28 December 2011

Berdayakah Najib dan pimpinan mengenepikan Sharizat? Saya rasa susah.

Isu Sharizat dan NFCnya masih tidak terlerai dan tidak ada apa-apa keputusan. Ia tidak akan terlerai dalam masa yang singkat ini kerana yang terlibat ialah seorang Menteri kabinet kerajaan persekutuan. Di Malaysia seorang menteri itu bukan senang hendak diketepikan kerana menteri itu merupakan orang yang sangat besar dalam masyarakat kita terutamanya orang kita Melayu ini.

Etika kepimpinan kita sangat rendah dan moral kepimpinan memang tiada. Lima tahun dahulu seorang ahli kabinet Britain, Blankett ,telah hilang jawatannya semata-mata kerana beliau telah mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk ‘maid’nya. Beliau telah dikatakan telah menggunakan kuasanya sebagai menteri bertanggungjawab kepada permit pekerjaan mempercepatkan pemohonan teman wanitanya yang memerlukan permit kerja untuk ‘maid’nya itu.

Apabila diketahui umum, maka beliau telah meletakkan jawatan kerana beliau telah bertindak secara tidak beretika dalam meluluskan permohonan permit itu. Itu sahaja sebabnya. Begitulah tingginya etika kepimpinan di negara itu.

Sebaliknya di negara kita perkara-perkara yang tidak beretika itu berlaku tanpa hadnya dan jika semuanya mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kerja-kerja yang tidak beretika itu hari ini, tidak ada seorang pun yang kekal dalam Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

Kes NFC dengan Sharizat tidak langsung menjadi apa-apa kepada Sharizat. Tetapi sebaliknya beliau masih berada di dalam kabinet sehingga hari ini, malah beliau telah menyatakan bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam UMNO, semua menteri-menteri lain pun juga bermasalah. Maksud Sharizat itu jelas. Maksud beliau kenapa beliau sahaja yang hendak dimangsakan, bagaimana dengan yang lain? Saya tidak nampak Sharizat akan dikeluarkan oleh Najib dari kabinet kerana masing-masing ada rekod yang sama.

Jamil Khir, seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama telah terlibat dengan menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam saman Anwar Ibrahim dalam kes Qazaf, ketua umum PKR itu yang juga ketua pembangkang. Saya tidak nampak yang kes ini termasuk dalam aznaf yang lapan itu kerana beliau adalah seorang Menteri. Wang zakat hanya boleh digunakan jika ianya termasuk dalam aznaf yang lapan itu.

Kita tidak layak untuk menasihati Jamil Khir kerana beliau adalah seorang yang mengetuai agama dan dibanggakan oleh Najib kerana telah memberikan khutbah dalam bahasa arab mewakili seluruh umat Islam di musim haji baru-baru ini. Tetapi apa yang dilakukannya amat mengelirukan orang ramai. Apakah beliau mempunyai ‘immunity’ dari dosa dan noda kepada agama dan Tuhannya. Kalau pemimpin yang mengetuai agama melakukan kerja hina ini, pada siapa lagi dalam UMNO yang kita boleh yakini lagi?

Ini kah kumpulan pemimpin yang berucap dengan berlakon dengan hebat dengan mengatakan agama kita akan tercemar jika PR memerintah negara kita? Saya ingin memberi nasihat kepada Jamil Khir, dari saat ini janganlah kamu bercakap tentang agama lagi dan mengaku sebagai pejuang agama di dalam kabinet kerajaan pada hari ini. Mungkin ini semualah yang dikatakan oleh Sharizat yang tidak ada pemimpin yang tidak bermasalah itu.

Pada pertengahan tahun sembilan puluhan dahulu, Pemimpin Utama negara telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai untuk melaksanakan ‘bail-out’ terhadap anaknya yang telah kerugian besar dalam perniagaannya. Jumlah wang rakyat yang digunakannya melebihi satu setengah billion ringgit. Sekarang ahli perniagaan itu telah membeli kilang arak yang terbesar di rantau ini di Filipina.

