08 June 2011

Menolak pentadbiran Islam - Dr Mahathir lebih berjaya dari Karpal

Dr Mahathir masih lagi hendak bercakap terlalu banyak dalam mempertahankan UMNO. Niat beliau mungkin ikhlas untuk mempertahankan UMNO kerana beliau adalah ahli UMNO. Tetapi kata-kata beliau mungkin membantutkan usaha UMNO untuk kembali mendapat penghormatan rakyat. Beliau sudah agak pelupa orangnya dan banyak kali apa yang beliau kata terhadap musuh politiknya, itulah yang beliau lazim lakukan.

Dalam isu PAS dengan pembaharuannya selepas muktamar parti itu hujung minggu lepas Dr Mahathir telah mengatakan yang Karpal Singhlah yang berjaya mempengaruhi PAS supaya menolak perjuangan Islam parti itu sedangkan parti itu hanya hendak memberikan tumpuan yang lebih kepada negara kebajikan jika diberi mandat untuk memerintah. Itu adalah sebahagain besar dari pimpinan ciri Islam.

Tetapi semua rakyat ingat Dr Mahathirlah yang paling keras menentang perlaksanaan hukum hudud apabila Kelantan mahu melaksanakannya dahulu. Sekarang Nik Aziz telah mengingatkan Dr Mahathir sendiri yang beliaulah (Dr Mahathir) yang menentang keras terhadap perlaksanaan hukum hudud dahulu. Nik Aziz berkata beliau boleh menunjukan surat Dr Mahathir kepada beliau (Mahathir) jika beliau telah terlupa atau sudah mengidapi penyakit pelupa seperti yang di alami oleh kita yang sudah berusia seperti beliau ini.

Dalam surat beliau kepada MB Kelantan itu Dr Mahathir telah menolak cadangan untuk melaksanakan hukum hudud itu, bukannya Karpal Singh seperti yang dituduh oleh Dr Mahathir itu. Kelantan yang ditadbir oleh PAS selepas pilihanraya 1990 dahulu telah meminta Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum hudud kerana bagi melaksanakannya ianya memerlukan kerjasama kerajaan pusat.

Mahathir telah menolak cadangan itu dan di mana-mana beliau berucap Dr Mahathir telah mempermainkan isu hudud ini dengan berjenaka seperti mengatakan jika hudud dilaksanakan ramai rakyat kita tidak akan bertangan kerana tangan tangan mereka akan dipotong kerana kesalahan mencuri. Mungkin juga apa yang dikatakan oleh Mahathir semasa itu ada benarnya kerana beliau takut terlalu ramai rakyat yang di dapati mencuri akan dipotong tangan mereka termasuk di kalangan ahli-ahli jemaah kabinet beliau.

Kalaulah Karpal memberikan tentangan terhadap melaksanakan undang-undang Islam, ianya tidaklah menjadi isu kerana beliau bukan beragama Islam. Kita sebagai seorang yang beragama Islam pun memang tidak mahu melihat unsur-unsur agama lain berada di dalam kerajaan pemerintahan kita. Kita memahami kenyataan itu dan Karpal pun faham. Tetapi yang menolak undang-undang Islam ini datangnya dari UMNO pimpinan beliau (Dr Mahathir) sendiri.

Kalau Mahathir tak bersetuju pun tak apalah, tetapi janganlah hendak meletakan isu penolakan kerajaan berlandaskan Islam itu kepada pihak lain apatah lagi kepada Karpal yang bukan beragama Islam.

Mungkin Nik Aziz patut menghantar surat yang beliau terima dari Dr Mahathir itu, setidak-tidaknya boleh mengingatkan beliau yang beliaulah yang secara formalnya telah menolak pentadbiran berunsurkan Islam itu.

Tetapi saya hanya berminat untuk mengingatkan Dr Mahathir supaya elok berfikir sebelum berkata-kata kerana jika salah cakap ianya mungkin membantutkan usaha ahli parti untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya.

Dr Mahathir perlu faham yang UMNO masih belum lagi mendapat kemajuan dengan apa yang dikatakan program transformasi politik yang sedang kononnya dilakukan oleh pentadbiran Najib sekarang ini. Kita belum pun nampak transformasi yang digembar-gemburkan itu, bercakap pula Dr Mahathir yang akan memburukkan lagi keadaan itu.

Tetapi kalau beliau masih hendak bercakap tidak berhenti-henti, itu terpulanglah kepada beliau. Itu hak beliau untuk bercakap. Samada betul atau salah itu pun hak beliau. Samada cakap-cakap beliau itu membantu UMNO atau tidak itu pun hak masing-masing untuk menilainya. Ini negara demokrasi.

Hanya kalau boleh kita memohon, beliau tidak bercakap perkara yang beliau sendiri lakukan semasa berkuasa dahulu. Takut-takut ramai yang masih ingat apa yang beliau katakan dahulu. Kalau rakyat tak ingat, tak mengapa. Masalahnya masih ramai yang ingat bagaimana beliau mempersendakan hukum-hukum pentadbiran Islam, jauh lagi kerap dari apa yang dilakukan oleh Karpal Singh.

