31 December 2011

Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat.

Saya telah dihubungi oleh ramai kawan-kawan dalam UMNO yang saya kenali sejak puluhan tahun dahulu bertanyakan yang saya akan menyertai DAP seperti yang dihebuh kan oleh akhbar milik UMNO semalam. Saya sendiri tidak membaca akhbar itu tetapi rakan-rakan UMNO inilah yang memberi tahu saya. Saya pun belum membuat apa-apa keputusan walaupun sudah hampir untuk membuat keputusan muktamad.

Kecuali seorang yang lainnya memberikan galakan untuk saya menyertai parti yang sinonim dengan transparency, rule of law, multiracial, ketelusan dan tidak ada isu rasuah besar serta tidak terlibat dengan menggunakan duit rakyat hampir rm 2 billion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal dalam perniagaan.

Ada yang berkata, “bro, saya mencemburui saudara kerana saudara bertegas dan berani berfikir di luar kotak. Saya belum lagi mampu untuk berbuat seperti you sebab maklumlah, saya masih berkhidmat dengan kerajaan. Tapi bro, ramai yang menyokong jika lebih ramai orang Melayu menyertai DAP sebab DAP telah berjaya membuktikan kemampuan untuk mengambil berat terhadap semua kaum macam dia tunjuk di P Pinang”

Seorang lagi pula berkata, “Kalau saudara menyertai DAP maka saudara dapatlah menghindarkan diri dari menjadi ahli parti yang terlibat dengan NFC, Air Asia dengan MAS, parti yang membawa imej Islam tetapi menggunakan wang zakat dan banyak lagi isu-isu yang tidak semenggah lain”

Seorang ahli yang betul-betul sedang bergiat memberi tahu, “Eloklah tu bang, Letih saya bang. Di kalangan kita sendiri bergaduh. Setengah membantai saya kerana kata mereka saya penyokong Khairy dan marah-marah kerana tak menyokong Mukhriz. Mereka mengatakan Khairy mesti di habiskan politiknya kerana kalau Khairy diberikan tempat, matilah politik Mukhriz. Bila saya dengar abang nak masuk DAP saya pun terasa kebenaran dengan apa yang abang beritahu saya berbulan yang lalu yang ahli-ahli UMNO menembak kaki mereka sendiri”

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh mereka ini melambangkan keadaan sebenar yang berlaku dalam UMNO hari ini. UMNO begitu besar keahliannya, dan saiz keahlian benar-benar membunuh UMNO itu kerana ia membawa padah yang buruk terhadap parti itu.

Begitu besar jumlah keahlian UMNO tidak mampu memberikan hujjah dan penerangan yang baik kepada ahli-ahli mereka di cawangan-cawangannya. Akhirnya jutaan ahli-ahlinya telah menyeberang kepada parti lain di peti undi semasa pilihanraya umum yang lalu dan PRU yang akan datang ini.

Saya menyebut tentang keahlian ini kerana saya memang dari dulu menyatakan bahayanya parti yang mempunyai ahli yang besar. Dengan keahlian yang besar ia akan memberatkan parti diperingkat pentadbirannya dan akan berlaku pertembungan diperinkat cawangan yang banyak itu. Saya berpendapat yang dalam politik ini, ia merupakan ‘game of perception’ dan ia merupakan peperangan mental, bukannya peperangan bersenjata dua belah pihak.

Banyak parti-parti yang berjaya tidak mempunyai keahlian besar. Parti-parti ini menumpukan tenaga untuk membina dasar yang baik yang di hormati oleh rakyat yang mengundi. Parti-parti Republican, Democrat di AS dan parti-parti Buruh dan Conservative di England tidak mempunyai keahlian yang besar. Parti0parti ini telah memerintah dan mentadbir negara bergilir-gilir mengikut keadaan sewaktu pilihanraya. Parti-parti ini menawarkan dasar kepada rakyat dengan jelas. Kalau rakyat tidak bersetuju parti-parti ini bersedia untuk duduk dipihak pembangkang di dewan-dewan legislative.

