Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.
Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang berpecah pada tahun 1988 dahulu.
Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu.
UMNO sebenarnya tidak boleh langsung menyalahkan mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. Kesalahan berada di pihak UMNO sendiri. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka kerana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana ‘culture’ yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu secara beransur-ansur.
Di mana sahaja UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsep pengswastaan serta ‘corporatization’ ciptaan Dr Mahathir dahulu.
Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.
Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkakan apabila perbadanan ini telah di pindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah pengurusan Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemimpin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air liur yang meleleh seperti anjing nampak tulang.
Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin ‘topple-menopple' dalam badan yang sangat kaya itu.
Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.
Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.
Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.
Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.
Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.
Buat setakat ini, peneroka hanya perlu hafalkan satu perbilangan, iaitu ‘ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.'
ATAU pun ingat kepada satu lagi, ‘peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi’.
13 comments:
Pemimpin umno ni melanun aje kerja mereka.
Isa Samad ni ingat dia boleh tadbir Felda macam dia tadbir NS dulu.
Isa patut pergi berehat, bukannya Zukkifli yang bercuti 8 bulan.
Isa patut pergi cuti 8 tahun....jahanam punya Isa
AA,
what you say is just spot on. When Felda was under Kem. Kemajuan Wilayah it was all ok.
Yang kesiannya peneroka. Mereka ingat Najib dan Isa buat kerja betul tetapi mereka tidak tahu wang mereka di perkosa oleh mereka ini.
nasib you all lah peneroka....dapat penyamun menjaga you all.
Najib dan Isa telah meminta TS Yusuf Nor dan TS Razali untuk menyakinkan peneroka dalam isu listing Felda ini.
Tindakan ini tindakan celaka. Nak suruh orang lain untuk mereka menyamun.
UMNO is defensive, and this party should be toppled.
But then the peneroka are the decision maker. Terpulang kepada mereka samada untuk terus di tipu atau tidak.
AA,
Bukan sahaja Felda. Pemimpin-pemimpin UMNO pun dah lama meleleh air lior melihat Bank Rakyat.
Puak-puak UMNO sudah memasang orang-orang mereka dalam Bank Rakyat. Bila pengerusi sekarang, Tan Sri Prof Syed Jalaluddin tamat kontrak, lingkup pulak Bank Rakyat...
Satu persatu institusi Melayu dibaham lalu dimusnahkan oleh UMNO Baru yang bertopengkan sebagai parti pelindung bangsa Melayu.
Pak,
Isn't it about time FELDA people and all those rural Malays to wake up to the piracy and thievery that's going on, that WILL clean-up "to the bone" everything the malays and Malaysian have? Haven't we seen enough what UMNO has done? The people in Kg Baru have seen what kind of greed motivated UMNO warlord disguised as The FT Minister and now, as expected (can we expect any less with Isa Samad as Chairman?)FELDA is the target of these LOCUST!
Some people are still arguing that the ABU campaign is too extreme and that there are still some aspect of good in UMNO. Well, one or two things for sure UMNO is good at which are piracy and good at ripping off people in broad daylight BUT those thing at not the kind of "GOOD" that the rakyat need. Most UMNO people are good muslim and kind too. Well, most Germans during the 1940s were good people too and most of them are kind BUT their silence and "follow the crowd" attitude were the main catalyst for the rise of the Nazi and Hitler. Yes, good and kind people who are silent and who turns a blind eye on corruption and crime are as guilty as those who perpetrated those corruption and crime. That's why the most basic duty of a Muslim according to the Prophet (S.A.W) is "Amal maaruf, nahi mungkar" which literally means that it's compulsory for ALL muslim to combat evil and spread justice and goodness! And as we have seen in UMNO during the last PAU, those thing are missing or in better term "expunged" from the mind and heart of UMNO leaders.
It's about time that all malaysian and UMNO members who still retain their conscience and faith to stand up those these pirate and thieves. The situation is dire for Malaysian and Malaysia. We cannot afford another term under UMNO (and BN) rule. And furthermore the call by TDM for the rakyat to vote BN because BN (actually he really meant UMNO) is proven capable to fulfill the need of the people is utterly... what's the right word?... Yes, it's utterly BOVINE EXCREMENT, just like UMNO's senator minister's claim that her family is able to successfully manage a cow rearing business and able to fulfill the demands of cheap meat product for Malaysian. Just like NFC was a total BOVINE EXCREMENT in it's operation and profitability, so is TDM claim that BN (UMNO) is proven to be a good fulfill-er of the nation needs. Both are actually proven to be "BOVINE EXCREMENT" and nothing else!
Still think ABU is too extreme or unnecessary? I hope and pray that most Malays won't finally come to the realization on it's importance at a time when they are sending their daughters and sons to work as maid and construction worker in Indonesia or Vietnam or Nepal even! Think hard and don't wait too long to decide because our children might curse our stupidity and stubbornness long after we are dead and buried! I do not want that fate befalling me (my children's children cursing me) so I've already set my mind on "ABU" and so should all Malaysian!
