19 April 2011

Siapa yang bersalah - kita atau orang lain? - bhg 2 (akhir)

Banyak kali saya menulis tentang masalah yang sebenarnya dihadapi oleh UMNO parti yang menunjangi BN. Sebagaimana yang saya sebut semalam UMNO di peringkat akar umbi dari segi teknikalnya telah mati dan tidak berfungsi. Kenapa keadaan jadi begini saya mempunyai pandangan dan telah pun saya tulis agak kerap kali dalam isu ini.

Kekuatan UMNO di peringkat akar umbi dahulu bukannya hidup dengan sendirinya. Kekuatannya letak di atas kesungguhan pemimpin-pemimpin cawangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mendekati rakyat. Pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan mendapat galakan dari barisan pimpinan Bahagian-Bahagian dan kerjasama di antara pimpinan Bahagian sesungguhnya amat rapat.

Cawangan-cawangan mengadakan berbagai-bagai aktiviti parti yang melibatkan ahli-ahli dan orang ramai di cawangan dan kariah masing-masing. Tetapi semuanya itu sudah menjadi sejarah kerana cawangan-cawangan hanya mempunyai satu aktiviti dalam setahun; iaitu untuk mengadakan mesyuarat agong cawangan. Itu pun lebih dar 60 peratus mesyuarat itu tidak mendapat korum yang cukup untuk mesyuarat itu. Bagaimana minit-minit mesyuarat ditulis sama-sama kita tahu bagaimana mereka lakukan. Itulah UMNO sekarang ini.

Oleh kerana UMNO menegah mana-mana ahli membawa kes perbalahannya ke mahkamah maka banyak di antara cawangan yang bermesyuarat tidak mencukupi korum itu di biarkan sahaja dan di anggap sebagai sah. Maka ketua-ketua cawangan tidak mengambil isu sah atau tidak sahnya cawangan di sisi undang-undang sebagai perkara penting.

Semuanya ini adalah hasil dari kepimpinan yang tidak ‘legitimate’. Ramai di antara pemimpin cawangan dan bahagian itu mendapat jawatan melalui kuasa wang ringgit. Apabila mereka yang mendapat jawatan dengan kuasa wang ringgit ini mereka menjadi pemimpin yang keliru.

Budaya mencari rezki dalam parti inilah yang menyebabkan sikap pemimpin-pemimpin cawangan hanya bergerak jika digerakan dengan wang ringgit. Jika hendak mengumpulkan ahli terpaksa menyewa bas dan kereta untuk membawa mereka ke tempat program parti itu dan sudah kemestian juga diberikan elaun untuk berada di tempat keramaian itu.

Penyakit dan budaya ini sudah tidak lagi dapat diperbaiki kerana budaya membeli undi dengan wang ringgit itu akhirnya membuahkan keadaan yang melemahkan parti. Ramai ketua-ketua bahagian yang rapat dengan saya mengakui yang mereka tidak dapat menggerakan kerja parti kerana semuanya itu memerlukan wang ringgit yang banyak. Setiap pergerakan mesti ditolak dan dikuatkan dengan wang. “Mati saya macam ni!” kata seorang ketua bahagian dari Selangor. “Semuanya duit, duit, duit” sambungnya lagi.

Oleh kerana permainan politik wang yang sudah tidak terkawal maka mereka ini jugalah yang memilih pemimpin-pemimpin di peringkat pusat yang juga bermain dengan wang ringgit. Ada setengah pemimpin memenangi jawatan MKT demgam berbelanja jutaan ringgit sedangkan mereka bukanlah jenis dan contoh yang baik untuk menduduki kerusi tertinggi yang menentu arah tuju serta dasar parti.

