06 September 2011

MCA tidak payah menang pilihanraya - "Kaum Cina akan masih berada dalam Kabinet," kata Nazri.

Semalam Nazri Aziz membawa berita gembira kepada MCA. Kalau MCA kalah dalam pilihanraya nanti mereka akan dilantik juga untuk menyertai kabinet kerajaan . Mereka boleh dilantik melalui perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara yang membolehkan mereka dilantik ke dalam jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

Dengan kenyataan itu bermakna pengundi tidak payah bersusah-payah untuk mengundi MCA kerana mereka akan dibawa ke dalam Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan. Dengan itu, maka Kerajaan di bawah pentadbiran Najib akan bertambahlah Menteri-Menteri yang datang dari kumpulan yang di‘reject’ oleh rakyat. Inilah pandainya Nazri ini.

Setakat ini sudah begitu ramai Menteri termasuk Timbalan Menteri yang dilantik melalui Dewan Negara. Nazri berjanji akan memujuk Perdana Menteri untuk tidak membiarkan bangsa Cina tidak diwakili di dalam Kerajaan tadbiran Najib. Nazri berkata kabinet wajar menjadi kabinet yang multi-racial.

Oleh yang demikian, orang Cina sekarang bolehlah bersama-sama dengan bangsa lain untuk mengundi DAP sepenuhnya untuk menjayakan parti berbilang kaum yang sudah pun menunjukan kemampuannya untuk mentadbir kerajaan bersama-sama rakan kongsinya di dalam Pakatan Rakyat. PKR telah berjaya mentadbir Selangor dengan baik dan PAS pula memang telah pun menunjukkan kemampuannya untuk mentadbir negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam beberapa tulisan saya tidak berapa lama dahulu, saya pernah menyatakan bahawa MCA dan Gerakan akan tidak ada lagi di Semenanjung tanah air kita ini. Yang akan ada hanya enam puluh lebih kerusi yang dimenangi UMNO dan UMNO akan kesunyian di Semenanjung ini. Justeru itu, saranan Nazri itu adalah kena-mengena dengan keadaan yang akan wujud di Semenanjung ketika itu nanti.

Melantik mereka dari MCA yang akan ditolak rakyat itu tidak lebih untuk menjadi teman mentadbir sahaja. Itu pun kalau BN masih cukup kerusi untuk memerintah kerajaan Persekutuan ini. Mereka akan berada di dalam kerajaan sebagai wakil kaum Cina yang tidak ‘legitimate’ kerana memasuki kabinet melalui pintu belakang kerana telah disekat untuk memasukinya melalui pintu hadapan.

Tetapi jika BN tidak mempunyai cukup kerusi untuk memerintah, maka UMNO sendiri tidak dapat melantik diri sendiri ke dalam Jemaah Kabinet kerana tidak lagi mendapat mandat yang cukup untuk memerintah negara.

Buat masa sekarang ini Nazri patut bercakap untuk ‘survival’ UMNO itu sendiri dahulu dari bercakap untuk menyelamatkan parti yang sudah diketepikan oleh bangsanya sendiri. Nazri patut sedar bahawa UMNO sendiri sedang menghadapi masalah sokongan daripada sebahagian besar orang Melayu yang menjadi tunjang sokongan selama kini.

Kecenderungan jelas orang Cina untuk menyokong DAP menyebabkan MCA akan hilang dari badan-badan Legislatf dan UMNO akan hanya mendapat sokongan saki baki orang Melayu yang belum tergerak untuk mengundi PAS dan parti-parti pembangkang yang lain.

19 comments:

Anonymous said...

mooo,

si nazri pala botak kan sepupu sepapat pm, apalah nak di risaukan, jawatan dia tetap ada.

pecatlah da ni, aku gumbira, umno pun selamat.

Penal Code 304A said...

BN sudah TENGGELAM + LEMAS + SESAK NAFAS LA.

Kerajaan Persekutuan sudah JATUH ke tangan Pakatan Rakyat 1-2 minggu lalu + kini majoriti sedang bertambah.

Ini komen Dtk Seri Nazri adalah FANTASY + ketinggalan zaman, masih stuck dalam zaman BN ialah pemerintah. Selepas PRU13, ia adalah zaman BN bkn pemerintah Persekutuan. Jadi, tidak relevan la sebab mana ada Senator yang dilantik Pembangkang? Ini tak bermakna mereka tidak boleh jadi Senator tapi kena kerajaan Persekutuan baru yang lantik.