Sebenarnya bukan Karpal yang berjaya mempersendakan Islam itu. Ada orang lain yang lebih berjaya dari Karpal. Karpal tidak mungkin berjaya kerana beliau bukan Islam. Selalunya yang menggagalkan usaha Islam itu datangnya dari orang Islam sendiri.

43 comments:

Anonymous said...

It's spot on bro.

jasni

lebaikudin said...

Assalam Tuan Aspan,

Among other signs of ageing are losing eye sight,sense of smell and sensitivity.

They can't see the writing's already on the wall that your days are numbered.

They ignore the smell of rotten skeleton in their own cupboard they live in.

They're not sensitive enough to people's need.

Poor UMNO.

Anonymous said...

Mahathir telah melalakukan perkara yang betul untuk Malaysia. Saudara keliru dengan negara islam. Hukum dan hudud Ala PAS a.k.a. ala Taliban adalah negara islam bagi saudara?

Karpal "accidently" juga lakukan perkara yang betul to stop PAS walaupun sebenarnya dia tak tahu apa itu negara islam tulen. Sebab dia nampak PAS and Taliban adalah sama. Mahathir juga nampak yang sama dan saya rakyat kebanyakkan juga begitu.

So kalau saudara rasa negara ala islam PAS a.ka.a Taliban adalah benar, lebih baik sudara masuk PAS dan lobby untuk bawa balik perjuangan asal PAS - negara islam dan hudud ala Taliban itu.

Anonymous said...

Hoi brother, lu baca Quran ka?Lu baca ka terjemahannya.Jangan dok baca, berlagu lagi sedap tapi maknanya satupun tak tau.Hukum hudud tercatat dalam Al-Quran.Bukan hudud PAS la brother.Aku yang belajar kat sekolah orang putih ( St.George ) masih percaya kepada hukum hudud.Inilah UMNO.Terima Islam suku sana -suku sini .Maka jadilah tiga suku.Yang menguntungkan dia orang , dia buat.Yang dia tak berkenan dan tak berselera dia tolak tepi.Itulah Islam ala UMNO.Kalau nak dunia pi..lah kat UMNO.Kalau rasa nak dunia dan akhirat marilah bersama-sama dengan PAS.Tepuk dada tanya hati....jangan tanya selera.Kalaulah nak banyak SELERA...tanyalah UMN-PORNO. UMNO-APCO.UMNO-NGOK.

Anonymous said...

Tun M jauh lebih jelas lagi pemikirannya dr tyan aspan walaupun mungkin tuan aspan jauh lebih muda dr Tun M. Ayat Tun M dkm blog dia tu cukup mudah difahami. Ayat sinikal Tun pun tuan Aspan slalah faham. Tun lebih fokus utk komen bagaimana Karpal tak perlu susah payah utk cegah Pas laksana hukum Islam. Pas buat inisiatif sendiri utk tukar dr memperjuang negara islam kpd negara kebajikan. Itu saja maksud Tun. Tapi disebabkan paranoid yg keterkaluan terhdd Tun telah menyebabkan tuan Aspan begitu sensitif dan cepat melatah.

Alim Kucing

Anonymous said...

Pan..
Kau tak faham lg ko Mahadey punyo stail. His statements always cynical. Kali ni kau salah baco maksud komen eh..

rosman ali said...

Bro, Dr Mahathir should look at himself in politics. he has no allegiance for anybody except to himself.

he left UMNO for the sake of admonishing Pak Lah and rejoined the party when Pak Lah resigned.

Please see that everyone. He wants people to follow his whim and fancies and that is Dr M.

jamil said...

Tuan, Dr Mahathir kata Nabi Muhammad dulu berjanggut kerana zaman itu tidak ada pisai pencukur. Betul ke tu tn?

Anonymous said...

I don't pay attention to this man anymore. He can be called as negarawan or anything, he is not truthful man.

His memoir that he wrote was a mistake. We actually know him head to toe who this man is.

Anyway he is smart and deceives everyone. many people believe him. Let themlah!

jass

Anonymous said...

Alahai apa la nak layan orang tua nyanyuk ketua perompak berlesen ni,dah kaki auta sampai mati pun dia auta,mungkin dia pandai auta kat tuhan kelak,maklumlah dia Tun.

Anonymous said...

yg dah siap maki hamun pas dgn taliban tu apa hal pulak....pas belum lagi diberi peluang melaksanakan...mcm boleh kata hudud ala pas ala taliban pulok...tak paham aku... takut nanti kamu akan terjatuh kpd menghina hukum Allah Taala pulok.... baik hati2 nak mengata...

pakya

Anonymous said...

Anon 20:57,

You truly sound like Dr Mahathir. Mahathir takes Islam like Taliban?

Jun

dino said...

mahathir should just stay away from politic lah! he has done enough damages already. we are suffering from leadership vacuum since he retired. mahathir's biggest contribution is killing all good leaders.now we have najib...we are getting too near to the death of umno. but what can we do? just let the party dies...don't blame us.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Inilah masalah besar orang UMNO. Semua nak komen tapi no substance, asyik ikut kata ketua saja.

