17 June 2011

Demonstrasi Bersih, Perkasa dan Pemuda UMNO - Bersih akan mendapat keuntungan besar.

Demonstrasi Bersih 2.0 sudah pasti berjaya sebelum pun demonstrasi itu diadakan. Pastinya demonstrasi itu akan berjaya mengumpulkan ratusan ribu penunjuk perasaan dan akan memenuhi semua ruang kosong di Bandaraya Kuala Lumpur pada 9hb Julai nanti seperti apa yang dilakukan oleh kumpulan ini pada tahun 2007 yang lalu.

Bukti kejayaan itu boleh dilihat dari reaksi pihak kerajaan dan NGO Perkasa yang telah melatah dan menari mengikut rentak yang dimainkan oleh Bersih. Bersih tidak pun menggendangkan gendang yang kuat tetapi reaksinya amat besar. “Hero Ibrahim Ali” lah yang paling heboh memberikan reaksi kepada rancangan Bersih ini dan sebenarnya inilah yang ditunggu-tinggu oleh Ibrahim kerana dengan isu ini beliau boleh mengetengahkan diri beliau dalam politik. Sebenarnya inilah kehendak Ibrahim sendiri.

Ibrahim memang seronok dengan apa yang berlaku kerana beliau boleh menyambung ‘existence’ beliau di dalam isu nasional. Dalam keadaan aman dan sunyi Ibrahim Ali akan kaku politik beliau. Kita boleh lihat Ibrahim akan cuba menjadi hero apabila isu-isu seperti ini wujud. Ibrahim sedang cuba memanaskan isu ini secara ‘deliberate’ agar beliau dapat mencelah di tengah-tengah keadaan panas ini.

Bersih telah merancang untuk mengumpulkan seramai mana rakyat untuk menunjukan manifestasi rakyat ramai secara aman dengan tujuan menunjukan sokongan orang ramai untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama seperti apa yang sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. PAS sahaja telah memberikan komitment untuk menghantar 100,000 ahlinya yang masih muda untuk bersama menyertai demonstrasi secara aman itu.

Hari ini kedengaran pula Pergerakan Pemuda UMNO bercadang untuk mengadakan demonstrasi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaludin telah meminta pemuda dari parti-parti komponen BN untuk menghantar seberapa ramai yang boleh untuk menyertai demonstrasi anjuran pemuda UMNO itu. Pemudan UMNO juga memohon agar pihak yang bertanggunjawab untuk mengadakan pilihanraya secara bersih dan terbuka.

Bagi saya yang tentunya mendapat kejayaan dalam isu demonstrasi ini ialah Bersih, kerana cadangan pihaknya untuk berdemonstrasi ini telah mendapat reaksi yang sangat panas dari pihak Perkasa dan sekarang dari Pemuda UMNO pula. Jadi sekarang barulah rakyat faham bahawa reaksi dari Perkasa dan Pemuda UMNO ini menunjukan dengan jelas bahawa Bersih bakal mendapat sokongan dari ramai rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanah air ini.

Tidak pula diketahui samada permit diberikan oleh pihak Polis kepada Perkasa dan Pemuda UMNO untuk berdemonstrasi. Yang pastinya Bersih tidak diberikan permit untuk mengadakan demonstrasi itu. Ini semua merupakan perang saikoloji sebelum pilihanraya sahaja. Kalau mengikutkan apa yang lazim kita lihat akhir-akhir ini Bersihlah yang akan mendapat sokongan kuat dari orang ramai. Bersih tidak perlu mengadakan mesyuarat seperti apa yang dilakukan oleh Perkasa dan Pemuda UMNO.

Demonstrasi-demonstrasi ini hanyalah cara hendak menunjukan siapa yang lebih banyak sokongan; Bersih atau Pemuda UMNO dan Perkasa. Dalam isu ini Bersih telah pun memenangi perang saikoloji ini kerana Bersih tidak bercakap besar dan melalak seperti apa yang dilakukan oleh Perkasa. Cadangan Bersih ini telah membuatkan Perkasa bermesyuarat dengan panjang lebar dengan NGO-NGO untuk mengadakan ‘counter demo’ dan Ibrahim Ali telah mencabar entah siapa supaya tengok nanti, siapa yang lebih ramai. Dalam isu ini Ibrahim lagilah yang akan mendapat liputan yang besar dari media perdana dan beliau akan menjadi juru cakap kepada pihak BN dari sudut hakikatnya.