Nick.
nick,
ABU campaign is not extreme. BUT what UMNO does to the people and stripping of public funds and assets is much more extreme.
It has gone beyond apprehension and we are responsible to correct it not those thievery leaders.
Thnx.
Pak Aspan,
Semua ini amalan UMNO Baru- pertubuhan DKK yang mewarisi secara haram pertubuhan UMNO tulin yang di kuburkanya.
Penyenarian FELDA ini cetusan KJ(-ECM Libra ( DKK tgkt 4 menantu Imam Islam Hadhari).ECM diterajui Penerusinya DKK.Waktu itu Temasek sudah sudah bersedia untuk merebut saham FELDA.ECM libra dijangka mengaut untung dan komisen berlipat ganda. Tetapi malangnya mertua sudah ditumbangkan.
PM sekarang yang dayus( boneka PM DKK pun katanya dia pun ada sedikit DKK) pasti akan menghancurkan FELDA kerja bapanya.Beliu dikelilingi oleh penasihat lintah2 darat(siasatlah siapa penasihat2 rapat beliu - bukan PTD) dan Yahudi sebagai penasihat.Katanya bolanya dua didalam poket Isa Samad yang meyimpan bukti kegatalannya diPD.
Turut akan lingkup EPF. FELDA Global Ventures banyak berhutang degan EPF.Syarikat kroni (NAZA- juga DKK) dikatakan mendapat modal percuma dari FELDA untuk membangunkan pejabat mencakar langit FELDA yang tidak diperlukan.Peneroka FELDA dan rakyat Malaysia akan gadai dan dihamba abdikan untuk beberapa keturunan bagi menebus Felda Global dan segala kerakusan UMNO Baru ini.
Inilah angkara ahlak buruk pentadbiran United Mamak(DKKerala) Nasional Organisation(UMNO Baru). Mereka sering mengambil Yuhudi dan Freemason sebagai penasihat.Katanya PM dulu-DKK hanguskan RM350 billion.Sekarang menjadi penasihat untuk melebur PETRONAS. Memerah PETRONAS untuk megkayakan anak2 dan kroni.Setiap tahun PETRONAS memberi susidi RM20 bilion kapada IPP kroninya. Syarikat ASN yang berpotensi pernah dipindah milek kapada kerabat.
Bank Negara hangus RM30bil-ditangan penasihat (kemudian Menteri Keuwangan)- juga DKK,Maminco hilang RM1.2 bil- CEO DKK, NFC tibai RM250 mil- Menteri DKK.Polis yang menghalakan rompakan ini pun DKK.Khazanah Melaka tidak kurang dikebas oleh saorang thamby.Kampung Baru KL akan menjadi sejarah.Berjuta ekar tanah rizab Melayu di leburkan. Tulisan Jawi di hapuskan.Bahasa Melayu diketepikan. SAR dipinggirkan.Telaga Minyak/Gas dipinggiran Kelatantan di serah kapada Siam.Singapura dilepaskan.Tanah KTM diserahkan. Melayu Islam di Memali dibunuh beramai2.Terlalu banyak contoh jenyah UNMOBaru untuk saya senaraikan.
Melayu Islam yang makin dilalai dari ajaran Islam dengan candu dan berbagai hiburan (kalau dulu kain pulikat sekarang RM 100.00 atau RM 500.00)dan penglipur lara tajaan pentadbiran UMNO/DKK. Pasti Melayu akan musnah ditangan juak2 keturunan Mendaliar, yang berakhlak buruk rakus dan buas ini. Melayu Islam tidak akan hancur dek kerana DAP,Karpal Singh (India),Kit Siang atau Lee Kuan Yew(China).Sudah ramai menjenamakan atau melebelkan UMNO Baru ini sebagai pertubuhan munafik perjuangkan Melayu.
Berwaspadalah.Tiada pilihan.Sokonglah ABU.Kubur sahaja UNMOBaru ini di PRU 13.
Saya perhatikan masih ada dikalangan orang Melayu yang masih sayangkan UMNO dan kasihankan UMNO.
Make sure UMNO is in the defensive mode in the next election. Jangan kasihan. No mercy ..
Kuburkan. Bagi pukulan K.O walaupun mustahil. Tunjukkan kekuatan kita ..
Assalamu'alaikum, saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Tahniah dan terima kasih! Teruskan berkarya atas tiket kebenaran sebegini. Semoga usaha murni ini beroleh pertolongan-Nya jua, insha Allah.
Ya, FELDA sememangnya satu-satunya agensi yang kini masih aktif. Malah, jasanya terhadap hasil pertanian bukan sedikit; malah, dengan cetusan idea penubuhannya selepas merdeka, setidak-tidaknya, masyarakat tani kita bukan sahaja memberi kita makan dan minum, malah, turut menyumbang terhadap pengeluaran komoditi seperti getah dan kelapa sawit.