Ini tragedi jurugambar BERNAMA, walaupun WIRA, bakal mengheret Putera + sebagainya ke mahkamah + PENJARA. Mrk sudah BOHONG la bhw paru2 bocor. Dia mati berdarah berlebihan dan dapat diselamatkan dengan bandage...jika TAU (bkn susah sgt) dan ADA (takde guna baju, dsb).

Ini pelan takut2 Melayu dengan 'komunis' juga tembelang la.

Pengganas terhadap Melayu terbesar adalah UMNO lah. Ini jelas dlm perhimpunan AMAN BERSIH, lesen Utusan Rakyat yang masih belum diluluskan, lagi satu akhbar PAS yang sudah pohon lesen lebih kurang 10 tahun, penindasan dalam civil service + GLC dgn memo2 'berhati-hati', penyelewengan FELDA, mcm2 lagi la. PAS ada cover semua ini.

Sekarang hanya tengok siapa akan jadi Perdana Menteri bukan BN yang pertama dan siapa Menteri2 beliau.

Zaman BN jadi pemerintah akan akhir tak lama lagi, iaitu bila Parlimen dibubar!!!

Sekian.

Ramli Mohd Yunus said...

tuan aspan, dia ni sipaa pulak yang boleh janji jajni menteri kabinet akan dilantik dari MCA walaupun mereka sudah lama menolak..

politik malaysia ini memang colourful..macam macam color..

apa nak buat dah jadi rakyat negara ni..tengok dan lihat aje lahhhh

Zairee said...

Rasa umno pun payah nak menang pilihanraya nanti...

Anonymous said...

Nazri sepatutnya tanya pendapat org Cina,apakah mereka mahu sokonmg kabinet yang nampak multiracial tetapi kuasa penentu segala adalah di tangan satu parti sahaja? Apakah org Cina masih sanggup menyokong parti yg tlh mencipta rekod kecermelangan dgn 2 org presiden parti diheret ke mahkamah atas tuduhan terlibat dgn salahguna kuasa, sedangkan pihak lain yg bersubahat sama masih bebas lepas? Undi tak undi itu cerita kemudian..

Unggal said...

Maaf Pan.. Regretfully, UMNO ni memang terkenal sebagai satu parti yg terkenal dgn pujukan, rayuan dan sogokan utk mendapatkan sesuatu. Bila dah dapat, merekalah yang menjahanamkan dan membinasakan segalanya...
Melayulah perosak dan penjual bangsa sendiri sbb selama ini mereka hanya tahu meminta dan merompak saja mcm filem Ali Baba Bujang Lapok. Kata orangtua, teach the man how to fish so, that he can live forever..!!

Anonymous said...

Partinya sasau. Menterinya pun sasau juga. Punah Malaysia jika parti orang sasau memerintah.
Baca seterusnya di link ini
http://www.malaysiatimes.my/2011/09/06/merdeka-pakai-hisab-atau-rukyah/

Anonymous said...

Say what you wantlah Nazri, BN is going out! The rakyat will make sure of that. Insyaallah.

Asam Pedas said...

Encik Aspan,

Like to share with you some recent comments from our  senior politicians that  reflect their intelligence and directly make Malaysia a very colourful place.

Sometime ago one wise man said " Chinese control wealth first then they can control politicians. Malays control politic to control wealth". We all can distinctions between the 2 approaches. Maybe Mr Minister(Nazri) thinks the Chinese leaders are  really hung-up for the govt positions over wealth to make such offer.

Putera 1Malaysia Club president now pushes the blame to Somali authorities who advised them that bullet proof vest not necessary. Many of us still recall Dato Ts wore bullet proof vests in the mosque to angkat sumpah laknat. Even UMNO President always surrounded by many security men while chairing his own party meeting. The wise Dato must be thinking Somalia is really safe despite being one the most hostile countries in the world

With so many hypes regarding Mat Sabu speech, one important news  may have slip under our eyes relating to QS World University Ranking. While some universities like UM(167) and UKM(279) ranked respectively well, UITM which represents Malay education institution ranked 601+. Judging statement from Minister of Higher Education, he seems to be satisfied and happy with the results. Now the Malays can gloat with such achievements and we will start seeing many more Ministers children enrolling to UITM.

nick said...

Pak,

As always this UMNO minister is acting like his post as minister and UMNO position as the government is an inheritance (or in Malay "macam harta mak bapak dia orang"). They are acting as KING instead of an elected leader and a most corrupt one at that.

If this is not another clear sign for Malaysian to reject these type of "leaders" and political party then I think Malaysian deserved their destitution, hardship and poverty in the near future. Sadly, so many Malays are still too ignorant, too blind racially, and worse, too hypocrite in their religious observance to realize or even to woke up before its too late.