Sharil Samad yang boleh kita anggap mempunyai kepimpinan tidak berjaya menduduki MKT kerana tidak membeli undi-undi perwakilan. Saya pernah bertanya kepada beberapa orang perwakilan kenapa tidak memberikan Sharil undi sedangkan beliau adalah seorang tokoh yang baik dalam parti. Mereka menjawab, “Saya tak undi Sharil, sebab apabila bersalam dengan kami tapak tangannya licin saja bang!. Dia tak hulur, macam mana nak undi dia. Saya bagi undi kepada Azeeez Rahim sebab sampai juga sikit-sikit dia punya duit. Nak jadiperwakilan dulu bang banyak belanja keluar. Kenalah cari balek duit tu”

Bayangkan perwakilan boleh memilih Azeez Rahim dari Sharil. Bagaimana kita hendak ‘reconcile’ keadaan ini? Sampai bila pun kita tidak dapat nak memberikan rasionalnya kenapa perwakilan memilih Azeez dari Sharil. Jika saya menjadi perwakilan, walaupun saya tidak begitu setuju dengan Sharil, saya akan tetap mengundi beliau kerana beliau mempunyai kepimpinan yang terserlah, setidak-tidaknya beliau di terima rakyat di kawasannya Johor Baru.

Tetapi kepimpinan bukannya menjadi perhitungan perwakilan kita. Mereka hanya memberikan pertimbangan kepada siapa yang paling banyak ‘mengulurkan’ wang ringgit. Ada perwakilan yang telah dapat mengumpulkan kutipan dari mereka yang bertanding sehingga puluhan ribu ringgit jumlahnya. Maka inilah yang UMNO dapat dari budaya buruk yang sudah tertanam begitu lama ini.

Oleh kerana itu orang Melayu bertanya, “inikah jenis dan kualiti pemimpin yang hendak kita letakan kepercayaan untuk masa depan anak-anak dan cucu mereka?” Tetapi pimpinan UMNO tetap tidak menyedari masalh ini. Itulah sebabnya jika kalah pilihanraya orang Melayu yang ramai ini dipersalahkan, bukannya pemimpin yang tidak tulin tadi.

Jika benihnya tidak baik bagaimana hendak mendapat pohon yang baik dan berbuah dengan baik? Jika dari atas rasuah politik bermaharajalela bagaiman kita hendak mengharapkan pimpinan di bawah tidak rasuah? Makanan yang baik ialah makanan yang di masak sendiri bukannya makanan yang dibeli dari luar.

Apabila pemimpin-pemimpin rasuah tidak akan ada lagi keputusan yang baik yang datang dari pimpinan. Itulah formula yang tepat, Seperti pelajaran matematik, jika tidak diikuti formula yang betul jawapannya tidak akan betul.

Percayalah, rakyat sudah hilang keyakinan kerana tidak mempercayai ketelusan kepimpinan kita. Sakit hati mendengar komen seperti ini, tetapi apakan daya, yang benar itu tetap benar yang salah itu tetap salah. Tidak adil jika kita mendesak dan memaksa rakyat untuk menyokong kita. Kalau kita tidak mahu berkorban untuk menolak rasuah dan bermain politik wang itu. Jangan kita mengharapkan rakyat mahu mengorbankan masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka semata-mata untuk kita terus melakukan kesalahan moral dan jenayah terhadap mereka.

Kelemahan inilah yang dilihat dengan jelas oleh kaum lain, maka mereka sudah tidak lagi menghormati kita. Mereka tidak percaya lagi yang kita mampu memperbaiki diri kita lagi. Pada pandangan mereka kita sudah terlalu jauh menyimpang yang tidak mungkin berpatah balik. Kita tidak boleh mengharapkan bangsa lain boleh dipujuk dengan retorik seperti bangsa kita.

Malahan ramai di antara orang Melayu pun sudah tidak lagi termakan dengan retorik pembangunan dan bermacam pelan pembangunan yang di umumkan pemimpin kita. Ramai di antara cerdik pandai Melayu telah berpindah haluan dengan menyokong PAS kerana mereka sudah jemu dengan kesalahan yang tidak kunyung diperbaiki.

