Perhimpunan Agong UMNO yang baru selesai ini menampakkan kepada kita segala niat dan matlamat UMNO serta pimpinannya yang sebenar. Bermula dari ucapan Timbalan Presidenya semasa perhimpunan 3 sayap parti pada selasa lepas membawa kepada ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO sehinggalah kepada ucapan penangguhan persidangan pada sabtu yang lepas semuanya penampilan parti yang .’desperate dan panicky’.
Seperti biasa agenda Melayu menjadi isu yang terbesar seperti perhimpunan-perhimpunan sejak UMNO mula berkecai selama lebih dua dekad yang lalu. Isu agenda Melayu ini pada saya hanyalah merupakan umpan yang ampuh untuk memerangkap orang Melayu untuk dipergunakan bagi pemimpin-pemimpin parti yang sentiasa lapar kepada kuasa tetapi tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang memberi mandat itu.
Isu agenda Melayu ini memang isu yang tidak pernah tertinggal dalam Perhimpunan Agong UMNO atau dalam mana-mana convention parti dan selalunya pemimpin terutamanya Najib akan mengeluarkan dari mulutnya segala istilah-istilah serta acronym acronym yang hebat-hebat tanpa memahami apa yang beliau katakan. Program transformasi ekonomi (PTE) merupakan sebutan seperti menyebut nama cucu oleh seorang atuk, tetapi semua orang tahu dan merasakan yang setakat ini tidak ada satu pun lagi PTE yang sedang berjaya dilaksanakan.
Orang Melayu masih lagi terkial-kial dalam bidang ekonmi dan orang Melayu hanya dilekakan dengan wang bantuan sekolah sebanyak RM100 bagi setiap murid sekolah. Pegawai kerajaan hanya mendapat bonus RM500 dan jumlah increment yang di naikkan dalam angka yang tidak berapa ringgit sahaja. Jumlah ini dibayar untuk mendapat undi dan kuasa yang pasti akan di salah gunakan akhirnya.
Perwakilan yang datang dari seluruh negara di hiburkan hanya dengan lawak jenaka pengerusi tetap dan tepukan gemuruh perwakilan untuk menghiburkan pemimpin besar mereka. Pemimpin besar pun rasa terhibur dan terus mengumumkan yang UMNO sudah pulih kerana perwakilan berjaya menghiburkan pimpinan di atas pentas perdana dalam PWTC.
Isu lembu pun terus senyap sedangkan ia merupakan isu yang membuktikan bagaimana keluarga seorang pemimpin dan ahli jemaah menteri menggunakan pengaruhnya untuk kerajaan memberikan pinjaman mudah beratus juta ringgit untuk di selewengkan dan bukannya untuk membina bidang pertanian untuk kebaikkan negara. Isu lembu ini telah selesai dengan Shahrizat menyinsing lengan sahaja. Shahrizat tidak payah menyinsing kain, cukup dengan menyinsing lengan….semuanya jadi beres. Percayalah Shahrizat akan tetap turun sebagai ‘winnable candidate’ dalam pilihanraya yang akan datang.
Yang anehnya pemimpin yang begitu berpelajaran pun terpengaruh dengan budaya yang menlengkelkan ini. Kita tengok sahajalah KJ (Khairy Jamaludin) beriya-iya benar untuk berdebat dengan semua pihak bagi mempertahankan salah laku Shahrizat ini. Itulah sebabnya saya selalu menyatakan yang UMNO bukannya bekerja kuat untuk mencari dan menaikkan kecerdasan pemimpin malah pemimpin yang cerdas pun sudah terbukti tidak berdaya untuk berfikir apabila bergiat aktif dalam UMNO.
Saya mempunyai sedikit ‘soft spot’ terhadap KJ ini kerana saya mempunyai sedikit harapan terhadap pemimpin muda ini. Tetapi dengan kenyataan-kenyataan beliau akhir-akhir ini KJ juga sudah terperangkap dengan budaya buruk yang ada di dalam parti yang semakin hari semakin lumpuh ini. Kalau begitulah pendirian KJ maka beliau tidak lebih dan tidak kurang adalah setaraf dengan kemampuan berfikir seperti pemimpin-pemimpin yang bernama Noh Omar, Shahrizat dan ramai yang lain di kalangan menteri-menteri kabinet.
Harapan ramai untuk KJ membawa sedikit kelainan kepada parti UMNO ini merupakan harapan yang kosong, ibarat bermimpi di siang hari sahaja. Siapa pun; Khairy dan siapa sahaja dalam pimpinan UMNO itu sama sahaja. Khairy jelas sudah lemas dengan ‘culture’ UMNO yang membebankan negara itu.