Orang UMNO kena pergi mengaji dan faham Islam dengan sebenar-benarnya. Islam bukan hanya solat, puasa, zakat, haji, sambut maulud dll... konsep ibadah dalam Islam amat luas.

Bercakap benar ... ibadah
Tak makan rasuah ... ibadah
Tak sebar fitnah ... ibadah

dan lain-lain...Sebab segala perilaku kita akan ditimbang samada ianya WAJIB, SUNAT, HARAM, MAKRUH atau HARUS.

Jangan kita dok asyik gah dah pergi haji atau umrah banyak kali tapi balik perangai masih sama sebelum pergi ... tak punya erti apa-apa bagi ALLAH. Macam mana kita hendakkan haji yang betul-betul MABRUR ?

Hukum hudud tidak ada ala PAS mahupun Taliban. Jangan kita terikut dengan musuh ketat Islam iaitu Yahudi yang telah berjaya 'brain wash' umat Islam dengan menyatakan Islam itu ganas. Kita yang mengaku Islam semestinya bantu antara satu sama lain dengan menyanggah semua peperangan psiko yang dibawa oleh Yahudi. Semuanya direka cipta melalui samada MOSAD mahupun FBI/CIA.

Kembali kepada tulisan Sdr. Aspan kali ini, sememangnya amat kecewa sekali apabila TDM tak semena-mena melatah dan meyampuk apa yang diketengahkan oleh PAS. Saya berasa yakin bahawa visi mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang sebenar (implementasi hukum-hukum Islam dalam sistem kehakiman) akan terus dibawa bersama. That's the ULTIMATE objective. Cuma mungkin sedang mengadun kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya. Sesuatu perkara yang baru mesti ambil sedikit masa untuk ia menjadi efisyen. Mula kena mula .... jangan pula tak sokong.

Orang UMNO tidak seharusnya menentang visi mereka ini bahkan MESTI menyokong 100% dan tidak ada dolak dalik. Itu hukum ALLAH dan ALLAH saja yang Maha Mengetahui sesuatu. Sebab apa potong tangan, rejam, pancung ...itu semua telah tercatat dalam Al-Quran. Penentangan bermakna akan mengakibat jatuh syahadah seseorang Islam itu.

Hikmah dan kebaikan hukum Islam itu belum nampak kebaikan selagi mana ia tidak dilaksanakan. Kita sebagai umat Islam seharusnya menilai kembali apa yang pemimpin kita ucapkan. Jangan kita telan bulat-bulat, juga jangan kita lihat hukum Islam itu sebagai zalim. Adakah kita tergambar dan fikirkan sebab apa ALLAH mengharamkan daging BABI ?

Kita seharusnya meletakan ILMU ISLAM yang sebenar sebagai penapis dan pendinding utama samada untuk menerima atau menolak sesuatu kekalutan dan kepincangan yang berada dihadapan kita. Kemudian menggunakan ILMU DUNIA sebagai pelengkap kepada penapis tadi.

WalLah Hu'aklam...

MELAYU-JAWA

sembangpolitik said...

Tuan Aspan,

Tolong jelaskan beberapa perkara.

1. Adakah YB Mukriz sudah jadi Ketua Pemuda UMNO atu Presiden UMNO. Nampaknya dia asyik bercakap bagi pihak UMNO dalam banyak perkara dalam seminggu ini.

2. Apakah jika Mukriz tidak diberi jawatan Tim. Menteri, Mahathir akan banyak tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib sekarang?

3. Adakah benar, Mahathir merestui segala tindakan DS Najib dari segi pentadbiran dan perbelanjaan wang kerajaan untuk juga melawat anaknya semasa graduasi di Washington, dan pertunangan anaknya di Kazakstan.

Terima kasih.

Anonymous said...

I shall still vote for BN even though my wife and 2 children are shifting their support for PR.

Danial Sulaiman,

Anonymous said...

Salam,
Nampaknya Tuan Aspan masih lagi keliru tentang hukum Hudud dlm Islam dgn hukum 'Hudud'yg dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan.Kalau Tuan seorang yg teliti dan pencari kebenaran,sila baca dan kaji semula draf undang2 'hudud'Pas Kelantan samada ia benar2 menurut 'Keadilan Islam'.

Sebagai cth,dlm undang2 'hudud' Pas mentakrifkan seseorang wanita yg melahirkan anak tanpa nikah adalah telah melakukan zina dan boleh dihukum mengikut 'hudud'Pas sedangkan sebenarnya wanita itu adalah mangsa rogol tapi malangnya menurut undang2 Pas jika ia menuduh perogolnya,tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat 4 org saksi(yg terdiri drp org2 yg baik,tidak melakukan dosa besar) yg menyatakan bhw telah melihat dgn jelas & terang perlakuan rogol tersebut!.Adakah terdapat saksi sedemikian?.Jika ada,tidakkah mereka juga boleh dianggap bersubahat dgn hanya melihat perbuatan rogol tersebut tanpa menolong mangsa rogol tersebut?.Muliakah saksi tersebut jika hanya melihat tanpa membantu?(melainkan mereka di paksa menonton seperti yg dilakukan oleh penganas Serb dlm perang Bosnia)Adakah ini dikatakan keadilan dlm Islam?.Lebih2 lagi 'circumstantial evidence'iaitu tanda2 bukti pd mangsa dan tempat kejadian tidak diterima langsung oleh undang2 Pas!!.