Sebelum itu Pemimpin Utama ini juga telah membuatkan Bank Negara kerugian sebanyak RM36 billion dalam pasaran wang antarabangsa. Saudara Nor Mohamad Yakcop yang ketika itu menjadi Ketua Jabatan Treasury Bank Negara telah melaksanakan urusan jual beli wang antarabangsa yang akhirnya telah merugikan negara sebayak RM36 billion. Akhirnya BNM terpaksa menjual harta bagi mengurangkan angka kerugian bank pusat itu dan BNM akhirnya telah mengumumkan kerugian itu hanyalah RM9 billion.

Nor Mohamad Yakcop akhirnya di lantik sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan setelah melakukan tindakan yang merugikan negara itu dan sekarang ini menjadi Menteri Kanan dalam Kerajaan Persekutuan kita. Awal tahun lepas setiausaha politiknya pula tertangkap dengan tunai sebanyak RM2 million di rumahnya di P Pinang. Tetapi Nor Mohamad Yakcop masih di dalam kabinet persekutuan kita. Di mana kah etika kepimpinan kita? Apa semuanya ini?

Pemimpin ini selalu mengkritik orang Melayu kerana Melayu hanya mampu jika diberikan tongkat untuk berjaya. Katanya selalu, orang Melayu tidak pandai memajukan diri kalau tidak ada tongkat. Tetapi orang yang berfikir suka hendak bertanya, bagaimana dengan anak-anak beliau yang terpaksa menggunakan wang rakyat untuk merawat kegagalan dalam perniagaannya. Seperti yang saya sebutkan di atas tadi pengaruh politiknya dalam negara inilah yang membolehkan menggunakan berbillion ringgit wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anaknya.

Oleh yang demikian apa yang di sebut oleh Sharizat itu ada benarnya: tidak ada pemimpin UMNO yang tidfak bermasalah. Kenapa hanya tumpukan kepada isu beliau? Bezanya Sharizat dengan pemimpin lain yang sama rekodnya ialah, Sharizat tidak pandai menyorokan kesalahannya dan kesalahan keluarganya. Yang lain pandai menyorokan kesalahan mereka. Pak Lah pandai menutup apa yang beliau lakukan, Muhyiddin pandai menutupi apa yang beliau lakukan semasa menjadi MB Johor misalnya. Namakan yang lain dan pasti senarainya amat panjang. Tetapi mereka pandai menutupnya sedangkan Sharizat tidak pandai menutup perlakuan sumbangnya.

Itulah sebabnya susah bagi Najib atau sesiapa pun untuk mengambil keputusan tegas terhadap Sharizat. Masing-masing ada lubang besar untuk ditutup. Oleh kerana semuanya bermasalah maka tidak ada siapa di kalangan pimpinan boleh bertindak terhadap Sharizat dengan mudah. Kalau rakan-rakan dalam majlis tertinggi dan kabinet nampak kurap di badan Sharizat, Sharizat pun nampak juga perkara yang sama di badan rakan-rakan beliau dalam kerajaan kita. Itulah sebabnya Muhyiddin dan Khairy dengan pantas mempertahankan Sharizat semasa awal isu ini timbul. Sekarang Khairy dan Muhyiddin namapaknya diam sedikit tentang isu ini.

Yang boleh bertindak dengan mudah ialah rakyat. Jika rakyat yang bertindak, bukan sahaja Sharizat akan mampu di ketepikan malah seluruh jemaah yang menyeleweng semasa mentadbir kita akan dapat di ketepikan.

Rakyat kini mahu hidup dengan selesa tanpa dikelirukan oleh pihak yang memerintah. Cukuplah dengan apa yang dilakukan oleh BN khususnya UMNO selama ini.