Jika Ibrahim Ali ini dipandang tinggi oleh orang ramai maka BN akan mendapat sedikit markah dan jika pandangan ramai terhadap Ibrahim Ali ini tidak begitu baik dari sudut imej dan ketokohan beliau maka tindakan Perkasa mengadakan demonstrasi balasan ini merupakan satu usaha ibarat menggali kubur untuk BN.

Hishamudin Husein telah memberikan amaran yang pihak Polis mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah ISA jika mahu. Itu semua orang tahu yang Polis ada kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah ISA asalkan Menteri dalam Negeri menandatangani surta kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah akta ISA itu. Persoalannya adakah semua pihak akan di tangkap atau hanya pemimpin Bersih sahaja yang akan ditangkap?

Bagi PAS, parti itu memang sudah lali dengan tangkapan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri. Buka seorang dua pemimpin parti itu diperosok kedalam tahanan. Yang selalunya selamat dan mempunyai ‘immunity’ dari tangkapan pihak Polis ini hanyalah pihak UMNO dan BN sahaja.

UMNO boleh melakukan apa sahaja kerana parti itu tetap mendapat perlindungan. Pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah sentiasa mendapat perlindungan OSA. Itulah sebabnya perjanjian-perjanjian pihak agensi kerajaaan dengan ‘concessionaire’ lebuhraya dan perjanjian diaantara IPP dengan TNB dilindungi oleh OSA. Ramai orang tahu yang perlakuan rasuah sangat besar di belakang OSA ini.

Apa pula perbezaan di antara sokongan terhadap Bersih dengan sokongan terhadap Pemuda UMNO dan Perkasa? Jawapannya mudah sahaja. Sokongan terhadap Bersih merupakan sokongan yang sejati kerana rungutan Bersih itu merupakan rungutan rakyat ramai. Di sebaliknya sokongan terhadap Perkasa dan Pemuda UMNO adalah sokongan untuk menolak dan melindungi manifestasi rakyat dari dipaparkan di khalayak ramai.

Tindakan Perkasa dan Pemuda UMNO merupakan tindakan mewakili pihak yang memerintah yang menjadi sasaran rakyat pada hari ini, sedangkan tindakan Bersih merupakan tindakan yang mewakili manifestasi rakyat ramai yang rata-rata tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya umum dilaksanakan oleh kerajaan melalui SPR. Pendeknya pertembungan di antara Bersih dengan Perkasa dan Pemuda UMNO ini merupakan pertembungan di antara rakyat dan kerajaan. Rakyat di sebelah Bersih dan kerajaan dan pimpinan yang memerintah diwakili oleh Perkasa dan Pemuda UMNO.

Kita boleh lihat buktinya dari cara pihak Polis mengendalikan keselamatan kepada ketiga-tiga kumpulan yang bakal berdemonstrasi pada 9hb Julai ini. Kita mahu lihat samada pihak yang berwajib memberikan permit atau tidak untuk kumpulan-kumpulan ini menunjukan manifestasi masing-masing jika ada.

Keduanya jika ada kekasaran dalam ketiga-tiga kumpulan itu, kumpulan mana yang akan dikenakan gas pemedih mata atau ‘water canon’. Kita juga mahu melihat seadil mana layanan yang akan diberikan oleh pihak Polis. Kumpulan mana yang akan ditangkap dan diletakan di dalam tahaan ISA. Jika hanya kumpulan Bersih yang akan dikenakan gas pemedih mata ianya bermakna gas pemedih mata itu dikenakan kepada rakyat yang ramai.

Jika hanya pemimpin dari kumpulan Bersih sahaja dikenakan ISA ianya bermakna Hishamudin telah menurunkan tanda tangan untuk memasukan rakyat kedalam ISA.

Semuanya ini akan terjawab apabila sampai waktunya.

