathir dengan tidak segan dan tidak mahu mengundurkan diri dan terus bergiat, berusaha dan berkorban untuk mendapatkan dan memupuk pengganti yang sewajarnya, lebih berjiwakan gentleman dan yang membencikan semangat dan perangai Melayu bangsat.

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Keinginan itu hanya angan2 yg tidak akan berlaku lagi pada masa sekarang... spt kata sorang blogger... org politik ini memeluk jawatan mereka seumpama kera2 yang bergayut di dahan2 pokok...

pakya

Anonymous said...

Orang bandar tak macam orang kampung. Orang bandar secara literalnya tak perlukan wakil rakyat untuk buat/dapatkan itu dan ini.

Semua keperluan orang bandar otomatik disediakan kerana memang sifat bandar macam itu. Atas sebab itu orang bandar lebih suka mengundi menentang establishment.

Seantenro dunia, mengejar 2/3 majoriti bukanlah sesuatu yang realistik kecuali beberapa keadaan.

Yakni kalau negara maju itu adalah kecil (sekankang kera), ISA diaktifkan dan rakyatnya masih terhutang budi pada bapa yang memerdekaan sesebuah pulau itu, makanya bolehlah pemimpin titik selatan mendapat majoriti 2/3.

Dalam mana-mana negara maju yang mengamalkan demokrasi 100%, majoriti 2/3 tidak akan berlaku dan kalau berlaku jua maka ada yang tak kena.

*Malaysia dah nak capai status negara maju beb.

Lorong Tengah

d'enricher said...

Tuan,

Apa ruginya Rakyat Sarawak kalau mereka pilih parti lain untuk PRN kali ini???

Polisi aje yang berubah, itupun kalau yang baik boleh diteruskan. Kalau dulu Kelantan, kemudian Terengganu, lepas tu Pulau Pinang, Kedah, Perak (tukar, lepas ada katak yang melompat) dan Selangor.

Kalau bagus, masih lama lah memerintah, kalu tidak kena sedialah untuk berundur, kalau syiok sendiri, bila orang lain tak suka siap la.

Cerita sama diseluruh dunia, Mubarak, Gadaffi dan selainnya.

Agaknya terlalu seronok jadi ketua kerajaan, rasa "macam ini negeri ana yang punya"

kan ke bagus sistem kita dah mula kearah "SISTEM 2 PARTI/GABUNGAN", tak lah kena sogok ikut membuta tuli aje.

Rasanya Rakyat Malaysia secara umumnya dan Rakyat Sarawak secara amnya dah mula sedar, kuasa sebenarnya ditangan ANDA, walaupun hanya SATU undi.

Yang salah, sedialah untuk menghadapi "KEADILAN", yang betul nak takut apa.

A.Alshukor

Anonymous said...

Tuan

Sepatutnya BN bawa mantan PM ke4 berkempen sebab dia mmg terkenal dgn pandai berkata-kata dan memutar-belit

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Sebelum ini komen saya adalah bertujuan mengatakan ada kesempatan untuk memperkayakan demokrasi kita pernah terabai disebabkan semangat yang menjuruskan Hussein Onn bertindak dengan berperasan 'nuance' itu telah dipergunakan dan kini jelas terjadi keadaan sebaliknya dimana demokrasi giat dipermiskinkan!

Yang lepas biarlah jadi pengalaman kita, jangan masa depan akan jadi igauan buruk yang sentiasa diulang!

Pada saya demokrasi di Malaysia sangat tidak mantap; perlu dikatakan juga sangat tiada bersemangat dan jauh lagi boleh diperkayakan mengikut fahaman 'in both letter and spirit'.

Perlu kita menanyakan diri tanpa 'the trappings of true democracy' masakan boleh ada jiwa dan semangat memperkayakan demokrasi?

Beberapa 'The Trappings of True Democracy' yang sangat terperlu banyak maseh tiada diadakan seperti 'Full Human Rights of Freedom', Free Press, Independent Judiciary, dsbgnya...

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan.
Persoalannya ada ke demokrasi di negara ini..jawapannya ADA!! bila keadaan memerlukannya atau mulut saje..tetapi di dalam demokrasi itu ada elemen-elemen seperti sosialis , liberal dan barangkali ada komunisme dan kuku besi..kerana lanskap politik malaysia begitu penting untuk orang melayu..melayu tidak akan hilang di bumi bertuah ini.Maka di laungkan kesinambungan melayu dengan penuh semangat tetapi tiupan semangat ini sebenarnya yang melalaikan melayu itu sendiri..bila dah mabuk dengan KETUANANNYA maka penyamun-penyamun di kalangan melayu ini juga akan terus memperkosakan maruah bangsa..dan bila terperangkap maka di salahkan orang lain..maka lanskap politik ini akan di copy and paste oleh parti-parti yang menunggu peluang terbaik untuk menjadi hero pulak..maka di laungkannya pulak cerita manis pada bangsa yang lain..dan seterusnya bila berkuasa mereka pun akan jadi penyamun..tetapi kalau jadi penyamun jadilah macam ali baba..ambil satu peti sahaja ,tinggalkan yang lain dan berzakat di pasar dan tolong orang miskin,,bukan jadi macam kassim baba habis satu gua dia samun nasib baik mentol menyala kalau tidak dengan mentol pun di ambil dan akhirnya kena kerat tujuh..ambil iktibar wahai pemimpin yang sedia ada dan yang bakal ada.

fin said...

aspan tak mahu komen kenyataan rpk ke yang mengaitkan orang kuli dlm konspirasi altantuya bagi menjatuhkan najib?

minta tlg aspan tanya kuli kenapa kuli tak ambil tindakan terhadap mahathir bilamana dlm memoirnya mahathir kata kuli guna duit untuk lawan pemilihan presiden. kenapa tak saman mahathir?

sedang tunggu komen bernas aspan.