Di negara kita DAP tidak mempunyai keahlian yang besar. Begitu juga PAS.Sebaliknya UMNO mempunyai keahlian seramai lebih dari 3 juta tetapi hasilnya tidak seberapa. Hasil yang besar yang UMNO perolehi hanyalah perpecahan dan perbalahan di antara ahli-ahli yang berebut jawatan.

Dengan keahlian yang besar maka cawangan bertambah. Apabila cawangan bertambah maka lokasi perbalahan di antara ahli pun bertambah dan lokasi-lokasi perpecahan itu adalah di cawang-cawangan di mana peti-peti undi itu berada. Oleh kerana keahlian terlalu besar maka mereka tidak mempunyai masa untuk membina pemikiran dan kepimpinan.

Oleh kerana UMNO berbangga dengan cawangan yang banyak maka UMNO hanya mampu menunjukan angka keahlian yang kebanyakannya hanya menjadi ‘parasite’ dalam UMNO. Penghujungnya yang akan timbul hanyalah sampah sarap dan yang baik-baik semuanya tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi. Sekarang sampah sarap inilah yang turun naik ke Kuala Lumpur mengaku di sana sini sebagai calon ‘winnable’ untuk UMNO.

Pimpinan UMNO telah gagal untuk meyakinkan rakyat dalam semua dasar yang digubalnya. Rakyat mahu melihat dasar yang digubal itu dilaksanakan dengan baik, tetapi dasar-dasar itu tidak terlaksana dengan baik kerana ada elemen-elemen kepentingan peribadi mereka yang menggubal dasar itu sendiri seperti rasuah dan salah guna kuasa. Kalau rakyat berkeyakinan masakan UMNO seperti hidup mati tak mahu. Badan saja yang besar tetapi dalam badan yang besar itu ada banyak penyakit yang sudah sampai ke tahap ‘terminal’.

Keahlian yang besar sama seperti tubuh yang besar. Semasa muda bolehlah berjalan dengan baik, tetapi apabila sudah tua tubuh yang besar itu terpaksa berjalan dengan memakai tongkat dan kadangala terpaksa memakai kerusi roda. Apabila sudah berkerusi roda kita mesti akui, tidak ada di antara kita yang akan menjadi tangkas dan sesihat masa muda jika kita sudah mula memakai kerusi roda.

Dalam tempoh yang tidak berapa lama kita yang memakai kerusi roda itu akan dipanggil tuhan. Tidak ada orang yang sudah memakai kerusi roda akan menjadi kacak seperti Sharukh Khan dan Tom Cruise. Kita semua kena ingat perkara ini kerana kita ini bak kata orang utara, ‘pelan lama pelan tua’.

Apabila kita sudah jatuh sakit tidak ramai lagi yang akan memberikan tumpuan kepada kita. Mungkin adalah seorang dua yang selalunya sama-sama sakit datang menziarah kita. Orang yang sama-sama sakit, apabila duduk berbincang mereka tidak ada masa untuk bercakap tentang pembangunan dan politik besar lagi.

Masing-masing hanya ‘compare notes’, bertanyakan keadaan buah pinggang dan jantung atau pun tentang paru-paru. Masing-masing akan bertanya apa ubat untuk memanjangkan nafas yang sudah pendek atau pun untuk menghilangkan bunyi di lutut semasa berjalan. Itulah yang berlaku dalam UMNO sekarang. Di mana-mana ahli-ahlinya sendiri bercakap tentang betapa sakitnya parti yang mereka anggotai.

Kalau sudah begitu bilalah masanya untuk meruangkan masa untuk membangunkan ummah seperti yang di retorikkan siang dan malam itu. Hendak menjaga kesihatan tubuh sendiri pun sudah hilang kemampuan.

Walaupun banyak wang ringgit ia tidak boleh memberikan kita kesihatan lagi.

48 comments:

Shazlan said...

Salam,

Tapi... of all parties, why DAP? Why not PAS?

Wassalam

Anonymous said...

Tuan,

Tag line untuk PRU ke 13

Pangkahlah apa saja..ABU!

Quiet Despair said...

