05 September 2011

Takziah kepada keluarga Noramfaizul

Sebelum saya memperkatakan apa-apa saya serta seisi keluarga menzahirkan perasaan sedih dan pilunya di atas kehilangan seorang anak muda Noramfaizul yang telah meninggal dunia di Mogadishu minggu lepas kerana terkena tembakan dari arah yang tidak di ketahui. Kapada isteri serta anak-anak beliau dan keseluruhan ahli keluarga Noram faizul menerima kejadian ini sebagai takdir yang datangnya dari Tuhan yang maha Esa.

Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Apabila sampai ajal ianya tidak dapat ditangguh atau dipercepatkan walaupun sesaat. Itu adalah janji kita dengan Tuhan sebelum kita lahir ke dunia ini. Seratus dua puluh hari sebelum kita lahir segala-galanya telah ditentukan untuk seseorang manusia yang hidup di dunia ini. Hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui segala-galanya yang telah, sedang dan yang akan berlaku kepada semua makhlok semesta alam ini.

Menerima Qada’ dan Qadar seperti ini adalah wajib kerana itu adalah ketentuan yang maha esa. Itu adalah hakikat yang mesti diterima oleh mereka yang beriman kepada Tuhan. Tiada apa yang berlaku yang bukannya ketentuan Tuhan.

Tetapi oleh kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di hari muka maka manusia telah diberikan agama serta undang-undang serta etika terhadap keseluruhan umat untuk melakukan segala apa kerja dengan berhati-hati dan itu juga adalah tuntutanNya yang sangat penting untuk diterima sejujur-jujurnya.

Hidup kita bersyariat dan dikawal oleh undang-undang serta disiplin dan kehidupan kita mesti ada unsur-unsur agamanya. Itulah sebabnya kita orang Islam selalu mendengar para guru-guru fiqah yang Islam itu adalah addin yang mengawal kehidupan zahiriah kita sentiasa. Itu sebabnya dalam kehidupan kita ada dosa dan pahala kerana yang akan menanggung bahagia atau celaka itu ialah roh kita. Tubuh kita akan kembali kepada asal dari mana ianya dijadikan.

Di samping menerima hakikat yang ajal itu di tangan Allah swt, tuhan maha esa itu juga memperingatkan kita untuk mentarbiah syariat dengan sepenuhnya dan biarkan hakikat itu berada di tanganNya sepenuhnya. Kehidupan kita wajar melalui tata-cara yang telah di tetapkan oleh undang-undang serta tadbiran hidup bersyariat.

Dalam kes Noramfaizul ini ajalnya telah sampai semasa bertugas di Mogadishu. Tetapi syariat untuk bekerja di negara yang tidak stabil dan merbahaya itu sewajarnya di lakukan dengan persedian ciri keselamatan yang kukuh untuk petugas-petugas seperti Noramfaizul dan yang lain-lain.

Kita mesti menerima yang keselamatan diri msing-masing merupakan perkara yang terpenting untuk di pastikan dan kita tidak boleh menerima apa yang di katakan oleh Azeez Rahim yang beliau telah mendapat jaminan dari pihak polis dan keselamatan negara itu semata-mata. Hanya kita yang lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan kita serta jemaah kita sendiri.

Saya sependapat dengan pandangan yang Azeez Rahim, Presiden Club Putra 1Malaysia dan Bernama di pertanggungjawabkan kerana mengambil isu keselamatan ini dengan begitu mudah dan mengambil isu keselamatan ini ‘for granted’. Ini bukan isu politik tetapi isu keselamatan rakyat yang sedang melakukan tugas kemanusiaan di negara yang bergolak itu.

Azeez patut tahu yang di negara Mogadishu itu seramai 27 orang petugas kemanusiaan telah mati semasa bertugas sejak 2007 yang lalu. Kita tidak boleh beranggapan yang apa yang berlaku kepada orang lain tidak boleh berlaku kepada diri kita sendiri.

