19 April 2011

Bila pilihanraya umum? - Bila pula Taib akan bersara?

Bayang atau tanda-tanda pilihanraya umum akan di adakan belum lagi nampak. Kemenangan 2/3 BN di Sarawak Sabtu lalu belum boleh memberikan ilham bila PM Najib akan membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihanraya yang ke-13. kekuatan pembangkang bertambah sedikit lagi dengan memenangi 8 kerusi tambahan jika di campur dengan satu kerusi bebas yang dimenangi oleh George Ladung. Sekarang sudah ada 16 kerusi pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sarawak, bumi kenyalang ini.

Janji BN yang menggunug mesti sedikit sebanyak di tunaikan dahulu sebelum membubarkan Parlimen, setidak-tidaknya rakyat ingin bukti yang Najib boleh menguruskan Taib untuk meninggalkan politik dan terus bersara. Itu merupakan isu yang paling besar yang dijanjikan oleh Najib di dalam pilihanraya negeri Sarak yang ke-10 itu. Kalau hendak ditunggu janji yang lain mungkin lambat untuk dilaksanakan. Tentunya pengundi di Semenanjung ingin menyaksikan setidak-tidaknya sebahagian dari janji Najib itu dapat dilaksanakan dulu sebelum mengadakan PRU ke13 ini.

Menjanjikan untuk membina jalanraya di kawasan Nangka misalnya akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibuktikan; itu pun jika janji itu benar-benar hendak dilaksanakan. Untuk menjanjikan pembekalan api letrik dan air kepada 6000 lagi rumah panjang entah bila akan terlaksana. Hanya yang boleh dilaksanakan dengan cepat ialah janji untuk menggantikan Taib dengan penggantinya yang belum kita tahu siapa. Ingat, ini janji Najib.

Najib telah berjanji yang Taib akan turun. Maka rakyat akan tunggu. Jika Taib tidak turun maka pilihanraya umum tidak boleh dipanggil lagi kerana itu sahaja janji yang boleh dilaksanakan dengan cepat dan pantas. Tetapi persoalannya bolehkah Najib menyuruh Taib berhenti? Adakah telor kejantanan Najib untuk berbuat begitu? Setahu ramai Najib adalah pemimpin yang tidak mudah memuktamadkan keputusannya dan sentiasa bermain-main dengan keputusan yang diambilnya sendiri.

In the first place, adakah hak Najib untuk melakukan apa yang beliau janjikan itu? Bila bercakap kapada media, beliau seolah-olah sangat berkuasa dan boleh mengenepikan Taib dengan senang. Sekarang rakyat mahu lihat samada Najib ini bertelor ataupun tidak. Betulkah Najib akan dihormati oleh Taib dan PBB jika Najib meminta Taib meletakan jawatan untuk meyakinkan rakyat terutamanya di Semanjung yang beliau boleh ‘menokok dan mengurangkan’ dalam politik Sarawak?

Najib mesti ingat yang Taib nyata kuat dalam partinya kerana kesemua 35 calun PBB yang diturunkan beliau menang dalam pilihanraya itu, sedangkan Najib tidak sekuat mana dalam UMNO kerana ramai calun kita dri UMNO telah tersungkur bergelempangan dalam pilihanraya yang lalu? Takut-takut Taib akan berkata kepada Najib yang membawa makna, “you take care of your ailing party first before you poke your nose into my strong party. Please stay away from our affair and go and smoke cigar. Pergi main jauh-jauh sir. We are okay, and we have done extremely well here”.

Itulah bahayanya jika kita pandai-pandai menjanjikan orang ramai bila orang lain itu akan bersara. Rakyat sedang menunggu bila PM Najib akan melaksanakan janjinya yang satu ini.

Orang Sarawak tidak begitu kuat berjanji tentang persaraan Taib ini. Yang kuat memberikan janji ini ialah PM Najib. Kita tunggu! Bak kata perbilangan Inggeris, ‘seeing is believing’.

6 comments:

Anonymous said...

Teringat pulak saya seorang MB dari Kelantan, namanya kalau tak silap TGNA.dah lama memerintah Kelantan dan pernah berjanji , kalau TDM berhenti beliau pun akan berhenti jugak.

Dah masuk lapan tahun TDM berhenti, tak nampak pulak TGNA menunjukkan hasrat nak berhenti menyahut janji beliau.Katanya jasanya masih diperlukan untuk terus mentadbir Kelantan macam takda orang Kelantan lain yang layak.

Ambik iktibar dari TDM dan juga dari negeri Tunisia, Mesir dan lain-lain.Berhenti sewaktu kita berkuasa, kalau dipaksa berhenti malu pulak kita nanti.Nasihatkkan dia juga Aspan sebagaimana Aspan menasihati Taib.

looes74 said...

Aspan,
Taib Mahmud tak akan bersara. Saya sokong Taib tak bersara kerana beberapa sebab

1) Sebenarnya Taib merupakan hanya seorang insan yang mampu menahan imperialistic UMNO dari memasuki Sarawak. UMNO merupakan scrouge of Asean. Siapa pun tak suka UMNO. PAP Singapore tak suka UMNO. Brunei Sultan lebih suka orang kafir macam LKY daripada UMNO. Sesiapa yang boleh memberikan jari tengah kepada UMNO adalah kawan kita

2) Kalau Taib tak bersara, maka kemarahan rakyat akan meningkat sampai satu hari UMNO AKAN lesap dari bumi Asean. Orang Indonesia pun tak suka umno, tahu tak.....hehehe

Aspan,
Aiyaa.....let them fight

Yob said...

Ku Li shud step in. umNO is as good as DEAD.. Warghkahkahkah!

Anonymous said...

Kalau pemimpin tak rasuah tak menghabiskan duit rakyat duduklah 20-30 tahun pun, takpa..am sure rakyat pun tak kisah. Baik Taib Mahmud, TGNA mahupun Najib. Yang kita tak tahan bila pemerintahan TIRIS!

Red Alfa said...

Salam Sdr Aspan

Tak sama meminta TGNA atau LKS berundur dan meminta pemimpin seperti Mahathir dan Taib Mahmud yang telah kian lama memerintah!

LKS atau TGNA bukan atau tidak memerintah dalam ertikata untuk dan jauh dari ingin mengaut kekayaan kuasa dan harta.

Meminta TGNA dan LKS berundur atas dasar sama patut adalah pemikiran cetek tidak tahu membezakan antara amalan salah laku dan berjasa ikhlas.

Yob said...

bravo Alfa..