Namun, sayangnya, inilah budaya cetusan UMNO hari ini: Bila maju, "semuanya kerajaan (menteri, khasnya)." Tidakkah mereka menghayati senikata dan lagu nyanyian duet Ramli Sharif (maaf, kalau salah eja) dan A Romzi: Bukan Kerna Nama? Antaranya: (Izinkan saya menukilkan baris "chorus" pada lagu tersebut):
Dengar wahai teman,
Dengarkan bersama,
Aku mnulis bukan kerna nama;
Kerna sifat kasih pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangku ...
Kita sama, semuanya sama,
Apa yang ada, hanyalah kehidupan.
Atau, lupakah mereka akan ibarat dan tamsil yang dicetuskan pada lagu berikut ini, nyanyian Dato' Sharifah Aini (Maaf, saya terlupa akan judul lagunya):
Bila saja engkau menghampiri,
Burung lain terbang lari,
Kau merasakan dirimu gagah,
Hak yang lain tak kau endah,
Mengganas engkau di angkasa ...
Justeru, secara jujurnya saya ingin katakan, walaupun saya tak mampu melihat, setidak-tidaknya Dia menganugerahkan saya hati dan perasaan. Dengan itu, saya berpendapat, segala yang terjadi dalam UMNO hari ini, tak lain dan tak bukan, bala yang dicetuskan Mahathir Mohamad, khasnya apabila dia secara semberono, berani mengecam hukum Allah secara terbuka hanya kerana perbezaan fahaman politik. Maka, adakah adil baginya sebagai mentor UMNO menyuruh individu tertentu sahaja yang dikatakan terpalit "scandle" letak jawatan, sedangkan dia sendiri masih bebas? Lupakah dia dan kuncu-kuncunya kini, UMNO berpecah pada 1987 setelah Tragedi Memali, Baling, satu setengah tahun sebelumnya? Nah, tibalah masanya, untuk keadaan dan situasi ini, bagi seluruh warga FELDA, bersatu di atas kalimah mentauhidkan Allah dan menjunjung kebenaran universal, meneguhkan pengurusan yang sedia ada dan menerajang ke bawah selainnya yang sama sekali tidak berkelayakan!!!
Akhir kata, jutaan terima kasih di atas penyiaran sekian banyak ulasan saya sehingga kini, dan jangan lupa untuk menapis apa yang tidak selayaknya. Insha Allah, saya akan belajar daripada kesilapan kiranya saya benar-benar dimaklumkan.
Terima kasih.
Sdr.AA,
umno Baru akan ambil peluang 5 tahun ini sahaja untuk kebas duit rakyat,kerana mereka tahu lepas tempoh itu malaysia akan jadi BANKRUP.mana2 lubuk mas mesti di kerjakan sekarang.Lepas itu pandailah PR untuk basuhkan tahi mereka.Fikirlah dengan matang,sokonglah ABU untuk selamatkan duit yang masa ada lagi. Janganlah kita disumpah olih anak, cucu kita kerana TAKSUB dengan UMNO baru ini. Umno baru ini ialah (united mamak national organisation.)
Pak Aspan,
Benarkah tidak ada Akta untuk kita menyita balik mana2 pendapatan yang diperolehi dengan cara yang tidak sah atau merugikan kerajaan. Jadi selepas PRU13 mana2 pegawai kerajaan atau ahli politik atau ustaz dan imam2 yang terima duit secara meragukan perlu disita harta mereka. Misalnya syarikat yang mengenakan cas perundingan yang terlalu tinggi akan di minta membayar cukai perkhidmatan yang mereka terlupa bayar! Mana2 pegawai kerajaan yang gagal menjaga kepentingan kerajaan akan diminta bekerja dengan percuma!
saya pernah mendapat maklumat drpd teman saya mengenai UMNO bahawa parti tersebut pernah terkubur dan telah diharamkn suatu masa dulu...
tetapi,parti tersebut telah 'dilahirkn' semula sejak tun dr mahathir mohd menjadi pm..
ini bermakne UMNO pd masa ini adalah tidak sama seperti UMNO waktu dulu...
Anon 13 December 2011 17:21:00 GMT+08:00
Laaa...kemana hangpa pi menghilang selama 23 tahun ni.Hang ni rakyat malaysia tulin ke atau pati indon yang baru dapat kerakyatan baru-baru ni?
Yang sebenaqnya UMNO ia itu United malay national organisation yang ditubuhkan oleh dato onn dulu telah dimatikan oleh TDM pada tahun 1987 lagi.
Lepaih tu TDM buat parti baru namanya UMNO juga tapi nama panjangnya : United Mamak National Organisation!
Bole paham kaaa...
wak kassim
Post a Comment