Dan rasanya tak semua pengomen atau Tuan Aspan sendiri(maaf jika terkhilaf)yg pernah membaca surat yg diutus Tun Dr Mahathir kpd menteri besar Kelantan berkenaan penguatkuasaan Kanun Jenayah syariah 11 1993 Kelantan ini.Cuba dpt salinan tersebut dan kaji samada Tun benar2 menolak Undang2 Islam atau tidak!...ingat! undang2 Islam bukannya undang2 Pas!!


anakjati_sgway

Red Alfa said...

@danial sulaiman

Tolak dari perbincangan lanjutan perkara yang dipertengahkan dalam blogg ini khususnya oleh @Melayu Jawa, saya ingin menanyakan "Why you will vote BN?"

Why would you still lend support to the widespread corruption, etc among BN/UMNO leaders/warlords?

Why would you by extension of your acceptance of past and present leaders both implied and expressed rejection of Islamic principles?

Anonymous said...

anakjati_sgway
jangan lupa madey menghapuskan bantuan perkapita sekolah agama rakyat

Anonymous said...

anak jati sg way,

1. Kita akui kemungkinan ada bahagian-bahagian Hudud yang dikemukakan oleh PAS perlu diperbaiki agar ia lebih menepati ciri-ciri yang sebenar.

Kelemahan-kelemahan yang ada bukan alasan untuk menolak terus atau menjadi alasan ianya tidak boleh dijadikan asas untuk memperkemaskannya.

2. Jika hudud yang dikemukakan oleh PAS itu penuh cacat cela dan tidak boleh dipakai langsung pada pandangan UMNO Baru - MANA DIA HUKUM HUDU VERSI UMNO BARU YANG DIKATAKAN LEBIH LENGKAP DARI YANG DIKEMUKAKAN OLEH PAS, sekurang-kurangnya yang dikemukakan oleh kerajaan pusat dibawah UMNO baru??

3. Sebenarnya kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO Baru mempunyai keupayaan yang jauh lebih besar untuk membuat satu kajian dan seterusnya mengemukakan hukum Hudud yang lebih dekat.

There is no point criticising for the sake criticising dan sebagai alasan untuk menolak tanpa memberi jawapan/alternatif kerana kerajaan pusat dokongan mempunyai lebih dari keupayaan.

Soal sebenarnya ialah samada kerajaan yang didokong oleh UMNO Baru nak atau tak nak je....period! Tak payah nak berdalih kerana mempunyai masa yang begitu lama untuk berbuat demikian.


wak jerman

Thong said...

The problem with Dr Mahatir is he does and says things by expediency. In Negara Islam, he should not have set the spark by declaring internationally that we are Negara Islam. He should have stuck to maintaining we are a secular nation like Tunku and Tun Razak. All the unwanted and unpleasant consequences are now coming to roost from Mahatir's era. The only legacy I appreciate and believed he was only the one capable of doing was eradication of immunity privilege.

Orang Miskin Mersing said...

Salam Pak Aspan,

Bagaimana kiranya jika orang Islam takut kepada kebenaran agama yang di anuti?

Bila orang Melayu Islam kaya harta tapi miskin akhlak & ilmu..

Tapi tak apa Pak Aspan, sesiapa juga yang kemarukkan dunia dengan isi-isinya serta apa juga yang ada di antara langit dan bumi..ambil lah.

creative said...

sy kerap bace tulisan pakcik, mane yg baik sy kutip, mana yg mengarut sy buang.
tp sy lihat, pakcik sering menghentam pakcik mahathir. apa sahaja tidak kira topik, isu atau perkara walaupun perkara tersebut benar, ada sahaja yg tidak kena di mata pakcik. lalu pakcik taip di sini dan pos. blog pakcik, kire pakcik punye suke la kn?

setahu saya, org yg buat keje mmg org tu sering buat silap. yg tak pernah buat silap ialah org yg tak buat kerja. kn pakcik?

Aspan Alias said...

creative,

kalau saya mengarut jangan terima pandangan saya. saya sudah lama hidup dan mengenali cara pemimpin yang sering saya kritik berpolitik.

saya tidakmahu menjawab panjang-panjang. nampaknya awak masih muda. yang saya cakap tentunya perkara yang berlaku sebelum sdr lahir.

Saya bukan menuntut untuk saya diyakini. Masa akan menentukan kebenaran apa yang saya perkatakan. Tak cepat lambat. Ia akan tetap sampai.

Anonymous said...

creative 14:27

Kau sebenarnya pencacai UMNO,berlakon macam orang muda konon.

Ayat terakhir kau tu memerangkap dan menyingkap sape kau sebenarnya.

Kelawarman

Anonymous said...