Di dalam UMNO pemikiran yang tajam pun akan menjadi tumpul. Itulah keadaan sebenarnya yang ada di dalam parti tajaan Dr Mahathir ini. Sebenarnya parti ini hanyalah satu parti sebagai jambatan untuk Dr Mahathir menyeberang sungai besar yang berombak suatu ketika dahulu.
Dalam perhimpunan itu fokus hanyalah terhadap selaran yang bukan-bukan terhadap seteru mereka. Bermacam-macam fitnah di hamburkan oleh pemimpin besar terutamanya Muhyiddin Yassin yang menuduh sebuah parti yang halal berjuang untuk menggugurkan kedaulatan Raja Melayu dan menubuhkan sebuah negara republik. Tuduhan yang di lakukan oleh Muhyiddin ini sesungguhnya ke anak-anakan. Muhyiddin hilang punca dan berkelakuan tidak semacam pemimpin. Cakap gah tentang agenda Melayu tidak pun dibincangkan dalam perhimpunan itu.
Ada pemimpin mencadangkan supaya semua wakil rakyat menanda tangani surat ‘aku-janji’ untuk mempastikan mereka tidak mensabotaj parti. Apa semuanya ini. Apa ada pada janji bagi BN khusunya UMNO. Perjanjian yang begitu jitu dan kuat pun UMNO tidak mahu menghormatinya apa sangatlah dengan perjanjian politik seperti anjuran Mukhriz itu.
Perjanjian ‘vestine deeds’ di antara Petronas dan rakyat Kelantan pada bulan Mei 1975 dahulu pun tidak dihormati, bagaimana ahli-ahli UMNO hendak menghormati ‘aku-janji’ itu. Yang jelas cadangan-cadangan seperti ini timbul kerana rasa kurang keyakinan terhadap ahli parti sendiri. Jika pimpinan UMNO mempunyai masalah dengan kejujuran ahli-ahli parti sendiri kenapa sibuk-sibuk sangat untuk mengambil tahu parti orang lain? Sepatutnya perhimpunan agong itu memberikan fokus untuk memperbaiki parti sendiri, bukan untuk membidas parti lain dengan fitnah yang hina.
Saya mendapat reaksi orang ramai dan kebanyakkannya merupakan reaksi negatif terhadap Perhimpunan Agong UMNO. Kepada parti-parti pembangkang saya hanya mempunyai pandangan yang rengkas. Jangan tunjukkan reaksi yang kuat terhadap apa yang berlaku di dalam perhimpunan agong UMNO itu. Semua yang berlaku dalam UMNO itu semuanya adalah ‘self defeating’ bagi parti itu. Jika pembangkang mahu dan serius untuk menjadi alternatif kepada UMNO dan BN kejayaan sudah menghampiri PR.
Apa yang PR perlu lakukan ialah menunjukkan sikap kepimpinan yang tinggi dan berada dalam sepenuh kesabaran. Jawablah tuduhan BN itu dengan kata-kata yang baik sejajar dengan kehendak pihak yang akan mengambil alih kerajaan. PR mesti jauhi dari meniru gelojoh BN dengan berkata tanpa menggunakan fikiran yang stabil. Tohmahan Utusan serta media letronik perdana jangan di risaukan kerana rakyat tahu membezakan pihak yang mana satu yang memfitnah dan difitnah.
Harus kita ingat mana-mana pihak yang merasakan akan kehilangan kuasa akan bertindak seperti apa yang dilakukan oleh UMNO dalam perhimpunan agong mereka itu. Itu fenomena biasa bagi parti-parti yang sudah hampir cukup usianya.
Anggaplah semuanya ini sebagai cabaran yang perlu dilalui oleh pihak yang sedang hampir dengan mandat rakyat itu. Walaupun PR menghadapi segala ancaman yang kuat dari pihak yang berkuasa PR mesti bersabar. PR akan menghadapi rintangan yang lebih getir selepas ini.
Ingat kepada kata-kata perbilangan, ‘The darkest part of the night is just before dawn”. Ingat perbilangan itu dan bersabar. Jangan bertindak tanpa berfikir. Jayakan usaha membetulkan negara ini dengan semangat demokrasi yang tulin.
Jika BN bertindak kasar dan celupar, biarkan, kerana itu memang budaya mereka. Kita mesti faham, apa lagi yang mereka nak katakan dalam keadaan sekarang selain dari melakukan 'slander' terhadap pihak lawan.
Maki hamun mereka itu tidak akan mencederakan sesiapa. Ia akan hanya mencederakan mereka sendiri. Anggaplah mereka itu sebagai pihak yang sudah hilang punca kerana orang yang hilang punca selalunya akan bercakap tidak tentu hala. Jika pihak UMNO memaki keterlaluan saya cadangkan untuk beristighfar banyak-banyak dan serahkan kepada yang esa segala-galanya. Percayalah, rakyat sedang memerhatikan kita semua. DAN ramai telah pun membuat keputusan kepada siapa mandat yang mereka hendak berikan.
