12 December 2011

Kalau Malaysia jadi seperti Singapura, apa yang Ezam takutkan?

Senator Ezam Mohd Nor berkata kalau PR memerintah PR akan dipengaruhi DAP dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Apa maksud beliau susah hendak difahami dan itu tidak menjadi hal, kerana UMNO memangnya sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya selalu bercakap yang susah hendak difahami oleh orang ramai. Apa yang tidak eloknya di Singapura itu mungkin Ezam sahaja yang tahu.

Apa yang Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia tidak lagi kaya rasuah seperti di Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia akan menjadi negara maju jika negara ini menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi negara yang mempunyai kepimpinan yang beretika dan pemimpin-pemimpinnya tidak berlumba-lumba untuk menakluki segala harta kekayaan negara?

Atau mungkin kah Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura pemimpin-pemimpinnya terpaksa menjadi pemimpin-pemimpin yang berdisiplin dan penuh dengan etika kerja yang tinggi? Elok bertanya kepada Ezam, adakah beliau akan merasa kerugian jika tidak ada lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang menggunakan pengaruh dan kuasa untuk mendapatkan pinjaman kerajaan dalam jumlah ratusan juta ringgit?

Wang yang sepatutnya digunakan untuk membiayai perniagaan lembu itu digunakan untuk membeli kondominium dan Mercedez walaupun pengerusi syarikat itu mengakui yang perniagaannya belum berjalan lancar. Kalau Malaysia menjadi seperti Singapura ini kah yang amat ditakuti oleh Ezam?

Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura PMnya tidak boleh lagi menggunakan wang berbillion ringgit untuk menyelamatkan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaannya?

Kenapa Ezam takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura kerajaannya tidak mengamalkan rasuah? Atau Ezam takut Malaysia akan menjadi financial hub jika negara ini menjadi seperti Singapura? Atau Ezam takut jika tidak ada lagi pegawai penguat kuasa rasuah dari MACC tidak lagi tertangkap merompak penggurup wang di KLIA?

Jika Malaysia menjadi seperti Singapura ramai berkeyakinan yang tidak akan berlaku ibu segala rasuah seperti isu PKFZ yang melibatkan jumlah wang rakyat yang berbelas billion ringgit yang mengaitkan pemimpin UMNO Selangor dan ahli jemaah kabinet Persekutuan dari MCA dan UMNO? Adakah ini yang Ezam takutkan?

Saya rasakan jika Malaysia jadi seperti Singapura tidak akan terjadi seorang setiausaha politik menteri ditangkap dengan wang tunaiRM2 juta di pangsapurinya di P Pinang. Ezam takut jika perkara seperti ini tidak berulang lagi?

Apa lagi Ezam. Apa yang saudara takutkan? Cuba cerita sikit. Orang ramai di negara ini semuanya bodoh. Dah saudara yang pandai boleh tolong beri sedikit jawapan?

42 comments:

Anonymous said...

Sah ! Lu mmg barua cina

Orang Miskin Mersing said...

Pak Aspan,

90% komentator dalam posting-posting Pak Aspan telah membuat pernyataan bahawa UMNO Baru sekarang sedang menjarah khazanah negara dan hak rakyat secara besar-besaran sebelum PRU13.

Benarlah yang saya dan rakan-rakan jangka sejak PAU2010 lagi.

Kali ini nampaknya kena sembelih semua lembu-lembu dengan mamak-mamak penjaga lembu tu sekali..

Anonymous said...

sejak dulu lagi, bila saya tengok muka si ezam ni, saya dah tahu dia ni cunning punya orang.tanya rakyat malaysia, betul atau tidak

Anonymous said...

Jika Malaysia menjadi macam Singapura...,

maka Ezam tidak berpeluang mempunyai kotak-kotak ajaibnya yang mempunyai kes-kes rasuah pemimpin UMNO...

Ezam juga mungkin tak mampu mempunyai banglo mewah di Shah Alam...

... dan Ezam tak mungkin menjadi seorang senator!!

Anonymous said...

