19 June 2011

Biarkan rally itu diadakan - Pihak keselamatan jagalah keselamatan rally tu.

Pihak parti-parti dan kerajaan yang memerintah usaha mereka ialah untuk menggagalkan niat Bersih untuk mengadakan rally besar-besaran pada 9hb Julai nanti. Semua pihak tahu lebih-lebih lagi pihak pemerintah dan parti-parti yang berkuasa bahawa rally anjuran Bersih ini pasti akan mendapat sambutan yang ramai, malahan dijangkakan lebih besar dari yang dianjurkan pada 2007 yang lalu.

Inilah yang sangat ditakuti oleh UMNO terutamanya kerana UMNO tahu jika rally ini berlaku kali ini, ianya akan membawa kemenangan tambahan kepada Bersih seperti yang dialaminya pada 2007 yang lalu. Sebagai pihak yang memerintah memanglah mereka tidak mahu melihat Bersih mengulangi kejayaan itu lagi kerana pilihanraya umum ke13 akan diadakan tidak lama lagi.

Kalau kita kaji dengan teliti pihak yang bersama pemerintah pada hari ini terlalu defensif dan banyak kenyataan-kenyataan yang didengar dari pemimpin kerajaan membayangkan rasa takut dan gementar itu dengan melayangkan tuduhan-tuduhan yang tidak releven kepada penganjur rally ini.

Sesungguhnya BN terlalu tertekan dengan gerakan yang dilakukan rakyat dan baru sekarang ini BN merasakan yang kelalaian mereka selama ini akhirnya membawa mereka kepada situasi terdesak untuk mengekalkan pengaruh di kalangan rakyat. Sekarang mereka harus sedar yang kuasa yang mereka dapati dari rakyat selama ini tidak begitu legitimate. Mereka hanya mampu bertahan selama rakyat belum menyedari apa yang kita lakukan itu.

Apabila rakyat mulai sedar baru lah kita tahu yang rakyat sudah menyedari yang pilihanraya selama ini merupakan pilihanraya yang berat sebelah. Rakyat sudah menyedari yang kedua belah pihak yang bertanding di dalam pilihanraya mesti diberikan peluang yang sama-rata di media perdana bagi rakyat menentukan pihak mana yang layak di berikan mandat.

Rakyat mulai sedar yang ada calun yang memerintah memenangi pilihanraya kerana undi pos yang diwas-waskan kebersihannya. Najib pernah memang dengan hanya 241 undi apabila datang undi pos yang datang entah dari mana di saat-saat akhir pengiraannya.

Jika sebenarnya Bersih ini tidak membawa apa-apa pengaruh kepada keadaan di dalam pilihanraya nanti masakan ianya menjadi isu yang begitu besar kepada pihak yang sedang memerintah. Kenapa ada ugutan akan ada pertumpahan darah dan sebagainya. Kenapa tidak dibiarkan sahaja mereka berarak secara aman untuk menunjukan manifestasi mereka?

Ini tidak. Apabila perarakan berlaku secara aman pihak penguatkuasa pula yang cuba memecahkan perarakan itu dengan menahan perarakan itu di atas nama menjaga keselamatan. Ada tanda-tanda di antara mereka yang berarak itu adalah orang yang memerintah dan memulakan kekasaran dan mengalihkan kesalahan kepada kumpulan yang berarak secara aman itu. Segala usaha dilakukan untuk menunjukan yang kekasaran itu datangnya dari pihak yang merancang rally secara aman itu.

Lagi kuat usaha dilakukan untuk menggagalkan perarakan ini lagi jelas bukti yang kerajaan yakin rakyat sebenarnya memberikan sokongan kepada perarakan secara aman ini. Pengaruh kita bukan boleh ditambah dengan menyekat orang ramai untuk datang ber rally itu. Sokongan letaknya di dalam sanubari dan pemikiran. Polis dan penguatkuasa tidak mampu untuk menahan pemikiran dan persepsi orang ramai.

Apabila Bersih merancang rally ini ada pula Pak Menteri yang menuduh godaman terhadap siber terhadap laman web kerajaan. Lemah sendiri tuduh orang lain melakukan godaman itu. Tuduhan melulu Pak Menteri ini sendiri menunjukan yang pihak mereka yang sedang berkuasa menunjukan gementar mereka dan mengakui Bersih bakal mendapat sokongan ramai dan sekali gus menambah pengaruh kumpulan Bersih ini di sisi rakyat. Bersih tetap telah berjaya mempengaruhi psikologi rakyat ramai.