Rakyat sedar yang segala pelan mega pembangunan itu akhirnya membebankan mereka dengan peningkatan kos kehidupan yang sekarang pun sudah tidak mampu ditahan oleh rakyat yang ramai.

Rakyat sedang dalam keperitan. Mereka bukannya buta mata. Mereka bertanya kenapa seorang yang miskin, apabila mendapat jawatan politik itu dengan sekelip mata manjadi manusia yang kaya-raya.

Kita tidak payah meminta rakyat memberikan bukti rasuah itu, kerana rakyat tahu apa yang dilakukan mereka. “We know what they did last summer” kata seorang kenalan yang begitu serius membahaskan isu kepimpinan ini.

Saya tidak memerlukan sesiapa percaya dengan pandangan ini. Hanya saya berharap sesiapa yang tidak bersetuju itu hanya mengingati apa yang saya kata ini. Suatu hari akan sampai bukti kebenarannya. Ia akan sampai, kalau tidak cepat, lambat. Sampai tetap sampai. Insyaallah.

15 comments:

Teropong Ajaib said...

Salam Tn. Aspan/semua

Mungkin nasi dah menjadi bubur, nasionalisme telah menjadi firaunisme angkara pemegang kuasa menjadikan kroni, kolusi dan korupsi sebagai teras perjuangan melebihi perjuangan agama, negara dan rakyat.

Bangsa Melayu tidak sesuai lagi digunakan dalam peradaban kini kerana Melayu dalam bahasa Jawa disebut lari apatahlagi sebab ada layu, maka bangsa ini menjadi layu. Layu dalam pemikiran, perbuatan, kebenaran dsbnya namun pembalikannya, bangsa ini menjadi segar di dalam kebatilan, segar di dalam pembohongan, segar di dalam adu domba, berani di dalam kemungkaran dsbnya.

Syorkanlah diParlimen dan tukarlah BANGSA MELAYU ini menjadi BANGSA MEMAJU. Kalau Mahathir boleh tukarkan waktu, takkan ini tak boleh. Kan sedap disebut dan didengar. Bangsa apa? Saya BANGSA MEMAJU. Barulah ada transformasi.
Fikir punya fikir, mungkin gagasan ini menjadi relevan sebab ucapan kita seharian adalah doa dan setiap hari disebut layu maka layulah bangsa ni.

Wassalam.
"Teropong Ajaib"

Anonymous said...

Yang paling banyak cerita tentang kemajuan ialah Melayu dan pemimpinnya. Tapi tak maju juga.

Yang maju hanya pemimpin. Kereta besar, rumah besar, kebun luas bini ramai dan semuanya banyak dan besar.

Kita orang kampong dok kat situ aje. Walhasil balek asal.

jeni

Anonymous said...

UMNO itu parti karut marut.

zain

Anonymous said...

Pandangan yang sepatutnya bagi membantu dan menyedarkan parti yang telah jauh terpesong. Bukan seperti 'Suara Suara Blogger' yang lain dalam Penggabung Suara...kebanyakan hampih dan kaki bodik saja...langsung tak ada nilai....

MNA said...

Betul tu tuan. Ramai kawan-kawan ahli UMNO kini mula menunjukkan minat kepada parti lain. Mereka kerap mengutuk pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah hari ini. Cakap lain buat lain. Keperitan rakyat biasa terus berlaku. Tiada usaha yang benar-benar berkesan untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Pemimpin UMNO hari ini umpama penjual ubat panau salap. Ramai yang berpanau tetapi mereka malu membelinya. Saya fikir UMNO tinggal menunggu hari sahaja. Kalau benar-benar SPR itu telus, sebenarnya UMNO sudah lama hanyut. Tun Mahathirlah yang telah menanamkan budaya rasuah ini. Tun Mahathirlah yang telah merosakkan UMNO ini. Penggantikan sama sahaja 2 kali lima. Mereka yang berwibawa, bersih dan ada nilai moral dan agama sudah tidak ada dalam UMNO lagi, sebab itulah UMNO dijauhi.

kluangman said...