22 comments:

Yob said...

hahahaha nice view Aspan Alias. Pinjam?

Anonymous said...

Pak Aspan,

jawapan yang Pak Aspan ajukan semuanya telah sedia diketahui jawapannya. Saya masih ingat, ketika PAS mengadakan demo isu Plaestine di KLCC, UMNO tiba-tiba dapat idea untuk mengadakan demo pada hari yg sama di padang merbuk.sedangkan idea itu datang dari pihak PAS dulu. Mereka berdemo secara aman meskipun kononnya yang hadir 50,000 orang sedangkan di KLCC yang kehadiranya tak seberapa dari puak PAS tapi FRU berpuluh-puluh trak yang menunggu! Kenapa double standard? kalau pembangkang semua akan jadi hura hara tapi kalau UMNO usung kepala lembu pun, batang hidung FRU/Polis pun tak nampak!Ini yang buat rakyat sentiasa menyumpah menyeranah puak UMNO.Doa saya pada Ibrahim Ali, muga dia kena heart attack kali kedua semasa demo tersebut, jatuh tersungkur lalu dipijak oleh semua (BERSIH,PERKASA & PEMUDA) yang menyertai demo tersebut! Aman Malaysia tanpa Ibrahim Ali!!!

Anonymous said...

My thoughts:


At first, not too sure if I wanted to join the walk for fear of the water cannon and ISA.


Then, Ibrahim Ali made so much noise. I think I should join the Bersih rally to show that I support Bersih and do not fear threats. Still had the water cannon on my mind at that point of time.



Now with Umno youth coming in the picture, I am very sure that I would walk with Bersih. This is the opportunity to really witness the unfairness of the government and the police.


A Malaysian citizen

Tuan Tanah said...

I will walk with PERKASA..what kind of 'bersih' u all want??last election pakatan got 5 states..so what type of bersih do you mean?

Anonymous said...

Tuan Tanah, buatlah apa yang awak suka. Negara ini negara demokrasi.

Jalan dgn Ibrahim Ali tak kena gas pemedih mata. Tapi dalam pilihanraya Ibrahim Ali akan berputih mata.

Saya tak berjalan dengan sesiapa. Saya hanya pangkah PR dalam pilihanraya nanti.

Saya hanya berjalan dari Temiang ke pasar besar Seremban aje.


bekas pelajar Mass Com ITM

Aman said...

Dear Tuan Tanah,

If elections were really 'bersih', free and fair, Pakatan Rakyat would have ruled the country long time ago, not just five states. Go ahead, you can walk with Perkasa.

mahaza said...

Dengar cerita PERKASA dah dapat permit. Betul ke?

Anonymous said...

Tuan Tanah,

sebenarnya semua tuntutan BERSIH adalah "reasonable". Bukannya susah sangat nak penuhi tuntutan-tuntutan tersebut tetapi menjadi perkara cukup sukar bagi SPRM!Kenapa? Kalau dah betul telus, apa saja yang jadi tuntutan tak jadi masalah untuk kita penuhi tapi sebab banyak hanky panky sebab tu jadi susah!

Selepas pilihanraya tahun 2004,di Pekan, ketika PM sekarang hampir-hampir kalah di kawasan nya sendiri,beliau telah membuka sebuah kawasan perternakan ayam kampung dan dibawa semua orang Rohingya/Myanmar tinggal disitu kononya sebagai pekerja asing tapi mereka telah diberi IC dan mendaftar sebagai pengundi.Piihanraya lepas beliau mendabik dada kononya mampu meraih sokongan kembali dari orang Pekan....habis pilihanraya, kawasan perternakan ayam kampung itu ditutup. Mandurnya di hantar posting ke luar negara selama 2 tahun dan pekerja-pekerja lain bersepah di pasar borong Batu Caves sekarang ni.

Anonymous said...

Mahaza,

saya pun dengar yang Perkasa dapat permit.

Tak apa. Jika demonstrasi Bersih di gagalkan oleh Polis itu merupakan markah baik bagi pembangkang.

Rakyat akan lebih bersimpati. Yang penting rakyat bersimpati dengan mereka.