Kalau ko nak tau ape ezam maksudkan ialah lembu mcm ko nie kalau dah berbangsa melayu mmg makan sampah la kat singapore,ko jangan harap dapat pegang jawatan tinggi tinggi walaupun kelulusan ko tinggi bahalol,.nie la org kate,tak tau tanye.jangan nak sedap je ckp,gua rase lu nie org kelantan la,sampah masyarakat betul

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Hebat! Teruskan! Adakah yang saudara maksudkan, Ezam Mohd Noor, yang suatu ketika dulu pernah menganggotai PKR? Kalau benar, jelas dia seorang pembelot; orang seperti itu tak boleh dipercayai. Namun, cukuplah baginya untuk melontarkan 1001 macam kebimbangannya agar dia penat menulis ...

Setakat pengetahuan saya, Singapura merupakan antara negara yang indeks korupsinya antara yang terendah di dunia. Juga, dari segi kecekapan urus tadbirnya, negara itu memang terkenal cekap dan "efficient". Malah, kalau tak silap saya, Singapura turut mengalami iklim perubahan politik baru-baru ini, di mana PAP yang memerintah sejak perpisahannya dengan Persekutuan Malaysia tahun 1965 turut dijatuhkan Parti Buruh dan pakatan parti campurannya bersama gerakan/parti lain.

Justeru, jika sekadar takutkan hilang kuasa raja, sudah tentu negara itu sebuah republik. Malah, kitalah sebenarnya yang patut dipersalahkan ketika era perpisahan itu, kan? Nak kta kurang kebebasan, rasanya tak pernah dengar pula ... Justeru, apa lagi yang dia nak bimbangkan sangat? Malah, UMNO-lah sepautnya mencermin diri mereka dulu sebelum menunding jari kepada orang lain, khasnya barisan patriotis yang jarang dihargai pandangan dan nasihat mereka, hanya kerana berstatus "PEMBANGKANG". Benar, kan?

Akhir kata, terima kasih berulang kali atas keizinan untuk saya berkongsi idea; semoga perbincangan ilmiah sebegini bermanfaat kepada kita bersama, insha Allah.

Anonymous said...

If Malaysia becomes another Singapore
there will no more people like you Ezam, no more party like UMNO,no more wastage of the tax payers money and of course the country will prosper. To make the dream comes true, ABU in the coming GE

Anonymous said...

orang melayu kena tindas la gok,

Anonymous said...

Orang UMNO yang bongok kat atas2 tu. Orang Melayu Singapore lebih kaya dari Melayu di Malaysia la ngok. Orang Melayu dari Malaysia yang berduyun-duyun setiap pagi naik motor pergi kerja di Singapore la ngok. Dasar orang umno memang bongok.

Anonymous said...

Kalau Malaysia jadi macam Singapore, pasti Melayu akan merempat, YA! Melayu UMNOOO yang selama ini kerja mereka merompak khazanah negara kerana tak pandai buat kerja secara jujur, kerana mereka ini tak mungkin mampu bersaing. Melayu UMNOOO yang cakapnya berdegar-degar membela bangsa tapi bila dapat jer kontrek lari terkengkang-kengkang cari tauke China serah projek jadi Ali Baba. Melayu jenis ini akan merempat walau negara ini jadi Singapore ke jadi Kuwait ke atau jadi England. Tapi elok juga bangsat-bangsat perasuah ni MAMPOS kera semasa hidup pun membebankan negara. Bila dah mampos bangkai mereka boleh kasi makan biawak! Melayu Ezam pulak kita ambil kotak-kotak rahsia yang dia sorok dulu dan hempas atas kepala beliau biar terus bengong sampai ajalnya....

Anonymous said...

lebih baik menjadi melayu di Singapura dari jadi melayu yang pekakkan telinga, butakan mata dan bisukan mulut terhadap korupsi dan salah laku pemimpin UMNO yang kononnya membela nasib melayu... Melayu apa tuh.. kayu!!!


shah

samaling, sembawang said...

I am a middle age Singapore Malay. i am totally disillusioned by Malay politicians in Malaysia taking us Singpore Malays as your yardstick of failures.

I am indeed disappointed by you Malays in Malaysia thinking that we are failed race.

We are independent Malay who don't lean our lives on doles and cash disbursed at election time.

Can everyone of you in Malaysia just leave us alone? ..for heaven sake?

Anonymous said...

I am an ex Singaporean mid aged Malaysian Malay.
I have never regretted crossing over,not even for one second.

Anonymous said...

Salam Pak AA.

Malaysia tidak perlu jadi Singapura seperti yang disarankan oleh Ezam.

