16 September 2011

ISA dimansuhkan - kita tunggu ratusan isu yang lain diselesaikan

ISA akhirnya di mansuhkan setelah begitu lama diperjuangkan oleh rakyat dan Najib mengambil tindakan unuk menuruti kehendak sebahagian rakyat supaya Akta itu dimansuhkan. Akta ini telah menjadi isu yang begitu lama diperjuangkan oleh sebahagian rakyat melalui berbagai-bagai NGO dan parti-parti pembangkang dan isu ini merupakan isu yang sangat kuat dipertahankan oleh kerajaan BN yang memerintah sejak merdeka.

Oleh kerana keadaan lemah yang sedang menimpa kerajaan BN maka Najib mengambil langkah untuk menurunkan sedikit keresahan sebahagian rakyat terhadap kepimpinan BN dan kepimpinan beliau sendiri dengan mengambil langkah menyerah dan memansuhkan Akta ini.Akhirnya Najib terpaksa mengambil langkah untuk melaksanakan apa yang PR janjikan di dalam Buku Jingga jika PR mengambil alih kerajaan selepas PRU13 nanti, iaitu menghapuskan undang-undang draconian seperti ISA.

Oleh itu syabas di ucapkan kepada parti-parti pembangkang serta NGO yang selama ini memperjuangkan supaya Akta ini dimansuhkan…..dan dalam keadaan BN lemahlah rupanya baru usaha berbagai pihak untuk memansuhkan akta ini berjaya. Elok kita ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Najib kerana membebaskan rakyat dari keresahan kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri yang di tinggalkan oleh penjajah British dahulu (jika kita masih mengakui yg kita pernah dijajah).

Keputusan Najib ini tidak lain dari usaha untuk memberikan kembali tenaga kepada kerajaan yang memerintah untuk mendapatkan kembali sokongan yang telah banyak hilang dari rakyat. Pilihanraya umum pula yang kian hampir tiba ini sedang mendebarkan BN dengan hebatnya. Keputusan memansuhkan ini tentunya merupakan kejayaan perjuangan parti-parti pembangkang untuk memaksa kerajaan pimpinan Najib mengambil keputusan untuk tunduk kepada desakan ini.

Sekarang tentulah rakyat sedang memerhatikan isu-isu yang belum di selesaikan oleh pihak pemerintah yang menjadi teras kepada pejuangan sejagat rakyat Malaysia yang sudah membuka mata dan minda mereka. Isunya banyak.

Isu yang paling besar yang harus di selesaikan oleh pimpinan pada hari ini ialah isu persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pada hari ini, iaitu isu rasuah. Banyak kepimpinan negara-negara lain di dunia ini telah jatuh kerana isu rasuah yang tidak terkawal. Rasuah yang kini menjadi ketagihan kepada pimpinan BN pada masa ini amat sukar untuk di selesaikan kerana persepsi rakyat terhadap isu ini bukannya kecil, malah ianya adalah isu yang lebih besar dari isu ISA ini.

Isu rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin yang hangat diperkatakan oleh rakyat sejak beberapa lama dahulu masih lagi belum dapat diselesaikan oleh kerajaan Malahan masih lagi berlaku tindakan-tindakan yang membawa syak wasangka rakyat. Kita tidak boleh salahkan rakyat kerana mempunyai prasangka terhadap kejujuran pemimpin kerana pengalaman yang lama dan banyak berlakunya penyelewengan di kalangan pimpinan sejak beberapa lama dahulu. Sekarang ini rasuah dan UMNO itu sudah menjadi sinonim.

Kenaikan harga barang yang tidak terkawal juga menjadi isu besar terhadap kerajaan. Apa yang hendak dilihat oleh rakyat ialah usaha yang organik dalam penyelesaian terhadap isu ini. Kedudukan monopolistik syarikat beras negara misalnya membuatkan harga beras begitu tinggi dan rakyat belum lagi nampak usaha-usaha pihak pemerintah untuk menjadikan beras sebagai item keperluan yang keluar dari keistimewaan monopoly yang telah dimunafaatkan oleh syarikat beras ini untuk membuat keuntungan yang begitu besar di atas keperitan pengguna yang dalam kesusahan.