Syabas Mat Sabu. Sangat susah. Kita ramai-ramai sokong anda. Saudara pun handsome sikit dari Ibrahim Ali.

Don't worry bro, kita tak dapat sama berjalan sebab kami jauh dari KL, tetapi undi kami sekeluarga kali ini pergi kepada parti anda.

Anak-anak saya mungkin dapat pergi kerana mereka duduk diRawang.


jamil akil

wak hatta said...

Saya bergembira kerana Mat Sabu berjaya dalam pemilihan PAS. Saya peminat Mat Sabu kerana beliau tegas dan berani.

Dulu saya sokong Ibrahim Ali, tapi Ibrahim ni bercakap ada over sikit. Selalunya siapa yang bercakap over itu orang yang opotunis.

Saya akan sampai ke kuala lumpur pada petang 8hb Julai. 2007 dulu saya kena simbah dengan air gatal. Gatal sungguh badan saya masa tu.

Tetapi gatal pun gatallah! Kali ini saya datang dengan lebih ramai rakan-rakan saya.

Pedih mata semasa demonstrasi itu kejab aje. Tetapi pedih di hati kalau BN masih memerintah akan dirasakan sampai mati.

Biarlah pedih sekejap tetapi seronok lama sikit.

hisham husin said...

Kalau Bersih tidak diganggu, saya yakin tidak kurang dari 600 ribu rakyat akan berada duKuala Lumpur pada 9hb nanti...tanpa elaun, tanpa bayaran dan tanpa dipunggah dengan bas macam BN atau Perkasa buat.

Anonymous said...

Pak Jamil - apakata ziarah anak sambil berdemo! :)

Wak Hatta - behind u 1000%

HH - BRAVO bro!

Pak aspan, saya baru promote blog Pak Aspan di tukartiub. Kena tenguk klip TT yang cukup membakar semangat menjelang 9/7. Muga anak-anak saya membesar dengan jiwa yang besar biarpun miskin harta dan pangkat...

Malay Gentile said...

Salam Latok Syak...

I'll be there too together with my wife & my camera.

Haziq said...

Sayapun hairan kenapa lah bebudak UMNo ni nak kecoh2 dgn laporan polis. Saya pangil bebudak sebab perangai mcm anak2 kecil yg sikit2 nak mengadu pada bapak. Ini semua publisiti percuma utk pembangkang. Inilah yg pembangkang nak.
Dalam banyak pilihan yg boleh UMNO buat, mereka memilih untuk repot polis. Dok sibuk keluar berita hari2 dan kononya jantan benar sebab berani buat laporan polis. Bila lah nak cerdik orang2 ni.
Mereka boleh memilih untuk berlawan secara jantan. Turunlah beramai ramai ke jalanraya. Tunjukkan juga kebodohan melayu UMNO bersepah dijalanraya sedangkan MCA hanya jadi penonton sebagaimana melayu PAS tunjukan kejantanan yg bodoh dgn berpanas berteriak berguling guling dijalanraya sedangkan DAP berseronok jadi penonton. Dari perarakan melayu2 bodoh ni nanti mudahlah kami pilih si bodoh mana yg hendak kami pilih. Walaupn saya kata pilihan berdemontrasi ini untuk sibodoh tapi at least lebih jantan dari tiap hari buat laporan polis.
Tujukkan lah sedikit kematangan UMNo dalam menangani karenah2 pendukung rapat umum ini. Jawahlah apa yg mereka tuntut itu menggunakan media yg UMNO kuasai. Pastikan setiap soalan ada jawapan. Pembangkang telah beri notis yg lama untuk adakan perhimpunan bersih ini. Mereka sudah berikan tuntutan mereka dengan masa yg lama untuk UMNO jawap. maka jawablah wahai bebudak UMNO. Hari hari keluarkan apa yg dituntut dan apa jawapan UMNO. Maka rakyat akan menilai tindakan siapa yg betul. Kami ni bukan bodoh yg akan dengan mudah termakan dakyah2 pembangkang. kami juga menyampah dengan org2 yg takde kerja lain selain berdemo. Tetapi kami juga sesekali perlukan melayu2 kaki2 demo ni utk sedarkan kerajaan. Tak mungkin kami akan pilih kaki demo jadi pemerintah TETAPI kalau tak berubah gak, tak mustahil kaki2 demo akan kami pilih.

nick said...