Dalam apa saja termasuk politik apabila semua dipisahkan jauh dengan al Quran, beginilah jadinya.

PAS yang diharap mampu menjadi alternatif kepada PAS, akhirnya terpesong juga dengan fatwa semborono Nik Aziz dan kegilaan kuasa tanpa kesabaran dan istiqamah.

Kita menunggu kemunculan pemimpin yang sesat di pertengahan jalan tetapi sanggup berhenti dan bertanya di mana pangkal jalannya.

Anonymous said...

ini satu pendapat :

faktor kejayaan besar dap baik di prk semenanjung mahupun prn sarawak adalah kerana parti pas.

pas dilihat sebagai 'faktor' kemenangan besar dap di mata pengundi cina. bagaimana pas sebuah partai konservatif ortodoks malay... dominan boleh tunduk dan taat kepada dap merupakan signal besar yang mempengaruhi corak pemikiran pengundi cina.

bagi pengundi cina, dap berjaya menundukkan parti islam di bawah telunjuk mereka.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan

Saya bersetuju dgn pandanagn tuan.
Saya rasa ramai ahli2 UMNO yg tak dpt terima pandangan tuan. Bagi mereka musuh utama kita ialah org2 Cina, India, etc & org2 Melayu wajib bersatu menentang bangsa2 pendatang ini.

Sebenarnya pemimpin2 yang korup, lupa daratan, yang melakukan jenayah, etc itulah musuh utama kita. Kenapa pemimpin kita cuba menutup kesalahan / prilaku jenayah mereka. Kalau boleh semua nak ditutup. Kalau dah salah, dakwa je la macam rakyat yng lain. Ini dah jadi macam bangkai gajah pun nak ditutup juga.
Mungkin pemimpin2 kita ingat rakyat ni bodoh macam lembu.

Anonymous said...

Setuju dengan Anon 19 April 2011 12:26:00 GMT+08:00,

Kita mcam dah dibiasakan dengan rasuah..atau bahasa sedapnya, politik wang

Saya pernah dengar seorang pensyarah, (kalau dia bohong, cerita ini pun bohong la)...dia berkata, polotik wang diamalkan oleh MCA..namun ia lebih secara tertutup didalam pemilihan ahli majlis tertinggi..sekarang ia semakin menular kepada UMNO, hinggakan macam dah jadi kebiasaan..

Cuba kita tengok, MIC pun dah mula terjebak..kalau xsilap, semasa mesyuarat agong MIC yg lalu ada perkara ini..saya xingat tahun bila. mungkin 2008@2009..

cuba kita tengok pulak budaya dalam masyarakat kita..mesyuarat koperasi hanya akan dihadir ramai orang, tapi dengan satu syarat, beri elaun kehadiran..RM20, RM30 atau ikkut kemampuan koperasi itu sendiri..

Saya xpandai ekonomi tapi adakah itu idea yg baik..pada saya duit yg diterima oleh koperasi patut dilaburkan dan kenutungan perlu diagihka kepada ahli, contoh sebagai sijil amanah atau lain2 perkara yg difikirkan perlu..

Balik kepada perkara asal, adakah pucuk pimpinan UMNO masih belum sedar perkarA ini..tambah dari yg SDR ASPAN tuliskan, WE STILL KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER..& WE STILL KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER..

p/s: kalau ada sambungan lagi cerita tu mesti ada lagi nak tambah..hehehe

akuein

Anonymous said...

Bila menyentuh isu parti UMNO Baru ini ianya amat sensitif untuk diperdebatkan. Ada pelbagai kerosakan yang wujud dalam pentadbirannya dan tidak akan dapat diperbaiki lagi kecuali dibubarkan saja.

Dulu parti UMNO dipandang sebagai parti yang hebat dan keramat oleh semua bangsa melayu kerana parti itu berpaksikan slogan.. PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU.