Bro Aspan

Since 1 Malaya dah tau you and bro Sak akan masuk DAP, I suggest you both hold a joint press conference to make the announcement.
Perkara baik buat apa dilengahkan, ya tak.
Wow, that's a coup for DAP since as far as I can remember they never had credible Malays becoming members. There used to be an Adun Fazlan and former Cuepacs chief Ahmad Nor.(Correct me if I am wrong).
I hope you guys can change the face of DAP to be really Malaysian and not Chinese centric.
I do have my doubts since I still feel they cannot change their stripes. Kenalah ikut rentak pengundinya.
Now at least they can boast of having genuine Malays and not Zairil who is Pak Khir's step son.
You guys know better not to be used as Bumis to further DAPs agenda.
Pray you guys are really highly regarded as equal partners and not just Trojan Horse or kuda tunggangan.
Bro, you are very confident BN will be defeated in the coming GE.
And I must also add Keadilan too. PAS mungkin pecah kongsi.
That leaves DAP standing alone. And for the choice of PM and DPM, it's you and Sak.
Wah, good calculation, man.
Heran jugak your UMNO pals giving their blessings. Not one questioned why and think you guys are crazy.
So apa lagi, jalanlah projek sekarang.

TheSniper said...

tertarik dgn tulisan saudara.

UMNOmmg kaki kencing said...

Mau kenal ciri2 org UMNO…?

-Kalau bersembang tentang projek tak ada yg ribu2, semua juta2…

-Selalu mengaku kenal banyak VVIP… mengaku pernah makan bersama

-Kalau lebih dari 3 orang selalu bercerita pasal betina…

-Kalau Ke Medan & Bandung pasti carik ayam muda…

-Kalau ke majlis selalunya pakai batik long sleeves & bersongkok tinggi…

-Jejari penuh dengan cincin batu mata besar (cincin aladdin) kadang2 hingga 3-4…

Kalau masa tak berduit biasa melepak kedai kopi hingga ke petang. Hanya order the tarik & last sekali air suam…

-Perut buncit banyak angin dan tiada mempunyai pekerjaan yg tetap…

-Kalau berhutang lambat nak bayar….

-Kereta idaman mereka Toyota Alphard

Hehehehe… gelak guling2 ateh kapet

Ramli Abu said...

Betapa benar kata2 Tuan.

Selamat Tahun Baru kepada Tuan dan keluarga Tuan dan seluruh rakyat Malaysia.
May GOD bless all.

Ramli Abu said...

Betapa benar kata-kata Tuan.

SELAMAT TAHUN BARU di uchapkan kepada seluruh Rakyat Malaysia.
MAY GOD BLESS ALL

tikus putih said...

sakit ada ubatnya tapi klau sakit cinta harta dan dunia HABISLAH umno

Anonymous said...

Salam Tuan,

Saya memang setuju.

Tuan yang level-headed, memang bijak pandangan tuan terhadap puak2 yang atas di UMNO.

Mereka hanya tau korup, curi want rakyat dan hidup dengan mewah sendiri. Mana ada peduli rakyat jelata.

Biar UMNO di runtuhkan di GE13.

Saya memang sokong tuan sertai DAP.

Bravo tuan!

orangkampung

Anonymous said...

Abang Aspan....macam mana UMNO nak hidup lagi lama kalau banyak cawangannya ada di atas tasik, sungai, hutan, sawah, reban, kandang dll. Ini semua cawangan hantu ditubuhkan semata-mata nak tambah perwakilan. Itu sebab ada 100+ cawangan dalam satu bahagian. Namun, bukan semua ahli UMNO sokong/undi BN dalam PRU. Yang keciwa tetap akan merontak. Inilah UMNO.

Jins M'tara said...

Kedegilan orang UMNO melihat kenyataan yang Melayu dah meluat meluap-luap pada pemimpin UMNO bakal melenyapkan UMNO dari hati nurani orang Melayu. Orang gila macam Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Ezam Nor dll boleh disayangi UMNO tentulah jadi penyakit pada UMNO itu sendiri. Justeru itu, Saudara Aspan memang afdal jika berjuang dalam DAP. Sebenarnya, DAP perlukan ramai orang Melayu seperti Saudara Aspan.