Salam,
wak jerman,tepat sekali pandangan anda yg mengatakan 'hudud'Pas itu mungkin tidak tepat dan ada yg perlu diperbaiki.
Kalau ada kesilapan kenapa tidak diperbaiki dulu sebelum diluluskan?
cth yg saya berikan sebelum ini adalah sebahagian kecil dari banyak lagi 'kekeliruan'yg terdapat dlm undang2 Pas itu dan ditakdirkan undang2 itu berkuatkuasa dan cth yg saya nyatakan itu berlaku serta wanita itu dikenakan tuduhan dan hukuman akibat 'berzina',adakah keadilan dapat ditegakkan?...sekali lagi saya ulang,adakah ini yg dimaksudkan dengan keadilan dalam Islam?

Kalau saudara pergi lebih jauh sedikit,cuba semak adakah undang2 Pas itu terpakai kepada orang bukan Islam?kalau tidak kenapa ada 2 set yg berbeza untuk Islam dan bukan Islam?Adakah ini tuntutan Islam yg sebenar?

Soalan tuan berkenaan kenapa kerajaan yg didukung oleh UMNO tidak berusaha untuk merealisasikan hukum hudud?.Ini saya rasa boleh dikaitkan dengan kenyataan Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Haji Hadi yg dipetik menyatakan bahawa hudud adalah 0.0001% hukum dalam Islam dan perlaksanaannya memerlukan proses yg panjang (UM 7/3/2000).

Saudara juga perlu menjawab apakah perbezaan di antara 'hudud Pas Kelantan' dgn 'hudud Pas Terenganu'?
kenapa ianya ada perbezaan?mengapa tatkala Terenganu diperintah oleh Pas tidak mengambil bulat2 'hudud Pas kelantan'? dan apakah pulak pandangan pengubal undang2 dari Pas,tidak mahukah mereka mengubal undang2 'hudud Pas Kedah pulak?dan bila pulak hendak dibawa ke persidangan DUN utk kelulusan?!


Anon 9 June 2011 11:59:00,

sila kemukan bukti bahawa Tun Dr Mahathir menghapuskan bantuan perkapita sekolah agama rakyat.Adakah ia benar2 dihapuskan atau prosedurnya diperkemaskinikan?


anakjati_sgway

zaidi said...

Pak Aspan
Tulisan kali ini benar-benar menyentap perasaan amarah blogger UMNO. Tandanya kenalah tu. Kenapa mereka marah2 tanpa analisis. PRU11 BN menang besar sebab apa?.. harapan baru tanpa TDM. PRU12 BN hilang undi sebab apa?..anak-menantu kacau. PRU13 BN akan menghadapi formula "queen control" + "flip-flop" + "uncertain leadership" + "biasiswa Melayu". Bloggers UMNO jangan mengamuk macam budak kecil kembung angin. Bentangkan hujah dan rasional anda. Teruskan Pak Aspan

Anonymous said...

betul tu Creative;

pak cik pun berfikiran sedemikian.Dah lama baca blog Aspan, saya rasa dah lebih dua tahun saya mengikuti blog dia.

Pandangan saya Aspan ni berdendam orangnya, hingga apa yang ditulis akan di spin supaya membenci UMNO dan TDM. Biarlah, hanya Aspan yang tahu penyebabnya rasa benci Aspan ni.Maleh den nak ambik tahu.

Anonymous said...

Salam sejahtera saudara Aspan,

Presiden PAS sekarang mengatakan masa belum sampai untuk megujudkan negara Islam didalam muktamarnya yang baru lepas dan sebagai gantinya kearah negara berkebajikan.

Pada pendapat saya ia satu keputusan dan strategi politik yang bijak dan berpijak dibumi nyata. Kesedaran kepada realiti politik ini lahir melalui pengalaman mereka.

Untuk merubah dasar negara pelukan perubahan pemerentahan dan sokongan 2/3 kerusi Parlimen. Untuk mencapainya mestilah dengan memenangi sebanyak mungkin kerusi dalam PRU13 nanti.

Strategi baru mereka untuk mencapainya adalah:-

1. Bergabung dalam PR dalam menentang BN satu lawan satu

2. Ahli2 PAS memilih kepimpinan baru yang lebih bertenaga sesuai dengan matlamat mencapai kemenangan politik. Mereka bukan menolak golongan Ulama tetapi memberi mereka peranan dalam check and balance dalam memandu dasar parti.

3. Menukar slogan dari menegak negara Islam kepada Negara Berkebajikan


Jika PAS masih berjuang berseorangan ia tak akan kemana sebagaimana dalam PRU yang lepas2 paling kuat pun boleh menawan Kelantan dan Terengganu.

Tentang tuduhan pehak lawan termasuk TDM bahawa PAS telah menukar perjuangan dan menggugurkan cita2 menegakan negara Islam tak perlu lah diambil berat sangat. Sejak bila pula beliau bersimpati dgn perjuangan PAS untuk menegak negara Islam. Seingat saya beliau tidak pernah bersetuju degan PAS dalam segala hal.

Dalam politik strategi tidak statik dan mestilah berubah2 mengikut situasi,tuntutan masa dan kehendak ahli. Matlamat masih sama.
semua parti politik banyak menukar strategi disamping slogan baru.

