04 December 2011

PAU dah, ikrar dah, bai'ah dah, Najib kata UMNO pulih sepenuhnya - hebat!

UMNO akhirnya menampakkan (walaupun cuba untuk berselindung) yang pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Perhimpunan Agung baru berakhir dan segala-galanya yang berlaku dalam perhimpunan itu, saya ulangi; UMNO sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Samada mereka sedar atau pun tidak itu tidak pula saya ketahui.

Apa kah sebabnya saya berkata demikian? Sebabnya mereka dalam ghairah menghentam semua parti lawan, mereka tidak sedar yang mereka sedang mengaku kelemahan mereka yang sebenarnya. Kecaman yang tidak terkira itu melambangkan kelemahan mereka sendiri. Jika UMNO dan pimpinannya kuat dan mendapat sambutan masakan mereka terpaksa melakukan kecaman yang keterlaluan yang sudah jauh terkeluar dari semangat demokrasi yang kita kononnya anuti sebagai wadah politik kita semua.

Kerana rasa ketakutan UMNO telah bertindak dengan mengadakan ikrar sumpah taat setia kepada UMNO dalam menghadapi pilihanraya ini. Ini di sebabkan ada para perwakilan kalau tidak silap saya perwakilan P Pinang yang mengatakan salah satu dari sebab besar kekalahan calon-calon UMNO di mana-mana ialah kerana ahli-ahli UMNO sendiri telah memberikan undi dan sokongan kepada parti lawan.

Kata-kata Musa Sheikh Fadzir ini benar. Saya telah menulis banyak kali tentang isu ini. Dalam ucapan penangguhan petang semalam, Presiden UMNO telah mengatakan PKR sedang menghadapi ahli-ahli parti yang keluar dari parti itu. Kata beliau 6 ahli parlimennya dan beberapa orang ADUN PKR telah keluar parti kerana tidak berkeyakinan terhadap PKR kononnya.

Tetapi elok kita ingatkan pucuk pimpinan UMNO yang telah berucap bagaikan halalintar semalam yang sebenarnya yang paling ramai meninggalkan parti mereka ialah ahli-ahli atau apa yang di sebut sekarang ini sebagai orang UMNO. Dalam pilihanraya yang lepas lebih dari satu juta ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang di dalam peti undi….bukannya enam orang atau 5 orang sahaja. Itu merupakan jumlah yang terbesar meninggalkan UMNO selepas Dr Mahathir meninggalkan UMNO dan membawa ahli-ahli UMNO kedalam parti yang baru yang meminjam nama UMNO itu.

Mengenali sikap dan perangai ahli-ahli UMNO, bai'ah yang dilakukan dalam Perhimpunan Agong itu tidak akan pergi ke mana pun. Bai’ah itu hanyalah melibatkan 5447 orang perwakilan sahaja. Silap-silap ramai di antara mereka juga akan tidak membantu UMNO dalam pilihanraya nanti.

Saya yakin kerana ada 4 atau lima orang perwakilan yang saya kenal telah datang ke TTDI berjumpa dengan saya dan mereka sendiri berkata mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada UMNO kerana kepada mereka UMNO sudah begitu teruk tercalar dan tidak lagi di hormati oleh orang ramai. “UMNO sekarang ibarat dahan yang telah rapuh. Kalau dahan dah reput bang, takkanlah kita nak bernaung di bawahnya lagi! Takut-takut dahan itu patah dan jatuh, mati kita di hempapnya” kata salah seorang yang berjumpa dengan saya yang masih berbaju Melayu yang keluar dari Dewan Perwakilan PWTC itu.

Perwakilan yang datang dari dua bahagian di Johor ini mengakui yang keadaan di Johor pun tidak begitu sedap bagi UMNO ini. “Lantak dia oranglah bang. Dia orang kata UMNO boleh menang selepas perhimpunan agong ni, itu dia punya pasallah. Kalau dengan perhimpunan agong boleh menang, panggil lah perhimpunan agong khas sehari dua sebelum mengundi nanti. Lebih indah khabar dari rupa bang! Walhasil balik asal bang! Biarkanlah dia orang buat kerja. Kita releks” kata seorang lagi.

Sesungguhnya UMNO bermusuh kepada dirinya sendiri. UMNO memusuhi siapa sahaja yang buat kritikan. UMNO masih lagi melakukan mengambil wang rakyat secara haram tetapi dengan penuh sistematik dengan berbagai-bagai cara. Pemimpin-pemimpin rasuah ini akan bermati-matian untuk mempertahankan UMNO kerana UMNO itu merupakan modal perniagaan mereka. Kalau UMNO jatuh ia bermakna mereka akan hilang modal untuk berniaga dan ‘commission’ yang mereka selalu dapati.