Anonymous said...

Saudara AA

UMNO is akin to the dinosaurs which extinct in the past simply because they were too gigantic and could not respond to reality.

Whichever part you decide to join, the rakyat will support your stand.

nick said...

Pak,

Its a curious thing that UMNO and it's paid bloggers made a huge thing about you and Dato' Sak rumored entry into DAP or any other opposition parties. What are they afraid of? For a party that boast millions of members (on paper only including those who have past away, perhaps), they should not feel threatened or worried. What is one or two members rejecting UMNO against a backdrop of millions? Or is it actually UMNO doesn't really have even a handful of living and loyal members?

Najib even boasted during the BERSIH rally that he "could" mobilize UMNO's millions strong members to the street but alas just like PERKASA and Persatuan Seni Ji.. Silat, they were all impotent in their action. As they say talk is cheap and UMNO's promises and pledges are even cheaper that "bovine excrement". The reality on the ground is that UMNO has "branches and twigs" only but has no real live and breathing members to fill those numerous branches and "ranting".

The fact that UMNO and its pet bloggers are trying to conceal is the fear that the entry of high profile and recognized members of UMNO into DAP and other opposition party might and could open the flood gate of many more UMNO members migrating to the opposition parties. They are fearful that instead of a silent migration of its members to the opposition on ballot paper during the GE, UMNO could see actual and physical members openly declaring and announcing their "hijrah" which would render their cheating and gerrymandering useless and ultimately lost them the election.

Therefore it would be the best strategy for those UMNO members who no longer able to stay and remain in UMNO to organize an en mass resignation and denouncement of UMNO as a political party to effectively counter UMNO use of illegal aliens as voters and of course illegally given citizenship (which is truly an act of treachery or pengkhianatan). Only by showing all Malaysian that thousand and maybe even hundreds of thousand UMNO members are rejecting UMNO and leaving, would we be able neutralize UMNO's cheating and illegal use of unlawful means to win the election. ABU could also mean "AKU BEBAS UMNO" (curiously enough UMNO has in reality become an opium that poison the nation and its people) or "ADVANCING BEYOND UMNO"!

Nick.

Anonymous said...

Bravo saudara Aspan!

Tunku Aziz pun join DAP right?

UMNO/BN memang hipokrit, imej Islam tapi duit zakat pun disalahguna.

Anonymous said...

salam PAk AA,

walau parti mane pon yang pak AA wakili..itu xmengubah perspektif rakyat yg sentiasa menyokong ABU...

yg penting ikhlas dalam perjuangan dan jadilah khalifah yg adil..
adil bermakna meletakkan sesuatu yg hak pada tempatnya....

bdw...pendapat peribadi saya..rakyat mulai celik dengan politik..so sesiapa yg baginya berjuang semata2 berkira2 dengan jawatan PM or DPM...tidak akan kemana..
bagi saya selagi PR ikhlas dalam perjuangan Allah sentiasa bersama mereka...InsyaAllah..

menyampah said...

saya ahli UMNO 'Baru'...sudah 5 kali mengundi DAP..dahulu kerana halatuju sesuai dengan jiwa saya dan juga kerana 'check and balance'...tapi kini i want them and pakatan as a whole form the new government...biar umno tersungkur dan sedar diri..

Anonymous said...

SDra AA,
UMNO is rotten to the core. UMNO boleh diibaratkan dah kena kanser terminal stage 4, dah tak boleh buat apa. SEpatutnya setelah kena tsunami politik semasa PRU 12, UMNO kena muhasabah diri tapi sebaliknya berlaku-disalahkan pihak2 lain, masalah dalaman tidak diperbetulkan dan kes kes tak senonoh, salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah masih diteruskan tanpa segan silu!!. Begitu lah angkuhnya UMNO dengan budaya2 kotornya.

zulmohd said...

A'kum,

Please maintain the status quo. Memberi pandangan dari dlm umno, sebagai ahli umno adalah lebih CREDIBLE. Perjuangan boleh dilakukan pelbagai cara - political parties adalah merupa satu platform semata-mata.