We need a shock factor to really wake up our malay "saudara" and maybe the sudden and numerous entry of so many influential malay figures into "the opposition" especially DAP, might just do the trick. I eagerly awaits yours and your peers' migration AND hopefully the event would bring "Justice and Trust" back to Malaysia.

Nick.
GOD bless and may HE bless us with a new hop and a new future.

Aspan Alias said...

nick,

First and foremost I must wish you Selamat H Raya and wishing you the best for you and your family's future.

Yes nick, migration politically is now deemed to be the only way out for the better future.

I have no more patience waiting for change to happen and I should be making decisive move, at least to sight the advent of imminent change for the country.

Some times one has to take major decision in life bro. If I have to do it, than I have to.

Thanks bro

Aspan Alias said...

Asam Pedas,

Thanks for your nicely worded opinion.

Bro, Our leaders are somewhat have uneven thinking and that makes them very 'un leader like' in giving statements which make them look silly most of the time.

They are now resting their laurels on every tiny and trivial successes as they are unable to come out with actions with consequence to the nation and the people.

Their inability to come out with good and appropriate decision is greatly because of one thing: ie corruption.

No leader at any level can make good decision once he or she is corrupt.

As corruption has gone to the current scale i must insist that we will be never ever witness any wise decision from our government leaders...and i bet you on this.

There is no other option but to replace them....and failure to replace them is no option either.

Thanks bro.

Ahmad Syafiq said...

1st of all, Selamat Hari Raya to the author and his family. Even though more and more Chinese are inclined to support DAP rather than MCA, I still think UMNO will survive on Malay and Indian votes. With all the racist issues played to garner a comfortable Malay support, and a lot of goodies being given to the Indians, it is highly doubtful that they will lose the next GE, unless they prove me wrong and go swing along with the Chinese.

My pessimist prediction:
PR to retain Penang and Kelantan. Kedah and Selangor are a 50:50. BN are sure to retain Pahang, Johor, Sabah, Perlis and Malacca, probably albeit reduced majorities. However, it'll be interesting to see the battlefield in NS and Terengganu, although the latter is most likely to be retained by UMNO despite the internal feuds that they have. NS has seen the return of the former UMNO MB to the scene, so it'll be interesting if he can lead UMNO to a more comfortable position in NS.

State seats aside, BN are most likely to retain their 2/3 majority in Parliament. But they definitely won't win in KL, Kelantan and Penang. Those are gone cases.

Seems like a class war isn't it? Urban vs Rural? Urban vs Semi-Urban? Semi-urban vs Rural? Considering we have many rural areas, BN is expected to dominate there. Semi-urban? It's gonna be a tough fight for both sides. Urban? It's PRs.

Quiet Despair said...

Ini hari baik, bulan baik.
Sudah tentu Tuan telah bermuhasabah diri semasa sebulan berpuasa untuk menentukan arah-hala perjuangan politik anda.
Now is the time as good as any to declare your stand to join the DAP.
It's best if you collaborate with Bro Sakmongkol and come up with a joint declaration to disavow your ties with UMNO.
Awaiting the good news, Bro. Please make it fast.
DAP is in desperate need for Malays to change the face of a racist Chingkie party.
You will have a good future there and be more valued.
You and Sakmongkol will be much better that Mat Sabun who is now LGE's darling and being wooed to contest in Bayan Lepas Penang.
Who knows maybe you can be NS MB and my kampung man Sak be MB of my homestate.
Rather you than Mat Sabun who is now a liability to PAS and PKR.

ilham said...

Saya telah mendapat berita yang saya dengar dipasaran yang AA dan Sakmongkol akan menyertai DAP atau mana-mana parti dalam PR.

Jika benarlah berita itu saya amat bersukacita bro.

Tolong berihkan jamban-jamban kotor angkara UMNO itu bro. Lagi pun sdr berdua adalah bahan kutukan UMNO sahaja.

Saya bsepenadapat dengan QD.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan.

Setuju dengan tuan cuma ingin mencelah tentang kemungkinan yg tetap ada iaitu strategi tersembunyi UMNO untuk memancung MCA dan Gerakan ataupun memang UMNO mahu Org Cina melihat bahawa UMNO sedia biarkan wakil mereka dalam BN dipancung jika itu kehendak majoriti org Cina. UMNO menyerahkan pada org Cina samada mahu memancung atau memberikan kembali nyawa MCA. Bola berada di kaki pengundi Cina. Let them play their game.