Kenapa kepimpinan UMNO Baru ini amat merosot kepimpinannya. Jawapannya ialah disiplin tidak mampu menguasai salahlaku tambahan pula peraturan dan undang-undang parti lebih memihak kepada ahli yang ada duit.

Berkata benar dalam parti UMNO Baru menjadi suatu kesalahan besar dan bagi sesiapa yang berkata benar itu akan dianggap sebagai pengkhianat kepada parti dan kerajaan BN. Perlu dihukum dengan seberat hukuman. Siapa yang mengajarnya kalau bukan Tun Mahathir dan Tun Daim ?

Hasil dari tindakan itu menjadikan ahli menjadi bodoh, pembohong, pengecut, bacul dan kuat membodek. Bila disergah oleh pemimpin parti pembangkang mengenai sesuatu isu.... kelu lidah untuk menjawab malah cakap tak serupa bikin membuktikan bahawa pemimpin yang dilantik oleh ahli UMNO Baru ramai yang bangang mengatasi isu.

Cuba kita pandang kedalam parti UMNO Baru yang amat kita sayangi itu... ada sesiapa yang dilihat sebagai pemimpin pelapis yang berwawasan pembela bangsa melayu dan rakyat Malaysia ?

Jangan berpura-pura... selepas Anuar Ibrahim dipecat dari parti memang tidak ada ahli yang berkarisma sebagai pejuang dan pemimpin.

Ramai ahli UMNO Baru yang terkeliru dengan hasutan pemimpin khususnya dari Tun Mahathir sehingga kita sanggup menikam Anuar dengan pelbagai fitnah yang direka cipta.

Apa yang kita dapat dari perbuatan menganiaya Anuar Ibrahim yang pernah bercakap benar dalam parti UMNO demi kepentingan rakyat Malaysia ? Kita dapat duit, atau dapat penghormatan atau hidup kita bertambah senang ?

Sebenarnya kita tidak dapat apa-apa tapi kita diperbodohkan demi menyembunyikan kesalahan pemimpin yang tamak dan rasuah.

Lihat dan kaji latar belakang pemimpin kita yang memberi kenyataan berkaitan dengan Anuar Ibrahim. Apakah pemimpin kita itu lebih bagus dan lebih suci dari Anuar Ibrahim ? Atau mereka mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi ?

Anuar Ibrahim sepatutnya dijadikan ikon dalam parti UMNO Baru sebagai orang yang berani bersuara, berkelayakan sebagai seorang pemimpin walaupun beliau juga mempunyai kelemahan seperti manusia lain.

Tapi hari ini UMNO Baru hanya menghasilkan ahli yang rasuah. Seperti yang disebutkan oleh suadara Aspan "...Semuanya ini adalah hasil dari kepimpinan yang tidak ‘legitimate...’.

Anonymous said...

aku cuma nak komen tulisan anon 14:17

Pertama kali aku baca tulisan sdr aspan ini, pertama yang aku nak baca adalah komen komen daripada para komentar terutama yang pro Anuar.

Benak ku berkata pasti Tun M juga yang akan jadi sasaran. Telahan aku itu tidak salah seperti apa yang terbukti melalui tulisan anon yang aku maksudkan.

Dulu aku macam dia juga, benci UMNO Baru, Benci Mahatihir, tapi hakikatnya UMNO Barulah yang telah menyelamatkan Melayu ( ikut maksud bahasa jawa Melayu itu sesuatu yang semakin layu)

Lupakah Saudara peranan KU LI dalam Mengharamkan UMNO Lama

Lupakah saudara peranan Anuar yang mencetuskan isu kronisme, nepotisme, dan macam isme.

Tahukah saudara UMNO ini menjadi begitu KORUPTED dan rosak bermula daripada keghairahan Anuar mahu melawan TUN Ghafar? Tahukah saudara berapa banyak wang yang Anuar tabur untuk mendapat kuasa tersebut?