Tambahan lagi apa gunanya jika hanya retorik untuk menegak negara islam tetapi tidak dapat dicapai dan kosong dalam pengisiannya. Apa yang penting kerajaan yang bersih , takut akan dosa, takut dihari pembalasan. Dasar yang boleh memberi kesejahteraa kepada rakyat terbanyak.

Apa yang rakyat tertarik dan nampak kepimpinan PAS ini tidak nampak kemewahan mereka dalam kehidupan dan sentiasa memeriahkan masjid.

Mungkin ada hujah mengatakan sebab belum berkuasa tetapi kita menyandarkan harapan kepada kekuatan dalaman (Iman) mereka boleh menolak amalan2 negatif yang dimurkai Allah. Tanggongjawab pemimpin lebih berat dari pengikut didunia dan lebih lagi diakhirat.
Wassalam

Hanz Newman said...

Tun cynical or cryptical? FGS, mCome on guys, beware! He was good at this for ages. Open your eyes & heart. Dont be a daft! He meant it every & single word of it.

mns said...

Saya setuju dgn Tuan Aspan, pekara tipu helah politik ini ramai yg tidak tahu atau saja buat tak tahu. Kalau betul nak tolong, dah lama orang Melayu menguasai busines didlm Malaysia ini. Tolong senaraikan, berapa banyak kedai alat ganti kereta, kedai tayar, kedai barang lektrik dan lain kepunyaan org Melayu. Kita suka tuduh sama sendiri,siapa yg benar pun kita tidak tahu.

Selumbar said...

Bila Tun Mahathir melahirkan perasaannya melalui blog berkaitan dengan pilihanraya parti PAS yang lalu membuatkan saya begitu terharu.

Saya simpati pada Tun Mahathir, walau pun baru keluar dari IJN tapi semangat untuk terus berpolitik tetap segar demi memanjangkan riwayat parti UMNO Baru ciptaannya yang dilihatnya sedang menuju jalan mati.

Ungkapan "MELAYU MUDAH LUPA" ketika beliau lafaskan dulu memang bertujuan menghina bangsa melayu khususnya ahli UMNO Baru yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah diberikannya tapi terus meminta. Bila tak dibagi mereka melawan tokey.

Selama 22 tahun beliau menjadi PM, sebahagian besar orang melayu menyokong apa saja yang diperkatakan. Sokong membabi buta kerana mereka sudah tertelan pil rasuah.

Tun Mahathir bersubahat menuduh Anwar Ibrahim meliwat pemandunya sendiri tanpa 4 saksi yang adil, orang melayu dalam parti sebulat suara percaya.

Dia juga merekacerita kononnya Anwar Ibrahim telah menumbuk mukanya sendiri dalam penjara sehingga lebam, pun orang melayu percaya.

Kalau Tun Mahathir mengatakan Karpal Singh berjaya mempengaruhi PAS supaya menolak perjuangan Islam, itu sebenarnya beliau bukanlah "melayu mudah lupa" cuma nak menguji kepercayaan orang melayu terhadap kewibawaan nya sebagai ahli politik saja. Macam dulu...dulu.

Jangan tuduh Tun Mahathir sudah nyanyok. Dia masih ok lagi cuma dia dalam keadaan ketakutan saja.

Setelah institusi raja melayu, polis, peguam negara, hakim dimanipulasikan, apakah Tun Mahathir kisah jika dia sebenarnya adalah dalang yang menghalang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan ?

Ada sesiapa yang boleh ambil tindakan keatasnya ? Inilah kehebatan Tun Mahathir yang orang melayu tidak tahu kecuali Anwar Ibrahim. Itu sebabnya dia memusuhi Anwar sehingga nafasnya yang terakhir.

Kini isu negara islam diperbesarkan oleh pemimpin UMNO Baru kononnya PAS tidak islam lagi bila slogan negara berkebajikan diumumkan.

Tujuan politik nya tidak lain hanyalah untuk mengeliru dan memperbodohkan orang melayu yang menyokong PAS.

Apabila orang melayu benci pada DAP kerana Karpal Singh dan orang Cina dan India takut pada PAS kerana hududnya... siapa yang untung...?

Negara Islam tidak memberi apa-apa makna jika rakyat susah cari makan dalam negerinya sendiri.

Oleh kerana itu ahli fikir PAS telah sebulat suara menyatakan bahawa makan minum dan keselesaan hidup perlu diutamakan dulu.

Itu sebabnya PAS tukar negara islam menjadi negara berkebajikan agar semua rakyat dapat makan dan minum dengan selesa kemudian beragama.

Pemimpin UMNO Baru bising pasal negara islam buat apa...

Cuba bagi berita yang menggembirakan seperti kerajaan BN akan menurunkan harga semua barang keperluan bermula 1hb Julai 2011... pasti rakyat akan menyokong BN pilihanraya ke 13 untuk terus berkuasa lagi.

Anonymous said...

Please believe me, there is a fierce conspiracy to topple Najib in UMNO.

They are Dr M, Muhyiddin. As long as Dr M does not see Mukhriz's save path to power the conspiracy will go on.