Perkasa juga ingin menunjukan yang mereka juga berpengaruh dan berdemonstrasi ini bukan sahaja hak Bersih tetapi juga hak mereka. Kita terima alasan itu. Tetapi kenapa pula Perkasa juga memilih hari yang sama untuk mengadakan demonstrasi itu, Kenapa tidak buat dihari yang lain dan tunjukan yang Perkasa juga merupakan bada NGO yang sangat berpengaruh serta mampun untuk menyaingi Bersih dengan mengeluarkan 300 ribu rakyat di hadapan mata orang ramai. Bukankah dengan mengadakan di hari yang sama itu bertujuan untuk bertembung dan mencari pergaduhan?

Pemuda UMNO juga akan mengadakan rally yang sama dengan tujuan dan isu yang sama dengan Bersih. Jika isunya sama kenapa tidak bersama Bersih dan mengadakan rally bersama NGO itu? Diharap Khairy sebagai pemimpin muda yang mempunyai kemampuan pemikiran akan melakukan tindakan yang terbaik. Apa pun setengah pihak bercakap tentang Khairy saya tetap mempunyai harapan yang tinggi kepada Ketua Pemuda ini untuk menunjukan kualiti kepimpinan yang berbeza dengan kebanyakan kepimpinan yang ada dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO itu.

Jika UMNO betul-betul serius saya harapkan semua kepimpinan UMNO akan memberikan sokongan terhadap tindakan Pemuda pimpinan Khairy ini. Jika UMNO mahukan imej yang bersatu di mata rakyat apa yang dilakukan oleh Khairy wajar mendapat sokongan dalam usahanya untuk membuahkan persepsi yang pilihanraya di negara ini dilaksanakan dengan bersih dan terhindar dari permainan kotor pihak yang sedang berkuasa.

Walau bagaimana pun kita lihat perkembangan dari masa ke semasa. Kita hanya ingin melihat rakyat dibenarkan melakukan rally secara aman dan pihak berkuasa menjaga rally itu dengan baik dan tidak memporak perandakan rally itu semata-mata bertujuan untuk menunjukan kesalahan kepada pengajuran oleh Bersih dan Pemuda UMNO itu.

Jangan pula menyelitkan pihak tertentu untuk melakukan pergaduhan dan dengan senang mengarahkan kesalahan itu kepada Bersih.

25 comments:

Anonymous said...

Kerajaan ingin mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun.
Pak Tua

pemerhati prihatin said...

Dalam demonstrasi 1998 dahulu kumpulan reformasi berarak kePWTC tetapi yang membuat kecoh merosakan harta benda adalh polis sendiri untuk menunjukan yang kumpulan demokrasilah yang memecahkan barang-barang diPWTC itu. Mereka menyamar dalam kumpulan itu. Maka yang dituduh melakukan kerosakan itu adalh penyokong reformasi. Orang memerintah boleh buat bermacam-macam. Kali ini tak tahulah samada mereka akan lakukan perkara itu lagi.

Bersih mesti berhati-hati kerana SB mungkin berada bersama-sama untuk melakukan perkara yang kasar untuk menunjukan yang ahli-ahli bersih tu lah yang melakukan kekecuhan itu.

Beringat-ingatlah. Orang nak hilang kuasa boleh melakukan apa sahaja.

Anonymous said...

Aspan, did you read Muhyiddin with his nonsense statement in Beufort yesterday?

bachik ibrahim

Anonymous said...

Pak Aspan,

Berapa kerat pemimpin UMNO yang baca write up ini dan akan setuju? I bet ya, none. Mereka akan terus memekakkan telinga....

anisah said...

Katanya UMNO mahukan perpaduan dengan PAS. Hah! Inilah masanya. Langkah pertama sertai perarakan BERSIH.

Anonymous said...

I have reads every single posts that you and SAK47 put up and I think the most profound post is the one that question why UMNO/BN always seems to be standing at the wrong side of history. Aren't they suppose to be at the forefront of what is good and right for our country since they are the government of the day? Whay are they doing the complete opposite? I just don't get it. Isn't it basic human nature to do good and not harm. If UMNO/BN persist, then I say they do not deserve to be leading us come GE13.

laptop buruk said...