Ingatlah, sesiapa yang angkuh dengan kuasa pinjaman, kuasa itu akan hilang dari mereka. Itu kenyataan yang hakiki.
13 comments:
AA,
benar! UMNO sedang panik. Jangan di sangkal-sangkal lagi. Semakin hari semakin ngelabah. Muhiyiddin sudah tidak dapat mengeluarkan kata-kata secara rasional.
Najib pula menjerit-jerit untuk meyakinkan kita. Tak payahlah menjerit-jerit. Bercakap baik-baik. Kalau bercakap baik-baik pun kami faham apa yang beliau kata.
Saya pun berlajar samai ke Australia. Setakat nak bercakap itu kalau bercakap dengan baik pun kami faham!!
Bro anon 01:00:00,
saya setujulah dengan anda. sejak dua tiga hari ini kalau najib menjerit aje, saya tukar channel lain.
Kadang-kadang saya tengok Disney Channel dari mendengar najib bercakap. Sakit telinga saya. Kuat sangat suara.
Nampak sangat seperti orang yang tidak berkeyakinan.
Pak,
There's no doubt whatsoever that UMNO (actually to be exact not UMNO itself but those wrong doers in UMNO) are panicking big time! But then again, who wouldn't in their situation. With non-malay citizens' support at a record low and the opposition is getting more popular with the Malay masses, UMNO's league of "guilty conscience of their crimes" gentlemen have but one weapon which is fear. The fear and phobias of the Malay psyche that UMNO itself has ingrained and indoctrinated into the malay masses (which makes UMNO, a witch doctor who creates a malady so that he's the only one who can be called upon to treat but not cure)!
So here's the real fact that the Malay masses need to realize - UMNO is in fact the evil witch doctor (Bomoh mata duitan) who is the causes of so many maladies that plague the Malay community and NOT the cure (and especially not a GP since we've had a GP at the helm and for 2 decades the malady became worse). The Malay people need to realize that so many maladies that is ingrained in our psyche are but illusion and myth. The existence of non-malays is solely to convert the Malays into other religion. The threat of non-malays becoming the Malaysian PM and thus oppress the malay masses. The royalty and the constitutional existence of monarchy will be gone if the opposition came into power. All of these are merely conjecture and imaginary "blade of Damocles" that hang above the existence of the malay masses and it was UMNO who created these lies and painted these imaginary pictures of "enemy" in the first place!
Until the Malays sober up and awaken from their hallucination, UMNO still have a very powerful weapon at their disposal and they will not hesitate to use it even if it means destroying and stunting the future of the Malay people and the nation itself. To UMNO, losing power is unthinkable and worse, the end to their gravy train and possibly to their own personal freedom, so they in UMNO are not bothered about the Malays and especially not the non Malays. To UMNO, it is better to destroy this nation than to let a better alternative taking the reign of power.
And after 5 decades of living with a malady that doesn't exist, Malaysian especially the Malays need to wake up and smell the stink that is UMNO and boot them out of power. It's about time we Malaysian took hold of our dream and start building a better future. And to do that we all just need to do a simple pledge which is "ABU" and when the time comes be staunch in out belief and vote "ABU" even though we are bribed with duit poket, kain pelikat, basikal and janji kosong yang harganya lebih rendah dari tahi lembu NFC yang berbangsalkan sebuah kondo. Kalau di ikutkan, semua janji UMNO dan pemimpinnya juga lebih rendah nilainya dari seketul "Bovine excrement" yang masih hangat di tengah jalan!
Nick.
Aspan,
Yes indeed.
The 2011 UMNOputra General Assembly was a total sham & showed to the nation the subtle "Anarchy" within their fold...from top to bottom.
Jibby had lost the plot completely...even within his own cabinet.
The Ketuanan UMNOputra Leaders themselves are UMNO's "Real" Enemies fromm within...
Nazree had said...
“You know, it is a perennial problem whenever we approach the election, there is always going to be problems about candidates.
“In the election, if the opposition wins the seat, it is not them winning but Barisan Nasional losing.
Meaning, there is no unity among us... there is sabotage and the party machinery cannot run properly and then we lose,” he told The Malaysian Insider.
“So Umno members “need to be reminded again and again and again and again” because they have no qualms at all “to ensure that a candidate loses if it is not them,” he said.
We can be rest assured the UMNO members will do exactly as what Nazri had said about them!
You be the judge.
Shalom.