UMNO sekarang sudah takut kepada bayang-bayang sendiri. Pemimpin-pemimpin UMNO tahu yang ramai ahli-ahli UMNO akan sabotaj calon mereka sendiri. “Kita tunggu bang, apabila UMNO mengumumkan senarai calon nanti. UMNO akan kalah dalam banyak kerusi yang mereka pegang sekarang nanti. Cakap bolehlah! Pembangkang tidak payah berkempen sangat nanti” bentak seorang dari mereka.

“Kalau UMNO merasa kuat apa payah-payah hentam pembangkang gila-gila? Dah kuat! Tak payah hentamlah! Jemu lah! Tiga hari kami mendengar kata-mengata orang lain. Parti sendiri tidak terjaga nak ambik tahu parti orang lain…menghina orang lain, mencaci..tak habis habis.” Kata seorang perwakilan yang hanya di panggil dengan nama rengkas Man.

Kata seorang lagi, “Dah 50 tahun bercakap tentang agenda Melayu, tetapi Melayu tak kemana juga. Berjanji-berjanji dan berjanji….pendusta besar!” Dalam pilihanraya nanti mereka akan bercakap agenda Melayu lagi tetapi Melayu tidak maju juga. Pendeknya UMNO telah gagal sama sekali untuk memperjuangkan agenda Melayu sejak beberapa ketika dahulu.

UMNO hanya mengutamakan agenda ‘kronism’ mereka sahaja. Itu sebab mereka memaki hamun tanpa batas dan segala-gala kelemahan mereka, UMNO lemparkan kesalahan kepada parti-parti pembangkang. Apabila ramai ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang, mereka menyalahkan parti-parti pembangkang. Ketakutan mereka terhadap pengaruh pembangkang memaksa mereka bertindak melakukan ikrar serta bai’ah dalam perhimpunan agong baru-baru ini.

Mana ada parti dalam dunia ini terpaksa melakukan bai’ah untuk mengekalkan kuasa. Semua yang tidak pernah di lakukan oleh manusia yang berfikiran dilakukan oleh UMNO semata-mata untuk kuasa. Tindakan berbai’ah itu sahaja menunjukan yang UMNO tidak berkeyakinan untuik mendapatkan sokongan dalam pilihanraya yang akan datang.

UMNO mengaku hebat tetapi kelemahan-kelamahan mereka di tayang-tayangkan kepada rakyat. Kuat apa namanya itu? Hanya seorang penakut sahaja yang selalunya menjerit-jerit serta terlolong-lolong minta tolong seperti yang ditunjukkan oleh DS Najib itu.

Rupa-rupanya kepada pimpinan UMNO telah kembali pulih setelah berbai’ah dan berikrar di dalam Dewan Merdeka. Semuanya sudah selesai dan “UMNO akan menang besar dalam pilihanraya nanti’.

Mereka (pimpinan UMNO) sebenarnya tidak dapat merasakan apa yang sebenarnya berlaku di bawah-bawah ini. Ramai yang tertunggu-tunggu di kawasan masing-masing, siapakah gerangan-gerangan yang akan di umumkan sebagai calon boleh menang itu.

Jangan pula personaliti Abdul Wahab yang ada di dalam UMNO sekarang ditukar pula dengan Abdul Wahib seperti watak-watak dalam filem Tiga Abdul. Hendak mencari watak Abdul Wahub itu tidak mungkin dapat di cari dalam UMNO sekarang ini. Kalau ada pun Abdul wahub itu ia hanya merupakan kejadian yang kaddang…kaddang sahaja dalam UMNO.

Tetapi kalau nak cari ‘winnable candidates’ dalam UMNO, yang perlu dipastikan ialah UMNO itu sendiri adalah ‘winnable party’.

29 comments:

Orang Miskin Mersing said...

Pak Aspan

Rasanya sejak PAU 2011 ni darah Pak Aspan menggelegak bebenor. Sabar Pak.

UMNO yang ada hari ini hanyalah parti orang Melayu yang tipikal.

Mereka, dari Pemimpin tertinggi hingga Lembu-lembu yang berhimpun terpaksalah menelanjang dan mempukimak orang lain untuk menutup keburukan diri sendiri.

Siapa peduli jika United Mamak National Organization ni nak bai'ah ke, nak merapatkan barisan ke, nak menang besar ke..who cares?