Dalam PRU 13 rakyat Malaysia yang berbilang bangasa patut sangat memilih kerajaan baru menggantikan kerajaan UMNO/BN yang serba kurang dari semua nilai dan kualiti demokrasi,keagamaan, pengurusan,keadilan,dan kemanusiaan sejagat.

Kerajaan baru pula bila sudah dapat mandat dari rakyat untuk memerintah, mereka bertanggung jawab membuat perubahan dengan ikhlas dan jujur untuk menjadikan Malaysia negara "Malaysia Baru" mengamal nilai dan dasar demokrasi yang tulin, berkualiti (memuaskan kehendak rakyat jelata), adil, dan menyediakan ruang terbuka untuk rakyat memberi input positif untuk terus maju kehadapan.

Malaysia dan rakyat Malaysia perlu berubah dari segala yang negatif dibawah naungan UMNO/BN kepada "Malaysia Baru" dibawah kepimpinan baru yang adil dan berkebajikan.

Double Y said...

Haa kepada siapa yg kutuk Melayu Singapore tu pergi siasat sendiri jgn serkap jarang jer... klu btul UMNGOK ni memperjuangkan bangsa melayu saya cabar bagi royalti minyak kat rakyat Kelantan yg 90% penduduknya org Melayu...buka lah minda dan buat perubahan..time 4 change...

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Mereka yang enggan faham maksud tersirat tuan itu terasa marah kerana memandang tuan sebagai pendukong DAP yang sudah di labelkan sebagai pewaris PAP di Malaysia.

Saya tidak setuju dengan perbandingan sesama jiran. Bilakah kita mahu berubah dari menjadikan jiran kita sebagai momokan? Adakah kerana pemimpin Singapura pernah dan kerap menjadikan Malaysia sebagai momokan menyebabkan kita pun boleh memomokkan jiran kita. Nak tiru Singapura pun biarlah tiru yang elok.

Sebagai anak Johor yang mempunyai ramai saudara mara belah ibu saya di Singapura, kehidupan di sana tidaklah teruk benar sehingga Ezam boleh menjadikan ianya sebagai seperti ugutan pada rakyat Malaysia dan tidaklah juga sempurna benar hingga seolah olah tiada cacatnya pemerintahan mereka itu. Saya rumuskan pengalaman di kedua negara ini (Malaysia & Singapura) dengan 'jika dilahirkan semula pun saya akan memilih dilahirkan di Malaysia'. Kita baiki negara kita tanpa perlu libatkan jiran kita.

Mungkin Ezam belajar dari bekas ketua dia dahulu dalam bab perbandingan ini. Inilah mentaliti sebahagian besar ahli politik kita. Dalam membuat perbandingan pun berpilih pilih.

Anonymous said...

sy setju ngan komen di atas nie..jgn la buat perbandingan..

Anonymous said...

Ada pengomen kata melayu singapura makan sampah? Kalau ianya benar memang patut pun. Tapi malangnya sekarang melayu malaysia pun makan sampah... ni apa cerita? Sepatutnya di malaysia cina dgn mamak yg makan sampah.

Kenapalah bangsa melayu ni dilahirkan bodoh-bodoh belaka?

Taib said...

I am a Malaysian residing in Singapore. Saya cari makan di sini AA.

Saya sudah lama cari makan di S'pore dan saya faham sedikit tentang Melayu kedua-dua buah negara berjiran ini.

Malaysian Malays are unsecured lots. Singapore Malays are more industrious.

Malaysian Malays have big attitude problems including their leaders. I am not wrong to say that Malays in Malaysia have to change their mind set OR they will never be there in next decade. serious.

Anonymous said...

We don't have to use singapore as a yardstick. Create our own history.. Trust me, given our rakyat, we can definitely do better. Of course, b4 that happens, we need to clean up. By cleaning up I mean reform. If bN can clean up, it will b good for every rakyat, but we already knew, bN will never clean up. Why not start anew with PR? Malays need not worry bout the Chinese. We r all born in this country, there r no reasons they will want to see this country fall down. If we can look beyond each intention and at the bigger picture, God willing, we can be a very proud & successful country.

loveMyKris said...

to Anon 12 December 2011 23:10:00 GMT+08:00

Sah ! Lu mmg barua umno

Quiet Despair said...

Just fed-up with our people glorifying Singapork.
Can't we compare ourselves to other nations.
Unsecure kiasu people who always want to be one-up
We divorced Singapore, so good riddance.
I like nothing about Singapore except Changi Airport. That too is for transit to other countries.