Sekiranya masih ingin keluar barisan, mengapa tidak memilih PAS?

Anonymous said...

welcome to DAP Tuan Aspan

Anonymous said...

Sdra AA,
Saya perhatikan orang2 Melayu ni masih lagi tak boleh terima jika sdra join DAP. Agaknya dah 50 tahun minda tu dah dibasuh, diasah cukup2 oleh media2 propaganda UMNO bahawa DAP tu parti cina chauvinis! Siapa yang pertahankan nenek gadis bawah umor yang dirogol oleh seorang Ketua menteri UMNO dulu? UMNO? Siapa yang tak setuju semasa krisis raja2 dulu UMNO melondehkan raja2 secara terbuka?? DAP bukan sahaja memperjuangkan hak orang2 Cina tapi semua kaum termasuk orang2 melayu. DAP memperjuangkan meritokrasi. Salahkah? Kenapa UMNO tak mau menggunapakai meritokrasi di kalangan orang2 Melayu sendiri?? Yang haprak2 pun dapat pangkat, dapat kontrak, dapat habuan bukan berdasarkan meritokrasi maka hancur lah sistem kita. PUnah semuanya dan ini lah yang berlaku sekarang.

Aspan Alias said...

Kepada semua pengomen-pengomen,

Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP.

Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapanpendek saya senang sahaja:

Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP

Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP iti di momokan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang di momokan oleh UMNO.

ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat di perdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasan nya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika di keluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikan transparency, beretika dan tidak rasuah.

adilakah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah laa ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih.

Anonymous said...

Better remain neutral. If you join DAP, you will be labelled 'pengkhianat bangsa' 'liberalisma melampau' 'puak erdogan' ' jual maruah melayu' etc etc
That will cost you your reputation in the govt media. Likewise I think Zaid, Prof Aziz samongkol and others should not take part in politics but remain neutral. It is better that way.

Anonymous said...

Tuan,
saya pun nak join sama.

amok.

Aspan Alias said...

anon 17:39

I do appreciate your opinion asking me to be neutral to avoid nasty criticism from the mainstream media.

Bro, they can say anything they wish and they can suit themselves. BUT everyone knows that the mainstream media are all out to disseminate falsehood and to protect this corrupt government.

I can't bow to this deceiving media like Utusan and TV3 any longer. Some may say that I am silly to join DAP, but as long I know that I am not silly, it's okay with me.

Anyway thanks for your opinion and I sincerely appreciate your concern.

I think it's time for you to reconsider your stand. You must remember, our country is truly at stake and a change is imminent.

zainal zain HM said...

AA,

i used to have a big apprehension to join DAP.

As you have been heavily speculated to join that party, I am psychologically receptive and I must say that I may follow you.

You have opened up my mind and I shall see you when I am back from my year end leave.

thanks brother. Politically you are macho.

jamal, sg long said...

Aspan and Dato Sak,

You both are brave and men with guts. We may be with you all. Serious...

Anonymous said...

Ha ha ha..

Pak Cik Aspan..Good move..ha ha ha..

QD..aok cer balik kampung dan check Cawangan Ameno..ada berapa Ameno dalam sesetengah kampung...kadang kadang ade dua cawangan ..ngape..sebak yang kalah akan buat cawangan lain..lepas tu cuba cari ahli untuk cukupkan bilangan ahli..sampai berlapis-lapis..tu pasal sampai 3 jula ahli ...ha ha ha.

Yang buat lebih hancur lagi..cawangan-cawangan ni biasanya ada PAYUNG dia..kalo payung tu Ketua Bahagian..tentu lebat ketua cawangan tersebut bila ada Pesidangan untuk pilih G9 ke PAU..tapi kalo bila pilihanraya..cawangan tu bukan PAYONG Calon..alamat tak merasa duit kopinya..ha ha ha..jadi sebak tu dema tikam belakang..ha ha ha..