Salam semua,

pandangan saya mungkin sedikit berbeza dgn tuan aspan. saya sendiri memang sedih melihat ketidakadilan kerajaan terhadap parti pembangkang. tapi dalam hal perhimpunan aman, saya lebih risau pada akibat dlm masa jangka masa panjang dari perhimpunan yang biasa pembangkang buat.

mungkin pembangkang memang ikhlas melakukan perhimpunan sebagai medium terakhir utk menyampaikan ketidakpuasan hati rakyat tentang sesetengah polisi kerajaan, dan berusaha sehabis mungkin agar perhimpunan ini dilakukan dgn secara aman.

namun, bolehkah kita mengawal tindaktanduk semua yg mengambil bahagian agar sentiasa menjaga tindak tanduk masing2. kita semua pun biasa dengar tentang peranan SB2 dlm menyusup masuk dlm apa jua pertubuhan. bagaimana kalau perhimpunan ini bertukar menjadi ganas akibat dari provokasi atau perbuatan2 sabotaj dari pihak2 yg berkepentingan dari pihak kerajaan, sehingga melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa? kerosakan harta benda tak usah katalah. siapa yang akan bertanggungjawab? polis?

selain dari itu, yang paling menrisaukan saya adalah, sikap suka menganjurkan sesuatu perhimpunan oleh pembangkang mungkin akan menjadi modal pihak yg satu lagi, andaikata pemerintahan negara bertukar tangan. apa kata, seandainya BN tewas dlm pilihanraya umum, tiba2 mereka bertindak melakukan perhimpunan awam sebagai tindakan balas kerana marah dan sengaja mahu menghuruharakan negara, sebagaimana yg biasa kita dengar dakwaan dari pihak kerajaan yg mengatakan negara ini akan huru hara seandainya pembangkang mengambil alih pemerintahan. agak2 siapakah yang akan menimbulkan huru hara tersebut? pihak yg menang atau yang kalah? selama ni pun pembangkang biasa kalah tapi tak pernah pun berlaku huru hara. jadi kalau sebaliknya.....?

bagaimana kalau mereka2 ini menggunakan modal pembangkang utk melakukan perhimpuanan awam dan mencetuskan huru hara dgn alasan pembangkang sendiri (sewaktu menjadi pembangkang) yang menggalakkan perhimpunan awam andaikata tidak puas hati dgn kerajaan yang memerintah. sikit2 demo, sikit demo2. mcm di kedah dan pulau pinang sekarang inilah. apa yg kerajaan pembangkang akan buat? tangkap masuk ISA? atau menghantar FRU dgn water canonnya? atau biarkan saja mereka dgn perhimpunan tak kiralah aman atau tak aman. inilah yang selalu saya fikirkan tentang kewajaran mengadakan perhimpunan awam atau demonstrasi.

maaf jika pandangan saya ini tidak tepat. terima-kasih.

mns said...

Bagi ke tak bagi ke, ramai yg akan hadir. Saya setuju dgn tuan Aspan, polis perlu bagi laluan kpd pihak ini. Jika sekatan dibuat maka huruhara perhimpunan tersebut dan banyak pihak yg rugi.....kenapa tak dtg perhimpunan x-kkmb pada 18/6 ???.

zainal (keling) said...

Kerajaan Najib tau yang Bersih mampu membawa setengah juta rakyat ke rally itu.

Itulah sebabnya pemimpin UMNO dan Perkasa membuat gertakan supaya tidak menggalakan orang ramai keluar.

Tetapi dengan tindakan UMNO itu membuatkan rakyat membuat keputusan......akan mengundi pembangkang!!!!

Kalau susah nak buat rally itu di KL buatlah ditempat kami di Tajung Karang...dapat kami tumbangkan Noh Omar yang pembohong itu.

Keluarga beliau diberinya kontrak membungkus beras dengan Bernas dengan jumlah yang besar. Dia sahaja yang hendak hidup. Kami ini biarkan mati!!! Jahannam Noh Omar!!

mo said...

Asalam,,,Kalau kerajaan itu sendiri bersih dan adil, tidak mungkin ada nya himpunan bersih ? Rakyat sudah tahu bahawa kemenangan yg di perolehi umno dan bn ini, kemenangan yg sangat rendah nilai . Maka rakyat bangkit menuntut hak yg adil ? Tidak mungkin rakyat turun berhimpun kalau tidak sebab yg cukup besar ? Mereka sedar, mereka akan mungkin menghadapi halangan dari polis yg mengikuti perintah UMNO ? Bukan rakyat dan kepentingan rakyat , tapi kepentngan umno ? Saya masih ti9dak faham, mengapa uumno masih dalam keadaan yg lama dan statik dgn sesuasany yg lapok ? Mereka tidak dapat mengambil pengajaran yg cukup releven, apa yg berlaku di tanah arab dan africa ? Mereka masih tidor , sedangkan rakyat bangkit untuk menuju kearah pembaharuan ? Umno mungkin sudah terlalu lambat, dan rakyat mendahului pemabaharuan yg umno tidak mampu untuk mengikutinya ? tq

joe said...