Saya menyokong segala usaha ubudiyah yang baik ini tetapi kita mesti menyediakan ciri-ciri keselamatan yang baik sebelum kita melakukan kerja baik ini. Jangan pula kita hilang semangat untuk melakukan kerja yang sama pada masa-masa yang akan datang.

Sekali lagi saya mengucapkan takziah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor dan memohon agar bersabar menghadapi keadaan yang sangat menyedihkan ini. Saya berharap roh beliau berada sebaris dengan yang syahid akan menjadi ahli Jannah.

Al-Fatihah.

11 comments:

RUMPUT HIJAU said...

Salam Tuan Aspan.
Semasa mengikuti Kursus Pertolongan Cemas beberapa tahun lalu, saya dan juga peserta kursus telah diingatkan berkali-kali supaya memastikan keselamatan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memberi pertolongan kepada mangsa.
Pada saya pendekatan ini perlu juga diambil apatah lagi dalam menghulur bantuan kemanusiaan di negara yang sedang bergolak seperti di Somalia.
Cuma diharapkan agar gara-gara mahu mencari populariti peribadi tidak mengatasi kepentingan dan keselamatan diri dan ahli rombongan yang turut serta pada masa akan datang.

Unggal said...

Aslmkum Pan,
Masyarakat kita skrg ni mcm kata Najib lah..you tolong I, I tolong you..! Yg di atas ghairah dgn kuasa, yg dibawah sanggup buat apa saja asal habuan mereka ada...sbb tu kesannya rakyat yg memikul segala bebannya.. Masing2 leka dgn tanggungjawab dan amanah yang diberikan kerana gejala if i cannot be you, at least i wanna be like you...

Tobat Aku Benci UMNO said...

itu diorang tangkap 'lanun somalia' dan bawa balik Malaysia untuk dibicarakan atas charge yg apa pun tak tau... lepas tu perap depa lama2... dah tentu ada sedara depa yang tak puas hati dengan Malaysia...

sendiri mau ingat lar...

Ontahsaponamo said...

Mahal sungguh harga yang perlu dibayar untuk mengekalkan populariti peribadi bagi menonjolkan diri untuk mengejar kedudukan.

Anonymous said...

sdr aspan,

terlebih dahulu takziah untuk keluarga allahyarham dan al-fatihah buat allahyarham.

the mission is something that was unilaterally and voluntarily embarked by an umno club. that is their right. if that is their interpretation of what's best for their cause, so be it. had the government deemed necessary the govt would have embarked on a program at GtoG level. as for umno, the rakyat can judge accordingly if such feat is an interpretation of (flagging?) publicity or if they have got their priority right (some say the needies are abound locally - so much so some even resorted to church handouts).

legally speaking umno club has no legal duty owing as the journos (separate legal entity) take their own risks in their job. that is the agency's decision whether it was worth the risk to do the coverage. again the rakyat can judge if bernama found it 'imperative' to publicise the event, and subject their journos to known risks of a war-torn country. bernama certainly owe legal duties to their employees, disclaimer notwithstanding (my opinion).

a case of 'desperate situation calls for desperate measures?'

scrooge

Anonymous said...

As far as I am concerned that Azeez is an idiot whose only interest is glorifying his political interest.
Never trust this idiot!

Orang Miskin Mersing said...

Pak Aspan,

Si Az`eee'z Put`eee'ra United Mamak National Organization 100% bertanggungjawab.
Nak sangat jadi popular, di heretnya jurnalis, fotografer, videografer Melayu masuk negara berisiko tinggi.
Media terpaksa lah spin dengan bermacam tajuk dan cerita untuk cover kesilapan mamak sorang ni.
Azeeez nak bagi pampasan MYR200,000boleh ganti ke nyawa seorang suami dan ayah?
Ramai lagi rakyat Malaysia yang kesusahan, yang sakit kronik, yang tak sekolah, yang tak berumah, yang sewajibnya di bantu. Yang pergi Somalia tu buat ape?
Maaf lah Pak Aspan, memang saya sedih dan marah.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan dan rakan2,