Yang penting Pak Aspan bersabar dan jaga blood pressure. Pak Aspan kena terus blogging hingga PRU13, yang paling getir bagi UMNO dan Rakyat Malaysia!

Anonymous said...

UMNO, parti orang melayu, penubuhannya dgn kesedaran politik rakyaat bawahan belajar bersatu membentuk kekuatan lebih 60th lampau. sejak itu hingga hari ini termaktub menjadi tulang belakang pemerintahan negara...... tak perlu berhujah dgn apapon alasan!!!!!!

APA-PON DS NAJIB ATAU TS MUHIDIN BERCAKAP DIHALAYAK itu hak dia yg sah sebagai PM dan Tim. PM.

YG AKU nak bangkitkan diforum ini::::: APA ASPAN ALIAS AKAN ULAS, (JIKA) HADI AWANG, KIT SIANG ATAU KARPAL JADI PM pula....

Anonymous said...

Jika calon-calon PAS melakukan bai’ah ada juga nampak hasilnya kerana tiada yang melompat.

Bagi UMNO, bai'ah adalah hanya jika diberi kepingan kertas yang mempunyai wajah SPB Agung pertama.

Tiada fulus.... tiada bai'ah !!

UMNO kasi Duit aku kebas said...

Hahahaha.... Saya ibaratkan UMNO parti Melayu terakhir abad 21(Parti Melayu akhir zaman)

Setiap sesuatu ada ajalnya dan UMNO sebenarnya telah lama mati tanpa kita sedari. UMNO hari ini kelihatan masih hidup sebab duit.

pok pek said...

Kalau bai'ah dengan UMNO saya perlukan gambar agong. Kalau Bai'ah dengan PAS, percuma.

Kalau dengan UMNO mesti chraged, kurang-kurang RM3000 bagi setiap ahli keluarga saya yang mengundi.

Anonymous said...

UMNO mau undi? bagi 10000 darham!

bRAVEhEART said...

salam tuan,
mohon blog saya dipautkan juga diblog tuan, terima kasih

Quiet Despair said...

Memanglah Tuan, dah resmi manusia suka mengadu kepada orang yang dilihat bersimpati dengan mereka.
Sayapun banyak menerima rungutan dan sungutan ahli-ahli PKR tak puas hati dengan pemimpin mereka yang tak sehaluan. Mereka tobat tak nak mengundi PKR.
Orang UMNO takkanlah nak mengadu kepada saya. So they approach people like you. Vice versa.
Anyhow saya suka last paragraph Tuan.
Jika saya diberi tugas menulis slogan kempen UMNO, my tag line will be Winners for Winner party.

tulangkering said...

Kepada "UMNO kasi Duit aku kebas"

Saya setuju dengan tuan yang mengatakan yang UMNO ini telah lama mati. Tuan mengatakan UMNO kelihatan hidup kerana duit.

Orang mati pada adatnya rebah. tapi UMNO masih berdiri. Kenapa? Sebabnya UMNO itu dikelilingi oleh banyak tongkat. Tongkat tongkat yang mengelilingi UMNO itu seperti SPR, akta polis, akta mesin cetak, akta ISA, akta rahsia rasmi, dan berbagai bagai jenis akta lagi.

Akta akta inilah yang berfungsi sebagai tongkat yang menyebabkan UMNO masih berdiri. Jika tongkat tongkat ini dibuang, sesungguhnya UMNO itu telah lama rebah menyembah bumi.

nick said...

Pak,

Winnable? UMNO? More like delusional than winnable. Baiah? Even their own promises and pledges during the last election was easily broken and discarded, does UMNO leaders really expect anything solid will be borne out of those "empty and hollow" pledges by the 4 thousand odd delegates?

Seriously a baiah? Those delegates who are so used to corruption and bribery in electing their own leaders, are expected to be trustworthy and honorable so as to keep their promises and pledges? It's ironic that UMNO a party that is synonymous with money politic (bribery) expect honesty, trustworthy and honor from it's "money-hungry" delegates. It's ironic too that UMNO a party that operates through the use of money and contract, expect it's delegates to mobilize it's sloth full and fat machinery just by a pledge, an empty pledge not lined with RM and contracts, at that. All I can say is "Good Luck" and hopefully come next GE I can bid UMNO "Good riddance" too!

Nick.

Anonymous said...