Isu Sharizat ini merupakan cebisan dari cerita besar penglibatan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini. Rakyat sudah terhidu semuanya. Sampai masanya terbongkarlah segala-galanya.

25 comments:

Tok Kie said...

Melayu Mudah Lupa. Itulah yang di sebut berulang kali oleh petualang bangsa ini. Mika nie bukan Melayu, darah yang mengalir ditubuhnya tetap mengikut keturunannya. Ya, Agama kita sama Islam. Darah inilah yang menilai Melayu nie mudah lupa. Kita punahkan orang Melayu.. Marahnya sekejap saja.. beri 100 beri 500 diamlah Melayu. Bagai anak ayam kelaparan, ditabur beras diamlah dia. Kemusnahan berbilion akan menjadi sunyi sepi, sebab Melayu mudah lupa.. Bangkitlah wahai bangsaku.. Melayu .. sedarlah untuk anak cucu cicit kita yang akan datang jangan dikutak-katik oleh pengkianat nie.. yang terkenal dengan keras hati, kianat, begar (tak mau dengar pendapat org lain).. dan saya tak heran kerana bangsaku CEPAT LUPA .. dia tau kelemahan kita. Fikirlah sendiri sedalam-dalamnya.

Anonymous said...

Maka itu...saya mengharapkan anda bertanding Pilihnaraya akan dtg ini...

chempaka said...

Tuan Aspan,

Apabila semuanya bermasalah, maka yang tidak bermasalah itulah yang menjadi masalahnya. mereka menjadi orang luar biasa yang ganjil. Orang inilah yang harus diketepikan/dipecat dan dikeluarkan dari kumpulannya. Itulah yang terjadi dalam senario politik negara semenajk dua menjak ini. Integriti hanya perkataan manis yang memperdaya ibarat menanam tebu di tepi bibir.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Mereka itu seperti bukan lagi dikatakan berkurang etika!
Kalaulah dibaca mengikut Islam, apa yang dikatakan berkurang etika itu ianya lebeh menepati mengkhianati amanah dan berperangai simunafiqun yang membawa kelaknatuLlah. Apa lagi, dengan mereka begitu bergembar-gembur yang mereka adalah dan sering memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan ugama Islam.

Bagaimanakah terjadinya ahli-ahli biasa UMNO maseh dan terus bertegar dengan sokongan mereka kepada kepimpinan UMNO sebegitu rupa?

Adakah mereka ini sebenarnya mempercayai sistem berugama assabiyah yang berasaskan ketuanan Melayu?

Adakah ini dikatakan Islam madzhab UMNO dimana pemimpin-pemimpin diampunkan dosa-dosa beramalan korup dan penyelewengan kuasa selagi mereka itu adalah orang Melayu semata-matanya?

Anonymous said...

Melayu-melayu inilah yang diharap oleh kaum melayu untuk mempertahankan ketuanan di tanah tumpah darah ini, dalam masa yang sama melayu-melayu inilah yang mengkhianati melayu. sebab tu la TDM tulis buku "Dilema Melayu"....

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Menyingkirkan Shahrizat bermakna UMNO mengaku bahawa Shahrizat salah yang akan membawa kemudaratan yang lebih kerana ianya akan menjadi tanda aras moraliti kepimpinan UMNO. UMNo tidak mampu menerima keadaan dimana setiap kesilapan akan dihukum dengan pembuangan walaupun inilah yang sepatutnya diamalkan oleh individu mahupun organisasi yang berjiwa besar.

Dari membuang Shahrizat adalah lebih mudah dan kurang mudarat untuk UMNO memutar/mereka cipta alasan yang dilihat logik diterima majoriti rakyat. Puak UMNO akan akan menerima bulat2 penjelasan Menteri + media arus perdana dan akan menolak juga sebarang perkhabaran barisan kepimpinan pembangkang + media alternatif. Ini jugalah yg terjadi pada Puak2 pembangkang.

