Dato Seri Najib patut pergi ke Mahkamah dan buktikan yang beliau tidak terlibat dalam konspirasi politik terhadap Anwar. Di kandang saksi itulah Dato Seri Najib dan isteri mengambil kesempatan keemasan untuk membuktikan yang suami isteri ini tidak bersalah dan terlibat dalam konspirasi terhadap Anwar sebagaimana yang dituduh oleh pihak Anwar itu.
Bagi kita di luar ini jangan sekali-kali menuduh yang Najib terlibat dengan konspirasi itu tetapi Najib perlulah membuktikan tuduhan terhadap beliau itu adalah tuduhan palsu. Jika tindakan untuk mengenepikan sapina terhadap beliau dan isteri itu maka akan wujud kecenderungan untuk orang ramai percaya terhadap tuduhan yang Najib dan isterinya terlibat dalam konspirasi itu.
Najib sepatutnya lebih dari rela untuk ke Mahkamah dan buktikan yang beliau tidak ada kena mengena dengan isu ini. Beliau seorang pemimpin utama negara maka kredibiliti beliau sebagai seorang yang bebas dari terlibat dengan isu ini merupakan perkara yang sangat penting untuk dipertahankan.
Bagi mana-mana pemimpin yang mengambil maruah dan kredibilitinya sebagai isu utama kepimpinan mereka, menjaga kredibitliti dan imej bersih itu adalah isu utama untuk dipertahankan. Najib tidak sepatutnya mengelak dari menghadziri diri di Mahkamah dan bersihkan nama beliau dari sebarang persepsi buruk itu.
Bak kata perbilangan ‘berani kerana benar, takut kerana salah’. Ini merupakan tuduhan yang berat terhadap Najib dan jika Najib tidak mahu menghadzirkan diri untuk menjadi saksi, maka jangan disalahkan orang ramai jika mereka termakan tuduhan yang Najib terlibat dengan konspirasi itu.
Anwar mungkin ke penjara tetapi jiwa Najib juga akan terpenjara dengan persepsi rakyat yang beliau terlibat dengan konspirasi itu. Seorang Perdana Menteri mesti bersih dari anggapan buruk itu. Jika seorang Perdana Menteri melekat dengan stigma buruk ini maka ia akan menjejaskan negara sebagai sebuah negara yang berdaulat yang dipimpin oleh seorang PM yang bermaruah.
Mungkin Anwar terpenjara dengan kesalahan jika benar seperti tuduhan pendakwaraya, tetapi Najib akan melekat dengan persepsi yang amat memalukan itu.
Justru Najib wajar merelakan diri beliau untuk ke Mahkamah agar imej beliau tidak terjejas dengan tuduhan Anwar terhadap beliau.
Apa salahnya jika beliau pergi ke Mahkamah dan menjadi saksi jika tidak terlibat? Bersihkan nama di Mahkamah. Takkanlah Najib tidak mahu membersihkan nama beliau.
Jika nama tidak bersih maka adalah sukar bagi beliau untuk menjadi seorang pemimpin yang effektif kepada nagara dan rakyat pimpinan beliau.
Mungkin kerana imej yang seperti inilah yang menyebabkan ramai rakyat khusunya ahli-ahli UMNO yang bercakap tentang konspirasi Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib dari kepimpinan parti dan negara.
Ada beberapa pendapat yang jika benar tindakan Muhyiddin itu, itu merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi walaupun Muhyiddin itu sendiri belum lagi boleh dipastikan sebagai pemimpin gentian yang boleh memperbaiki keadaan UMNO dan kerajaan sekarang ini.
Jika Najib digantikan dengan orang lain yang sama lemahnya, ia akan hanya membawa porak peranda kepada parti terus terusan. Saya sarankan Muhyiddin tidak usah bertindak apa-apa untuk menundukan Najib selagi rakyat belum pasti yang Muhyiddin itu seorang gantian kepada penyandang sekarang yang lebih baik.
Sebenarnya tidak ada siapa dalam barisan kepimpinan hari ini mampu menjaga UMNO dan negara. Semuanya 2x5 sahaja.
17 comments:
AA,
everyone knows truth bro. i am sure you too know it.
it's everyone guesslah!!!