rakyat mahukan pembaharuan dlm sistem politik tanahair... ketidakadilan akan membuatkan seseorg itu bangkit tanpa disuruh.. mereka masih tidur tanpa mengambil sedkit pon pengajaran dari kekalahan mereka yg lalu.. rakyat mahu slogan yg dilaungkan oleh mereka selama ini direalisasikan.. jika rakyat menjadi keutamaan mereka pasti rakyat juga akan bijak memilih ttp syg, parti yg menjadi keutamaan mereka menyebabkan rakyat yg tersedak terus mati menderita

Ibni Ismail said...

Walaupun hairan kenapa orang seperti tuan sanggup bersetuju dengan konsep berdemontrasi jalanan namun saya akur dan hormat dengan pendirian tuan dan mereka yg sealiran pemikiran dengan tuan. Namun tuan juga mereka yg sealiran dengan tuan patutlah juga memikirkan yg ramai juga yg tidak setuju dgn tindakan kalian. Jangan terlalu phobia dgn UMNO hingga semua kekalutan sepertinya datang dari UMNO. UMNo not that superb.

Hanz Newman said...

Is it too much to ask for our people to have some time & space together & rally our common interests of a more 'bersih' GE? Arghh!

Many of us non partisans have lately noticed & sensed the fear of this today's public enemy fear - goverment of today, UMNO-BN. Depa ni kalau dah buat banyak silap jadi la penakut. Hingga bayang-bayang sendiri pun disangka hantu jembalang.

Anonymous said...

Ibni Ismail,

1. Perbezaan pendapat adalah satu lumrah kehidupan yang kita harus akur. kata perpatah, rmbut sama hitam tapi hati lain-lain.

2. Kerana adanya perbezaan pendapatlah maka ada pningkatan. Ada kemajuan. Ia terjadi kerana perbezaan pendapat itu diterima sebagai sesuatu yang lumrah dan baik serta perbezaan itu diurus dengan cara yang positif, bersesuaian dengan fitrah manusia.

3. Persoalan yang ada hari ini adalah sebaliknya. Perbezaan pendapat dengan golongan tertentu tidak boleh diterima dan hanya pendapat, pendirian dan kepentingan golongannya sahaja yang maha penting. Contohnya dalam isu perhimpunan bersih ini.

4. Sekarang persoalannya bagaimana hendak menyelesaikan perbezaan tuntutan mereka yang menyokong Bersih dan kumpulan yang menentang. Kedua-dua pihak sama-sama mempunyai hak masing-masing.

5. Siapa yang bertanggungjawab mengurus perbezaan ini? Pihak yang bertanggung jawab perlu menyelesaikan secara adil, tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Apatah lagi dengan terang-terangan menyokong satu pihak sahaja.

Susah sangat ke nak menyelesaikan pertikaian ini, Ibni Ismail?

Wak Jerman

Anonymous said...

Bagitulah kalau sudah terlalu lama membohongi rakyat, akhirnya takut bayang-bayang sendiri. Kalau selama ini mereka mentadbir dengan jujur mengapa perlu takut? mereka yang sama-sama takut adalah mereka yaang sama-sama makan sedulang dengan pemimpin mereka. Ampu sana-ampu sini "mengecek" balak, projek, lesen untuk diBABA, permit untuk dijual,"pink form" untuk di layang dsb kini rasa bahangnya. Mana tidak jika hidup tengah mewah, tiba-tiba diragut kemewahannya. dulu kira wang, kini igauan mengira jeriji, senak perut di buatnya. Gulungan ini telah bebal dengan ketamakkan tak dapat dibayangkan jika mereka akan kehilangan kuasa dan hartabenda. Mintak-mintak gulungan pembaharuan negara ini bergerak secara bijak, jangan terikut-ikut reformis yang sedang dan telah berlaku di Timur Tengah dan Utara Afrika, Ambil pengajaran dari YTM Tengku, BAPA KEMERDEKAAN KITA..... Telah sampaimasa kita ubah...myi

Anonymous said...

Ternampak sangat layanan yang berbeza berdasarkan ugutan itu datang dari siapa.

Megapa Samseng kampung berani mencabar ? lu tau wa tau.
you help me I help you.

Lampu hijau diberikan dan semua di bawah kawalan.Dont worry , just do it , everything will be alright and be rewarded.

Taiko.

Unggal said...