Tahukah saudara kerosakan dan keboborokan UMNO ini adalah hasil daripada korupsi, kronis, nepotis dan konspirasi yang sebenarnya didalangi oleh Anuar,,, tanya sesiapa sahajalah yang dekat dengan anuar berapa banyak habuan yang anuar dah sumbat kepada pengikut pengikutnya ... bermula daripada situlah bermulanya politik wang yang amat dahsyat .. angkara siapa kalau bukan Anuar ...

Kaitkanlah semua peristiwa peristiwa ini !

Yang terbaru dakwaan keterlibatan KU LI dan Anuar Dalam satu Konspirasi besar mahu menjatuhkan kepimpinan UMNO yang ada ..?

Kalau Tun M itu haprak, tunjukkanlah pada aku satu jasa Anuar yang sangat hebat pada Negara yang boleh aku kenang hingga mati?

Sehingga hari ini cuma satu yang akan mengingatkan aku tentang Anuar "IBLIS"

Anonymous said...

kluangman jilat jubo madey

Anonymous said...

Anuar saja yang tidak boleh dikaitkan dengan sebarang bentuk rasuah kecuali SEX yang diguna pakai oleh UMNO. kalau ada jenayah rasuah yang dilakukannya tentu dah lama dia dihadapkan di mahkamah tapi ELEK. so, inilah jasa dia yang TERBESAR yang ramai rakyat dapat lihat.Kalau nak disenaraikan IBLIS yang sudah dan sedang bermaharajalela dalam BN mungkin kita dapat kumpul setebal kamus dewan bahasa! Kita semua orang Islam yang digalakkan bermaafan....apakata, dengan penuh tawaduk PM dan barisan kepimpinan yang ada memohon maaf secara terbuka (ikut sytle orang jepun)kepada semua rakyat Malaysia diatas kesalahan mereka dan berjanji akan memimpin negara ini dengan lebih baik, am sure, rakyat akan dapat melihat mata hati pemimpin samaada mereka benar-benar ikhlas atau tidak semasa acara memohon maaf tersebut.Kalau PM, TPM semua menteri boleh buat macam ni, my vote will definitely go back to BN.No doubt.

marauhirang said...

Salam..

Terpanggil untuk menberi komen...Tentang sifat dan sikap pengunjung disini...Masing-masing cuba menunjukkan kepintaran dengan meletakkan kesalahan pada insan lain..Pemimpin itu yang x betul..pemimpin ini yang korup..Pemimpin itu punca musibah yang melanda...Soalan utama ? Siapakah yang menggangkat pemimpin..bukankah kita sendiri..Jadi kenapa perlu menyalahkan orang lain..Siapa di sini yang sanggup mengakui kesalahan diri sendiri..Siapa yang mengamalkan konsep matlamat menghalakan cara asal saja aku senang..Pernahkah kita memikir atau mencatatkan kesalahan diri sendiri dalam menyusun atur barisan kepimpinan..Pernahkah kita mengutamakan kepentingan masa hadapan negara berbanding keutamaan dan keperluan diri sendiri apabila membuat pilihan dalam melalui kehidupan..Berbaloikah wang ringgit berbilion dan harta menimbun yang kita miliki adalah kepunyaan orang lain hidupnya miskin dan mrempat..Sesunngguhnya budaya hati gajah sama di lapah dan hati kuma sama di cecah telah lama hilang dari sanubari bangsa melayu..jgn salahkan orang lain..salahkan diri sendiri..Pada blogger yang cari makan tu..matlamat menghalalkan cara..buat lah sesuka hati anda..hari ini mungkin anda pemangsa..esok mungkin anda adalah mangsa..Apa yang terjadi adalah kesalahan diri masing-masing..perbaiki sebelum terlewat..
wassalam..

Anonymous said...

marauhirang,

Sorry aku X angkat ye, diA PANDAI2 ANGKAT DIRI SENDIRI.

2000 PENGUNDI UMNO ANGKAT SEORG JADI PM, M'sia 27 juta beb MANA LOGIK?