Pak,
Well articulated. I'm also very curious to as why Najib and his wife are scared to appear in court as witnesses giving evidences? I too am mighty curious to as why was Saiful meeting the no 2 man of this country mere days from his "sodomy incident" and much more curious as to why Najib at first denied seeing and meeting Saiful but later when irrefutable proof was provided on the meeting, flip-flopped with a very unconvincing reason for the meet (Saiful who is an intellectual handicapped student who is unable to get admission into any local uni meeting Najib on his scholarship matter? Just who wouldn't believe that, Mr Pm?)
Appearing in court upon being subpoenaed is not the same of being on trial thus anyone with a clear conscience should be happy to appear in giving evidences. Najib and his wife even before this, specifically when Mr Karpal was interviewing them was very, very scared and intimidated. The most powerful man and woman in this country afraid of a wheelchair bound man??? That's is pathetic and in the eyes of the younger generation it means that both the PM and wife have issues and those issues are guilt and hypocrisy. And that's makes Najib and wife so uncool and the most "poyo" of people in the eyes of the young and the hot spirited generation.
Clearly with his baggage and his wife detachment from the rakyat and the real world, both of them are scared of the truth and have much to lose if they were to sit in court and swears to the truth. Both being not well endowed in the brain department (where they make up for it with ego and greed) they are sure mince meat in the hand of clever and cunning lawyer.
I am however hoping that they would appear in courts but then again, even TDM was very2 useless when he did appear in court (with his melayu mudah lupa signature answer of "I don't remember, I don't recall and I forgot where my ancestor came from?"), I can't hope for very much, not from Najib and especially not from UMNO's top leaders and spouses in general!
Nick.
Blunders after blunders, mistakes after mistakes.. will lead to his and umno downfall.. whatever it is, it's already too late to repair the 'damage'..
Tuan kata semuanya 2X5 sahaja... mungkin yg malaun ajelah!
Ramai teman2 Umno yg bermati-matian pertahankan pimpinan diatas kian lesu dgn perangai 2X5 ini.
Yg dibawah terpaksa jelaskan perjuangan parti tetapi yg diatas syok sendiri menipu yg dibawah.
Ramai yg hidup melarat berjuang untuk parti tetapi yg kaya raya malaun diatas, keluarga, suku sakat dan balaci mereka tanpa segan silu membodohkan rakyat.
Nak 'cool' pun dah jadi 'you bloody fool'.
Najib mungkin dapat melepaskan diri di mahkamah dunia tetapi dia tidak akan dapat melepaskan diri di akhirat kelak.
Sekiranya Najib se orang pemimpin UMNO muslim dia mesti sedar bahawa janji ALLAH pasti akan berlaku.
Anyway what is going in the court is very obvious, hakim Melayu dan pendakwa melayu tetapi amat memalukan.
Macam ini mana orang nak percaya dengan pemimpin Melayu!
Syabas Tok Najib dan aunty Rosmah
Buat apalah ke mahkamah menghabiskan masa melayan kerenah Anu-War tu.
Rakyat memerlukan PM untuk terus mempolopori transfornmasi negara.
Dia yang meliwat, dialah yang face the music.
Tak sah ke hidup kalau tak mempalitkan orang lain.
Takkan kau nak jatuh, kau ajak orang lain tumbang sama.
OKT tidak boleh di soal .....inikan pulak saksi..Fikir Fikirkan lah .....
Anwar telah pun menuduh didalam dan diluar mahkamah bahawa kes sodomy 2 adalah konspirasi Najib & rosamah.
Najib dan Rosmah adalah saksi pendakwaan kerana Siful menemui mereka 2 hari sebelum di 'liwat'. Pendakwaan tak panggil mereka atas sebab2 strategy dan sebaliknya 'offer' kepada Pembela. The offer was taken up.
Atas alasan apa nak ketepikan subpoena tu? Atas alasan apa Najib dan Rosmah takut nak beri keterangan? Jawapan: dia terlibat dlm konspirasi ini dgn bantuan Rodwan & Musa.
Sudah terang lagi bersuluh. Apasal nak cakap berkelok-kelok. Allah beri manusia untuk berfikir. Berani kerana benar takut kerana .....