Cuma sekarang ini terserahlah pada rakyat untuk memilih. Marilah kita memerhati, mengkaji dan sentiasa dalam proses membuat keputusan tanpa membenarkan jiwa kita terpengaruh dengan kata2 retorik ahli politik dan kuncu2 nya.Kita di dalam parti apa pun itu tidak penting kerana yang akhirnya diambilkira adalah undi kita.

Aspan Alias said...

Anon, 11:48,

Insyaallah jika di izin tuhan

Anonymous said...

Mempertahankan pemimpin yang dianggap bermasaalah seperti Shahrizat adalah perlu dan ia dipandang sebagai jihad bukan jahat.

Bagaimana orang-orang yang anti pemimpin UMNO Baru boleh membuat kesimpulan terhadap Shahrizat bahawa beliau sudah bersalah sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes melembukan rakyat Malaysia ?

Bagaimana anda tahu Shahrizat boleh dilibatkan dengan kes tersebut. Atau kerana anda seorang loyar buruk maka anda boleh ubah undang-undang ikut selera anda ?

Mungkin anda semua lupa bahawa Tun Mahathir pernah berkata bahawa selagi mahkamah belum putuskan hukaman pada seseorang maka kita tidak boleh menuduh orang itu bersalah, tak gitu...?

Lihat pada kes Anuar Ibrahim ikon pejuang bangsa Pakatan Rakyat..., siapa yang menentukan beliau bersalah atau tidak bersalah pada 9 hb. jan 2012? Rakyat seperti saudara Aspan kah atau hakim dimahkamah ?

Dalam undang-undang Malaysia, acuannya sudah diubah yang membawa maksud bahawa seseorang rakyat Malaysia yang bersalah akan didapati tidak bersalah dan yang tidak bersalah akan didapati bersalah terletak ditangan tuhan yang bernama Ghani Pattail.

Jika anda kenal dan selalu berdoa dihadapan tuhan ini maka anda tidak akan dihukum walau anda memang bersalah. Kalau pun dihukum, anda masih mampu tersenyum dihadapan wartawan seperti Khir Toyo dan isterinya.

Orang-orang UMNO Baru memang selalu menyembah tuhan ciptaan Tun Mahathir ini demi kesejahteraan hidup mereka anak beranak.

Semuga penjelasan ini cukup untuk menyedarkan orang-orang seperti saudara Aspan, bahawa orang-orang UMNO Baru khasnya pemimpin atasan seperti Shahrizat yang telah dilembukan tidak akan terjejas kulitnya dengan api neraka selagi wujudnya tuhan Ghani Pattail sebagai pelindung.

Semuga Tun Mahathir jangan mati dulu....

Anonymous said...

Pak Aspan,

dulu saya undi di Subang Jaya (PR).pilihanraya lepas nama saya sesat di Jalan ipoh. Saya undi DAP.Saya harap SPR dah perbetulkan kesilapan yang disengajakan itu dan boleh mengundi di subang pada pilihanraya kali ni. Saya akan beri undi saya pada Pak Aspan. Saya harap Pak aspan bertanding atas tiket ABU.

Anonymous said...

Percaya kah kamu semua, "perjuangan" Ibrahim Ali ?

wankamarul701 said...

tertarik dengan kata-kata 'pemimpin ini' mengatakan anak melayu memerlukan tongkat untuk berjaya. Padahal si memanda correct-correct ini gunakan wang rakyat untuk mengkayakan anak-anaknya sendiri.

Anonymous said...

Salam Sdr. AA.

Tidak mungkin Najib membuang Sharizat, kerana ramai pemimpin/menteri UMNO bersama bermasalah. Kedudukan isu NFC adalah begitu rumit untuk Najib menyelesaikannya,umpama dibuanng mati emak ditelan mati bapak.

Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya, biarkan! biarkan! biarkan! Mereka akan lemas dan tenggelam.

Anonymous said...