Kerajaan amat takut untuk membiarkan syarikat beras dan gula dalam negara ini untuk beroperasi dengan persaingan yang sihat dengan menambah bilangan syarikat pengimport atau pengeluar beras dan gula dalam negara ini. Kerajaan masih lagi tidak sensitif terhadap kesusahan rakyat yang dipaksa membayar tol yang begitu mahal kepada syarikat-syarikat konsessi lebuhraya walaupun jumlah trafik yang melalui lebuhraya hari ini berlipat kali ganda dari masa konsessi itu ditanda tangani.

Malahan masih terlalu banyak lagi isu yang melibatkan kesusahan orang ramai yang belum pun nampak usaha yang jelas untuk mencapai penyelesaiannya. Isu-isu yang besar ini tidak mampu ditutupi dengan pemansuhan ISA oleh kerajaan semalam. Pemansuhan ISA itu tidak akan memperbaiki keadaan hidup rakyat serta politik mereka. ISA ini hanya melibatkan kumpulan yang amat kecil rakyat jika ianya dimansukan sekali pun.

Isu tuntutan Bersih 2.0 masih lagi menghantui rakyat ramai. Isu ketelusan SPR masih lagi tidak ada nampakan bayangan perubahan dan rakyat sedang menunggu hasil dari 8 tuntutan Bersih baru-baru ini. Kerajaan patut mengambil berat tentang isu ini kerana ianya melibatkan jutaan rakyat yang layak mengundi.

BN terpaksa menyelesaikan isu-isu seperti ini dengan segera. BN wajar menerima hakikat ini kerana rakyat kini sudah mempunyai pilihan. Dahulunya rakyat merasakan tidak ada pilihan kerana rakyat dimomokan yang tidak ada parti lain yang mampu memerintah.

Tetapi kini rakyat telah nampak yang parti-parti lain pun berkemampuan untuk mentadbir kerajaan malah lebih bersih dari yang kita lihat dalam pentadbiran kerajaan BN. Hanya aktivis parti-parti dalam BN sahaja yang menafikannya dan ini kita sedia faham kerana politik kepartian yang kian menebal sekarang ini.

DAP, PAS dan PKR masing-masing ada pengalaman mentadbir negeri-negeri yang telah jatuh ketangan mereka. Kemampuan itulah yang menyebabkan rakyat ramai merasakan yang mereka ada pilihan untuk memberikan mandat dan tidak semestinya mandat itu hanya diberikan kepada BN seperti pengalaman dulu-dulunya.

Kalau dahulunya UMNO meletakan kekuatannya dengan menggunakan isu rasis dengan menakut-nakutkan rakyat dengan isu 13 Mei misalnya, tetapi isu rasis sudah menjadi isu yang dibenci rakyat ramai kecuali disokong oleh mereka yang berpolitiking dan yang ingin mengambil posisi dengan parti masing-masing lebih-lebih lagi dalam kita menunggu ketibaan PRU yang akan datang ini. Malahan parti-parti yang mempunyai ahli mengikut bangsa masing-masing sudah mula ditinggalkan rakyat.

Rakyat mempunyai selera terhadap parti-parti yang berbentuk multiracial yang didukong oleh rakyat berbilang kaum. Oleh kerana sikap rasis pemimpin dan ahli-ahli dalam UMNO, MCA dan MIC maka BN sekarang sudah hilang umph nya dari sudut pandangan rakyat. Rakyat mulai terasa yang selagi kita memainkan isu rasis selagi itulah mereka (rakyat) tidak merasakan hidup dalam keadaan aman dan makmur di negara ini.