QD, jikalau betullah si Anwar nak jatuh, apa yang ada pada dia yang boleh buat si Najib tumbang sama?
Tuan Aspan,
apa nak hiran dengan tindakan si najib tu kan dia sedang berkuasa dan kuasanya pula kurang sikit aje dari kuasa tuhan
halim
Kalau Najib tumbangpun, bukanlah kerana Anwar. Anwar buat Najib lagi kuat.
If Anwar refuses to be cross-examined, it is only right Najib rejects being sub-poenaed.
Same difference, buddies.
Quiet Despair,
so Najib is just like Anwar? Than he should be booted out.
Kalau kita tinjau kembali sejarah liwat I terhadap Anwar Ibrahim dulu, Tun Mahathir pernah dipanggil ke mahkamah sebagai saksi beri keterangan.
Namun Tun Mahathir ambil keputusan tidak menghadirkan diri atas alasan dia tidak ada kena mengena dengan pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim.
Ramai dikalangan rakyat tidak sedar bahawa Tun Mahathir telah merombak institusi perundangan terlebih dahulu sebelum mendakwa Anwar dimahkamah.
Kita tidak pernah lupa bahawa Tun Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri dalam satu masa. Kenapa Tun Mahathir melakukan begitu. Tujuannya apa ?
Betapa liciknya beliau memperalatkan kekuasaan yang termaktub dalam undang-undang berpihak kepadanya sehingga menjadikan dia sebagai kebal undang-undang. Semua pertuduhan yang berkaitan dengan Tun Mahathir dan keluarga "tidak relevan"
Tindakan menjawat lebih satu jawatan itu diikuti oleh Pak Lah dan sekarang giliran Mohd. Najib pula menjadi PM merangkap menteri kewangan.
Jika Tun Mahathir boleh mengelakkan diri dari menghadirkan diri kemahkamah maka Mohd. Najib juga boleh mengelakkan diri seperti mentornya lakukan. Bapak borek anak rentik... Rakyat tidak marah pada Tun Mahathir maka rakyat juga tidak marah pada Mohd. Najib.. Tak gitu ?
Kes liwat II pula banyak percanggahan antara fakta dengan bukti. Orang yang tidak faham kerja peguam dalam mahkamah pun tahu pihak pendakwaraya tiada cara untuk menuduh kecuali mengelirukan mahkamah.
Kalau Najib datang kemahkamah pasti terperangkap dalam konspirasinya sendiri.
Nak buat macam mana lagi.... semuanya kerana "JANJI NAJIB"
Salam Sdr Aspan
Selalu kita didengarkan logik orang UMNO, "biasalah orang kita sememangnya rakus dan salahguna kuasa, tetapi dia orang PAS dan PKR apa kurang, lagi 2x5!"
Lanjutan itu, "yalah Najib itu bukanlah malaikat, apa Anu-wa itu baik sangat ke?"
Maka dari cara/sudut mereka berfikir ini, boleh diterima umum yang PM Najib itu memang patut pun banyak bersalah dan bergelumang dosa tetapi mereka juga kuat bertuntut walaupun hanya andaian atau kemungkinan yang boleh dilekatkan pada orang PAS dan PKR berkenaan bagi orang UMNO ini ianya bertaraf dan sama jelasnya mereka itu sama-sama banyak bersalah dan bergelumang dosa.
Tengoklah bagaimana orang UMNO sering menuduh dan mempercayai Nik Aziz dan Lim Guan Eng pembohong dan korup dan Anuar mereka kuat confirm gila seks .... semacamlah si-Najib itu!
Anwar sedap tutuh, Najib pulak nak kena pi buang masa ke mahkamah jadi saksi. Apa hal?
ya aku percaya 100 peratus anwar tidak bersalah. dia menjadi mangsa konspirasi. dia dan saiful tidak ada dalam bilik itu najib yang suruh saiful pergi jumpa anwar. tapi anwar tidak mahu jumpa saiful. saiful marah kat anwar lantas dia lancap diri dia sendiri dengan ky jely dan ambil air mani anwar yang najib dan rosmah beri dan bubuh dalam punkoq dia sebab itu air mani anwar ada dalam punkoq saiful.
Post a Comment