Najib nak bagi nasihat tentang rasuah? Najib nak bagi nasihat tentang kaki pompuan? Najib nak nasihat jgn guna C4?

Quiet Despair said...

Jangan bimbang. Aunty Ijat akan digugurkan.
In the first place, where are they pitting her since she already lost the Lembah Pantai seat.
Najib sedang menggesa dia berhenti di belakang tabir.
Bukan stail UMNO nak memalukan pemimpinnya dengan cakap depan saya dah suruh dia quit
Najib dah matang dalam politik dan arif on how to handle this issue.
Our anuty willl come out with a statement that she resigned voluntarily.

Anonymous said...

Quiet Despair,
We'll wait and see!

ABU!

giorgio said...

In UMNO especially those created from UMNO baru, you see one, you see all

juhari said...

Ya...the seriousness of political and economic plundering done by UMNO leadership is immeasurable.

Imagine, we are in the fifth placing among the 213 countries in the world with government in stealing and sending money abroad.

These thieving acts must be stop before it's too late AA.

Damn it!

Anonymous said...

Salam sdr Aspan,
Ada terbaca yang sdr ada berura2 menyertai DAP. Pandangan saya, kurang manis dimata orang Melayu, walaupun saya bersikap terbuka berhubung perjuangan Demokratik yang diunjur DAP. Sdr maseh mempunyai 3 opsyen lain, Begitu juga dengan Sdr Arif. Wlaubagaimanapun itu hak Sdr berdua,asal jangan sekongkol dengan perompak negara setengah kurun.SALAM PERJUANGAN UNTUK SDR BERDUA HORMATI DAN AMANAH DALAM MEMPERJUANG DAN MENTADBIR HAK UMMAH. myi

Aspan Alias said...

anon 23:28,

Saya berterima kasih kepada sdr kerana memberikan pandangan yang ikhlas dengan perasaan sdr dengan bahasa yang baik pula.

saya belum membuat keputusan apa-apa tetapi jika saya mengambil keputusan untuk menyertai DAP itu merupakan tindakan yang telah saya fikirkan sedalam-dalamnya.

Saya telah memohon dan berdoa agar apa yang akan saya lakukan itu tidak memberikan apa-apa yang tidak baik terhadap politik kita semua.

tetapi jika saya menyertai DAP itu tentulah ada pihak yang akan bertindak dengan memaki hamun saya.

tetapi itu semua tidak menjadi hal kepada saya, asalkan sahaja saya tahu apa yang saya lakukan.

Cemuhan dari setengah pihak, apatah lagi dari mereka yang masih berhingus dalam politik dan di upah pula oleh orang lain untuk melakukannya, saya tidak akan tunduk.

Saudara doakan saya agar saya membuat keputusan itu setelah berfikir sedalam-dalamnya.

Yang penting berfikir dahlu. Itulah yang utama dalam mengambil satu-satu tindakan.

Terima kasih sdr.

Orang Mersing Mersing said...

Salam Pak Aspan,

@QD :
Who cares Sharizat quits or not? Who gives a damn how Najib handles NFC or any other UMNO Baru's issues?

Truth is, we don't care. It's ABU that is all that matters.

Ada waktunya saya setuju dengan Tuan QD, tapi untuk chapter yang ini Tuan QD gagal memulihkan kembali sokongan saya kepada UMNO/BN. You fail the assignment miserably!

mns said...

Salam Tuan Aspan,

Tuan tidak perlu masuk mana2 parti, bagi mengelakan dari anggapan orang ramai. Apa yang penting tuan berkerja sama dgn mereka untuk memilih tempat bertanding kalau boleh di Kuala Pilah. Apabila kerjasama diperolehi Tuan mesti jujur, jangan jadi macam Ibrahim Ali. Kami sentiasa sokong pada orang yang jujur, amanah dan tidak sombong. Apa yang saya nampak dari dulu pemimpin UMNO baik di depan kita tetapi di belakang dia sapu semua.