Anonymous said...

Quiet Despair is the parrot of UMNO.

hah! said...

Antara selesa atau maju.......saya pilih selesa. Biarlah negara kita tidak maju, tapi selesa.....tiada ISA, tiada peraturan yg begitu ketat (sampah contohnya!), parti pembangkang yang lebih kuat dan lebih bebas!

Firdaus Zin said...

ezam..ezam..tak pernah berubah..
kotak, katak, kutuk..dari umno, pkr, umno balik..

bacalah laporan Ketua Audit Negara tentang P.Pinang yg ditadbir DAP,

kapir laknat yg makan khinzir ni lagi telus daripada pemimpin melayu yang makan kurma siap dengan doa buka puasa..

Anonymous said...

Mau tak takut, antara barisan depan yang akan dibicarakan, kalau mahkamah juga ikut kaedah Sing. dalan masa 6 bulan sattle boleh makan nasi kawah.myi

Anonymous said...

Ayoyo, why malay singapore versus malay malaysian jadi isu besar kat sini?

DAP is a chauvinist la

Unknown said...

Assalamu'alaikum dan salam bahagia, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

Terima kasih sekali lagi atas penyiaran komentar saya yang dah sekian banyak. Juga, maaf kerana menghantar komentar sekali lagi atas tajuk ini.

Nah, apa yang ingin saya katakan, berdasarkan sekian banyak komentar dan ulasan yang saya baca, jelas menyokong apa yang saudara katakan, sekaligus menyaksikan kemarahan massa terhadap situasi semasa. Memang benar, sebelum kita kutuk orang, lebih baik kita cermin diri dulu. Justeru, benarlah kata pepatah: "Kuman di seberang laut, nampak; gajah depan mata ..." Begitulah yang boleh saya simpulkan atas apa yang berlaku saban hari di bawah kerajaan yang ada sekarang.

Umpamanya, sehingga kini, tongkat putih yang begitu mudah dibuat pun, untuk OKU penglihatan, masih diimport, apatah lagi nak bangunkan infrastruktur IT! Untuk pengetahuan semua, ketika saya menulis ini, saya masih bergatung kepada enjin penutur (speech engine) USA untuk membaca teks Bahasa Melayu; walhal kita dah ada "Cyber Jaya", Putrajaya, dan 1001 macam jaya lain ... Tapi, apa manfaatnya buat kami? Itupun, mujur dah biasa dengar, dan loghatnya pun tidak terlalu "americanish". Sekurang-kurangnya, dengan adanya enjin penutur sebegitu, kita turut mampu melonjakkan bahasa kita ke peringkat antarabangsa. Bukankah ini juga suatu kebanggaan negara?

Juga, sejauh manakah kerajaan melalui kementerian/agensi berkaitan membela nasib dan maruah kami, sedangkan ada di antara kami yang terpaksa berjaja jalanan, juga terpaksa "mengemis" demi sepinggan mee hoondan teh tarik? Adakah cukup dengan merangka dasar 1% quota pekerjaan untuk OKU sudah memadai, walhal entah mereka benar-benar punya data yang sestematik lagi tersusun akan kelayakan akademik serta bakat kami untuk diserapkan ke sektor pekerjaan yang selayaknya? ? Menyebutkan yang berjaja jalanan, mereka terdedah kepada risiko, yang mana kita lihat saban tahun, jenayah semakin meningkat lagi membimbangkan? Sejauh manakah juga hubungan di antara para menteri dan golongan berstatus "berjaya" di kalangan kami ke arah merealisasikan perubahan? Adakah cukup sekadar berdialog dengan kertas berhelai-helai dan berforum di atas pentas dengan bersaksikan tepuk sorak orang ramai yang buta terhadap nasib kami, kemudian memuja-muji para pencetus dasar melangit?

Justeru, seandainya pihak yang beriya-iya takutkan Malaysia jadi seperti Singapura punya hujjah dan alasan kukuh, kita insha Allah boleh terima. Tetapi, jika sekadar gimik dan kerana takutkan bayang-bayang ngeri seperti yang pernah terjadi kepada negara-negara jiran kita, umpamanya, elok sahaja mereka turun takhta dan beri peluang orang lain pula jadi kerajaan. Kemudian, jika yang baru tu pun tak pandai, barulah ketika itu, kalau nak rampas balik takhta tu, dipersilakan dengan segala hormatnya. Akhirnya, yang baik dan sempurna itu adalah Allah jua; kita janganlah sesekali berlagak kononnya "Akulah segalanya, pilihlah aku. Tak pilih aku, rosak bin jahannam ..." Maaf sekali lagi seandainya terdapat unsur yang kurang elok, dan tapislah agar blog semulia ini tidak diperlekeh para musuh Allah.