Tuan Aspan,
Ucapan Najib yang menjerit jerit dan meraung raung hanya standard Ketua Pemuda sahaja. Sepatutnya seorang perdana menteri tidak bercakap seperti itu. Nampak sangat dia seorang PM yang tiada idea.
Najib memang PM yang tidak ada idea untuk membangunkan negara bagi menarik sokongan pengundi. Sebab itulah beliau menaburkan duit pada kanak kanak sekolah dan banyak lagi taburan yang lain.
Umpama pasaraya yang hampir tutup melelong kesemua barangannya dengan harga yang sangat murah. Apakah ini akan berlaku juga pada UMNO?
Saya meletakkan 5 bintang pada tulisan tuan kali ini. Yang menampakkan pengalaman dan kematangan saudara yang bergelumang dengan UMNO selama ini. Tuan perlu menulis dengan lebih kerap. Idea dan pandangan tuan tidak ada pada blogger blogger lain sama ada disebelah BN atau pun PR.
Tak salahkan pertubuhan tapi pekerja-pekerja dalam pertubuhan ...noktah.
selama 50 tahun mereka berkuasa...bagaimana dengan nasib org melayu di pulau pinang...melayu di balik pulau mangkin di himpit pembangunan....tak pernah kita belajar dari sejarah rakyat palestin...kerajaan islam terakhir othmaniah telah memberi peringatan kepada rakyat palestin jangan menjual tanah kepada yahudi namun tidak di hiraukan..sekarang tgk bagaimana nasib mereka?
jika benar UMNO pembela org melayu kenapa dibiarkan negeri kelantan yang majoriti penduduk melayu ketinggalan dalam arus pembangunan...kenapa dinafikan royalti petroleum?
jika benar UMNO pembela melayu kenapa dibazirkan wang royalti dengan projek membazir di Trengganu?
Selama 50 tahun berkuasa apa UMNO telah lakukan dengan ekonomi Bangsa Melayu?
Masanya telah tiba untuk melayu memikirkan nasib bangsanya tanpa UMNO.
Salam Saudara Aspan
Kalau PAU bagaikan pertemuan beradab cendiakawan Melayu, saya rasa malu menumpang sebangsa dengan orang UMNO.
Saya lebeh bertakut kerana orang UMNO telah jadi orang berdesperado yang semakin tidak malu atau tidak mahu terbatas dengan mana-mana prinsip bertamaddun dan berugama.
Hanya orang UMNO sahaja yang bersemangatkan dan yang berisi pati dengan kejiwaan Melayu dewasa ini?? Yang tidak ada pada atau tidak dapat bertempat dalam orang Melayu PAS yang Islamannya sering diperkudakan orang DAP jauh lagi dalam orang PKR yang liberal sampai Melayunya telah terpelanting?
Ialah kalau kejiwaan Melayu itu disamakan dan adalah bersama dengan kebanyakan perangai si-lanun perompak, sememangnya orang UMNO sajalah yang berjiwa Melayu!
Ha ha ha
Wow, Penulisan tuan ada di Blog LKS...ha ha ha..
Salam sdr Aspan,
Ulasan ang siketengahkan oleh sdr adalah 100% tepat.
Saranan agar PR lebih berhati2 dalam menangani tomahan juga wajar agar tidak terikut2 umno. Kesopanan dan keserdahanaan dalam menangani isu yang ditujukan kepada PR dapat memberi gambaran yang gulungan dari PR adalah bertatasusila yangmana Malaysia perlukan untuk memimpin negara. Memang umno desprate dan perangai dan tindaktanduk mereka kini memakan diri.Parti yang sedang reput kerana di pimpin oleh orang2 yang tamak dan korup. Sama-samalah kita yang diluar ini ingat mengingati agar kita apabila diberi peluang nanti tidak menghianati harapan rakat.
pa umno ni macam orang jual insuran dengan berteraskan ugutan menakutkan. apa masaalahnya kalau pm bolehland ni bukan dari kaum melayu yang beragama islam. kalau pm melayu islam pun tapi perangai tak saperti beragama islam buat apa.kan lebeh baik kalau pm tu ala ala bijak macam lee kuan yew dan saya sangat yakin orang melayu akan menjadi lebeh berdaya saing
Tuan, you should be proud your write-up is picked by your idol.
Achtung!
How they loved to showcase an Umno member(or ex-member) chastizing the party.
They go viral on this to prove that Malays are against Umno too.
Sad Malays are not as united as the Chinese in their political agenda.
Quiet Despair,
Malays do not trust their reigning leaders as they are mostly looters and vandals.
Unlike the Chinese they have serious leaders with high ethics and know what their race wants.
Don't blame us. We want truthful Malay leaders actually. So far there is none in the cabinet.
Some are truly lousy but still loitering around in Putrajaya.
We are sick of them all. That's it.
Post a Comment