Anonymous said...

saya sokong mns... jujur la jika kita dipilih... rakyat pilih sbb kami mahukan kejujuran dlm pemerintahan..

buat masa ni saya memilih PR untuk memerintah... kalau amanah yg diberikan kpd pemimpin PR disalah gunakan sy & rakyat lain akan belasah juga...

suarakecil jolobu

Anonymous said...

Sir,

I have been reading your articles and find them very insightful. Thank you for writing these inspirational and eye opening pieces.

Just like the rest of the right-minded citizens of Malaysia, i will be doing ABU come this GE13.

Hope we can see a new beginning with a new administration.

Anonymous said...

Sdra Aspan Alias, mohon izin masuk


Adalah pada saya Najib tidak bolih ambil tindakkan blue ocean atas 3.43 juta ahli UMNO sebab Najib sudah beri laluan lampu hijau new politik tapi playsafe semenjak beliau naik jadi PM.
Ramai piminpin UMNO dari pangkat menteri senator dll sampai ke bahagian dan cawangan seangkatan sudah tahu dan faham tidak ada apa akan berlaku kapada mereka.
Kesian Bloggers macam saya yang tolong baiki UMNO,tapi UMNO tak bolih handle satu kes prinsip "arms length dan disclosure" berkait dengan tajuk Nasional Feedlot dalam laporan AUDITOR GENERAL MALAYSIA .

Najib terpaksa bodek luar biasa kaum cina kerana semua pati politik DAP MCA Gerakan yakin undi cina akan menentukan dan menetapkan corak rentak gaya amalan dasar prinsip kerajaan yang di paksikan 1M.(UMNO punya tara pakai punya)

Semua piminpin UMNO dan seangkatan hanya tompang sekaki sahaja walaupun kes bertubi2 dan ledakkan tembak kaki sendiri pentadbiran Najib.

Saya berpendapat bahawa anggota kerajaan penjawat awam perkhidmatan awam saperti AUDITOR GENERAL dan Pengawasan saperti MACC semua buang masa saja sebab Najib dan rakan tidak akan ambil peduli akan laporan risikkan dan taklimat dan amat banyak sekali kes libat parti pemerintah dan juga mereka yang kait dan juga GLC AA MAS Sime SC KTMB .... dan masih belum settle kontroversi- lihat kan macam FELDA.

Lagi pun penjawat awam yang di tugas kan untuk taklimat tahu Najib akan pergi ke akar umbi saperti belia dan kaum muda yang bilangan nya 7(tujuh) juta orang,melalui rangkaian " virtual listening" tweeter fasebuk social media sebagai jalan lencongan dan jalan pintas sebab Najib mengaku "he assured his online friends that he read their comment ideas complaints and he did his best to respond" maana nya kabinet dan 1.4 juta penjawat awam semua jadi tunggul kayu buang masa habis kan beras dan pendapatan negara sahaja.

Setakat ini Najib sendiri yakin telah membuktikan beliau adalah Presiden Parti 3.43 juta ahli UMNO merangkap juga suami FLOM.
Najib juga, yang world view playsafe liberal terbukaan kelainan human rights civil liberties innovation transformacy politik enggage vernakular populis generasi Y kayuh basikal nonton bola sepak MUFC cool dengan IPOD tablet tweet FB blakberry new politiks new civil disobedience inclusive blue ocean high income nation world view sangat 1M,tapi bukan Prime Minister material,mungkin sebagai ketua pembangkang.
Dapat lesen besar 1M
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

"There is nothing permanent except change", said Greek philosopher, Heraclitus...

History has shown that changelessness is the downfall of many major civilizations. Malaysia as a country is no exception. Without change, Malaysia will continue to be bogged down by the same issues we are currently facing in the future.

The time for change is now upon us, and if we do not act, the shining beacon that represents our beloved Malaysia's future will diminish permanently. The signs of decay are already there for all to see.

"Red pill or blue pill?"