Terima kasih.

Red Alfa said...

Salam Saudara Aspan

Sangat menghairankan ada komen sejurus membaca blogg saudara ini cepat sungguh dapat mengesahkan bahawa Saudara Aspan adalah barua cina!

Pada saya lojik yang digunapakai itu memang banyak pada blogger-blogger yang berpenyakit dengan pemikiran dan gaya pelampau.

Kian ini ternampak berlebihan sepertimana yang banyak dipertunjukkan dengan perangai dan cara membuta-tuli di PAU 2011 dimana dia bergarang megah dengan satu jari menunjuknya kepada orang DAP dituduh chauvinist dan racist tidak tersedar diri tiga jarinya menunjukkan pada diri.

musafirdidunia said...

Salam Tuan Haji Aspan,
Saya rasa sebab musabab Ezam takut ialah kerana dia akan jadi manusia balik dan tidak lagi jadi ong ong (katak) atau mungkin juga akan jadi oink oink (****) pulak.

Naufall Adif said...

tak nak malaysia dikuasai oleh cina, tak nak konsep sama rata seperti singapura, tak nak islam sudah tidak diiktiraf sebagai agama rasmi dan bahasa melayu sudah tidak menjadi bahasa rasmi. tak mahu hak bumiputera dihilangkan dan disamaratakan. pegi stadi misi dan visi dap, diorang tak pernah gugurkan malaysian malaysia diorang

btw pernah pegi singapore tak? nak cari surau pun susah,kalau harap nak solat kat shopping complex mmg xde harapan sbb agama islam dah tak kuat, mahu malaysia jadi macam tu??

Anonymous said...

Salam Pak,

Dulu jika ada Perhimpunan Agung Umno (PAU) saya tak miss mesti hadir. Dulu saya di cawangan umno peramu jaya. Itu dulu.

PAU hari ini mengingatkan saya filem alibaba dgn 40 penyamun. Penyamun-penyamun dalam filem alibaba akan berhimpun didalam gua selepas setiap kali selesai menyamun. Didalam gua tersebut penyamun akan mengagih-agihkan hasil samun dikalangan mereka. Setiap kali agihan dilakukan ada saja yang tidak berpuas hati. Ada yang menjerit, terpekik, terlolong kerana merasakan hasil rompakan masih tidak cukup untuk mereka. Keputusannya, mereka berikrar, bersumpah akan menyamun dengan lebih banyak dan rakus lagi. Bunuh, bakar, dera, cela, rogol,hina, liwat,fitnah, tuduh sesiapa saja yang cuba menghalang. Biar gempaq satu kampung betapa terrornya mereka. Biar semua orang takut dan gerun dengan kekejaman mereka.

Hari ini penyamun-penyamun tersebut berhimpun beramai-ramai tapi kali ini di gua PWTC. Dengan mengamalkan kaedah yang sama dan masih tidak berpuas hati dengan hasil rompakan mereka. berebut-rebut, tamak, menjerit-jerit apabila agihan masih tidak dapat memenuhi perut mereka. Pendekkan cerita; Seperti biasa Ketua lanun mengarahkan Timbalan Ketua Lanun untuk mengenalpasti lokasi-lokasi dengan membuat 'pangkah' lokasi-lokasi termasuk EPF, Khazanah, Felda, MAS, PKFZ, dan sebagainya Untuk dirompak. Siapa halang,cerca, fitnah, liwat, bunuh mereka,guna C4, jika masih tidak menakutkan guna Mahkamah, AG, Polis, SPRM, SPR, Imigresen, ISA, Auku. Biar mereka sedar siapa ketuanan lanun selama ini.

Maka selepas arahan Tok Ketua yang maha bijaksana maka seluruh penyamun-penyamun yang berada di PWTC terus berpesta sakan meraikan kegemilangan nenek moyang mereka.

Lingkup Negara.

Drp; Zuki Ahmad

Anonymous said...