Muhyiddin is expected to be the recipient to the conspiracy as Najib being the recipient to conspiracy against Pak Lah then.

Thanks.

chiko,Damansara. `

Anonymous said...

Dalam beberapa bulan lagi Muhyiddin akan jadi PM. Percaya tak? Caya lu lah Madey. Mukhriz, you will naik pangkat lah!!

zaiden

Anonymous said...

Anak jati sgway,

Alasan yg sdra dgn memetik kenyataan Haji Hadi adalah lame excuse untuk mengabui niat sebenar Umno Baru tidak pernah ada agenda serious mengenai perlaksanaan hudud.

Pun begitu sebagai satu strategi politik, Umno Baru perlu mengemukakan hudud versinya yang lebih tepat dari. Hudud PAS. Tewaskan PAS dimedan mereka sendiri. Kalau setakat kritik tanpa mengemukakan versi yang lebih baik, apa bezanya Umno Baru dengan MCA, MIC ataupun DAP apabila mengkritik hukum hudud.

2. Sdra terus membangkitkan kelmahan Hudud versi PAS yang kita agree banyak kelemahan. TETAPI WHERE IS HUDUD VERSI UMNO BARU YANG LEBIH SEMPURNA SUPAYA KITABOLEH BANDINGKAN? Perlaksanaan is another issue....terapi where is versi Umno Baru yang lebih lengkap?

Wak Jerman

Anonymous said...

salam, wak jerman,

nampaknya saudara tidak faham apa yg dimaksudkan oleh Haji Hadi mengenai hudud hanya 0.0001% dalam hukum Islam dan perlukan masa yg panjang untuk perlaksanaan.MAKSUD Haji Hadi adalah undang2 Hudud bukannya keutamaan lagi kepada dasar perjuangan Pas kerana ia bukan yg utama sekali dlm Islam!cuma 1/10000!.Kenapa sekarang baru mereka sedar?

Adakah kefahaman saudara mengenai Islam hanya berkisar mengenai hudud shj?Dapatkah saudara nyatakan negara manakah di dunia yg majoriti penduduk Islamnya cuma 60% tapi melaksanakan 100% hukum hudud?

Ya,Kerajaan yg didokong UMNO sekarang ini mmg tiada 'versi hududnya'sendiri ttp tidak bermakna tiada penambahbaikkan dari segi perlaksanaan tuntutan Agama Islam yg lain!.Banyak penambahbaikkan telah dilakukan kpd sistem pembankan misalnya,institusi2 zakat,pendidikan dan masjid umpamanya yg lebih penting kpd maslahah umat Islam.

Ya betul, ini semuanya adalh strategi politik UMNO dan bagi saya ini merupakan yg terbaik buat masa sekarang(dlm keadaan komposisi penduduk dan faktor politik masa kini)kerana atas sebab politik jugalah parti Pas menukar halatuju 'negara Islam' kepada negara 'berkebajikan' dan percayalah kalau saudara tanya apa halatuju hukum 'hudud' yg dulunya diperjuangkan oleh pas,nescaya jawapan yg diterima adalah ia bukan lagi keutamaan dan akhirnya akan senyap dan lenyap begitu shj.Kenapa saya berkata begini?Kalaulah Pas benar2 ikhlas nak melaksanakan hukum 'hudud',dah lama mereka menjadikannya keutamaan perjuangan Pakatan Rakyat dan telah diusulkan ke parlimen ttp mereka tidak berani krn takut diherdik oleh 'big brother'DAP yg menentang sekeras2nya....strategi apakah ini klau bukan kerana politik!

Bukan saya nak menolak hukum tapi setiap perlaksanaannya mestilah berhemah dan berhati2.Dalam keadaan geopolitik umat Islam Malaysia masa kini adakah tuan yakin kita dah bersedia segala2nya?...infrastruktur,kefahaman,sokongan politik kaum lain...semuanya perlu diambil kira.Kita tak hendak bak yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran!Yg utama sekali buat masa ini adalah perpaduan antara umat Islam tanpa mengenal parti politik krn dgn itu tiada siapa yg berani menindas dan menidakkan kita!....Adakah kita sudah sampai ke tahap itu?tepuk dada tanya selera!!

Wallahualam!



anakjati_sgway

Anonymous said...

Anak jati sgway,

Dangkalnya akal saudara.

Madey sering mengatakan 'pemimpin bukan sahaja bersih tapi mesti kelihatan bersih" sekarang Madey bukan saja kelihatan tidak bersih malah membawa suku sakatnya tidak bersih.

Selama 22 thaun Madey memerintah, siapakah pemimpin islam yang berjaya lahirkan.? Aapakah sistem islam yang dia telah ujudkan?

Setahu saya rasuah dan guna kuasa saja yang berleluasa.

Ingat, 22 tahu tu kalau kawin dah bercucu, tapi apa rakyat M'sia dapat selain hutang???

Fikir lah perut orang lain sama.