Membuat andaian bahawa kepimpinan UMNO korup dan sebagainya itu tiada memberi kesan tetapi jika pembangkang membuat andaian pemimpin UMNO semuanya bodoh dalam mencatur kemenangan di dalam pilihanraya... tunggulah kesannya dari kealpaan akibat dari terlebih keyakinan.

Sebagai veteran UMNO (bekas?), tuan harus bertindak sebagai penasihat dan pengkritik PR dalam usaha jatuhkan UMNO. Menjadi pengkritik UMNo ini kerja mudah tuan berbandng pengkritik PR. Tidak menolong jika kita beramai ramai jadi pemuja PR hingga kekadang mereka jadi lupa diri dan anggap setiap tindakan mereka akan diterima rakyat. Undi PR sebab hanya kerana benci BN tidak memadai untuk jadi alternatif kepada BN. Apapun mungkin saya yang terlebih fikir.

Dah ramai yang bertanya dan menyokong. Bila tuan nak berterusterang tentang hala tuju tuan? Cadangan saya adalah DAP dan AMANAH. Namun jika AMANAH nak di jadikan parti politik pun, saya rasa tuan lebih sesuai di dalam DAP. Tuan tidak sesuai untuk PAS. Sekadar menyibuk beri pandangan walaupun tahu tuan tidak perlukannya.

Anonymous said...

Mungkin Nazri begitu yakin bahawa UMNO boleh memenangi semua kerusi yg ditandinginya lantas kemenangan parti sekutu UMNO yg lain tidak diperlukan. Eloklah tu..kaum lain tak perlu sokong BN/UMNO lagi.

Anonymous said...

salam pak aspan
memang ramai menteri dan orang kuat umno bersifat bodoh tak boleh di aiar cerdik tak boleh diikut. mana-mana yang maseh bersama umno semua betul adalah mereka yang tidak menggunakan sifat manusia yang tertinggi yang tuhan anugerah'''

mohamad said...

kalau setakat tak mengaku mat indera sebagai pejuang kemerdekaan, apalah sangat bagi UMNO. Kalau menuduh mat indera sebagai kominis itu hanyalah satu dosa kecil bagi UMNO. itupun kalau masih ada lagi orang UMNO yang pernah dengar "term" dosa dan pahala. Dari dulu rupa-rupa nya aku telah ditipu oleh UMNO. Dalam usia 53 tahun ni baru aku rasa nak baca sejarah. rupa-rupanya UMNO ni sebuah pertubuhan jahat yang ditubuh oleh penjajah British. UMNO tidak berjuang. Gagasan MALAYAN UNION adalah Plan A British dan Plan B adalah menghidupkan anak didik mereka sebagai waris dan proksi mereka. Kalau dilihat betul-betul malaysia bukan memperolihi kemerdekaan tapi British yang meninggalkan negara ini secara tektikal tapi meninggalkan zuriat penjajahan nya pada UMNO. UMNO telah sabotaj pejuang-pejuang ulama islam untuk membebaskan negara dengan darah dan nyawa. Yang lari kehutan digelar komunis, penderhaka dan pemberontak dan yang tidak masuk hutan ditangkap dan dihumban ke penjara. Mereka munggunakan kominis kerana British tahu orang islam benci pada kominis yang atheis. Lalu British dan UMNO menggunakan hasil negara untuk memainkan isu kominis ini habis-habisan dan menyerang dengan senjata. UMNO tak boleh berfikir lagi kerana pemimpin mereka adalah anak didik British dan juga golongan istana yang diberi kemewahan. Sebelum kominis British telah mengguna istana untuk mengisytiharkan sebagai pemberontak dan penderhaka sebagaimana yang berlaku pada Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebelum itu Raja Haji. Pembesar melayu telah lama membunuh pejuang melayu sampailah kehari ini. Dalam kisah mat indera ini sebagaimana dikatakan tadi apalah sangat bagi UMNO. Dia tak kan rasa berdosa. Kerana pemimpin UMNO yang diangkat ini semuanya tidak peduli batas halal dan haram. Tapi disokong kuat oleh melayu yang lapar dan bodoh. Disokong kuat oleh golongfan oportunis dan sanggup jual bangsa. Golongan ini sanggup saman jamaah yang nak laksana islam. malah sanggup menghina hukum tuhan. Itulah nasib bangsa melayu. Akan jadi jahat jika tidak bertiangkan ugama. Sampailah masa nya kita terpaksa beralih sokongan. bersatu dibawah PAS. Bukan berpecah tapi meninggal UMNO untuk satu hijrah yang lebih murni matlamatnya.