As always UMNO youth are trying to steal the thunder from BERSIH. It puzzle me to no end to think that it would be an impossibility for UMNO youth to walk hand in hand with anyone else for the sake of the country and its citizen. What's so wrong about a rally asking for a fair and free election? Can't UMNO youth just joint hand with BERSIH?

I would never expect PERKASA to be anything but a parasite in the political environment (thus their antics are predicted and anticipated) but for UMNO youth to organize a similar rally on the same day and most sickening accusing the bersih rally as full of pembangkang political ploy and agenda (as if the UMNO rally is not political motivated.) That is truly disgusting. If they wanted to hold a rally too, just do it. But please don't insult the people's intellect with ridiculous accusation and half bake morality one-upmanship. Malaysian themselves knows who are sincere in their cause and who are actually trying to pull the wool over the people's eyes.

UMNO youth should strive to be mature and not follow in the foot step of PM, Nazri and especially not Ibrahim Ali (ad of course his patron). JUST DO IT!

Nick.

Anonymous said...

moh lah tuk aspan....moh turun sekali...takkan duduk ghumah yo....jomlah ikut ..tak kisah lah tuk aspan nak join team yg mano...ese join borsih!..kok tok aspan nak join berahim pun poielah..buek meramaikan sikit..kesian den tgk berahim tu sok... kok kono bypass laie dado....

Anonymous said...

Berarak pan jangan tak berarak, sapa nak berarak , berarrak le.. ni negara demokrasi..yang anti BN ke, yang anti PKR ke, yang pro gay, pro lesbian .. tak de masalah.

Berarak bersih dulu, yang ramai orang Melayu dari PAS, dari PKR kurang dan bangsa lain pun kurang.. Penat betul budak-budak PAS berarak, alih-alih Anwar Berahi muncul kat ujung-ujung macam hero dari langit untuk menyerahkan memo.

Aku sokong Aspan pun pergi jugak, jangan lupa bawak sepanduk "UMNO rasuah " dan sebagainye ye!Barulah nampak gah dan hebat!

P/S Tersenyum simpul bila menaip ni.

Anonymous said...

Tok Pan,
He3...ujud lagi ka Pemuda AMENO?.Bukan apa, takut kalau depa tak buat demo ari BERSIH DEMO, orang kampung tak perasan plak depa masih ujud dan bernafas. Takut klau-klau Pemuda dah uzur tak larat joint orang muda plak..He..
-sender Rakyat Penang lo.

Anisah said...

MARI DEMONSTRASI HARI-HARI
terus baca di link ini
http://genta-rasa.com/mari-demonstrasi-hari-hari/

pencinta keamanan said...

to haziq...
tak baik ko bodohkn bangsa ko sendiri...
jgn ikut sgt nafsu amarah tu....

Anonymous said...

nak tanya...
pilihanraya adil tu camne ek???
bagi kroni menang jawatan (timbalan presiden) tu adil ek???
bagi anak pompuan bolot naib presiden tu adil ekk???
buat bodo dgn bantahan time pilihanraya parti tu adil ek??
mybe ini la makna adi n telus bagi puak2 tertentu kot???
hehehehehe

Anonymous said...

salah satu perkara yang pelajar melayu paling lemah adalah pengucapan awam (public speaking).
kenapa?
sebab pelajar melayu takut diketawakan kalau tersilap hujah di atas pentas.
jadi inilah sikap ORANG MELAYU!!!!
cukup suka mencaci dan bertekak tapi tak pernah tampil memberikan idea dan buah fikiran untuk kebaikan bangsanya sendiri.
bak kata DR M, orang melayu takut untuk keluar dari COMFORT ZONE.
jadi macamana org melayu nak berjaya??????
cuba tnya mat sabu kot2 dia ada idea mcamana untuk memajukan orang melayu yang majoritinya Islam ni..
hehehehehehehehe