Itulah sebabnya parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat merupakan alternatif yang ‘natural’ oleh rakyat yang mahukan hidup berbaik sangka di antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Rakyat masih menunggu apa tindakan kerajaan terhadap 18 kes rasuah yang berprofil tinggi yang di sebut oleh Rais Yatim semasa beliau mengetuai jabatan undang-undang negara di Jabatan Perdana Menteri dahulu Sehingga sekarang kes itu belum lagi keluar. Adakah rakyat terpaksa menunggu 50 tahun sebelum kes itu ditimbulkan seperti perjuangan untuk memansuhkan ISA ini? Rakyat mahukan kes ini di bawa ketengah kerana ianya melibatkan wang titik peluh rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan tadbiran BN ini.

Buat setakat ini kita patut mengucapkan terima kasih di atas pemansuhan ISA itu. Setidak-tidaknya sudah ada satu perjuangan rakyat yang sudah berjaya dari ratusan isu-isu yang berbangkit terhadap kerajaan yang ada pada hari ini.

Kita tunggu ratusan isu yang nasih belum di selesaikan sebelum pilihanraya ini.

11 comments:

Anonymous said...

Tok Pan,
Baru cadang nak hapus ISA, agak-agak PRU nanti ada peluang tak ISA jadi MB N9?..He3..
Minta tolong ulas langkah MAIS tak bagi tauliah kat ahli politek berdakwah plak..Rasa-rasa nya siapa lah akan berdakwah masa hadapan..
Hu3..sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu).

Umai Lalapan said...

Pak Aspan

Ini tindakan amat berani PM. Syabas! Tapi saya rasakan tidak akan ada banyak perubahan undi rakyat progresif dan liberal, kerana pengundi-pengundi ini melihat sesuatu secara holistik. Seperti Pak Aspan katakan, isu rasuah masih tidak ada 'will power' untuk dihapuskan.

Saya nampak cabaran terbesar PM selepas ini tentatangan dari puak ultra-conservative berhaluan kanan di dalam UMNO sendiri. Malah, sudah ada komen-komen di dalam blog pro UMNO sendiri yang tidak berpuas hati terhadap keputusan PM.

mat nen said...

Tuan Aspan,
Jelas sekali BN tertekan dengan kebangkitan rakyat. BN hampir lemas. kita akan lihat banyak lagi pengumuman yang seolah2 menyebelahi rakyat. Mereka pasti akan lakukan asal dapat mengekalkan kuasa mereka. jangan lupa kata2 DSRI Najib, "kita akan lakukan apa saja cara untuk merampas kembali Selangor". Sesaorang penyangak akan bertindak sopan apabila dalam keadaan lemah..tetapi AWAS apabila kekuatannya pulih sediakala....dengan kata lain rakyat perlu memberi peluang kepada PAKATAN untuk mentadbir negara ini dan kita sebagai rakyat boleh menilainya. Sekiranya PAKATAN gagal maka kita pilih semula BN...

nick said...

Pak,

My take on this matter (repealing ISA "The Act to fight communism") is "TOO LITTLE TOO LATE" to save UMNO and BN in the coming GE. To many Malaysian, ISA represent the rampant abuse and the cruel nature of the ruling government. Saying that the ISA was abused by UMNO and it's ministers' is an understatement. All know that ISA is merely the license UMNO use to jail and incarcerate those who oppose them.

Remember the famous OPS Lalang? Racial tension was high in the early 80's because of heated and "murderous" exchanges between the Ketua Pemuda UMNO and the MCA' youth leader (I wonder who was the UMNO youth leader at that time?). In order to "prevent" racial riot, TDM who was the PM and Home minister used the ISA to arrest hundreds of people (mostly from the opposition) BUT curiously, the two hot head that was making threat and provoking tension (both UMNO's and MCA youth leader) were not among those who were incarcerated WITHOUT TRIAL AND WITHOUT THE CHANCE TO DEFEND THEMSELVES IN A COURT OF LAW. Fast forward 20+ years later, a reporter was held under ISA for reporting a racial statement issued by an UMNO stalwart. Held under the ISA for reporting the statement??? The one who report is jailed but the real culprit who said the actual statement went scott free??? Yeah, right??!