Biarlah PAU umno dengan syok mereka sendiri, mereka berhak meketegorikan winnable candidate mereka, yang mengundi rakyat biasa macam kita. Jika lebih cepat PRU 13 dilaksanakan lebih banyak aset negara dapat diselamat. Lepas itu dapatlah kita lihat lembu lembu yang menjerit dengan gembalanya di PAU tempoh hari moyok kena awar PRU Insya'Allah. Jika kita dapat mengubah kerajaan diharap kita dapatlah membangunkan Orang2 Melayu dan Malaysia denganlebih objektif lagi tanpa menindas kaum lain.

brahim said...

AA

Saya geli hati tengok UMNO ni. Saya tak marah kat UMNO. Najib dan seluruh pimpinannya kelakarlah.
Bersidang tiga hari, buat lawak sana sini yang diketuai oleh Pengerusi tetap. Semua orang ketawa. Tidak ada apa yang dibincangkan dengan serious.

Alih-alih Najib kata UMNO sudah pulih. Pulih dari penyakit apa pun saya tak tau.

Kartunlah UMNO ni bro.

Anonymous said...

Sayonara UMNO!

abu_asymal said...

Selamat tinggal umNo!

Anonymous said...

bangsa melayu hari ini makin bercelaru. keadaan ini ini dijadikan peluang pd bangsa lain utk merimbat apa saja yg bolih, terutama ekonomi, pelajaran dan segala macam tuntutan memperkasa mereka dibumi bertuah ini. bangsa melayu hanyut, leka bercakaran sesama sendiri.

aku langsung tak harap pas / pkr dapat melaksana t/jawab menjadi benteng kedaulatan melayu.

segala macam akta dan undang2, bodoh lah siapa yg pertikaikan. kerana pembangkang bila jadi kerajaan akan guna aturan yg sama atau lebih kejam lagi... ini yg bangsa melayu masih tak sedar juga. yg penting rakyaat misti pakailah otak, fikir mana yg baik dan telah memberi kebaikan, teramat bodoh terima hasutan semata2 nak ganti pemerintah, ambail kebaikan, jika keburukan yg dipilih samalah mati sebelum mati!!!!!

Anonymous said...

biasalah Aspan.. semua orang akan syok sendiri... konvensyen PKR baru-baru ni dikatakan AI akan dinobatkan sebagai PM, konfiden betul beliau dalam PRU akan datang..

tapi trend mengundi adalah sebaliknya, dalam 6 atau 7 pilihanraya kecil yang lepas, kesemuanya dimenangi BN bukan Pakatan Rakyat. yang keluar dari pkr jauh lebih banyak dari umno, skandal AI jauh lebih banyak dari skandal UMNO.

Saya ni pengundi atas pagar, bagilah sebab musabab untuk saya mengundi PKR di PRU yang akan datang

Busuk Punya Olang! said...

Allah selamatkan kamuuuuu...
Allah selamatkan kamuuuuu...
Allah selamatkan Ismet Ulam Raja
Allah selamatkan kamuuuuu...(bait akhir ni ada suara high pitch Ahmad Nisfu)

Hehehe...itulah lagu utk UMNO. Maksudnya pi mampuih la dgn hang!

UMNO bagi RM, kita ambil. Undi kita bagi pembangkang.

ABU - Asalkan Bukan UMNO! :)

Mejar Zainal said...

Saya amat tertarik pada perengan dan pernyataan “Dah 50 tahun bercakap tentang agenda Melayu, tetapi Melayu tak kemana juga. Berjanji-berjanji dan berjanji….pendusta besar!” Dalam pilihanraya nanti mereka akan bercakap agenda Melayu lagi tetapi Melayu tidak maju juga. Pendeknya UMNO telah gagal sama sekali untuk memperjuangkan agenda Melayu sejak beberapa ketika dahulu.

Amat benar lagi betul apa yg pak aspan nyatakan tu.

mad said...

bye bye umno

Anonymous said...

Pak Aspan & tulangkering,

Perkataan lain dari tongkat ialah UMNO ni "membela". Jasad sudah lama mati tapi mata terbedip-bedip (loghat pahang) sbb masih didampingi hantu raya, pelesit, polong dsbnya.

suarakita said...

Anonymous said...4 December 2011 21:05:00 GMT+08:00,
YG AKU nak bangkitkan diforum ini::::: APA ASPAN ALIAS AKAN ULAS, (JIKA) HADI AWANG, KIT SIANG ATAU KARPAL JADI PM pula....

bro..lu bagi mereka-mereka ni menang, tgk nanti apa bro aspan ulas ttg mereka.

Give UMNO 1 more chance pls... said...

Kalau kita imbas kembali ucapan Najib semasa PAU 2011 memang kelakar.