QD..bila kita lihat benda-benda macam ni aku tak merasa bersalah untuk menyokong ABU...Sebab berdosa kita kalau melantik Pemimpin yang kata tahu akan Ingkar Perintah ALLAH....Dan Ingatlah ALLAH tidak redha dengan mereka yang Zalim...dan UMNO sekarang ini Zalim terhadap Rakyat..dan Kezaliman ini bukan boleh diChlorox dengan hanya memberi duit RM500 dan RM100 kepada RAKYAT...sebab apa yang mereka beri itu sememangnya Milik RAKYAT dan Bukan Milik UMNO...ha ha ha..

Good Luck Pak Cik Aspan..Depa tak suka Hang Cuci Depa dari Dalam...pasal tu depa Suruh hang Keluaq cepat-cepat ..ha ha ha..

Anyhow...I still hope that SAK remain with UMNO coz if UMNO bungkus, who will be rebuilded UMNO!!! QD? Ha ha ha

Anonymous said...

Pak Aspan,

All the Best to You....Happy New Year

Anonymous said...

Saya juga setuju dengan tuliosan tuan, satu perkara lagi yang tuan tak tahu. Saya mempunyai 5 orang penoreh getah yang terdiri daripada warga Filipina, mereka memberi tahu saya bahawa kerajaan menawarkan mereka surat beranak dan kad pengenalan dengan syarat mereka mengundi BN. Menurut cerita pekerja saya itu mereka akan di hantar ke selangor sekitar bulan februari ini untuk mengundi di selangor. Taktik inilah yang menyebabkan pemimpin-pemimpin BN tidak takut kehilangan sokongan rakyat kerana mereka ada PATI yg dijadikan warganegara untuk memenangkan mereka. Benci betul saya dengan pemimp[in-pemimpin UMNO dan BN ini, Sanggup menggadaikan negara demi mengekalkan kuasa. Bagaimanalah nasib anak-anak kita pada masa akan datang. Kami di Sabah juga sepakat kali ini untuk tidak memberikan undi kepada BN. Kepada tidak akan lihat calon tetapi parti, asal bukan BN.

Anonymous said...

pas. masukla pas!!!!

mad said...

syabas tuan aspan. teruskan perjuangan.

dino said...

kata bapa saya abang Aspan adalah saudara kami tetapi jarang berjumpa. Hanya sesekali berjumpa di Felda Pasir Besar gemas. Saya mengikuti tulisan abang Aspan sejak 6 bulan dahulu. saya bergenbira yang abang Aspan mengambil keputusan drastik yang tidak kami jangka. Tetapi kami menyokong tindakan abang Aspan.

Kalau sampai keFelda Bukit jalur, datanglah ke rumah. Saya akan hantar alamat dan detail lain melaui e-mail kepada abang Aspan sehari dua ini. syabas.

Renungan said...

Quiet Despair :

PAS mungkin pecah kongsi... Renung-renungkanlah! Akan ker?

Anonymous said...

Bro Aspan,

If it's true that you are joining DAP, it's real shocking, but that is the most heartening thing to happen.

I am proud of your guts and courage bro. I know a lot of Malays support you.

i hear everywhere of the support. Just make sure that it happens.

latiff said...

AA, saya terkejut mendengar berita saudara, tetapi saya menyokong dengan satu undi di seremban.

your courageous act make me proud of you.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Tuan tulis
"Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini."

Memang betul dan saya setuju.

Puak-puak UMNO hanya tau korup. Tengoklah berbilion-bilion ditelan oleh lembu betina Shahrizat dan suaminya. Anak saya beritau bila pulang ke rumah. Mana bolih..it kan duit rakyat.

Saya dan sekeluarga akan tetap sokong parti pilihan Tuan. Tunku Abdul Aziz pun di parti DAP. Apa salahnya. Ramai ahli Melayu di Selangor.

Lagi satu, puak2 UMNO memang suka buat kacau bilau antara kaum. Ibrahim Ali pun masuk campur. Orang Melayu ramai dah sedarlah.....buat kacau tu orang UMNO. Orang Islam yang turut ajaran Allah hidup dengan harmoni antara kaum-kaum lain. Tak gaduh-gaduh dan sentiasa buat kecoh cam orang UMNO. Celaka betul.