Biarlah beliau pergi dengan aman. Ini pilihan dia. Melainkan beliau dipaksa oleh majikan, kita harus elakkan buruk sangka. Sememangnya benar bahawa penganjur harus mengambil langkah berhati2 dan waspada tetapi kita yang hanya berpeluk tubuh tanpa membantu ini juga harus rasa segan pada mereka. jika masih juga enggan iktiraf semangat kemanusiaan mereka, anggap sahaja lah yang penganjur misi kemanusiaan Somalia ini sama tarafnya dengan penganjur BERSIH tempohari yang mengorbankan satu umat melayu juga.

Anonymous said...

BERNAMA boss said got two insurance covers. Tell me which insurance covers death in a war ridden zones?

Sedihpilu.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

AMANAH kena lebih proaktif. Harapan saya AMANAH jangan lah jadi macam NGO sedia ada yang kerjanya melalak dan terbaru trend laporan polis. Kita ada isu yg lebih penting dari melalak berkaitan hak ketuanan lah,kebobrokan UMNO/PAS serta kepelbagaian isu yang dicipta oleh ahli politik murahan untuk menutup isu yang lebih besar. Biarkan isu basi itu di jerit2 kan oleh orang2 yang dah basi pemikiran.

Kita kena risau tentang pemindahan milik GLC2 kita seperti yang di uar uarkan oleh Idris Jala. Bukan sikit tuan, lebih 20 tu yang akan disedekahkan. MAS dan yg terbaru hal E&O ni. Pedih hati lihat MAS disama tarafkan dengan Air Asia. Ku Li kena lebih vokal tentang isu ini. Beliau negarawan ulung yang masih bisanya bicaranya terutama dalam isu seperti ini. Tanah angkasapuri ni pun kita tidak tahu nak di faraidkan kepada siapa.

Maaf lari tajuk. Saya sangat risau bukan kerana parti saya (UMNO) makin rosak tetapi kerana kelihatan nya kita hanya risau pada sesuatu yang kita tidak perlu risau. Saya tidak risau tentang kehakisan kuasa Melayu di Parlimen kerana struktur kerusi dah jelas milik siapa dan kita masih ada perlembagaan + raja raja melayu.

Kita kena risau harta harta anak cucu kita sedang dalam proses penghakisan. Mungkin penubuhan Lembaga Wakaf Negara dimana GLC2 ini ataupun mana2 aset kerajaan kita wakafkan dengan perlembagaan Lembaga ini mensyaratkan ianya tidak boleh dipindah milik selamanya dengan KDYMM SPBYDPA sebagai pemegang amanah. Mohon tuan serta pendokong AMANAH fikir fikirkan pemikiran saya ini. Fikirkan tentang isu yang lebih serius. jangan pedulikan UMNO mahupun PAS. Biarkan mereka menari di padang yang dalam proses milik orang.

mahaza said...

Black Hawk Down - cerita pergolakan dan sentimen anti USA yang kuat di Somalia. Jika anda pergi ke Somalia dengan memakai bendera Malaysia di vest anda bersaiz 1 inci X 1 1/2 inci agaknya apakah kebarangkalian anda akan dianggap orang US walaupun anda mungkin berkulit gelap sama macam orang Somalia? Dan berapakah peratusan anda akan dianggap dan diketahui bahawa anda adalah orang Malaysia. Jadi walaupun bak kata Pak Aspan, ajal maut merupakan Qada dan Qadar; ketentuan yang tidak dapat dielakkan. Apakah persediaan kumpulan yang pergi kesana - beramai-ramai naik bas persiaran sambil bernyanyi-nyanyi seperti pelancungkah Dengan bendera Malaysia dipacakkan disana sini kenderaan agar mudah dilihatkah? Atau menyusup masuk kekawasan bergolak bak Gerila komanda?