Well said Pan... keep on writing..!!

zaidi said...

Pak Aspan

Kejayaan perhimpunan Bersih 2.0 boleh diukur dari kenyataan yang akan dikeluarkan oleh SPRM. Mungkin Bersih 2.0 juga perlu kumpulkan 1 juta tandatangan utk pastikan akses kepada media kerajaan oleh kesemua parti yang bertanding dan kawalan keselamatan yang mencukupi utk semua pihak.

Anonymous said...

Rally hanya satu amalan yg dikatakan betul menurut kaca demokrasi ciptaan barat. Ia tidak kena-mengena dgn mana2 ajaran agama yg terdapat dkm dunia. Apakah kerana rally itu mulia pada sudut pandangan demokrasi barat maka ia tidak cacat dan tidak boleh dipertikaikan sama sekali?
Ketaksuban utk menyelesaikan masalah melalui rally adalah ketaksuban yg seseorg yg tidak punya keyakinan utk berhadapan dgn pemilihan secara demokrasi. Golongan tidak yakin ini akan mencari amalan demokrasi alternatif lain selain dr pemilihan secara demokrasi utk menjayakan niat utk berkuasa di atas nama suci kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka tidak lebih dari haiwan politk seperti juga lain2 haiwan politik iaitu akan memperkudakan pelbagai cara utk mencapai matlamat. Soal halal atau haram bukan pertimbangan. Soalnya ialah sejauh mana wujud ruang dan peluang dlm skop demokrasi maka selagi itulah mereka akan mempergunakannya sebaik mungkin.

Penglipurlara rakyat

komo said...

BERNAS, BERSIH dan BERANI - what rakyat wont be inspired by now?

komocava

Anonymous said...

"BERNAS, BERSIH dan BERANI - what rakyat wont be inspired by now?"

I'm not, and I know for a fact that so do my family members and also my colleagues and friends..... and I'm talking about those in KL.

It doesn't achieve anything but will instead create chaos and losses to business people and peace-loving KLites.

What do they want actually? The right for peaceful assembly, or the demand for free and fair election?

If it is the latter, go and seek an audience with the Agong la. Bodoh.....!

Kalau kata election tak bersih, give proof from the reports of all the party reps who were present during the vote counting process.

Ada ka depa kata cara kiraan salah? Or, daftar pengundi tak betul?

Ni semua kerja bodoh ......

johnwayne said...

anon 17:29.
jangan kata orang bodoh. kalau ditelek dari angle yang betuk tentag demokrasi saudaralah yg akan nampak jelas bodoh....mudah menerima butar belit pemimpin yang pandai membelit.

OK? tak tentu siapa yg bodoh. mungkin sdr lah yg lebih bodoh.

Anonymous said...

Saya sokong, anon 17;29 lah yang paling bodoh kerana beliau memang keturunan bodoh.

Anonymous said...

Anon 20 June 2011 19:22:00 kata:

"Kalau kata election tak bersih, give proof from the reports of all the party reps who were present during the vote counting process. "

--------------------

Dari komen u diatas, agaknya sdra mengatakan pilihanraya kita bersih. tetapi ramai kata tidak bersih.

macamana nak resolve perkara ini...... Adakan pilihanraya ke13 mengikut cara-cara yang dianggap bersih mengikut piawai antarabangsa yang mana boleh diterima oleh kedua-dua pihak.

Kita bandingkan keputusannya nanti dengan keputusan-keputusan pilihanraya sebelum ini. Barulah kita dapat satu jawapan yang konklusif.

kalau bertekak sana sini, sampai bilapun tak selesai. kalau setakat nak claim tanpa bukti yang mengikut piawai yang diterima ramai, semua orang boleh claim. nak claim kambing terbang pun boleh kalau sekadar nak claim.

wak jerman


wak jerman

Anonymous said...

Wak Jerman,


Kalau nak claim pilihanaya tak bersih, semua org boleh claim ....... apa bukti nya?

Jgn setakat cakap saja, Anwar cakap, hang ikut, Ambiga cakap A salah, hang ikut, NIk Aziz dan Karpal kata B jahat, hang percaya ..... boleh tak guna akal sendiri ...

Mana bukti nya???? Cuba senarai kan berapa banyak report polis dah di buat, kat kawasan mana dan drp siapa yg menyatakan pilihanraya kita tak bersih.

Bagi la bukti ......

Jgn hanya jadi lembu kena cucuk kat hiddung, tuan hang tarik ke depan, hang pun pi ke depan. Ada org gila tarik hang pun hang ikut.