Gaya ucapan beliau tak ubah seperti ucapan Hosni Mubarak, Ben Ali & Ghadaffi dimana disaat2 akhir ketiga2 tokoh tersebut merayu, melutut serta menyeru rakyat memberi mereka mandat baru untuk terus berkuasa....

Please la, give me one more chance ....! Merayu mcm budak2 Hahahahah....kelakar

Anonymous said...

Pak Aspan

Bagi rakyat biasa yang cari makan, siapa pun yang memerintah bukan jadi masalah sangat. Tapi kalau dah rasa sampai nak bernafas pun payah , kucing yang jinak pun menerkam kalau di corner keterlaluan.

Biasanya orang yang semua orang tau sedang sakit tenat tapi tiba-tiba pulih, alamat tak lama lah tu.

Rawang man.... said...

Entah la Pak Aspan,saya dan sahabat dah betul2 meluat dengan umno,lebih2 lagi dengan pucuk pimpinan.Yang kami tau kami akan undi PR.....

tanpa parti said...

Abang Aspan,

jangan marah saya ye? Peluang BN untuk mendapat 5 undi dari dalam rumah saya masih ada bang.

tetapi kami mesti diberi RM5000 sorang kerana calon-calon UMNO itu semuanya kaya-kaya dengan jawatan dalam kerajaan.

Kok saya dapat kerag dari jumlah itu, kami akan berikan kepada PR.

Itu sajolah bang. maaf yo?

john brown said...

bro aspan,
apabila pokok mula condong, kura-kura pun tumpang panjat dengan harapan pokok tersebut rebah menyembah bumi. monyet-monyet pun mula resah kerana pokok yang selama ini melindungi mereka dari hujan dan panas sudah tidak ada lagi!

UMNO sudah mati said...

Saya baru pulang holiday bersama family dari Medan Indonesia. Disana berpeluang bertemu muka dengan Khir Toya semasa bershoping disalah satu toko tenun batik terkemuka disana. (Jumaat 2/12/2011)

Khir Toyo menghilangkan diri semasa PAU 2011..??

Hahahaha..... UMNO memang parti pangkat, kedudukan serta wang ringgit. Contohnya Khir Toyo yang tidak ambil kisah lagi tentang PAU setelah beliau tidak lagi mempunyai kedudukan serta pangkat lagi dalam UMNO.

Languan "Hidup & Maju Melayu" bergema di PWTC hanya untuk dimulut sahaja.

IJ Dude said...

Saya ni orang Melayu...Dah berapa tahun BN/UMNO memerintah, sama je. Tak pun perubahan pada saya (sebagai Melayu). Pada saya, saya sebagai orang Melayu boleh je berdikari tanpa bantuan kerajaan pemerintah/ UMNO (macam bangsa Cina & India). Masuk jugak "U" (siap keje part-time lagi untuk menampung yuran pembelajaran) & dapat jugak keje (keje dengan MNC lagi). Alhamdulillah!

Saya cuma tak faham kenapa Melayu nak harap sangat UMNO tu? Sebab boleh dapat subsidi? Duit? Projek? Tak boleh ker usaha sendiri macam bangsa lain di Malaysia ni? Pelik sungguh orang Melayu UMNO nih...

Anonymous said...

Hakikatnya itulah, bila tak dapat habuan, bila tak naik pangkat, bila tempoh kedudukan pangkat tak dilanjutkan, bila tak dapat projek, bila anak anak tak dapat biasiswa, bila diri sendiri pun tak berkelayakan kerana tidak mengambil peluang belajar secara serius, bila dia keciciran kerana cuai dalam pelajaran, dan tak mahu ambil peluang segala kursus dan kemudahan yang telah kerajaan (UMNO)fikirkan wajar untuk naikkan bangsa Melayu, mereka masih lagi lagi salahkan UMNO! Agenda Melayu telah lama berjaya dan buktinya ada golongan kelas menengah Melayu. Yang gagal bukan agenda UMNO untuk bantu tingkat taraf hidup Melayu, yang gagal adalah orang Melayu yg sakit hati kerana cari alasan kegagalan diri sendiri. Yang saya tahu pegawai-pegawai kerajaan kelas C atau B yang mengambil kelas lanjutan untuk kursus-kursus di universiti kebanyakannya tak sokong kerajaan UMNO. Dia lupa dia masuk belajar dan gunakan kemudahan kerajaan dan sanggup cilok kerja harian dipejabat hanya untuk agenda peribadinya, tetapi masih memaki hamun kerajaan. Tanyalah mana syarikat swasta yg boleh beri kemudahan semacam tu? Itulah kalau tak pandai menari kata tanah tinggi rendah! Melayu, MElayu!