ABU - Asal Bukan UMNO
ABU - Aku Benci UMNO

UMNO mesti dikuburkan kalau negara kita nak maju. UMNO mesti dikuburkan supaya takde rasuah dan bila takde rasuah duit rakyat bolih digunakan untuk pembangunan negara.

Syabas Tuan.

orangkampung

Lok1 said...

Bro Aspan,kalu masa dlm PPH dulu,saya akan laungkan'Horrrmaaat Senjata"go with Allah's blessing n for the rest of the commentators,I am very sure Bro Aspan is old and wise enough to decide his future n perhaps he is privy to more accurate info with regards to Umno Terminal Cancer n I for one would love to join DAP,now my question to you guys are "WHY NOT" give me 1 good reason and I'm sure everyone here will give their wise views,just 1 good reason WHY NOT DAP,anda akan diperkudakan sama juga mcm Saifool jika benar dia d liwat,it's your fault n yours alone to let others perkudakan you or meliwati you(n that after a few days after it happenned,supposedly)heeeee2,it's mainly our fault,to have a Govt like these.Before you point a finger,your thumb is showing it back to you.Salaam

Anonymous said...

Let us usher the year 2012 with the resolution to make UMNO a thing in the past. ABU is the answer.

Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...

Happy New Year and may Allah bless u.Good move.I,ll support any party u join.As long as its not BN.I pun nak naik Roket juga.

tinta tajam said...

tahniah kerana berani memecah tembok momokan ciptaan UMNO. Ramai lagi sedang menunggu untuk mengikuti jejak ini.....

Anonymous said...

AA,

By joining DAP you and Dato SAK may be best services you could provide to your Malay brethren.

I am a Chinese and I do not join any political party and I used to support BN until 1989. After MM big fight with Tungku Razaliegh MM was a changed man. He was more interested in staying in power than running the country effectively like what he was doing before 1989.

To counter DAP, UMNO's propaganda machines has been branding DAP as a Chinese chauvinistic party so effectively until it is a stigma for Malays to join them. This stigma could be broken if more top level Malays like you and Dato SAK were to join DAP.

We need more Malays in DAP to make them the party 1) stronger, 2) more balance racially thereby less susceptible to corruption and 3) work harder for all Malaysian irregardless of race.

danial omar said...

Aspan and Sak,
I am tired hearing UMNO leaders with their lies and deceit.

UMNO is a pest...nothing more and nothing less than that.

Both of you have made bold decision and that is best news for this new year for me.

Persetankan dengan kutukan penyokong UMNO dalam cyber sphere itu.

Those are uncivilized group of tentera upahan.

zain hashim kajang said...

Aspan, betul you nak masuk DAP? You are giving us really good new year gift.

i can't have better news than this.

Congrats pal.

Anonymous said...

Dear Sir,
It does not matter whichever party you join. All you need is a platform that conform to your belief and struggle. Joining DAP does not mean you have to conform to their norm but if DAP is the best platform for you to advance your advocacy. Just do it.
Wishing you all the best.
From abroad.

TheMoLe said...

Its good, i agree your move into DAP will be a strategic move to enchance opposition chances in the next GE, we. We need more malays in DAP, too bad Zaid Ibrahim choosed the wrong party and its fighting from the fringes now. Vox populi!

Ethnic Chinese Bystander said...

It's demographics. Even Penang is now a Malay majority state.

If Malays think Penang is well run but are wary of the DAP because of its racial composition - it is something that Malays can easily change.

DAP is non-racial in stated ideology. It's up to Malays to make it non-racial in membership.

Tuan Aspan, please start the avalanche.

Ethnic Chinese Bystander said...

I dare say that drastically increased Malay membership will definitely improve the DAP.

The core DAP leadership is multi-racial in spirit. But human nature being what it is, the rank and file has a strong "chauvinistic" streak.

This multi-racial leadership core has a hard time maintaining its grip - an injection of Malay membership into the rank and file will enable this core to maintain its integrity.

Anonymous said...

Tuan Aspan,
By joining DAP tog. With Sak, i have sinced change my belief that there are no more gentleman around to lead a new breed of your Malay brethens. Syabas.

Go on, join the DAP to fight a good fight for social justice, for the people of this beloved country.