As you have pointed out Pak Aspan, there are so many issues and abuses and misappropriation and corruption and death in custody and Barang Naik and IPP and Toll and Petronas profit while rakyat suffer and UMNO and BN minister's obscene wealth that are yet to be resolved. And judging by the decades needed to repeal ISA, I would surmise that Najib and UMNO's fate is sealed, unless they conjure up a miracle (phantom voters and vote rigging) during the next GE.

Nick.

Asalkan Bukan UMNO (ABU).

Quiet Despair said...

Syabas Najib dan kerajaan Malaysia.
Makin ghairahlah Anwar dan Marx Sabu serta kuncu mereka yang tak de insuran mulut mengutuk kerajaan.
Tak ada caveat untuk melarang mereka menimbulkan isu sensitif dan perkauman.
Selamat Hari Malaysia. Amalkanlah Rukunegara.

karimbujang said...

Jangan saudara tidak tahu. DS Najib telah berjaya meyakinkan ahli Parlimen Konsesnsus Bebas dan beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat (beli) untuk berpaling tadah dan menyokong BN dalam penggubalan dua undang-undang yang baru. Sebenarnya draf undang-undang itu telahpun tersedia. Cuma tunggu Parlimen bersidang. UMNO/BN lebih bersedia dan strategik dalam urusan ini. Lepas itu gaji kakitangan awam akan dipinda skim perjawatan agar tidak nampak sebagai kenaikan gaji untuk tujuan pilihanraya. Ini semua telah diatur secara sistematik dan bijaksana.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Apa jua keputusan PM...mansuh ISA, Mansuh bayaran Tol di beberapa tempat, Minyak turun, apa jua yang mendatangkan kebaikan pada rakyat but to us, it's too late. Undi tetap akan diberi pada Pakatan. :)

Anonymous said...

Bro Aspan,
Can you please make your writings printer friendly ? I would love to print them and pass around.... if you don't mind...

saji said...

karimbujang

Bagaimana jika saya kata Anwar telah dapat membaca strategi UMNOBN itu seawal ia difikirkan dengan tidak melengah-lengah mengambil langkah tektikal untuk melawannya dengan menghasilkan Buku Jingga?

Anonymous said...

Salam Pak ASPAN'
Mansuh ISA hanya satu isu kecil yang di buat kalau kita duduk sebagai rakyat biasa. Yang boleh bernafas sikit politikus yang selalu menonjolkan isu2 panas pemerintah. Bagi saya jika kita hendakkan isu2 lain di laksanakan kita tetap kena tukar kerajaan, kerana dengan cara ini saja kita akan mempunyai PM dan kabinet yang belum pernah menyalahguna kuasa, yang belum pernah menaikkan kroni2 yang tidak terhutang budi kepada si "senior" Dengan cara ini senang kita nakbuat kerja nak semak kes salahguna kuasa, perjanjian konsesi dan sebagainya. bak kata orang putih "penyapu baru menyapu bersih" jangan guna tukangsapu lama kerana mereka ni tahu dimana sampah2 lama ini dikuis.... salam perjuangan kepada seara rakyat....myi

saji said...

AA

Nyawa orang politik bergantung kepada isu. Tanpa isu mereka mati. Kalau sesuatu isu itu mereka atau pihak lain selesaikan, mereka akan mencari atau mereka2 isu lain, demi menyambung hayatnya. Ini boleh dilihat daripada tindakan Najib semalam memansuhkan Akta ISA, tetapi, dalam masa sama, mencadangkan Akta alternatif untuk menggantikannya.

Tetapi, ada jenis2 isu yang lazimnya dikaitkan dengan hak sesuatu kaum tertentu yang orang politik yang mempunyai kepentingan tidak henti-henti timbulkannya dengan janji demi janji untuk menyelesaikannya, tetapi, ia sebenarnya merupakan makanan politiknya yang perlu mereka pelihara selama-lamanya.