For Quite Despair,
Very soon U can only compare Malaysia
to Zimbawe or other failed states.But do U care? U and your Umnoputra lots can only survive on handouts and through abusing the country's resources as well as rakyat's money. U can't bring your ill gotten wealth to your grave.

saji said...

AA

Apakah agaknya reaksi orang UMNO tok tok seperti Ezam kalau kita kata, Malaysia akan jadi negara Portugal jika terus diperintah oleh UMNO.

Anonymous said...

Ezam ! Apa yang UMNO pi tolong sangat kpd org Melayu di Kelantan dan Terengganu? Selama 54 tahun memerintah apa yg hebat sangat org Melayu disana dapat...tak payahlah nak compare dgn Spore comparelah dgn nasib org Melayu Penang yg selama ini diperintah oleh BN...apa yg org Melayu Penang dpt dibawah Gerakan dan UMNO? Yg kaya dan senang hanya orang UMNO bukannya orang Melayu !! Ada faham ke dude?

Rgds/Hussein Ponn

Anonymous said...

Pak Aspan,
Ezam tu sendiri berasa hairan atas kabodohannya. Itulah akan terjadi kepada manusia peliharaan/ternakan UMNO.

Saiful Indera said...

Saya sedih, di mana-mana blog yg saya singgah, koen-komen dari mereka yg pro-Umno cenderung menggunakan bahasa kasar, kotor, carut, kesad dan maki hamun. Kenapa sangat biadap ya? Tak boleh ke berbahas seperti insan Muslim yg berhemah dan manusia bertamaddun? Apakah golongan yg saya maksudkan itu tidak berpendidikan?

Saiful Indera said...

Saya sedih, di mana-mana blog yg saya singgah, koen-komen dari mereka yg pro-Umno cenderung menggunakan bahasa kasar, kotor, carut, kesad dan maki hamun. Kenapa sangat biadap ya? Tak boleh ke berbahas seperti insan Muslim yg berhemah dan manusia bertamaddun? Apakah golongan yg saya maksudkan itu tidak berpendidikan?

saji said...

Naufall Adif

Kita tahu UMNO banyak buat masjid dan surau, angkat bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan gubal DEB untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

TETAPI

Bukankah di Malaysia sudah terlalu banyak masjid dan surau hingga melebihi jumlah orang Islam yang rajin sebahayang di masjid atau surau? Bahkan ada masjid yang dibina diTerengganu yang tidak boleh dilakukan solat Jumaat?

TETAPI

Tidakkah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di bawah pemerintahan UMNO yang seadanya boleh dipersoalkan?

TETAPI

Tidakkah DEB telah digunakan oleh orang2 UMNO untuk mengkayakan diri mereka masing2 dengan cara yang salah?

saji said...

Saiful Indera

Tak munasabah pengomen di kalangan orang2 pro -Umno golongan tidak berpendidikan.

Sebanarnya, bila mana mereka tidak mampu menjawab hujah2 yang rasional tentang kesalahan dan kesilapan Umno yang ada kaitan dengan pelaksanaan dasar yang Umno gubal dan perjuangkan seperti DEB khasnya mereka akan menjadi tidak rasional dalam membalas hujah termasuk cenderung menggunakan bahasa kasar, kotor, carut, kesat dan maki hamun.

Zamirul Adam Wuran said...

no way malaysia akn jd spt sgapura, dkuasai olh cina sbb kt sini mlayu adlh majoriti. confirm la sgapura dkuasai cina sbb cina adlh majoriti d sana. haiiya... xkn yg tu pn x blh pikir. klu pun cina yg jd PM msia, msuk akal ke dia nk mnindas org mlayu?? undi mlayu adlh undi majoriti. ape dah.. cina ke, india ke, yg pting dia seorg pmimpin yg jujur & bwibawa, itu lbih baik dpd mlayu yg mgaku bernabikan Rasulullah SAW tp kaki rasuah...

Anonymous said...

Naufall adif, I doubt u r a true Moslem. I'm saying that based on ur posting, full of sedition n umno propaganda. You fight for ur race, which u think is above religion. You hate the Chinese n other races? Why is the hatred so deep? Did they killed any of ur relatives or family? Pls understand if u can't accept the "pendatang", how would u advise them to do? They r born in d country n hv not known any country except their beloved Malaysia, how can u n ur group of ppl curse them like they deserves it?