Anonymous said...

anon 15:55:00,

Saya mungkin dangkal akal berbanding saudara tapi saya tetap bersyukur dengan apa yg saya dan keluarga perolehi selama ini.Dengan segala kemudahan yg disediakan oleh kerajaan,Alhamdulillah sya berjaya juga menamatkan pengajian walaupun tak setinggi mana namun tetap membolehkan sya bekerja dan menyara keluarga saya.

Berbanding nasib saudara2 kita di negara seberang,saya rasa kita berkali2 lebih baik daripada nasib mereka walaupun mereka lebih dulu mengecapi kemerdekaan.Perkara ini bukannya dtg bergolek tapi juga atas usaha pemimpin2 terdahulu termasuklah Tun Dr Mahathir yg saudara perkecilkan sebagai 'Madey' itu.

Tuduhan saudara yg mengatakan rasuah dan salahguna kuasa sahaja yg berleluasa adalah sangat keterlaluan dan tidak disokong fakta.Memang akan ada perbuatan rasuah selagi ada pemberinya dan tidak dilaporkan perbuatan itu.Salah tetap salah,mana2 pemimpin yg terbabit rasuah atau salah guna kuasa mesti dihukum tapi mestilah melalui saluran yg betul iaitu undang2 bukannya atas dasar persepsi semata2.

Persepsi yg mengatakan selama 22 tahun rakyat Malaysia tak dapat apa2 selain hutang adalah amat dangkal sekali.Berhutang @ tidak seseorang itu bergantung pd kemampuan masing2.Tak ada kena mengena dengan kerajaanpun.Kalau kita hanya mampu kereta kecil jangan pulak berangan nak pakai kereta besar dan mahal.pokok pangkalnya pada kita.Jangan asyik dok salahkan orang lain kalau kita bermasalah...mungkin sekali sekala bila pandang cermin tu kita bermuhasabah sikit...tanya kat diri..."sempurna sangat ke aku?"..."adakah aku dah lakukan yg terbaik?".


Walahuallam.


anakjati_sgway

Anonymous said...

anakjati_sgway

Patut lah kamu jilat2 madey tu, selama 22 tahu apa Madey buat kat sg. way tempat jati kamu tu.

Kalau kamu nah tau, tempat jati kamu tu adalah buah tangan orang yg Madey penjarakan. Kalau kamu benar anak jati sg.way memang padan la kamu menjilat madey tu.

Kena tipu hidup2 pun masih nak menjilat.
Anak jati sg.way hanya melukut ditepi gantang. mana melayu di sana?, Mana DEB di sana, Mana keistimewaaan Melayu di sana... Kamu nak tau.. semua Madey dah jual...

Anonymous said...

Salam,anon 21:07,
Cetek sekali hujah saudara dan lebih banyak berbau hasad dengki kepada seseorang (TDM).Saudara tahu ke bila kaw Sg Way dibangunkan? dan bila pula Dr Mahathir menjadi PM?

Mana Melayu Sg Way?...hahaha klau tak tahu jgn dok mengata...bila berjalan buka mata..jgn hanya melanggut memaki org lain disebabkan 'hutang' saudara tu!.Atas sebab kebijaksanaan pemimpin terdahululah kami boleh bertapak di sana,generasi pertama kami yg kebanyakannya penghuni setinggan disekitar lembah kelang tlh mendapat manfaat dan diberi peluang mendiami perumahan SS9 dgn hanya berharga sekitar rm7000.

Hehehe...saya tak pernahpun rasa tertipu malah bersyukur dgn apa yg ada.Saya bersyukur kpd Allah dan berterima kasih kpd pemimpin2 yg telah berjasa termasuklah Dr Mahathir.Bab saudara kata saya melukut ditepi gantang terpulanglah,tak berbekas bagi saya malah kediaman saya sekarang di Puchong juga sedikit sebanyak adalah hasil keistemewaan sebagai orang Melayu.

Atas dasar kebijaksanaan pemimpin termasuk Dr Mahathir jugaklah kita dpt lihat bandar2 baru spt Shah Alam & Putrajaya dibangunkan yg mana kita dapat lihat majoritinya adalah orang Melayu.

Dr Mahathir tak jual apa2 tapi orang Melayu seperti saudaralah (jika benar2 Melayu)yg tak sedar diuntung serta hanya tahu menyalahkan orang lain atas nasib sendiri bak kata pepatah..."buruk muka,cermin disalahkan"!.

adios!!


anakjati_sgway

Anonymous said...

anakjati_sgway

Hutang tu dipinjam Madey tapi suruh rakyat bayar, bengap.

Hidup lah kau dengan Madey tu dunia akan tau, dimana sg way melayu terus terperusuk yg kau banggakan tu.

Anonymous said...

Salam kawan2,

Saja sangat2 setuju dgn Creative dan Anon 20:44, Memang rasanya En Aspan banyak berdendam dgn Tun M. Hanya dia dan Allah saja yg tahu apa sebabnya.

Yg lain2 tu, kalau nak berdebat secara ilmiah, jgn lah gunakan bahasa yg kasar, kita kan org Islam dan org melayu ....

manoq

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Tlg bagi 3 contoh yg Tun M mempersendakan Islam, boleh? That's what you wrote in your article.

Manoq